♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, March 4, 2009

bidadara =29=

“hello, dear?”

“assalamualaikum..” Nisrin sengih.

“heh. Waalaikumsalam. Ni.. kawan Haq masuk hospital. Saya nak pergi tengok, nak ikut tak?”

“masuk hospital? Kenapa?”

“not sure laa..Haq macam kalut je tadi bagitau..”

“dekat mana?”

“Damai service. Nak ikut?”

“boleh jugak.”

“I pick up in 10.”

“ok..”

*************************************

Nisrin melangkah keluar dari Rexton itu. Matanya tertumpu pada bangunan hospital swasta didepannya.

“Uncle Long.. tau ke bilik dia kat mana?”

“err.. kejap..” Luth terus menyeluk poket, mencapai HTC kesayangan.

“Haq.. dekat mana? Aku kat depan dah ni.. apa? Mezzanine floor? Oh..ok..ok..” butang end call ditekan. Nisrin dipandang sekilas. “jom.”

Terkujat Nisrin dengan Luth bila memasuki ruang itu. Obstetrics & Gynaecology… O&G????

Pintu bilik pesakit ditolak perlahan..
“hah! Lambat la.. baru nak sampai!” suara Haq menjerkah.

“ambik Nisrin dulu tadi.. eh ni aku nak tanya. Aree.. serius nih?” Luth dah kerut muka.

Aree yang elok menyandar atas katil buat blur. “apa yang serius nya?”

Luth angkat kening. Buat main pulak budak nih.. “no one mention Aree masuk O&G wad. Serius ingat sakit hape tadi..”

Aree sengih-sengih. “betul laa.. apa pulak nak main-mainnya.. bleeding teruk. Womb lemah.. Aree pun tak paham. Tu kena tahan..”

Nisrin yang tadi senyap mula tersenyum, nak bertanya, “Kak Aree ye? Saya Nisrin..” dia menghulur salam.

“heh. Tau.. hai. Arissa.” Aree sambut salam dengan muka manis walau pucat-kelabu mukanya.

“mana tau?”

“Abang Luth dah cerita.. masa Nisrin merajuk dulu, Aree dengan Rai ni la yang tolong..” Aree bercerita sambil menarik lengan Rai disebelah. Rai cuma buat muka comel sambil mengangkat jari tanda ‘peace’.

Nisrin jeling orang disebelah. Oh.. cilok idea orang ye? Bajet original tadi..

Luth yang dah nak tersedak, diam. Control cool. Heh.

“Kak Aree pregnant berapa bulan?” Nisrin berminat nak tahu.

“baru je.. 6 minggu. Baru je tau.”

“oh.. best lah.” Nisrin senyum lagi.

“apa yang bestnya Nisrin?” Haq mengusik.

“dapat baby.. bestlah.”

“suka baby ye?” Haq bertanya lagi. Luth dah menjeling kasi amaran. Tu nak mengusik la tu.. dah tau sangat dah perangai diorang nih..

“suka. Cute.” Nisrin menjawab selamba.

“Nisrin pun boleh dapat baby sendiri hape. Laaaaaagi cute. Laaaaaaagi comel. Sebab mama dia cute.. tapi slek lar, papa dia macam singa.”

Hahahahaha. Galak Rai dengan Aree ketawa. Tak baik betul Haq kata gitu.

“Haq! Kau nak kena ngan aku ke?” Luth dah tahan geram.

Nisrin dah terkulat-kulat taktau nak cakap apa. Segan pun ada jugak. Pipi dah merah.

“tengok.. Nisrin dah malu dah.. kau ni Haq, tak baik laa. Aku rasa kan, baby Nisrin confirm cute gila. Kalah Suri Cruise ngan Shiloh. Mama dia lawa, sweet je. kulit pun lawa.. campur gen hensem papa dia lagi.. fuh! Comel gila arr..” Rai dah menambah-nambah.

Hahaha. Bertambah gamat bilik tu.

“abang aku hensem ke?” Haq bertanya takde perasaan sambil menilik abangnya yang tengah berdiri disebelah.

Kuang asam kau Haq.. balik rumah ni kau tidur luar. Tengok la. Luth lepas geram dalam hati.

“hey.. dah..dah.. kesian Nisrin. Nisrin, meh la.. duduk sini.” Aree menepuk ruang kosong disebelahnya.

Nisrin cuma tersenyum-senyum duduk ditilam itu. Taktau kenapa, orang lain yang nak dapat baby, dia yang happy melampau.

“nak tengok something tak?” Aree bertanya perlahan.

“apa dia?”

Aree mengambil sekeping gambar dari tepi meja.

“eeeeh… baby..” Nisrin tersenyum panjang melihat gambar hitam-putih itu.

“taklah clear sangat.. tapi macam dah nampak kan?”

“aah laa… eeeeh..”

“apa lagi Luth, aku pun nak baby jugak. Tunggu anak sendiri lambat lagi kot. Kalau dapat anak buah pun, kira ok laa..” Haq kenyit mata pada Luth.

“ingat aku kilang ke kau nak order-order?”

“heleh.. suda la.. dalam hati kau tu aku tau. Kau pun teringin jugak kan? Blah arr..”

Pak!! Sedap je Luth melibas belakang kepala Haq. Betul la dia ni nak kena halau dengan aku..

“woi..woi.. kalau datang sini takat nak main libas-libas, baik keluar. Semak la korang nih..” Rai dah mencebik. Kacau mood betul..

Luth dan Haq cuma tersengih-sengih.

“kau la.. bising!” Luth menyalahkan Haq.

“apa aku.. kau la main libas dulu!” Haq pulak membalas.

“eh! Hubby kau mana?” Rai tiba-tiba teringat pada Adzrel.

“kat hospital lagi kot.. dia kata nanti time break dia datang..”

“apsal tak hantar je kau kat HKL tu?” Haq bertanya pelik.

“alah.. kau bukan taktau hospital gomen.. payah..” Aree menjawab lemah.

“Hubby Kak Aree doctor ke?” Nisrin bertanya.

“aah.. tu yang sibuk sikit..”

“kenapa Nisrin? Minat dekat doctor jugak ke? kat luar tu melambak doctor single and hensem. Kalau minat boleh je nak adjust..” Haq bagi cadangan yang tak berapa bernas.

Luth dah berapi. Memang sikit hari lagi mau aku hentak kepala mamat nih. Lantak ar adik-beradik ke hape.

“boleh jugak kot. Nanti senang je kalau sakit. Ada orang nak ubatkan..”
Hahaha. Boleh tahan Nisrin ni melayan. Haq dah gelak meriah.

“Nisrin…” mata Luth dah mencerun. Boleh pulak kata gitu..

“yes Uncle Long?”

Rai, Aree dah Haq ternganga 2 saat. What the.. hahahahahaha. Pecah gelak.

“again? Uncle Long? Haha.” Merah muka Haq ketawakan abangnya. “aiyaa.. jatuh saham la macam ni. Aura suka berbahang, satgi nama manja Uncle Long.. arrr… Luth… aku tak boleh terima..” Haq dah tekan-tekan perut.

“Haq! Kang ada yang tak sempat balik JB kang…” Luth warn keras.

“apa dia Uncle Long? Tak dengar la..” Haq menggiat lagi.

Humph! Menyakitkan hati betul adik aku nih. Apa la malang sangat dapat manusia macam ni jadik adik-beradik aku..

“aaaaaaa…. Abang Luth. Aree dah cop nama dah. Nanti baby Aree ngan Arel ni lahir, dia panggil Abang Luth Uncle Long jugak la. boleh kan? Ke… nama tu reserve untuk Nisrin je?”

“diam arr korang…” Luth dah mula tak senang duduk. Haish.. ada je nak ambik peluang kenakan aku..

Hahaha. Nisrin yang tadi hanya mendengar turut join sekali ketawa. Best kenakan Uncle Long. Sekali-sekala kenakan ramai-ramai best jugak.. hehe.

“assalamualaikum..” suara salam seorang lelaki di muka pintu menyenyapkan mereka semua yang tengah sakan ketawa.

“hai sayang..” Arel terus menuju ke arah Aree di katil.

“woi Arel.. apa cer jadik doctor tapi tinggal bini ni?” Haq menyergah.

“busy arr.. nasib dapat lari sekejap. Are you okey?” Aree ditanya lagi. Tangannya pantas mengambil laporan kesihatan pesakit dihujung katil. Diselak-selak helaian kertas itu.

“see Nisrin? Kan senang tu dapat laki doctor..”

“Haq!!!!!!!!!!!!!!!!!!” geram Luth tak dapat ditahan lagi. Batu api betul!

Hahaha.

**************************************

“suka ye dia… kenakan kita tadi…” Luth bersuara didalam kereta.

Hahaha. Nisrin hanya tergelak kecil. “alah… bukan selalu..”

“pernah berangan jadi wife doctor ke?”

“you take it serious.. do you?”

“just asking..”

“manede la. tak pernah berangan pun kahwin-kahwin ni. tak pernah plan pun.”

“Nisrin.. I know.. Nisrin baru nak masuk 21.. but.. erm..”

“kenapa?”

“kita kahwin?”

Gulp!

******************************************

Azira merempuh masuk Impiana Florist dengan kasar.

“Nisrin mana?”

Ija yang terkejut terus menjawab dengan terketar-ketar. “err.. dia.. dia keluar sekejap..”

“boleh I tunggu sini?”

“oh.. ok.. duduk lah dulu.”

Azira terus duduk di kerusi itu dengan perasaan tak sabar. Haih.. hangin betul la dengan Nisrin ni. dulu kata lain.. sekarang lain.. cakap tak serupa bikin betul perempuan ni…

Rexton yang park betul-betul dihadapan kedai itu menyakitkan mata Azira. Aku dah kata dah..
Sunglasses yang tersarung dari tadi direntap keluar. Pintu kaca ditolak.

“Nisrin!”

Nisrin dan Luth yang baru keluar dari perut kereta terkejut. Apa mimpi Azira?

Azira terus menghampiri Nisrin dipintu kereta. “Nisrin! You ingat tak lagi apa you kata pada I dulu? you ingat tak?”

Nisrin tersentak. Pekehal datang sergah-sergah ni?

“you ingat lagi tak?”

“ingat. Ingat sangat-sangat. Tapi you kena tahu Azira, I tak berjanji pun.”

“Nisrin.. sanggup you buat I macam ni? sampai hati you?”

“I kesiankan hati you… hati I siapa nak jaga?”

“I tak sangka.. I ingat you baik..”

“Azira.. please. I tak rampas Luth dari sape-sape. I dah bagi peluang dekat you. I dah jauhkan diri dari Luth dulu… kan?” lembut saje Nisrin balas smash.

“then, you ambik kesempatan?” mata Azira dah berair.

“Azira… please..” Nisrin memaut lengan Azira. Rasa bersalah juga.. tapi, dia pun ada hati juga..

Luth cuma memerhati dari tadi. Tak mahu masuk campur. Hal perempuan. Dia tahu, takde apa-apa yang buruk akan berlaku. Azira baik, begitu juga Nisrin. Biarlah mereka selesaikan sendiri. Dia masuk semula kedalam kereta. mengasingkan diri.

Agak lama juga Nisrin dan Azira bercakap. Taktaula apa yang dicakapkan. Mungkin dia tak payah tau.

Sangkaannya meleset. Azira nampak makin lama makin teruk. Menangis tak berhenti. Dia rasa.. dia patut keluar.

“Azira…”

“Luth…” lemah suara Azira.

“I sayang you. You’re my friend. Sampai bila-bila.”

“takpelah. You deserve her. Nisrin baik.. you pun baik..”

Luth menghulurkan sapu tangannya dari poket. Azira menyambut.

“thanks..”

“nah.. small matter.” Luth senyum.

“Nisrin kata… you all nak kahwin. Congrats..”

Luth terdiam. Nisrin.. ni ke jawapan dia? dia menoleh pandang Nisrin. Nisrin hadiahkan senyum meleret. Ya Allah.. syukur.








*one more epi. ending part. nanti-nanti aku post. tunggu ek?

20 comments:

misz nana said...

yeahh! luth ngan nisrin nak kawen!
sukanya! =)

Anonymous said...

bestnyer...nak lagi...

nana_yoong said...

yehaaaa..
bagus la citer ni
xbyk sgt konflik
x serabut hotak aku bace
gud work cucur

Anonymous said...

alamak dh nk abis ke?
ececece nnt wat epi ending tau
kawen ke xkawen xkisah
jnj meka berdua ada 1 sweet ending
love ever after r...hihihi

Shima Awang said...

lagi2..bila nk kawin nie...hahahah bt cepat2 skit erk

nurhakim said...

hahahahaha
lwak tul lah n3 kli nie..
gelak srng2 sy dpan pc nie..hihiii
dah nk ending ke cucuratap????
t bt ending best2 tau..

adek said...

hahahhahah...

nak kawen da...
akhirny..

Ai said...

adeh..
cuteeeeeeee....
sngat diorg nih...

Anonymous said...

comey2..
mujo azira ngn nisrin xmen tarik2 rmbut
hohoho
smbg lg ek cucuratap
eh..tp nk tau gak pe cer iz ngn nisa

-che na-

Unknown said...

alahia...swit gle dorg nih!!! geram aku!! hehehehe...nk kwin? yea2...nisrin n uncle long nk kwin..jgn lupe jmput sy..wakakakakaka...

cucuratap..dh nk abs ke cite ni? sdey la plak kalu abs dh..em..papepom..buat ending die best2 tau..=)

keSENGALan teserlah.. said...

nk ending??nieh g sedey nieh..
but at the same time sgt epy..hehhe..
sweet tol sesi usik megusik nieh..
kite kawen?yeeeaaa..........................
cpat2 post ending..
hehehe..

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhhhhhhhhhh.
cepat ah post.
xsabar nie.
nak tau ending die.
yg best2.
dpt baby boy lg best
ahakzz.padahal xkawin pon ag.
-na'dz

pinat said...

ngaaa..cumil2..

yeyeh nisrin ngn luth nk kawen!yeyeh!hee...

Unknown said...

bestnye2..
nak kawen dah..
hahaha x saba nk bce last episod..
sweet je..
congrat cucur..

Anonymous said...

ngahahaa..gle dasat.
dah la bc b4 g lecture..
sweet smpi g lecture pon t'senyum2 lg..
infinite thumbs up utk cucuratap~ (^o^)

tzaraz said...

alaaa...dah nak abis ke..??
pasnie buat cite Iz pulak tau..
mesti buat lagi best dari cite
Luth nie..hahaha

haikadove said...

hahaa.. suke suke! pdn muke uncle long.
tuelaa garang sgt, heheheeee;D

Anonymous said...

pa yg nisrin bgtau kat azira hah?? hehehe

Anonymous said...

ape yg t'jadi kpd iz'rael??
da ilang ke mane die tuh??

>ily<

Unknown said...

dh hbh... laa kejab sngt.. byk cte xtahu lg.. iz mcm mna.. dia bole terima kaaa

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio