♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, January 2, 2009

bidadara =13=

Luth mengelap peluh masam didahi. Hadoi la.. nama duduk kat Malaysia ni, panas semacam! Safety helmet ditanggalkan. Site smooth hari ni. nasib baik. Dah tak larat nak memikir. Dua tiga hari ni asik memikir pasal Azira je. Letih la..

“En. Luth, saya ingat, lagi dua minggu dah boleh pasang dah suspended ceiling.”

Haa? Luth kerut kening.

“apa? Nisrin?”

Ek?

“err.. bukan.. bukan.. saya sebut suspended siling.”

Dush!! Rasa nak hentak dahi. Apa aku merepek dengar ni? logic sikit Luth.. pahal lak si site engineer ni nak sebut anak tokey bunga tu?

“oh.. ahh.. okey..okey.. proceed je.” control macho. Cool beb! Malu arr nanti project manager gelabah!

Si site engineer dah konfius. Kerut muka. Rasa lawak pun ada. Entah sape-sape la si Nisrin tuh..

“erm, semua dah ok kan? Construction pun ada tinggal 20% je lagi.. apa-apa tolong bagitau dekat saya. Pesan dekat site manager jugak, report jangan lupa. Lepas tu, jangan nak ambik cuti jer.. ingatkan dia, kalau site tunggang-langgang, saya tetak je. tau la dah nak dekat siap pun.. jangan nak tuang kerja.” Tegas Luth memberi arahan. Si site engineer cuma telan air liur. Bahang En. Luth ni rasa panas terbakar dari terik matahari. Angguk.

“saya balik dulu.” Luth berjabat tangan.

“hmm.. En.Luth, saya nak tanya sikit.”

“apa dia?”

“siapa Nisrin?” sengih mengusik. En. Luth ni kadang boleh buat gurau jugak!

“suspended ceiling pasang lagi dua minggu!” selamba Luth menjawab. Pak! Tutup pintu kereta.

**************************************

Nisrin gelisah. Kerut kening. Seluruh rumah dia jelajah. Selak alas meja, menonggeng ushar bawah sofa, angkat pasu, hentak pintu.. mana nih? Garu kepala.

“carik apa Nisrin oii..” mak menegur dari meja makan. Nisa yang duduk di sebelah pun naik heran.

“surat khabar tamil..” selamba.

“Nisrin mengarut apa ni nak oii… sampai tahun 2020 pun tak jumpanya surat khabar tamil kat rumah ni..” mak geleng. Anak aku ni eksiden sampai terputus urat kepala ke?

Hahahaha. Nisa cuma gelak. Lawak la mak ni. akak pun satu, takde mende lain ke nak carik?

“halah mak ni.. tak membantu langsung la..” Nisrin suara merintih.

“carik apa sebenarnya?” mak tanya lagi.

“surat khabar tamil la.. dia kecik je.. hadoi..” Nisrin panjat kerusi, intai atas rail langsir. Takde. Bengong kau ni Nisrin! Takkan la ada kat atas ni? logic apa kalau kene tiup angin.. kan?

Tiba-tiba Nisa teringat sesuatu. Mulut yang tadi sengih ditarik masam. Tau dah apa yang dicari kakaknya. Menyampah aku lelaki tu..

“Nisa! Ada nampak tak? Nombor yang budak motor tu bagi hari tu?” Nisrin menjerit dari dalam tandas. Dahsyat betul sampai intai dalam kolah..!

Nisa senyap. Mencebik. “tak nampak!”. Dia bangun mengangkat gelas ke dapur. Tak tau kenapa, benci betul tengok budak motor bernama pelik tu. Maybe sebab gaya berlagak naik motor besar siap dengan jaket dan helmet mahal. Lepas tu gaya dah biasa langgar orang je, boleh rilek telefon ambulance. Riak muka lagi menyakitkan hati, selamba badak!

Pn. Nina memerhati. Ada yang tak kena ni..

“ada apa dekat surat khabar tu? Arjun Rampal?”

“Arjun Rampal Hindustan lah mak! Ada nombor telefon Iz kat situ..”

“oh.. budak motor langgar Nisrin tu?”

“haa..”

“hari tu kan Nisrin ada tunjuk kat mak, lepas tu mak simpan la. ada mak selit dekat buku telefon.”

“laa.. mak ni pun.. bukan nak cakap awal-awal!” Nisrin pantas mencari. Muka sengih.

“mak, esok pagi-pagi kita pergi hospital ye? Tengok luka ni.. boleh bukak dah kot.”

“alah.. malas lah mak. Nisrin pergi lah petang. Tunggu Nisa balik sekolah.”

Nisa pantas kalih muka. “Nisa taknak pergi. Sibuk.” Terus pandang tv.

“habis tu, siapa nak teman ni?”

“Nisrin telefon dulu orang tu. Kalau betul dia nak bawak, pergi lah dengan dia. tapi jangan naik motor pulak. Kalau dia taknak, ajak la Ija ke, Kak Yan ke..”

Nisrin senyap. Gagang telefon diangkat. 0173456789.

Tuut..tuuut..
Hello. pejabat perdana menteri.

Ek?

Pak! Telefon diangkat.

“hello?”

Hahahahahahaha. Buduh! Caller ringtone ke! Haha

Terlepas suara gelak Nisrin.

“hello? Siapa ni?”Iz bertanya lagi.

“assalamualaikum. Ni Nisrin. Yang kena langgar hari tu.” Sengih lagi. Pejabat perdana menteri? Dush!!

“oh.. luka dah ok?”
“dah. Esok ingat nak pergi hospital.”
“esok? Hmm.. ok.ok. rumah kat mana?”
“dekat Kampung Baru. Rumah nombor 2, lorong sebelah masjid.”
“okey.. erm, boleh cakap dengan ayah?”
“err.. takde.”
“mak?”
“kejap.”

Nisrin pas telefon pada mak.

“assalamualaikum.”
“waalaikumsalam makcik. Saya nak bawak Nisrin esok pergi hospital. Ye makcik?”
“oh.. boleh. Tapi kalau boleh taknak la naik motor ye. Kalau naik teksi pun boleh..”
“oh. Takpe makcik. Esok saya tak bawak motor.”
“terima kasih ye.”
“terima kasik dekat makcik jugak.”

Telefon dipas kembali.

“hello?”
“ha Nisrin. Esok dalam tengahari sikit boleh? Pukul 12 macam tu..”
“boleh. Boleh. Nak tunggu dekat mana?”
“aih. Depan rumah la!”
“tapi..”
“tunggu je. depan rumah.”
“ok.”
“ok lah. Esok ek? Bye.”
“bye perdana menteri.”selamba

Hahahahaha. Iz gelak panjang.

“haha. Cuak tadi?”
“apa cuak-cuak? Tak cool la..”
“hahaha.”
“ok lah. Assalamualaikum”
“waalaikumsalam.”

14 comments:

Anonymous said...

hahaha..ad ke weh crt ofis pm?nk gak!ofis oprah ad?

cucuratap said...

ade weh..
dulu ade sape ntah kena..
haha
ofis oprah? suara aku la tu.. =p
nanti aku sign up kontrak ngan maxis

keSENGALan teserlah.. said...

office perdane menteri??
hahahaaa...
lawak2...
luth nieh pon apsal tetbe engt kat nisrin niehh...
hesyy...
tanak ar nisrin ngn iz...nk dye ngn luth gak cucuratap...
eheheh...
best2....

nana_yoong said...

sempoi je..part nisrin writer wat agak kebudak2kan..part luth pulak writer ubah ke watak matang.. gud job.. xbosan bace..

nak lagi eh

tzaraz said...

Tapi kan lah...At this point...kita suka je klu Nisrin ngan Iz..hehe..

the sedo gang said...

har3!
lwk gler la iz tuhs...
mcm2 r dye tuhs...ngeh3..
c0meynyer klu iz ngn nisa...
ekekeke...
yg luth plak!
pehal tetiber t'ingt kt nisrin>>
aisy~
haw3...nk ag!nk ag!

haikadove said...

yesh yesh da smbung! hehee;D
alaaa.. bglaa nisa tue ngan iz. nisrin ngan luth laa.. hehehee.. demand lak;p

pinat said...

ngahaha..ofis pm?
lawak btol..

luth ni tetibe angau kt nisrin ke ape?

Anonymous said...

cumel!
ehehehe,..

adek said...

hehheehe
luth gle shadow da...
igt nisrin je..

ceritaku MEMORIKU said...

cum best je bnyi caller ringtone2.
agagag.
sweet2.
suke2.
agagag.
-na'dz

khairunisya said...

nak luth ngn nisrin..
pas2 iz plak ngan nisa...
comey2...

Anonymous said...

gile la cite nie..
gelak sensorng da nie..

Anonymous said...

nk gak calleringtone 'datuk menteri'
tpi wat mse nie cume dapat 'skolah datuk menteri' jer..

>ily?<

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio