♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, March 23, 2009

bidadara : another part [3]

Nisa duduk memeluk tubuh diatas kerusi plastic itu. sejuk. Mukanya masam. Geram dengan manusia yang dekat dalam bilik doctor tu. Geram!!!!!!!!!! Eeehhh! Geram tau, geram??

Tadi, Iz berkeras nak jugak-jugak jemput dia dekat officenya di JKR. Nak buat macam mana, road tax mati. Dan buat sekian kalinya, Iz memang tak kasi naik public transport. Tapi, kalau dah tak mampu.. dah tau sakit… dah tau tak larat… nak jugak!!! Geramnya aku!!!!

Masa mula-mula sampai tu, Iz nampak pucat. Tak sempat kereta nak jalan, Iz dah menolak pintu kereta kasar. dia termuntah dekat situ jugak! Bila orang tanya, geleng-geleng.. bukan nak jawab. Bila dah kena tengking, kena gertak, baru nak cakap. Kena food poisoning. Katanya dari semalam. Haih.. hidup nak dekat 33 tahun, takkan tak tau yang keracunan makanan tu bukan boleh baik sehari! Last-last, dia jugak yang drive Honda City tu. Menghala ke klinik. Kena bebel la jugak dengan Iz, tak payah la, sikit je.. tak sakit sangat.. dah ada ubat.. banyak alasan! Aku dulik hape! seret jugak dia ke klinik nih. Ikut hati nak je bawak pegi GH, biar kena tahan wad 2-3 hari.

Nisa mengangkat mula bila pintu bilik doctor terkuak. Huh.. muka sememeh je.. tu pun konon nak ambik orang dekat ofis. Nisa menjeling. Iz muka selamba. Selesai ambik ubat dikaunter, mereka masih diam tak bercakap. Sorang geram sebab cik abang tu degil sangat nak jemput dah tau sakit, yang sorang lagi geram sebab si cik adik ni degil sangat nak jugak bawak pegi klinik.. aku dah besar, aku tau la pegi sendiri!

Sampai dikereta, dua-dua berdiri dipintu tempat duduk driver. Iz pandang Nisa,Nisa pandang Iz.

“dah tau sakit.. gerak duduk belah sana la!” Nisa berkata sinis.

Iz cekak pinggang. “sedar sikit ni kereta siapa..”

“kalau muntah lagi macam mana nak bawak kereta? dah puas hidup?” Nisa pulak peluk tubuh.

“tau la.. siapa lagi tua sekarang ni? banyak bunyi betul.. cepatla!” Iz menadah tangan. Nak kunci kereta.

“Nisa drive!”

“Abang Iz tak cacat lagila!”

“orang sakit duduk je dalam kereta diam-diam!”

“orang perempuan kalau banyak cakap, nanti sampai tua orang taknak!”

Nisa menjegilkan mata. Kunci masih dalam tangannya. Jangan harap aku nak bagi!

“cepatlah Nisa..”

“Abang Iz ni! kan sakit tu! Berdiri pun tak tegak! Tangan menggeletar! Nak pegang stering macam mana?”

“boleh la.. bukan nak mati sangat pun..”

“mulut!!!! Nak mati sangat?”

“cepatla bagi Nisa..”

“Abang Iz tak sayang nyawa ke?”

“I know la..”

“kalau Nisa mati macam mana?”

Iz tersenyap. Terkedu. Muka serius. Dia rasa macam masa berhenti sekejap. Macam semua benda yang bergerak pun kena pause. Nafas tak boleh ditarik. Ya Allah! Jangan!

“hah? Senyap pulak!”

Iz senyap. “o.k. Nisa drive.” Perlahan dia bergerak ke pintu sebelah sana. Masuk kedalam dan duduk senyap-senyap. Dia meraup muka. Tiba-tiba dia berfikir. Macam mana kalau… Nisa dah tak ada? Dikerling ke kanan. Nisa sedang mencucuh kunci kereta. Ya Allah.. dia taknak berfikir kemungkinan tu lagi. Dia rasa sesak!

Nisa kehairanan memandang Iz yang merenungnya. “kenapa?”

Iz geleng.

“Abang Iz kalau rasa nak muntah lagi, bagitau Nisa tau.. nanti Nisa berhenti.” Lembut Nisa bertutur. Orang sakit kan…

Iz angguk.

Nisa makin pelik. “Abang Iz kenapa ni? sakit perut sangat ye? Jangan banyak gerak la.. cakap pun jangan.nanti mesti rasa menyucuk-nyucuk kat perut. Ok?”

“Nisa..”

“ye saya?”

“jangan cakap lagi macam tu..”

“cakap apa?”

“kalau Nisa mati.. don’t. never.”

“Nisa acah jela. Nisa pun tak banyak amal lagi.. tapi kalau Allah nak tarik..”

“jangan!.. jangan cakap.”

Nisa terkedu. Iz jarang nak serius. Sekali dia serius.. macam takut je.. “o.k. kita balik?”

Iz angguk. Kepala disandar.

Nisa start menggerakkan gear reverse. Pedal minyak ditekan, dan terus keluar dari perkarangan klinik itu. Nyawa sendiri tak ambik kisah, bila nyawa orang dia kalut pulak..

***********************************

“Nisa bawak balik kereta ye? Nanti esok, Nisa datang bagi balik.” Nisa bercakap bila sampai diperkarangan apartment Iz.

“malam ni lah.. esok nanti lambat masuk kerja..”

“tak payah kerja la esok..”

Iz kerut muka. Aku pantang betul orang layan macam budak-budak ni. tak suka betul. “takde apalah Nisa.. malam ni hantar balik kereta. suruh Luth follow.. jangan nanti hantar kereta lepastu naik cab pulak.”

“you got your mc right?”

“kalau duduk rumah bukan baik pun..”

“jangan lah macam ni Abang Iz..”

“takde apelah..” muka masam. Haish!

“ada makanan tak kat rumah tu? Nanti dinner macam mana?”

“hurmm..” Iz cuma terbayang Gardenia expired atas fridge, dengan mee Ruski dalam laci. Bolehla tu.. layan jelah.. “ada.”

“malam ni Nisa datang. Kita dinner. Nasi bubur dekat Kampung Bharu sedap-sedap tau.”

“drive sorang? Malam-malam?”

“Nisa bawak mak.” Tau sangat la tak kasi..

“oh ok.”

“esok jangan pergi kerja. Nisa tak pulangkan kereta baru tau.”

Iz senyap. Dah plan, esok call secretary aku ambik ok gak nih.. takpun, asst.manager aku tu ke..

“dengar tak nih?”

“dengar… dengar….”

Nisa muka serius. Bukan boleh percaya mamat nih.. “okeh. Esok breakfast, lunch ngan hi-tea Nisa datang bawak makanan.”

“hah?????????” Iz kerut dahi. Alah.. macam budak 3 tahun je..

Nisa sengih. Kantoi! Ada plan nak pergi jugak ofis la tu.

“kalau pergi office esok.. watch out.” Nisa mengugut.

Iz dah malas nak menjawab. Dia baru nak menarik handle pintu kereta bila Nisa bersuara..

“got your meds with you?”

“hmm.” Iz mengangkat tangan kiri yang memegang plastic ubat.

“mc?”

Iz menarik keluar keluar kertas dari plastic tadi.

“handphone?”

“yes maam. I got it.” Dan dia terus berjalan keluar. Bosan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

******************************

Nisa dah macam ada kerjaya baru. Bibik berjaya. Haha. Harini, satu hari mengulang apartment cik abang tu bagi makanan. Tapi tak masuk rumah ye.. hantar depan pintu je. muka dia? huh! Hensem lagi muka Shrek. Berganda-ganda masam dari kedondong. Berkerut-kerut kalah orang tengah deliver baby. Tak suka la tu. Apalah dia ni.. orang dah hantar makanan dah kira baik. Dahla tadi dia still muntah-muntah. Bila tanya makan ubat ke tak, dia kata makan. Hish! Klinik tu tak bagus kot.

Tapi ok jugak, dapat kereta baru. Road tax dah renew siang tadi, tapi macam best je bawak kereta dia. heh. Aroma best.. aura pun best. Aura tuan kot? Agaknya lah.. cd-cd dalam kereta pun macam masuk je. Ada The Fray. Ada Lifehouse. Layan-layan.

Nisa bergolek-golek atas katil. Hurm, nak check-up cik abang tu lah. Dia mencapai handphone.

“assalamualaikum?”

“waalaikumsalam.” Lemah suara Iz.

“sakit lagi?”

“sikit.”

Nisa sengih. Halah tipu. Suara macam tak daya je aku dengar.

“sakit tak bercakap ni?”

“taklah. Rasa best.”

“ketuk karang. Main pulak.”

“thanks.. nanti Abang Iz bayar balik.”

“bayar apa?”

“makanan.. minyak kereta.. kredit handphone..”

“ingat kita ni sengkek sangat ke.. jangan pandang sebelah mata la..” Nisa memandang siling sambil pintal rambut. Sengih-sengih.

“yelah.. orang kerja dengan Sammy Vellu.. banyak duit..”

“hahahaha..” Nisa tergelak. Sejak-sejak dia bekerja dengan JKR nih, habis kena usik dengan nama menteri tuh. JKR dengan Sammy Vellu takleh pisah eh?

“kereta apa khabar?”

“sayang sangat dekat kereta..”

“beli pakai duit tu.. mana tak sayang.”

“kereta khabar baik. Kalau dia boleh bercakap, agaknya dia akan cakap kat Nisa, ‘kim salam tuan ye, rindu dekat dia.’..”

“haha.” Iz tergelak. Berkerut sekejap mukanya. Pedih pulak bila otot-otot perut ni bergerak.

“Abang Iz rehat ye? Esok jangan masuk kerja lagi.”

“tak boleh.. esok ada..”

“tak boleh. TIDAK.”

“kejap.. tapi Nisa..”

“nak tengok Honda City tu kena scratch and win ke? ha? Nak?”

Iz tersenyap. Kejam betul main ugut-ugut.. saman baru tau.

“tengok.. dekat kereta sayang betul. Dekat nyawa tak sayang.”

“eh.. sayang.. sape kata tak sayang..”

“yelah sangat.”

“jangan macam tu.. Abang Iz tak kahwin lagi nih..”

“haha. Ada ke.. pikir kahwin..”

“betul la. nak jugak daughter smart macam Hasya, son cute cam Amsyar..”

“sakit-sakit pun gatal.. dah la. pergi tidur.”

“yelah. Take care. Salam.”

“waalaikumsalam.” Nisa merenung siling. Handphone digosok-gosok ke dagu. Tak senang hati betul bila Abang Iz sebut pasal kahwin. Hish.

18 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

huhu..
sakit tp xnk ngaku si iz ni..
rhat je la..
sweetla iz ngn nisa ni..
bile dorang nk kawin?

tzaraz said...

Wahaha..asal Nisa tak sng hati bila Iz sebut pasal kawin??..hehe...
Sbb Iz tak sebut nama bakal isteri la tu....

.:me insan biasa:. said...

haha..
cute la nisa dgn iz ni..
lagi..lagi

Anonymous said...

skenyer cte nih..
besh sgt3..
iz ngan nisa tu mmg sweet couple..
jeles lak, heheh..

Anonymous said...

HIKHIKHIK....tergolek-golek cam roller coaster bce cter cucur ni...hehehehehe..
best couple og da year la diorang nihhh....

keSENGALan teserlah.. said...

muehehehehee..
ape nk kumen ye..
huhu..
iz dgil,nisa pon degil gak..
padan arh tuh..kawenkan jer..
ekeekkee..

ceritaku MEMORIKU said...

suke jerw ayt nisa "Tak senang hati betul bila Abang Iz sebut pasal kahwin. Hish. "
haha.cum bau cemburu jerw.
bhahahaha.
smbung2 cepat.
jgn bg aku berjanggut.bhahahaha
he3
-na'dz

Miss Kira said...

nak lg..
best la..

Mimi Nurisya said...

huhu...nisa suka ngan keta iz eh...
xpe nisa,kalo kawin ngan iz...his car is your car too....haha...

Unknown said...

bestnye...
lagi..lagi n lagi..
hehehe

Marlina Salleh said...

cter neh mkin bez la!!!
xsabar2 nk 2nggu nex post..
cpt2 sket taw!!!

Unknown said...

gilak swit iz dgn nisa ni!! hehehe...actually iz 2 dh jth ati kt nisa..tp x sdr..nisa 2..mmg knfem la ada ati kt iz..dr dlu ag kn..hehehe..iz 2..sje nk tktkn nisa..pdhal bkal istri die..si nisa 2 gk..hehe..em..rndu lak kt luth, nisrin n hasya..huahuahua..

cucuratap..ada slh eja skit la.."Nisrin mengangkat mula bila pintu bilik doctor terkuak." it should b nisa rite? huhuhu..xpe2..slh eja pom..mood sy x tergugat pom..hehehe...

Hafia Hana said...

hu.h.....

bila iz nk kawin nehh!

Anonymous said...

haha..bes2
xpuas lg ni bace..
mesti sengih sorg2 bace citer ni..
lame2 krem pp sbb sngih..huhu
smbg lg ye cucuratap ^_^

-che na-

Anonymous said...

hihihi sweet couple hehe
okies next plssssss

♡ Eibu June's ♡ said...

best sangat...hehehe
ibu tungguuuuuuuu....

haikadove said...

heee.. chomel ajee nisa ngan iz nie.
klah uncle long! hehehe;p

khairunisya said...

comel n sweet banget..haha

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio