♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, February 3, 2009

Kael dan Wanda

“Kael, kenapa kau pakai spec?”
“sebab aku rabun.”
“Kael, kenapa kau tak suka butang atas kemeja kau?”
“sebab rimas.”
“Kael, kenapa kau suka selak tie kau kebelakang?”
“sebab panas.”
“Kael, kenapa kau suka bela rambut panjang?”
“sebab aku punya sukalah.”
“Kael, cikgu kan marah? Nanti kepala kena cukur botak baru tau.”
“Wanda, kenapa kau suka tanya banyak-bayak?”
“sebab aku suka kau.”
“apa???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Kael tersentak. Gila!!! Tak pernah aku jumpa perempuan sejujur ni!

“Kael, jangan buat muka terkejut macam tu, tak comel la.” Wanda sengih-sengih.
Gulp! Kael telan air liur. Dahi berkerut.

“kenapa? Tak percaya ke? Meh aku ulang lagi sekali. Kael, aku suka kau.” Wanda sengih-sengih lagi.

Kael tersenyap. Gila!! Nekad habis budak ni! baru 2 hari dia masuk sekolah ni, dah berani buat pengakuan maut! Dekat aku pulak tu?

“Kael, kau nak aku ulang lagi sekali ke?”

“takpe! Takpe! Terima kasih banyak Wanda!!! Aku blah dulu.” Kael terus menarik kerusi kebelakang dan terus bangun.

“kau nak pergi mana?”

“pergi muntah!”

****************************

Joe : Kael, aku rasa macam rimas gila arr.. Wanda tu asik pandang-pandang kau je..

Kael : biarlah dia.

Joe : aku rasa dia gila arr..

Kael : aku pun rasa macam tu..

Hahahahahahaha. Pecah gelak diorang berdua di bahagian belakang kelas.

Chia : woi..woi.. meriah. Apa cer?

Kael : ada budak baru terlepas dari hospital bahagia…

Hahahahaha. Ayat Kael itu disambut dengan gelak meriah.

Haikal : aku tau dah.. budak baru tu kan?

Kael : siapa lagi.. kau tau, beruk pun tak terkejut macam aku tau haritu!

Chia : psiko gila doh.. seram!

Joe : aku rasa, wad psikatrik pun tolak..

Haikal : aku rasa dia kena buat renjatan letrik la kat otak dia..

Kael : renjatan letrik? Berapa mega watt nak guna? Generator sekolah ni pun aku rasa tak cukup..

Hahahahahahahaha.

Joe : kesian arr kat dia.. bedah otak sudah.. haha

Kael : (tolak kepala Joe) siot kau.. lagi kejam! Haha

Chia : shhh… dia datang sini weh.. dia datang!

Kael buat gaya macho betulkan kolar. Bersedia!

Wanda : Kael, balik sekolah, aku belanja kau makan nak?

Kael : owh.. aku tak makan benda murah-murah ni.

Wanda : kita makan kfc nak?

Kael : lagi satu, aku kalau gi makan, 3 ekor ni kena ikut sekali.

Wanda : okeh! Boleh je! kita keluar makan ye?

Chia jeling Haikal, Haikal jeling Joe, Joe dah sengih senget.. bertuah kau perut!

Kael : ok. Tapi kitorang takmau jalan kaki.

Wanda : eh! Tak payah susah-susah. Nanti aku suruh driver aku hantar ok?

Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Chia, Joe dengan Haikal dah buat muka kagum. Driver? Pejadah pergi sekolah kampung pakai driver?

Kael : ow.. ok arr.

Wanda : hehe. Deal! Jumpa nanti ye.. bye-bye all…

Chia, Joe dan Haikal cuma melambai perlahan dengan muka meluat.

Haikal : fushooooooooooooo.. sikit hari lagi Kael jadi menantu orang kaya beb!

Kael : kepala otak kau la!

*********************************

“maaaaaaak!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Kael menjerit kuat.

“hai Kael..” Wanda sengih-sengih di pangkin itu.

“macam mana kau boleh ada kat sini?” Kael tanya lagi. Muka pelik. Parang dan setandan pisang emas dibahu diletakkan diatas lantai pangkin.

“aku tanya dekat Joe, rumah kau dekat mana.. so.. here I am!”

“eh.. pergi baliklah!”

“tapi, aku nak jumpa kau!”

“mak aku marah nanti!”

“jangan risau.. aku dah jumpa makcik! Baik mak kau Kael..”

Hah???????????????????

Nampak mak keluar dari pintu dapur. Menatang dulang berisi gelas dan teko. Apa dah jadi ni?

“dapat pisangnya Abang?” mak tanya. Dulang diletakkan di hadapan Wanda.

“ni mak..” Kael tunjuk pada setandan pisang emas yang tak masak kesemuanya. Ada yang masih hijau-hijau.

“air untuk saya ke makcik?” Wanda bertanya.

Kael mengherotkan muka. Eeeeeeh! Perangai apa tuh? Tak malu betul!

“err.. ye.. minumlah.. Abang, layanlah kawan Abang nih..” mak Kael terus berlalu nak masuk ke dapur semula.

“err.. biar Abang bawak pisang ni masuk dalam dulu.”

Di dapur….

“mak! Apsal layan budak tu?” Kael bertanya sambil menjeling pada budak perempuan di pangkin luar.

“dia kata kawan Abang.. pelik jugak mak.. pakai seluar jeans bunga-bunga datang sini.. bukan orang sini ke?”

“baru pindah tu mak. Baru seminggu.”

“oh.. satu sekolah?”

“aah.. lain kali, mak tak payah layan la. orang gila tu mak!”

Mak Kael memukul belakang anaknya. “tak baik mengata orang!”

“betul.. cuba mak tengok! Tersengih-sengih sorang-sorang..macam..”

Buk! Mak Kael mendebik lagi. “dah! Pergi luar! Layanlah dia..”

“taknak arr! Mak pandai-pandai jemput minum.. mak lah layan! Abang nak pergi mandi!”
pantas Kael berlari ke tingkat atas rumah kayu itu, menghilang ke dalam bilik.

“Abang!!!!! Ish!” mak Kael menjerit. Bertuah!

Kael turun semula untuk mandi. Bilik air dibahagian bawah, dekat dengan dapur. Dia cuma memakai towel.

“Kael!!!!!!”

“ahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!” Kael pantas menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangan. Gila la dia ni!!!!!!!!!!!!!!

“hihihihi..”

Kael yang baru tersedar menurunkan tangannya. Control beb!

“kau apsal tak balik lagi?”

“aku ingat, nak makan tengahari kat sini lah. Boleh tak Kael?”

“tak boleh! Makanan tak cukup!”

“alah.. aku makan sikit je.. boleh la Kael..”

“jangan nak mengada-ngada lah Wanda! Pergi balik!”

“alah Kael…”

Kael yang malas nak layan terus masuk ke bilik air. Dum!! Berdentum pintu besi itu berbunyi. Tali rafia yang menggantikan selak pintu lekas-lekas disangkutkan pada paku.

“alah… Kael.. aku nak jugak!” dengar suara Wanda dari dalam bilik air.

“balik lah!!!!!!!” Kael melaung kuat. Tekanan aku macam nih!

*****************************

Haikal : Kael, kita kenakan budak tu nak tak?
Joe : menarik betul bunyi..
Chia : bernas.. bernas…
Kael : hmm.. boleh jugak kot.
Joe : let’s begin..

Keempat-empat mereka tersenyum jahat. Masing-masing dah keluar tanduk merah atas kepala. selepas 5 minit, mereka semua gelak sinis. Wanda yang sedang usha Kael dijeling.. hehehe.. habislah kau..

Selepas waktu sekolah..

“ehem! Wanda.. kau betul nak jadi girlfriend aku tak?” Kael bertanya manis.

“eh.. nak!” Wanda muka dah bercahaya.

“kalau macam tu.. kau sanggup buat apa saja tak untuk aku?”

“sanggup!”

“okeh! Macam ni, kau kene jumpa.. setiap seorang kawan-kawan aku, selagi tak setel, jangan datang jumpa aku. ok?”

“alah.. senang je tu! Mana diorang?”

“eh.. senang la kalau aku bagitau. Ni kad klu pertama.”

Wanda dah nak mencapai kad tu dari tangan Kael.

“eh.. nanti..nanti.. syaratnya, kau kene buat sorang. Tanpa bantuan orang lain. Then, bila dah complete, kita jumpa dekat sini. Dalam kelas ni. aku tunggu.” Kael menyambung.

“ok!” bersemangat habis Wanda nak mulakan acara.

Kael menyerahkan kad pertama itu. “good luck.” Kenyit mata sebelah.

Wanda membaca kad klu itu…

many-many stairs up to the sky
climb me up high and high
without me u'll stink
get into me u'll sink

Wanda dah garu kepala.kemende ni? main orienteering ke? Apsal tak bagi bearing skali? Uhh!! Di kalih kiri kanan, Kael dah lesap ntah kemana. Fikir Wanda..fikir.. many2 stairs..climb me up..hmm.. rooftop? Stink, sink…takkanlah pulak..

Wanda menapak ke luar kelas. Langit yang cerah dipandang. Up high and high.. urm.. hah! Matanya lekas melekat pada tangki air sekolah yang tinggi gila tu. Jangan kata…. Ahhhhhh!!!! Panjat?????!!!!

Buk! Ish..dah berapa kali kakinya terpeleot. Terpijak labuh kain baju kurung. Ada pula sekali dua kakinya tersalah pijak anak tangga, sikit lagi nak tersungkur! Huh! Peluh didahi dikesat pantas. Aku kena sampai kat atas tu jugak! Penuh semangat Wanda beri motivasi pada diri sendiri.

Huh..hah..huh.. termengah-mengah Wanda apabila sampai di atas. Huwaaaaaaaaa!! Menjerit dia jenguk kebawah. Gayat maaaa…

Kelihatan Haikal elok je menyandar pada tangki air gabak tu. Sedang tersengih-sengih. “lama gila aku tunggu.. ko stop setiap 2 anak tangga ke?”

“tinggi la! mesti la lama nak panjat!”

“janganlah marah-marah.. nak kad kedua tak?”

“nak laa… bak sini.” Wanda menghulur tapak tangan pada Haikal.

“mana boleh senang-senang je nak mintak.. kena la usaha.”

“kan aku dah panjat sini?”

“tu baru sikit…”

“dah tu? Apa lagi…” Wanda dah muncung. Penat la!

“disebabkan kita kat tangki air, kita kena buat aktiviti berasaskan air la kan?” Haikal sengih jahat.

Wanda dah berkerut. Apa dia?

“kau ambik t-shirt ni, sental sampai putih!” Haikal memberi sehelai t-shirt putih.. eh.. putih ke? Yang nampak hanya comot lumpur berwarna coklat kehitaman. Eeehh..

Wanda mengambil t-shirt itu. “err.. sabun dengan berus?”

“usaha la sendiri..”

“apa dia???? aku kena turun bawah??”

“yelah.” Haikal muka innocent.

“huh.” Wanda mengeluh. “lepas tu?”

“bagi kat aku balik. Kasi aku nilai.. bersih ke tak. Tak bersih tak lepas.”

Gulp! “kena naik sini balik?”

“yelah.” Selamba.

Huh. Macam mana ni Wanda???? Nak taknak, dengan langkah longlai, dia trun kebawah. Melangkah ke tandas perempuan. Ceit.. manede sabun ngan berus. Dia keluar semula, melangkah ke bilik makcik cleaner disebelah. Rambut ekor kuda yang terbuai-buai diikat tinggi. Stor simpanan itu ditenung. Rembat jelah!

Lengan dah sampai ke atas siku. Berus dah sedia. Pembersih lantai juga. Sabun takde la! bantai je apa saja yang ada.. tangan menggenggam berus. Erat. Dia tunduk. Tangan masih kaku.

Macam mana kau nak buat Wanda? Pernah ke kau basuh baju kau sendiri? Guna mesin pun tak pernah.. inikan handwash! Cecair pencuci disimbah. Eh! Aku patut simbah dengan air dulu kan? Ah.. t-shirt itu dibawa ke singki. Habis terpercik air ke uniformnya. Then? What’s the next step huh? Cecair pencuci disimbah. Kena banyak-banyak kot.. nanti tak bersih. Berus dilarikan diatas baju. srappp…sraaappp..sraappp!! lenguhnya.. kenapa tak hilang pun.. t-shirt tu dah berulang-ulang kali bertukar posisi. Ke atas, bawah, sisi kanan, sisi kiri. Berus di larikan lagi. Sraapp…srapppp…srapppp!! Kena kuat lagi kot? Tenaganya di gandakan. Sraappp!! Sraaappp!! Sraaappp!! Air mata dah menitik jatuh. Huh.. aku tak tau.. tangan direnung. Dah kecut. Merah-merah. Hujung jari rasa pedih. Jangan fed-up Wanda.. buat lagi.. kerja berus-memberus diteruskan. Walaupun air mata masih menitik ke lantai.

Buk!
Tiba-tiba ada benda bergolek melanggar dinding. Clorox??

Wanda tunduk mengutip. Pintu tandas diperhati. Mana datang?? Kelihatan ada bayang-bayang lelaki berlari diluar. Eh? Pakcik cleaner ke tu??

Di sebalik dinding…
Seseorang menyandar. Bibir tarik senyum. bodoh!

Selepas setengah jam, selesai! Wanda memanjat tangga tangki air dengan senyum dan t-shirt putih di tangan kanannya.

“weh.. lama gila kau basuh.. lembab nak mam..” kata-kata Haikal terhenti. Huluran t-shirt disambut.

“gila arr! Kau balik rumah ek? Ke kau hantar dobi?”

Wanda malas cakap banyak. Tapak tangan yang merah dan jari yang melecet ditunjuk sebagai bukti. Huh! Berlagak sikit..

“o..ok..okeh..” Haikal tergagap-gagap. Nak cakap apa lagi? Puas hati la tu.. kad kedua di pas dengan muka kelat.

Wanda segera membaca.

i see i saw i hamm i slam

Uih.. makin pening ni. see..saw… jongkang-jongket? Dush!! Manede taman mainan sini.. ingat kindergarten ke.. I hamm.. slam.. hurm.. ahah!

“bye Haikal. Thanks!”

“oi.. dah tau dah ke?”

“dah!!!!!” sayup suara Wanda kedengaran dari aras bawah.

Wanda bergegas lari ke bahagian bengkel kemahiran hidup. Heh. Ingat aku taktau ke?

Joe yang elok duduk juntai kaki atas meja workshop ternganga. Ek? Dia lepas stesen Haikal?? Ceh! Haikal ni.. konon cabaran sukar la hape la.. bibir tarik sengih. Habeh la Wanda..

“Joe! My task please..” Wanda menyengih.

“uuuhh.. tak sabar ye? Meh sini.”

Mereka bergerak ke bahagian pintu belakang. Sini kawasan takde orang. Sunyi sikit.

“nampak tu?” Joe menunjuk pada selonggok barang di tepi pintu.

Wanda melihat. Mancis dua batang.. bekas aluminium, satu peket maggi. Dia angguk.

“aku nak.. ko masak maggi ni. ok? Masak kat luar.”

“tapi..” dia kerut dahi.

“apa dia?”

“aku nak masak atas apa?”

“tu kan ada mancis.. carik ar bahan sendiri.. aku duduk sini. Dah masak kasi aku makan ek.. aku taknak maggi keras.” Joe blah ke meja depan. Duduk bersila diatas meja. Handphone di poket dikeluarkan.

Cis! Beristirehat pulak dia..

Wanda keluar dengan bahan-bahan itu. dia pandang kawasan sekeliling. Sepi. Hurm.. rumput agak-agak boleh tak? Rumput dan semak yang menjalar dicabut. Satu batang mancis digesek ke batu. Api dicucuh pada rumput dan semak yang digumpal-gumpal. Yeay! Bijaknya aku… dia duduk mencangkung di tepi api itu. eh! Aku nak masak pe ngan api ni? panaskan air kan? Air tak ambik lagi! Ahhhhh..

Dia yang baru nak bangun tiba-tiba menjerit. Arrrr!!! Kain aku terbakar!!!!! Puh! Puh! Puh! Dia meniup. Kain dikibas-kibas. Tak boleh jadi ni! heeeeeee!!!!!! Dia menjerit sambil berlari-lari anak ke paip air. Fuh! Lega! Kaki rasa basah.. aiseh.. apsal tak bukak kasut Wanda? Dia mengetuk kepala sendiri. Bodoh kau Wanda!

Di balik dinding..
Hahahaha. Oopss!!!!

Wanda pantas kalih belakang. Suara siapa gelak tu?? Senyap sunyi. Seram!!
Dia kembali pada barang-barangnya tadi. Mancis tinggal satu.. huh! Digesek pada batu. Praak! Alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa patah pulak ni??

Mata rasa panas. Apa aku nak buat ni.. takkan nak mintak dekat Joe? Hurm.. tak boleh.. tak boleh.. nanti dia mesti tak bagi kad lain. Chia tak pergi jumpa lagi..

Tiba-tiba dia nampak benda berasap disebalik semak. Pulak! Kemende tu? Wanda bangun.
Mata bercahaya bak bulan purnama. Fushooooo!!!! Asap dari mulut boiler itu dirasa dengan tangan. Panas! Macam mana boiler ni boleh ade kat sini? Jangan banyak tanya la. air panas dah ada, rendam je laa.. hehe. Air panas berasap dituang dalam bekas aluminium. Hurm.. dua minit Joe.. dua minit.. pasni ko makan la puas-puas.. Wanda sengih tak berhenti merenung maggi yang elok tengah mengembang.

“Joe!! Here!” bekas aluminium dihentak dihadapan sila Joe.

Mata Joe terbeliak. Uisshh…..

“ko buat ni?”

Wanda dengan bangga tunjuk kainnya yang terbakar sedikit.

“hurm.” Joe tersenyap. Maggi pon elok je lembut. Aiseh..

“nah. Kad ketiga. Chia’s.”

Wanda cepat-cepat membaca..

For the love of greens we exist,
Like the forks and spoons to the dining is who we’re to the lawn,
But it’s not us you’re looking,
Just the place we’re staying

Sudah… apa pulak ni.. blur..blur.. mana diorang dapat clue bahasa poets ni? ha? Siapa pulak pujangga dalam sekolah ni?

Setiap patah kata itu diulang-ulang. Ish!! Ni nak dekat 88 kali aku dok baca kad ni.. tapi kenapa tak dapat nak pickup.. aiseh..

Kaki Wanda melangkah dihadapan kelas tingkatan satu. Baju kurungnya diangkat sikit. Punggung dilabuh ditepi longkang. Kawasan sekitar sekolah yang takde orang ditenung. Dalam-dalam. Aish.. serius habis! Mestilah! Demi si Mikhael tu!

Tiba-tiba matanya ternampak daun kering terbang laju ditiup angin. Matanya mengikut arah terbang daun itu. pandangannya terhenti pada seorang pakcik yang tengah mengaut daun-daun kering yang banyak bersepah sana-sini. Dikaut daun berwarna coklat itu, disumbat-sumbat dalam plastic hitam. Dia pergi ke taman depan dewan pula. Pasu-pasu dialih sedikit. Dah berpuas hati, dia mengangkat alatan kebunnya dan beredar ke belakang blok.

“errr… pakcik! Kejap! Kejap!” kalut Wanda mengejar. Tak kisah walau pakaian dah macam mangsa banjir. Kasut bergenang air, kain terbakar, rambut dah tak boleh bayang kusut-masai macam mana dah..

Pakcik tu pelik tengok budak perempuan yang termengah-mengah dihadapannya. Kejar aku? peminat ke?

“pakcik nak pergi mana?”

“pakcik nak pergi belakang tu.. stor kebun..”

“nak ikut! Dekat mana stor tu pakcik?”

Eh.. apa pelik sangat budak nih.. “belakang ni je. kenapa?”

“saya ada misi penting!”

Pakcik tu cuma menurut. Apa-apa jelah..

Sampai dibelakang blok, Chia sedang elok tengah main dengan penggembur tanah. Hah! Sampai pun perempuan nih.. pakcik tadi yang tak faham apa terus pergi selepas meletakkan barang.

“hai Chia!”

“hai Wanda.. seronok?”

“so much fun.” Sengih.

“so.. cik Wanda, kau rasa apa yang kau kena buat sekarang?”

“erm.. tanam pokok?”

“wrong.”

“habis tu?”

Chia sengih. “eh Wanda, kau tak penat ke?”

Wanda mencebik. “penat laa..”

“dah tu, kenapa kau teruskan jugak?”

“sebab Kael.”

“kau rasa, apa yang Kael cakap tu betul la? kau percaya dia nak kau jadi girlfriend dia?”

“kenapa? Dia tipu aku ke?”

“aku tak kata..”

“aku percaya. Buat apa dia nak tipu aku.”

“eh.. kau dengar sini eh. Kael tu, haram sikit tak minat dekat kau. Lagikan nak buat awek..”

“eh Chia! Kenapa kau cakap macam tu arr?” hati rasa dah sakit amat sangat.

“aku cuma cakap benda betul..”

“apa tujuan dia nak tipu aku?”

“hahaha. Betul la kau ni.. buat main ar! Macam sekarang nih.. enjoy gila kau tau? Haha.”

“apa kau cakap ni?”

“haih.. Wanda.. Wanda.. semua stesen yang kau pergi tu, kitorang cuma nak mainkan kau.. buli seronok-seronok.. bukannya cabaran untuk jadi awek Kael.. haih.. takkan kau tak nampak Wanda?”

“tapi.. tapi.. Kael tak jahat macam tu!”

“mana cik tahu.. kau baru je masuk sini kan? Dah kenal sangat Kael?”

Wanda tersenyap. “tak.. tak.. aku tak percaya.. Kael takkan tergamak buat aku macam ni..” suara dah serak.

“apsal pulak? Kau tu sape yang dia tak sanggup nak buat?”

“Kael tak kejam! Kael takkan tipu aku!”

“haha. Sukati kau laa.. aku dah bagitau..tapi cuba kau fikir eh, pejadah dia nak buat ujian segala bagai ni? kalau dia nak buat kau jadi awek, kan senang terus cakap je! setel!”

“mungkin dia.. dia..dia…”

“dia apa…”

“dia nak tahu aku bersungguh ke tak?”

Chia sengih pandang tepi. “alahai cik Wanda.. patutlah kau ni senang nak buat main.. fikir pendek! Jangan berangan la weh.. orang jalan atas tanah, kau jalan atas awan..”

“Chia! Kau nak bagitau aku apa sebenarnya ni? kalau kau nak mainkan aku, buat cepat! Lagi cepat aku boleh blah.. lagi cepat game bodoh ni habis..”

“aih.. marah?”

“eh Chia, buat apa kau susah-susah nak explain panjang dekat aku? kan kau geng Kael jugak?”

“aku cuma kesian dekat kau..”

“oh! Konon kau baik la ni? baik dari Kael?”

“eh.. aku tak kata. Tapi, aku nak kau tau, Kael tu takdelah baik mana..”

“kenapa pulak aku kena percaya cakap kau?”

“sebab aku dah member dengan dia dari kecik lagi ko tau tak.. tanya lah apa aja pasal Kael, hujung jari aku je..”

“kalau cakap Kael pun aku tak boleh nak percaya, lagikan cakap kau!”

“kira.. kau dah mengaku kau kena tipu dengan Kael la ni?”

Wanda senyap. Sebenarnya, dia tak boleh terima hakikat ni. Hatinya berkata, Kael tak macam tu!

“dah terasa kene tipu tu ngaku jelah Wanda..” Chia bagai batu api paling panas dimuka bumi.

“dahla. Aku nak balik!”

“eh! Kau taknak jumpa Kael? Tak habis semua task, tak dapat jadi awek dia tau.. hahahaha.”

Rasa marah meluap-luap! Ikut hati nak je dia tampar-tampar mulut Chia tu.

“ejek lah aku Chia! Suka hati lah! Aku tetap percaya, Kael tak macam tu! Kael tak jahat macam kau cakap!”

“woooooooooo…” terdengar suara Joe dan Haikal. Tiba-tiba je muncul entah dari mana.

“woih.. aku taktau nak kata pe dah.. perempuan ni gila percaya dekat Kael tu.” Chia geleng-geleng.

“kau ni Wanda.. jangan bodoh sangat..”

“ntah kau ni.. macam takde lelaki lain nak kejar..”

Suara-suara sumbang Joe dan Haikal tu betul boleh buat Wanda terbakar.

“dahla! Aku dah malas dengan korang ni! korang pun sama je! konon kawan baik, tapi, belakang, hina member sendiri!” Wanda gegas memegang kain baju kurung disisi kiri. Bersedia untuk berlari balik. Dada dah sebak dah ni.. dia pusing kebelakang.

Zaaapppppp!!!!!!!!!!! Dia tersentak!

Kael elok bersandar pada dinding. Lebih kurang dua depa darinya. Muka dia selamba je. Dia dengar ke tak kawan-kawan dia galak mengutuk tadi?

“takkan nak balik dah?”

“nak buat apa lagi?”

“taknak jumpa aku kat dalam kelas?”

“aku tak complete kan semua task.”

“surrender macam tu je?”

Wanda dah malas nak bersoal jawab. Dia was-was. Otaknya mula memakan kutukan Joe, Haikal dan Chia sebentar tadi. Tapi hatinya kata tidak. Habis tu? Mana nak ikut? Otak atau hati?

“betul ni? nak balik?”

“aah.”

“kau percaya apa diorang kata tadi?” mata Kael menjeling sekilas kawan-kawannya yang masih tak bergerak di stor tukang kebun.

Senyap. Taknak jawab.

“hmm? Aku tanya ni? kau dengar tak?”

“aku nak balik.”

“jawablah dulu..”

“hmph. Tak. Aku tak percaya. Dah? Puas? Aku dah boleh balik ke tak ni?”

“apsal sinis betul kau harini.. mana Wanda yang manja-manja tu?” Kael tarik sengih.

Wanda berang. Benci!!!!!!!!!!! Kritik aku pulak!

“dah la Kael. Aku nak balik ni!”

Kael memandangnya atas bawah. “lain kali.. jangan susahkan diri macam ni lagi ye.. susah hati aku tengok..” perlahan Kael bertutur.

Wanda buat muka tak paham.

“baju kotor..kasut basah.. kain terbakar.. kau buat aku risau betul tadi..”

Terdiam lagi. Kael nak buat drama apa lagi ni?

“jangan buat lagi ye?”

“kau kenapa Kael?”

“jadi awek aku?”

“apa??????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Hahahahahahaha. Gelak meriah disambut oleh Joe, Chia dan Haikal dibelakang.

“dia jerit kuat dari kau terkejut aritu lah Kael..” Joe menyebok.

“haha. Tulah pasal.. kira aku confess lagi hebat la kan?” Kael menjawab nada bangga.

“tuuu.. dia blur tu Kael..” Chia menyelit sambil meletakkan tangan pada bahu Kael.

“Wanda, ni semua plan aku. hmm.. suruh diorang uji kau. Tu semua sebab aku suka kau..”

“kenapa kau tak cakap je?”

“alah.. kau dah mengaku suka aku lagi awal dari aku, tak macho laa.. patut aku yang cakap dulu.. satgi kau cakap dulu.. aku terkejut arr.. dah la budak bandar.. takkan aku nak terjah je kan?”

Wanda dah rasa nak tergelak. Macam-macam lah Kael!

“tapi pelik jugak arr.. baju dia basuh putih gila…” Haikal bersuara.

“aah.. maggi pun elok je masak..” Joe menambah.

Kael sengih. “aku supply Clorox ngan air panas arr..”

Hahahahahahaahahaha.

“apsal pulak? Potong laa kau..” Chia tak puas hati.

“tak sanggup doh tengok.. korang boleh arr main nak siap je..” Kael menjawab.

Wanda yang berada ditengah-tengah rasa tak percaya. Lah.. aku ingat pakcik ngan makcik cleaner yang tolong!

“kau pun Chia! Pergh.. mulut gila power ngutok aku.. macam dah takde hari esok!” Kael pandang pada Chia pula.

“well.. dah kau kata suruh buat dia was-was.. aku buat je lah..”

Hahahahahahaahha.

“tapi.. thanks, kau tetap percaya kat aku kan Wanda?”

Wanda cuma mengangguk.

“eh.. dah tak boleh nak bercakap ke? Ni bukan Wanda nih.. eh! Ni kau nak jadi awek aku ke tak ni?”

“nak la!!”

“hahahahahahaha.. ni lah baru Wanda!”





* credit to akOo and her friend.. for the superb clues!! she's so good rite? love the word.. (love the person more..) haha. *puji lambung2 sket* mekaseh=p

32 comments:

atashinci said...

klakar gile....
mcm amazing race lak....
nk dpt klu kne wat bnde pelik2 lak
hehehehhehehe

Shima Awang said...

kelakar laa..hahahhaha..tapi ok simple..best gak hehehhe..

eija said...

hehe lwak la..ade juga pom mcm 2 ea..
alahai..kalo eija r grnti xsgup pnya..

eija said...

haha..lwak la..ada lg ke pom mcm 2?
cite awk mmg best..

pinat said...

wuhhu...
menarek..menarek..
comel je wanda tu...

nurhakim said...

hahahahahahaha
lwk gler cte nie...
de ke ptt bg task plik2 kat wanda...
hish..hish...xptt btul...
llki buli pmpuan...huhu
sib baik sttle..hehe
so far so good..
sy ske lah..hihi
lain kli bt lgi cte cam nie ek cucuratap..
best bangat sih..

p/s:sory pnjang lah plk kmen..
juz nk ckp bestx15...huhu

DianaTakyuddin said...

haha...sweet2..=)

Unknown said...

besh gile cite ni!!!! ske sgt care kael test wanda..rsenye x de kot laki buat g2 smate2 nk tau girl 2 btol ske die ke x...tp wanda mmg besh ah!!! aku arap aku wanda n there's a kael for me!! ekekekke...thnx cucuratap 4 de nice story..

adek said...

hhahahaha...
gle cute...

tp kael n the gang..
gle jht..

:.vain.: said...

hahaha..siot tol kael nh.
weh! ape cite ko sume stok nme2 mlaikat nh?
sat izrael,pas2 mikael.
raqib n atid ade?

keSENGALan teserlah.. said...

hahahaa..
gile arh....
sbb suke sggop wat cmtuh..
kalo da xske nnty korang rse ader ke orang snggop wat cmtuh lgi?
heheh..

ske cite nieh..
bestt2...
pape pon,,nk luth ngn nisrinnnn..
ceh,,smpat lgi nieh..hehe...

Anonymous said...

mmg lawak gile..best sgt2..
ada banyak improvement tentang gaya dan tatabahasa penulisan..tapi mmg superb arr..

Anonymous said...

ngee
lawak r cite ni
comei je c kael 2
adehh nk 1 cm die leh? hihihi

mizzmunier said...

sy suka cite camnie.. nak lagi..

aqilah said...

gelak akak sorang2 baca cite ni. lawak....lawak......

ceritaku MEMORIKU said...

perghhhhhhhhh.
gempak gilew.
suke2.
wat lagi.
he3
-na'dz

labyrinth said...

citer kreatif gila. hook me right from the start. Suke2

hussy husna said...

lawak gila cite nie
sakit perut aih gelak sorng2 haha

sYaFaRiNa said...

nice story....
keep up a good work writer...

Izyanti said...

best!! kelaka :))

wanea said...

best la citer nie...chayok2 wat penulis...hu3

agent_sesat said...

hahahhahaa....dah guling2 dah nie...hahahha....

;p

DOKTOR ANASTASYA said...

oh yes ! cerita neh best sangat . kelakar jugak !

intan_aya said...

lah...kael pun suke gak kat wandw ke???

mmg superb lah citer nie...
laen dari akallah...

intro pun dah gempak!!!!
suke2 kat citer nie..

go go go writter

♡:.Loha'S House.:♡ said...

best giler citer ney...
teruskan cucur atap!!!

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

ensem sgt ke si kael tuh..sanggop gile si wanda tuh..aishh..!

domo chan said...

saya daa bca lbih beratus kali baru nak komen...:D
bessss glerrr..!!!!

tni said...

saya pun dah baca kali ke 99. hahaha

GadizGula said...

jatuh centa... ;D

Anonymous said...

budak gila?? heheh teringat abg aku yg pnh lalui situasi sama. ade pompuan siap jmpe mak aku sbb suka kt die.. die pon ckp budak pompuan tu gile...

ReikO AricHifurii dA'Queens said...

AKU SUKA CERITA NIE....BEST..EHEHEH

Anonymous said...

awesome..best sangat..sweet habis :D

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio