♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, March 29, 2009

bidadara : another part [5]

“Ma Tok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Hasya dah terjerit-jerit dari pintu. Eksaited melihat Ma Toknya dah sampai. Nisa yang menjenguk dari boot kereta hanya menggeleng kepala.

“sayang cucu Ma Tok ni… sihat?” Puan Nina menggosok-gosok kepala cucu sulungnya itu.

“sihat Ma Tok.” Hasya menunduk mencium tangan.

“mama dengan papa mana?”

“tengah main perang-perang dekat belakang.”

“haaaaaaa???”



Di dapur 30 minit sebelum itu……

“orang kata jangan, janganlah…” Nisrin dah merengek-rengek. Tengking karang baru tau.. sebok je.

“alah.. Uncle Long boleh buat la.” Luth dengan muka serius memecahkan telur.

Nisrin dah hangin. Habislah nanti!

“ha! Tu dah berapa bijik pecahkan? Tak kira?”

Luth dongak pandang siling. Berapa yang aku dah pecahkan ek? “rasa dah 4 biji..”

“janganlah main rasa-rasa.. kira la ada berapa kuning telur dalam tu..”

“macam mana nak kira? Macam semua dah jadi kuning je..”

“SAYANG!!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin tak boleh nak tahan jerit bila die mengintai tengok dalam bekas telur tadi. Nasiblah Amsyar terbangun ke tak dekat dalam bilik! Ya Allah! Dia pecahkan telur ke pukul telur?

“okeh.. okeh… okeh dear.. ni komfem ni. memang dah pecahkan 5 tadi.”

“eeeeeh.. lain kali letak la tepi siap-siap 7 bijik! Ni keluarkan satu-satu! Mana nak ingat! Dahla tak kira!”

“alah.. kalau terlebih sebijik ada effect ke?”

Nisrin dah rasa nak telan manusia kat sebelah ni. nasib baik la tangan ni tak sampai nak ketuk kepala pakcik nih. Eeeh~

“meh la orang buat..”

“ala dear.. Nisrin pergi buat gula hangus laa..”

“tau ke nak pukul telur ni nanti?”

“halah.. kacang!” Luth petik jari. “jangan pandang orang sebelah mata ye cik puan..”

“jangan riak ye pakcik..”

Nisrin kembali kepada periuknya tadi. Gula putih dimasukkan sesudu demi sesudu. Bahang periuk kukus semakin panas.

“Uncle Long.. capaikan getah nasik lemak tuh..”

“nak masukkan dalam gula hangus ke nanti?”

“orang nak ikat rambut la!!” ada ke masuk dalam gula.. mau jadik chewingum nanti.

Luth sengih-sengih. Dia meregangkan getah oren itu ditangan kanan. “come, meh Uncle Long ikatkan..” perlahan dia merapikan rambut Nisrin dari belakang. Digenggam perlahan dan diikat satu. Dia memegang bahu Nisrin, mengalihkan badan Nisrin menghadapnya. “hurm..” Luth kerut dahi.

“kenapa?”

“rambut depan ni kacau la..” dia menyelitkan sebahagian rambut Nisrin yang terjurai dihadapan kebelakang telinga. “tu lah.. sebok sangat nak potong layer..” Luth masih bercekak pinggang memandang Nisrin dihadapannya.

“eh.. ni style la.. lawa apa..”

“style eh?”

“yelah. Orang potong rambut straight tu fesyen lama.”

“bukan sekarang fesyen bob-cut ke?”

Terbeliak mata Nisrin. “mana tau nih? Girlfriend eh?”

“aah. Girlfriend nombor 13.” Selamba. Rambut Nisrin yang terjatuh diselitkan semula.

“HA.HA.HA.” sepatah-sepatah Nisrin tergelak. Lawak lah tu Uncle Long.

“heleh.. tak percaya pulak. Taktau ke hubby dear ni orang rebut-rebut?” sebelah tangannya diletakkan pada kaunter dibelakang sandar Nisrin.

“muntah la. uwek.”

“tengok! Rambut jatuh lagi..” rajin jarinya menyelitkan rambut Nisrin kebelakang telinga.

“yela..yela.. haritu orang nak potong pendek terus dia tak bagi pulak!”

“yela, aritu dear nak buat boycut! Nanti Amsyar panggil dear papa pulak karang..”

“hahaha. Yelah. Nanti orang pakai klip yang comel-comel tuh. Yang ada corak butterfly.. ladybird..”

“eeh. Janganlah. Cam budak tadika je..”

“dahtu! Rambut orang jatuh sikit, bising! Bukan rambut dia yang jatuh!”

“bukan bising lah.. komen sikit jek.”

“yelah. Nantilah tunggu panjang. Orang tak potong dah.”

“eh! Potong jelah.”

“pulak.. apa cakap macam bhai singh ni? kejap kata rambut depan ni kacau, orang nak kasi panjang tak kasi pulak..”

“takdelah. Nanti takde alasan la nak main selit-selit rambut lagi kan? Bila lagi nak buat aksi manja-manja sikit..”

“you know what?”

Luth angkat kening bertanya ‘apa’.

“gelilah.” Nisrin mengherotkan mulut.

“hohoho…. Hipokrit! Suka taknak ngaku!” Luth menyentuh hidung Nisrin dengan jarinya.

“takmola!!!!!!!!!!!! Tak sesuai la aksi manja-manja nih! Gaya macam 6 hari kahwin.. dah 6 tahun tau? E-NAM TA-HUN.”

“biarlah.. 60 tahun ke.. 600 tahun ke..”

“dah dah! Stop your aksi manja-manja with me! Karang pudding caramel ntah kemana, kita ntah kemana..”

“kita nak kemana?”

“Uncle Long!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin dah menyirap. Eeeh!

Hahaha. Luth cuma tergelak-gelak sambil kembali pada bekas pecahan telurnya. Alemak aii.. dah 7 bijik kan? Nak tanya Nisrin komfem dia ngamuk, alah.. konfiden jelah. 7 bijik dah ni. huhuhu.. haru~

Luth menyambungkan wire pemukul telur elektrik pada plug. Dipusingkan kelajuan pada nombor 2. Ok lah kot. Kalau bawak kereta pun masuk gear kena satu-satu. Haha. Pandai ye kau Luth.. 7 bijik telur itu dipukul. Dipusing-pusingkan pemukul itu. “dear!!! Macam mana nak tau dah kembang?”

“bila dia dah jadi buih.”

“lama ke?”

“Uncle Long, Uncle Long baru pegang mende tu 2 minit. Sabarlah..” tangan Nisrin pulak rancak mengacau gula diatas dapur.

Luth diam. Sabar.. sabar.. sabar.. 5 minit.. 10 minit.. “dear! Macam dah je kan?”

“tengok?”

Luth menunjukkan bekas itu. “hurm. Dah la tu. Campurkan dengan susu tadi.”

“susu apa?”

“susu pekat yang Nisrin bancuh dengan air tadi la.. ada atas tu..” susahnya bekerja dengan lelaki! Habis tenaga, habis air liur! Kena cakap satu-satu..

“then?”

Nisrin mengangkat periuk gula hangus, dan tuangkan kedalam loyang kosong. Apa dia? tutup api? Tak payah. Zaman moden, dapur pakai heat je. hehe.

“meh sini.” Nisrin mengambil bekas dari tangan Luth. Campuran telur, susu dan air itu di tuang selepas gula hangus mengeras dalam loyang. Kemudian, terus dimasukkan dalam periuk kukus. Selesai!

Luth cuma memandang senyap. Oh.. macam tu.. “dear, macam senang jek buat dia. betul ke ni?”

“betul la. orang dah berapa ratus kali buat. Uncle Long yang baru first time nak tolong..”

“pedaslah ayat…”

“eh! Mak dengan Nisa patut dah sampai kan?”

“ondaway la tu kot.” Luth selamba menarik getah di ikatan rambut Nisrin.

“kenapa?”

“semak betul rambut berjuntai-juntai tuh. Tak payah ikat terus lagi elok.”

“tadi kan panas..”

“I know la. sekarang tak.”

“agak possible tak kalau letak air-cond kat dapur?”

“orang tak pernah buat lagi. Kalau dear nak jadi perintis ok jugak. Tapi jangan kata Uncle Long pasang. Karang orang kata kontraktor ni gila.”

“heeeee. Teruk!”

“haha. Eh, jadi ke?”

“amende?”

“plan dinner nih?”

“oh.. buat je. Iz datang kan?”

Luth angguk-angguk.

“assalamualaikum… apa cerita! Siapa menang?” tiba-tiba mak dengan Nisa terjengul di pintu dapur.

Luth dan Nisrin sama-sama kalih. “menang apa?” serentak mereka bertanya.

“Hasya cakap mama dengan papa tengah perang tadi? Ingat ada buat kubu.. main serang-serang guna peluru ke..” Nisa loyar buruk.

“heh. Pakai peluru air liur je.” Nisrin terus menyalam maknya. Luth hanya mengikut.

“tapi agaknya saya menang kot mak.” Luth menyambung.

“pasal apa?” mak bertanya lagi.

“sebab saya perang pakai psikologi.. act sikit pun dia dah jadi tawanan.”

Hahahaha. Besar ketawa Puan Nina dan Nisa. Nisrin cuma menjeling, banyak idea! Sama macam anak dara dia!

Pap! Nisrin memukul dahi. “halah Uncle Long.. kenapa tak set masa tadi?? Nanti terlebih 25 minit..”

“alah.. kita assume je sekarang dah lepas 8 minit. So.. lagi 17 minit kita angkat.”

Nisrin cuma senyap merenung Luth. Apa nasib aku dapat hubby macam ni..

********************************

Hahaha. Meriah gelak dimeja makan itu. Ada Puan Nina, Nisa, Nisrin, Luth, En.Zulfikar ayah Luth, Haq dengan wife dia Mira, dan last sekali Iz. Oh tertinggal, 2 budak kecik itu.

“ehem! Ni.. Iz ada nak bagitau something ni.”

8 pasang mata memandang Iz. Menunggu dia menyambung ayat.

“Iz nak kahwin tak lama lagi.”

“whoa!!!!!!!!! Mek klate ko Iz?” Haq eksaited bertanya.

“aah. Lebih kuranglah. Mak yang carikkan.” Sengih-sengih malu Iz memberitahu.

“daddy nak kahwin?? Nanti Hasya dapat mommy!!!” Hasya besuara riang.

“baguslah tu. Patut dah ada anak dah kamu.” En.Zulfikar pula menyampuk.

“bilanya tu Iz? Nanti bagitau makcik. Makcik sponsor hiasan hantaran.” Puan Nina pulak menambah.

“haa.. betul! Betul! Nanti Nisrin pun boleh tolong buatkan.” Nisrin senyum-senyum pandang Iz.

“aku tolong tengok jelah Iz. Heh. But, congrats.” Luth yang duduk sambil memangku Amsyar pula bersuara.

“congrats.” Mira menyambung.

Sekarang semua mata memandang Nisa. Nisa je yang tak bagi respon lagi. Betul lah tu.. dia dah nak kahwin.. otaknya berfikir. Tak sedar orang semua memandangnya.

“Nisa?” Puan Nina menegur anak dara disebelahnya.

“hurm?” dia seakan baru tersedar.

“tak cakap tahniah dekat Iz ke? dia dah nak kahwin tu..”

“err. Semua dah habis makan kan? Nisa pergi ambik desert dulu. tunggu eh. Sedap tau, ‘pudding caramel perang’ nama dia.” Nisa sempat bergurau sebelum meninggalkan meja makan. Dia tergelak buat-buat, jadilah tu. Tengah hati tak senang ni, tak boleh nak ketawa.

Nisrin dan Luth saling berpandangan. Heh. Orang taktau, bukan ‘puding caramel perang’ tapi ‘puding caramel manja-manja’ nama dia. Apabila Nisa melintas kerusi Luth dan Nisrin, jelas muka keruhnya. Sekali lagi Nisrin dan Luth berpandangan. Macam faham apa didalam hati dan fikiran Nisa. Haih.. Nisa.. Nisa..

Luth terus memberi isyarat mata pada Nisrin supaya mengikut Nisa ke dapur. Macam risau pulak. Karang kot dia kelar tangan ke.. hape ke.. tak pasal-pasal rumah aku kena seal jadi tempat kejadian jenayah.

Nisrin terus menyuci sedikit tangannya dan terus kedapur. “Nisa?” dia bertanya perlahan bila melihat Nisa menunduk muka pada singki.

“Nisa?” Nisrin bertanya lagi. Tangannya memegang bahu Nisa dari belakang.

“dia dah nak kahwin kak.. Iz nak kahwin..” terketar-ketar suara Nisa.

“Nisa.. jangan macam ni..”

“akak..” Nisa berpaling dan menadah airmatanya pada bahu Nisrin.

“shhh…” Nisrin memujuk Nisa perlahan. Terasa basah kain tudung dibahunya.

“dia nak kahwin kak…”

“akak tau…”

“Nisa.. Nisa..”

“dah..dah.. jangan fikir dah.. akak faham..”

Nisa mengangkat muka perlahan. Merah matanya. Nisrin menyapu baki airmata di pipi Nisa.

“basuh muka peh. Nanti semua orang nampak nanti, nak jawab apa?”

“cakaplah akak buat.”

“amboi..”

“hahaha. Mana dia pudding tu?”

“dalam fridge. Nisa ambikkan, akak sediakan piring.”

Nisa terus berpusing ke peti ais. Nisrin memerhati Nisa dari belakang. Halahai.. kesian adik aku.

*******************

Nisrin sedang duduk diatas katil. Menyapu losyen ditangannya. Amsyar disebelah asyik bermain dengan botol losyen itu. Seronok agaknya tengok botol itu bergolek kekiri-kanan bila ditolak.

“macam mana Nisa tadi? Ok?” Luth baru ada kesempatan nak bertanya.

“leleh jugaklah budak tu tadi..”

Luth menyidai towel dipenyidai tepi. Tangannya pantas membuka lappy diatas meja. “hurm.. dah agak dah. Kesian dia.”

“kesian sape? Nisa ke, Iz?”

“Nisa lah. Kesian Iz tu buat hape.”

“hmm.. tulah pasal..”

“tulah orang perempuan.. dah suka, simpan-simpan… cuba cakap. Kan senang. Dah lama dah setel agaknya.”

“cakap senang la.. nak buat, payah tau? Perempuan ni kan pemalu sikit. Patutnya lelaki la yang kena sedar..”

“hmm.. dapat pulak lelaki yang cakap lapik-lapik macam Iz tuh, memang la susah perempuan nak faham..”

“tau takpe. Geram jugak dengan Iz tu. Cuba cakap straight, tak konar sana-sini. Barulah senang perempuan nak respon.”

Lappy dah terpasang. Background gambar candid Nisrin yang tengah tergelak jelas terpapar.

“eh! Gambar bila tuh?” Nisrin muka pelik sambil pandang lappy Luth.

“ish! Janganlah tengok.. privacy lah sikit.” Luth mengalihkan lappy-nya sedikit. Taknak Nisrin nampak.

“aaaaaaaaa~ takde.takde. tengok sini!”

“seboklah.. pergi layan baby Amsyar lah..”

Nisrin masam. Heleh, privacy.. menyampah. Dia mengangkat Amsyar keribanya. Mengadap muka Amsyar lagi best!

“alah.. cakap sikit, muncung. Nak jadi Posh Beckham ke?”

Nisrin malas nak layan. “Amsyar nak tau.. papa tu teruk tau. Privacy dia, dia tau.. privacy orang, dia redah je..” Nisrin seakan bercerita dengan Amsyar.

Luth tersengih. “yela..yela… tengoklah, tengok.” Dia mengangkat lappy tu ke katil.

Besar mata Nisrin melihat background itu. Gambar dia mendongak, tengah gelak..black and white. “time bila nih?”

“lama dah..”

“bila?”

“masa first time Hasya pegang baby Amsyar.”

“ha? Time tengah pantang tu ke?”

“yelah.”

“patutlah muka buruk!!!! Rambut serabai! Muka tembam! Eeeeh~ tuka-tuka… jangan letak gambar nih.”

“ish! Biarlah… cun la ni. nak cun macam mana lagi..”

“buruk gila la. takkan muka ni yang Uncle Long hadap tiap kali bukak lappy?”

“yelah. Dah setahun dah gambar nih Uncle Long hadap. Ok je.”

“oh.. dah lama.. tapi tak pernah ternampak pun?”

“sebab malam ni tak sempat nak tuka Nisrin dah nampak.”

“ceh! Ade ke macam tu..”

“haha. Dah dah, nak buat kerja nih. Jangan kacau. Amsyar pun takmo kacau papa okeh?” pipi Amsyar ditarik perlahan.

“jangan kacau konon.. macam la kita nak sangat kacau dia kan?” Amsyar tersengih-sengih. Macam faham je. “anyway Uncle Long, betul ke Iz tu nak kahwin?” Nisrin bertanya musykil.

Luth hanya membalas dengan sengih bermeter-meter.

Friday, March 27, 2009

bidadara : another part [4]

“Nisa.. kita lunch sama jom?”

“puasa.”

“ek? Puasa ganti ek?”

“sukatila nak puasa apa pun.”

“haha. Eceh.. kantoi.”

“sibuk.”

“kita.. keluar kejap?”

“puasa la. tak larat.”

“halah…”

“nak sambung buat kerja ni..”

“yelah,yelah. Taknak keluar sudah.”

“ok then. Bye. Assalamualaikum.”

Nisa melepaskan ganggang telefon putih diatas mejanya. Abang Iz.. Abang Iz.. sekeping lagi Oreo disumbat kedalam mulut. Malas nak layan!

“woi!”

“selamat sejahtera keatas kamu juga.” Nisa sengih perli.

“heleh.. assalamualaikum.” Haris tersenyum sambil bersidai di cubicle Nisa.

“sengih..sengih.. nak apa?”

“Oreo satu?”

“tak malu!”

“haha.. alah.. kalau orang kata puasa, tapi makan di khalayak ramai lagi malu hape..”

“Haris! Takmo la curik dengar!”

“manede.. aku memang nak singah sini tadi. Terdengar la.”

“alasan.” Nisa mencebik.

“apsal guna phone ofis?”

“aku off handphone.”

“apsal kata puasa?”

“malas nak keluar lunch.”

“apsal tipu nak sambung buat kerja? Padahal elok je surf internet sambil gigit Oreo..”

“malas nak layan cik abang tu.”

“uuuuuuuhh~ gaduh dengan boyfriend…”

“aku single ok.”

“habis tu?”

Nisa tersenyap. Entah. Rasa cam malas nak layan Iz. Yelah, orang tu kan asik sibuk sebut nak kahwin.. dah dapat calon agaknya.

“Haris. Aku laparla. Jom makan.”

“tadi kata malas nak keluar…”

“aku rasa nak melantak puas-puas la pulak tiba-tiba. Kau nak teman ke takmo?”

“ok..ok.. jom..jom..”

“jom! Aku nak order satu periuk nasi.”

“perempuan.. kalau badmood, dahsyat betul!” Haris bercakap sendiri. Nisa dah melaju menghayun handbag kearah lif.

****************************

“Haris, lunch kita berapa jam?”

“herm.. 1 jam setengah.”

“sempat tak nak pergi klcc?”

“kau nak buat apa!” huih! Jauhnya nak carik seperiuk nasik..

“aku terasa nak makan tenpanyaki dengan lasagna dengan waffle with ice-cream..”

“huh?”

“serius dekat foodcourt klcc je yang boleh dapat semua sekali dengan rasa yang sedap, enak, mantap, hebat..”

“ok..ok. but aku rasa better kita naik LRT je. lagi cepat.”

“aku nak!!!!!!!!! Aku dah lama tak naik LRT.”

Haris dah pelik. Kata duduk KL. Tapi gaya macam minah kampung je.. dah la tinggal kat Kampung Bharu. Sekangkang kera je dengan stesen LRT.

Akhirnya, mereka sampai di klcc. Nisa terus menerpa ke meja untuk 2 orang bila mat salleh yang duduk di situ baru nak bangun. Adeii.. memang semangat abes la Nisa ni.

“Haris, kau jaga meja. Aku pergi beli dulu. okeh?”

Haris cuma angguk. Apa yang lelaki perlu buat bila perempuan bad mood? Kita ‘ye’ kan aje semua yang dia kata..

Selepas 45 minit, habis licin chicken tenpanyaki, mix fruit waffle with vanilla ice-cream topping, oh.. dan lasagna yang penuh dilimpahi cheese.. Cayalah Nisa!

Haris tergamam. Memang betul dia buat apa yang dia cakap.. bukan buat main perempuan nih..

“bukak puasa?”

Nisa yang sedang elok mengelap mulut dengan tisu jadi kaku. Macam kena pause sekejap. gulp!

Haris dah nak tersembur. Aiyak.. ni mesti lelaki yang kena tipu tadi. Last-last dia tergelak jugak. Tak tahan tengok reaksi Nisa!

“I’m I’zrael. And you are?” Iz menyapa lelaki dihadapannya.

“Haris. Colleague.”

“banyak makan?”

Nisa senyap lagi. Matanya memandang Haris. Taknak pandang orang yang tengah berdiri tu.

“oh.. lupa..lupa.. sorry. Puasa right? Mestila berbuka best-best..”

Nisa tahan geram. Sungguhla aku pantang dengan orang yang suka perli-perli nih. Nak cakap, cakap jela! Tak payah perli-perli!

“it’s sahur actually. I’ve to go.” Nisa terus mencapai handbag sambil memberi isyarat pada Haris.

Haris cuma senyap. Hal rumahtangga, baik kita jangan menyibuk. Hehe. Eh, Nisa nak pergi mana tu?
“Nisa! LRT dekat bawah la.. kau nak pergi mana?”

Nisa tersedar. Aah ek? Yang aku jalan terus ni kenapa? Nak shopping?

“what?” Iz terkejut. Frekuensi suara pun dah bertambah. Dia berdiri tegak memandang Nisa sambil tangan didalam poket slack.

“Nisa datang naik apa?” dia memberi soalan lagi sekali.

“naik LRT la. tak dengar ke? lunch time kan, jam!”

“no! jom, abang Iz hantar balik ofis.”

“taknaklah… orang ada kaki la..”

“ikut!”

“Haris? Takkan dia balik sorang?”

“err.. it’s okey. Aku ok je balik sorang pun.” Haris mencelah.

“Haris! Mana boleh! Kau datang dengan aku, balik dengan aku la!”

“amboi. Nak kemana-mana kena berdua pulak?” Iz memerli lagi.

“sukatila!”

“Nisa, better kau ikut this guy.. err.. I’zrael? Right? Haaa.. lepas kau settle semua baru kau balik ofis. Nanti aku cakap kat diorang kau lambat.”

“erm.. lagipun Nisa kan puasa.. baru lepas sahur.. tak penat nak jalan?” hamek kau! Sedas Iz bagi! Pedasnya ayat….

Nisa menjeling. Ada kawan tak boleh harap.. ada abang menyakitkan hati..

“ok guys. Ciao.” Haris terus berlalu menuruni escalator.

Tinggallah dua manusia yang sedang hangat membara. Macam ada tong gas yang terbakar dengan api menyala-nyala tinggi ditengah-tengah. Hangat! Hangat!

“come.” Iz mula bersuara.

Nisa tak bergerak.

“Nisa… please..”

Diam lagi.

“Nisa tau kan.. Abang Iz tak suka Nisa naik LRT..”

Buat bodoh.

“baby… please..?”

Arghhh!!! Sang pencinta wanita mengeluarkan hujah berkuasanya! Aku lah.. lemah betul kalau dah sampai part nih. Nisa menggumam sendiri. Akhirnya, dia bergerak jugak.

Iz tersenyum-senyum dibelakang Nisa. This is my 3-years-old baby girl…

****************************

Didalam Honda City biru….

Keadaan senyap sunyi. Nisa malas nak bercakap, Iz pulak taktau nak mula bukak mulut. Dua-dua diam.

Radio Hot fm terpasang dengan volume rendah. Tiba-tiba satu irama menarik telinga Nisa.


Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindah mu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita
Kau istimewa

“hey.. lagu Sunsilk.. your song..” Iz memanjangkan tangan menguatkan volume.

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa
Teristimewa

Dan Iz pun terikut nyanyi sama…

Daku berikrar wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku
Di situ

Nisa sengih. Entah kat sape la Abang Iz berangan.. nyanyi sikit punya bersungguh..

Tiada impian atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hati mu sayang
Siang dan malam aku terbayang
Kau istimewa buat ku tenang

Suara Indigo kembali memonopoli ruang.. sedap je dengar..

Istimewa….
Hai… istimewa
Siang malam ku terbayang
Kau istimewa
Daku berikrar wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Kita berbulan madu
Di situ
Ingin ku bawa kau ke awanan

Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curahkan cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa
Oh percayalah
Ku perlu cinta dari wanita nan istimewa
Beri ku cintamu nan istimewa

“halah.. habis dah..” Nisa bersuara perlahan.

“dengar pun suara dia.”

Nisa menjeling kanan. Ada-ada je.. “anyway, it’s ‘Istimewa’, not ‘lagu Sunsilk’ la.”

“nope. It’s ‘lagu Nisa’.”

Heleh, konon. Ntah-ntah ‘lagu awek-aku-slash-future-wife’..menyampah!!.. Nisa berkira dalam hati. Mencebik.

“Nisa.. kalau Nisa nak kahwin kan,Nisa nak kahwin kat mana?”

Dah start dah topik kahwin dia.. lately ni, suka sangat cakap pasal kahwin! Tak senang hati betul la. “ntah.” Sepatah je jawab Nisa.

“kalau Abang Iz kan, Abang Iz nak kahwin dekat hotel.. tak payah sepah-sepah rumah. Parents pun tak penat. Selesa, makanan sedap. Decoration superb. Abang Iz pernah pergi wedding dekat Shangri-La tau, not bad la. capacity sampai 1800 dalam dia punya grand ballroom. tapi kalau Palace of The Golden Horses, dia punya golden suite, fuuuuuhhh…”

“hmm..”

“takkan Nisa tak pernah fikir nak kahwin dekat mana?”

“ntah.”

“takkanlah.. cuba fikir.”

“pejabat kadi kot.”

“huish!!!!! Macam orang kena tangkap basah je!”

“apapejelah.”

“hmm.. kalau baju? mesti nak designer collection kan..?”

“jeans bundle pun boleh je.” Nisa muka selamba. Aku malas la nak jawab!

“eeeeh. Terukla Nisa nih. Gila malang la siapa kahwin dengan Nisa..haha.”

“Abang Iz dulik hape, bukan Abang Iz yang nak kena kahwin dengan Nisa!” dan dia terus mengunci mulut.

Iz? Tergamam beberapa saat.

Monday, March 23, 2009

bidadara : another part [3]

Nisa duduk memeluk tubuh diatas kerusi plastic itu. sejuk. Mukanya masam. Geram dengan manusia yang dekat dalam bilik doctor tu. Geram!!!!!!!!!! Eeehhh! Geram tau, geram??

Tadi, Iz berkeras nak jugak-jugak jemput dia dekat officenya di JKR. Nak buat macam mana, road tax mati. Dan buat sekian kalinya, Iz memang tak kasi naik public transport. Tapi, kalau dah tak mampu.. dah tau sakit… dah tau tak larat… nak jugak!!! Geramnya aku!!!!

Masa mula-mula sampai tu, Iz nampak pucat. Tak sempat kereta nak jalan, Iz dah menolak pintu kereta kasar. dia termuntah dekat situ jugak! Bila orang tanya, geleng-geleng.. bukan nak jawab. Bila dah kena tengking, kena gertak, baru nak cakap. Kena food poisoning. Katanya dari semalam. Haih.. hidup nak dekat 33 tahun, takkan tak tau yang keracunan makanan tu bukan boleh baik sehari! Last-last, dia jugak yang drive Honda City tu. Menghala ke klinik. Kena bebel la jugak dengan Iz, tak payah la, sikit je.. tak sakit sangat.. dah ada ubat.. banyak alasan! Aku dulik hape! seret jugak dia ke klinik nih. Ikut hati nak je bawak pegi GH, biar kena tahan wad 2-3 hari.

Nisa mengangkat mula bila pintu bilik doctor terkuak. Huh.. muka sememeh je.. tu pun konon nak ambik orang dekat ofis. Nisa menjeling. Iz muka selamba. Selesai ambik ubat dikaunter, mereka masih diam tak bercakap. Sorang geram sebab cik abang tu degil sangat nak jemput dah tau sakit, yang sorang lagi geram sebab si cik adik ni degil sangat nak jugak bawak pegi klinik.. aku dah besar, aku tau la pegi sendiri!

Sampai dikereta, dua-dua berdiri dipintu tempat duduk driver. Iz pandang Nisa,Nisa pandang Iz.

“dah tau sakit.. gerak duduk belah sana la!” Nisa berkata sinis.

Iz cekak pinggang. “sedar sikit ni kereta siapa..”

“kalau muntah lagi macam mana nak bawak kereta? dah puas hidup?” Nisa pulak peluk tubuh.

“tau la.. siapa lagi tua sekarang ni? banyak bunyi betul.. cepatla!” Iz menadah tangan. Nak kunci kereta.

“Nisa drive!”

“Abang Iz tak cacat lagila!”

“orang sakit duduk je dalam kereta diam-diam!”

“orang perempuan kalau banyak cakap, nanti sampai tua orang taknak!”

Nisa menjegilkan mata. Kunci masih dalam tangannya. Jangan harap aku nak bagi!

“cepatlah Nisa..”

“Abang Iz ni! kan sakit tu! Berdiri pun tak tegak! Tangan menggeletar! Nak pegang stering macam mana?”

“boleh la.. bukan nak mati sangat pun..”

“mulut!!!! Nak mati sangat?”

“cepatla bagi Nisa..”

“Abang Iz tak sayang nyawa ke?”

“I know la..”

“kalau Nisa mati macam mana?”

Iz tersenyap. Terkedu. Muka serius. Dia rasa macam masa berhenti sekejap. Macam semua benda yang bergerak pun kena pause. Nafas tak boleh ditarik. Ya Allah! Jangan!

“hah? Senyap pulak!”

Iz senyap. “o.k. Nisa drive.” Perlahan dia bergerak ke pintu sebelah sana. Masuk kedalam dan duduk senyap-senyap. Dia meraup muka. Tiba-tiba dia berfikir. Macam mana kalau… Nisa dah tak ada? Dikerling ke kanan. Nisa sedang mencucuh kunci kereta. Ya Allah.. dia taknak berfikir kemungkinan tu lagi. Dia rasa sesak!

Nisa kehairanan memandang Iz yang merenungnya. “kenapa?”

Iz geleng.

“Abang Iz kalau rasa nak muntah lagi, bagitau Nisa tau.. nanti Nisa berhenti.” Lembut Nisa bertutur. Orang sakit kan…

Iz angguk.

Nisa makin pelik. “Abang Iz kenapa ni? sakit perut sangat ye? Jangan banyak gerak la.. cakap pun jangan.nanti mesti rasa menyucuk-nyucuk kat perut. Ok?”

“Nisa..”

“ye saya?”

“jangan cakap lagi macam tu..”

“cakap apa?”

“kalau Nisa mati.. don’t. never.”

“Nisa acah jela. Nisa pun tak banyak amal lagi.. tapi kalau Allah nak tarik..”

“jangan!.. jangan cakap.”

Nisa terkedu. Iz jarang nak serius. Sekali dia serius.. macam takut je.. “o.k. kita balik?”

Iz angguk. Kepala disandar.

Nisa start menggerakkan gear reverse. Pedal minyak ditekan, dan terus keluar dari perkarangan klinik itu. Nyawa sendiri tak ambik kisah, bila nyawa orang dia kalut pulak..

***********************************

“Nisa bawak balik kereta ye? Nanti esok, Nisa datang bagi balik.” Nisa bercakap bila sampai diperkarangan apartment Iz.

“malam ni lah.. esok nanti lambat masuk kerja..”

“tak payah kerja la esok..”

Iz kerut muka. Aku pantang betul orang layan macam budak-budak ni. tak suka betul. “takde apalah Nisa.. malam ni hantar balik kereta. suruh Luth follow.. jangan nanti hantar kereta lepastu naik cab pulak.”

“you got your mc right?”

“kalau duduk rumah bukan baik pun..”

“jangan lah macam ni Abang Iz..”

“takde apelah..” muka masam. Haish!

“ada makanan tak kat rumah tu? Nanti dinner macam mana?”

“hurmm..” Iz cuma terbayang Gardenia expired atas fridge, dengan mee Ruski dalam laci. Bolehla tu.. layan jelah.. “ada.”

“malam ni Nisa datang. Kita dinner. Nasi bubur dekat Kampung Bharu sedap-sedap tau.”

“drive sorang? Malam-malam?”

“Nisa bawak mak.” Tau sangat la tak kasi..

“oh ok.”

“esok jangan pergi kerja. Nisa tak pulangkan kereta baru tau.”

Iz senyap. Dah plan, esok call secretary aku ambik ok gak nih.. takpun, asst.manager aku tu ke..

“dengar tak nih?”

“dengar… dengar….”

Nisa muka serius. Bukan boleh percaya mamat nih.. “okeh. Esok breakfast, lunch ngan hi-tea Nisa datang bawak makanan.”

“hah?????????” Iz kerut dahi. Alah.. macam budak 3 tahun je..

Nisa sengih. Kantoi! Ada plan nak pergi jugak ofis la tu.

“kalau pergi office esok.. watch out.” Nisa mengugut.

Iz dah malas nak menjawab. Dia baru nak menarik handle pintu kereta bila Nisa bersuara..

“got your meds with you?”

“hmm.” Iz mengangkat tangan kiri yang memegang plastic ubat.

“mc?”

Iz menarik keluar keluar kertas dari plastic tadi.

“handphone?”

“yes maam. I got it.” Dan dia terus berjalan keluar. Bosan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

******************************

Nisa dah macam ada kerjaya baru. Bibik berjaya. Haha. Harini, satu hari mengulang apartment cik abang tu bagi makanan. Tapi tak masuk rumah ye.. hantar depan pintu je. muka dia? huh! Hensem lagi muka Shrek. Berganda-ganda masam dari kedondong. Berkerut-kerut kalah orang tengah deliver baby. Tak suka la tu. Apalah dia ni.. orang dah hantar makanan dah kira baik. Dahla tadi dia still muntah-muntah. Bila tanya makan ubat ke tak, dia kata makan. Hish! Klinik tu tak bagus kot.

Tapi ok jugak, dapat kereta baru. Road tax dah renew siang tadi, tapi macam best je bawak kereta dia. heh. Aroma best.. aura pun best. Aura tuan kot? Agaknya lah.. cd-cd dalam kereta pun macam masuk je. Ada The Fray. Ada Lifehouse. Layan-layan.

Nisa bergolek-golek atas katil. Hurm, nak check-up cik abang tu lah. Dia mencapai handphone.

“assalamualaikum?”

“waalaikumsalam.” Lemah suara Iz.

“sakit lagi?”

“sikit.”

Nisa sengih. Halah tipu. Suara macam tak daya je aku dengar.

“sakit tak bercakap ni?”

“taklah. Rasa best.”

“ketuk karang. Main pulak.”

“thanks.. nanti Abang Iz bayar balik.”

“bayar apa?”

“makanan.. minyak kereta.. kredit handphone..”

“ingat kita ni sengkek sangat ke.. jangan pandang sebelah mata la..” Nisa memandang siling sambil pintal rambut. Sengih-sengih.

“yelah.. orang kerja dengan Sammy Vellu.. banyak duit..”

“hahahaha..” Nisa tergelak. Sejak-sejak dia bekerja dengan JKR nih, habis kena usik dengan nama menteri tuh. JKR dengan Sammy Vellu takleh pisah eh?

“kereta apa khabar?”

“sayang sangat dekat kereta..”

“beli pakai duit tu.. mana tak sayang.”

“kereta khabar baik. Kalau dia boleh bercakap, agaknya dia akan cakap kat Nisa, ‘kim salam tuan ye, rindu dekat dia.’..”

“haha.” Iz tergelak. Berkerut sekejap mukanya. Pedih pulak bila otot-otot perut ni bergerak.

“Abang Iz rehat ye? Esok jangan masuk kerja lagi.”

“tak boleh.. esok ada..”

“tak boleh. TIDAK.”

“kejap.. tapi Nisa..”

“nak tengok Honda City tu kena scratch and win ke? ha? Nak?”

Iz tersenyap. Kejam betul main ugut-ugut.. saman baru tau.

“tengok.. dekat kereta sayang betul. Dekat nyawa tak sayang.”

“eh.. sayang.. sape kata tak sayang..”

“yelah sangat.”

“jangan macam tu.. Abang Iz tak kahwin lagi nih..”

“haha. Ada ke.. pikir kahwin..”

“betul la. nak jugak daughter smart macam Hasya, son cute cam Amsyar..”

“sakit-sakit pun gatal.. dah la. pergi tidur.”

“yelah. Take care. Salam.”

“waalaikumsalam.” Nisa merenung siling. Handphone digosok-gosok ke dagu. Tak senang hati betul bila Abang Iz sebut pasal kahwin. Hish.

Thursday, March 19, 2009

Apek dan Marjina

Apek merenung sesuatu tajam. Straw dimulut masih dikulum-kulum. Disedut sedikit-sedikit air didalam gelas plastic itu. hmm..

“Apek! Kau usha apa?” Acap menyergah Apek disebelah. Member aku ni.. lain macam je gaya.. kena sampuk dengan Prof ke hape?

“tu…” Apek memuncungkan mulut.

“apa dia?”

“tuuuuuuuu…”

“tuu! Tuu!!! Cuba cakap! Apa dia?”

Apek memalingkan muka dengan dahi berkerut. “kau ni! kacau betul la! tengok! Kan dah lepas!”

“apa yang dah lepas?”

“alah.. budak perempuan tu la..”

Acap cuba memproses otak. Siapa pulak yang dia cakap ni? “budak mana?”

“ish! Budak yang aku selalu cerita tu la..”

Acap sengih. “owww.. budak perempuan yang ‘dalam dunia dia saje’ tu?”

Apek angguk-angguk. Tiba-tiba datang fikiran mantap dalam otak. “Acap, aku blah dulu ar! Kau balik kolej dulu.” Apek terus menggalas backpack Adidas hitam dan berlari keluar dari café.

“eh!!!!!!!! Aku nak balik naik apa!!!!!!!!!! Weh!!!!!!!! Bagi kunci motor la!!!” terjerit terlolong Acap dalam café tu. Apek cuma buat bodoh. Cis!!! Sungguh tergamak dia membiarkan aku balik naik bas…

*****************************

Apek melangkah seperti biasa. Tak laju, tak pelan. Stay cool beb.. jangan biar nampak kalut. Jatuh saham lah weh.. heh

Perempuan dihadapannya nampak cool macam biasa. Dengan beg galas entah-apa-jenama, sneakers macam kasut budak sekolah menengah, t-shirt dan jeans yang sangat simple, dan earphone.. yang macam kena simen dekat telinga dia. terjuntai je wire dari leher ke poket seluar. Itulah yang Acap cakap.. dia macam dalam dunia dia je.. keliling tak ambik kisah.

Perempuan itu diekori dengan senyap. Uhh.. boleh jadi penyiasat berjaya ni.. agak-agak gaji detektif berapa ribu ek? Haha. Apek sendiri taktau dia melangkah kemana. Perempuan ni main potong shortcut je.. masuk fakulti ni, tembus lorong situ. Huish!

Last-last, nampak bangunan besar dihadapannya. Oh.. pergi ,library ke.. kaki library rupanya budak nih. Dekat sampai di pintu masuk, perempuan itu memusingkan beg galasnya kedepan, zip poket depan dibuka. Kad matrik dikeluarkan dan diklip kebaju. Hahaha. Oww.. pandai ye.. nak masuk library baru nak pakai kad matrik.

Perempuan bernama Apek-pun-taktau tu melangkah terus ke hujung. Okey, dia pilih lif ke tangga? Lif la.. lif laa.. penat lah berjalan..humph. hampa. Dia memang rajin bergerak. Dia naik tangga!! Tahniah Apek. Tahniah untuk anda.. tingkat demi tingkat didaki. Bila dia nak stop??
Apek membaca sign ditepi dinding. ARAS 5. Yeah.. terima kasih untuk exercise hari ini.

Perempuan itu diekori lagi. Kalau nak diikutkan, dia pun tak tahu kenapa dia terajin pulak harini nak stalk orang. Tak pernah dibuat! Gerak hati maybe? Hehehe…

Perempuan itu terus menuju ke rak belakang. Erm.. Apek menjeling kod rak disebelah. TL.. TK.. TJ..TI..TH.. oopps!! Dia berhenti di rak TH. Kejap.. kejap.. macam kenal je kod TH ni.. macam pernah kulihat.. oh no! ni rak buku mechanical engineering. Dia budak mechi?????? Dia satu course dengan aku??? biar benar!!

Muka Apek dah berkerut-kerut disebalik rak TI dibelakang perempuan itu. biar benar. Tak pernah nampak kat fakulti pun? Junior ke? ke.. senior? Tak.. tak kot.. senior dia kenal. Tapi junior? Tak logik jugak.. masa orientation tak nampak pun…

Perempuan itu berpusing, memandang tajam ke arahnya. Zaapp!!!! Jantung macam kena rentap mak oii… nasib bookshelf ni tak terbalik!

Perempuan itu menarik sebelah earphone-nya keluar. “aku nak study. Stop stalking.” Dan dia terus berlalu ke kerusi kosong dibelakang.

Apek terkesima beberapa saat. Terpaku. Cop.. dia sedar? Dia sedar? DIA SEDAR?????? Apek meraup mukanya. Habeh la…

***************************

“Acap!! Acap!!!” Apek terjerit-jerit dari bawah blok.

Acap didalam bilik diaras 3 dah bengang. Kot ye pun rindu aku.. tunggu la sampai bilik! Dah la biarkan aku terkulat-kulat naik bas!! Memang mamat Melayu celup ni nak kena dengan aku..

“Acap!!!” Apek melaung dari tangga pula. Haish!! Excited!

Acap membuka pintu dengan kasar. “kemende??” dia melaung kuat dari pintu bilik.

“dia budak mechi weh!!!!!” suara dari tangga aras dua kedengaran.

“mana kau tau??”

“dia pergi rak TH tadi!!”

“rak pejadah??????”

“TH la!! library!!!” akhirnya tuan empunya suara muncul didepan mata. Penat menjerit!

“jangan happy sangat.. ingat budak mechi je singgah situ?”

“dah tu?” Apek menghempas punggung kekatil. Merenung orang katil depan. “takkan budak business selak buku mechi pulak?”

“kat situ ada jugak kan buku pasal fire alarms.. security systems.. mana tau, budak civil ke.. architecture ke..”

Apek terbaring hadap siling. “betul jugak tu…”

Acap membaling batal dengan halaju maksimum ke orang katil depannya. “woi! Angau ke hape?”

“dia tegur aku..”

“pe dia?”

“dia tegur aku.. jangan buat tak percaya pulak!”

“dia kata apa? Skrip macam bebudak junior kita ke? ‘hai abang Apek.. ada kelas harini?’..” Acap buat suara meloyakan. Eeee yek~

“..’aku nak study.stop stalking.’ Mau tak tekujat aku kat tepi rak tuu..”

“huuuuuuuuu~ gila arr! Langsung tak mesra alam!”

“tau takpe..”

“tinggal je la Pek.. payah tu.”

“bukan senang aku nak suka perempuan Cap..”

“aku tau..”

“dia lain…”

“aku tau…”

“aku serius ni Cap..”

“aku tau..”

“hmmph. Teman aku esok?”

“kau nak pergi meminang ke?”

“kalau possible, aku buat jek.”

“otak mereng betul kau ni!”

Apek cuma tersengih-sengih.

******************

“Apek! Target telah sampai. Sharp.” Acap bercakap nada serius.

“mangkuk ayun! Ingat ni misi polis ke hape?”

“ek eh… aku nak tolong beriya ni, perli-perli pulak..”

“yelah..yelah..”

“dia sorang tu Pek, redah jom?”

“kau gila!!!”

“ilek arr.. ni café, bukan library.. takkan dia nak cakap ‘aku nak study. Stop stalking.’ lagi sekali kat kau kot..”

“aku… haih! Meremang la.. seram sejuk dah ni..”

“ilek Pek. Kita kena cool.”

“betul. Ehem! Ehem! Let’s go.”

Mereka berdua merapati meja café berkerusi empat itu. hanya satu tempat yang terisi. Siapa lagi, perempuan tu laa..

“assalamualaikum.” Apek selamba terus duduk berhadapan perempuan itu. beg galas dilurut dan diletak diatas meja.

Perempuan itu membesarkan mata. Terkejut! Hehe.. mata besar macam Bugsy.. sebelah earphone ditarik dari dalam tudung.

“err.. hai.” Apek muka dah macam kena injet botox. Sengih semacam je!

“ya?” selamba perempuan itu bercakap. Sudu dan garpu masih ditangan.

“err..semalam.. library.. TH bookshelf.. ingat?”

Perempuan itu tersenyap sekejap. “oh.” dia mengangguk-angguk.

Oh je?? abnormal ke hape.. Acap yang dari tadi jadi penonton setia dah rasa nak hentak dahi ke tiang. Beku habis minah ni!

“kau budak mechi?” Apek bertanya lagi.

Geleng.

“oww.. aku budak mechi. 3rd year.”

Angguk.

“erm.. aku Apek. Nama kau?”

Perempuan itu meletakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan yang telah kosong. Air disedut sedikit. Gelas itu ditolak kedepan. Beg galas terus diambil dan dia berdiri. Earphone disumbat kembali. “Marjina.” Dan dia terus berlalu.

Acap dan Apek beku sebentar. 2 saat.. 3 saat… 4 saat.. hahahahahahahahahahha. Gelak meriah!!!

“aiyak! Macam cerita Ali Baba!! Kau Apek, boleh dia jawab Marjina?? Hahahaha.” Acap dah gelak macam nak pengsan.

“hadoi.. lawak jugak budak nih. Ingatkan no sense of humour.” Apek cuma menggeleng-geleng. Macam lambat sikit nak proses dalam otak tadi. Ingatkan betul nama Marjina, apa la pelik sangat.. satgi nak kenakan aku rupanya. Haih.. nasib aku laa sangkut dengan orang cenggini.

********************************

”G!! report dah siap?”

“erm.. sikit lagi.”

“pinjam G! aku tak reti nak buat laa..”

“ok. Nanti dah siap aku bagi.”

“thanks G…. kau memaaaaaang baik! Mmmuah.. mmuah!”

G cuma tarik senyum sesaat. Apa-apa lah cik Dian…

“G!!!”

“hmm?” apa lagi la Dian ni.. dia mengalihkan muka menghadap Dian yang elok meniarap diatas katilnya.

“erm…” Dian bermain-main dengan getah rambut ditangan.

“kau nak apa ni?” selamba G bertanya. Kaki dilipat sila diatas kerusi belajar. Pen diletak.

“kau tau kan.. dinner kolej.. weekend nih.. then, aku… err.. aku takde baju.. then..”

“aku taknak.” G kembali mencapai pen. Tak sempat Dian nak habiskan ayat!

“G…. tolonglah G…. kita keluar kejaaaaaaap je.” Dian dah tukar posisi. Duduk dikatil sambil buat muka sayu.

“kau tau kan..”

“aku tau! Aku tau! Aku tau kau tak suka pergi shopping… kau tak suka outing..”

“then, ajakla orang lain.”

“G… please G… teman aku..”

“ajaklah roommate kau..”

“G.. aku nak keluar dengan kau.. dengan kau je.. ni kan last year G.. aku nak spend time dengan kau..”

“sekarang bukan spend time ke?”

“G.. aku nak macam lain. You know? Being normal? Girls-day-out?”

“kau kan ramai kawan lain..”

“aku memang ramai kawan.. tapi kau tu, kau ada aku je kan?”

G memandang Dian serius. “aku tak buat la benda-benda tu Dian..”

“sekali ni je.. bukan aku suruh kau shopping.. aku shopping, kau ikut je. kita have fun, together.”

“Dian, I’m straight.”

Pak!! Dian memukul lengan G. “aku tak lesbian ok.. it’s girl-girl bond.”

“aku lemah la Dian..”

“G..kau tak kesian dekat aku ke G..”

“ok.”

“again?”

“O.K”

“yes!!!! Mmuah! Mmuah!!” Dian dah melompat dari katil. Akhirnya, G nak keluar dari kepompong.

“tapi jangan buat benda pelik-pelik..”

“tak peliklah. Aku dah buat list dah. Lunch, pergi cinema, shopping baju, karaoke, manicure.. oh ya! Take sticker photo..”

“hold on! No manicure. No karaoke. No sticker photo.” Gila ke hape nak suruh aku buat semua-semua tu?

“halah G…”

“titik!”

“ok..ok.. but, no earphone ar!”

G cuma mengangguk. Apa-apa jela..

****************************

G pandang sekeliling. Muka sikit tak senyum. apalah yang best sangat lepak shopping complex nih.. dah la sesak, bau meloyakan tekak, sakit mata tengok fesyen yang ntah pape.. dengan couple sepah sana sini.. ni ke have fun?

“G.. senyum la sikit G.. kau ni macam kena paksa keluar dengan warden penjara je aku tengok..”

G buat-buat senyum lebar 2 saat. Jadilah tu.

Dian menjeling. Huh! Geram aku budak nih!

“hai.” Tiba-tiba satu suara menjengah.

Dua susuk tubuh lelaki berdiri betul-betul satu tingkat tangga escalator dihadapan mereka. Dian dan G mendongak sedikit. G dah kerut muka. Mamat ni lagi..

“jalan-jalan?” Apek dengan ramah-tamahnya bertanya. Hey, ingat senang nak bertembung? Dekat shopping complex pulak tuh! Tak pernah terbayang. Tapi bila Acap menyiku dia sekejap tadi, memang kena percaya la yang budak ni pergi shopping complex.

“tak. Beli ikan.”

Pffffh! Hahahahaha. Dian dah tergelak-gelak. Selamba badak betul G nih. Acap cuma menekup mulut. Kesian Apek.. masuk ni 3 kali dah terkena..

“errr.. Apek kan?” Dian menegur. Baik la dia ambik bahagian. Karang mau G ajak balik!

“kita kenal ke?”

Escalator dah sampai ke penghujung. Mereka berempat berjalan seiring. Ops! Salah! mereka bertiga jalan seiring. G lebih selesa berjalan dibelakang.

Dian menggeleng. “tak.. tapi rasanya pernah dengar pasal awak. Apek si budak mechi. Rite?”

Apek sekadar mengangguk. Matanya sekilas menjeling kebelakang. Haih.. apa susah sangat nak dekat dengan perempuan ni..

“saya Dian.”

“oh.. course apa?” Acap pulak macam berminat bertanya.

“civil. Diploma. final year.”

“owhh.. sama dengan budak belakang tu?” Apek menghalakan matanya kebelakang.

“Marjina? Haah.”

Acap dan Apek terpempam. Betul lah nama dia Marjina!!!!!

***********************

“G! how do I look?”
“great.”

“G! yang ni macam mana?”
“ok je.”

“colour ni macam cantik kan?”
“yeah.”

“kasut ni macam cool gila kan?”
“ye kot.”

“better aku bawak clutch ke.. mini handbag?”
“entah.”

Dian dah berang. Memang dari tadi itu-itu je jawapan G. bosan betul!

“Dian, kau dah habis shopping kan? Baliklah jom..”

“halah.. awal lagi lah G..”

“dah lapan jam kita pusing Dian..” G menjulingkan mata.

Dian memuncungkan mulut. Haih! Payah betul la.

Mereka berdua berjalan kearah pintu utama shopping complex.

“Allah! Hujan lebat G!”

“kau la ni.. lama sangat kat dalam..”

“macam mana nak tunggu bas macam ni? nak pergi bus stop pun sempat lencun dulu!”

“naik cab jelah.”

“duit aku cuku-cukup je bayar tambang bas G…”

G cuma tersenyap. Dian dipandang. “takpelah. Duit aku ada.”

Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dihadapan mereka.

“naik sekali?” suara si pemandu bertanya.

G buat muka macam nak telan orang. Apa malang sangat asik terjumpa mamat celup nih..

Muka Dian dah bercahaya. “G! naik jela jom..”

“aku taknak!” peluk tubuh.

“G.. diorang offer tu.. diorang tak nampak macam perogol pun G..”

“taknak.”

Apek keluar dari tempat pemandu. Dia berpusing kearah pintu belakang sebelah kiri. Pintu kereta dibukakan. “come.”

Dian memandang G. senyap. Tak bergerak.

Piiiinnnn!!!!!! Ponnnnnnnn!!!!!!!!! Bertalu-talu hon berbunyi.

“tengok, kereta belakang pun dah marah. Cepatlah.” Apek masih memegang handle pintu kereta.

“G..” Dian buat muka. Aku tak kira!! Aku nak naik jugak!! Dian terus bergerak masuk ke perut kereta.

G tergamam. Dah takde pilihan. Dia bergerak merapati kereta. sampai di pintu, matanya bertembung dengan mata Apek. Dijeling sekilas, dan terus masuk kedalam.

Apek menutupkan pintu kereta dengan sengih bermeter-meter lebarnya. Haih.. nasib..

*************************

“G! marah aku ke?”

Senyap.

“G.. aku mintak maaf..”

Diam.

“jangan macam ni G..”

“lain kali, jangan ajak aku keluar lagi.”

“sorry G.. tapi time tu kan..”

“stop. Aku taknak ingat.”

Dian terdiam. G dah marah betul nih..

“mana kau kenal mamat tu?” tiba-tiba je G bersuara. Suara mendatar, tak macam marah-marah.

Dian mengukir sengih. Heleh.. nak tau jugak..

“ramai budak bercerita.” Saje je Dian kasi jawapan tergantung. Pancing G sikit. Hehe.

“pasal apa?”

“dia dalam dean list every year.”

“budak pandai la kira..”

“bukan tu je. Dia ahli ekuastrian universiti..”

“banyak duit..”

“and, dia sponsored by Petronas..”

“good future..”

“and he likes you.”

“aku nak pergi tandas.”

Dian tersenyum. Ngelat!

*******************

“Marjina!” Apek berlari-lari anak mengejar perempuan dihadapannya.

“panggil aku G.”

“oh.. o.k. jalan sekali?”

“thanks, but no thanks.”

Apek terdiam. Hmm.. hampa..hampa..

“kejap!”

“hmm?”

“nah.” Apek menyerahkan sekeping kertas kajang berlipat empat.

G kerut muka. Ni.. surat cinta ke hape?

“baca key? Jangan buang pulak. Ciao!” Apek terus berlalu. G terpinga-pinga.

G terus membuka lipatan kertas tu apabila selamat duduk di kerusi library.

Haiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Uwang dan ringgit ana tatak helan ne
Ante tutup mata ana tak tentu jalan


~aku tau kau tengah senyum. senyumlah, kau nampak cantik bila senyum. (walaupun aku tak pernah nampak.)oh ye, maaf. Lirik ni aku cuma tau satu rangkap. =)

G melipat kertas itu kembali. Bukan tersenyum lagi, nak tergelak pun ada! Heh. Macam –macam la Apek..

Petang itu apabila sampai ke bilik..

G khusyuk merenung lappy yang terpasang didepan. Hurm..

“woi!”

“hai Dian.”

“buat report?”

Geleng.

“habis tu?”

“download video.”

“tengok?” Dian bergerak merapati meja belajar. Youtube downloader tengah berjalan. “apek dan marjina?”

“haah.”

“best sangat ke?”

“best je.”

“kenapa tiba-tiba?”

“teringat nenek aku.”

Dian tersengih. Heleh.. ingat senang nak cong aku? ingat nenek konon.. bukan nenek dia dua-dua dah takde ke?

“Dian?”

“hurm?”

“tak gila ke kalau suka senyum tiba-tiba?”

Dian senyum. “tak.. waras je.” racun apa si Apek ni dah bagi kat kawan aku.. haih..

****************************

“kalau dalam cerita Ali Baba tu, Marjina tu macam mana?” Apek tiba-tiba bertanya.

“kau tak pernah tengok?”

“pernah. Tapi dah lama sangat.”

“hmm. Marjina bijak. Dia yang selamatkan majikan dia dari kena rompak dengan 40 penyamun.”

“apek jadi apa dalam filem tu?”

“tukang jahit mayat. Haha.”

“lor.. gila tak best..”

“superb apa!”

“banyak la kau!”

Tiba-tiba telefon bimbit Acap berbunyi. “weh, Dian ajak jumpa.”

“bila…”

“sekarang.”

“no, sejak bila kau ada nombor dia?”

“jangan banyak tanya la! jom.”

Sampai di café..

Kelihatan Dian dan G sedang duduk bergelak ketawa di kerusi café itu. kejap.. kejap.. bergelak ketawa? G? ketawa? Indahnya…

“hai Apek.” Apek terdiam. G tegur aku dulu? Apek dah jadi macam statue kat tepi meja.

“nah. Aku dah nak blah ni. library.” G terus bangun dan berlalu. Kertas yang dihulur sempat bertukar tangan.

Apek yang terpinga-pinga terus duduk disebelah Dian. Kertas itu dibuka.

Marilah Apek hoi mari sayang
Ikutlah ana Apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah hoi perlahan-lahan

Ana tatak bimbang ana tatak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua Itam lagi banyak gulap
Macam orang Habsyi henggeli Alab ( negeri Arab)

Oh Apek Sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ante cepatlah cepat
Awas Pek Longkang oi kaki melompat

Apek jaga depan ada longkang

Mana

Lompat

Haiyaa

Lompat

Haiyaa

Lompak Apek Lompat….

Haiyaaaaaa…….

~ ni sambungan lirik dia. nway, aku dah senyum. =)


Sikit demi sikit.. Apek tarik sengih. Marjina!

“dia tulis apa Pek?” kepala Acap terjenguk-jenguk ke kertas tadi.

“Marjina..”

“huh?”

“Dian, apa nombor phone dia?”

Apek terus menekan keypad dengan laju. Tuuut..tutt.. menunggu panggilan diangkat dengan penuh sabar.

“assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Salam bersambut.

“where are you?”

“library.”

“haiya cik siti.. library tak boleh guna phone.”

“hoi Apek sayang… I’m outside café.”

“tunggu!.”

“no.”

“kenapa?”

“takde wang emas nak kasi.”

“you are so funny.”

“thank you.”

“can you.. repeat?”

“what?”

“you said just now…Hoi Apek what?”

“bubye.” Teet! Talian mati.

Acap dan Dian pandang ke arah muka Apek yang bercahaya.

“G.. Marjina.. dia panggil aku.. Apek sayang?”

“huwaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

**************************

“Aku terima nikahnya Marjina binti Ali dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”

“sah.”
“sah.”
“sah.”

Dan Apek terus melangkah ke arah pengantin perempuan. “saya pulak kena kasi wang emas dekat awak..” perlahan dia berbisik.

Heh. Marjina cuma tersenyum. Siapa sangka kan? Apek dan Marjina bersatu. Yeah.. happy ending. =)

Friday, March 13, 2009

tag from na'dz

*macam lmbt sket aku jawab tag yg bertarikh 9 mac ini.. huhu

1.Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things,facts,habits or goals about you.
2. At the end, choose 16 people to be tagged
3. You have to tag the person who tagged you [ act lupekan je this words ]
4. If i tagged you, its because i want to know more about you.

aku tak brape pandai jawab soklan pasal diri sendiri. haha. here my ans....

1) aku akan kuat bercakap dalam 2 situasi. Pertama, lapar kemudian tak dapat makan. Kedua, ngantok kemudian tak dpt tdo. Siap sedialah, aku akan bercakap tanpa henti.

2) Aku cerewet tahap langit. Serius. Percayalah. Aku ambik masa almost one hour to choose a bday card. Ade sesiapa mau teman aku shopping??

3) Suka gila melepak. Aku pnah melepak kat mcd berejam-jam ngan member. Uhh.. cerita takkan pernah habis!

4) Aku suka lelaki rambut panjang sbnanye. Hahahaha.. *terase mau gelakkan diri sendiri*

5) Aku tak share problem. Aaaa~saya manusia pelik.

6) Aku SANGAT suka zaman sekolah menengah aku. seronok amat sangat. Aku dulu dok asrama, so segala kebaikan, kejahatan, kejahilan, semua buat sama-sama. Haha.

7) Aku suka English tv series. Gossip girl, Grey’s Anatomy, Numbers, CSI, etc.etc. memang boleh terpaku tak bergerak.

8) Aku sentiasa pakai jam tangan kecuali mandi dan ambik air sembahyang. Yup, tidur pun aku pakai. Sebab tu selalu jek jadi mangsa, “weh, kul bape?”. Saya jam bergerak~

9) Aku tak berapa keperempuanan. Aku hanya pakai jeans dan t-shirt. Baju kurung of course laa~ but no dress, no blouse. Aku rasa cam pelik jek..

10) Parents aku sangat-sangat la sporting. Diorang ade sense of humor yang sangat tinggi, and sangat la loyar buruk. Hehe.

11) Aku ni tak berapa mesra dengan orang yang tak kenal. Kalau berjalan pun, jangan harap aku nak senyum. tapi, kalau melepak dengan member tuh, toksah bayang la.. aku la yg paling gamat sekali!

12) Aku suka pada member-member lelaki aku, sbb diorang respect perempuan as they are. Lelaki yang tak respect perempuan mmg aku tak layan.

13) Haha.. ni fakta best. Aku sangat suka tidur. Serius nih.

14) BMI aku 19.23. hahaha.. tinggi dan berat adalah rahsia. =) oh ye, BMI lebih dari 18.9 is stable, so aku stabil la kira. Heh

15) Masa sekolah, aku suka add math. Aku prefer counting than reading..

16) Aku slalu memekakkan diri dengan earphone. music is my life. heh. let's sing together..

Serius, aku tak pandai jawab tag. Haha.
Sorry na’dz.=(
better la bagi aku soalan then aku jawab, daripada suruh aku describe diri sendiri~
lemah..lemah..

bidadara : another part [2]

Nisa tercangak-cangak dihadapan pintu sliding kaca di LCCT. Rakan-rakan sekerja yang melepasinya hanya dilambai dan dilayangkan senyuman manis. Manis? Yeah.. manislah kot agaknya. Badan penat amat sangat dengan aktiviti straight dari pagi, sarapan-kursus-rehat 30minit-kursus-kursus lagi-dan kursus lagi-lunch-flight balik. Phew!

I’zrael meletakkan Honda City biru ditempat parking seberang. Pelik? Iz dah beli kereta. huhu. Dan kenapa Honda City biru? Sebab Nisa kata, bontot kereta tu nampak comel. Haha. Apapejela~

“Nisa!”
Automatic kepala Nisa ditala kedepan. Sampai dah bujang terlajak nih. Hehe..

“penat tunggu?”

Nisa mencebik. “taklah.. seronok hape..”

Heh. Iz cuma senyum. “loyar buruk!”

“kan lagi senang Nisa naik teksi jer.. teksi melambak-lambak.. lagi mudah, cepat dan ringkas.” Nisa bercakap sebijik-sejiban macam duta mi segera.

“No..” pendek je Iz menjawab sambil menarik luggage Nisa.

“apa pulak yang tak bolehnya?”

“Nisa ni.. banyak soal laa..”

“yelah! Nisa tak nampak pun apa fungsi ‘larangan Nisa menaiki kenderaan awam’ tu dikuatkuasakan!”

“first, bahaya la cik adik..”

“oh yeah? And melangut dekat pintu LCCT tu sangat selamat la kira?” geram.. geram.. ni bukan kali pertama. Tapi si cik abang ni memang dah menetapkan hukum baru, TIDAK boleh naik public transport. LRT, teksi, bas, dan ketapi sekalipun. Thank God, naik kapal terbang boleh. Dan nasib baik jugak, jabatannya kata WAJIB pergi kursus ni naik Air Asia sebab peruntukan dah disediakan. Kalau tidak? Nak tau cik abang ni kata apa? Dia nak hantar sampai pintu hotel dekat Terengganu tu! Huh!

Iz berhenti berjalan. Nisa direnung. “cik adik, there is someone willing to be your driver, then you’re nagging like tiada hari esok??”

“you know what? You’re sick!”

“sakit hape tuh?” Iz mengerut kening.

“overprotective disorder.”

Nisa terus berjalan laju kearah Honda City berplat ‘W’ dihadapannya. Aku bukan budak kecik laa!!

**********************

“how was it?” Iz meringankan mulut bertanya didalam kereta. heleh.. tau sangat la. hangin Nisa ni paling panjang 43 minit. Eh? Aku pernah kira ke? huih..

“that ‘it’ for kursus ke.. ‘it’ for holiday?”

“oh.. teguk air sambil diving yer..”

“haha. Teruk la metaphor tu.”

“sempat ke holiday?”

“sempat tak sempat la.. tapi hari ni memang full. Dari pagi, berenti makan je. packing pun main sumbat-sumbat.” Nisa menjawab sambil membetulkan tudung yang senget-benget pada side mirror.

“ngape tak packing awal-awal?”

“heh.biasela.. suka buat kerja last minute.” Nisa tersengih sambil memandang ke kanan. Nampak cik abang menjuihkan bibir. Hensem sangat laa tu kira..

“cik abang busy sungguh ke harini?” Nisa menongkat dagu. Kepala masih memandang Iz.

“busy sungguh-sungguh-sungguh la cik adik…” dia memotong kereta Proton Wira yang bagaikan kekura dihadapannya. Dia bergerak kekanan, dan pantas kekiri semula.

“huish! Suka bawak laju-laju..”

“manede laju.. baru satu empat..” Iz merujuk pada meter kelajuan di dashboard. 140km/j.

Nisa mengerling tajam. Nasib baik la jalan kat Sepang ni aman damai jer tak banyak sangat kereta. orang melintas lalu-lalang pun takde. Kalau tak? Nahas anak orang kena langgar free..

“Abang Iz tau tak, kalau cenggini gayanya, naik public transport lagi selamat. Tau?”

“oh tak.. tidak sama sekali.. kat luar sana tu, ada perompak, perogol, pencuri, penculik, pembunuh dan macam-macam ‘pe’ lagi..”

“oooohhh… I seeeeeee…. So, dalam kereta ni pun bahaya jugak sebab ada ‘pe’.”

Iz kerut dahi. Kepala dikalih kekiri. “hmm? ‘pe’ apa?”

“perosak keamanan, penyekat kebebasan, pemandu berbahaya..”

“hahahaha. Ok lah tu.. buy one, get 3 free..”

“buy? Service ambik-hantar ni kena bayar ke?”

“nak bayar?”

“kena ke?”

“Abang Iz tanya, nak bayar ke kalau kena bayar?”

Nisa makin tak paham. Kemende ayat yang cik abang ni cakap?

“esok tak masuk kerja lagi kan?”

Nisa geleng. Blur.

“keluar jom.”

Huh? “kalau takmo?”

“kira.. Nisa ada hutang la ngan Abang Iz..”

Macam tu pulak! Nisa kembali memaku mata pada pemandangan dihadapan. Malas nak layan!

Iz cuma tersengih. Heleh.. cepat sangat hangin la dia nih.. takpe, takpe..

Tangan Iz dipanjangkan ke seat belakang, sambil sebelah tangan masih setia dengan stering. Peket berwarna coklat dicapai dan disuakan ke orang sebelah. “Famous Amos.. chocolate chip?”

Nisa tersengih. “memang 24 jam ada stok eh?”

“penting ketika kecemasan.”

“kecemasan apa?” Nisa bertutur sambil mengunyah biskut chocolate chip Famous Amos didalam mulut. chocolat chips dia… hmmmm… cair dimulut wa cakap.. memang leleh la..

“cik adik hangin kira emergency case apa.”

Nisa terhenti mengunyah. Serius aku nak terkeluar ilmu silat cekak sekarang, walau hayat aku tak pernah belajar!

Tiba-tiba ringtone bergema dari Blackberry Iz. Iz menyeluk poket dan mengeluarkan gadget kesayangan. Haduhai.. ni kena angkat nih.. halahai.. Bluetooth tertinggal la pulak..

“Nisa tolong.. pasangkan handsfree kejap..” Blackberry dihulur.

Nisa mengambil handsfree yang kusut bergulung-gulung di ruang berdekatan gear. Handsfree disambungkan, dan dihulur kembali. Macam seketeri je aku nih..

“hellloooo..” panjang mukadimah ‘hello’ Iz pada pemanggil.

“apa dia?.... aaaa.. Uncle Iz driving ni shayang…. Ada ni, dekat sebelah…. Hurm? Uncle Iz busy sikit la.. sorry la princess…. Tomorrow? Tomorrow can ah?”

Nisa cuma mencebik bibir. Hasya la tu. Mengada-ngada betul dengan Uncle Iz dia..

Iz jeling orang sebelah. “nak cakap dengan Acu tak?”

Nisa kalih muka kekanan.

“ha? Taknak?” Iz dah tersengih.

Nisa tarik muka. Hasya ni nak kena tau! Dengan Uncle Iz dia siap call terus, dengan mak sedara sendiri orang offer cakap pun tak mau. “bak sini kejap.” Nisa terus mencabut handsfree dan melekapkan Blackberry di telinga.

“Hasya taknak cakap dengan Acu ye….. tengok ar nanti.. tengok ar Acu buat apa dekat dvd Disney Princess Hasya.. Acu buang!”

Iz cuma terdengar jeritan, pekikan dan rengekan panjang suara halus Hasya. Dia tarik sengih, kuat nyakat btol Nisa nih!

“ahhhh!!! Takde sorry-sorry.. takde maaf-maaf….” Nisa makin kejam. “sorok la dvd tu kat mana-mana pun.. Acu jumpa punya…..”

Hasya yang berbaring disofa panjang dah nak terkeluar airmata. Acu ni… jahat laa… “ala Acu… jangan laa… jangan la.. Hasya sorry…. Sorry la Acu… nanti Hasya call Acu everyday.. macam dekat Terengganu dulu..”

“Hasya terlambat. Acu dah kecik hati ni. tak kira. Nak buang jugak dvd dia semua.” Nisa menekup mulut.nak tersembur jugak gelaknya. Hasya gelabah habis! Cepat-cepat dia menekan butang end call. “hahahahahaha..” panjang gelak Nisa. Seronok! Tak dapat bayang la muka Hasya macam mana..

Iz cuma menggeleng. Haih.. nasib la dapat mak sedara macam ni..

“Nisa?”

“hmm?”

“call la Hasya balik.. cakap esok kita keluar dengan dia..”

“alah..” Nisa dah mengeluh. Apa kena bawak princess banyak songeh tu?

“eh.. takkan dengan Hasya pun nak jeles?”

“hello cik abang… tolongla~ tak kuasa..” Nisa menjeling sekilas. Perasan tak beragak Iz nih. Ade ke jeles? Buang karan je..

Iz cuma senyum. “cik adik… esok kita ambik Hasya dulu, then kita keluar. Jangan lupa, inform mama papa dia. karang ingat kena culik pulak. Remember, esok petang.”

***************************

“so.. my princess ni nak pergi mana?” Iz bertanya sejurus selepas Hasya selamat masuk ke perut keretanya. Haih.. tak pasal-pasal keluar office awal..

“Hasya nak pergi MegaKidz? Boleh tak Uncle Iz?”

“mestilah boleh… kalau Hasya cakap nak pergi bulan pun Uncle Iz mesti boleh hantar punya..” Nisa berbunyi perli. Betul lah kan, kalau Hasya ni nak pergi mana-mana, tak pernahnya tak boleh.

Iz kalih sesaat.”you know what?”

“what?” Nisa bertanya.

“cik adik is sooooooooooooooo jeles.”

“and cik abang is sooooooooooooooo wrong.”

Hahaha. Hasya cuma ketawa di tempat duduk belakang. “Acu dengan Uncle Iz ni kelakarlah.. macam papa dengan mama.. tapi Acu lagi garang la..”

“tulah.. kesian Uncle Iz kan Sya?” Iz buat muka kesian.

“Uncle Iz… boleh tak.. erm.. Hasya panggil Uncle Iz, daddy?”

Zappp! Pantas Nisa pusing kepala kebelakang. “mana boleh! Dia bukan daddy Hasya!”

“tapi Hasya teringin nak panggil daddy.. dekat school kan, kawan Hasya panggil papa dia daddy..”

“Hasya kan dah ada papa?”

“tapi Hasya nak daddy..”

“mana boleh! Kena ada satu jek!”

“tapi kenapa ayah Haq boleh je panggil ayah?”

“tu sebab dia Uncle Hasya!”

“Uncle Iz pun uncle Hasya jugak!”

Eeeeh! Nisa dah geram. Penat la nak explain dekat budak kecik nih…

“tak boleh, tak bolehla..”

Iz yang dari tadi senyap bersuara. “boleh je. daddy tak kisah..” selamba!

“abang Iz! Mana boleh!”

“I like it. Boleh je.”

Nisa tak terkata apa bila princess sorang tu dah tersengih-sengih. Aku la budak nih..

“kalau Nisa jeles, Nisa pun boleh panggil Abang Iz daddy hape..”

“eeh! Muntah!”

**********************

“daddy! Tengok patung tu pakai… cantiknyaaaaaaaaa.” Hasya tersenyum-senyum sambil tunjuk mannequin budak dalam cermin kaca.

“jomla, masuk tengok.”

Buntang mata Nisa. GAP KIDS. Budak-budak zaman sekarang memang la pandai bergaya. Oh, dan pandai mengikis duit jugak.

“that jacket looks nice..” Iz member pendapat.

“daddy suka yang tu? Hasya pun suka yang tu..”

“yup. And match kan, dengan dia punya jeans?”

“yaaa… and with the red t-shirt..”

Salesgirl disitu cuma tersenyum. “how cute.. great taste too.. daddy’s girl huh?”

Hasya tersengih-sengih. Nisa? Huh.. malas nak layan.

“how bout your mommy?” salesgirl itu senyum memandang Nisa yang memeluk tubuh.

Apa dia??????????????? aku ada nampak macam mommy dia ke? and the worst part, aku ada nampak macam mak orang??

“haha. Actually she is..”

“ahhh..she’s daddy’s girl. Her mom just has a bad taste in fashion.” Selamba Iz memotong kata-kata Hasya yang baru nak betulkan keadaan.

Nisa dah berasap. Kanapa ya? Setiap kali keluar dengan cik abang ni, tak pernah aman! Geram..geram… sikit hari lagi mahu kena hentak cik abang ni..

“mommy?” Hasya mengajuk. “hahahahaha…”

“i think that jacket suits with that brown skirt, not with the jeans. What say you?” Nisa mengangkat kening sebelah pada salesgirl tadi.

“a better choice I guess…”

Nisa senyum. puas! Bad taste ye? Banyak cantik!

*********************

“Hasya?”

“very berry strawberry!”

“cik adik?”

“chocolate chip cookie dough.”

Mereka bertiga duduk dimeja kayu kecil dihadapan booth Baskin Robbins itu. sekali imbas, macam one happy family. Ada daddy.. ada mommy.. ada one cute daughter.. tapi… bila dua kali imbas…

“Acu! Tak boleh la curik aiskrim Hasya! Tak baik la!”
“nasib la..”

Bila tiga kali imbas…

“cik adik, nak rasa sikit?”
Cup aiskrim terus dibawa rapat kedada. “never!”

Bila empat kali imbas..

“lain kali, tak nak makan aiskrim dengan Acu lagi!”
“taknak sudah!”
“bagi la balik!!!!!!!!!!!!! Hasya punya tu!!!”
“Hasya tak habis, kan?”
“tak la!!!!!!!!!!!!! Hasya letak je tadi!!!!!!!!!!!!”
Nisa buat bodoh.
“Nisa… bagi la balik..” Iz tegur perlahan.
“takmo.”
“aaaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!” panjang jerit Hasya.
“shh.. malula… orang tengok.. jom beli lain.”
“taknak!!!!!!!!!!!!! Nak Hasya punya balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Serius, dah macam pertempuran peperangan yang tak cukup askar dan tak cukup senjata jadiknya!

Tuesday, March 10, 2009

behind the scene : bidadara

Hype! Assalamualaikum.

Firstly, aku nak kata… aku lega!! Muahaha.. BIDADARA sudah habis.. the end, tamat. BIDADARA ni mende yang paling banyak la kot aku taip. Panjang… huh. Aku tak biasa buat panjang2 nih, asik nak cepat abes je.

Untuk contengan aku kali ni, aku ingat nak kasi banyak kisah sket, compared to CERITA MEREKA. Aku try.. nak masukkan emotion yg macam2, tapi tatau jadik ke tak. Heh.
Bagi aku, menconteng BIDADARA ni tak senang. Sungguh. Tu yang kadang ambik masa nak post. Sebab semua ni baru bagi aku. mungkin otak aku ni sesuai buat pasal budak skolah je kot. Haha. Tataula~

Aku tau, BIDADARA sangatla cikai, simple. Aku nak, segala apa yang ada kat sini.. jadi tempat aku nak luaskan otak, bukan buat semak. No antagonis, no rosak-akhlak-rosak-adab thingy here. Semua tu tak sedap didengar, bila tak sedap didengar, tak sedap untuk diceritakan. I know la… tak realistic. But, anggap jela ni sebagai hiburan. Macam korang dengar lagu..korang dengar, korang suka, korang tinggal. Simple.

Aku tak hebat cam Hlovate, Rnysa and others writers yang sangat memberi input. Lack of knowledge, that’s me. Aku jugak tak sehebat Aisya Sofea and Damya Hanna yang boleh buat kita macam ‘pijak atas awan’ bila membaca. Janganlah compare aku dengan mereka-mereka ini. Sorry, my weakness. I admit.

Macam aku dah kata tadi, anggap apa yang kat sini sebagai hiburan. Aku sendiri tak baik mana yang nak mengajar orang. Bagi aku, pengalaman hidup tu tak perlu diajar, kita kena alami sendiri. Just follow the flow.. and take hukum hakam Allah as the rules.

And, aku tau yang readers kat sini ramai under age. Heh. Thanks. Ramai jugak panggil aku ‘akak’. S’okey.. never mind. Nak ber aku-kau pun aku takde nak marahnye. But please,please,please… semua yang ade kat sini, contengan aku semata-mata. Korang still in ‘grow up’ process. Takut jugak aku kot ade yang berangan kaw-kaw sampai nak tunggu ‘Uncle Long’ korang muncul. To ma’ dear sisters sekalian.. angan-angan bukan bodoh. BUT, hidup kita bukan untuk angan-angan indah yang kita cipta. Okeh? And now cik atap is so realistic. Haha. Papejela~

And to my big sistas, akak-akak yang maen curik bace time ofis hour.. haha. Juga yang sama-sama tengah perah otak menuntut ilmu cam aku. Thanks. Harap-harap, apa yang aku conteng kat cucuratap nih boleh ringankan otak anda. Serius, aku takde tujuan lain untuk menaip selain daripada untuk berhibur.

aku puas bila aku taip, korang suka baca, aku happy baca comments. That’s it. Memang itu sahaja. Kalau orang lain boleh clubbing, main bowling.. aku pulak ade cara sendiri untuk entertaint ma’self. Heh. Tak salah kan..asalkan, jangan sampai melalaikan. Tak baik tu. Jangan buat. Never.

Tapi mungkin jugak ade la sikit mende yang korang boleh belajar dari BIDADARA. I mean, takdelah zero sangat BIDADARA tu. Sayang ur family no matter what. No pegang-pegang wit ur bf. Haram kan.. dah tak boleh di-debate ke hape. Remember that.

Title ni ‘behind the scene’ tapi aku melalut banyak lak. Heh. Ok.. ade banyak silap sebenanye. Kalau korang perasan laa..
1) Timeline. Huh.. ni memang masalah Negara. Selalu je lari. Tak logic sikit la, masa Iz terjumpa Nisa dlm LRT tu, konon-konon a month b4 spm. But, dlm mase tu sempat je launch projek la hape la.. haha. Cam lame lak sebulan tu jadiknye. Sorry. Aku bukan budak kaki engine kat u. ni kalau budak civil ke bace ni sure kena hentam. Heh.
2) Language. Ammmaaaa…… ni lagi la masalah. Kadang-kadang aku rasa ayat yang aku buat tu aku sorang je paham. Dush!! Nvm, next time aku cek btol2.
3) Watak tak berkembang. Ni tak boleh kata apa. Dah kata, aku ni tak suka buat cte panjang2. Maka, watak yg sipi-sipi tu mesti cam tergantung jek jadik. Aaaaaa~ sian mereka-mereka itu.
4) Location. Haha.. venue asik area KL-Klang Valley. Nampak sangat la aku rindu rumah.. nak balik! Ngade lak, dah besar panjang nak homesick lagi. Heh. Nvm, later kalau aku banyak duit, banyak masa, aku buat cuti-cuti Malaysia. Huh~ ntah bila la tu….
5) Event yang tak logic. Ade ke orang nak susun bunga kat tasik? And, even aku pun taktau cara nak tulis atas air. Pakai susu ke hape? Ke ade pen khas? Haha.. no idea lor. Anggap jela logic. Nama pun hiburan kan? Duh~

Sorry. My weakness. Maaf..maaf..maaf…

In the making BIDADARA jugak aku banyak bertanya. Yelah, dah buat benda yang kita taktau, mestilah bertanya. Abah aku hampir gelak terguling bila aku tanya, “bah, penjara sungai buluh ada lagi ke?”. dan akOo jugak jadik mangasa bila aku asik tanya, “macam mana adult nak mintak couple?” and sampai kesudah dia tak bagi jawapan. Haha.

Oh ye, pasal ending part tuh. Mungkin tak ramai yang boleh bayang berada dekat tingkat atas bangunan tak siap lagi. Aku pernah, and siyes aku cakap, memang tersenyap 2-3 saat. Angin sangat kuat, tangki air bangunan seblah-seblah separas kepala kita je. nampak kete sume macam kete mainan. Taklah secantik pemandangan pantai or Niagara, tapi indah la orang kate. =p tapi jangan korg redah pegi site pulak lepas ni, mau kene kejar dgn site manager tu karang. Heh. ade jugak yang tak puas ati, sebab kata pendek sangat endingnya. Ape yang aku boleh kata, maaf~ sungguh..

BIDADARA ni kasi banyak jugak la impact kat aku. Aku belajar macam –macam. And bak kata May_Lin, “mesti atas kepala cucuratap dah penuh tweety”. Ya rite…. Memang pun! Jenuh wey aku memikir nak buat scene cheesy tuh.. dan selalunya, entry yang aku suka, readers takdela suka sangat, but kalau entry yang aku rase kureng, readers suke pulak. Heh. Mungkin sebab aku sendiri yang conteng, jadik tak suka. Papejela~

Time BIDADARA ni jugak jumlah followers naek, arkib pun makin panjang. Angka bukan the thing yang aku consider. yang penting, ada orang yang suka nak baca. Mekaseh..mekaseh..mekaseh.. and kalau ada name yang tertinggal, tak masuk arkib, sorry..please claim kat aku. it’s ur right.

Banyaknye aku cakap. Maybe cik atap kena buat blog khas untuk dia becakap kot..haha. Nvm. Yang penting, aku happy. Korang happy. Oh ye, mekaseh atas komen korang yang mantap tuh! Maaf kalau kadang-kadang aku lambat moderate. Kalau korang sengih-sengih time bace, aku pulak sengih-sengih time moderate comments. Haha.. lawak gle mule-mule tuh. Bleh plak ade yang nak Nisrin ngan Iz.. then yang len pun ape lagi, men bangkang-bangkang. Adeh.. siyes lawak. Sorry Tzaraz.. haha. Next time, kalau aku rajin nak conteng kat sini lagi, aku kasi can kasi hero yang ko nak ye? Heh.

And, aku suka la nak remind lagi sekali. Ini cuma hiburan. Conteng pun cikai-cikai je.

Kay la. lastly, two words.
SORRY and THANKS.

*entry rojak. Haha.. sorry. Kalau tak paham, skip je. =) oh ye, enjoy the BIDADARA : ANOTHER PART.

Sunday, March 8, 2009

bidadara : another part [1]

“Hasya!! janganlah..” Luth dah berkerut dahi sambil tangan sedaya-upaya nak mencapai remote astro.

“Hasya nak tengok ni!” mulut si kecil dah memuncung. Dahi pun sama kerut. Sama je dengan bapak dia! Remote astro disorok kebelakang badan.

“alah.. Thomas and Friends ni ada ulangan la Hasya..”

“papa, weekend kan hari Hasya tengok tv!”

“manede.. hari-hari pun Hasya conquer tv hape..”

“alah papa ni..” mulut muncung lagi. Rambut depan yang tersusun didahi macam doll itu diselak. Dahi digaru-garu. Papa ni teruklah..

“sukati Hasya lah..” Luth terus bangun dengan muka masam. Masuk kedalam bilik.

Gadis comel 5 tahun tu dah menggigit bibir. Aaaaaaa~ papa merajuk.. kepalanya terjenguk-jenguk kebilik papanya. Pintu bertutup.. macam mana? Kalau adik Amsyar tu bolehla pujuk pakai dvd Mr.Bean.. kalau papa nak pakai apa nih?

Thomas and Friends terus ditinggalkan. Kena pujuk ni.. kalau tak nanti siapa nak bawak pergi 7-Eleven? Si pemakai pyjama Disney Princess terus melangkah perlahan kearah tangga. Remote dipegang ditangan kiri.

Pintu bilik dikuak perlahan. Papa tengah syok dengan PDAnya. Dia terus meniarap diatas katil, menghadap muka papa. Papa buat bodoh. Langsung tak pandang!

“pa...”

diam.

“pa..”

touchscreen itu masih dibelek-belek.

“pa..” lengan t-shirt papa ditarik-tarik.

Heleh.. ingat aku cair la tu.. Luth berkira-kira dalam hati.

“papa hencem.. papa baik.. papa nice man....”

sama je macam mama dia.. buat jenayah tak habis-habis! Luth merungut didalam hati lagi.

“papa.. look here.” Hasya menunjukkan remote astro dihadapan. Dari meniarap, dia terus melepek disebelah lengan papanya.

“tengok ni.. remote ni boleh tekan 616 je.. 812 tak boleh nak tekan..” innocent jek Hasya kasi alasan.

Luth paling sebelah. Mulut dah tak boleh tahan nak sengih. Gelaknya tersembur jugak. “eeeeh!! pandai betul! Siapa ajar ni?” rambut anaknya yang panjang mengerbang ditarik-tarik.

“haha.. ni kan anak papa..”

“amboi.. ni apa agenda nih?” Nisrin tiba-tiba terjengul dipintu. Turun dari langit ke hape?

“mama jeles la tu..” Luth berbisik perlahan pada Hasya.

Hahahaha. Hasya hanya mampu tergelak comel sambil tangan tekup mulut.

“hah! Eloklah tu! Dua-dua tak mandi! Dua-dua busuk! Lepastu boleh je gelak-gelak atas katil. Elok sangat laa..”

“mama ni suka nag la.. cuti kan, ma? Bukan kena pergi school..”
“entah mama ni.. cuti kan, ma? Bukan kena pergi office..”Luth pun masuk sekali menyampuk.

Nisrin ketap bibir. Sabar jelah aku.. sikecik tu takpe lagi, yang si tua-bangka ni yang rasa nak kena penyepak..

“tu apsal remote pun ada atas katil tu?”

“errr..” Hasya dah kecut. Mama ni pantang kalau tak mandi lagi dah turun tengok tv. Dia kalih sebelah. Mintak talian hayat dekat papa..

tu nak korek idea lah tu.. Nisrin monolog sendiri. Tau sangat anak dia yang sorang ni, bijak mengelat!

“papa ni.. dia yang ajak Hasya tengok tv tadi.. tengok ESPN.. ada NBA.. kan pa?”

“yeke? Tadi mama lalu dekat bawah, Dexter elok je tengah berkejar-kejar dalam lab dia..”

“Dexter ma? Dexter???? Thomas and Friends dah habis???? No!!!!!!!!!” Hasya cepat-cepat menolak lengan Luth yang memeluknya. Tak sempat nak turun elok-elok dah, terus terjun katil! Lintang pukang dia turun kebawah.

“see? Your daughter..” Nisrin berkata sinis.

“my daughter, tapi suka buat jenayah macam mama dia..”

“haha. Apa lagi yang dia cairkan papa dia?”

“boleh dia kata remote tu tak boleh tekan 812.. boleh tekan 616 je..”

“banyak alasan, macam Uncle Long la...”

“she's smart.. like me..” Luth menunjuk diri-sendiri.

Nisrin menjuih bibir. Nyampah gila.

“pa!!! Amsyar tarik rambut Hasya!!!!! tolong pa!!” jelas jeritan Hasya sampai kebilik.

“your son..” Luth menjeling Nisrin yang tengah keluarkan towel dari wardrobe.

“my son.. tapi nakal macam papa dia..”Nisrin bergegas bangun nak kebawah. Karang retak pulak dinding bawah tu dengar Hasya terjerit terlolong. Nak harap Uncle Long bangun pergi menyelamat? Memang sempat dinding bawah tu runtuh dulu kot.

Luth cuma tarik sengih. Halah.. lelaki kan..

**************************************

“ma.. Acu gi mana ma?” Hasya tiba-tiba bersuara bertanya pasal Nisa, Acu nya.

“alah.. baru 2 minggu tak jumpa Acu..” Nisrin menjawab.

“lamanya Acu kerja....” Hasya yang tengah elok berbaring dipaha Luth memuncungkan bibir. Dah hilang minat tengok tv yang terpasang dengan cerita E.T.

“Terengganu kat mana papa?” dia mendongak memandang papanya.

“kalau ikut map.. dalam Malaysia..”

buk!! sebijik kusyen kecil melayang dari sofa berkembar dua disebelah. Nisrin menjeling. Loyar buruk dengan anak.. ajar benda ntah pape..

“hahaha. Kan dah kena dengan mama..” Hasya dah tergelak meriah diatas sofa itu. Terguling-guling kiri kanan.

“Terengganu jauh Hasya.. Lagi 2 hari Acu baliklah..” Nisrin berkata. Walaupun tak berapa menjawap kehendak soalan, kira ok la dari jawapan papa dia tadi!

“Amsyar, Amsyar.. kita call Acu nak tak?” comel je Hasya tanya pada baby umur setahun yang memang mustahil nak paham 'call Acu' tu apa...

Baby Amsyar yang elok tergolek atas carpet memandang kakaknya. Senyum.

Nisrin dan Luth hanya memerhati. Tu taktik la tu. Baru je malam tadi call, nak call lagi.

“pa, baby Amsyar pun nak call Acu jugak.. kita call yek?”

Nisrin tersengih. Uncle Long layanlah si Hasya ni..

“hmm.. ambik phone.”

Hasya muka happy. Diambik cordless phone dan ditekan-tekan.

“Hasya tau ke nombor Acu?”Nisrin tanya pelik.

“dah. Papa dah ajar. Suruh Hasya hafal. Nombor Uncle Iz pun. Papa kata, senang susun strategi..” jujur habis Hasya kasi jawapan.

Luth membesarkan mata. Haduhai anakku bijak bestari...

“Uncle Long... strategi apa nih?” Nisrin curious sungguh nak tau.

“adela.. secret.”

“mana boleh!”

“boleh je.. Nisrin buat la pakatan rahsia dengan Amsyar.. Hasya Uncle Long dah cop..”

eeehh!! geram betul anak-beranak nih!

“hello Acu!! Hasya ni.”

panggilan bersambut. Mata Nisrin dan Luth sama-sama memerhati Hasya yang tengah berdiri ditepi tempat telefon. Muka bercahaya macam hape je..

“heh. Waalaikumsalam... Acu, bila nak balik ni?”

“lagi dua hari la Hasya.. bukan dah cakap ke semalam?” Nisa dihujung talian menjawap.

“lama sangat la Acu..”

“hehe. Taula Hasya rindu Acu sangat-sangat....”

“bukan Hasya je.. Amsyar pun, mama pun, papa pun...” terhenti sekejap ayat Hasya.

“lagi? Ada lagi ke?”

“Uncle Iz pun... haha.”

muka Nisa dibilik hotel dah merah padam. Macam kena salai. Apa la yang akak dengan abang ipar aku dah racun budak nih....

“owh.. nama Ma Tok tak sebut pun eh?” cover Nisa.. cover baek punya..

“Acu tak rindu kitorang ke pergi sana lama-lama?”

“Rindu laa... lagi-lagi dekat baby Amsyar..”

“tak aci la Acu nih.” nada merajuk.

“haha.. nasiblah.. dah ada baby sekarang.. takmo sayang Hasya dah..”

“takpe.. ramai lagi nak sayang kita.. takpe..”

“heleh. Mama ngan papa pun sayang baby jugak la..” Nisa dah syok menyakat.

“kita ada Uncle Iz.. Uncle Iz sayang Hasya.. tak pernah marah-maah Hasya, sakat Hasya macam Acu..”

Nisa terasa macam kena renjatan letrik. Banyak modal betul budak nih nak sebut nama Uncle Iz dia..

“dah la Hasya.. asyik cakap dengan Hasya je hari-hari. Pass telefon dekat mama peh.”

Hasya berlari anak ke sofa berkembar dua. Phone dihulur. “Acu nak cakap dengan mama. Dia kata asyik cakap dengan Hasya je..”

heh. Nisrin senyum. “hello Nisa?”

“akak!!!!!!!!!!!!!! apa akak ajar Hasya ni?? teruk Nisa kena tau!”

“hahaha. Not me la sis.. papa dia yang ajar la tu..”

“heeeeee. Geram betul!”

“haha. Jangan marah akak. Marah your abang ipar kesayangan la.”

“eeeh! Sayang kemende. Nyampah ar camni.”

“betul. Masuk geng akak la. Nyampah gila dengan dia sekarang. Rasa nak nyepak kuat-kuat je..”

Luth disebelah angkat kening. Ngumpat.. ngumpat...

“dey. He's your hubby daaaa...”

“lantak ar hubby ke hape.. buat pakatan rahsia pulak dengan anak dia..”

“dey. Anak dia anak akak jugak daa...”

“takpe..takpe... tunggu la Amsyar besar nanti.. balas dendam!”

“haha. Lawak la you sis. Okeh la. Mau rehat nih. Kirim salam semua. Ah! Except that nyampah-abang-ipar.”

“haha.. mau rehat ka... mau tunggu call ka..?”

“aiyo minachee. You pun sama nyampah like your hubby daa.”

“hahahaha. Okeh. Bye. Assalamualaikum.”

teet. Nisrin sengih-sengih matikan talian. Nisa... Nisa...

“seronok dia. Ngumpat apa?” Luth bertanya perli.

“adela.. secret.”

Friday, March 6, 2009

bidadara =30end=

“Abang Iz, tolong angkatkan tray tu..” Nisa meminta tolong. Dah tak larat dah rasanya. Kenduri dari siang tadi, sampai ke lewat petang nih. Tak setel-setel lagi. Walaupun guna catering, tapi rumah tetap berkepah.


“Nisa, rehat kejap la..” Iz memujuk.


“tak boleh tangguh-tangguh.. nanti kerja makin menimbun..”


“dah makan?”


“erm..”


“tengok? Sendiri dah makan ke belum pun lupa.. meh sini.”


“nanti la.. dinner terus.. dah 6.30 ni.. lewat dah..”


“Nisa, meh. Duduk sini.”


Nisa cuma mengikut. Huh.. lega rasa dapat duduk sekejap. Ahli keluarganya bukan ramai mana, dah tentu-tentu dia yang kena banyak bergerak. Nasib baik tak start belajar lagi..


Iz datang semula dengan sepinggan nasi minyak ditangan. Lauk ayam masak merah dan rendang daging juga terselit dihujung pinggan.


“makan..”


“thanks..”


“so, apa plan sekarang?”


“hurm.. result pun baru je keluar.. tengoklah. Kalau dapat masuk matriks, mungkin start bulan 5. Kalau masuk asasi pun sama. But, harap sangat dapat jawapan dari JPA.”


“aah.. haritu ada pergi interview kan?”


“hurm.. tapi tatau la. semua result gempak-gempak.”


“heh. Boleh punya. Konfiden la sikit..”


“kalau dapat.. hurm, sedih jugak. Tinggalkan mak dengan akak..”


“sampai bila nak jadi anak manja kan?”


“bukan la macam tu.. akak dah kahwin.. mak mesti sunyi..”


“taklah. Takkan la Nisrin dengan Luth tu kejam sangat..” Iz menggeliat sikit. Dia pun sama-sama kerah tenaga. Baju melayu pink cair yang dipakai pun rasa busuk ya amat. Tak tukar-tukar..


“Abang Iz.. nak tanya sikit?”


“apa dia?”


“are you ok?”


Iz kerut dahi. “apa yang tak ok nye?”


“wedding ni.. akak…”


“takde apelah. Cerita lama. Let it go.”


Nisa tersenyum. Haih..


“Abang Iz nak tanya Nisa pulak, boleh?”


“silakan..”


“kenapa dulu tak suka dengan Abang Iz? Nak cakap pun payah..”


Nisa tersengih. Heeeeeeeee. Rahsia perlu disimpan. Abang Iz tak perlu tau.


“sebab dulu Abang Iz langgar akak.” Simple je Nisa kasi jawapan.


“yeke?”


“yelah.. tak percaya pulak..” Nasi disuap kemulut sekali lagi. Muka Iz yang tertanya-tanya disebelah dilihat sekali imbas. Senyum lagi. My teenage-crush. Lawak la kau Nisa.. rasa nak ketawakan diri sendiri. Minat orang yang 9 tahun lagi tua time umur baru 17 tahun? Tak pernah dibuat dek orang kot..


“senyum apa sorang-sorang tu?” Iz bertanya sambil merehatkan lengan dibelakang kerusi Nisa.


“nothing…” sengih lagi. Biarlah… atleast, I have a brother now. Bertambah sorang lagi adik-beradik.


“ada laa tu.. tapi taknak bagitau..” Iz pancing lagi.


“nothing la..” Nisa meyakinkan. Muka Iz dipandang lagi.


Iz kalih muka hadap Nisa. Dahi berkerut tak ingat. Muka curious habis nak tau..


Hahaha. Nisa tergelak jugak akhirnya.”jangan buat muka camtu boleh tak?”


Iz mengalah. Muka kembali pandang depan. Rambut yang mengacau dahi diraup kebelakang. Bibir dijuihkan. “taknak cakap sudah..”


Hahahaha. Apa la gaya gitu..


“Nisa! Iz! Mana akak kamu??? Haih.. mana la dua-dua pengantin ni hilang!!!” Mak dah terjerit dari dalam rumah. Nisa dan Iz yang masih lepak dibawah canopy paling hujung pun boleh dengar.


“kitorang taktau!!!!!!!!!!!” serentak Nisa dan Iz menjerit menjawab. Mereka saling berpandangan. Masing-masing tarik sengih.


***************************************


"ni nak pergi mana ni…” Nisrin merungut-rungut. Kain baju kebaya labuhnya dah meleret-leret ke lantai. Kadang-kadang tersangkut dengan paku dan pasir kasar.


“shhh.. ikut je la..”


“apa bawak pergi tempat kerja time hari kahwin ni..”


“kejap lah dear..”


Kejap tangan Luth memimpin Nisrin berjalan di kawasan tapak bina itu. Nisrin hanya mengekor, walau mulut dari tadi merungut. Ni dah jadi runaway bride dah ni.. tapi ni groom yang bawak lari..


“kita naik atas.. ok?”


Bulat mata Nisrin. Lawak la tu Uncle Long. Dia mendongak. Bangunan yang separa siap itu direnung lagi. Aku nak panjat tangga yang takde dinding kiri-kanan ni? yang tiang konkrit dan beam nya pun boleh nampak terang dan jelas, belum ditutup dengan simen dan cat?

Ohhhhhhhhhhhhh myyyyyyyyyyyyyyy…..


“come.” Luth menghulur tangan.


Gulp! Nasib aku la. kahwin dengan project manager tak sampai 24 jam, dah dibawaknya pergi site.


Nisrin tetap menyambut huluran itu. nasib baik la tak pakai veil segala.. kalau tak, habeh la rosak..


Sepasang pengantin baru yang masih berpakaian cantik itu meniti tangga satu persatu. Luth segak dengan baju melayu satin putih, bersama samping hitam berbunga emas. Songkok dah lama selamat dekat tempat duduk belakang Rexton. Nisrin pula sangat ayu dengan kebaya labuh organza, juga berwarna putih. Cantik keronsang tiga berangkai terlekat dikebayanya. Selendang dikepala pula sangat ringkas. Mukanya yang dirias cantik, dah cukup untuk menaikkan seri.


Dah sampai ke tingkat yang ke lapan. Termengah-mengah Nisrin menghabiskan anak tangga tadi. Rasanya macam panjat Batu Cave.


Mereka berjalan beriringan sampai ke hujung lantai. Luth memegang Nisrin perlahan.


“tengok sana..”


Nisrin tersenyap. Indahnya bandar bila dilihat dari atas. Segala pasaraya dan shopping complex nampak setara saja dengan tingginya sekarang ini. Burung-burung pula berkejar mahu balik ke rumah.


Dilihat pula awan dan langit.


“sekarang dah pukul berapa..”


“jangan tanya. Kejap lagi kita balik..”


Luth duduk melunjurkan kaki ditepi. Bahaya memang bahaya, tapi dia dah biasa dengan ketinggian macam ni. Bangunan lagi tinggi pun pernah dia redah. Tangan Nisrin ditarik untuk sama duduk dengannya.


“meh la sini..” Luth menarik bahu Nisrin. Perlahan Nisrin rebahkan kepalanya dipaha Luth.


Perlahan Luth menanggalkan selendang isterinya. Mengusap-usap rambut Nisrin, yang tak pernah disentuhnya.


Nisrin yang sedang terbaring, terdiam. Matanya rasa panas. Ayah.. itu yang dia teringat. Dah bertahun-tahun.. kini ada orang yang ingin membelainya, tanpa meminta. Mata dikedipkan sekali. Meluncur airmata keluar.


Luth sedar keadaan itu.Dia tarik senyum sedikit. Biarlah Nisrin tengah layan perasaan.. dia taknak kacau.. namun sentuhannya masih tidak dilepaskan.


“Uncle Long…”


“ye saya..”


“thanks..”


“no need..”


“ayah… Nisrin teringat ayah….”


“Nisrin dah ada Uncle Long..”


Matanya dikedipkan lagi sekali.airmata makin galak keluar.


“hurm.. kita tak pernah cakap pasal kita..” tiba-tiba Luth bersuara.


“pasal apa?” Nisrin membetulkan kepala. dari menghadap depan, menghadap muka Luth pula. Dia mendongak sedikit. “pasal apa?”


“kalau ada baby, Nisrin nak letak nama apa?”


“hurm.. Ismail.”


Luth kerut dahi. Muka Nisrin dipahanya direnung. Rambut Nisrin diselak kebelakang telinga. Angin kuat diatas bangunan ini membuatkan rambut halusnya berterbangan. “sebab?”


“sebab.. lepas Luth kan, Ismail.”


Luth masih tak faham.


“Adam Idris Nuh Hud Soleh, Ibrahim Luth Ismail..” comel je Nisrin melagukan lagu nasyid nama-nama nabi itu.


Hehe. Luth tergelak. “habis tu.. kalau dapat baby perempuan pun lepas tu, kita bantai je la letak Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayob..”


Hahahaha. Nisrin pulak tergelak. Lawak la tu.. “apela..”


“dah tu.. Nisrin yang cakap tadi..”


“haha. Nanti lah, ada baby baru kita fikir. Ok?”


“ok..”


“Uncle Long..”


“yes dear..”


“dulu-dulu kan, Nisa ada kata.. Uncle Long ni macam bidadara..”Nisrin memusing-musingkan cincinnya dijari. Sekejap ditarik, sekejap dimasukkan semula.


“macam mana tu?” sebelah tangan Luth ditongkat kebelakang. Sebelah lagi menolak rambut Nisrin yang ditiup angin.


“sebab dulu.. bila jumpa Uncle Long je.. mesti kena timpa bala. Jatuhla, terhantuk la.. macam-macam. But, after then, dah takde dah. So.. Nisa kata, Uncle Long ni macam bidadara yang turun dari langit untuk tolong manusia yang dalam kesusahan..”


“Nisrin la manusia yang dalam kesusahan tu?”


“nope. Dah Uncle Long bidadara, Nisrin mestilah bidadarinya.. haha”


“eeh.. perasan laa dia ni..” Luth menarik hidung Nisrin.


“haha.. ala, betul kan?”


“erm.. kalau nak ikut.. Uncle Long memang bidadara untuk Nisrin. Tapi bukan turun dari langit.. tapi yang dicipta oleh Allah, then ditugaskan melindungi Nisrin.. sampai bila-bila..”


“yeke?”


“yelah..” Luth cuba nak menarik hidung Nisrin lagi, tapi sempat ditangkap oleh Nisrin.


“haaaaa.. takmo..takmo..” haha. Nisrin tergelak.


“ok.. dear, pusing sana..” Luth memuncungkan mulut kedepan.


Nisrin mengalihkan kepalanya. Mengiring ke kiri. Sunset.. cantik…kejap.. tapi kenapa…


Luth memegang kertas yang bertebuk tulisan “SAYA CINTA AWAK” didepan mata Nisrin yang tengah elok berbaring.


Biasan cahaya oren-merah itu elok saja menembusi kertas itu melalui lubang-lubang tulisan tersebut.


“Uncle Long..” Nisrin terus mengangkat kepalanya.


“shhh.. tak payah cakap apa-apa. Tunggu ye, sampai takde cahaya yang boleh tembus dah.”


Akhirnya, Nisrin juga memegang bucu kertas itu sedikit. Nisrin dan Luth, sama-sama meluahkan cinta mereka, pada hari pernikahan mereka. Moga-moga, cinta ini, berkekalan sampaaaaaaaaai bila-bila. InsyaAllah. =)





Cinta antara kita..
Tiada penghalangnya..
Walau akhir usia
Ku mencinta
Dirimu..
Ku hanya menunggumu
Menyata kau cintaku..
Ku kan berjanji
Menyintamu sayang…
(Duta & Baizura Kahar – cinta antara kita)


~::Tamat sudah.. heh.=)::~
 
Blog Template by Delicious Design Studio