♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, March 13, 2009

bidadara : another part [2]

Nisa tercangak-cangak dihadapan pintu sliding kaca di LCCT. Rakan-rakan sekerja yang melepasinya hanya dilambai dan dilayangkan senyuman manis. Manis? Yeah.. manislah kot agaknya. Badan penat amat sangat dengan aktiviti straight dari pagi, sarapan-kursus-rehat 30minit-kursus-kursus lagi-dan kursus lagi-lunch-flight balik. Phew!

I’zrael meletakkan Honda City biru ditempat parking seberang. Pelik? Iz dah beli kereta. huhu. Dan kenapa Honda City biru? Sebab Nisa kata, bontot kereta tu nampak comel. Haha. Apapejela~

“Nisa!”
Automatic kepala Nisa ditala kedepan. Sampai dah bujang terlajak nih. Hehe..

“penat tunggu?”

Nisa mencebik. “taklah.. seronok hape..”

Heh. Iz cuma senyum. “loyar buruk!”

“kan lagi senang Nisa naik teksi jer.. teksi melambak-lambak.. lagi mudah, cepat dan ringkas.” Nisa bercakap sebijik-sejiban macam duta mi segera.

“No..” pendek je Iz menjawab sambil menarik luggage Nisa.

“apa pulak yang tak bolehnya?”

“Nisa ni.. banyak soal laa..”

“yelah! Nisa tak nampak pun apa fungsi ‘larangan Nisa menaiki kenderaan awam’ tu dikuatkuasakan!”

“first, bahaya la cik adik..”

“oh yeah? And melangut dekat pintu LCCT tu sangat selamat la kira?” geram.. geram.. ni bukan kali pertama. Tapi si cik abang ni memang dah menetapkan hukum baru, TIDAK boleh naik public transport. LRT, teksi, bas, dan ketapi sekalipun. Thank God, naik kapal terbang boleh. Dan nasib baik jugak, jabatannya kata WAJIB pergi kursus ni naik Air Asia sebab peruntukan dah disediakan. Kalau tidak? Nak tau cik abang ni kata apa? Dia nak hantar sampai pintu hotel dekat Terengganu tu! Huh!

Iz berhenti berjalan. Nisa direnung. “cik adik, there is someone willing to be your driver, then you’re nagging like tiada hari esok??”

“you know what? You’re sick!”

“sakit hape tuh?” Iz mengerut kening.

“overprotective disorder.”

Nisa terus berjalan laju kearah Honda City berplat ‘W’ dihadapannya. Aku bukan budak kecik laa!!

**********************

“how was it?” Iz meringankan mulut bertanya didalam kereta. heleh.. tau sangat la. hangin Nisa ni paling panjang 43 minit. Eh? Aku pernah kira ke? huih..

“that ‘it’ for kursus ke.. ‘it’ for holiday?”

“oh.. teguk air sambil diving yer..”

“haha. Teruk la metaphor tu.”

“sempat ke holiday?”

“sempat tak sempat la.. tapi hari ni memang full. Dari pagi, berenti makan je. packing pun main sumbat-sumbat.” Nisa menjawab sambil membetulkan tudung yang senget-benget pada side mirror.

“ngape tak packing awal-awal?”

“heh.biasela.. suka buat kerja last minute.” Nisa tersengih sambil memandang ke kanan. Nampak cik abang menjuihkan bibir. Hensem sangat laa tu kira..

“cik abang busy sungguh ke harini?” Nisa menongkat dagu. Kepala masih memandang Iz.

“busy sungguh-sungguh-sungguh la cik adik…” dia memotong kereta Proton Wira yang bagaikan kekura dihadapannya. Dia bergerak kekanan, dan pantas kekiri semula.

“huish! Suka bawak laju-laju..”

“manede laju.. baru satu empat..” Iz merujuk pada meter kelajuan di dashboard. 140km/j.

Nisa mengerling tajam. Nasib baik la jalan kat Sepang ni aman damai jer tak banyak sangat kereta. orang melintas lalu-lalang pun takde. Kalau tak? Nahas anak orang kena langgar free..

“Abang Iz tau tak, kalau cenggini gayanya, naik public transport lagi selamat. Tau?”

“oh tak.. tidak sama sekali.. kat luar sana tu, ada perompak, perogol, pencuri, penculik, pembunuh dan macam-macam ‘pe’ lagi..”

“oooohhh… I seeeeeee…. So, dalam kereta ni pun bahaya jugak sebab ada ‘pe’.”

Iz kerut dahi. Kepala dikalih kekiri. “hmm? ‘pe’ apa?”

“perosak keamanan, penyekat kebebasan, pemandu berbahaya..”

“hahahaha. Ok lah tu.. buy one, get 3 free..”

“buy? Service ambik-hantar ni kena bayar ke?”

“nak bayar?”

“kena ke?”

“Abang Iz tanya, nak bayar ke kalau kena bayar?”

Nisa makin tak paham. Kemende ayat yang cik abang ni cakap?

“esok tak masuk kerja lagi kan?”

Nisa geleng. Blur.

“keluar jom.”

Huh? “kalau takmo?”

“kira.. Nisa ada hutang la ngan Abang Iz..”

Macam tu pulak! Nisa kembali memaku mata pada pemandangan dihadapan. Malas nak layan!

Iz cuma tersengih. Heleh.. cepat sangat hangin la dia nih.. takpe, takpe..

Tangan Iz dipanjangkan ke seat belakang, sambil sebelah tangan masih setia dengan stering. Peket berwarna coklat dicapai dan disuakan ke orang sebelah. “Famous Amos.. chocolate chip?”

Nisa tersengih. “memang 24 jam ada stok eh?”

“penting ketika kecemasan.”

“kecemasan apa?” Nisa bertutur sambil mengunyah biskut chocolate chip Famous Amos didalam mulut. chocolat chips dia… hmmmm… cair dimulut wa cakap.. memang leleh la..

“cik adik hangin kira emergency case apa.”

Nisa terhenti mengunyah. Serius aku nak terkeluar ilmu silat cekak sekarang, walau hayat aku tak pernah belajar!

Tiba-tiba ringtone bergema dari Blackberry Iz. Iz menyeluk poket dan mengeluarkan gadget kesayangan. Haduhai.. ni kena angkat nih.. halahai.. Bluetooth tertinggal la pulak..

“Nisa tolong.. pasangkan handsfree kejap..” Blackberry dihulur.

Nisa mengambil handsfree yang kusut bergulung-gulung di ruang berdekatan gear. Handsfree disambungkan, dan dihulur kembali. Macam seketeri je aku nih..

“hellloooo..” panjang mukadimah ‘hello’ Iz pada pemanggil.

“apa dia?.... aaaa.. Uncle Iz driving ni shayang…. Ada ni, dekat sebelah…. Hurm? Uncle Iz busy sikit la.. sorry la princess…. Tomorrow? Tomorrow can ah?”

Nisa cuma mencebik bibir. Hasya la tu. Mengada-ngada betul dengan Uncle Iz dia..

Iz jeling orang sebelah. “nak cakap dengan Acu tak?”

Nisa kalih muka kekanan.

“ha? Taknak?” Iz dah tersengih.

Nisa tarik muka. Hasya ni nak kena tau! Dengan Uncle Iz dia siap call terus, dengan mak sedara sendiri orang offer cakap pun tak mau. “bak sini kejap.” Nisa terus mencabut handsfree dan melekapkan Blackberry di telinga.

“Hasya taknak cakap dengan Acu ye….. tengok ar nanti.. tengok ar Acu buat apa dekat dvd Disney Princess Hasya.. Acu buang!”

Iz cuma terdengar jeritan, pekikan dan rengekan panjang suara halus Hasya. Dia tarik sengih, kuat nyakat btol Nisa nih!

“ahhhh!!! Takde sorry-sorry.. takde maaf-maaf….” Nisa makin kejam. “sorok la dvd tu kat mana-mana pun.. Acu jumpa punya…..”

Hasya yang berbaring disofa panjang dah nak terkeluar airmata. Acu ni… jahat laa… “ala Acu… jangan laa… jangan la.. Hasya sorry…. Sorry la Acu… nanti Hasya call Acu everyday.. macam dekat Terengganu dulu..”

“Hasya terlambat. Acu dah kecik hati ni. tak kira. Nak buang jugak dvd dia semua.” Nisa menekup mulut.nak tersembur jugak gelaknya. Hasya gelabah habis! Cepat-cepat dia menekan butang end call. “hahahahahaha..” panjang gelak Nisa. Seronok! Tak dapat bayang la muka Hasya macam mana..

Iz cuma menggeleng. Haih.. nasib la dapat mak sedara macam ni..

“Nisa?”

“hmm?”

“call la Hasya balik.. cakap esok kita keluar dengan dia..”

“alah..” Nisa dah mengeluh. Apa kena bawak princess banyak songeh tu?

“eh.. takkan dengan Hasya pun nak jeles?”

“hello cik abang… tolongla~ tak kuasa..” Nisa menjeling sekilas. Perasan tak beragak Iz nih. Ade ke jeles? Buang karan je..

Iz cuma senyum. “cik adik… esok kita ambik Hasya dulu, then kita keluar. Jangan lupa, inform mama papa dia. karang ingat kena culik pulak. Remember, esok petang.”

***************************

“so.. my princess ni nak pergi mana?” Iz bertanya sejurus selepas Hasya selamat masuk ke perut keretanya. Haih.. tak pasal-pasal keluar office awal..

“Hasya nak pergi MegaKidz? Boleh tak Uncle Iz?”

“mestilah boleh… kalau Hasya cakap nak pergi bulan pun Uncle Iz mesti boleh hantar punya..” Nisa berbunyi perli. Betul lah kan, kalau Hasya ni nak pergi mana-mana, tak pernahnya tak boleh.

Iz kalih sesaat.”you know what?”

“what?” Nisa bertanya.

“cik adik is sooooooooooooooo jeles.”

“and cik abang is sooooooooooooooo wrong.”

Hahaha. Hasya cuma ketawa di tempat duduk belakang. “Acu dengan Uncle Iz ni kelakarlah.. macam papa dengan mama.. tapi Acu lagi garang la..”

“tulah.. kesian Uncle Iz kan Sya?” Iz buat muka kesian.

“Uncle Iz… boleh tak.. erm.. Hasya panggil Uncle Iz, daddy?”

Zappp! Pantas Nisa pusing kepala kebelakang. “mana boleh! Dia bukan daddy Hasya!”

“tapi Hasya teringin nak panggil daddy.. dekat school kan, kawan Hasya panggil papa dia daddy..”

“Hasya kan dah ada papa?”

“tapi Hasya nak daddy..”

“mana boleh! Kena ada satu jek!”

“tapi kenapa ayah Haq boleh je panggil ayah?”

“tu sebab dia Uncle Hasya!”

“Uncle Iz pun uncle Hasya jugak!”

Eeeeh! Nisa dah geram. Penat la nak explain dekat budak kecik nih…

“tak boleh, tak bolehla..”

Iz yang dari tadi senyap bersuara. “boleh je. daddy tak kisah..” selamba!

“abang Iz! Mana boleh!”

“I like it. Boleh je.”

Nisa tak terkata apa bila princess sorang tu dah tersengih-sengih. Aku la budak nih..

“kalau Nisa jeles, Nisa pun boleh panggil Abang Iz daddy hape..”

“eeh! Muntah!”

**********************

“daddy! Tengok patung tu pakai… cantiknyaaaaaaaaa.” Hasya tersenyum-senyum sambil tunjuk mannequin budak dalam cermin kaca.

“jomla, masuk tengok.”

Buntang mata Nisa. GAP KIDS. Budak-budak zaman sekarang memang la pandai bergaya. Oh, dan pandai mengikis duit jugak.

“that jacket looks nice..” Iz member pendapat.

“daddy suka yang tu? Hasya pun suka yang tu..”

“yup. And match kan, dengan dia punya jeans?”

“yaaa… and with the red t-shirt..”

Salesgirl disitu cuma tersenyum. “how cute.. great taste too.. daddy’s girl huh?”

Hasya tersengih-sengih. Nisa? Huh.. malas nak layan.

“how bout your mommy?” salesgirl itu senyum memandang Nisa yang memeluk tubuh.

Apa dia??????????????? aku ada nampak macam mommy dia ke? and the worst part, aku ada nampak macam mak orang??

“haha. Actually she is..”

“ahhh..she’s daddy’s girl. Her mom just has a bad taste in fashion.” Selamba Iz memotong kata-kata Hasya yang baru nak betulkan keadaan.

Nisa dah berasap. Kanapa ya? Setiap kali keluar dengan cik abang ni, tak pernah aman! Geram..geram… sikit hari lagi mahu kena hentak cik abang ni..

“mommy?” Hasya mengajuk. “hahahahaha…”

“i think that jacket suits with that brown skirt, not with the jeans. What say you?” Nisa mengangkat kening sebelah pada salesgirl tadi.

“a better choice I guess…”

Nisa senyum. puas! Bad taste ye? Banyak cantik!

*********************

“Hasya?”

“very berry strawberry!”

“cik adik?”

“chocolate chip cookie dough.”

Mereka bertiga duduk dimeja kayu kecil dihadapan booth Baskin Robbins itu. sekali imbas, macam one happy family. Ada daddy.. ada mommy.. ada one cute daughter.. tapi… bila dua kali imbas…

“Acu! Tak boleh la curik aiskrim Hasya! Tak baik la!”
“nasib la..”

Bila tiga kali imbas…

“cik adik, nak rasa sikit?”
Cup aiskrim terus dibawa rapat kedada. “never!”

Bila empat kali imbas..

“lain kali, tak nak makan aiskrim dengan Acu lagi!”
“taknak sudah!”
“bagi la balik!!!!!!!!!!!!! Hasya punya tu!!!”
“Hasya tak habis, kan?”
“tak la!!!!!!!!!!!!! Hasya letak je tadi!!!!!!!!!!!!”
Nisa buat bodoh.
“Nisa… bagi la balik..” Iz tegur perlahan.
“takmo.”
“aaaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!” panjang jerit Hasya.
“shh.. malula… orang tengok.. jom beli lain.”
“taknak!!!!!!!!!!!!! Nak Hasya punya balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Serius, dah macam pertempuran peperangan yang tak cukup askar dan tak cukup senjata jadiknya!

26 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeeeeee...
sweet gilax..
biar iz ngn nisa kawen,,
so dorang dpt a cute daughter like hasha too...
n b one perfecto cute fmly after nisrin ngn luth lar..
ekekekee..
klaka2..
msing2 ske ngusik..
ske2..
smbung2...

Anonymous said...

klakar la..=)

fisha said...

klako la

ceritaku MEMORIKU said...

comey jerw.
mcm one big happy family.
dgn perangai nisa nye,yg suke merajuk,iz yg nk menang,n hasya yg manja n comey.
sweet jerw.
suke3
smbung2
-na'dz

Unknown said...

waaaaaaaaaa.....soooooo swit dorg ni...pndai sgt hasya nk mnjodohkan uncle iz n acu die...em...mst si iz ni dh ske kt nisa..wawawawa...skenye...!!

cucuratap..cpt la smbung lg...hehehehe

.:me insan biasa:. said...

org pertama post ka??
huhu..best..
sambung lg...
bahagianya

nana_yoong said...

karya u makin menarik & xpernah myecewakan..
hope citer ni pun comel2 je, xpayah le byk sgt konflik..sakit otak bace..
thanks..

Hafia Hana said...

hu..hu..

iz ngan nisa ni mmg sweet la~

aqilah said...

very...very funny..... tapi wujud ke dlm dunia yg realiti ni??????????? kalau ada, alangkah bertuahnya empunya badan. apapun, chaiyok!!!!!

Anonymous said...

adoyai..
camni nye org pn ade ke..haha
tp sgt shuuuuwwwiiiiitttttt.....
ni yg rndu kt ank2 sedare aku nih
keep it up cucuratap..
very like ur story ^_^

-che na-

pinat said...

so chomel!!..lalal~

tzaraz said...

Wahaha...puas hati aku!!..haha...
Tak yah cakap dah..Iz mmg dari dulu..i like..

Mimi Nurisya said...

sangat la klaka si nisa ni...
hasya pun...huhu...sweeeeet...

awanbiru said...

hahahhaha..

gle comel..

aku dah mcm org gle je ni..
gelak sorang2 dpn lptop..

Anonymous said...

hahhhhaha
aku dah gelak sorang2 depan laptop nih...

Izan Izanis said...

wakakakaka..gilo punyer klaka...
da terguling2 kat lantai ketawa...
hahahahahaha.....
lau difilemkan..gerenti box ofice pon pecah...
hahahahahahahahhaah.....

misz nana said...

hahaha.. lawak2..

nurhakim said...

hahahahahaha
lwak tul lah n3 kli nie...
glak srng2 dpn pc..
nsib baik xde yg prsan...
nk tnya skt nie...
cm ne cucuratap dpat bt novel yg best n sempoi cam nie ek????
korek idea 2 tang mne????
msti cucuratap nie happy-go-lucky n bnyk ckp orgnya ek???hihiiii
sory lah klau pe yg sy ckp 2 slah...

cucuratap said...

nurhakim.... no need to sorry2 lor..
betul pun, cucuratap is soooooooo talkative bila hangin baek die sampai. haha

Anonymous said...

alahai..so sweet...cik adik ..cik abang..
bace cite ko ni..terpaksalah aku amik insulin lagi cik attap..ahaks.

haikadove said...

hahaaa..
amboyh hasya nie.. manjee gyle laa ngan uncle iz die.. ciann nisa. ahahahaaa

Anonymous said...

aloh~ so cute la everone..\(^_^)/

Anonymous said...

sah2 iz de ati ngn nisa hihihi
cik adik & cik abang sound cute
diorg pun mmg nmpk cute couple je t0geter hihihi

cant wait 4 next entry =)

Ai said...

asal akak buat citer.. sumer yer sweet2 belaka..
adeh..
susah btul aku nk cover senyum..
(susah2..)

Unknown said...

terasa nk kawin.. n dapat anak yg comel.eehehehe
tapi ngan sape ek...?? muahahahaha

mardya ramlee said...

wakaka...gi-laaa larh nisa ni
ngn bebudak pon gaduh

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio