♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, March 1, 2009

bidadara =28=

“dear, tak payah pergi kedai la harini..”manja je suara Luth meminta..

Dear? Blush!!! Nisrin tersenyap beberapa saat.

“mana boleh..”

“ala.. teman la saya harini..”muka kesian..

Nisrin yang tengah berkemas hidangan sarapan tadi mengangkat kening. “awak tak kerja ke?”

“erm.. emergency leave..”

“hah? Kenapa? Kenapa? Siapa sakit?”Nisrin dah mula gelabah.

“ada orang masuk ICU..”selamba muka Luth menjawab sambil bersandar disebelah singki dapur.

“siapa masuk ICU?”riak muka risau sangat-sangat…

“Infection Cinta of You..”

Nisrin tahan geram. “eeeh! Geli lah!” dia percik sikit air yang mengalir di pili dimuka Luth.

“janganlah dear.. kuyup la macam ni..”

“padan muka.”

“ehem!! Ehem!!” Nisa tiba-tiba interframe. Tersengih-sengih kat pintu dapur..
“tau la cinta di udara.. tapi takkan sampai lupa kerja.. akak, tak tengok jam dah pukul berapa?” selamba Nisa perli.

“Nisa, cakap dekat mak, akak tak pergi kedai harini. Kata Abang Luth pinjam sekejap. Malam nanti pulang balik..”Luth kasi arahan.

Nisrin menyiku sikit Luth. “ingat saya barang ke main pinjam-pinjam?”

“kalau barang tak pulang balik.. ambik terus..”Luth tarik sengih.

Hahahaha. Nisa hanya boleh ketawa. Apa la main cinta-cinta kat tepi singki dapur ni.. tak sesuai betul la..

“err.. kalau macam tu, Nisa pergi dulu la. ek?”

“kejap. Jom, Abang hantar..” Luth terus menyeluk poket slacknya, mencari kunci kereta.

“amboi.. belum jadi abang ipar, dah kena panggil ‘abang’. Dah hilang dah title ‘Abang Luth’ tu..” Nisa mengusik lagi.

“Nisa!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin menjerit dengan muka merah. Apa cakap pasal abang ipar-abang ipar ni? buat segan je…

Luth cuma menjeling sambil tersengih. “jom Nisa, nanti muka akak tu terus jadi macam cat merah Nippon paint..”

Hahaha. Nisa gelak lagi. Boleh buat geng Abang Luth ni! ingat serius je memanjang..

“dear, I fetch you later. 30 minutes?”

“for what?”

“bye-bye.” Selamba je Luth keluar rumah menghantar Nisa. Bukan nak jawab soalan kita!

30 minit kemudian..

Luth sampai dihadapan rumah Nisrin, dengan t-shirt dan jeansnya. Patutla sampai setengah jam.. pergi tukar baju rupanya..

“jom?”

“kita nak pergi mana?”

“erm.. shopping?”

“laa.. tak cakap siang-siang.. tak tukar baju pun..” Nisrin memandang baju kurung yang terlekat dibadannya.

“takpe.. you look nice anyway..”

“apa pergi shopping complex pakai baju kurung?”

“tak salah la! orang tak halau punya..”

“awak tak kisah ke? keluar dengan orang pakai baju kurung? Cam tak kena la pulak..”

“I don’t mind, dear..”

“10 minutes? Saya tukar jeans..”

“tak payah la.. lambat..”

“5 minutes?”

“degil eh?”

Huh. Dah mula dah diktator dia.. Nisrin laju je melangkah ke Rexton kepunyaan tuan dictator.

“erm.. nak bukak radio boleh?”

“bukak lah..”

“erm.. kuatkan sikit aircond boleh?”

“ok..”

“erm.. pinjam cermin kejap boleh?” Nisrin arahkan jari telunjuk pada penghadang atas kepalanya.

“dear, tak payahla mintak kebenaran. From now on, what is mine is yours.”

Nisrin tersengih. Mana biasa kalau kita pakai guna je kan? Kena la mintak kebenaran..

“where are we going?”

“One Utama kot.. or nak pergi The Curve?” Rexton itu laju meluncur kearah Damansara.

“entah.. tapi The Curve tak pernah pergi..”

“ok. Kita pergi sana.”

“what are we doing actually?” Nisrin kerut dahi pandang orang sebelah.

“what do you think?”

“is it a ‘date’?”

“define ‘date’..?”

“err.. in malay ke? taktau.. janjitemu? Kelakar la pulak bila sebut.. haha.. erm.. bercanda?”

“bercanda? Bahasa zaman bila Nisrin apply nih?” Luth dah tergelak kecil.

“err.. keluar bersama boyfriend or girlfriend? Betul tak?”

“but I’m not ya boyfriend, dear..”

Nisrin tersentak.

Luth tarik sengih. Orang disebelah dipandang sesaat. “I’m your future husband.”

***********************************

“erm.. awak nak beli apa?” Nisrin pantas bertanya.

“macam tak best je panggil ‘awak’ tu..”

“Uncle Long..?”

Luth menjeling. Muka masam.

Nisrin kecikkan matanya. “ala… can lah.. cute what..”

“cute? Eee yek. Hilang macho.”

“hahahaha. Special apa.. Nisrin sorang je panggil Uncle Long..”

“habis, kalau nanti Haq ada anak, anak buah saya nak panggil apa? Sama je dengan Mak Long dia..”

“Mak Long? Eeeh. Tak best langsung-langsung.”

“dah tu?”

“Auntie Nisrin sounds nice..”

“tak aci la macam tu. Takde ‘Long’ pun..”

“ala.. kasi chance la.. lagipun Nisrin lagi muda dari Haq.. Mak Long tu dengar macam tua gila..”

“ow.. kira saya ni tua la eh?”

“baru sedar?”

“apa dia??? cakap lagi sekali..” Luth dah mula datang dekat..

Nisrin buat muka tak bersalah. Ala.. Uncle Long nak buat apa pun kan? Nak debik? Tak berani punya la..

“dear, nak kena eh..”

“Uncle Long nak buat apa..?”

“tarik tudung tu baru tau!”

“aaaaaaaaaa…” Nisrin terjerit kecil dan terus berjalan cepat-cepat kedepan. Menjauhkan diri dengan Uncle Long. Sempat dia menjelirkan lidah.

Luth tersengih. Is that my love? Cute betul…

“janganlah jalan jauh-jauh.. nanti hilang nanti..”

“Nisrin bukan budak-budak la..”

“dah kata jangan, janganlah.. meh sini.”

Nisrin perlahankan langkah. Dia berjalan disebelah Luth.

Dalam hati Luth, dia rasa berbunga. Halahai.. bukannya dia takut Nisrin hilang, tapi dia rasa macam.. satu protection kalau dia berjalan disebelah. Betul, dia nak jaga Nisrin.. nak berjalan sebelah Nisrin, sampai bila-bila..

“berangan apa?”

Luth tersentak. Kantoi busuk berangan..heh. “manede berangan.. jom masuk situ.”

Nisrin cuma mengikut. Luth masuk kedalam butik Adidas. Oh.. dia sportsman rupanya..

“Uncle Long main apa?”

“erm.. dulu kat sekolah aktif jugak basket. Percaya tak, wakil negeri nih..”

“riak je lebih..”

“heh. Sekarang nak pijak court pun susah. Kadang-kadang turun main futsal je..”

“oh.. main dengan siapa? Dekat mana?”

“dengan member-member U dulu.. selalu dekat Ampang..”

“oh.. erm.. ni nak beli apa ni?”

“socks.” Mata Luth tak lepas dari memerhati deretan stoking dihadapannya.

“tu je? semata-mata?”

“hurm…” Luth masih menilik-nilik stoking disitu.

Rasa-rasa dah dekat 10 minit dah kut.. susahnya nak beli socks! Baru dia tau, Uncle Long ni cerewet ya amat! Matila macam ni..

“lama betul..kalah perempuan” Nisrin mendengus perlahan.

Salesgirl di Adidas tu dah tak boleh tahan gelak dengar Nisrin merungut.

“Nisrin kena biasakanlah.. saya memang macam ni. lil bit fussy..”

Terbeliak mata Nisrin. Lil bit? Yolah tu pakcik.. ni baru beli socks, kalau beli baju? ammaaaaaaa… habeh la aku..

******************************************

“kita lunch jom?” Luth mengajak.

“boleh jugak.. lapar.. erm.. kita nak makan apa?”

“Nisrin suka makan apa?”

“semua. Heh. Tapi Nisrin tak makan sushi.. sebab mentah. Geli la. Uncle Long?”

“banyak benda saya tak makan. Nak dengar?”

Nisrin angguk comel.

“durian, tempoyak, petai, jering, kerang, lala, kepah.. semua yang bercengkerang la.. pastu, erm.. segala jenis laksa..”

Nisrin tenganga. What the…
“huh? Laksa? Tak makan laksa?” Nisrin bertanya konfius.

“no. tak suka la rasa dengan bau kuah ikan dia.. tak sedap.”

Apa ke pelik manusia yang aku suka ni.. Nisrin bertanya diri sendiri.

“laksa asam?”

Luth buat muka. “uuuuh.. tu lagi laa.. rasa macam masuk fear factor je..”

“habis tu? Apa yang suka?”

“nasi. Simple kan?”

“nasi je la? nasi kosong pun bantai?”

“takdelaa… kejam sangat tu..”

“hahaha. Ok..ok..”

“so, nak makan mana ni?”

“sini ada kedai Laksa Shack tak?”

“Nisrin!!!”

Hahaha.

*****************************************

“Nisrin taknak shopping?”

“erm.. gaji tak masuk lagi. Taujelah big boss tu.. punctual.”

“nak beli apa?”

Nisrin pandang pelik. Bukan dah kata taknak shopping ke tadi?

“what is mine is yours, remember? Nanti I buatkan kredit kad..”

“hah! Nak buat apa?”

“kasi Nisrin pakai la.. senang.. kalau cash payah nak pass..”

“eh! Tak payahla! Saya ada gaji la.”

“tau.. tapi saya nak bagi jugak. My responsible..”

“you’re not my husband.”

“yet.” Pantas Luth menyambung ayat.

Aaaaaaaaaaaaaa….. ni yang aku tak suka ni…

Luth nak tergelak tengok muka Nisrin masam macam buah mangga tak masak. Orang nak bagi duit pun buat muka macam tu ke?

“Uncle Long… tak naklah..”

“nak jugak..”

“tak nak lah..”

Luth diam. “kecik hati la macam ni…”

“taknaklah. Nisrin bukan sape-sape. Kalau nak bagi sangat-sangat pun, tunggu la nanti..”

“bila tu? Bila kita kahwin?”

“siapa nak kahwin dengan dia!”

“Nisrin…..” Luth tahan geram. Haih.. rasa nak cubit-cubit je pipi tu..

“eh, apa khabar Iz yeh? Lama tak jumpa..”

“kenapa pulak nak tau?”

“saje.. dulu kan selalu je jumpa.. dia busy eh?”

“ntah.”

“ke.. dia pergi out station?”

“taktau.”

“takkan tak tau?”

“dah kata taktau.. taktaula..” Luth terus melangkah besar-besar. Meninggalkan Nisrin yang terkulat-kulat.

“haish pokcik tuo nih.. tu pun nak jeles.. ntah pape..” Nisrin merungut sendiri. Geram!

“Uncle Long..”

Takde respon.

“Uncle Long..”

Diam.

“Luth Zafran..”

Buat pekak.

“sayang..”

Luth stop berjalan. Muka still pandang depan.

“sayang….” Nisrin berkata perlahan sambil menarik hujung lengan T-shirt Luth.

“pandai je buat orang cair….”Luth tarik senyum.

Heeeeeeee. Nisrin senyum panjang..

***********************************

“Uncle Long.. rasa-rasa.. Nisrin dah tau dah nak define our ‘date’.” Nisrin tiba-tiba bersuara didalam kereta dalam perjalanan balik.

“what is it?”

“get to know each other?”

“erm.. boleh terima la kot jawapan tu.”

“so, apa yang Uncle Long dapat tau pasal Nisrin harini?”

“erm..” Luth telengkan kepalanya kekanan, kekiri. Stering diketuk-ketuk beberapa kali.

“yang baik ke yang tak baik?” Luth bertanya.

“both.”

“Nisrin sweet, baik hati, penyabar, nakal, soooo cheeky.. sangat la sensitive, manja, tough OUTSIDE..”

Haha. Nisrin tergelak. Nak jugak tekan ‘outside’ tu.. taula pernah kantoi nangis dekat dia..

“the worst part is.. suka buat jenayah.”

“huh? Bila masa?”

“buat seorang lelaki cair is a crime my dear..” Luth menjeling sebelah.

Heh. Nisrin sengih. “kena masuk jail ke?”

“penjara seumur hidup.”

Hahaha. Nisrin tergelak lagi. Apela Uncle Long ni..

“what about me?” Giliran Luth pula menyoal.

“hurm.. cerewet ya amat, perfectionist, suka gertak orang, dictator tahap langit, kuat jeles..”

“ehh!! Ni apa semua yang tak baik nih..?”

“lagi.. suka buat keputusan sorang-sorang, tak sayang duit, ambik cuti suka-suka hati, bawa anak orang keluar satu hari suntuk..”

“amboi.. manis sungguh la bahasa…”

“tertinggal satu. Kuat merajuk.” Nisrin menongkat dagu dengan tangan. Dia pandang driver disebelah. Muka dah masam. Hehe. Dah agak dah! Sentap la tu..

“tapi…. Orang tu jugak yang Nisrin sayang…” Nisrin berkata nada lembut.

“start ar tu.. nak buat jenayah lagi…” Luth tarik sengih pandang kiri.

Hahaha. Nisrin ketawa bahagia.. maunya tak, aku jatuh cinta beb!

42 comments:

Unknown said...

best giler n3 neh!!!

cute sesgt...

dari awal sampai abis mmg sy tersengih tak abis2....

huhuhu...

Anonymous said...

waa..sgt besh
sweet..xjiwang karat
mantap r
nisrin,ok wat g shopping complex pkai bju krung
aku ilek je pkai bju kurung g klcc..haha
besh2..nk lg
bile lak nisa ngn iz ni
iz bwk diri ke coz xdpt nisrin??hehe
smbaung lg.. ^_^

-che na-

Anonymous said...

waaa..jd org 1st komen...
best ya amat...

hehe..so sweeeeeeettttttttt...

hope dpt future husbnd mcm 2..heaven gler idup..

kalo blh next n3 post cpt2 tau...

x sbr nak tau smbngan..

xsbr2...

Mimi Nurisya said...

sweet la date dorang...
bahagia je...sambung cepat2 eh...

Anonymous said...

sweet......... :)

Fatin Cullen. said...

i'm the first to comment!!! ahaks!!!
best sgt2 n3 kali ne... sambung lgi ek cucuratap!!! heheheh... besh2...

nurhakim said...

hahahahahahahaha
lawak tul lah n3 kali nie...
sweeeeet je diaorg nie...
glak srng2 dpan pc nie..
nsib baik xde yg prsan...hihiiii
cucuratap...de slah lah kt atas 2 skt..
spttnya ltak nisa yg ckap bkn nisrin...

“ehem!! Ehem!!” Nisrin tiba-tiba interframe. Tersengih-sengih kat pintu dapur..

pe2 pn nice....
t smbng lgi yg best2 tau cucuratap..

Anonymous said...

salam.. (^o^)
gler r best~
t'awang-awangan rse bc cter ni.. hohoh~
thanx 4 this lovely, cute lovey dovey entry.

Hafia Hana said...

he..he...

dah besh tahp dewa ke 8 nehhh...

mcm mane la kalau Azira nmpak ehh?

maunya menangis x b'lagu~

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhhhhhhhhhhh.
sweet gile.
time nisrin panggil luth syg n tarik hujung lengan baju.
ahakzzzz suke2.
smbung2
-na'dz

Ai said...

yesssssssssssssssssssss....
org pertama yg komen...
hahaha...
akakkkkkkkkkkkkkk
smbung aggggggggggg...
hehe (PEACE);)

Anonymous said...

whoaaa...sooooo swwweeetttt..
d best n3 tht i've ever read..
bhgia gler jdk nisrin..
n lbh bhgia pnye psgn mcm Uncle Long..
erm, nk lg2..
mkin mngengat mkin sweet..
mkin sonok bc..
wt plk ksh nisa n iz..
hehehe..p ttp ske Uncle Long+Nisrin..

onarness~~~me~~~ said...

sweet sgt2~~usually jd silent reader jek..
tp kali nih yer post so sweet~~keepit up cucuratap=)

Anonymous said...

uwaa...
angau2..
so sweeetttt..
nak cam uncle long gak...

Hafia Hana said...

he..he..

memang sweet la diorg nehh~

Anonymous said...

“sini ada kedai Laksa Shack tak?”

part ni xleh blah..
nakal la nisrin ni...tp sweet..

chaiyok2

adek said...

hahahhaha..
chumil je...


“buat seorang lelaki cair is a crime my dear..”
gila kejam quote ni tapi sweeet

adek said...

hhhahahaha
chumil je


“buat seorang lelaki cair is a crime my dear..”
quote ni gila kejam tapi swwwwweeeeeet

pinat said...

wahahah..so sweet...

gile bagusla uncle long ni..nk bg kedit kad tu..aish..

Anonymous said...

bestnyer...

ooo...sweet sngt

kalo la kisah cinta aku mcm ni...

Anonymous said...

fulamak....
best3...
ska ar diorang mcm neyh...

Anonymous said...

best giloooonn...

aqilah said...

wah....jiwang tul la. cucu, best giler. nenek nak lagi...............................

Unknown said...

mak oii..
sweet glerla..
blum bce lg dh senyum sengih2..
ble bce lg la..hehehe
bahgianye...
best sgt nak lg..:)

Anonymous said...

great
sweet
marvellous

Anonymous said...

sweet nyer n3 ni...sengih sengsorang depan laptop....cayalah nisrin+uncle long....nie yg wat bertambah rindu kat 'uncle long' saya nie...hehehe....keep up ur good work cucuratap....~sakina~

keSENGALan teserlah.. said...

weeyyhh...
n3 nieh aku pling ske weyyh..
seyes..xtpu..
besh giler thap tera arh..
sweeetttttttttt je dorang...
time nisrin pggl luth sayang tuh yg paling bestt..
arggghh..
asall xley benty sengeh nieh...
aduuh....
ske2222....
hope dorang kekal n nisa ngn iz...
besh weyyyhh..

tzaraz said...

Adehhh!!! Sengih sorang2 aku nih!

Anonymous said...

wawawaaa
entry mmg menarik ni
sweet je
dari mula smp abis

erm.. so next.... hihihi

Anonymous said...

Zakim ni peminat setia cerita ni..
Zakim yg kat luar ni pun cair ini kan pulak.....
Tak sabar rasanya hendak tunggu sambungan..harap2 happy ending Eh Eh....

atashinci said...

eee.....bestnye.....
kalaulh dpt boyfriend mcm luth bestnye....
xlokek wit....romantik....handsome....
eeeee........

Anonymous said...

gile la sweet...
siap wat jenayah lg

nana_yoong said...

cucur...eishh nak telan2 je blog ni
bestnyer..semangat bace..da la panjg...
ni ble jadi penulis kesayangan sy ni..
sambung lagi

misz nana said...

best giler!
x tau nak komen apa dah..
hehehe..

Unknown said...

gle sngih aku bce n3 ni...switt sgt part luth pggl nisrin dear n part nisrin pggl luth syg...x brenti ag aku sngih ni...nk pkwe cm luth gk...huaaaaaaa~..em...si iz 2 buat la jth ati dgn nisa..swit ah dorg 2gether..bru ah besh..ada partner sume..(except 4 azira la..die 2 x yah bg sape2 ah..huhuhu)

cucuratap..thnx 4 de n3...luv ur work sgt..cpt2 smbung eh? hehehehe..

**alahai...aku dh jth cnta kt si luth ni..=) **

::cHeeSeCaKe:: said...

salam ziarah..
nice story..!nak lg..
sweetla luth n nisrin ni..
smbung2..

Anonymous said...

salam cucuratap...
setelah ibu jumpa blog nih,..
ibu trus jatuh cinta dan sudah habiskan sume cite2 yg telah ditulis penulis nih...
sememangnya anda mempunyai bakat menulis kerna anda berjaya membuat pembaca mahu meneruskan pembacaan hingga ke akhir...
TAHNIAH...crita anda sungguh menarik(wah ayat ibu skema habis)...
dan dgn kata lain...ibu akan trus menjadi peminat cucuratap..hehehe(~_~)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

omg i luv this chapter!
sweet gleeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ^o^
hihi im ur new reader lorh..
best2...ske gle la ngan novel u ni ^^.

non0t said...

same taste ngn luth..
x ske mkn sume tue..huhuhuhu
bestttttttttttt!!!

mun said...

aku bace komen2 kt cni yg tergelak guling2..kehkehkeh....klako dowh!~~~cucur,da dpt penyakit baru ni..~senyum xilang2...~~~

Anonymous said...

benda ni berlaku dlm 1 ary ek....
pagi 2..nisrin g taw luth y dy trima cinta luth..
pas2 tquih lepa kuar date nan bercintan-cintun?!?!
wow!!

Anonymous said...

ni yg buat sayer pun nak panggil cik abang i uncle long

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio