♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, January 14, 2009

bidadara =16=

Hari ini Nisa berjalan-jalan cuci mata kasi bersih dekat klcc. Yup, spm lagi sebulan je lagi. Makin penat, makin tertekan, makin tak betul kepala ni. bila dah sampai dekat klcc tadi, taktau nak buat apa pulak. Tu laa, keluar sorang-sorang lagi. Kan dah blank nak buat apa. Sempat la usha-usha digicam dekat sony, manga baru dekat kinokuniya.. tapi tengok jelah. Heh. Sempat jugak bersidai I jam dekat rak ‘chick-lit’. baca free kan.. and sekarang nak gerak balik. Tapi silap timing la pulak! Balik petang-petang sabtu ni LRT komfem full. Macam sardin. Sardin pun lagi banyak rongga kot. Aduss.. nak taknak kena masuk jugak. Belasah jelah. Himpit-himpit pun.. janji sampai rumah sebelum maghrib.

Nisa bersandar disebelah pintu. Ada ruang diantara pintu dan kerusi sebelah. Menyelit jelah kat sini. Bau taktau nak cakap macam mana.. loya tekak beb! Tiba-tiba ada sorang abang ni masuk. Terus berdiri dekat depan Nisa. Uish..rapat gila tu. Takpe..takpe.. kejap je lagi nak turun. Cepat la sampai Kampung Baru.

Nisa rasa semacam. Abang tu pandang makin tajam. Tiba-tiba rasa sejuk diperutnya. Aaaaaaaaaarrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! Rasa nak jerit. Tapi tak terkeluar dari tekak. Rasa nak nangis.. cepat la sampai..

“woi! Pahal ni bro..” seseorang tiba-tiba bersuara. Dicelahan orang ramai tu. Orang tu bergerak perlahan-lahan di celah-celah manusia lain menuju ke tempat Nisa berdiri.

Nisa dari tadi yang pejam mata tersentak. Fuh! Ada juga rakyat Malaysia yang prihatin.

“apa raba anak orang ni..”

“dia bini kau ke yang kau nak sibuk-sibuk?”

“yang kau tu laki dia ke yang nak raba-raba?”

Si peraba tersenyap.

“blah. Aku kata blah. Berdiri tempat lain.” Lelaki budiman kasi warning keras.

“halah! Bajet bagus la wei!!”

“aku kata blah.. ke kau mengidam kepala kena hentak kat pintu LRT?”

Si peraba terus blah berhimpit ke tempat lain. Tau cuak!

Nisa yang asik pandang bawah dari tadi. Kecut!

“Nisa, kau okey?”

Ek? Kenal aku?? muka diangkat.

“I’zrael..” perlahan suara Nisa keluar.

“yela. Aku la ni. lain kali kau jangan senyap je. lagi kau diam, lagi la senang orang nak buat jahat. Tau?”

“o..ok..” tersenyap.

Ting! Stesen berikutnya.. Kampung Baru.. Next station..Kampung Baru.

“ok lah. Kau jalan baik-baik. Jaga diri.. malam ni aku datang rumah kau. Dinner dengan Nisrin. Kau ikut? Nak?”

“takpelah.” Itu je yang sempat dicakap sebelum berlari anak keluar dari perut LRT.

Betul ke ni? I’zrael ke tu? Kan aku benci dia, kenapa dia tolong aku? hurm, terima kasih pun tak cakap. Takpelah. Entah-entah dia pun saje nak tolong. Ambik hati akak agaknya. Yang aku pun, kenapa tersenyap depan dia? tak boleh nak pandang dia? terharu? Tak… tak mungkin.. aku kan benci dia.

****************************************

Dengan berteman gitar kapok, Nisa melangkah longlai keluar dari pintu rumah. Dah dekat 9.30, akak tak balik lagi. Punggung dilabuh dibuaian karat. Buaian berbentuk bulat tu memang dah lama. Terbiar berpanas-berhujan diluar rumah separuh papan ni. mana la tak berkarat. Kedua-dua kaki diangkat ditempat duduk depan. Gitar yang diriba diangkat.

mata sekejap dihala keatas. Memerhati bulan penuh yang terang bercahaya. Sekejap pula, matanya tertancap pada pagar yang elok bertutup.

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain

bunyi enjin kedengaran. Iz kelihatan senyum-senyum sambil berborak dengan akak didalam kereta.

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

Iz dan akak keluar serentak dari kereta. Mereka berborak lagi.. dan lagi.. dan lagi..

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabilakau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

akak berlalu membuka pagar. Iz ucapkan bye-bye. Mungkin jugak ucapkan kata-kata lain, macam.. take care.. atau apa-apa yang seumpama dengannya. Iz menghantar akak masuk dengan pandangan matanya. Yang bersinar, yang sangat dalam.

pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi

Iz sekadar mengangkat tangan pada aku. dia dah nak balik..

di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air...

“eh!! Mengelamun jek dia!” Nisrin sergah adik dia yang dah macam tak pijak bumi.

Nisa tersentak. Buaian bergoyang-goyang. Sikit lagi nak terjelepuk jatuh!

“apa main sergah-sergah ni..” Nisa muka cemberut.

“rugi tau takmau ikut tadi.. Iz belanja makan besar..” Nisrin cakap konon nak bagi Nisa dengki.

“apapejela. Sikit orang tak kisah.” Nisa dengan muka masam dah berdiri. Nak masuk rumah.

“kenapa benci sangat dekat Iz?” Nisrin menyentap tangan Nisa perlahan.

“Nisa masuk dulu.” mengelak. Nisa terus masuk kedalam rumah. Terus menuju ke bilik.

Ya Allah.. kenapa dengan aku ni..kenapa aku rasa cemburu dengan akak.. kenapa aku boleh petik lagu Dan Sebenarnya tiba-tiba.. padahal sebelum ni aku tak pernah cuba pun cord lagu ni.. kenapa aku nak sedih.. kenapa? Kenapa?

15 comments:

misz nana said...

hahaha.. sah nisa dah jatuh chenta kat iz..
bagi je la nisa ngan iz..
pastu nisrin ngan luth..
nisa ngan iz pun secocok gak rasanya..
bukan rasanya, tp memang secocok pun..
lagi2 nisrin ngan luth..
berjuta2 kali secocok la dorang berdua tu.. hee..

tzaraz said...

Taknakkkkk! jangan lah Nisa syok kat Iz!!
suka je dah lah...suka Iz dengan Nisrin...
rasa cam Iz punya character lebih menyerlah...cam lebih 'Manly'...haha...
Luth pulak cam 'go with the flo'..haha..ade ke camtu??

nana_yoong said...

hahahha, sekwai la tuh, bidadara utk akak, bidadara junior unduk adik..hahahha

nurhakim said...

hahaha...
best lah part nie...
sweet je...
nisa cam ske kat iz je...
ok gak 2...
nisrin ngn uncle long..
nisa ngan iz...hihi

nurhakim said...

hahaha....
sweet je n3 kli nie...
nisa ske kt iz ek???
ok gak 2...
nisrin ngn uncle long..
nisa ngn iz...hihi

Anonymous said...

wee~~
besh2..
tp sure lbh complicated nnt
xsbr nk tggu next n3
chaiyok cucuratap!! ^_^

-che na-

Anonymous said...

very very d semangat nak bace blog ni..sebab?
sebab dah banyak improvement in ur writing. Really enjoy it! Kip it up yeah!

-CupcakePanda-

DianaTakyuddin said...

suke2..
dr 1st time nisa n iz jumpe waktu xcident tu da rse nnt diorg sme2 'jatuh'..hope diorg suke sme suke..hehe

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeee..
ske nisa ngn iz...
bia arh si nisrin ngn luth cucuratap..
huhu....

aqilah said...

hairan gak nape lak nisa cemburu? bila masa dia kenal dgn iz? oklah tu, nisrin dgn luth, nisa dgn iz! tapi mesti iz lagi mantap drpd luth, kan!

haikadove said...

heee.. nisa da ske iz! yeayy! hahahaa
ntah2 iz baek ngan nisrin sbb nk kt nisa kot?
hehehee [pndai2 jee reka plak. hahahaa;p]

Anonymous said...

best

Anonymous said...

eeeeee...
gler dasat idea penulis nie..
sonok sgt ak bce.
pndai die wat watak bg hidup!

ak actually bru jek lyn blog nie.
kwn suggest.
best sgt port nie!
tima kasih cucur atap!

Anonymous said...

ewahh~~~
cun2 jek bley msok dgn lirik lgu Dan Sebenarnya....
cunlah ms cucuratap!!woohoo~ :D

~tymah~

naimah_kamal said...

hahha... lawak la.. saya baru bace citer niii :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio