♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, January 27, 2009

bidadara =19=

Hahahahahahaha. Lenguh dah mulut Nisrin ketawa.

“Abang Iz nih.. kenapa buat macam tu kat Uncle Long.?”

“hahaha.. alah.. saje je.. kasi surprise.. kalau tengok reaction dia time tu, boleh ketawa seminggu tau!”

“hahahahaha.. kenapa tak bagitau awal-awal.. kesian Uncle Long..”

“kenapa pulak kesian kat dia?”

“yela! Buat dia terkejut time tu!”

“halah.. sikit je tu..”

“so, how was the meeting?”

“O.K laa.. Luth professional. Lagipun, Abang Iz memang nak sangat kerja dengan dia. nak tau, dalam industry ni, orang panggil dia ‘scanner’.”

“scanner????”

“haah. Sebab, dia boleh ingat every details in the drawing. Jangan harap laa nak kelentong dia ke hape. Satu projek, drawing dia, beratus-ratus tau. Bayangkan..”

“fuh. Hebatnya dia..”

“apapejela..” nada malas. Mata pandang langit. Helmet ditempat duduk diambil.

“hmm, Abang Iz balik dulu laa.”

“ow… o.k. jalan elok-elok.”

“manede jalan. Naik motor laa.” Sengih.

“yela! Yela!.”

“eh! Lupa nak bagitau. Nanti ada dinner. Untuk diorang yang terlibat dalam projek ni. Nisrin datang eh?”

“tamau la! Nisrin bukan ada involve apa-apa pun.. semak je nanti.”

“alah.. datanglah.. kita kawan kan?”

“ramai ke nanti?”

“semua yang terlibat dalam projek ni la..”

“Uncle Long pun ada la?”

“of course. VVIP tu.”

“hahaha. Asik kenakan dia jek..”

“betul la. very-very-important-people.”

“hurm. Tengok la nanti.”

“ajak la mak dengan Nisa sekali. One more thing, Nisa pandai nyanyi ek? Haritu, kat depan rumah tu..?”

“aah. Dia dengan gitar tua tu. Kenapa?”

“kalau suruh dia perform malam tu, dia nak tak agak-agak?”

“entah. She a little bit moody these past few days.”

“oh. Pujuk la dia eh? Teringin nak dengar dia nyanyi. Lagipun, tentative malam tu nanti kosong sangat..”

“erm. Tengoklah.”

“tengok..tengok.. takut sangat nak datang!”

“lek arr..” sengih. “kata tadi nak balik dah?”

“yelaa.. nak balik laa ni..” Iz memakai helmet dan memasukkan tali. Keselamatan!

“bye bye.jangan langgar anak orang lagi..”

Iz cuma mengangkat tangan dan memecut pergi. Sebenarnya tadi, tak berhajat pun nak singgah. Kebetulan je lalu. Heleh.. Iz,nak tipu diri sendiri huh? Kira Berjaya laa tu konon.. padahal pecut sikit punya laju dari ofis!

********************

Nisrin mengendap Nisa yang elok meniarap atas katil. Bukaan pintu yang kecil tu menampakkan Nisa tengah buat homework math. Tekan kalkulator bagai nak rak. Daun pintu diselak sedikit.

“ehem! Ehem! Nak kacau kejap boleh tak pelajar harapan?”

“dah kacau dah pun.. come in.”

Nisrin duduk diatas katil. Badan disandarkan dibelakang badan Nisa. Bantal peluk diambil dan digentel-gentel hujungnya.

“ada apa akak ni..?”

“kejap la. baru nak susun intro. Asik hangin je Nisa nih..”

Tangan Nisa cekap mengemas kertas-kertas dan kalkulator kebawah. Pak! Campak aje.. heh

“cepatlah.. dah ready dah ni..”

“hmm, Abang Iz ajak kita pergi dinner. Dinner untuk projek baru dia. dia ajak kita semua. Tapi mak taknak pergi. Kita pergi nak tak?” elok penuh lembut, sopan Nisrin bercakap.

“Abang Iz?”

“hmm.hmm. I’zrael. Tak ingat dah ke?”

“no. the title. Pelik laa..”

“he’s 26. Respect sikit laa.”

“oww. O.k. akak nak pergi, pergi jelah. Takpayah ajak Nisa. Orang busy lah..”

“alah.. satu malaaaaaaam je.tak study satu malam je takkan tak boleh..” Nada pujuk dah naik lagi satu tahap. Tahap merayu.. heh.

“bila ni?”

Yes..yes! ni ada harapan ni.. Nisrin sengih. Bantal peluk diletak. “ermm, sabtu ni.”

“akan nak pergi sangat ke?”

“orang dah ajak..”

“hmm. Ok lah”

“yeay!! Mmmmmmmmuaaaaah…mmmmmuuuuuuaaaaaah!!!”

“eeeeee! Apa cium-cium pipi orang ni! bacteria tau!jerawat nanti!”

“hehehehe. Sayaaaaaaaaaaaang dia!”

“blah la. dah teman baru nak sayang.” Nisa cebik mulut.

“kalau tak teman sayang jugak. Tapi kalau teman sayang lebih. Heh”

“eeeeeeeeeeeeehh.. teruk betul! Abis dah?”

“err…”

“apa lagi nak mintak ni?” Nisa dah detect nada mintak-something dari kakaknya.

“kalau Nisa perform malam tu.. nak tak?”

“eh! Pahal lak! Tak pasal-pasal je Nisa kena!” Nisa kerut kening. Jangan buat gila la akak..

“hurm.. Abang Iz yang suggest.. dia kata Nisa pandai nyanyi.. lagipun dia kata nanti majlis tu kosong sangat..”

“suruh la orang lain! Dia kan banyak duit, panggil la artis!”

“erm.. dah suntuk kot..”

“tak logic la! dia takde secretary ke? Takkan baru arrange majlis ni.. kurang-kurang sebulan lepas..”

“err.. entahla.. akak pun taktau..”

“Nisrin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” mak melaung dari luar.

“ye mak!!!”

“sini kejap! Ada orang nak jumpa ni!”

Ish.. sape pulak dah.. eleh.. buat tanya.. ramai sangat kawan kau Nisrin? Kalau tak Uncle Long, mesti Iz.. tapi Iz dah datang kedai petang tadi..

Nisrin mencapai tudung dan melangkah keluar. Grill pintu diselak. Hmm.. Uncle Long… senyum.

“oit!” Nisrin menegur.

“assalamualaikum..”

“hehe. Waalaikumsalam. Kenapa ni? tiba-tiba je.. macam turun dari langit!”

Luth menunjukkan muka keruh. Kepala ditunduk.

“err.. hmm.. arr.. Uncle Long nak minum apa-apa?” Nisrin muka risau. Lain macam je..

“takpelah. Baru lepas minum.”

“oww..”

“tengah buat apa tadi?”

“borak-borak dengan Nisa..”

“spm dia dah nak dekat kan?”

“haah.. takut je tengok dia study..”

“ok lah tu. Dia taknak jadi macam kakak dia..”

“haha. Kutuk orang ar!”

Luth sengih. Ringan sikit kepala..

“Uncle Long nak cakap kat Nisrin apa-apa ke? Nisrin tak kisah.. ceritalah..”

“pandai.” Luth tarik sikit tudung Nisrin kebelakang.

“memang pun.. heh. So?”

“hmm.. Azira.”

Nisrin tersenyap. Oh.. Azira.. perempuan tu lagi.

“tadi, saya cakap dah tak boleh terima dia. memang tak boleh.” Nafas ditarik. “tapi dia macam taknak lepas. Taknak terima kenyataan tu..”. matanya kembali pandang pada Nisrin. “apa yang saya nak buat lagi Nisrin?”

Nisrin yang dari tadi senyap mula memikir. Apalah yang aku tau pasal cinta? Nisrin tak pernah rasa Uncle Long…

“slow-talk?”

“dah lebih dari slow…”

“cakap tegas sikit?”

“dah puas dah..”

“err.. buat bodoh?”

Luth sengih. Tudung Nisrin ditarik lagi. “apela…”

“betul la. kalau dah cakap baik-baik taknak terima, cakap tegas tak lut, jangan lah layan dah..”

“benda tu takkan settle kan situasi laa.. tu lari namanya..”

“dah tu? Apa Uncle Long nak buat?”

Luth menjungkitkan bahu. Dia pun tak tahu.

“mungkin.. Azira ingat Uncle Long ni tak laku kot.. sebab tu dia konfiden je..”

“hahaha. Mungkin la kot.. maybe dia ingat dia je yang nak dekat saya kan?”

“haha. Aish.. totally wrong laa.. Uncle Long yang sampai kena buat dua-tiga kaunter ni dia kata tak laku.. silap besar laa.”

“kaunter apa?”

“ting! Calon pertama, kaunter satu!”

“hahahaha. Macam pos office..”

“yelaa.. yang isi form ramai sangat.. kena buat kaunter serahan.”

“iye la tu! Pandai-pandai je..”

“haha. Jangan risau. Nisrin boleh tolong jaga kaunter. Nisa pun boleh kot. Haha.”

“cakap lagi.. cakap banyak-banyak.. tarik tudung tu karang!”

“heh. Garang laa..”

“ada apa menarik kat kedai harini?”

“oh.. Iz datang. Dia ajak pergi dinner company dia untuk new project. Alaa.. yang Uncle Long involve tu..”

“aik! Iz cerita ek?”

“haah.. terkejut ek..? haha..”

“mau tak terkejut-terkujat.. tiba-tiba je tersembul muka dia dekat pintu.. CEO pulak tu..”

“ok ke kerja dengan dia?”

“so far.. ok laa.. kenapa?”

“kalau dia buli lagi, report je dekat Nisrin!”

“haha. Protective nya….”

“takdelah. Tak baik je buat macam tu. Saje tak bagitau awal-awal.”

“ala.. take it easy la. fikir positif. Mungkin dia baru tau masa pagi tu.. or, masa dapat tender tu dia tak perasan pun it’s me..”

Nisrin cebik. “yelah tu.. Iz tu kan macam budak-budak sikit.. pekena orang suka-suka..”

“mengumpat!”

“taklah.. ni fakta..”

“so.. pergi dinner tu?”

“InsyaAllah.. dengan Nisa.”

“ow yeh? Good.”

“Hurm.. Uncle Long jangan fikir banyak ye pasal Azira tu.. nanti sakit kepala.”

“heh. Ok. Balik dulu. kirim salam semua. Bye-bye.”

“bye-bye”

12 comments:

Anonymous said...

bye-bye..
so swit..haha..
leh lak dtg due2..
cam jnji je..
nisrin nie tmpt luah prsn la nmpk nye..

Anonymous said...

huahuahua..
cm da angau je si iz ngn uncle long ni
dok snyum je bc cite ni
nisrin ni pndai tol bab borak
laju je idea kuar ek
smbg lg ye ^_^

-che na-

misz nana said...

best best!
jgn ada yg berebutkan nisrin time dinner nanti dah la ye.. hehehe..

sambung2..

the sedo gang said...

wa!!!
switnyer...
x sbr nk tgk nisa' nyayi..
sure gempak!
agagag!!!
nk lg!nk lg!

Anonymous said...

nisrin dgn iz jgak...walau ape pun yg trjadi..hehheh

adek said...

heheheh

sweeeeet gle2

smbg2 lg

Anonymous said...

eee..
kawaii!!!
mau agie.

Anonymous said...

luth=nisrin...
iz=nisa...
iz tu mcm suka je dkt nisa...
bgs la tue...smua da ade psngan...except azira...hehehe

atashinci said...

mesti de perebutan mse dinner....
tpi sye nk nisrin dgn uncle long gak...

tzaraz said...

'...Lagipun, Abang Iz memang nak sangat kerja dengan dia. nak tau, dalam industry ni, orang panggil dia ‘scanner’....'

see..see..kan Iz tu ok!
Memang saja dia nak bagi Luth projek tu..bukan nak pekenakan Luth.

Tetap nak Iz ngan Nisrin!! Nak jugak!

nurhakim said...

ok...best bangat sih..
msti gmpaq time 2 kn???hihi

Unknown said...

nk nisrin dgn luth jgk..
si iz 2 bg la dkt nisa..
bru la adil n saksama...
hehehehe..
smbung2..
x sabo ni..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio