♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, January 4, 2009

bidadara =14=

Nisrin intai jam ditangan. Pukul 12. Kejap lagi mesti Iz sampai..

Terdengar bunyi enjin kereta didepan rumah. Nisrin selak langsir. Ada sebijik myvi warna putih. Drivernya lelaki. Iz lah tu kot! Nisrin segera mengunci pintu rumah. Iz dah berdiri tegak depan pagar. Nisrin senyum.

“assalamualaikum.” Iz kasi salam.

“waalaikumsalam.”

“ni rumah kau?” Iz meninjau rumah separuh papan itu.

“aah. Rumah buruk je. kau segan ke? Aku dah kata tak payah ambik depan rumah..”

“hey. Sape kate aku segan. Just, jarang nampak. You know, KL..”

“yeke?” Nisrin buat muka.

“yelah. Apa? Ingat aku ni kerabat di-raja ke? Anak menteri?”

“takdelah..”

“come.” Iz bukakkan pintu.

“ni kereta sape ni?”

“kereta curik!”

“betul-betul laa.. aku tak masuk karang..”

“betul laa.. kereta curik.. tapi curik cara halal.” Iz kenyit mata.

Ishh.. ni aku seram ni.. Nisrin kerut kening.

“kita naik teksi je la jom.” Nisrin mengajak.

Hahaha.
Gelak pulak dia ni..

“dah la tu. Penat aku curik. Ingat senang curik kereta? Skill kena power tau.. dah. Dah. Masuk.”sengih.

Kereta meluncur laju. Uish! Ingat ni motor dia ke? Dah la myvi.. kang terangkat tayar kang.. aduh..

“Iz.. slow arr..” Nisrin bersuara perlahan.

“asal? Cuak? Takut?”

“manede.. aku saje ingatkan..” control cool Nisrin.. takkan nak takut kot?

Iz tiba-tiba tukar gear. Pedal minyak ditekan. Stereng dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Sreeeeeeeeeeeetttttt!!! Bunyi tayar terseret masuk selekoh.

“Iz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin terjerit kuat dalam kereta. Gilo po.. ingat ni motor ke nak main konar baring??

“hahahaha. Kata tak takut..” Iz gelak meriah.

Saje tau dia ni! buat aku takut jek.. Nisrin ketap bibir. Tahan geram.

Iz jeling orang sebelah. Masam habis!

“halah.. lek arr.. takde pe la.. ni kan myvi.. bukan boleh pecut gila-gila pun..”

Yo lah tu! Aku ni macam dah nak terkeluar dah organ! Betul rasa macam duduk sebelah malaikat maut..

“weh. Asal senyap. Lek arr..” Iz usha lagi orang sebelah.

“jangan tengok aku la! tengok depan! Kang ada lagi orang yang kita kena bawak gi hospital kang.” Nisrin muka masam.

“yela. Yela.” Iz melepaskan tekanan sikit pada pedal minyak. Meter kelajuan turun.

Nisrin rasa pelik. Perlahan benar.. dikerling meter di depan pemandu. 30km/j?????

“Iz! Jangan main-main la! macam ni bila nak sampai! Orang belakang marah nanti!”

“kata nak slow tadi..” muka innocent.

Eeeeeeh!!! Geram!!!!!

“I’zrael!!!” Nisrin dah panggil nama penuh. Uish.. serius tu..

“laju salah, slow salah.. habis tu? Macam mana?”

“bawak sederhana lah.. laju sikit je, tapi jangan perlahan sangat.”

“kau bawak la.”

“aku manede lesen.”

“kau tak pernah belajar bawak kereta?”

“dah takde lesen, mestilah tak pernah!”

“jadi, kat sini siapa yang ada lesen?”

“kau la!”

“siapa yang pernah belajar bawak kereta?”

“kau la!”

“siapa yang lagi tau pasal bawak kereta?”

“kau la!”

“so.. jangan banyak cakap ye cik adik.. nanti abang pecut lagi laju-laju.”

“eeh..abang bangla!”

“adik Filipina ke? Ke Vietnam?”

Geramnya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

**********************************

Lepas selesai hal dihospital dan solat zohor, Nisrin meminta untuk pulang.

“takkan nak balik dah? Kita pergi lunch?”

Lunch mende da pukul 2.30 nih..

“takpelah. Terima kasih. Nak balik rumah.”

“ada sape kat rumah?”

“takde sape. Mak kerja. Adik dekat sekolah lagi kot. Dia kata sibuk hari ni.”

“ayah?”

“err.. ayah takde.. eh! Ada.. tapi, takde.. ermm..” Nisrin tergagap-gagap. Taktau macam mana nak cakap.

“ha!” Iz petik jari. “aku tau.. dia ada, tapi macam takde kan?”

“err.. lebih kurang..”

“sama lah bapak kita! Bapak aku pun ada, tapi macam takde.” Iz sengih muka gembira.
Biar benar si Iz nih.. gaya aneh semacam jek.. asal happy pulak dah? Nisrin kerut dahi.

“bapak kau pergi mana?”

“dia tak suka duduk rumah. Dia ada bini baru tau sekarang.. nombor 3 ke 4 ntah.. aku pun taktau.. yang dulu still ade ke tak. Cun siot.. tapi aku pernah jumpa sekali jek. Sebab tu la, dia tak balik rumah kitorang sangat. Dia jadik chipsmore, sekejap ada, sekejap takde. Takpun, jadik cam magic David Copperfield.. hilang, pastu lamaaaaaaaa baru muncul balik.” Iz jawab sambil sengih lebar. Gila pelik.. takde perasaan ke?

“bapak kau pun mesti macam tu kan? Macam bapak aku?”

“err. Tak. Ayah aku dekat penjara.” Nisrin jawab sambil tunduk bawah.

Iz terpempam. Badan yang tadi bersandar pada kereta ditegakkan.

Nisrin dongak. Memandang muka Iz yang macam nampak lembu berdiri.

“kenapa? Taknak kawan dengan aku? taknak hantar aku balik? Nak blah? Pergilah..” selamba Nisrin cakap.

Iz senyap.

“aku betul sorry.. maaf. Sangat. Aku tak sangka.. aku ingat sama..”

“takpe. Aku dah biasa dengan reaction macam tu. Orang memang tak nak kawan dengan aku bila tau. Aku tak kecik hati pun. Balik arr. Aku pandai balik sendiri.”

“siapa kata? Siapa yang taknak kawan dengan kau?”

Nisrin pandang tepi. “alah.. ramai. Semua orang. Kalau ada yang nak kawan dengan aku pun, mesti parents dorang tak bagi. Aku anak orang jahat. Anak pengedar dadah. Anak banduan. Kotor, jijik.” Hurm.. Nisrin mendengus perlahan. “kalau ada yang nak dekat pun, nak ambik kesempatan jek. Bukan betul ikhlas nak kawan.. tapi, tak kisahla! Aku bukan sekolah lagi.. aku dah tak kisah takde kawan. Dah biasa.” Kakinya menguis pasir halus di atas tar. Tempat parking tu nampak lengang. Pemandangan sekeliling macam lagi menarik untuk ditengok dari muka Iz.

Iz mengubah posisi. Berdiri betul-betul depan Nisrin.

“pandang aku.”

Nisrin alih muka. Angkat kening. Apa?

“tak semua orang macam tu. Ada yang nak kawan ikhlas dengan kau..”

“siapa?”

“aku?”

*************************************

Luth masih duduk diam dalam kereta. Dia berfikir. Macam mana aku boleh drive kereta ni sampai dekat depan kedai nama ‘Impiana Florist’ nih? Macam mana aku boleh terfikir nak datang sini? Hadoii.. hati aku rasa nak sangat-sangat datang sini. Tapi, taktau la kenapa. Asyik teringat dekat budak menggelabah tu. Hurm. Habis tu Luth? Apa kau tercegat dalam kereta ni lagi? Turun le!

Luth turun melangkah ke kedai bunga itu. pintu kaca ditolak.

“assalamualaikum makcik.” Senyum.

“waalaikumsalam.. ni.. En. Luth kan?” Pn.Nina senyum mesra.

“ye saya. Erm, makcik, Nisrin ada?” aduh!! Straight habis aku tanya! Patut berkias lah sikit tadi.. adeii.. dah terlepas..

“oh. Nisrin cuti la. dia dah 2 hari duduk rumah je. eksiden. Hari ni pergi hospital bukak jahitan.”

Eksiden??????????? Jahitan??????????????? Hospital?????????????????

“erm, teruk ke makcik?” risau aku!

“taklah. Luka dekat kaki je..”

“boleh saya jumpa dia?”

“erm, makcik taktau dia dah balik ke belum..”

“boleh saya jenguk dia sekejap dekat rumah makcik?”

“kalau dia ada.. En.Luth cuba la.. tapi, jangan masuk rumah ye..”

“takpe makcik.. terima kasih.. rumah makcik dekat mana?”

************************************************

Di dalam kereta..

‘ish. Kalut sungguh aku. apa la yang makcik Nina tu anggap agaknya.. aku ni gila ke hape..’ Luth bercakap sendirian.

Sampai di hadapan rumah, Luth jenguk ke arah pintu. Bermangga. Rumah senyap sunyi. Hurm.. tak balik lagi lah tu.. manalah kau pergi lama sangat Nisrin..

Luth kembali masuk ke dalam kereta. Hampa. Takpelah, esok-esok cuba lagi..

11 comments:

Anonymous said...

x sbr nk tgu n3 strusnyeeee..hehe

Anonymous said...

hahaha..uncle Long awatnya hang dah angau kat Nisrin ke??? Bestnya.. Tak dapat bayangkn apa akan jadi bia dioarang bersama..

Anonymous said...

thanks cucuratap...
haha..luth da jatuh hati..
sementara nak blah..iz n nisrin pon smp..
tekejut c nisrin n dak iz tu..
iz: "eh..mcmne leh smp sini boss..?"
nisrin: "haa.."
luth: "aaa.."
luth pandang iz n nisrin..
huhu..terwat skrip lak..
jgn mare..

cucuratap said...

haha..
cool idea may lin..
boleh pakai nih..=p

the sedo gang said...

hahaha...
swit r dye0wng tuhs>>>
akk nk ag>>>
aisey~
ade 2 her0 la plak...
ngeh3...
mn 1 ek???
hu~
besh2..

keSENGALan teserlah.. said...

hahahaa..
ske2....
smbung2...
klako btol nisrin n iz nieh...
luth nieh plak angau overboard kat nisrin...
hehehe....

kenyitkenyit said...

ska2

atashinci said...

yelah cucuratap....enth2 engineer yg luth tersalah pggl nisrin tu iz kot.....
haru cam ni....

Anonymous said...

nisrin tunduk..buka kunci..trus masuk umah..
luth n iz pndg xberkelip..
iz: "woit..ko nye obat!!"
nisrin patah blik n amik obat..
iz:"sama2.."
nisrin: "thanks.."
br pusing 2-3 tapak..gedebuk..
luth: "nisrin!!!"
iz: "haa.."

misz nana said...

salam.. hai cucuratap..
sy org baru kat cni.. hehehe..
best la cite bidadara ni.. best sesangat!
gelak sorang2 baca cite ni.. hahaha..

bila nak sambung cite ni ek?
x sbr nak tau nisrin ngan sape..
chaiyok2!

Anonymous said...

hai..sy baru stat bc bidadara nihh..sggttttt syok!!kak cucuratap xda nk publish kerr..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio