♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, February 24, 2009

bidadara =27=

Nisrin sengih-sengih. Pusing kanan, sengih. Pusing kiri, sengih. Baring menelentang, sengih-sengih pandang siling. Ditariknya bantak peluk, ditutup mulut yang tersengih. Aiseh… angau huh Nisrin? Ni kalau Uncle Long tau ni, mau aku tanam kepala dalam pasir macam ostrich tu. Malu!!!!!!!!!!!!!!

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“kalau.. kalau Luth.. luahkan perasaan dia pada awak, awak akan terima dia?”
“tak..takkan..”

Kata-kata dia pada Azira. Sengih di bibir hilang. Riak risau. Macam mana sekarang ni? kalau aku terima Uncle Long, maknanya aku menipu Azira ke? khianat pada Azira ke? terlajak kereta boleh reverse.. terlajak kata..

Huh.. rambut yang berjurai diraup kebelakang. Dia keluar dari bilik. Duduk memeluk lutut diatas kerusi makan. Gelap. Senyap. Sunyi. Macam ni baru boleh berfikir.. tapi, panas la pulak dalam rumah. Disentuh belakang leher, peluh!

Dia mengagak masa sekarang ni. 12.30 kot.. tadi masuk bilik pukul 11.45. humph.. dia menapak keluar rumah. Eh! Tudung? Takpelah.. bukan ada orang pun tengah-tengah malam ni..

Grill pintu rumah ditolak perlahan. Dia duduk dibuaian bulat. Cahaya suram, kesan bias cahaya lampu jalan. Dia mendongak, bulan terlindung. Bintang pun tak ada. Kenapa suram sangat malam ni?

Nisrin menggosok lengan. Sejuk. Pyjama cottonnya tak menyumbangkan penebat haba langsung. Dia menyelak rambut kebelakang bahu. Tiba-tiba dia tersenyum.. ayah..

“Nisrin jangan potong rambut tau. Ayah suka tengok anak ayah rambut panjang.”
Nisrin mendongak melihat ayah yang menyikat rambutnya.“ye ke ayah suka?”
“yelah.. cantik.”
“haha. Rambut semua orang cantiklah..”
“nanti, bila Nisrin dah besar, dah kahwin.. ayah dah tak boleh sikat rambut Nisrin macam ni dah..”
“kenapa pulak? Takde orang yang nak manjakan Nisrin selain ayah.. mak manjakan Nisa..”
“satu hari nanti, akan ada seorang lelaki bertuah yang akan manjakan Nisrin. Jaga Nisrin.. sikat rambut Nisrin..”
“macam ayah?”
“lagi baik dari ayah. Lagi hensem dari ayah.”
“macam cerita dalam tv ke?”
“aah..”
“betul? Macam prince charming naik kuda tu?”
“haha. Dia tak naik kuda. Tapi, dia lagi hebat dari prince charming.”
“macam mana tu ayah?”
“dia takkan biarkan cinderellanya tertunggu-tunggu, sebab dia sentiasa ada bersama. Dia takkan biarkan snow whitenya hilang, sebab dia sentiasa pegang erat. Dia takkan biarkan sleeping beautynya lama terlena, sebab dia sentiasa melindungi.. dia ibarat bidadara..”
“untuk Nisrin pulak?”
“haha. Dia akan belai rambut anak ayah yang manja ni, pujuk anak ayah yang kuat merajuk ni, lap airmata anak ayah yang kuat nangis ni, peluk-cium anak ayah yang comel montel ni..” pantas ayah mencubit pipinya yang gebu ketika itu.
“ahhhhhh” Nisrin terjerit kuat.

Huhu. Dia terkenang ketika umurnya 12 tahun. Pada masa macam ni lah. Lewat malam, dia tak boleh tidur. Ayah membelai rambutnya di buaian ini. Bertemankan secawan susu. Ayah membelainya, sampai terlena.

Ayah, dah muncul ke lelaki macam tu untuk Nisrin? Ayah.. Nisrin nak ayah.. Nisrin nak ada orang belai Nisrin sekarang..

Dah lama, takde orang yang belai Nisrin. Temankan Nisrin tengah malam.. puji rambut Nisrin.. Nisrin pun dah lama tak merajuk, tak nangis. Nisrin sekarang dah tough, ayah mesti tak percaya kan? Sejak ayah masuk penjara sampai ayah meninggal, tak sekali pun Nisrin nangis, tak sekali pun Nisrin merajuk. Tak sekali pun Nisrin bermanja-manja dengan sesiapa, tak sekali pun ada orang belai rambut Nisrin. Peluk cium? Dari mak dan Nisa ada.. tapi tak sama macam ayah..

Cuma ada dua nama dihati dan fikirannya kini. Luth Zafran. Uncle Long. Manusia yang sama. Ayah.. salahkah kalau Nisrin suka dia? kejam tak kalau Nisrin kata Nisrin nak dia jadi bidadara Nisrin? Nisrin taknak buat jahat dengan Azira.. Nisrin taknak.. Azira baik.. tapi, Nisrin pun ada hati.. ah! Payahnya!

Bila teringat Uncle Long, dia terasa nak tersenyum. Petang tadi dekat tasik.. Uncle Long sangat sweet. Ayah.. dia pandai pujuk Nisrin, macam ayah. Hmm. Senyum lagi. Teringat masa dia nak mengutip kuntuman bunga yang tersusun diatas rumput tadi. Uncle Long tak kasi. Dia kata, biarkan kat situ. Dia kata lagi, memang bunga tu akan layu, susunan tu akan berterabur, but the meaning will last forever. Pandai kan dia ayah?

Dia mendongak pandang langit gelap. Aku macam orang gila je bercerita dengan orang yang dah tak ada. Habis tu? Pilihan apa yang aku ada? Aku cuma selesa bercerita dengan ayah.. dia menongkat dagu pada lutut. Langit dipandang lagi. Ayah.. boleh tak, Nisrin menangis? Ye.. Nisrin dah kalah masa ayah meninggal dulu. tapi sekarang, Nisrin nak nangis lagi. Boleh kan?

Matanya terasa panas. Perlahan-lahan, air bertakung dikelopak mata. Dan tak sampai sesaat, airmata mengalir.

Aku mintak banyak sangat ke?
Aku cuma nak kasih sayang..

Tangisan bertukar jadi esakan. Tersedu-sedu dia dibuaian itu. mukanya ditekup pada lutut yang dipeluk. Bila hati aku dah mula terpaut, ada aja yang buat aku kena lepaskan ia..


Tidak jauh dari situ….

Seorang lelaki duduk senyap didalam kereta. Bertemankan lampu kuning didalam keretanya, dia memandang susuk seorang perempuan keluar dari rumah itu. dia tau, itu Nisrin, walaupun dengan pyjama dan tanpa hijab.

Dia tidak menjangka akan kehadiran perempuan itu disitu. Dia cuma berharap dapat melihat rumah itu dari jauh. Bak kata orang dulu-dulu, tak dapat tengok orang, tengok atap rumah pun jadilah. Heh.

Lama dia tengok perempuan itu termenung. Kadang-kadang tersenyum, kadang-kadang monyok. Nampak comel dia memeluk lutut sambil pandang langit. Hairan pun ada, bukan ada bulan atau bintang. Apa yang dia tengah fikirkan? Nampak macam berat sangat. Tubuhnya kecil, tapi apa yang ditanggung sangat besar. Sekali imbas, dia macam seorang perempuan biasa. Tapi sayang, perempuan sebaik itu, semanis itu, tak pernah rasa zaman remaja yang seronok. Hang-out dengan kawan, atau main cinta monyet, sekali pun tak pernah. Dia sangat suci..

Tiba-tiba dia melihat gadis itu menyembamkan muka. Bahunya terhenjut-henjut. Tangannya reflex menarik handle pintu kereta.

“shhhh..”

Nisrin terkejut. Cuak. Muka segera diangkat dari lutut. Tengah-tengah malam.. suara siapa pulak tadi?

Nisrin terkesima. Tersenyap, tak terkata apa. Direnung dalam lelaki yang melutut dihadapannya.

Lelaki itu cepat mengangkat bawah t-shirtnya ke atas. Mengelap airmata Nisrin dengan perlahan-lahan, penuh hati-hati.

“saya takde tisu. Tapi saya akan lap airmata Nisrin, sedaya saya, sampai bila-bila.”

“Luth..”

“bukan, Uncle Long.” Senyum.

Nisrin menyelak rambut yang menutupi mukanya kebelakang. Dia?

“kenapa tak pakai tudung..”

Baru Nisrin tersedar. “err.. ingat takde orang..”

“nasib baik depan saya..” Luth senyum lagi.

Nisrin mengesat saki-baki airmata dengan belakang tangan.

“Nisrin masuk dulu?”

Luth cuma mengangguk. Matanya menghantar Nisrin masuk kerumah.

Nisrin menyandar dibelakang pintu rumah selepas dikunci.

“ayah, ada orang yang mau lapkan airmata Nisrin…”

*****************************************

Pagi itu, Nisrin muram sahaja didalam kedai. Kepalanya direhatkan atas meja. Berfikir..

Uncle Long…
Malam tadi, dia lapkan airmata aku..
Malam tadi, tak seinci pun dia sentuh aku…
Malam tadi, tak sekali pun dia bertanya kenapa…
Malam tadi, dia kata nak lapkan airmata aku sampai bila-bila..
Dan malam tadi, dia ada bersama dengan aku….

Dia ke bidadara tu?

Dia mengangkat kepala. ya.. dia bidadara untuk aku,bukan untuk Azira. Dia nekad.

Tapi… macam mana nak bagitau? Aaaaaa… lemah..lemah..

*****************************************

Dia berjalan mundar-mandir. Pukul 5.30 pagi lagi dia dah bangun. Cuak seh! Hati berdebar-debar. Jantung dah berdegup tak ikut rentak. Cepatlah pukul 8.00… bila Uncle Long nak sampai ni..

Sebenarnya, sejak petang semalam hati dia dah tak tenang. Tulah, mulut ringan sangat ajak Uncle Long breakfast kat sini. Sekarang? Kan dah cuak!

“assalamualaikum..”

Buk! Bunyi jantung gugur ke lantai. Dia dah sampai..

“err.. waalaikumsalam.. meh la masuk..”

Luth dengan muka ceria membuka kasut dan masuk kedalam. Walau dalam hati macam dah buat peraduan meneka. Kenapala ajak aku breakfast tiba-tiba..

“makcik dengan Nisa mana?”

“mak dah keluar dah.. dia kena pergi beli sirih, jadi keluar awal sikit. Nisa ada dalam bilik kot..”

“oh.. hmm.. kenapa tiba-tiba?”

“hmm?” Nisrin angkat kening. Muka tak paham.

“breakfast?”

“err.. saje!” Nisrin buat muka manis. Janganlah tanya pakcik oi.. debar dah ni..

“yeke saje? Ke.. ada nak apa-apa ni..” bibir Luth dah tarik sengih.

“manede. Main tuduh-tuduh pulak..”

“haha. Ok..ok.. janganlah merajuk..”

“siapa merajuk?”

“saya tak bawak bunga harini nak pujuk..”

“siapa mintak pujuk..?”

“haha. Yela..yela..”

“err.. saya pergi dapur, ambik air dengan makanan ye?”

Luth dah bangun. “saya tolong?”

“eh..!! tak payah! Tak payah! Awak duduk diam-diam kat kerusi makan tu.”

Luth dah kerut dahi. Dia nak bubuh racun ke hape? Takkanlah.. heh.

Nisrin berkira-kira untuk keluar atau tak. Kaki oh kaki, nak kedepan ke tak ar? Dush!! Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Nisrin.. keluar jela, ada ke tanya kaki?

Tangannya menatang dulang berisi nasi lemak, roti bakar dan segelas Nescafe. Bismillahirrahmanirrahim…

Luth memandang gadis yang keluar dari dapur itu. pucat! Apasal ni?

Nisrin meletakkan dulang betul-betul dihadapan Luth. Cepat dia pusing belakang.

“eh.. nak pergi mana?”

“errrr.. arrr.. ada kerja..”

Ek? Luth bertambah pelik. Ajak aku pastu suruh makan sorang-sorang. Baik makan roti canai kat mapley kan? Dia menunduk memandang hidangan dalam dulang.. eh..



ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Nisrin dah mula buka langkah. Bukan langkah silat, langkah nak ke dapur la..

Pap! Kejap tangan Luth memegang atas lengan baju kurung Nisrin.

“Nisrin?”

Senyap. Buat kayu.

“are you.. telling me something?” Luth dah seyum sumbing.

Ish! Dah faham tu janganlah tanya! Buat orang segan je la dia ni! muka still pandang arah dapur.

“pandang sini..”

“taknak la Uncle Long..”

“pandang sini la..”

Nisrin kalih badan hadap Luth. Tapi muka pandang tepi. Segan arr!

“saya huduh sangat ke pagi ni awak taknak pandang…”

“lepaslah..”suara perlahan.

Luth sengih. Pegangan yang kejap dilepaskan.

Nisrin pandang Luth. Satu saat.. dua saat.. mata pandang mata.. 4 saat.. kalah! Kepala tunduk bawah.

“hehe.” Luth gelak perlahan. Nisrin.. Nisrin..

“buatkan saya air lain.. boleh?”

“kenapa? Tak sedap?”

“sayang nak minum..”

Nisrin tersenyum jugak akhirnya. Ada ke sayang?

“alah.. minum jela.. membazir..”

“siapa suruh tulis atas air?”

“dah tu je saya terfikir..”

“kenapa taknak cakap?”

“segan..” pipi aku dah panas…

“kalau saya minum, love ni akan hilang laa..”

“habis tu, kalau tak minum, buang.. kan lagi sayang?”

“kalau.. tulis kat tempat lain boleh?”

“dekat mana?”

Luth tunjuk dadanya.

Nisrin tersenyum. “awak mana ada hati.. hati awak kat saya.. remember?”

Luth terus tersenyum lebar. Nescafe itu diminum sedikit. Uhh.. air Nescafe tersedap didunia! Over lah kau ni Luth.. heh.

Nisa yang dari tadi mengendap disebalik pintu dibilik menekup mulut. Halahai.. Hindustan betul diorang ni! dia rasa nak gelak terguling kat lantai..

Saturday, February 21, 2009

bidadara =26=

Di JB..

Zahirul Haq memandang skrin computer itu dengan serius. Dahi dah berkerut-kerut. Lukisan autocad itu dah ditenung taktau dah kali keberapa. Apa yang tak kena ye dengan drawing ni? huh.. pening, letih!

Tiba-tiba handphone nya galak berbunyi. Ah! Aku takde masa la nak angkat! Mode silent diset.

Di Damansara..

Luth dah rasa nak hentak handphone nya ke lantai. Kalau flush dalam toilet pon ok jugak kot. Angkat laa!!!!!
Nombor Haq didailnya sekali lagi. Ni kalau tak angkat jugak, memang aku redah je highway turun JB.

Zrrrr… zrrr…. Handphone Haq bergerak-gerak diatas meja. Haih! Siapa yang telefon aku galak sangat ni? huh! Dia mengalah. Pandangan mata dialih pada skrin handphone. Ek? Pantas handphone itu di flip ke atas.

“hello?”

“woi!!! Lain kali kalau taknak angkat, jangan guna handphone!”

“haha. Lek arr.. hangin je.. busy arr.. kan time office ni?”

“busy otak kau la. aku tengah serabut ni.”

“hahaha. Lek arr.. dengan adik sendiri pun nak sembur ke?”

“huh! Aku nak mintak tolong ni.”

“hurm. Agak dah.. kalau tak, takde kau nak call aku.”

“jangan la nak perli-perli pulak..”

“haha. So bro, kau nak apa ni?”

“macam mana nak pujuk perempuan?”

Uhuk!uhuk!uhuk! tersedak-sedak Haq mendengar. Badannya yang tersandar segera ditegakkan. Drawing autocad di skrin computer di minimize.

“kau apa kes ni weh? Tak pernah-pernah..”

“halah.. jangan la banyak tanya.. jawab jelah..”

“Azira merajuk ke hape?”

“bukan Azira lah..”

“woo..woo..woo… kau bercinta dengan siapa ni?”

“dengan anak orang laa..”

“memang la mangkuk. Takkan kau nak bawak anak orang utan pulak jadi menantu ayah..”

“kau ni nak tolong ke tak ni?”

“haha. Cool laa.. kau ni.. lawak ar.”

“lawak tak lawak! Kau kan gentle sikit kan? Takkan kedekut ilmu kot!”

“hey.. siapa yang pernah bercinta sekarang ni? kau ke, aku?”

“yelah.. tapi kau kan bijak sikit pasal bab ni.. aku kan kayu.”

“hahaha. Hurm.. try kasi bunga? Perempuan kan suka..”

“dia florist seh. Boring dah tengok bunga hari-hari..”

“florist? So sweeeeeeeeeet… my kakak ipar..”

“jangan buat main la Haq! Kakak ipar kemende.. bercinta pun tak..”

“hahahahahah. First time kau kalut gila macam ni! haha. Hurm, search internet laa.. aku pun taktau nak tolong..”

“dah.. tak jumpa..”

“hah??????????????? Serius kau search internet??????????? Fuh! Gila bersungguh..”

“dah tu? Masuk harini dah 2 hari dia mogok taknak cakap kau tau?”

“ow yeah? Story la sikit..”

“dia marah aku mengamuk kat Azira. Minah tu pun satu, tak paham bahasa.. boleh pulak dia pergi mengadu kat budak nih.. dia apa lagi, langsung taknak cakap dengan aku. huh.”

“kau cakap tak kau suka dia?”

“dah.. tapi takdelah straight..”

“kau berkias arr ni? hurm..”

“serius Haq. Aku taktau nak handle..”

“macam ni. hmm.. nanti aku tanya kat Rai dengan Aree. Serahkan pada yang pakar.. haha.”

“hurm. Ok. Cepat sikit tau Haq!”

“yelah..yelah.. kau kalau tak jadi gak ngan perempuan ni, memang aku campak masuk sungai.”

“susah nak kata arr..”

“kau tu jangan la temper sangat..”

“aku kan memang macam ni?”

“haih.. kalau kau macam ni, memang tak merasa ar aku dapat kakak ipar sampai tua..”

“kau jangan doa macam tu pulak Haq..”

“haha. Ok ar. Aku banyak hal ni. nanti kalau aku dapat caranya, aku call kau. Ok?”

“ok. Thanks.”

“anyway… siapa nama dia?”

“perempuan kecik comel..”

“angau!”

***************************************************

Luth menyisip sedikit cappuccino nya. Tangan dah mengurut-urut dahi. Haih.. payah..payah..

“alaa Abang Luth, buat je! gerenti berhasil punyalah!” Aree meyakinkan.

“heeee.. cheesy gila la benda ni..”

“apa pulak, Arel propose Aree dulu lagi cheesy tau!” Rai menambah.

“itu propose! Ni nak pujuk je..”

“alah.. sama jela..”

“ntah Abang Luth ni.. ni kira cara paling bernas la ni.”

“hmm.. haih.. susah laa..”

“apa yang susahnya.. tunang Rai dulu-dulu, kayu jugak.. tapi lepas tu, ok jek.. tak payah la segan-segan!”

“takde cadangan lain ke? korang ni.. bagi cadangan macam hape je..”

Huh! Aree tarik nafas. “Abang Luth, kitorang perah otak 24 jam sehari semalam tau nak carik idea ni.. bukan main tangkap muat..”

“boleh jalan ke ni?”

“kitorang kan perempuan, kitorang tau la..” Rai mengangkat kening.

Luth masih berfikir. Nak buat ke.. tak nak? Haih! Memang hayat aku tak pernah buat benda macam ni!

“so? Amacam?” Aree tersengih-sengih.

“kena buat jugak la kot..”

“yes!!!!!” bergema kuat gabungan suara Rai dan Aree didalam cafĂ© itu.

***********************************

Nisrin menapak ke luar kedai. Ada seorang customer lelaki sedang membelek-belek bunga hidup didalam baldi.

“ye encik? Boleh saya bantu?”

Lelaki itu kalih kebelakang, menghadap Nisrin.

Hah! Uncle Long!

“err.. saya nak dalam 50 kuntum bunga.. awak tolong la pilih..”

Nisrin tercengang. Buat selamba badak tak kenal aku!

“erm.. encik nak bunga apa? Warna apa?”

“saya nak.. rose dengan carnation. Warna nak campur-campur.”

“oh.. ok.. wrap sekali?”

“err.. tak payahla. Dah lambat. Nanti tak sempat pulak. Tolong bungkus cepat-cepat ye?” Luth memberi arahan sambil menghadap PDA HTCnya.

Nisrin masuk semula kedalam kedai dengan berjuta persoalan.

Dia nak bagi siapa?
Kenapa nak cepat-cepat pulak..
Sampai 50 kuntum?
Rose dengan carnation pulak tu..

Dah la buat tak kenal.. huh! Nasib baik tengah mode ‘silent’ dengan Uncle Long, kalau tak mesti ringan je mulut nak bertanya.

“encik, ni bunganya.” Nisrin menyerahkan bunkusan surat khabar itu pada Luth.

Luth selamba mengambil bungkusan itu. duit dari dalam wallet ditarik keluar. Muka tak senyum langsung! “keep the change.”

Dan dia terus meluru keluar. Apa jenis perangai ni? Nisrin ditinggalkan terpinga-pinga.

“Akak!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisa menyergahnya dari belakang.

“eh! Ketuk karang baru tau! Nak apa?”

“apsal muka cam tapir tak makan seminggu je nih..”

“apapejela.”

“akak! Jom pergi tasik!”

“banyak kerja la.” Nisrin langsung mengalih perhatian pada gulungan riben dihadapannya.

“alah..alah.. jomlah.. Nisa dah bagitau mak, mak kata ok. Jom arr..”

“eeh.. dah la jarang datang kedai mak, sekali datang nak lesap je..”

“alah akak.. pleaaaaaaaaaaaaaaaaaaaase….”

“nak buat apa? Takde mood laa.”

“Nisa mimpi hujan bunga turun dekat tasik!”

“eeh! Tak logic langsung!”

“jomla..jomla…jomla…jomla..” Nisa dah merengek-rengek.

“humph. Jomlah.”

“yeay! Mak!!!!!!!!!!!!!!!!! Kitorang pergi dulu!” Nisa pantas menarik lengan Nisrin keluar.

Apa-apa jelah adik aku nih!

********************************************

“kata nak jalan tasik?” Nisrin bertanya pelik. Mereka dah melepasi tasik. Sekarang berada ditempat rekreasi. Kawasan tanah lapang, dan ada juga kawasan berbukit hijau.

“kita naik atas tu?” Nisa menghalakan jari telunjuk pada satu bukit kecil. Terdapat pokok rendang diatasnya. Rumput hijau memenuhi bukit kecil itu.

“penatlah. Takmau.”

“ish!” Nisa buat tak peduli. Tangan kakaknya ditarik jugak.

Heeee… daki-daki bukit pulak.. ingat jungle trekking ke? Nisrin dah mengeluh dalam hati.

Sampai diatas, tangannya yang ditarik tadi dilepaskan. “bye akak!”.cepat-cepat Nisa menghilangkan diri.

Hah??????????? Nisrin pantas kalih kebelakang, ke arah Nisa berlari meninggalkannya. Kenapa tinggalkan aku tercangak-cangak kat sini?

Dia kalih semula muka kedepan. Rumput hijau dikaki ditenung.



Flower Text - ImageChef.com

sorry nisrin =(

Dia tersenyum. Sikit..sikit.. dan makin lebar.. kemudian tergelak kecil.

Uncle Long.. comel betul!

Dia mencangkung. Bunga-bunga itu disentuh. Heeeeee…. Suka..

“ehem!” bunyi berdehem dari depan.

Nisrin mengangkat muka. Senyuman dilemparkan.

Luth membalas senyuman. Dia turut sama mencangkung, menadah dagu dengan lutut berhadapan dengan Nisrin.

“suka?”

Nisrin angguk.

“I’m sorry….”

“hehe. Ok.. you’re forgiven. Tapi lain kali, takmo buat lagi.”

Luth tergamam. “serius?”

Nisrin senyum lagi. Angguk.

“saya cuak awak taknak cakap dengan saya.. lain kali kalau merajuk, buat cara lain la.”

“siapa merajuk? Saya marah!”

“heleh.. yela..yela..”

“awak tak baik buat Azira macam tu.. sebab tu saya marah..”

“tak sengaja. Sorry. But, kenapa awak marah sangat,bukan awak yang kena marah..”

“saya kesian dengan Azira..”

“you’re so nice..”

Nisrin terus bersila diatas rumput. Susunan bunga itu disentuh satu-satu.

“saya boleh rasa apa yang dia rasa.. saya kan perempuan jugak..”

“tapi, tak patut macam tu. Perasaan orang awak ambil berat, perasaan awak?”

“kenapa dengan perasaan saya?”

“you miss me right?”

“perasan gila!” Nisrin membaling satu kuntum bunga kearah Luth.

“hehe. Janganlah.. nanti rosak la susunan tu.. tak nampak word dah..”

“kenapa susah-susah buat macam ni?”

“nak pujuk awak la.”

“kenapa nak pujuk saya?”

“sebab.. awak penting.”

“kenapa saya penting?”

“sebab…….. hati saya dekat awak, remember?”

“kenapa hati awak ada dekat saya?”

“sebab saya sayang awak. Because I’m in love with you.”

Dan betullah kata Nisa, hujan bunga bercucuran, bukan dekat tasik, tapi dekat hati aku sekarang. Heeeeeeeeeee~

Thursday, February 19, 2009

bidadara =25=

“abang Iz.. kita nak pegi mana ni.. nak dekat maghrib dah..”

“jalan-jalan laa..”

“tau laa.. tapi nak tuju ke mana?”

“mana-mana laa..”

Huh? Aku rasa aku yang bermasalah.. tapi gaya sekarang, macam si Abang Iz pulak yang lebih-lebih masalahnya.. last-last, Abang Iz berhenti dekat satu bus stop dan duduk di situ.

“apa pandang, meh sini. Duduk.” Iz mengajak.

Nisrin duduk disebelah. Iz duduk memeluk lutut, menyandar pada papan iklan dibelakangnya. Kedua-dua mereka mengadap kereta yang lalu-lalang dan bangunan mati kaku dihadapan mereka.

“tengok atas bangunan tu..” Iz memuncungkan mulut.

Billboard iklan Coke sebesar alam diatas bangunan itu ditenung. “ada apa?”

“tunggu la kejap..”

Mereka berdua senyap. Nak tunggu apa? Tengok billboard Coke tu sampai tembus?

Tiba-tiba Iz senyum. “tu.. dah nampak dah..”

Nisrin pantas mendongak. Cahaya lengkung berwarna oren kemerahan elok turun perlahan-lahan dibelakang papan iklan Coke yang berwarna merah darah itu. heeee.. sunset… cantik.. dia pun turut senyum. menanti cahaya itu turun sampai habis disebalik papan iklan.

Iz asyik merenung orang disebelah. She’s so sweet.. tapi sayang, dia bukan untuk aku.. walaupun aku untuk dia..

“halah.. habis dah..”

Iz tersedar. “cantik kan? Calm je.”

“haah.” Nisrin angguk.

“dah la. jom.”

“pegi mana pulak?”

“sembahyang la kakak..”

“oh. heh. Jom.”

“sembahyang ke tak ni?”

“sebok!”

Iz tarik sengih.

“apa sengih? Ingat hensem ke?”

“ohhh.. Nisrin tak..”

“jalan cepatlah!”

“haha..”

********************************

Daripada tadi, Nisrin asik memusing-musingkan straw didalam gelas teh aisnya. Kalau la straw plastic warna biru tu boleh larut, dah lama dah larut sekali dalam teh tu.

Nisrin dan Iz keluar dinner bersama selepas maghrib tadi. Awal-awal lagi Iz dah call mak mintak izin. Hurm, baik betul.

“berapa lama nak kacau teh tu?”

“huh?” Nisrin tersedar. Aiseh.. silap time layan jiwa..

“come. Spill it out.”

“nothing.”

“no. there’s something.”

“takde apelah.. small matter je.”

“I’m a good listener anyway.”

“gila angkat bakul..”

Haha. Iz sengih. Tengah ada masalah pun nak buat lawak jugak budak ni..
“kenapa ni…”

Nisrin merenung orang dihadapannya. Halahai.. lemah betul la dengan ayat caring macam tu. Kalau dulu, ayah je yang keluarkan ayat macam gitu.

“nak kena cakap ke?”

“yelah.”

“Uncle Long.. eh! Luth..”

Hmmph. “dah agak.”

“apa dia?”

“expected.”

“Abang Iz ada sixth sense ke? ke psikik power?”

“eh.. ni keturunan Abdul Rahman Limbong ni..”

“eeh. Blah la..”

“hmm. Takpe. He’s on his way.”

“siapa?”

“Luth. I called him.”

“tapi Nisrin taknak jumpa dia!”

Grrrrr… tiba-tiba terdengar kerusi plastic disebelahnya ditarik. Ah sudah!

“assalamualaikum.” Luth bersalam dengan Iz.

Nisrin senyap. Kaku. Masam. Muncung.

“hai Nisrin..” Luth ramah tamah menegur.

Benci betul. Sedap tengking anak orang, pastu sergah ex sendiri, lepas tu boleh elok je ber’hai-hai’ dekat kita..

“Nisrin?” Luth menegur lagi.

Huh. Nisrin mendengus. “Abang Iz, cakap dengan orang yang cakap dengan Nisrin tu, Nisrin taknak cakap dengan dia.” selamba dia menyedut teh ais.

Iz kerut dahi. Aik? Kan dekat sebelah dia je si Luth tu?

“apa pulak ni..” Iz konfius..

“sampaikan jelah..” sinis suara Nisrin.

“Luth, dia cakap, dia taknak cakap dengan kau.” Macam bodoh jugak rasa jadi posmen orang yang duduk sebelah-menyebelah ni.. apa-apa jela..

“Iz, tanya dia, kenapa dia marah sangat-sangat kat aku?”

“Nisrin, Luth tanya, kenapa Nisrin marah sangat-sangat dekat dia?”

“Abang Iz cakap dekat dia, ingat sergah anak orang dekat ofis sampai menangis-nangis tak berhenti tu elok sangat ke? lepas tu, sukati dia boleh cakap cintakan orang, senang-senang macam tu ke? apa dia takde hati perut ke?”

“Luth, Nisrin kata.. haih! Penat la aku macam ni! korang setel sendiri ar. Apa main pass-pass ni?” Iz kerut muka. Sikit punya panjang Nisrin buat ayat, aku nak kena ulang balik? Takde kerja..

Hmmph. Taknak cakap dengan kita ye? Luth terus menyeluk poket kemejanya. Notebook kecil dan pen ditarik. Tap! Kuat dia menghentak buntut pen diatas meja. Protes.. protes..



Notebook itu diseret kesebelah. Nisrin memandang tanpa pegang. Eehh.. buruknya tulisan.
Pen disebelah diambil kasar. helaian baru diselak.


Tap! Buntut pen dihentak kembali. Notebook itu diseret pula pada Luth.

Iz yang menyaksikan aksi passing me-massing notebook tu dah nak tergelak. Apa punya fesyen daa..

Serius sahaja muka Luth membaca. Giliran dia pula untuk membalas.







Ahhh!!! Tergamam Nisrin membaca notebook itu.

Friday, February 13, 2009

bidadara =24=

“Azira!!!” Luth dah mengamuk. Dahi berkerut, pipi merah, telinga merah. Marah betul!

Azira tercengang. Sikit lagi nak tergolek jatuh kerusi. Dia senyum.

“eh.. Luth.. jarang you nak datang office I.. ada apa ni?”

“Azira! Buat apa you pergi jumpa Nisrin? Ha? You tu siapa nak warn-warn orang?”

Gulp! “err.. dia cerita dekat you?”

“I tak bodoh ok?”

“habis tu?”

“dia asik elakkan diri la! macam apa yang you suruh dia buat, kan?”

“Luth… I…I…”

Humph! Luth mendengus kuat. Haih! Aku hangin betul laa dengan perempuan ni..
“you ni kenapa? Dah tak faham-faham! I dah cakap baik-baik kan, I dah taknak! apa susah sangat you nak faham!”

Azira dah kecut. Walaupun Luth memang panas baran, dan dia selalu kena marah, tapi rasa-rasanya ni lah yang paling teruk dia kena!

“Luth.. you kan tahu.. I sayang dekat you.. sebab tu I buat macam ni.. I cuma mintak tolong Nisrin.. apa yang you nak marah sangat?” Azira bersuara manja.

“apa dia???? apa yang I nak marah sangat??”

“yelah.. apa masalahnya? Kalau you dengan dia tak rapat sangat pon.. biarlah.”

“you ni Azira, cuba fikir pakai otak sikit..”

“Luth! You faham tak perasaan I ni?”

“Azira, lagi sekali I cakap. Kita dah tak ada apa-apa. Cubalah faham, kali ni je. it’s over.”

Azira dah terduduk. Menangis.

“Luth.. apa salah I ni.. buruk sangat ke perangai I ni? hodoh sangat ke rupa I ni?”

“cuba faham Azira.. kita bukan budak-budak lagi.. we’re almost 30.. benda macam ni bukan boleh paksa-paksa..”

“kenapa baru sekarang you nak bersemuka, cakap depan-depan dengan I? selama ni kan you pakai angkat handphone you je? ha? Sebab Nisrin?”

“Nisrin takde kena mengena dengan kita lah Azira..”

“kalau I tak pergi jumpa dia, you nak cakap dengan I? kalau I tak mintak dia jauhkan diri, you nak datang sini?”

“apa Nisrin pulak yang timbul ni!”

“sebab I rasa dia lah penyebab you taknak teruskan hubungan dengan I! kan Luth?”

“dia tak salah apa-apa!”

“jangan defend dia Luth! Makin sakit hati I rasa!”

“habis tu? You yang bangkitkan hal ni! I dah kata, Nisrin tak ada kena mengena. Ni pasal kita! I yang dah tak nak teruskan!”

“kenapa?”

“sebab I dah tak ada perasaan dengan you.. I tak nak mainkan hati orang.. hati you especially.. you orang paling dekat dengan I dulu.. we used to be a good friends..”

“dan kenapa pulak you nak defend Nisrin?”

“because I love her.”

*****************************************

“assalamualaikum.. Nisrin ada?” Azira bertanya perlahan.

“waalaikumsalam.. sekejap ye.” Ija berlalu ke belakang.

Wajah Nisrin muncul. Terkejut. Azira? Ada apa lagi?

“Nisrin…” lemah suara Azira. Dia terus rebah, menangis atas bahu Nisrin. Airmata hangat meleleh tak berhenti.

Ya Allah.. apa pulak ni? Nisrin bertanya sendiri. Dia terpaku, tak tahu nak buat apa. Nak dipujuk, dia tak reti. Nak bertanya, dia tak tahu apa yang berlaku..

“Azira.. tenang ok.. awak kenapa ni?” tersekat-sekat suara Nisrin bertanya. Tubuh badan Azira yang tinggi rasa melekap dibadannya.

“Luth.. Luth.. saya dah hilang dia…”

“shh..shh.. rileks ok.. takde apa tu.. awak akan dapat dia balik..”

“ta..tak.. di..dia.. betul.. betul.. tinggalkan saya.. dia tinggalkan saya Nisrin..” airmata makin galak keluar. Esakan makin kuat.

“err.. Azira.. kita ke belakang eh? Kita duduk sana..” Nisrin membawa Azira duduk di belakang. Di sudut itu ada sofa kecil untuk 2 orang. Baik-baik dia dudukkan Azira. Hati dah gelisah.. apa lah yang Luth kata pada Azira.. teruk macam ni dia buat dekat anak orang.. Luth ni, marah suka hati je!

“Azira.. awak tenang ye.. kalau awak nak cerita apa-apa.. saya ada dekat sini..”

Azira mengenggam tangan Nisrin. Airmatanya diseka sedikit.
“saya dah agak.. dia cintakan awak..”

Nisrin terdiam sebentar. “apa??”

“dia cakap pada saya.. dia cintakan awak..”

“oh… no..no..no..no.. tak..takkan..”

“ya… dia mengaku depan saya.. dia cintakan awak.. bukan saya..”

“takkan lah Azira.. dia saja gertak awak je tu..”

“betul! Dia cakap, dia cintakan awak!”

“Azira.. dia kan tengah marah tu.. mungkin dia tak fikir apa yang dia cakap..”

“tapi… saya rasa dia betul cintakan awak..”

“manedelah.. tak.. jangan risau..”

“tapi..”

“dah.. jangan fikir..”

“Nisrin..”

“ye saya..”

“saya betul sayang dia.. awak perempuan, mesti awak pun faham kan?”

Nisrin diam. Angguk.

“awak mesti tahu.. apa rasanya bila orang yang kita sayang, tak mahu kita.. kan?”

Angguk lagi.

“sakit sangat Nisrin.. sakit sangat-sangat…”

“ye.. saya faham..”

“saya.. saya.. ah! Saya tak tahu nak buat apa sekarang nih..”

“Azira bersabar ya.. nanti saya cuba cakap dengan Luth..”

“jangan! Jangan cakap apa-apa pada dia.. saya cuma datang mengadu.. saya tahu, hati dia bukan ada pada saya lagi.. entah-entah tak pernah ada pun..”

“ish.. tak baik cakap macam tu..”

“itulah hakikatnya Nisrin.. saya kena terima..”

“saya tak tahu macam mana hubungan Azira dengan dia dulu.. tapi saya percaya, dia sayang dekat Azira..”

“yeke?”

“hmm.hmm.” Nisrin angguk lagi.

“Nisrin ada perasaan pada Luth? Maaflah kalau saya tanya ni terlebih-lebih..”

“aish.. dia cuma kawan saya.”

“kalau.. kalau Luth.. luahkan perasaan dia pada awak, awak akan terima dia?”

Nisrin pandang jauh keluar kedai, “tak..takkan..”

*******************************************

Nisrin terduduk di depan kedai. Pintu sudah ditutup. Kak Yan dengan Ija pun dah balik. Nisa mesti tengah bergembira dengan mak dekat rumah.. yelah, dia dah merdeka dah tengahari tadi.

Nisrin masih disitu. Tak mahu balik. Sekelilingnya sunyi. Tempat macam ni lah, baru senang nak berfikir. Dia duduk memeluk lutut. Tangannya bermain-main dengan hujung kain yang dipakai.
Azira.. kenapa dia suka buat aku macam ni? suka buat aku rasa bersalah.. rasa tersepit. Luth pulak… ah! Rindunya nak panggil Uncle Long.. kena tarik tudung dengan Uncle Long.. kena sakat dengan Uncle Long.. pergi tasik dengan Uncle Long.. bercerita dengan Uncle Long.. huh.. Uncle Long..

“Nisrin?”

Nisrin pantas mendongak. Matanya disapu sedikit. Siapa?

Iz masih diatas motornya. Helmet dibuka. Rambutnya dirapikan dengan jari.

“tak balik lagi?”

“oh.. tak.. lepak kejap..”

“lepak? Depan kedai tutup? Takde lampu.. takde orang..”

“ok lah tu. Aman sikit.” Nisrin senyum.

“jom.”

“pergi mana?”

“Abang Iz ajar cara lepak yang betul..”

“eh.. takpe-takpe..”

“jomlah.. Nisrin nampak teruk..”

“Nisrin pakai baju kurung..”

“kita bukan nak masuk pub..”

“macam mana nak naik motor?”

“siapa kata kita naik motor.. jom!”

“habis tu?”

“jalan kaki!”

“kita nak buat apa?”

“Abang Iz nak dengar Nisrin cerita.. Nisrin whining..”

Nisrin tersenyum. Ada je idea dia nak korek cerita..

Sunday, February 8, 2009

bidadara =23=

Luth memandang kosong kedepan. Tak ada apa pun di hadapannya melainkan tanah merah-coklat, jentera pelbagai rupa bentuk, serta pekerja warga asing yang sibuk membuat itu ini. Badannya disandarkan pada sisi Rexton. Kenapa dengan Nisrin akhir-akhir ni? nampak lain sangat.

Macam hari tu, dia telefon di kedai..
Sorry Luth, kerja banyak sangat. Nak akhir tahun ni ramai orang nak kahwin..

Dan bila telefon dirumah masa hujung minggu pulak..
Sorry Luth, hujung minggu tak boleh keluar. Kena teman Nisa, sekarang dia tengah sibuk spm..

Okey. Dua alasan tu kira kukuh la kot. Tapi semalam bila pergi kedai..
Luth, saya kena pergi pasar ni. pergi dulu!

Tak kena langsung! Pergi pasar menda pukul 6 petang?

Yang pasti, dia tahu Nisrin tengah menipu. Nisrin nak jauhkan diri agaknya. Rasa-rasanya, takde pulak dia buat apa-apa yang menyakitkan hati. Bahang temper nya pun dah lama tak keluar. Mungkin Iz tak suka kot.. biasalah boyfriend.. tapi takkan kawan pun tak boleh? Lagipun siapa jumpa Nisrin dulu? siapa yang berkawan dengan Nisrin dulu? ahhh! Rumit betul nak berkawan dengan girlfriend orang ni.. yang aku pun satu, banyak fikir sangat kenapa.. sedar sikit Luth, awek orang tu.

Pap! Bahunya ditepuk.

“Luth, aku rasa bulldozer tu takdelah menarik sangat kot sampai kena tenung macam tu sekali..” Iz tergelak kecil.

Heh. Luth tarik senyum sikit. Jadilah tu.

“apasal? Labour masalah ke?”

“takdelah. Semua ok.. rajin turun site?”

“saje.. boring duduk office.” Iz senyum lagi.

“tak pergi kedai bunga ke?” Luth sekadar memancing.

“nak buat apa?” Iz kerut dahi. Ada nampak gaya mat bunga ke aku ni?

“Impiana Florist I mean..”

Iz tergelak. “oh.. kedai Nisrin? Lama dah tak pergi.. sibuk sikit last week..”

“eh?”

“kenapa? Nisrin ada cakap rindu kat aku ke? Haha.”

“habis tu? Kau hantar handphone tu pakai pos ke?”

“handphone apa?” Iz makin pelik.

“yang kau call Nisrin haritu tu..”

“aku call Nisrin? Nombor handphone dia pun aku tak tahu! Nak kena Nisrin ni.. beli handphone bukan nak bagitau..”

“eh?????????????” Luth dah kerut muka. Apa ni??

Iz pulak makin pelik tengok muka Luth. “apasal?”

“Kak Yan kata, kau bagi phone tu kat dia?”

“huh? Bila masa..?”

“ek? So… kau dengan Nisrin..”

“aku dengan Nisrin.. kenapa?”

“shit!” Luth terus keluarkan kunci dari poket dan masuk ke dalam kereta.

“eh! Kau nak blah pergi mana?”

“pergi mengamuk!”

Dum!! Pintu dihentak. Dan Rexton itu terus meluncur laju.

***********************************

“Nisrin ni kenapa?” suara Luth terus meninggi. Tanpa salam tanpa apa, terus redah masuk kedai tu. Nasib pintu kaca tu tak pecah, dan nasib baik jugak kedai tengah kosong!

Ija dan Kak Yan menjengah dari dalam bengkel. Tertanya-tanya siapa yang marah benar tu. Puan Nina membatukan diri dibelakang tangga loteng. Biarkan sahaja.

Nisrin dah terpaku. Berdiri tegak. Muka dah pucat lesi. Takut!

“saya tanya ni! Nisrin ni kenapa?”

Nirin rasa tekaknya macam tersumbat. Perut rasa senak. Nak telan air liur pun tak boleh.

“apa sebab Nisrin nak menipu macam ni?”

“takde apa.”

“jangan tipu Nisrin!”

“saya tak suka kawan dengan awak!” nah! Ambik la alasan ni! nafas Nisrin turun naik.

“ingat saya nak percaya ke?”

“suka hati awak!” Nisrin terus berpaling kebelakang. Bakul yang penuh dengan dawai dan riben diangkat.

Luth menahan jalan Nisrin. Bakul di tangan direntap kasar dan dihempas ketepi.

“apa awak ni!” Nisrin pula meninggi suara.

“saya tanya ni! kenapa?”

“kan dah cakap! Saya tak suka kawan dengan awak. Rimas! Tau?”

“macam ni lah Nisrin. Buang masa awak je susun ayat macam tu nak tipu saya. Tell me. Saya ada buat salah ke?”

“saya busy ni! tepilah!”

“ingat awak sorang je yang banyak kerja?”

“dah tu? Pergi la buat kerja! Buat apa datang sini!”

“sebab saya nak tau alasan awak! Saya tahu awak dengan Iz takde apa-apa! Handphone tu pun prop awak nak menipu saya je kan?”

Nisrin tersenyap.

“senyap pulak!”

“yang awak tiba-tiba datang sini tengking-tengking anak orang ni ingat bagus ke? Pergi baliklah!”

“awak nak kena marah lagi teruk ke?”

Eeeeeeeeeeeeeehhhh!! Benci betul aku lelaki ni! main gertak-gertak pulak dia!

“Luth, awak baliklah! Jangan datang sini lagi! Balik pada Azira!”

Luth mengadah siling. Dahi ditekan dengan jari. “oh.. Azira la ni?” matanya kembali memandang Nisrin. Rasa geram ya amat!

Gulp! Apa yang aku tersasul keluar nama Azira ni.. adoi.. silap besar Nisrin..

“Azira datang jumpa awak? Huh?”

“mana ada.”

“cakap betul-betul!”

Eeeeeeeeeeeeeeh…. Diktator betul!

Nisrin angguk.

Luth menghembus nafas kasar. Azira.. Azira..Azira..! tak faham-faham!

“dia cakap apa kat awak?” suara Luth kembali perlahan.

“takde apa..”

“saya tanya elok-elok ni..”

Maaaaaaaaaa… terasa macam rentung kena bahang pakcik kat depan ni! huh!

“er.. dia.. er.. dia cakap dia sayang kat awak..”

Luth muka malas. “lagi?”

“tu je..”

“lagi!”

“err..dia nak saya tolong.. eh! Tapi..tapi.. saya memang nak tolong pun dari awal.. kalau dia tak suruh pun, saya nak tolong…”

“dia suruh buat apa?”

“errm.. err..”

“dia warn jangan dekat dengan saya?”

“eh! Taklah.. takdelah warn.. Azira tu orang dia baiiiiiiiiiiiiiik sangat..”

“saya kenal dia dari awak.. tak payah nak puji-puji..”

“err.. awak.. berbaik dengan dia eh?” Nisrin buat muka comel.

Luth kerut dahi. “awak ni kenapa?”

“kenapa apanya?”

“ingat saya ni robot ke! Main suruh-suruh pulak.. kalau awak tu yelah!”

“apa pulak saya yang kena! Saya pun bukan robot!”

“kalau dah awak ikut je cakap Azira tu, tak fikir tak hape, bukan robot ke macam tu?” Luth pandang sinis.

“saya cuma nak tolong! Untuk awak jugak!”

“tak payah susah-susah!”

“takkan awak taknak happy? Azira tu baik awak tau tak? Dia sayang dekat awak!”

“so what? Dia sayang saya, biarlah dia! tu hal dia.. saya tak!”

“mana boleh macam tu!”

“ish! Susah cakap dengan budak-budak ni!”

“saya bukan budak la! saya cuma nak awak tau, Azira tu baik. Awak balik lah dengan dia. sebab saya tahu awak akan happy.”

“mana awak tau? Awak ada pergi tilik nasib saya ke?”

“ada pulak! Syirik tau?”

“ha! Tau pun! Dah tu? Tak payah ambik tau hal orang. Azira tu, abaikan je. awak ni pun tak fikir, ada ke nak jauhkan diri.. siap menipu lagi.. ntah apa-apa!”

“hey! Awak patut berterima kasih dekat saya tau! Sebab saya berusaha nak baikkan awak dengan Azira!”

“oh.. macam ni ke caranya? Kira berhasil la ni?”

“huh! Malas cakap dengan awak! Tepilah!”

“awak ni… buat saya susah hati. Tau?”

“kenapa pulak awak nak susah hati?”

“konon bercinta dengan Iz la.. hape la..”

“kalau saya betul bercinta dengan dia pun, tu hal saya! Jangan sibuk! Tak payah ambik tau hal orang!” sedap Nisrin memulangkan kata-kata Luth. Huh! Padan muka!

Nisrin terus menolak badan Luth dengan bakul tadi. Laju dia berjalan ke arah bengkel dibelakang.

Luth yang tertinggal masih berdiri disitu. Haih! Geram betul aku budak nih! Azira pun satu. Cakap tak pakai otak!

Saturday, February 7, 2009

bidadara =22=

Seorang perempuan anggun tinggi lampai menolak pintu kaca kedai bunga itu. dia berdiri tegak. Memerhati sekeliling. Sunglasses bercorak ‘F’ di tepi tangkai ditanggalkan. Dia melangkah sambil membimbit beg tangan bertangkai pendek dilengan.

“Nisrin, macam ada customer laa..” Ija bersuara sambil memanjangkan tengkuk mengintai.

Nisrin bergerak kehadapan kedai. Ada seorang perempuan membelakanginya. Uih.. model mana sesat nih..

“err.. ye cik? Cari apa?”

“hai Nisrin!”

Gulp!! Azira??

“err… hai..” senyum manis. Eceh..

“busy?”

“err.. tak sangat.”

“got free time?”

“kenapa?”

“it won’t take so long. A cup of coffee maybe?”

“err.. ok.”

Nisrin rasa tak tentu arah. Punggung rasa dah panas sungguh dah, walaupun aircond terpasang dekat dalam Delifrance ni. Azira senyum-senyum memandangnya. Tak payah la sengih-sengih camtu kat aku..

“so.. you apa khabar?”

“fine.. Azira?”

“oh. i’m not ok.”

Senyap.

“Nisrin sekarang berkawan dengan Luth kan?”

Nisrin angguk.

“hmm.. you tahu I broke up with him right?”

Angguk lagi.

“ok. I admit. Salah I pada mulanya. Tapi, I sayang dia. I’ve no idea what he told you about me, about us. But seriously, I love him.”

“ok….” Muka blur.

“huh.. I don’t know what kind of relationship between you and Luth.. but I hope..”

“oh! not love. Of course.” Nisrin pantas mencelah.

“sure?”

“yup.”

“I bukan apa.. I rasa susah sangat nak dapat dia kali ni.. I thought he loves you..”

“haha. Takdelah.. kenapa boleh fikir sampai macam tu. We’re friends.”

“thanks Nisrin. And sorry, tanya you macam-macam. I.. I.. erm.. buntu. Luth makin jauh..”

“it takes time to him to recover. Dia terkilan jugak masa putus tu.”

“huh… I tak tahu nak buat apa lagi.. dia tu susah sangat nak pujuk..”

“actually.. I tak tahu nak komen. He’s a good friend. That’s all I know. You know him better. I wanna help, but I don’t know how. Sorry.”

“err.. boleh tak kalau.. err..”

“kalau apa?”

“erm. I tak tahu kalau permintaan I ni melampau.”

“say it.”

“you jauhkan diri dari dia? hmm.. I don’t know it’s work it or not.. but atleast..”

“takpe-takpe. I got the point.”

“so.. you nak tolong I?”

“as you wish.”

“thanks Nisrin.”

“nah.. tara hal la.”

Nisrin melangkah balik ke kedai. Dia tersenyap. Huh.. macam mana pulak aku boleh accept offer Azira tadi.. takpe Nisrin. Kau membantu untuk satu benda yang elok! Kenapa nak sedih, nak terkilan, nak terasa hati.. kan? Kan? Kalau Luth dan Azira back together.. aku patut happy. That’s how friends should be. Kan? Tapi.. kalau secara jujurnya, aku rasa macam.. berat hati. Aku pun tak faham kenapa. Aku kena lupakan Uncle Long. Oh! there’s no Uncle Long anymore. Kena buang nickname tu. Aku kena jauhkan diri dari Luth. Huh.. susah nak buat. Sebab aku dah mula selesa dengan dia. aku boleh bercerita apa aja. Dahlah aku ni susah dapat kawan, tapi bila dapat pulak, tak boleh nak kawan. Apalah malang sangat aku nih..Nisrin! tough-kan diri anda! Demi kebahagiaan Luth dan Azira, aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Persoalannya sekarang.. how? Nak avoid kalau dia datang.. macam keji sangat. Buat-buat sibuk.. tak logic. Hmm.. mungkin orang lain boleh tolong. Abang Iz….

**********************************

“assalamualaikum.”

“waalaikumsalam..” Kak Yan menjawab salam.

“Kak Yan, Nisrin ada?”

“kejap ye..”

Nisrin dah nampak Luth datang dari dia masuk lagi. Go Nisrin! You can do it! Haha.. macam pom-pom girl pulak..

“hai Luth!”

Ek? Luth rasa pelik semacam. Luth? Where’s ‘Uncle Long’?

“hai.. sibuk ke?”

“agak la..”

Nananana nananana…

Permualan lagu So What- Pink kedengaran. Nisrin cepat-cepat melangkah ke meja.

“hello? Abang Iz!” Nisrin mengalihkan handphone itu ke bahu sebentar.

“errr.. Luth, sekejap eh?”

Luth Cuma mengangguk. Nisrin berlalu masuk ke bengkel.

“Kak Yan, sejak bila Nisrin ada handphone?” Luth bertanya.

“oh.. Iz bagi! Dah dua hari dah.. asyik bergayut, ber-sms je kerja dia sekarang.. haih.. susah tengok orang bercinta ni!” Kak Yan ketawa kecil.

“erk.. Nisrin.. dengan Iz?”

“Luth tak tahu?”

Geleng.

“Nisrin tak kasi tahu?”

Geleng.

“hehe. Dia segan lah tu agaknya. Kan baru je.. nanti dia bagitahu la tu..”

“err.. sejak bila Kak Yan?”

“erm.. minggu lepas kot.. Kak Yan pun baru je dapat tahu.”

“owh.. Iz selalu datang sini la?”

“erm.. ada la jugak. Selang sehari dia datang sini. Pergi bawak Nisrin makan tengahari. tapi, kalau telefon tu setiap dua jam. Sms pulak, 24 jam!” Kak Yan tergelak lagi. Haish.. Nisrin..Nisrin..

“erk.. Iz tu.. ok ke?”

“eh! Bukan Nisrin kata Luth kerja dengan Iz? Takkan tak kenal?”

“hmm.. kenal gitu la Kak Yan..”

“dia baik la jugak. Kak Yan pun tak pernah lagi tengok Nisrin seronok macam ni.”

“oh iye?”

“aah. Luth tau, siap boleh balas-balas I love you- I love you too lagi! Haha.. biasalah.. budak-budak.. kalau Kak Yan tak lalu dah..”

“hehe.” Luth gelak tawar. Hati aku dah berdarah ni.. tambah lagi Kak Yan.. biar hancur terus..

“eh! Luth nak tunggu Nisrin ke ni? tak payahla.. dia kalau Iz yang telefon, lama lah jawabnya.. boleh tumbuh janggut.. Luth balik lah dulu.. takpun, pergi minum-minum ke..”

That’s it! Tu memang dah sampai limit aku lah tu. Sampai nak tunggu pun tak boleh? Berborak apa berjam-jam?

“takpelah Kak Yan.. saya balik rumah teruslah.. nanti kirim salam Nisrin.” Dengan muka hampa Luth melangkah ke arah pintu.

“jalan baik-baik Luth.. esok datang lah lagi ye?”

“takpelah Kak Yan.. malaslah saya.”

“eh! Kenapa pulak?”

“dah orang taknak layan kita..” perlahan Luth bertutur.

“apa dia? Kak Yan tak dengar..”

“takde apa lah Kak Yan. Saya balik dulu. jangan lupa kirim salam Nisrin.”

Dan pintu itu terus direntap kasar.

Di balik dinding bengkel….
Uncle Long.. Nisrin minta maaf…..
Handphone mati di tangan direnung. Betul ke apa aku buat ni..

Di luar pula, Kak Yan merenung dinding bengkel itu. Macam dia dapat rasa, Nisrin ada disebaliknya. Kenapa kena macam ni Nisrin? Huh. Dia Hampa.

Tuesday, February 3, 2009

Kael dan Wanda

“Kael, kenapa kau pakai spec?”
“sebab aku rabun.”
“Kael, kenapa kau tak suka butang atas kemeja kau?”
“sebab rimas.”
“Kael, kenapa kau suka selak tie kau kebelakang?”
“sebab panas.”
“Kael, kenapa kau suka bela rambut panjang?”
“sebab aku punya sukalah.”
“Kael, cikgu kan marah? Nanti kepala kena cukur botak baru tau.”
“Wanda, kenapa kau suka tanya banyak-bayak?”
“sebab aku suka kau.”
“apa???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Kael tersentak. Gila!!! Tak pernah aku jumpa perempuan sejujur ni!

“Kael, jangan buat muka terkejut macam tu, tak comel la.” Wanda sengih-sengih.
Gulp! Kael telan air liur. Dahi berkerut.

“kenapa? Tak percaya ke? Meh aku ulang lagi sekali. Kael, aku suka kau.” Wanda sengih-sengih lagi.

Kael tersenyap. Gila!! Nekad habis budak ni! baru 2 hari dia masuk sekolah ni, dah berani buat pengakuan maut! Dekat aku pulak tu?

“Kael, kau nak aku ulang lagi sekali ke?”

“takpe! Takpe! Terima kasih banyak Wanda!!! Aku blah dulu.” Kael terus menarik kerusi kebelakang dan terus bangun.

“kau nak pergi mana?”

“pergi muntah!”

****************************

Joe : Kael, aku rasa macam rimas gila arr.. Wanda tu asik pandang-pandang kau je..

Kael : biarlah dia.

Joe : aku rasa dia gila arr..

Kael : aku pun rasa macam tu..

Hahahahahahaha. Pecah gelak diorang berdua di bahagian belakang kelas.

Chia : woi..woi.. meriah. Apa cer?

Kael : ada budak baru terlepas dari hospital bahagia…

Hahahahaha. Ayat Kael itu disambut dengan gelak meriah.

Haikal : aku tau dah.. budak baru tu kan?

Kael : siapa lagi.. kau tau, beruk pun tak terkejut macam aku tau haritu!

Chia : psiko gila doh.. seram!

Joe : aku rasa, wad psikatrik pun tolak..

Haikal : aku rasa dia kena buat renjatan letrik la kat otak dia..

Kael : renjatan letrik? Berapa mega watt nak guna? Generator sekolah ni pun aku rasa tak cukup..

Hahahahahahahaha.

Joe : kesian arr kat dia.. bedah otak sudah.. haha

Kael : (tolak kepala Joe) siot kau.. lagi kejam! Haha

Chia : shhh… dia datang sini weh.. dia datang!

Kael buat gaya macho betulkan kolar. Bersedia!

Wanda : Kael, balik sekolah, aku belanja kau makan nak?

Kael : owh.. aku tak makan benda murah-murah ni.

Wanda : kita makan kfc nak?

Kael : lagi satu, aku kalau gi makan, 3 ekor ni kena ikut sekali.

Wanda : okeh! Boleh je! kita keluar makan ye?

Chia jeling Haikal, Haikal jeling Joe, Joe dah sengih senget.. bertuah kau perut!

Kael : ok. Tapi kitorang takmau jalan kaki.

Wanda : eh! Tak payah susah-susah. Nanti aku suruh driver aku hantar ok?

Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Chia, Joe dengan Haikal dah buat muka kagum. Driver? Pejadah pergi sekolah kampung pakai driver?

Kael : ow.. ok arr.

Wanda : hehe. Deal! Jumpa nanti ye.. bye-bye all…

Chia, Joe dan Haikal cuma melambai perlahan dengan muka meluat.

Haikal : fushooooooooooooo.. sikit hari lagi Kael jadi menantu orang kaya beb!

Kael : kepala otak kau la!

*********************************

“maaaaaaak!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Kael menjerit kuat.

“hai Kael..” Wanda sengih-sengih di pangkin itu.

“macam mana kau boleh ada kat sini?” Kael tanya lagi. Muka pelik. Parang dan setandan pisang emas dibahu diletakkan diatas lantai pangkin.

“aku tanya dekat Joe, rumah kau dekat mana.. so.. here I am!”

“eh.. pergi baliklah!”

“tapi, aku nak jumpa kau!”

“mak aku marah nanti!”

“jangan risau.. aku dah jumpa makcik! Baik mak kau Kael..”

Hah???????????????????

Nampak mak keluar dari pintu dapur. Menatang dulang berisi gelas dan teko. Apa dah jadi ni?

“dapat pisangnya Abang?” mak tanya. Dulang diletakkan di hadapan Wanda.

“ni mak..” Kael tunjuk pada setandan pisang emas yang tak masak kesemuanya. Ada yang masih hijau-hijau.

“air untuk saya ke makcik?” Wanda bertanya.

Kael mengherotkan muka. Eeeeeeh! Perangai apa tuh? Tak malu betul!

“err.. ye.. minumlah.. Abang, layanlah kawan Abang nih..” mak Kael terus berlalu nak masuk ke dapur semula.

“err.. biar Abang bawak pisang ni masuk dalam dulu.”

Di dapur….

“mak! Apsal layan budak tu?” Kael bertanya sambil menjeling pada budak perempuan di pangkin luar.

“dia kata kawan Abang.. pelik jugak mak.. pakai seluar jeans bunga-bunga datang sini.. bukan orang sini ke?”

“baru pindah tu mak. Baru seminggu.”

“oh.. satu sekolah?”

“aah.. lain kali, mak tak payah layan la. orang gila tu mak!”

Mak Kael memukul belakang anaknya. “tak baik mengata orang!”

“betul.. cuba mak tengok! Tersengih-sengih sorang-sorang..macam..”

Buk! Mak Kael mendebik lagi. “dah! Pergi luar! Layanlah dia..”

“taknak arr! Mak pandai-pandai jemput minum.. mak lah layan! Abang nak pergi mandi!”
pantas Kael berlari ke tingkat atas rumah kayu itu, menghilang ke dalam bilik.

“Abang!!!!! Ish!” mak Kael menjerit. Bertuah!

Kael turun semula untuk mandi. Bilik air dibahagian bawah, dekat dengan dapur. Dia cuma memakai towel.

“Kael!!!!!!”

“ahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!” Kael pantas menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangan. Gila la dia ni!!!!!!!!!!!!!!

“hihihihi..”

Kael yang baru tersedar menurunkan tangannya. Control beb!

“kau apsal tak balik lagi?”

“aku ingat, nak makan tengahari kat sini lah. Boleh tak Kael?”

“tak boleh! Makanan tak cukup!”

“alah.. aku makan sikit je.. boleh la Kael..”

“jangan nak mengada-ngada lah Wanda! Pergi balik!”

“alah Kael…”

Kael yang malas nak layan terus masuk ke bilik air. Dum!! Berdentum pintu besi itu berbunyi. Tali rafia yang menggantikan selak pintu lekas-lekas disangkutkan pada paku.

“alah… Kael.. aku nak jugak!” dengar suara Wanda dari dalam bilik air.

“balik lah!!!!!!!” Kael melaung kuat. Tekanan aku macam nih!

*****************************

Haikal : Kael, kita kenakan budak tu nak tak?
Joe : menarik betul bunyi..
Chia : bernas.. bernas…
Kael : hmm.. boleh jugak kot.
Joe : let’s begin..

Keempat-empat mereka tersenyum jahat. Masing-masing dah keluar tanduk merah atas kepala. selepas 5 minit, mereka semua gelak sinis. Wanda yang sedang usha Kael dijeling.. hehehe.. habislah kau..

Selepas waktu sekolah..

“ehem! Wanda.. kau betul nak jadi girlfriend aku tak?” Kael bertanya manis.

“eh.. nak!” Wanda muka dah bercahaya.

“kalau macam tu.. kau sanggup buat apa saja tak untuk aku?”

“sanggup!”

“okeh! Macam ni, kau kene jumpa.. setiap seorang kawan-kawan aku, selagi tak setel, jangan datang jumpa aku. ok?”

“alah.. senang je tu! Mana diorang?”

“eh.. senang la kalau aku bagitau. Ni kad klu pertama.”

Wanda dah nak mencapai kad tu dari tangan Kael.

“eh.. nanti..nanti.. syaratnya, kau kene buat sorang. Tanpa bantuan orang lain. Then, bila dah complete, kita jumpa dekat sini. Dalam kelas ni. aku tunggu.” Kael menyambung.

“ok!” bersemangat habis Wanda nak mulakan acara.

Kael menyerahkan kad pertama itu. “good luck.” Kenyit mata sebelah.

Wanda membaca kad klu itu…

many-many stairs up to the sky
climb me up high and high
without me u'll stink
get into me u'll sink

Wanda dah garu kepala.kemende ni? main orienteering ke? Apsal tak bagi bearing skali? Uhh!! Di kalih kiri kanan, Kael dah lesap ntah kemana. Fikir Wanda..fikir.. many2 stairs..climb me up..hmm.. rooftop? Stink, sink…takkanlah pulak..

Wanda menapak ke luar kelas. Langit yang cerah dipandang. Up high and high.. urm.. hah! Matanya lekas melekat pada tangki air sekolah yang tinggi gila tu. Jangan kata…. Ahhhhhh!!!! Panjat?????!!!!

Buk! Ish..dah berapa kali kakinya terpeleot. Terpijak labuh kain baju kurung. Ada pula sekali dua kakinya tersalah pijak anak tangga, sikit lagi nak tersungkur! Huh! Peluh didahi dikesat pantas. Aku kena sampai kat atas tu jugak! Penuh semangat Wanda beri motivasi pada diri sendiri.

Huh..hah..huh.. termengah-mengah Wanda apabila sampai di atas. Huwaaaaaaaaa!! Menjerit dia jenguk kebawah. Gayat maaaa…

Kelihatan Haikal elok je menyandar pada tangki air gabak tu. Sedang tersengih-sengih. “lama gila aku tunggu.. ko stop setiap 2 anak tangga ke?”

“tinggi la! mesti la lama nak panjat!”

“janganlah marah-marah.. nak kad kedua tak?”

“nak laa… bak sini.” Wanda menghulur tapak tangan pada Haikal.

“mana boleh senang-senang je nak mintak.. kena la usaha.”

“kan aku dah panjat sini?”

“tu baru sikit…”

“dah tu? Apa lagi…” Wanda dah muncung. Penat la!

“disebabkan kita kat tangki air, kita kena buat aktiviti berasaskan air la kan?” Haikal sengih jahat.

Wanda dah berkerut. Apa dia?

“kau ambik t-shirt ni, sental sampai putih!” Haikal memberi sehelai t-shirt putih.. eh.. putih ke? Yang nampak hanya comot lumpur berwarna coklat kehitaman. Eeehh..

Wanda mengambil t-shirt itu. “err.. sabun dengan berus?”

“usaha la sendiri..”

“apa dia???? aku kena turun bawah??”

“yelah.” Haikal muka innocent.

“huh.” Wanda mengeluh. “lepas tu?”

“bagi kat aku balik. Kasi aku nilai.. bersih ke tak. Tak bersih tak lepas.”

Gulp! “kena naik sini balik?”

“yelah.” Selamba.

Huh. Macam mana ni Wanda???? Nak taknak, dengan langkah longlai, dia trun kebawah. Melangkah ke tandas perempuan. Ceit.. manede sabun ngan berus. Dia keluar semula, melangkah ke bilik makcik cleaner disebelah. Rambut ekor kuda yang terbuai-buai diikat tinggi. Stor simpanan itu ditenung. Rembat jelah!

Lengan dah sampai ke atas siku. Berus dah sedia. Pembersih lantai juga. Sabun takde la! bantai je apa saja yang ada.. tangan menggenggam berus. Erat. Dia tunduk. Tangan masih kaku.

Macam mana kau nak buat Wanda? Pernah ke kau basuh baju kau sendiri? Guna mesin pun tak pernah.. inikan handwash! Cecair pencuci disimbah. Eh! Aku patut simbah dengan air dulu kan? Ah.. t-shirt itu dibawa ke singki. Habis terpercik air ke uniformnya. Then? What’s the next step huh? Cecair pencuci disimbah. Kena banyak-banyak kot.. nanti tak bersih. Berus dilarikan diatas baju. srappp…sraaappp..sraappp!! lenguhnya.. kenapa tak hilang pun.. t-shirt tu dah berulang-ulang kali bertukar posisi. Ke atas, bawah, sisi kanan, sisi kiri. Berus di larikan lagi. Sraapp…srapppp…srapppp!! Kena kuat lagi kot? Tenaganya di gandakan. Sraappp!! Sraaappp!! Sraaappp!! Air mata dah menitik jatuh. Huh.. aku tak tau.. tangan direnung. Dah kecut. Merah-merah. Hujung jari rasa pedih. Jangan fed-up Wanda.. buat lagi.. kerja berus-memberus diteruskan. Walaupun air mata masih menitik ke lantai.

Buk!
Tiba-tiba ada benda bergolek melanggar dinding. Clorox??

Wanda tunduk mengutip. Pintu tandas diperhati. Mana datang?? Kelihatan ada bayang-bayang lelaki berlari diluar. Eh? Pakcik cleaner ke tu??

Di sebalik dinding…
Seseorang menyandar. Bibir tarik senyum. bodoh!

Selepas setengah jam, selesai! Wanda memanjat tangga tangki air dengan senyum dan t-shirt putih di tangan kanannya.

“weh.. lama gila kau basuh.. lembab nak mam..” kata-kata Haikal terhenti. Huluran t-shirt disambut.

“gila arr! Kau balik rumah ek? Ke kau hantar dobi?”

Wanda malas cakap banyak. Tapak tangan yang merah dan jari yang melecet ditunjuk sebagai bukti. Huh! Berlagak sikit..

“o..ok..okeh..” Haikal tergagap-gagap. Nak cakap apa lagi? Puas hati la tu.. kad kedua di pas dengan muka kelat.

Wanda segera membaca.

i see i saw i hamm i slam

Uih.. makin pening ni. see..saw… jongkang-jongket? Dush!! Manede taman mainan sini.. ingat kindergarten ke.. I hamm.. slam.. hurm.. ahah!

“bye Haikal. Thanks!”

“oi.. dah tau dah ke?”

“dah!!!!!” sayup suara Wanda kedengaran dari aras bawah.

Wanda bergegas lari ke bahagian bengkel kemahiran hidup. Heh. Ingat aku taktau ke?

Joe yang elok duduk juntai kaki atas meja workshop ternganga. Ek? Dia lepas stesen Haikal?? Ceh! Haikal ni.. konon cabaran sukar la hape la.. bibir tarik sengih. Habeh la Wanda..

“Joe! My task please..” Wanda menyengih.

“uuuhh.. tak sabar ye? Meh sini.”

Mereka bergerak ke bahagian pintu belakang. Sini kawasan takde orang. Sunyi sikit.

“nampak tu?” Joe menunjuk pada selonggok barang di tepi pintu.

Wanda melihat. Mancis dua batang.. bekas aluminium, satu peket maggi. Dia angguk.

“aku nak.. ko masak maggi ni. ok? Masak kat luar.”

“tapi..” dia kerut dahi.

“apa dia?”

“aku nak masak atas apa?”

“tu kan ada mancis.. carik ar bahan sendiri.. aku duduk sini. Dah masak kasi aku makan ek.. aku taknak maggi keras.” Joe blah ke meja depan. Duduk bersila diatas meja. Handphone di poket dikeluarkan.

Cis! Beristirehat pulak dia..

Wanda keluar dengan bahan-bahan itu. dia pandang kawasan sekeliling. Sepi. Hurm.. rumput agak-agak boleh tak? Rumput dan semak yang menjalar dicabut. Satu batang mancis digesek ke batu. Api dicucuh pada rumput dan semak yang digumpal-gumpal. Yeay! Bijaknya aku… dia duduk mencangkung di tepi api itu. eh! Aku nak masak pe ngan api ni? panaskan air kan? Air tak ambik lagi! Ahhhhh..

Dia yang baru nak bangun tiba-tiba menjerit. Arrrr!!! Kain aku terbakar!!!!! Puh! Puh! Puh! Dia meniup. Kain dikibas-kibas. Tak boleh jadi ni! heeeeeee!!!!!! Dia menjerit sambil berlari-lari anak ke paip air. Fuh! Lega! Kaki rasa basah.. aiseh.. apsal tak bukak kasut Wanda? Dia mengetuk kepala sendiri. Bodoh kau Wanda!

Di balik dinding..
Hahahaha. Oopss!!!!

Wanda pantas kalih belakang. Suara siapa gelak tu?? Senyap sunyi. Seram!!
Dia kembali pada barang-barangnya tadi. Mancis tinggal satu.. huh! Digesek pada batu. Praak! Alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa patah pulak ni??

Mata rasa panas. Apa aku nak buat ni.. takkan nak mintak dekat Joe? Hurm.. tak boleh.. tak boleh.. nanti dia mesti tak bagi kad lain. Chia tak pergi jumpa lagi..

Tiba-tiba dia nampak benda berasap disebalik semak. Pulak! Kemende tu? Wanda bangun.
Mata bercahaya bak bulan purnama. Fushooooo!!!! Asap dari mulut boiler itu dirasa dengan tangan. Panas! Macam mana boiler ni boleh ade kat sini? Jangan banyak tanya la. air panas dah ada, rendam je laa.. hehe. Air panas berasap dituang dalam bekas aluminium. Hurm.. dua minit Joe.. dua minit.. pasni ko makan la puas-puas.. Wanda sengih tak berhenti merenung maggi yang elok tengah mengembang.

“Joe!! Here!” bekas aluminium dihentak dihadapan sila Joe.

Mata Joe terbeliak. Uisshh…..

“ko buat ni?”

Wanda dengan bangga tunjuk kainnya yang terbakar sedikit.

“hurm.” Joe tersenyap. Maggi pon elok je lembut. Aiseh..

“nah. Kad ketiga. Chia’s.”

Wanda cepat-cepat membaca..

For the love of greens we exist,
Like the forks and spoons to the dining is who we’re to the lawn,
But it’s not us you’re looking,
Just the place we’re staying

Sudah… apa pulak ni.. blur..blur.. mana diorang dapat clue bahasa poets ni? ha? Siapa pulak pujangga dalam sekolah ni?

Setiap patah kata itu diulang-ulang. Ish!! Ni nak dekat 88 kali aku dok baca kad ni.. tapi kenapa tak dapat nak pickup.. aiseh..

Kaki Wanda melangkah dihadapan kelas tingkatan satu. Baju kurungnya diangkat sikit. Punggung dilabuh ditepi longkang. Kawasan sekitar sekolah yang takde orang ditenung. Dalam-dalam. Aish.. serius habis! Mestilah! Demi si Mikhael tu!

Tiba-tiba matanya ternampak daun kering terbang laju ditiup angin. Matanya mengikut arah terbang daun itu. pandangannya terhenti pada seorang pakcik yang tengah mengaut daun-daun kering yang banyak bersepah sana-sini. Dikaut daun berwarna coklat itu, disumbat-sumbat dalam plastic hitam. Dia pergi ke taman depan dewan pula. Pasu-pasu dialih sedikit. Dah berpuas hati, dia mengangkat alatan kebunnya dan beredar ke belakang blok.

“errr… pakcik! Kejap! Kejap!” kalut Wanda mengejar. Tak kisah walau pakaian dah macam mangsa banjir. Kasut bergenang air, kain terbakar, rambut dah tak boleh bayang kusut-masai macam mana dah..

Pakcik tu pelik tengok budak perempuan yang termengah-mengah dihadapannya. Kejar aku? peminat ke?

“pakcik nak pergi mana?”

“pakcik nak pergi belakang tu.. stor kebun..”

“nak ikut! Dekat mana stor tu pakcik?”

Eh.. apa pelik sangat budak nih.. “belakang ni je. kenapa?”

“saya ada misi penting!”

Pakcik tu cuma menurut. Apa-apa jelah..

Sampai dibelakang blok, Chia sedang elok tengah main dengan penggembur tanah. Hah! Sampai pun perempuan nih.. pakcik tadi yang tak faham apa terus pergi selepas meletakkan barang.

“hai Chia!”

“hai Wanda.. seronok?”

“so much fun.” Sengih.

“so.. cik Wanda, kau rasa apa yang kau kena buat sekarang?”

“erm.. tanam pokok?”

“wrong.”

“habis tu?”

Chia sengih. “eh Wanda, kau tak penat ke?”

Wanda mencebik. “penat laa..”

“dah tu, kenapa kau teruskan jugak?”

“sebab Kael.”

“kau rasa, apa yang Kael cakap tu betul la? kau percaya dia nak kau jadi girlfriend dia?”

“kenapa? Dia tipu aku ke?”

“aku tak kata..”

“aku percaya. Buat apa dia nak tipu aku.”

“eh.. kau dengar sini eh. Kael tu, haram sikit tak minat dekat kau. Lagikan nak buat awek..”

“eh Chia! Kenapa kau cakap macam tu arr?” hati rasa dah sakit amat sangat.

“aku cuma cakap benda betul..”

“apa tujuan dia nak tipu aku?”

“hahaha. Betul la kau ni.. buat main ar! Macam sekarang nih.. enjoy gila kau tau? Haha.”

“apa kau cakap ni?”

“haih.. Wanda.. Wanda.. semua stesen yang kau pergi tu, kitorang cuma nak mainkan kau.. buli seronok-seronok.. bukannya cabaran untuk jadi awek Kael.. haih.. takkan kau tak nampak Wanda?”

“tapi.. tapi.. Kael tak jahat macam tu!”

“mana cik tahu.. kau baru je masuk sini kan? Dah kenal sangat Kael?”

Wanda tersenyap. “tak.. tak.. aku tak percaya.. Kael takkan tergamak buat aku macam ni..” suara dah serak.

“apsal pulak? Kau tu sape yang dia tak sanggup nak buat?”

“Kael tak kejam! Kael takkan tipu aku!”

“haha. Sukati kau laa.. aku dah bagitau..tapi cuba kau fikir eh, pejadah dia nak buat ujian segala bagai ni? kalau dia nak buat kau jadi awek, kan senang terus cakap je! setel!”

“mungkin dia.. dia..dia…”

“dia apa…”

“dia nak tahu aku bersungguh ke tak?”

Chia sengih pandang tepi. “alahai cik Wanda.. patutlah kau ni senang nak buat main.. fikir pendek! Jangan berangan la weh.. orang jalan atas tanah, kau jalan atas awan..”

“Chia! Kau nak bagitau aku apa sebenarnya ni? kalau kau nak mainkan aku, buat cepat! Lagi cepat aku boleh blah.. lagi cepat game bodoh ni habis..”

“aih.. marah?”

“eh Chia, buat apa kau susah-susah nak explain panjang dekat aku? kan kau geng Kael jugak?”

“aku cuma kesian dekat kau..”

“oh! Konon kau baik la ni? baik dari Kael?”

“eh.. aku tak kata. Tapi, aku nak kau tau, Kael tu takdelah baik mana..”

“kenapa pulak aku kena percaya cakap kau?”

“sebab aku dah member dengan dia dari kecik lagi ko tau tak.. tanya lah apa aja pasal Kael, hujung jari aku je..”

“kalau cakap Kael pun aku tak boleh nak percaya, lagikan cakap kau!”

“kira.. kau dah mengaku kau kena tipu dengan Kael la ni?”

Wanda senyap. Sebenarnya, dia tak boleh terima hakikat ni. Hatinya berkata, Kael tak macam tu!

“dah terasa kene tipu tu ngaku jelah Wanda..” Chia bagai batu api paling panas dimuka bumi.

“dahla. Aku nak balik!”

“eh! Kau taknak jumpa Kael? Tak habis semua task, tak dapat jadi awek dia tau.. hahahaha.”

Rasa marah meluap-luap! Ikut hati nak je dia tampar-tampar mulut Chia tu.

“ejek lah aku Chia! Suka hati lah! Aku tetap percaya, Kael tak macam tu! Kael tak jahat macam kau cakap!”

“woooooooooo…” terdengar suara Joe dan Haikal. Tiba-tiba je muncul entah dari mana.

“woih.. aku taktau nak kata pe dah.. perempuan ni gila percaya dekat Kael tu.” Chia geleng-geleng.

“kau ni Wanda.. jangan bodoh sangat..”

“ntah kau ni.. macam takde lelaki lain nak kejar..”

Suara-suara sumbang Joe dan Haikal tu betul boleh buat Wanda terbakar.

“dahla! Aku dah malas dengan korang ni! korang pun sama je! konon kawan baik, tapi, belakang, hina member sendiri!” Wanda gegas memegang kain baju kurung disisi kiri. Bersedia untuk berlari balik. Dada dah sebak dah ni.. dia pusing kebelakang.

Zaaapppppp!!!!!!!!!!! Dia tersentak!

Kael elok bersandar pada dinding. Lebih kurang dua depa darinya. Muka dia selamba je. Dia dengar ke tak kawan-kawan dia galak mengutuk tadi?

“takkan nak balik dah?”

“nak buat apa lagi?”

“taknak jumpa aku kat dalam kelas?”

“aku tak complete kan semua task.”

“surrender macam tu je?”

Wanda dah malas nak bersoal jawab. Dia was-was. Otaknya mula memakan kutukan Joe, Haikal dan Chia sebentar tadi. Tapi hatinya kata tidak. Habis tu? Mana nak ikut? Otak atau hati?

“betul ni? nak balik?”

“aah.”

“kau percaya apa diorang kata tadi?” mata Kael menjeling sekilas kawan-kawannya yang masih tak bergerak di stor tukang kebun.

Senyap. Taknak jawab.

“hmm? Aku tanya ni? kau dengar tak?”

“aku nak balik.”

“jawablah dulu..”

“hmph. Tak. Aku tak percaya. Dah? Puas? Aku dah boleh balik ke tak ni?”

“apsal sinis betul kau harini.. mana Wanda yang manja-manja tu?” Kael tarik sengih.

Wanda berang. Benci!!!!!!!!!!! Kritik aku pulak!

“dah la Kael. Aku nak balik ni!”

Kael memandangnya atas bawah. “lain kali.. jangan susahkan diri macam ni lagi ye.. susah hati aku tengok..” perlahan Kael bertutur.

Wanda buat muka tak paham.

“baju kotor..kasut basah.. kain terbakar.. kau buat aku risau betul tadi..”

Terdiam lagi. Kael nak buat drama apa lagi ni?

“jangan buat lagi ye?”

“kau kenapa Kael?”

“jadi awek aku?”

“apa??????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Hahahahahahaha. Gelak meriah disambut oleh Joe, Chia dan Haikal dibelakang.

“dia jerit kuat dari kau terkejut aritu lah Kael..” Joe menyebok.

“haha. Tulah pasal.. kira aku confess lagi hebat la kan?” Kael menjawab nada bangga.

“tuuu.. dia blur tu Kael..” Chia menyelit sambil meletakkan tangan pada bahu Kael.

“Wanda, ni semua plan aku. hmm.. suruh diorang uji kau. Tu semua sebab aku suka kau..”

“kenapa kau tak cakap je?”

“alah.. kau dah mengaku suka aku lagi awal dari aku, tak macho laa.. patut aku yang cakap dulu.. satgi kau cakap dulu.. aku terkejut arr.. dah la budak bandar.. takkan aku nak terjah je kan?”

Wanda dah rasa nak tergelak. Macam-macam lah Kael!

“tapi pelik jugak arr.. baju dia basuh putih gila…” Haikal bersuara.

“aah.. maggi pun elok je masak..” Joe menambah.

Kael sengih. “aku supply Clorox ngan air panas arr..”

Hahahahahahaahahaha.

“apsal pulak? Potong laa kau..” Chia tak puas hati.

“tak sanggup doh tengok.. korang boleh arr main nak siap je..” Kael menjawab.

Wanda yang berada ditengah-tengah rasa tak percaya. Lah.. aku ingat pakcik ngan makcik cleaner yang tolong!

“kau pun Chia! Pergh.. mulut gila power ngutok aku.. macam dah takde hari esok!” Kael pandang pada Chia pula.

“well.. dah kau kata suruh buat dia was-was.. aku buat je lah..”

Hahahahahahaahha.

“tapi.. thanks, kau tetap percaya kat aku kan Wanda?”

Wanda cuma mengangguk.

“eh.. dah tak boleh nak bercakap ke? Ni bukan Wanda nih.. eh! Ni kau nak jadi awek aku ke tak ni?”

“nak la!!”

“hahahahahahaha.. ni lah baru Wanda!”





* credit to akOo and her friend.. for the superb clues!! she's so good rite? love the word.. (love the person more..) haha. *puji lambung2 sket* mekaseh=p
 
Blog Template by Delicious Design Studio