♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, February 8, 2009

bidadara =23=

Luth memandang kosong kedepan. Tak ada apa pun di hadapannya melainkan tanah merah-coklat, jentera pelbagai rupa bentuk, serta pekerja warga asing yang sibuk membuat itu ini. Badannya disandarkan pada sisi Rexton. Kenapa dengan Nisrin akhir-akhir ni? nampak lain sangat.

Macam hari tu, dia telefon di kedai..
Sorry Luth, kerja banyak sangat. Nak akhir tahun ni ramai orang nak kahwin..

Dan bila telefon dirumah masa hujung minggu pulak..
Sorry Luth, hujung minggu tak boleh keluar. Kena teman Nisa, sekarang dia tengah sibuk spm..

Okey. Dua alasan tu kira kukuh la kot. Tapi semalam bila pergi kedai..
Luth, saya kena pergi pasar ni. pergi dulu!

Tak kena langsung! Pergi pasar menda pukul 6 petang?

Yang pasti, dia tahu Nisrin tengah menipu. Nisrin nak jauhkan diri agaknya. Rasa-rasanya, takde pulak dia buat apa-apa yang menyakitkan hati. Bahang temper nya pun dah lama tak keluar. Mungkin Iz tak suka kot.. biasalah boyfriend.. tapi takkan kawan pun tak boleh? Lagipun siapa jumpa Nisrin dulu? siapa yang berkawan dengan Nisrin dulu? ahhh! Rumit betul nak berkawan dengan girlfriend orang ni.. yang aku pun satu, banyak fikir sangat kenapa.. sedar sikit Luth, awek orang tu.

Pap! Bahunya ditepuk.

“Luth, aku rasa bulldozer tu takdelah menarik sangat kot sampai kena tenung macam tu sekali..” Iz tergelak kecil.

Heh. Luth tarik senyum sikit. Jadilah tu.

“apasal? Labour masalah ke?”

“takdelah. Semua ok.. rajin turun site?”

“saje.. boring duduk office.” Iz senyum lagi.

“tak pergi kedai bunga ke?” Luth sekadar memancing.

“nak buat apa?” Iz kerut dahi. Ada nampak gaya mat bunga ke aku ni?

“Impiana Florist I mean..”

Iz tergelak. “oh.. kedai Nisrin? Lama dah tak pergi.. sibuk sikit last week..”

“eh?”

“kenapa? Nisrin ada cakap rindu kat aku ke? Haha.”

“habis tu? Kau hantar handphone tu pakai pos ke?”

“handphone apa?” Iz makin pelik.

“yang kau call Nisrin haritu tu..”

“aku call Nisrin? Nombor handphone dia pun aku tak tahu! Nak kena Nisrin ni.. beli handphone bukan nak bagitau..”

“eh?????????????” Luth dah kerut muka. Apa ni??

Iz pulak makin pelik tengok muka Luth. “apasal?”

“Kak Yan kata, kau bagi phone tu kat dia?”

“huh? Bila masa..?”

“ek? So… kau dengan Nisrin..”

“aku dengan Nisrin.. kenapa?”

“shit!” Luth terus keluarkan kunci dari poket dan masuk ke dalam kereta.

“eh! Kau nak blah pergi mana?”

“pergi mengamuk!”

Dum!! Pintu dihentak. Dan Rexton itu terus meluncur laju.

***********************************

“Nisrin ni kenapa?” suara Luth terus meninggi. Tanpa salam tanpa apa, terus redah masuk kedai tu. Nasib pintu kaca tu tak pecah, dan nasib baik jugak kedai tengah kosong!

Ija dan Kak Yan menjengah dari dalam bengkel. Tertanya-tanya siapa yang marah benar tu. Puan Nina membatukan diri dibelakang tangga loteng. Biarkan sahaja.

Nisrin dah terpaku. Berdiri tegak. Muka dah pucat lesi. Takut!

“saya tanya ni! Nisrin ni kenapa?”

Nirin rasa tekaknya macam tersumbat. Perut rasa senak. Nak telan air liur pun tak boleh.

“apa sebab Nisrin nak menipu macam ni?”

“takde apa.”

“jangan tipu Nisrin!”

“saya tak suka kawan dengan awak!” nah! Ambik la alasan ni! nafas Nisrin turun naik.

“ingat saya nak percaya ke?”

“suka hati awak!” Nisrin terus berpaling kebelakang. Bakul yang penuh dengan dawai dan riben diangkat.

Luth menahan jalan Nisrin. Bakul di tangan direntap kasar dan dihempas ketepi.

“apa awak ni!” Nisrin pula meninggi suara.

“saya tanya ni! kenapa?”

“kan dah cakap! Saya tak suka kawan dengan awak. Rimas! Tau?”

“macam ni lah Nisrin. Buang masa awak je susun ayat macam tu nak tipu saya. Tell me. Saya ada buat salah ke?”

“saya busy ni! tepilah!”

“ingat awak sorang je yang banyak kerja?”

“dah tu? Pergi la buat kerja! Buat apa datang sini!”

“sebab saya nak tau alasan awak! Saya tahu awak dengan Iz takde apa-apa! Handphone tu pun prop awak nak menipu saya je kan?”

Nisrin tersenyap.

“senyap pulak!”

“yang awak tiba-tiba datang sini tengking-tengking anak orang ni ingat bagus ke? Pergi baliklah!”

“awak nak kena marah lagi teruk ke?”

Eeeeeeeeeeeeeehhhh!! Benci betul aku lelaki ni! main gertak-gertak pulak dia!

“Luth, awak baliklah! Jangan datang sini lagi! Balik pada Azira!”

Luth mengadah siling. Dahi ditekan dengan jari. “oh.. Azira la ni?” matanya kembali memandang Nisrin. Rasa geram ya amat!

Gulp! Apa yang aku tersasul keluar nama Azira ni.. adoi.. silap besar Nisrin..

“Azira datang jumpa awak? Huh?”

“mana ada.”

“cakap betul-betul!”

Eeeeeeeeeeeeeeh…. Diktator betul!

Nisrin angguk.

Luth menghembus nafas kasar. Azira.. Azira..Azira..! tak faham-faham!

“dia cakap apa kat awak?” suara Luth kembali perlahan.

“takde apa..”

“saya tanya elok-elok ni..”

Maaaaaaaaaa… terasa macam rentung kena bahang pakcik kat depan ni! huh!

“er.. dia.. er.. dia cakap dia sayang kat awak..”

Luth muka malas. “lagi?”

“tu je..”

“lagi!”

“err..dia nak saya tolong.. eh! Tapi..tapi.. saya memang nak tolong pun dari awal.. kalau dia tak suruh pun, saya nak tolong…”

“dia suruh buat apa?”

“errm.. err..”

“dia warn jangan dekat dengan saya?”

“eh! Taklah.. takdelah warn.. Azira tu orang dia baiiiiiiiiiiiiiik sangat..”

“saya kenal dia dari awak.. tak payah nak puji-puji..”

“err.. awak.. berbaik dengan dia eh?” Nisrin buat muka comel.

Luth kerut dahi. “awak ni kenapa?”

“kenapa apanya?”

“ingat saya ni robot ke! Main suruh-suruh pulak.. kalau awak tu yelah!”

“apa pulak saya yang kena! Saya pun bukan robot!”

“kalau dah awak ikut je cakap Azira tu, tak fikir tak hape, bukan robot ke macam tu?” Luth pandang sinis.

“saya cuma nak tolong! Untuk awak jugak!”

“tak payah susah-susah!”

“takkan awak taknak happy? Azira tu baik awak tau tak? Dia sayang dekat awak!”

“so what? Dia sayang saya, biarlah dia! tu hal dia.. saya tak!”

“mana boleh macam tu!”

“ish! Susah cakap dengan budak-budak ni!”

“saya bukan budak la! saya cuma nak awak tau, Azira tu baik. Awak balik lah dengan dia. sebab saya tahu awak akan happy.”

“mana awak tau? Awak ada pergi tilik nasib saya ke?”

“ada pulak! Syirik tau?”

“ha! Tau pun! Dah tu? Tak payah ambik tau hal orang. Azira tu, abaikan je. awak ni pun tak fikir, ada ke nak jauhkan diri.. siap menipu lagi.. ntah apa-apa!”

“hey! Awak patut berterima kasih dekat saya tau! Sebab saya berusaha nak baikkan awak dengan Azira!”

“oh.. macam ni ke caranya? Kira berhasil la ni?”

“huh! Malas cakap dengan awak! Tepilah!”

“awak ni… buat saya susah hati. Tau?”

“kenapa pulak awak nak susah hati?”

“konon bercinta dengan Iz la.. hape la..”

“kalau saya betul bercinta dengan dia pun, tu hal saya! Jangan sibuk! Tak payah ambik tau hal orang!” sedap Nisrin memulangkan kata-kata Luth. Huh! Padan muka!

Nisrin terus menolak badan Luth dengan bakul tadi. Laju dia berjalan ke arah bengkel dibelakang.

Luth yang tertinggal masih berdiri disitu. Haih! Geram betul aku budak nih! Azira pun satu. Cakap tak pakai otak!

27 comments:

Anonymous said...

uwa...
uncle long..tamo la mara2..
tamo la tengking2..
sakit tinge..
geget tinge tu nnti br tau..

Anonymous said...

hi,im new here....eeee...geram tul dgn uncle long!cakap jer la straight to d point sukakan nisrin....susah tul org tua ni..ego...tapi cemburu bukan main...thanks cucuratap, wonderful story...

cucuratap said...

heee~
cpt btol korg ni komen..

uncle Long tu mmg suke mara2..=p
hi org baru.. maybe youy can leave your name, nanti boleh letak dalam arkib. thx. =)

DianaTakyuddin said...

lek2 uncle long...jgn mare2 ok..hehe
klau ckp terus suke kt nisrin kn xde jd cmni..haha

pinat said...

waa uncle long ni..
jgn la garang2..tkot woo..
aishh...

noorhayaty85 said...

so sweet...cucuratap..bestnye...sambunglh lg....

Gurl said...

apele nisrin nie, wat projek x include c iz, mana uncle long tak hot,hehehe ape pun cite nie makin bagus ler,good job ler
x sabar n3 seterusnya,

aqilah said...

ala, jgn pisahkan luth dgn nisrin. tak mau la gaduh2. peace.................... cucu, nak lagi. best banget ni!

Hafia Hana said...

hha..ha..
kan dah kntoi menipu..
kn mak dh pesan jgn menipu kallau x pandai..
wawawa

Anonymous said...

hahaa.. garang btol uncle long nie!;p
tp still besh bangaaat! thanx cucuratap!;D

~haikadove

tzaraz said...

No comment! haha

nurhakim said...

hahaha
best tul lah n3 kli nie..
thnks cucuratap...
asal lah luth p mrah nisrin smpai cam 2??
cian nisrin...
lain kli xmo mrah2 kli ek luth..hihi
pas nie msti truk azira 2 kna mrah ngan luth..
luth tgh hot 2..huhu
jga2 lah azira.

Untold story said...

hoohohoho... org tua Luth sudah naik hangin.. adoi..!!

Untold story said...

hohoho.. Uncle Luth sudah naik marah.. Hadoi!! org tua kalu mara susah woo...

adek said...

haiyaaa..
manyak garang la uncle luth tu..
cuak gle kalo jd nisrin..

luth ni pn satu..
ngaku jela suke kt nisrin..

fezmia said...

luv it!!!nak lagi...sambung ye cepat-cepat...

Fatin Cullen. said...

huhuhuu.... napa larrhhh uncle long marah2 nisrin...cian nisrin... nnti...nisrin nangis bru tau..

misz nana said...

at last penipuan nisrin terbongkar gak..
hahaha.. tu la nisrin..
klu x pndai menipu, toksah nak cuba2 menipu..
next n3 plz.. hee..

atashinci said...

ala uncle long ...
jgn marah2....
wat merajuk ckit....
biar nisrin pujuk...
uncle long ni lmbtlh....
ckplh cpt.....
nnti terlepas.....
tpi ape2 pon ...nk uncle long n nisrin lak....

Anonymous said...

waa..besh..besh..iz cool tuh..padan la dgn nisrin..xmo la uncle long marah2..hehehe..('-')

Ai said...

adeh..
uncle long jgn lew mara2..
adehhh..

Unknown said...

nice n3..!! ske sgt!! evn uncle long mrh pom..aku phm nape die mrh..mst ah die bngang nisrin buat die g2..tp mst lg best kalu tgh2 die mrh 2, terkuor kate die ske nisrin..hehehehe...

si azira 2..jaga2 la ko..luth tgh pns ati 2..ciap la ko! luth..bg cukup2 kt azira 2..bnci btol aku kt azira..!

cucuratap..next n3 plez..hehehehe

Anonymous said...

da lame xpnjat sini..
da lame x on9 act..
skali panjat dpt bzce cite besh..lalala
gumbira sungguh hatiku
bile la uncle long nk btau dia ske nisrin nih
bile la watak azira tu nk blah
nyampah tahap asbestos da kat dia
n nisa pe cer?
bz spm ek smpai xde cite pape psal dia..hehe
niway gud job gurl
nk lagi!! ^_^

-che na-

ceritaku MEMORIKU said...

suke2.
dh ber 'awak saya' nampak.
sweet jerp.
suke2
agagagag.
smbung2
-na'dz

h0ney-sha~ said...

haha...best2 citer niyh..
feeling bace...(^o^)

Anonymous said...

apsal la lmbt tau psl blog nihh....

not bad la....hehhe...keep it up!!

Mr n Mrs H

ayyn said...

ala nisrin tu gedik saje je sebut azira. baca cite ni untuk nisa dengan iz je. nisrin geli euw

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio