♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, March 19, 2009

Apek dan Marjina

Apek merenung sesuatu tajam. Straw dimulut masih dikulum-kulum. Disedut sedikit-sedikit air didalam gelas plastic itu. hmm..

“Apek! Kau usha apa?” Acap menyergah Apek disebelah. Member aku ni.. lain macam je gaya.. kena sampuk dengan Prof ke hape?

“tu…” Apek memuncungkan mulut.

“apa dia?”

“tuuuuuuuu…”

“tuu! Tuu!!! Cuba cakap! Apa dia?”

Apek memalingkan muka dengan dahi berkerut. “kau ni! kacau betul la! tengok! Kan dah lepas!”

“apa yang dah lepas?”

“alah.. budak perempuan tu la..”

Acap cuba memproses otak. Siapa pulak yang dia cakap ni? “budak mana?”

“ish! Budak yang aku selalu cerita tu la..”

Acap sengih. “owww.. budak perempuan yang ‘dalam dunia dia saje’ tu?”

Apek angguk-angguk. Tiba-tiba datang fikiran mantap dalam otak. “Acap, aku blah dulu ar! Kau balik kolej dulu.” Apek terus menggalas backpack Adidas hitam dan berlari keluar dari café.

“eh!!!!!!!! Aku nak balik naik apa!!!!!!!!!! Weh!!!!!!!! Bagi kunci motor la!!!” terjerit terlolong Acap dalam café tu. Apek cuma buat bodoh. Cis!!! Sungguh tergamak dia membiarkan aku balik naik bas…

*****************************

Apek melangkah seperti biasa. Tak laju, tak pelan. Stay cool beb.. jangan biar nampak kalut. Jatuh saham lah weh.. heh

Perempuan dihadapannya nampak cool macam biasa. Dengan beg galas entah-apa-jenama, sneakers macam kasut budak sekolah menengah, t-shirt dan jeans yang sangat simple, dan earphone.. yang macam kena simen dekat telinga dia. terjuntai je wire dari leher ke poket seluar. Itulah yang Acap cakap.. dia macam dalam dunia dia je.. keliling tak ambik kisah.

Perempuan itu diekori dengan senyap. Uhh.. boleh jadi penyiasat berjaya ni.. agak-agak gaji detektif berapa ribu ek? Haha. Apek sendiri taktau dia melangkah kemana. Perempuan ni main potong shortcut je.. masuk fakulti ni, tembus lorong situ. Huish!

Last-last, nampak bangunan besar dihadapannya. Oh.. pergi ,library ke.. kaki library rupanya budak nih. Dekat sampai di pintu masuk, perempuan itu memusingkan beg galasnya kedepan, zip poket depan dibuka. Kad matrik dikeluarkan dan diklip kebaju. Hahaha. Oww.. pandai ye.. nak masuk library baru nak pakai kad matrik.

Perempuan bernama Apek-pun-taktau tu melangkah terus ke hujung. Okey, dia pilih lif ke tangga? Lif la.. lif laa.. penat lah berjalan..humph. hampa. Dia memang rajin bergerak. Dia naik tangga!! Tahniah Apek. Tahniah untuk anda.. tingkat demi tingkat didaki. Bila dia nak stop??
Apek membaca sign ditepi dinding. ARAS 5. Yeah.. terima kasih untuk exercise hari ini.

Perempuan itu diekori lagi. Kalau nak diikutkan, dia pun tak tahu kenapa dia terajin pulak harini nak stalk orang. Tak pernah dibuat! Gerak hati maybe? Hehehe…

Perempuan itu terus menuju ke rak belakang. Erm.. Apek menjeling kod rak disebelah. TL.. TK.. TJ..TI..TH.. oopps!! Dia berhenti di rak TH. Kejap.. kejap.. macam kenal je kod TH ni.. macam pernah kulihat.. oh no! ni rak buku mechanical engineering. Dia budak mechi?????? Dia satu course dengan aku??? biar benar!!

Muka Apek dah berkerut-kerut disebalik rak TI dibelakang perempuan itu. biar benar. Tak pernah nampak kat fakulti pun? Junior ke? ke.. senior? Tak.. tak kot.. senior dia kenal. Tapi junior? Tak logik jugak.. masa orientation tak nampak pun…

Perempuan itu berpusing, memandang tajam ke arahnya. Zaapp!!!! Jantung macam kena rentap mak oii… nasib bookshelf ni tak terbalik!

Perempuan itu menarik sebelah earphone-nya keluar. “aku nak study. Stop stalking.” Dan dia terus berlalu ke kerusi kosong dibelakang.

Apek terkesima beberapa saat. Terpaku. Cop.. dia sedar? Dia sedar? DIA SEDAR?????? Apek meraup mukanya. Habeh la…

***************************

“Acap!! Acap!!!” Apek terjerit-jerit dari bawah blok.

Acap didalam bilik diaras 3 dah bengang. Kot ye pun rindu aku.. tunggu la sampai bilik! Dah la biarkan aku terkulat-kulat naik bas!! Memang mamat Melayu celup ni nak kena dengan aku..

“Acap!!!” Apek melaung dari tangga pula. Haish!! Excited!

Acap membuka pintu dengan kasar. “kemende??” dia melaung kuat dari pintu bilik.

“dia budak mechi weh!!!!!” suara dari tangga aras dua kedengaran.

“mana kau tau??”

“dia pergi rak TH tadi!!”

“rak pejadah??????”

“TH la!! library!!!” akhirnya tuan empunya suara muncul didepan mata. Penat menjerit!

“jangan happy sangat.. ingat budak mechi je singgah situ?”

“dah tu?” Apek menghempas punggung kekatil. Merenung orang katil depan. “takkan budak business selak buku mechi pulak?”

“kat situ ada jugak kan buku pasal fire alarms.. security systems.. mana tau, budak civil ke.. architecture ke..”

Apek terbaring hadap siling. “betul jugak tu…”

Acap membaling batal dengan halaju maksimum ke orang katil depannya. “woi! Angau ke hape?”

“dia tegur aku..”

“pe dia?”

“dia tegur aku.. jangan buat tak percaya pulak!”

“dia kata apa? Skrip macam bebudak junior kita ke? ‘hai abang Apek.. ada kelas harini?’..” Acap buat suara meloyakan. Eeee yek~

“..’aku nak study.stop stalking.’ Mau tak tekujat aku kat tepi rak tuu..”

“huuuuuuuuu~ gila arr! Langsung tak mesra alam!”

“tau takpe..”

“tinggal je la Pek.. payah tu.”

“bukan senang aku nak suka perempuan Cap..”

“aku tau..”

“dia lain…”

“aku tau…”

“aku serius ni Cap..”

“aku tau..”

“hmmph. Teman aku esok?”

“kau nak pergi meminang ke?”

“kalau possible, aku buat jek.”

“otak mereng betul kau ni!”

Apek cuma tersengih-sengih.

******************

“Apek! Target telah sampai. Sharp.” Acap bercakap nada serius.

“mangkuk ayun! Ingat ni misi polis ke hape?”

“ek eh… aku nak tolong beriya ni, perli-perli pulak..”

“yelah..yelah..”

“dia sorang tu Pek, redah jom?”

“kau gila!!!”

“ilek arr.. ni café, bukan library.. takkan dia nak cakap ‘aku nak study. Stop stalking.’ lagi sekali kat kau kot..”

“aku… haih! Meremang la.. seram sejuk dah ni..”

“ilek Pek. Kita kena cool.”

“betul. Ehem! Ehem! Let’s go.”

Mereka berdua merapati meja café berkerusi empat itu. hanya satu tempat yang terisi. Siapa lagi, perempuan tu laa..

“assalamualaikum.” Apek selamba terus duduk berhadapan perempuan itu. beg galas dilurut dan diletak diatas meja.

Perempuan itu membesarkan mata. Terkejut! Hehe.. mata besar macam Bugsy.. sebelah earphone ditarik dari dalam tudung.

“err.. hai.” Apek muka dah macam kena injet botox. Sengih semacam je!

“ya?” selamba perempuan itu bercakap. Sudu dan garpu masih ditangan.

“err..semalam.. library.. TH bookshelf.. ingat?”

Perempuan itu tersenyap sekejap. “oh.” dia mengangguk-angguk.

Oh je?? abnormal ke hape.. Acap yang dari tadi jadi penonton setia dah rasa nak hentak dahi ke tiang. Beku habis minah ni!

“kau budak mechi?” Apek bertanya lagi.

Geleng.

“oww.. aku budak mechi. 3rd year.”

Angguk.

“erm.. aku Apek. Nama kau?”

Perempuan itu meletakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan yang telah kosong. Air disedut sedikit. Gelas itu ditolak kedepan. Beg galas terus diambil dan dia berdiri. Earphone disumbat kembali. “Marjina.” Dan dia terus berlalu.

Acap dan Apek beku sebentar. 2 saat.. 3 saat… 4 saat.. hahahahahahahahahahha. Gelak meriah!!!

“aiyak! Macam cerita Ali Baba!! Kau Apek, boleh dia jawab Marjina?? Hahahaha.” Acap dah gelak macam nak pengsan.

“hadoi.. lawak jugak budak nih. Ingatkan no sense of humour.” Apek cuma menggeleng-geleng. Macam lambat sikit nak proses dalam otak tadi. Ingatkan betul nama Marjina, apa la pelik sangat.. satgi nak kenakan aku rupanya. Haih.. nasib aku laa sangkut dengan orang cenggini.

********************************

”G!! report dah siap?”

“erm.. sikit lagi.”

“pinjam G! aku tak reti nak buat laa..”

“ok. Nanti dah siap aku bagi.”

“thanks G…. kau memaaaaaang baik! Mmmuah.. mmuah!”

G cuma tarik senyum sesaat. Apa-apa lah cik Dian…

“G!!!”

“hmm?” apa lagi la Dian ni.. dia mengalihkan muka menghadap Dian yang elok meniarap diatas katilnya.

“erm…” Dian bermain-main dengan getah rambut ditangan.

“kau nak apa ni?” selamba G bertanya. Kaki dilipat sila diatas kerusi belajar. Pen diletak.

“kau tau kan.. dinner kolej.. weekend nih.. then, aku… err.. aku takde baju.. then..”

“aku taknak.” G kembali mencapai pen. Tak sempat Dian nak habiskan ayat!

“G…. tolonglah G…. kita keluar kejaaaaaaap je.” Dian dah tukar posisi. Duduk dikatil sambil buat muka sayu.

“kau tau kan..”

“aku tau! Aku tau! Aku tau kau tak suka pergi shopping… kau tak suka outing..”

“then, ajakla orang lain.”

“G… please G… teman aku..”

“ajaklah roommate kau..”

“G.. aku nak keluar dengan kau.. dengan kau je.. ni kan last year G.. aku nak spend time dengan kau..”

“sekarang bukan spend time ke?”

“G.. aku nak macam lain. You know? Being normal? Girls-day-out?”

“kau kan ramai kawan lain..”

“aku memang ramai kawan.. tapi kau tu, kau ada aku je kan?”

G memandang Dian serius. “aku tak buat la benda-benda tu Dian..”

“sekali ni je.. bukan aku suruh kau shopping.. aku shopping, kau ikut je. kita have fun, together.”

“Dian, I’m straight.”

Pak!! Dian memukul lengan G. “aku tak lesbian ok.. it’s girl-girl bond.”

“aku lemah la Dian..”

“G..kau tak kesian dekat aku ke G..”

“ok.”

“again?”

“O.K”

“yes!!!! Mmuah! Mmuah!!” Dian dah melompat dari katil. Akhirnya, G nak keluar dari kepompong.

“tapi jangan buat benda pelik-pelik..”

“tak peliklah. Aku dah buat list dah. Lunch, pergi cinema, shopping baju, karaoke, manicure.. oh ya! Take sticker photo..”

“hold on! No manicure. No karaoke. No sticker photo.” Gila ke hape nak suruh aku buat semua-semua tu?

“halah G…”

“titik!”

“ok..ok.. but, no earphone ar!”

G cuma mengangguk. Apa-apa jela..

****************************

G pandang sekeliling. Muka sikit tak senyum. apalah yang best sangat lepak shopping complex nih.. dah la sesak, bau meloyakan tekak, sakit mata tengok fesyen yang ntah pape.. dengan couple sepah sana sini.. ni ke have fun?

“G.. senyum la sikit G.. kau ni macam kena paksa keluar dengan warden penjara je aku tengok..”

G buat-buat senyum lebar 2 saat. Jadilah tu.

Dian menjeling. Huh! Geram aku budak nih!

“hai.” Tiba-tiba satu suara menjengah.

Dua susuk tubuh lelaki berdiri betul-betul satu tingkat tangga escalator dihadapan mereka. Dian dan G mendongak sedikit. G dah kerut muka. Mamat ni lagi..

“jalan-jalan?” Apek dengan ramah-tamahnya bertanya. Hey, ingat senang nak bertembung? Dekat shopping complex pulak tuh! Tak pernah terbayang. Tapi bila Acap menyiku dia sekejap tadi, memang kena percaya la yang budak ni pergi shopping complex.

“tak. Beli ikan.”

Pffffh! Hahahahaha. Dian dah tergelak-gelak. Selamba badak betul G nih. Acap cuma menekup mulut. Kesian Apek.. masuk ni 3 kali dah terkena..

“errr.. Apek kan?” Dian menegur. Baik la dia ambik bahagian. Karang mau G ajak balik!

“kita kenal ke?”

Escalator dah sampai ke penghujung. Mereka berempat berjalan seiring. Ops! Salah! mereka bertiga jalan seiring. G lebih selesa berjalan dibelakang.

Dian menggeleng. “tak.. tapi rasanya pernah dengar pasal awak. Apek si budak mechi. Rite?”

Apek sekadar mengangguk. Matanya sekilas menjeling kebelakang. Haih.. apa susah sangat nak dekat dengan perempuan ni..

“saya Dian.”

“oh.. course apa?” Acap pulak macam berminat bertanya.

“civil. Diploma. final year.”

“owhh.. sama dengan budak belakang tu?” Apek menghalakan matanya kebelakang.

“Marjina? Haah.”

Acap dan Apek terpempam. Betul lah nama dia Marjina!!!!!

***********************

“G! how do I look?”
“great.”

“G! yang ni macam mana?”
“ok je.”

“colour ni macam cantik kan?”
“yeah.”

“kasut ni macam cool gila kan?”
“ye kot.”

“better aku bawak clutch ke.. mini handbag?”
“entah.”

Dian dah berang. Memang dari tadi itu-itu je jawapan G. bosan betul!

“Dian, kau dah habis shopping kan? Baliklah jom..”

“halah.. awal lagi lah G..”

“dah lapan jam kita pusing Dian..” G menjulingkan mata.

Dian memuncungkan mulut. Haih! Payah betul la.

Mereka berdua berjalan kearah pintu utama shopping complex.

“Allah! Hujan lebat G!”

“kau la ni.. lama sangat kat dalam..”

“macam mana nak tunggu bas macam ni? nak pergi bus stop pun sempat lencun dulu!”

“naik cab jelah.”

“duit aku cuku-cukup je bayar tambang bas G…”

G cuma tersenyap. Dian dipandang. “takpelah. Duit aku ada.”

Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dihadapan mereka.

“naik sekali?” suara si pemandu bertanya.

G buat muka macam nak telan orang. Apa malang sangat asik terjumpa mamat celup nih..

Muka Dian dah bercahaya. “G! naik jela jom..”

“aku taknak!” peluk tubuh.

“G.. diorang offer tu.. diorang tak nampak macam perogol pun G..”

“taknak.”

Apek keluar dari tempat pemandu. Dia berpusing kearah pintu belakang sebelah kiri. Pintu kereta dibukakan. “come.”

Dian memandang G. senyap. Tak bergerak.

Piiiinnnn!!!!!! Ponnnnnnnn!!!!!!!!! Bertalu-talu hon berbunyi.

“tengok, kereta belakang pun dah marah. Cepatlah.” Apek masih memegang handle pintu kereta.

“G..” Dian buat muka. Aku tak kira!! Aku nak naik jugak!! Dian terus bergerak masuk ke perut kereta.

G tergamam. Dah takde pilihan. Dia bergerak merapati kereta. sampai di pintu, matanya bertembung dengan mata Apek. Dijeling sekilas, dan terus masuk kedalam.

Apek menutupkan pintu kereta dengan sengih bermeter-meter lebarnya. Haih.. nasib..

*************************

“G! marah aku ke?”

Senyap.

“G.. aku mintak maaf..”

Diam.

“jangan macam ni G..”

“lain kali, jangan ajak aku keluar lagi.”

“sorry G.. tapi time tu kan..”

“stop. Aku taknak ingat.”

Dian terdiam. G dah marah betul nih..

“mana kau kenal mamat tu?” tiba-tiba je G bersuara. Suara mendatar, tak macam marah-marah.

Dian mengukir sengih. Heleh.. nak tau jugak..

“ramai budak bercerita.” Saje je Dian kasi jawapan tergantung. Pancing G sikit. Hehe.

“pasal apa?”

“dia dalam dean list every year.”

“budak pandai la kira..”

“bukan tu je. Dia ahli ekuastrian universiti..”

“banyak duit..”

“and, dia sponsored by Petronas..”

“good future..”

“and he likes you.”

“aku nak pergi tandas.”

Dian tersenyum. Ngelat!

*******************

“Marjina!” Apek berlari-lari anak mengejar perempuan dihadapannya.

“panggil aku G.”

“oh.. o.k. jalan sekali?”

“thanks, but no thanks.”

Apek terdiam. Hmm.. hampa..hampa..

“kejap!”

“hmm?”

“nah.” Apek menyerahkan sekeping kertas kajang berlipat empat.

G kerut muka. Ni.. surat cinta ke hape?

“baca key? Jangan buang pulak. Ciao!” Apek terus berlalu. G terpinga-pinga.

G terus membuka lipatan kertas tu apabila selamat duduk di kerusi library.

Haiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Uwang dan ringgit ana tatak helan ne
Ante tutup mata ana tak tentu jalan


~aku tau kau tengah senyum. senyumlah, kau nampak cantik bila senyum. (walaupun aku tak pernah nampak.)oh ye, maaf. Lirik ni aku cuma tau satu rangkap. =)

G melipat kertas itu kembali. Bukan tersenyum lagi, nak tergelak pun ada! Heh. Macam –macam la Apek..

Petang itu apabila sampai ke bilik..

G khusyuk merenung lappy yang terpasang didepan. Hurm..

“woi!”

“hai Dian.”

“buat report?”

Geleng.

“habis tu?”

“download video.”

“tengok?” Dian bergerak merapati meja belajar. Youtube downloader tengah berjalan. “apek dan marjina?”

“haah.”

“best sangat ke?”

“best je.”

“kenapa tiba-tiba?”

“teringat nenek aku.”

Dian tersengih. Heleh.. ingat senang nak cong aku? ingat nenek konon.. bukan nenek dia dua-dua dah takde ke?

“Dian?”

“hurm?”

“tak gila ke kalau suka senyum tiba-tiba?”

Dian senyum. “tak.. waras je.” racun apa si Apek ni dah bagi kat kawan aku.. haih..

****************************

“kalau dalam cerita Ali Baba tu, Marjina tu macam mana?” Apek tiba-tiba bertanya.

“kau tak pernah tengok?”

“pernah. Tapi dah lama sangat.”

“hmm. Marjina bijak. Dia yang selamatkan majikan dia dari kena rompak dengan 40 penyamun.”

“apek jadi apa dalam filem tu?”

“tukang jahit mayat. Haha.”

“lor.. gila tak best..”

“superb apa!”

“banyak la kau!”

Tiba-tiba telefon bimbit Acap berbunyi. “weh, Dian ajak jumpa.”

“bila…”

“sekarang.”

“no, sejak bila kau ada nombor dia?”

“jangan banyak tanya la! jom.”

Sampai di café..

Kelihatan Dian dan G sedang duduk bergelak ketawa di kerusi café itu. kejap.. kejap.. bergelak ketawa? G? ketawa? Indahnya…

“hai Apek.” Apek terdiam. G tegur aku dulu? Apek dah jadi macam statue kat tepi meja.

“nah. Aku dah nak blah ni. library.” G terus bangun dan berlalu. Kertas yang dihulur sempat bertukar tangan.

Apek yang terpinga-pinga terus duduk disebelah Dian. Kertas itu dibuka.

Marilah Apek hoi mari sayang
Ikutlah ana Apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah hoi perlahan-lahan

Ana tatak bimbang ana tatak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua Itam lagi banyak gulap
Macam orang Habsyi henggeli Alab ( negeri Arab)

Oh Apek Sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ante cepatlah cepat
Awas Pek Longkang oi kaki melompat

Apek jaga depan ada longkang

Mana

Lompat

Haiyaa

Lompat

Haiyaa

Lompak Apek Lompat….

Haiyaaaaaa…….

~ ni sambungan lirik dia. nway, aku dah senyum. =)


Sikit demi sikit.. Apek tarik sengih. Marjina!

“dia tulis apa Pek?” kepala Acap terjenguk-jenguk ke kertas tadi.

“Marjina..”

“huh?”

“Dian, apa nombor phone dia?”

Apek terus menekan keypad dengan laju. Tuuut..tutt.. menunggu panggilan diangkat dengan penuh sabar.

“assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Salam bersambut.

“where are you?”

“library.”

“haiya cik siti.. library tak boleh guna phone.”

“hoi Apek sayang… I’m outside café.”

“tunggu!.”

“no.”

“kenapa?”

“takde wang emas nak kasi.”

“you are so funny.”

“thank you.”

“can you.. repeat?”

“what?”

“you said just now…Hoi Apek what?”

“bubye.” Teet! Talian mati.

Acap dan Dian pandang ke arah muka Apek yang bercahaya.

“G.. Marjina.. dia panggil aku.. Apek sayang?”

“huwaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

**************************

“Aku terima nikahnya Marjina binti Ali dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”

“sah.”
“sah.”
“sah.”

Dan Apek terus melangkah ke arah pengantin perempuan. “saya pulak kena kasi wang emas dekat awak..” perlahan dia berbisik.

Heh. Marjina cuma tersenyum. Siapa sangka kan? Apek dan Marjina bersatu. Yeah.. happy ending. =)

50 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

weeeyyhhh...
aku suke weyhh,...
ngeeeeeee...
hahaha...
aku terfikir skang nieh,,ader lg x orng gne nme marjinah..
huhu..
kalo ader,mmg aku tabik la...
ngeeeeeee..
sweettt bangat..
ske2....

no-u said...

kah..kah..kah lawak2 aduh dah nak pecah perut ni.. tahniah cucur krn berjaya mhasilkan karya2 yang semPoi!!!! hahhahaha

Mimi Nurisya said...

comey je apek ngan marjina ni..
hehe...
chaiyuk2 cucuratap...
tulis lagi cerpen best cmni...

awanbiru said...

haiya..

gle lawak..

Anonymous said...

yeah..
da great one..
haiyya apek..
wat aku tersenyum2..
bt, still miss kat izz n nisa..

Anonymous said...

wow.... nice story
giler pnye lawak!!!! asyik dok gelak je ble bc ctr ni... hahahaha
truskn usaha lg..cayOOk!!

Anonymous said...

can't stop grinning :D

Anonymous said...

hehehe....
soooooooooooooooooooooooooooooooo sweet.........
thanks cucuratap....
~sakina~

the sedo gang said...

hahaha...
c0mey r ctEr niex...
wahahaha~
h0h0h0...
"haiya sis cucur...
inIey CeLitE mnyk mEnarik maA~"

Anonymous said...

cik atap...so sweet cter nie..

best sgt2...

wat la lg kalo ade mase..

u r very talented writer..

Miss Kira said...

hahaha..lwk siot...
n so sweet..
nak entry bru...
heheeh..

Anonymous said...

haha..nie mesti ader skit ceduk pengalaman
lampau..haha..
cucuratap..thank u..
dats y i luv u..
(~_~)

Anonymous said...

Salam kak cucuratap,

haha =D
best! best! best!
tersengih sorang-sorang baca kisah ni!=D

tzaraz said...

Comeeelllllnyaaaaa....!!!!!
Sengeh sensorang aku baca...so sweettt...

Anonymous said...

trsgtla comei!
huhu..trubat skit krinduanku pd karyamu..

aqilah said...

mmg best betul lah cucu, otak gelige, ada umphhhh....................

Hafia Hana said...

hu.h.u.

sweet jer!~

ceritaku MEMORIKU said...

bhahahahaha.
best gempak gila siot.
aku tergelak je bace.
suke2
good job.
-na'dz

misz nana said...

sume karya anda x pernah mengecewakan wahai cucuratap..
syabbas betaji, syabbas! hehehe..

Anonymous said...

wawawa comei2
yr besh cerpen so far hihihi
erm yg laen pun besh jugak ye
alala nk lagi
windu sme akak cucuratap

Anonymous said...

cucuratap mmg best tahap superb...tabik spring toing222.....hhehehehehe

Unknown said...

gle lepak cite ni!!! aku bleh lak gelak srg2 kt library..sngih 2 x yah nk ckp ah..mmg dr awl bce cite ni lg..hehehe

** cucuratap..sy respek, relex, respon ah kt cucuratap..gle geliga otak buat cite besh gni..*ble aku nk pndai tls cite gni? sigh*

btw..thnx 4 apek n marjina tp still tggu iz n nisa n luth n nisrin n hasya ni..hehehe

Gurl said...

hye, kawn aq ada nama marjinah tapi hubby dia bukan apek tapi nama ramlee dah, pa pun cite nie mmg best la, tak terfikir plak guna dua watak dlm cite p ramlee 2 sebagai sumber inpirasi utk buat novel ermm, apa pun teruskan la usaha, chaiyok

haikadove said...

hahahaa.. gyle chomel diorg nie..
cucuratap tha besh laaa!;D

:.vain.: said...

hahaha...mak ak pon suke cte nh wey!

Hafia Hana said...

hu..hu..

mmg besh

sempoi jer!

mizzmunier said...

besh! besh! nak lagi....

syud said...

comel gila!
sukesuke ;pp

queenIzyan said...

klkar la cite ni...
hahahaha...
teruskan....

Anonymous said...

nice one..
hohoho..
can't stop grinning of coz..
gud job ehh[=


*aDik-iRa*

Anonymous said...

u know wat???
u r the best ever...
sume cerpan n novel best2...
luv u lah.....

cornetto_o.d.f said...

baru je semalam jumpe blog ni..
ish..mmg xrugila..
sbb cite smua best2...
heeee=)

T@juI said...

baca cite ni coz kawan rekeman
besh la,gerak sorang2 kat opis.

anyway,aku pun budak mechi dlu :)

Faiz Syazwan said...

haha..best la cite ni..:)

kat fact aku uitm pun ada gak apek..haha..kebetulan ke?? :P

umi kalsom said...

ur story ar cucur...
i dont know wat 2 say la...
superb!!!!!!!!

gud luck....;-)

R A S S said...

gle la..
cte apek ngan marjina pon ko bleh wat cerita..

anyway,
5 start aku bg..

ko patut publish ko pnye masok novel..
gerenti laku beb..

keep it cool..

~daLucky0ne~ said...

waaaaa...
giler comel..
nape la lmbt sgt aku pnjat nk smpai cni..
buk!*tumbuk dri s'dri..
sb lmbt jln..
hailorh,..

eLLa said...

bez r..
huhu..

Nadia Rafeeza said...

memang superb cool..nape la aku pown lambat panjat sini..mujur musim banjir baru aku sampai cucur atap..hahaa..

petite A said...

coolio gla citer nie.n comel jer watak dorang berdua nie..klo di panjang kan lagi mesty best kan..

ermmm latar tempat die cam kat UTP jer.?

agent_sesat said...

huhuhuhu....kelakar..tercekik mkn roti penut butter...

hahahhaa...terus tingat kat budka marjina..tapi dier tak kawin ngan apek... :( hahahhaa...

Ummihana said...

great entertainment, even for a mom of 6 like me.....great works!!

Unknown said...

bes2..sume karya awk superb!
tabik toing2!!
hihi

intan_aya said...

swet gak citer nie..
sume citer yg kak cucuratap wat sumenyer best..

jus simple n swet...

Anonymous said...

hahahaha....lucu btol!...
mmg lwk ni...
lwk...sush nk interpret ni..
haha..lwk sgt!
thumb up!
no cmmnt..coz lwk..x enti2 ketawa!!!

Anonymous said...

haha..lwk la cucuratap..mna ko blaja ha wt2 crpen nie?...tp an,crpen nie cpt ngat la..tup2,da kwen..

Bulanhijau said...

HAHAHAHAHA !!

lawak gilaaa even dah baca banyak kali.
comel pulak si Apek, Marjina pun comel jugak.
=)

Anonymous said...

best..lwak gk cite ni.. hm btw,nape rase cam 'aura' hlovate dlm cte ni gk eh.. hm..earphone..library..warden.. cam dlm bku versus pun ade..tp x sume laa..anyway,thumbs up.. cte2 ni klau leh dibukukan best gk kan? ;)

Minsofea said...

lawak giler.....tersengih aje baca......
debom la citer ni....

Mar said...

sweet! ^^

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio