♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, January 30, 2009

bidadara =21=

Pipi Nisrin masih basah. Lencun. Bibirnya dari tadi terketar-ketar. Berusaha supaya tak menangis lagi. Dia duduk memeluk lutut dihadapan timbunan tanah merah itu.

“ayah… Nisrin balik ye yah.. Nis..Nisrin.. Nisrin mintak maaf… nanti, Nisrin bawak adik dengan mak ye… huh..” dia menunduk. Melayan tangisannya lagi..dan lagi..dan lagi… cuba kuatkan diri sendiri.. dia mengadu didalam hati..

ayah, adik asyik nangis, kebumi ayah pun dia tak datang.. mak pulak lemah semangat.. bila sampai sini, dia patah balik rumah.. mak berkurung dalam bilik macam malam semalam agaknya.. ayah.. Nisrin je dekat sini yah.. diorang semua tak ada.. Nisrin sorang-sorang yah.. Nisrin tak kuat yah.. macam mana Nisrin nak pujuk Nisa yah? Macam mana Nisrin nak tenangkan mak, yah? Huh.. Nisrin tak tahu.. Nisrin tak reti.. Nisrin tak mampu ayah.. Nis..Nisrin..Nisrin tak tahu..

Sedunya makin kuat. Ya Allah! Bantulah aku.. mukanya disembamkam pada lutut yang dipeluk. Kain baju kurungnya juga dah lencun. Aku tak boleh macam ni.. kalau aku terus kat sini, adik macam mana? Mak macam mana? Tapi… Nisrin tak setabah tuh.. Nisrin pun tahu nangis.. Nisrin pun tahu sedih.. tapi kenapa Nisrin sorang-sorang??

Akhirnya, dia bangun. Punggungnya dikibas-kibas. Pipi yang basah dikesat dengan hujung lengan. Dah lebih setengah jam dia berada disini. Selepas orang dari masjid balik pun, dia masih tak berganjak. Dah lah tu.. Nisrin, terima lah.. ayah dah takde!

Luth yang dari tadi hanya bersandar pada pintu kereta berdiri tegak. Nampak Nisrin menuju kearahnya. Sebenarnya, dia masih terkejut. Banyak yang dirahsiakan rupa-rupanya. Rahsia? Atau, Nisrin belum bagitahu. Dia pun tak tahu yang mana satu. Yang jelas, Iz langsung tak terkejut. Hmmph.

“lama sangat ke Uncle Long tunggu Nisrin?”

Luth senyum. “taklah. Balik?”

Nisrin angguk. Matanya memandang cermin kereta. tudungnya dibetul-betulkan. Mata mesti dah merah.. walau pantulan itu tidak dapat menampakkan warna matanya itu, tapi bengkaknya dah jelas. Ah! Peduli hape.. pintu dibuka. Dia terus duduk. Senyap.

Luth tak tahu macam mana nak menegur. Nisrin nampak macam…. Sedih sangat. Tengok muka sembab tu, macam ada bagi tanda ‘don’t talk to me’. Biarlah..

Seyap sunyi itu kekal sampai lah dihadapan pagar rumah Nisrin. Kelihatan, Iz sedang setia menunggu dibuaian. Dia bawa balik mak tadi. Nasib baik ada Iz, ada Uncle Long, ada orang masjid, Kak Yan, Ija.. kalau tak, memang mati kutu mati akal.

“hmmm.. are you okay?” Iz bertanya.

Nisrin angguk lagi.

Iz hanya memandang dengan penuh simpati. Keluhan dilepaskan. Dia kalih pandang pada Luth. Angkat kening.

Luth yang faham menjawab, “Nisrin nangis teruk tadi. Ntahlah.. dia macam sedih, tekanan pun ada..”

“Nisrin masuk rehat dulu ye? Makanan Abang Iz dah belikan, ada atas meja. Nisa dengan makcik Nina pun belum makan lagi.”

“hmm. Thanks”

“tadi.. Kak Yan ada pesan, nanti nak buat tahlil ke, apa-apa ke.. cakap je dekat dia. erm, saya pun boleh tolong. Kalau Nisrin ada nak mintak apa-apa, call jelah.” Luth pula bersuara. Tenang, perlahan.

“terima kasih. Taktau nak cakap macam mana dah. Terima kasih.. sangat-sangat. Abang Iz, Uncle Long..”

“alah, jangan lah cakap macam tu.takde apalah.” Iz memotong.

Luth mengangguk. Cuba untuk senyum. Cuba memberi nyawa pada keadaan yang sangat hambar.

“Nisrin.. masuk dulu ye?”

“ok.” Serentak mereka menjawab.

Nisrin masuk ke dalam rumah dengan langkah longlai tak bertenaga. Dari malam tadi, sampailah ke pagi ni, tak sesaat pun dia lelapkan mata. Kudrat dah rasa tak berdaya, fikiran pun lemah, ntah kemana.. pin tudung dibuka. Badan dihempuk pada kerusi makan. Tak larat!

Tiba-tiba dia mendengar suara meraung kuat dari dalam bilik Nisa. Ahh! Pintu Bilik Nisa ditolak kasar.

“Nisa!” Nisrin menjerkah kuat.

Nisa masih buat tak peduli. Masih meraung. “ayah….ayah… jangan mati lagi ayah.. ayah..!!!!!!!” sedunya ditarik kuat. Tumbukannya dilepaskan ke dinding papan itu. Bummm!!!!! “ayah!!!!!!!!!!!! Ayah!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Pang!!

Nisrin tercungap-cungap. Macam baru terselamat dari hanyut ke dalam laut dalam.Dadanya sesak.

Nisa rasa perit dipipi kirinya. Kakak!!

“Nisa ni kenapa?? Dah gila? Hah! Dah takde iman??!!!”

“siapa yang gila???? Akak yang takde perasaan ayah mati, lepas tu lempang adik sendiri.. atau Nisa, yang sorang-sorang rasa kehilangan ayah?” lantang Nisa menjerit.

Pang!!!!!!

Sekali lagi tangan Nisrin melempang pipi adiknya. Sekuat hati. Nafasnya turun naik. Makin sesak rasa didalam dada.

“Tuhan bagi otak, fikir!! Tuhan bagi hati, rasa!!! Jangan cakap main sedap mulut je Nisa! Bukan Nisa sorang je yang sedih! Mak dengan akak pun sedih jugak! Tapi takdelah meraung macam orang gila macam ni! guna sikit akal tu!!”

Nisa merebahkan diri diatas katil. Menadah airmata dengan bantal kekabunya.

Nisrin bergerak merapatkan diri pada Nisa. Ahh!! Aku pun, kasar sangat! Dia meraup rambut yang berjuntai ke muka.

“sorry.. sorry Nisa..” Nisrin membelai kepala adiknya.

“Nisa tak boleh terima kak… tak boleh…”

“Nisa ingat, Allah uji hamba yang dia sayang sangat-sangat.. kita kena pegang dengan kata-kata tu..”

“Allah uji… orang yang dia sayang….” Perlahan Nisa mengulang ayat Nisrin.

“hmm..” Nisrin angguk. Mengiyakan.

Ya Allah…berapa lama lagi keadaan ni akan berterusan?

**************************

Awal pagi itu, Nisrin masih baring menelentang memandang siling putih. Dah pukul 4.00 pagi.. dah lebih 24 jam tak tidur.. tapi mata sikit pun tak mengantuk. Menguap sekali pun tak. Hmmph..

Imbas balik kejadian di lobi hotel malam tu, dengar je suara Kak Yan di telefon. terus rasa nak rebah ke lantai. Ayah meninggal.. didalam selnya. Mulanya Nisrin mengagak, batuk ayah yang jadi penyebab. Tapi, mengikut laporan doctor, ayah kena serangan jantung. Ayah.. sakit jantung?? Kenapa dia tak pernah tahu? Dan lagi pula.. kalau selalu dalam drama tv tu, serangan hanya jadi bila dapat berita terkejut..kan? tapi.. kenapa ayah boleh kena tiba-tiba? Entahlah. Banyak sangat yang dia nak persoalkan pada warden penjara sebenarnya. Tapi ilmunya pun tak banyak mana. Sebut tentang jenis penyakit, memang dia tak tahu. Sekarang, dia kena belajar menerima. Ya, redha.

Dan bila rewind balik kejadian dihotel, hatinya jadi tak tentu arah. Apa dalam kepala otak aku masa tu? Aku ingat Uncle Long tu siapa yang nak nangis kat dia? tuxedo dia ada rupa napkin ke? Huh! Makin sesak otak sekarang! Soalan dan soalan dan soalan lagi!

Kenapa, dalam hidup kita banyak sangat soalan? Soalan yang cukup rumit.. yang cukup susah. Kadang-kadang, kita rasa berat sangat nak tanggung. Menanggung soalan yang tak dapat dijawab. Yelah, setiap satu soalan tu seakan-akan tiada jawapan. Puas difikir, perah otak.. tapi tak jugak dapat penyelesaian.

Akhirnya, kita biarkan sahaja. Bagaikan angin lalu. Hmm. Manusia, selalu ambil jalan mudah untuk hidup kan? Biarlah segantang pun soalan yang muncul dalam kehidupan seharian kita, kita tetap jalani hidup seperti biasa. Buat apa nak berat-berat kepala? itulah yang sebahagian daripada kita hujahkan.

Kita tak sedar. Sebenarnya, setiap soalan itu muncul untuk diselesaikan. Atau, sekurang-kurangnya membawa hikmah kepada kita. Macam ayah. Kenapa dia boleh mendapat serangan jantung tiba-tiba? Cuba bayangkan ayah meninggal dengan cara yang lebih menderita.. macam kanser, atau kemalangan. Nauzubillah. Kenapa aku, mak dengan Nisa tak pernah tahu penyakit ayah? Mungkin sebab ayah takmau kami risau. Dalam penjara lagi, jauh dari kami.. itu dah cukup merisaukan.

Dan.. kenapa pula aku pilih Uncle Long untuk menadah airmata? Huh! Soalan ni, aku taknak fikir. Taknak selesaikan. Ini bukan masa untuk itu Nisrin!

Wednesday, January 28, 2009

bidadara =20=





Gulp! Tersentak Nisa sekejap dihadapan cermin. Aiyooo… siapa budak perempuan ni???? tangannya mengibas-ngibas kain dress putih menyapu lantai itu. gila tak percaya!!! Aku ke ni??? Nisa binti Abdul Rahim..? biar benar.. tangannya membetulkan pula brooch diselendang putihnya itu. kena ke ni? elok ke? Dipusing-pusingkan pula badannya dihadapan cermin sambil bercekak pinggang. Serius?? Aku ni??

“Nisa!!” Nisa pusing kebelakang. Kakak???????????????????????

“fushooooooooooooooo…” melopong mulut Nisa.

Nisrin menolak badan adiknya ketepi sikit. Dia mengadap diri sendiri. Aku ada terhentak dahi kat mana-mana ke? Mata aku ada termasuk cecair kimia ke?? Printed knee-length dress bercorak bunga mawar itu ditenung. Cardigan hitamnya diangkat sedikit. Huh!! Macam nak pergi Anugerah Bintang Popular!! Ni Uncle Long punya hal la ni! tak pasal-pasal je..

“akak? Ok ke ni?”

Atas-bawah atas-bawah mata Nisrin bergerak. Meneliti adiknya.

“lawa.. sangat. Macam princess.. macam bride-to-be pun ada..”

“betul-betul laa.. serius ni!!”

“betul laa.. akak?”

“giler.. kalau tinggi sikit lagi macam model. Kalah Heidi Klum.”

“ceh!”

Bunyi enjin kedengaran. Uncle Long dah janji nak jemput. 8.00 sharp!! Uuhh..

Nisrin pantas mencapai kasut warna merah, sedondon dengan beg tangan. Nisa pula kalut menyarung sandal 4inci bertali-tali warna gold. Clutch ditepi dicapai.
“mak.. pergi dulu!” pantas mereka bersalam dengan mak. Ni lah perempuan! Siap terhegeh-hegeh!

sampai sahaja diluar rumah….

Ahhhh… sudah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nisa dan Nisrin terberhenti. Dua kereta???? dua orang lelaki???? Err..

“erm.. Abang Iz! Tak kata pun nak jemput…” Nisrin senyum kelat.

“kan Abang Iz yang invite.. mestilah Abang Iz yang jemput..”

“tapi.. arr… erm.. dah janji dengan Uncle Long..” Uncle Long ditepi dijeling sedikit.

“macam ni lah. Nisrin ikut saya. Nisa, ikut Iz. Ok?” Luth tiba-tiba memotong.

Apa??????????

“eh! Apa pulak macam tu! Nisa nak pergi dengan akak!”

Nisrin dah pening. Dahi berkerut berapa ribu dah tak boleh dikira. Aduh…

“aku naik dengan Nisrin! Kau dengan Nisa!” Iz pula memberi arahan.

“hmmph. Takpelah. Nisa, jom?” Luth mengalah. Pintu dibahagian penumpang depan dibuka. Muka keruh.

“akak…” Nisa dah merengek.

Nisrin menjeling Iz tajam. Geram betul!!!!!!!! Lain kali cakap la siang-siang!!

“Abang Iz pergi sorang tak boleh?”

“siapa ajak siapa?”

Ahhhh.. pulak dah!!!!!!

“erm.. macam ni lah, Nisa prefer siapa?” Luth bertanya lembut.

“Nisa nak dengan akak..”

“tak bolehlah.. kena pecah dua.”

Nisrin mendengus geram. Nak ikut Uncle Long, kesian pulak dekat Iz.. penat drive siap datang pakai smart-smart.. macam semangat gila.. tapi, kesian pulak dekat Uncle Long.. dah janji dah..

Nisa memerhati kakaknya. Gaya berfikir nak jawab pilihan jawapan sejarah! Kesian la pulak..

“takpelah. Kita pecah. Akak naik la dengan sape-sape..”

“Nisa naik dengan Iz ye?” Nisrin terus berlalu pada Luth. Taknak kalih pada Iz. Takut nanti serba-salah pulak..

Zapppppppp!! Rasa tersedut semua darah Nisa keluar. Kenapa dengan Iz??

“hmm. Jom Nisa. Masuklah.” Iz dengan muka masam terus masuk ke tempat duduk pemandu.

Nisa perlahan-lahan menarik handle pintu bahagian penumpang hadapan. Dup..dap..dup..dap..dup..dap… aish!!! Jantung!! Kenapa pulak dengan kau!!

“kenapa? Ketat ke?” Iz melaung dari dalam kereta.

“errr…ta..tak..takk..” sengih kelat. Stop it la dup..dap..jantung!

****************************

Mereka berempat masuk ke ballroom itu. Nampak mewah. Palace of The Golden Horses ni memang tempat untuk orang kaya-kaya agaknya.. jangan kata saiz hotel, saiz tiang dia pun dah besar!

“Nisrin.. cute sangat.” Luth pandang Nisrin disebelah bahu kirinya. Sengih.

Aisehhhhhhh…….. ni aku lemah ni. “heh. Thanks. Baju je lawa.”

“saya kata Nisrin cute.. tak kata ‘the dress cute’.”

Aduhai hati..tenang..tenang…heh. senyum lagi. Orang puji beb!

“ehem!!” Iz tiba-tiba berdehem. “jom kita duduk sana.”

Mereka berempat mengambil tempat dimeja bulat, dua baris dari depan. Nak terkeluar mata Nisa dan Nisrin. Cenggini ke dinner orang kaya-kaya. Maaaaaak aaaaiii… kalah artis! Bau.. toksah kata la! semerbak harum! Naik pening pun ada! Entah-entah diorang spent beribu-ribu untuk malam ni je.. adoi.. aku ngan Nisa ni, kalau tak orang belanja, haram laa nak merasa.. yang perempuan macam tu, yang lelaki pun lebih kurang sama. Tux elok terletak, mesti tempah eksklusif tu kan? Kasut pulak sikit lagi boleh buat cermin.

Nisrin pandang sebelah kiri. Uncle Long. Boleh luruh jantung!! Tux hitam dengan kemeja putih didalam. Tiada tie, atau bow.. butang atas tidak dikemaskan. Simple! Pandang kanan pula. Iz nampak santai dengan leather blazer. Rambut yang penting.. stylo arr..!

Boring jugak bila dah lama-lama.. ucapan orang tu, ucapan orang ni.. bila nak habis daa.. Nisa nampak cam kaku-bosan gila.. kesian pulak..

“psstt!! Nisa, boring sangat-sangat kan?”

Nisa cuma angguk. Mata kuyu.

Iz dan Luth tersenyum. Well, dah biasa.. kelakar je Nisrin ni. boleh cakap macam tu? Ingat orang tak dengar ke? Hehe.

“okeh! Dah boleh makan! Jom bangun. Buffet kat sana tu.” Iz menunjukkan pada satu arah.

Alahai.. macam kekok gila bila bercampur dengan orang yang tak satu standard dengan kita kan? Walaupun kita konon masyarakat bersatu-padu, tapi bila berhadapan dengan situasi macam ni, baru kita sedar, status sosial itu wujud. Tengok saja sekarang, satu ballroom ni lebih kurang sama status. Kalau aku pakai baju kurung, agak-agak kena halau ke? Ish.. mereka jugak berkelompok. Mak datin tu hanya bercakap dengan mak datin tu, puan seri ini dengan puan seri ini, kerani atau setiausaha pula leka dengan borak-borak group mereka. Macam ni ke masyarakat kelas atasan? Oh.. aku ni memang la buta. Langsung taktau. Sekarang tercangak-cangak, macam rusa masuk bandar.

Nisa pula berjalan keliling ballroom. Cantik hiasannya. Lagi menarik untuk ditengok dari makcik-makcik kelilingnya. Hurm. Dia melangkah kedepan dengan gelas koktail ditangan. Model bangunan yang akan dibina ditenung. Oww.. nak buat kondo.. baru tau. Tadi masa orang cakap panjang-panjang tak hingin nak dengar. Matanya teralih pula pada sebuah piano disatu sudut. Huwaaa… acoustic piano Yamaha 5’3’’ itu disentuh. Kan best kalau dapat…

“tau main?”

Uih! Terkejut aku. sikit lagi nat tersimbah dengan koktail. Iz!

“err.. dah lama tak practice. Dulu ada cikgu ajar. Free je. dekat rumah dia.”

“sekarang?”

“dia dah pindah.”

“hey.. why not kalau Nisa try?”

“eh.. takpelah! Dah kayu dah jari ni.. tak..takpe..”

“eh.. tryla! Mesti best! Suara Nisa dahla best. Main okey?”

“err..taknak la Abang Iz! Tak ingat dah ni..”

“yang tak ingat lah yang kena diingat-ingatkan..”

Iz terus mengarahkan pekerja hotel itu mengalihkan piano ke tengah pentas. Gulp!!!! Cuak la aku macam ni…!

Iz menarik sikit kerusi pemain piano itu. mempersilakan Nisa duduk. Ahh.. sudah!!

Iz menarik mic. “sorry ladies and gentleman. Here we have a very talented young lady.. please, listen to her lovely voice.. or you’ll regret.”

Huuuuuuuuuuuuuuu!! Terdengar tepukan dari seisi dewan. Muka dah pucat lesi. Jari dipatah-patahkan.

Senyap.sunyi.

Semua menunggu petikan jari dan suara lunaknya.


Gung-geum-han Man-keum
Geok-jjeong-doe-neun Mam
Jo-eun-geo-ra-myeon Da
Hae-ju-go Si-peun Mam
Sa-rang-i-jyo Geu-rae-yo
Geu Sa-rang-i-ra-neun-geo
Byeol-geo A-nin-de
Nam-deul-tta Ha-neun-geo
Na-do Ha-neun-geon-de
Wae Na-man Eo-ryeop-kko Him-deun-ji
Byeong-nal-kkeot Ga-ta-yo
Mae-il Seul-peo-seo
Mae-il U-reo-yo
I-reon Nae-ga Mip-kko Sil-chi-man
Ga-seu-mi Si-ki-neun Il-ma-da
Dae-chae-geop-ssi
Geu-dael Chat-kko I-sseo
Na-do Eo-jjeol-su.. Eop-jjyo
Na Yok-ssi-meun Ma-na-do
Cha-kan-ga-bwa-yo
Eon-je-na An-doe-go
Bul-ssang-han-geon Nan-de
Geu-dae-ga Neo-mu Ga-yeo-wo-seo
Mi-chil-geot Ga-ta-yo
Mae-il Seul-peo-seo
Mae-il U-reo-yo
I-reon Nae-ga Mip-kko Sil-chi-man
Ga-seu-mi Si-ki-neun I-ri-ra Meo-ri
Ma-jeo Tta-ra-ga-neun Geon-ji
Na-neun Eo-jjeo-myeon Jo-chyo
Ja-kku Ga-seum-so-ge Nu-ga Sa-ra-yo
Su-meul-sswi-myeo Nu-ga Sa-ra-yo
Jo-eun-de Neo-mu-na Jo-eun-de
Geu-nyang Nae-ga Pyeong-saeng A-peul-kka-yo
Na-neun Eo-jjeo-myeon.. Jo-chyo
(Ga-seum-e Nu-ga Sa-ra-yo—J)


Tergamam. Nisrin, orang pertama yang menepuk tangan. Tepukannya diikuti dengan tepukan gemuruh.

Nisa yang seakan tersedar dari lelap, mengelap cecair di pipinya. Ah! Kenapa aku menangis? Inikan cuma lagu?mungkin.. orang lain tak rasa.. sebab cuma aku yang tau maksudnya..

Turun saja Nisa dari pentas, Nisrin terus meluru memeluknya. “Nisa!!!! Best sangat!!!! Tersenyap akak dengar.. mula-mula tak kenal.. siapa tu? Lepas tu baru perasan! eceh… feeling abes!”

Nisa cuma tersenyum. Betul lah.. takde orang yang tau maknanya. Nasib baik jugak..

“lepas ni, boleh jadi artis!” Luth mengusik.

“takdelah.. alah, cincai je tu..”

“eceh.. rendah diri pulak! Orang dah puji tu.. anyway, congrats! Kata tadi jari dah kayu..” Iz pula masuk acara mengusik.

Senyum lagi. Tak terkata apa!

“kenapa nyanyi lagu korea.. kitorang semua tak faham..” Nisrin komplen. “boleh translate tak? Macam sedih je lagu dia tadi..”

“eh… mana boleh! Nak maksud dia kena carik sendiri..”

“alah.. kedekut habis!”

Hahahahahahaha. Kecoh mereka berempat disudut belakang itu. tiba-tiba, seorang berpakaian seragam hotel masuk terkocoh-kocoh.

“err.. boleh saya tahu, siapa Cik Nisrin?” lelaki itu bertanya pada Iz.

“s..sa..saya. kenapa?” Nisrin kerut kening.

“ada panggilan untuk cik. Sila ke lobi cik..”

Luth pandang Iz, Iz pandang Nisa, Nisa muka risau. Kenapa ni??????

Nisrin turun mengikut lelaki itu. Nisa, Iz dan Luth juga turut mengikut ke lobi.

“hello? Saya Nisrin.” Teragak-agak Nisrin menjawab panggilan.

Lama. Nisrin terpaku disitu. Luth, Iz dan Nisa dah tak sabar-sabar nak tahu sebab panggilan itu. Nisrin masih berdiri tegak. Hampir 10minit. Suara dari gagang telefon sudah lama senyap.

“kenapa Nisrin?” Iz disebelah menegur.

“ayah…ayah…” perlahan suara Nisrin. Suara sebak. Matanya dah mula berkaca. Gagang terlepas. Tangan hanya mampu menekup mulut. Pandangannya kabur. Kabur dengan airmata.

“akak.. kenapa dengan ayah kak… akak.. cakaplah… jangan diam macam ni.. akak..” Nisa menggoncangkan badan Nisrin. Muka dah berkerut.

“Uncle Long….” Nisrin mendongak sedikit. Memandang Luth. Lantas mukanya disembamkan ke dada Luth. Hangat basah rasa tuxedo nya.. Luth serba salah. nak dipegang, tak boleh. Akhirnya, tangannya diangkat mengurut belakang kepala Nisrin.

“shh.. kenapa dengan ayah….”

Nisa mencapai tangan kakaknya. Mata dah mula berair. Mengharap Nisrin akan menjelaskan padanya secepat mungkin.

Nisrin meramas tangan adiknya, walau kepala masih pada dada Luth. “ayah.. ayah dah takde…”

Serentak, Nisa tersandar ditiang belakangnya. Mula meraung. Ayah… ayah jangan tinggal Nisa…

Nisrin terus mendapatkan Nisa. Mereka berpelukan. Menangis. Meluah rasa. Rasa kehilangan, satu-satunya lelaki dalam keluarga mereka. Lelaki yang pernah buat hidup mereka rasa bahagia.

Iz cuma tergamam. Terdiam sebentar. Kenapa dia cuma berdiri kaku melihat drama ini? Tergamam dengan berita kematian ayah Nisrinkah? Tergamam dengan raungan Nisa? Atau… tergamam melihat Nisrin menadah airmata pada Luth, dan bukan padanya??





-----------------------------------------------------------
Maksud lagu : Ga-seum-e Nu-ga Sa-ra-yo (kita dengan Nisa je tau. Shh..)

Someone Lives in My Heart --J

I worry as much as I am curious .Wanting to give you everything that’s good.Yes, it’s love.Love is really nothing .I’m just doing what other people are doing .But why am I the only one going through this pain .I’m always sad so I always cry. I hate the way I am .I keep looking for you because that’s what my heart tells me to do. I can’t help it. I’m greedy, but I must be a kind person .Whenever I did something, I succeeded .You so pitiful. I think I’m going to go crazy. I’m always sad so I always cry. I hate the way I am .I keep looking for you because that’s what my heart tells me to do .What should I do .There’s someone living in my heart. Someone breathes within me .I like it, I really like it. Should I bear this pain forever. What else can I do….




Tuesday, January 27, 2009

bidadara =19=

Hahahahahahaha. Lenguh dah mulut Nisrin ketawa.

“Abang Iz nih.. kenapa buat macam tu kat Uncle Long.?”

“hahaha.. alah.. saje je.. kasi surprise.. kalau tengok reaction dia time tu, boleh ketawa seminggu tau!”

“hahahahaha.. kenapa tak bagitau awal-awal.. kesian Uncle Long..”

“kenapa pulak kesian kat dia?”

“yela! Buat dia terkejut time tu!”

“halah.. sikit je tu..”

“so, how was the meeting?”

“O.K laa.. Luth professional. Lagipun, Abang Iz memang nak sangat kerja dengan dia. nak tau, dalam industry ni, orang panggil dia ‘scanner’.”

“scanner????”

“haah. Sebab, dia boleh ingat every details in the drawing. Jangan harap laa nak kelentong dia ke hape. Satu projek, drawing dia, beratus-ratus tau. Bayangkan..”

“fuh. Hebatnya dia..”

“apapejela..” nada malas. Mata pandang langit. Helmet ditempat duduk diambil.

“hmm, Abang Iz balik dulu laa.”

“ow… o.k. jalan elok-elok.”

“manede jalan. Naik motor laa.” Sengih.

“yela! Yela!.”

“eh! Lupa nak bagitau. Nanti ada dinner. Untuk diorang yang terlibat dalam projek ni. Nisrin datang eh?”

“tamau la! Nisrin bukan ada involve apa-apa pun.. semak je nanti.”

“alah.. datanglah.. kita kawan kan?”

“ramai ke nanti?”

“semua yang terlibat dalam projek ni la..”

“Uncle Long pun ada la?”

“of course. VVIP tu.”

“hahaha. Asik kenakan dia jek..”

“betul la. very-very-important-people.”

“hurm. Tengok la nanti.”

“ajak la mak dengan Nisa sekali. One more thing, Nisa pandai nyanyi ek? Haritu, kat depan rumah tu..?”

“aah. Dia dengan gitar tua tu. Kenapa?”

“kalau suruh dia perform malam tu, dia nak tak agak-agak?”

“entah. She a little bit moody these past few days.”

“oh. Pujuk la dia eh? Teringin nak dengar dia nyanyi. Lagipun, tentative malam tu nanti kosong sangat..”

“erm. Tengoklah.”

“tengok..tengok.. takut sangat nak datang!”

“lek arr..” sengih. “kata tadi nak balik dah?”

“yelaa.. nak balik laa ni..” Iz memakai helmet dan memasukkan tali. Keselamatan!

“bye bye.jangan langgar anak orang lagi..”

Iz cuma mengangkat tangan dan memecut pergi. Sebenarnya tadi, tak berhajat pun nak singgah. Kebetulan je lalu. Heleh.. Iz,nak tipu diri sendiri huh? Kira Berjaya laa tu konon.. padahal pecut sikit punya laju dari ofis!

********************

Nisrin mengendap Nisa yang elok meniarap atas katil. Bukaan pintu yang kecil tu menampakkan Nisa tengah buat homework math. Tekan kalkulator bagai nak rak. Daun pintu diselak sedikit.

“ehem! Ehem! Nak kacau kejap boleh tak pelajar harapan?”

“dah kacau dah pun.. come in.”

Nisrin duduk diatas katil. Badan disandarkan dibelakang badan Nisa. Bantal peluk diambil dan digentel-gentel hujungnya.

“ada apa akak ni..?”

“kejap la. baru nak susun intro. Asik hangin je Nisa nih..”

Tangan Nisa cekap mengemas kertas-kertas dan kalkulator kebawah. Pak! Campak aje.. heh

“cepatlah.. dah ready dah ni..”

“hmm, Abang Iz ajak kita pergi dinner. Dinner untuk projek baru dia. dia ajak kita semua. Tapi mak taknak pergi. Kita pergi nak tak?” elok penuh lembut, sopan Nisrin bercakap.

“Abang Iz?”

“hmm.hmm. I’zrael. Tak ingat dah ke?”

“no. the title. Pelik laa..”

“he’s 26. Respect sikit laa.”

“oww. O.k. akak nak pergi, pergi jelah. Takpayah ajak Nisa. Orang busy lah..”

“alah.. satu malaaaaaaam je.tak study satu malam je takkan tak boleh..” Nada pujuk dah naik lagi satu tahap. Tahap merayu.. heh.

“bila ni?”

Yes..yes! ni ada harapan ni.. Nisrin sengih. Bantal peluk diletak. “ermm, sabtu ni.”

“akan nak pergi sangat ke?”

“orang dah ajak..”

“hmm. Ok lah”

“yeay!! Mmmmmmmmuaaaaah…mmmmmuuuuuuaaaaaah!!!”

“eeeeee! Apa cium-cium pipi orang ni! bacteria tau!jerawat nanti!”

“hehehehe. Sayaaaaaaaaaaaang dia!”

“blah la. dah teman baru nak sayang.” Nisa cebik mulut.

“kalau tak teman sayang jugak. Tapi kalau teman sayang lebih. Heh”

“eeeeeeeeeeeeehh.. teruk betul! Abis dah?”

“err…”

“apa lagi nak mintak ni?” Nisa dah detect nada mintak-something dari kakaknya.

“kalau Nisa perform malam tu.. nak tak?”

“eh! Pahal lak! Tak pasal-pasal je Nisa kena!” Nisa kerut kening. Jangan buat gila la akak..

“hurm.. Abang Iz yang suggest.. dia kata Nisa pandai nyanyi.. lagipun dia kata nanti majlis tu kosong sangat..”

“suruh la orang lain! Dia kan banyak duit, panggil la artis!”

“erm.. dah suntuk kot..”

“tak logic la! dia takde secretary ke? Takkan baru arrange majlis ni.. kurang-kurang sebulan lepas..”

“err.. entahla.. akak pun taktau..”

“Nisrin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” mak melaung dari luar.

“ye mak!!!”

“sini kejap! Ada orang nak jumpa ni!”

Ish.. sape pulak dah.. eleh.. buat tanya.. ramai sangat kawan kau Nisrin? Kalau tak Uncle Long, mesti Iz.. tapi Iz dah datang kedai petang tadi..

Nisrin mencapai tudung dan melangkah keluar. Grill pintu diselak. Hmm.. Uncle Long… senyum.

“oit!” Nisrin menegur.

“assalamualaikum..”

“hehe. Waalaikumsalam. Kenapa ni? tiba-tiba je.. macam turun dari langit!”

Luth menunjukkan muka keruh. Kepala ditunduk.

“err.. hmm.. arr.. Uncle Long nak minum apa-apa?” Nisrin muka risau. Lain macam je..

“takpelah. Baru lepas minum.”

“oww..”

“tengah buat apa tadi?”

“borak-borak dengan Nisa..”

“spm dia dah nak dekat kan?”

“haah.. takut je tengok dia study..”

“ok lah tu. Dia taknak jadi macam kakak dia..”

“haha. Kutuk orang ar!”

Luth sengih. Ringan sikit kepala..

“Uncle Long nak cakap kat Nisrin apa-apa ke? Nisrin tak kisah.. ceritalah..”

“pandai.” Luth tarik sikit tudung Nisrin kebelakang.

“memang pun.. heh. So?”

“hmm.. Azira.”

Nisrin tersenyap. Oh.. Azira.. perempuan tu lagi.

“tadi, saya cakap dah tak boleh terima dia. memang tak boleh.” Nafas ditarik. “tapi dia macam taknak lepas. Taknak terima kenyataan tu..”. matanya kembali pandang pada Nisrin. “apa yang saya nak buat lagi Nisrin?”

Nisrin yang dari tadi senyap mula memikir. Apalah yang aku tau pasal cinta? Nisrin tak pernah rasa Uncle Long…

“slow-talk?”

“dah lebih dari slow…”

“cakap tegas sikit?”

“dah puas dah..”

“err.. buat bodoh?”

Luth sengih. Tudung Nisrin ditarik lagi. “apela…”

“betul la. kalau dah cakap baik-baik taknak terima, cakap tegas tak lut, jangan lah layan dah..”

“benda tu takkan settle kan situasi laa.. tu lari namanya..”

“dah tu? Apa Uncle Long nak buat?”

Luth menjungkitkan bahu. Dia pun tak tahu.

“mungkin.. Azira ingat Uncle Long ni tak laku kot.. sebab tu dia konfiden je..”

“hahaha. Mungkin la kot.. maybe dia ingat dia je yang nak dekat saya kan?”

“haha. Aish.. totally wrong laa.. Uncle Long yang sampai kena buat dua-tiga kaunter ni dia kata tak laku.. silap besar laa.”

“kaunter apa?”

“ting! Calon pertama, kaunter satu!”

“hahahaha. Macam pos office..”

“yelaa.. yang isi form ramai sangat.. kena buat kaunter serahan.”

“iye la tu! Pandai-pandai je..”

“haha. Jangan risau. Nisrin boleh tolong jaga kaunter. Nisa pun boleh kot. Haha.”

“cakap lagi.. cakap banyak-banyak.. tarik tudung tu karang!”

“heh. Garang laa..”

“ada apa menarik kat kedai harini?”

“oh.. Iz datang. Dia ajak pergi dinner company dia untuk new project. Alaa.. yang Uncle Long involve tu..”

“aik! Iz cerita ek?”

“haah.. terkejut ek..? haha..”

“mau tak terkejut-terkujat.. tiba-tiba je tersembul muka dia dekat pintu.. CEO pulak tu..”

“ok ke kerja dengan dia?”

“so far.. ok laa.. kenapa?”

“kalau dia buli lagi, report je dekat Nisrin!”

“haha. Protective nya….”

“takdelah. Tak baik je buat macam tu. Saje tak bagitau awal-awal.”

“ala.. take it easy la. fikir positif. Mungkin dia baru tau masa pagi tu.. or, masa dapat tender tu dia tak perasan pun it’s me..”

Nisrin cebik. “yelah tu.. Iz tu kan macam budak-budak sikit.. pekena orang suka-suka..”

“mengumpat!”

“taklah.. ni fakta..”

“so.. pergi dinner tu?”

“InsyaAllah.. dengan Nisa.”

“ow yeh? Good.”

“Hurm.. Uncle Long jangan fikir banyak ye pasal Azira tu.. nanti sakit kepala.”

“heh. Ok. Balik dulu. kirim salam semua. Bye-bye.”

“bye-bye”

Wednesday, January 21, 2009

bidadara =18=

“En.Iz, the QS consultant is here.”

“ok. Let me see him in meeting room.”

“now?”

“yup!”

Hana si secretary dah pelik. En.Iz semangat gila untuk projek kali ni. selalunya, dia tak suka meeting. Dia tak suka sebarang pertemuan formal. Apa-apa pun, biasanya hanya sekadar perjumpaan di luar atau dalam biliknya sahaja. Dan kali ni jugak, dia turut terlibat untuk penawaran tender.setiap apa yang dilakukan oleh juruukur bahan, semua dia nak tahu. Dan kali ni jugak, dia nak buat open tender. Memang syarikat ni selalu offer tender kepada selected kontraktor.. bukan open. Pelik..pelik..pelik.. dan lagi yang pelik, En.Iz rajin datang kerja! Biasalah.. kerja dengan ayah.. attendance tak pernah ambik kira. Hmm..

Hana membawa QS consultant itu ke bilik mesyuarat. Iz sudah sedia menunggu didalam.

“so, macam mana?”

“kami dah semak semua tender yang masuk.. dan ada dua syarikat yang berpotensi mendapat projek kali ni.”

“syarikat apa tu?”

QS consultant itu membuka fail diatas meja. “hmm, Khong Hee and Sons dan juga.. Binaraya.”

“Binaraya????????????”

“ya. Pencapaian mereka sebelum ni memang bagus..”

“saya nak Binaraya!” pantas Iz memotong penerangan consultant itu.

“err.. Encik taknak tengok tender-tender yang dihantar tu dulu?”

“taknak.” Iz bersandar pada kerusi yang empuk itu.

“taknak tengok latar belakang syarikat dulu?”

“siapa Project Manager Binaraya?”

Consultant itu pantas menyelak helaian buku tender yang setebal 4 inci itu. kalah buku Hary Potter..

“Project Manager.. Luth Zafran”

Iz senyum lebar.. “itu yang penting….”

Si consultant dah pelik. Apapejela.. asalkan client puas hati..

“Hana, nanti boleh buat LA. erm, buku tender Binaraya nanti tinggal sini, saya akan cek.”

“baik En.Iz.” consultant dan secretary bersuara serentak.

Iz masih senyum lebar. Selepas kedua-dua mereka keluar, dia masih duduk dikerusi bilik mesyuarat itu. menengadah siling putih. Luth Zafran.. dapat jugak kita kerja sama-sama ye..

*************************

“Luth, kita dah dapat LA dari pemaju perumahan tu.” Dato’ Yusri memulakan perbincangan didalam bilik pekerjanya itu.

“hurm? KITA Development?”

Dato’ Yusri angguk.

Muka Luth dah macam muka orang dapat anak pertama.
“hold on.. kita dapat?”

Dato’ Yusri angguk lagi.

“giant projek tu?”

“KITA Development mana pernah buat projek anak giant.. semua ayah giant..” Dato’ Yusri dah nak tergelak. Luth dah tak terkata apa. Macam tak percaya je!

“biar betul ni.. diorang tu dah la selalu pilih kontraktor..”

“betul la. tengok ni.” Dato’ Yusri tunjuk LA pada Luth.

“hush.. serius macam tak percaya!”

“percaya jelah.. dah depan mata.. buat projek ni betul-betul Luth.. ni client paling besar ni.. bukan senang..”

“don’t worry..”

“hmm. Meeting dengan CEO and MD minggu depan. Study lah apa yang patut. You should get ready for that.”

“you can count on me.”

“good.”

Luth tersengih lebar. Rasa nak melompat atas meja. Dah la dapat jawapan cepat.. rasa nak framekan je LA ni.. mungkin KITA Development tu dah nampak kejayaannya. Kesungguhannya. Fuuhhhh.. tengok jumlah Ringgit Malaysia dalam LA ni pun dah boleh pengsan! KITA Development tu syarikat pemaju yang besar.. sangat besar. Nakkan projek dia bukan senang.. berebut-rebut semua kontraktor dekat Malaysia ni. macam mana lah Binaraya boleh terpilih.. dahla Luth! Dapat rezeki bergolek pun nak banyak soal!

**********************************

Hari mesyuarat itu…

Luth dan Dato’ Yusri menunggu didalam bilik mesyuarat itu dengan penuh debar. Takut jugak, tiba-tiba mereka ubah keputusan. Tapi, kena buat muka yakin. Mereka dah dapat projek tu. Kena yakinkan client, yang mereka boleh selesaikan projek tu dengan baik. Huu.. debar..debar…

Pak! Pintu bilik mesyuarat terbuka. Seorang perempuan muda melangkah masuk.

“En.Luth, Dato’ Yusri.. ini MD dan CEO, KITA Development.”.

Dua orang lelaki menyusul dengan muka senyum mesra. Luth dan Dato’ Yusri berdiri.

Meremang bulu roma Luth tiba-tiba. “What the….”






mari kita belajar term!

# QS --- quantity surveyor (juruukur bahan)
# LA --- letter of acceptance
# MD --- managing director
# CEO --- chief executive officer

oh ye, aku harap sangat nama2 sykt yang aku reka ni tak wujud. kalau ada, ni semua rekaan. tidak ada kena mengena sama sekali. heh. mekaseh~

Wednesday, January 14, 2009

bidadara =17=

“Uncle Long tau, kelmarin lawak gila keluar dengan Iz.. dia tu memang kelakar.. macam budak-budak pun ada.. tak matang langsung..haha” Nisrin galak bercerita. Gelak dari tadi tak reda-reda.

“iye? Pergi mana je semalam?”

“pergi dinner dekat situ-situ jugak. Sepanjang sejam lebih duduk dengan dia, memang geeeeelak jek. Bengong tau dia tuh.. tak betul. Haha.”

“oh.. cerita pasal apa?”

“macam-macam. Ada sekali tu, dia boleh melayan orang kedai tu. Melampau gila! Bantai cakap Kelantan kat situ. Kalau pelan takpe, ni galak gila. Macam jumpa orang kampung dia pulak!” Nisrin gelak lagi.

“oh.. dia orang Kelantan ek?”

“aah.. Nisrin pun baru tau. Dia cakap ape tau? Dia kata.. ‘mu ni oghe kelate ko? Uuh.. satu kapa la kito. Mu dok mano?’ Ya Allah.. dengan orang duduk meja sebelah pun gelak sekali.”

“iye ke? Lagi? Dia kata ape?”

“hmm, orang tu pun apa lagi, layan la! ‘aku dok Tumpak. Banda hok kecik jo. Mu dok mano? Kota Baghu ko? Paka molek ni oghe banda besa.. ko, mu ni dok KL?’ adoi laa.. sakit perut! Pelayan tu pun boleh tarik kerusi duduk meja kitorang. Haha.”

“oh.. lepas tu Iz jawab apa pulak?”

“dia jawab.. ‘aku meme dok sini. Ado la kelik Klate.. tapi takdok la sokmo..’.. hahaha.. Nisrin pun dah boleh cakap Kelantan tau.. pastu kan Uncle Long, dia boleh ajak balik kampung! Dia kata, ‘mu nok kelik nati ajok la..’ uhh.. pelayan tu pun sengih lebar jawab, ‘bereh..’..haha”

“iye? Pelayan tu tak kena marah ke?”

“haha.. maunya tak kena! Bos dia yang tengah duduk elok kat kaunter tu berdehem entah dekat 10 kali kot! Dah 15 minit,tak ambik-ambik order lagi. Betul la carik penyakit. Iz pun satu, kuat usik orang! Kesian pelayan tu..”

“haha. Seronok gila la ni?”

“hmm.. seronok takyah cakap laa..” sengih lagi. “pastu kan Uncle Long, dia boleh order ikan siakap yang besar gila tu. Padahal makan dua orang jek! Pastu paksa-paksa Nisrin habiskan.. macam budak-budak!”

“iye?”

“aah.. dahtu, lepas habis makan, boleh dia takmo bangun. Buat malu jer.. dia kata, orang tak halau pon.. buat apa nak bangun! Haha.. gila kan dia?”

“hmm.. aah..”

“lain kali, kalau dia ajak keluar lagi, kena ajak orang lain teman.. kalau tak, teruk Nisrin kena sakat dengan dia..”

“oh.. dia nak ajak keluar selalu ke?”

“entah.. tapi dia kata lain kali nak ajak Nisrin makan lagi. Dia kata best sakat Nisrin. Eeh.. teruk!”

“heh. Ok lah tu.. dapat makan free..”

“ye la tu. Pastu naik lunyai kena sakat! Ada ke dia boleh buat lawak kunci kereta hilang? Nisrin punyalah semangat patah balik dekat meja restoran tu, carik sampai kat lantai.. lepas tu elok je dia cakap, ek eh! Dalam poket seluar! Tak patut betul!”

“haha. Kesian dia kena buli..”

“haha. Tu lah.. hmm.. Uncle Long tak penat ke? Taknak berehat dekat rumah?”

“ayat menghalau ke nih..”

“haha. Manede la.. kan tadi kata baru lepas lawat site, ni dah nak pukul enam.. tak penat ke?”

“penat la jugak..”

“habis tu? Kenapa taknak balik terus.. kang nanti pengsan tak cukup rehat.”

“ehh.. kita tough, bukan macam dia.. orang langgar kaki sikit dah pengsan atas tar.”

“haha. Uncle Long teruk arr!!”

“anyway, lupa nak tanya, hari tu accident dekat mana?”

“oh.. dekat jalan nak masuk Tasik Titiwangsa. Memang motor laju dekat situ.. salah Nisrin..”

“Tasik Titiwangsa?????????? Hari apa?”

“ahad rasanya.”

“ahad?????????? Kejap, Nisrin pergi hospital dengan ambulance ke Iz hantar?”

“ambulance.. kenapa?”

Luth tersenyap. Ohhhhhhhhhh my!!!!!!!!!!!!! Nisrin ke yang accident depan mata aku hari tu??

“kenapa Uncle Long?”

“erm.. rasanya, at that time saya ada dekat sana jugak..”

Nisrin tiba-tiba tersentak. Ya.. dia teringat kes hari itu. kes yang menyebabkan dia bukak langkah 50km/j. sayu tiba-tiba.

“kenapa tersenyap ni?”

“takde apa.”

“cakap lah..”

“takde apalah. Tak penting.”

“ada yang tak kena ni.. nak cerita pasal Iz lagi ke?”

Geleng.muka hala bawah.

“dah tu? Boleh pulak tiba-tiba.. tadi elok je gelak-gelak..”

“erm.. nak tanya sikit? Tapi Uncle Long janji, janji jangan marah.”

“tak. Cakaplah.”

“erm.. Nisrin bukan nak sibuk hal Uncle Long.. sorry la kalau nak tanya..”

“apa dia?”

“hari tu.. erm.. kat Tasik tu.. dengan Azira kan?” muka merah. Dahi dikerut. Mata diangkat sikit merenung Luth disebelahnya.

“hmm..” hambar. Azira.. Azira.. tak setel lagi!

“dating ke?”

“erm.. lebih kurang la kot..”

Owwwwkeyyyyyy…. Dia dating.. dah agak. Tapi aku tak harap jawapan tu yang keluar dari mulut dia. hish! Apa-apa la Nisrin, kau bukannya mak dia.. sibuk je nak tau! Tapi aku macam tak suka dengan jawapan tu.. dating huh? Dah sambung balik ke?

“dah kapel balik eh dengan dia?”

Luth kerut dahi. Apa dia???? kapel????? Bibir tarik sengih.

“ingat budak-budak ke nak main kapel-kapel ni? haha.”

“betul-betul la! Nisrin tanya ni.. gelak pulak..”

Hahahahaha. Kapel? Sumpah aku tak pernah terpikir nak main declare kapel saya-suka-awak-awak-suka-saya time umur aku dah nak dekat 30 ni. haila Nisrin.. cute habis..

“berenti la gelak tu! Macam lawak sangat-sangat je gaya..”

“serius la Nisrin.. kapel? Clash habis dengan saya.”

“erm.. you’re almost 30.. tapi selamba je cakap saya-awak dengan Nisrin.. Nisrin takpelah panggil Uncle Long..”

“dah tu? Nak apa? I-You? Abang-sayang? Hubby-honey?”

“eeehh!!!! Terkeluar semua cecair perut dengar..”

“haha. Dah tu?apasal tanya?”

“takdelah.. sebab Iz yang 26 pun dia kata tak hormat main kau-aku dengan dia. lagikan Uncle Long yang 28..”

“habis tu? Iz nak panggil apa?”

“dia kata nak ‘abang Iz’.”

“iye? Dahtu? Nisrin ikut je?”

“entah. Cam tak biasa. Sebab dari mula dah cakap macam tu. Lagipun muka dia nampak cam budak lepas sekolah laa..”

“haha. Muka saya?”

“hurm.. macam.. tukang kebun sekolah!”

“Nisrin.. tarik tudung tu karang!”

“haha. Bye-bye.. pegi balik! Haha.” Nisrin terus lari masuk balik kedalam kedai bunganya. Takut nanti dia tarik tudung betul-betul macam haritu!

Hmm.. Luth cuma tersenyum. Rasa lapang hati bila jumpa Nisrin. Alasan? Jangan tanya, sebab dia pun taktau kenapa. Biarlah dia terasa hati dengar nama Iz dari bibir comel Nisrin beribu-ribu kali, dia sanggup. Sebab muka ceria tu, senyum comel tu, gelak senang hati tu.. boleh cure balik semua kesan di hatinya. Aiseh.. layan jiwang la pulak..

bidadara =16=

Hari ini Nisa berjalan-jalan cuci mata kasi bersih dekat klcc. Yup, spm lagi sebulan je lagi. Makin penat, makin tertekan, makin tak betul kepala ni. bila dah sampai dekat klcc tadi, taktau nak buat apa pulak. Tu laa, keluar sorang-sorang lagi. Kan dah blank nak buat apa. Sempat la usha-usha digicam dekat sony, manga baru dekat kinokuniya.. tapi tengok jelah. Heh. Sempat jugak bersidai I jam dekat rak ‘chick-lit’. baca free kan.. and sekarang nak gerak balik. Tapi silap timing la pulak! Balik petang-petang sabtu ni LRT komfem full. Macam sardin. Sardin pun lagi banyak rongga kot. Aduss.. nak taknak kena masuk jugak. Belasah jelah. Himpit-himpit pun.. janji sampai rumah sebelum maghrib.

Nisa bersandar disebelah pintu. Ada ruang diantara pintu dan kerusi sebelah. Menyelit jelah kat sini. Bau taktau nak cakap macam mana.. loya tekak beb! Tiba-tiba ada sorang abang ni masuk. Terus berdiri dekat depan Nisa. Uish..rapat gila tu. Takpe..takpe.. kejap je lagi nak turun. Cepat la sampai Kampung Baru.

Nisa rasa semacam. Abang tu pandang makin tajam. Tiba-tiba rasa sejuk diperutnya. Aaaaaaaaaarrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! Rasa nak jerit. Tapi tak terkeluar dari tekak. Rasa nak nangis.. cepat la sampai..

“woi! Pahal ni bro..” seseorang tiba-tiba bersuara. Dicelahan orang ramai tu. Orang tu bergerak perlahan-lahan di celah-celah manusia lain menuju ke tempat Nisa berdiri.

Nisa dari tadi yang pejam mata tersentak. Fuh! Ada juga rakyat Malaysia yang prihatin.

“apa raba anak orang ni..”

“dia bini kau ke yang kau nak sibuk-sibuk?”

“yang kau tu laki dia ke yang nak raba-raba?”

Si peraba tersenyap.

“blah. Aku kata blah. Berdiri tempat lain.” Lelaki budiman kasi warning keras.

“halah! Bajet bagus la wei!!”

“aku kata blah.. ke kau mengidam kepala kena hentak kat pintu LRT?”

Si peraba terus blah berhimpit ke tempat lain. Tau cuak!

Nisa yang asik pandang bawah dari tadi. Kecut!

“Nisa, kau okey?”

Ek? Kenal aku?? muka diangkat.

“I’zrael..” perlahan suara Nisa keluar.

“yela. Aku la ni. lain kali kau jangan senyap je. lagi kau diam, lagi la senang orang nak buat jahat. Tau?”

“o..ok..” tersenyap.

Ting! Stesen berikutnya.. Kampung Baru.. Next station..Kampung Baru.

“ok lah. Kau jalan baik-baik. Jaga diri.. malam ni aku datang rumah kau. Dinner dengan Nisrin. Kau ikut? Nak?”

“takpelah.” Itu je yang sempat dicakap sebelum berlari anak keluar dari perut LRT.

Betul ke ni? I’zrael ke tu? Kan aku benci dia, kenapa dia tolong aku? hurm, terima kasih pun tak cakap. Takpelah. Entah-entah dia pun saje nak tolong. Ambik hati akak agaknya. Yang aku pun, kenapa tersenyap depan dia? tak boleh nak pandang dia? terharu? Tak… tak mungkin.. aku kan benci dia.

****************************************

Dengan berteman gitar kapok, Nisa melangkah longlai keluar dari pintu rumah. Dah dekat 9.30, akak tak balik lagi. Punggung dilabuh dibuaian karat. Buaian berbentuk bulat tu memang dah lama. Terbiar berpanas-berhujan diluar rumah separuh papan ni. mana la tak berkarat. Kedua-dua kaki diangkat ditempat duduk depan. Gitar yang diriba diangkat.

mata sekejap dihala keatas. Memerhati bulan penuh yang terang bercahaya. Sekejap pula, matanya tertancap pada pagar yang elok bertutup.

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain

bunyi enjin kedengaran. Iz kelihatan senyum-senyum sambil berborak dengan akak didalam kereta.

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

Iz dan akak keluar serentak dari kereta. Mereka berborak lagi.. dan lagi.. dan lagi..

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabilakau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

akak berlalu membuka pagar. Iz ucapkan bye-bye. Mungkin jugak ucapkan kata-kata lain, macam.. take care.. atau apa-apa yang seumpama dengannya. Iz menghantar akak masuk dengan pandangan matanya. Yang bersinar, yang sangat dalam.

pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi

Iz sekadar mengangkat tangan pada aku. dia dah nak balik..

di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air...

“eh!! Mengelamun jek dia!” Nisrin sergah adik dia yang dah macam tak pijak bumi.

Nisa tersentak. Buaian bergoyang-goyang. Sikit lagi nak terjelepuk jatuh!

“apa main sergah-sergah ni..” Nisa muka cemberut.

“rugi tau takmau ikut tadi.. Iz belanja makan besar..” Nisrin cakap konon nak bagi Nisa dengki.

“apapejela. Sikit orang tak kisah.” Nisa dengan muka masam dah berdiri. Nak masuk rumah.

“kenapa benci sangat dekat Iz?” Nisrin menyentap tangan Nisa perlahan.

“Nisa masuk dulu.” mengelak. Nisa terus masuk kedalam rumah. Terus menuju ke bilik.

Ya Allah.. kenapa dengan aku ni..kenapa aku rasa cemburu dengan akak.. kenapa aku boleh petik lagu Dan Sebenarnya tiba-tiba.. padahal sebelum ni aku tak pernah cuba pun cord lagu ni.. kenapa aku nak sedih.. kenapa? Kenapa?

Monday, January 12, 2009

cakap-cakap cucuratap

hurm.. taktau nak cakap macam mana. maaf..maaf..maaf. rasa bersalah bila tau ada orang yang hampa, tunggu-tercongok entry baru. maaf. ye..tau..salah saya. =( mungkin dah ada orang yang bersuara "cucuratap bz sangat ke?" or "cucuratap pergi mana?". takpelah. yang boleh cucuratap cakap, maaf sangat-sangat. minggu-minggu lepas macam ada masalah. tapi sekarang dah setel, dah boleh girang hati nak menaip. heh. sebenarnya takdelah setel pon, tapi buat apa nak fikir. buat sakit hati, sakit kepala. baik lari. (notice: tak baik lari dari masalah. orang lain jangan buat) haha. tapi betul la, makin kita besar, makin kita dewasa, makin banyak benda besar-berat-payah-sakit yang kita kena hadapi. takpe, DIA bagi uji ujian dekat orang yang DIA sayang sangat-sangat kan? aku pegang kata-kata tu. dugaan-Nya yang kita kena terima dengan lapang hati. hmm, rasa nak tergelak pulak. the matang side of cucuratap is talking huh? haha. dahla. makin ngarut jek aku menaip. tunggu entry baru ye? aku harap takde yang bosan. tau tak, bila aku tengok arkib yang makin panjang tu, aku rasa ape? seronok dah memang tak boleh nak deny, sikit hari lagi boleh menitik airmata kot. hahaha.. (over la aku nih). you know, bila ada orang yang hingin baca apa yang kita angan, simpan dalam otak selama ni.. rasa cam appreciated. *terharu seh* haha. okeh. banyak cakap pulak. two words, terima kasih dan maaf. *sengih-sengih* tunggu sambungan bidadara ye? (cucuratap tengah semangat menaip) haha. oh ye, nak ingatkan, jangan lupa saudara2 kita yang dalam kesusahan perang diluar sana. our concern and support, things that what we should do. salam sengih-senyum-lebar, cucuratap.

Friday, January 9, 2009

bidadara =15=

Sewaktu Luth baru nak cucuh kunci kereta, kedengaran bunyi enjin dibelakang. Luth pantas kalih. Erk? Kerut dahi.

“Uncle Long?” Nisrin bersuara perlahan.

Iz bukak central lock. Mereka berdua keluar serentak dari myvi putih itu.

‘bapak sedara dia ke?’ Iz berkira-kira dalam hati.

Luth keluar dari kereta. Nisrin bergerak merapati Luth. Diikuti Iz dibelakang.

“Uncle Long.. awak buat apa kat sini?” Nisrin tanya.

‘comelnya…’ Luth sengih.. dalam hati jek!

“Nisrin eksiden ek? Kenapa tak bagitau? Kalau tak boleh saya bawak pergi hospital..” Luth berkata sambil pandang muka Nisrin serius.

‘apa dia tak nampak ke aku bawak Nisrin pergi hospital?’ Iz mendengus dalam hati. Dia masih senyap. Memerhati Nisrin dan someone bernama Uncle Long berborak. Uncle Long? Apape jela..

“eh. Takpe.. susah awak je. ni Iz, dia yang terlanggar Nisrin hari tu.. dia bawak pergi hospital tadi. Luka semua dan baik dah.. takyah risau arr..”

‘awak?’ Iz tanya diri sendiri.. sape pulak mamat nih.. takkanlah bapa sedara..

“Luth Zafran.” Luth menghulur tangan ingin berjabat. Muka serius.

“I’zrael.” Iz sambut. Tenang.

‘aiseh.. pehal aura berbahang ni? kenapa tak lepas-lepas tangan ni?’ Nisrin perhati dengan muka pelik. Mengira saat. Dah 7saat setengah ni.. tangan diorang tak lepas, mata macam nak keluar api.. baik aku..

“err.. Nisrin masuk dalam dulu? ok? Tak lunch lagi nih..”

“kita lunch luar jom?”

“lunch dengan saya?”

Alemak aii… serentak Iz dan Luth mengajak. Iz pandang Luth, Luth pandang Iz. Nisrin? Gelisah.. macam mana ni??????

“kita.. keluar lunch sama-sama nak? Kita tiga orang?” agak bernas ke tak idea kau ni Nisrin? Adui..

‘pahal lak aku nak makan ngan si mamat serius-mius nih..’ Iz berkata dalam hati.

‘gila semak budak ni..’ otak Luth pula berfikir-fikir.

“err.. ok? Ok tak nih?” Nisrin tanya lagi sekali bila rasa macam ada kat tengah-tengah gelanggang wrestling, yg pakai baju belang-belang tu.. referee ek? Pape la..

Nisrin pandang Iz, “jom lah..”

‘ek eh.. boleh pulak buat nada pujuk camtu kat budak semak nih..’ hati Luth berkata.

“ok. Jomlah.” Iz berkata. Dalam hati, terbayang trofi kat tangan. Haha.

“naik Rexton lah jom..” Luth mengajak sambil tekan alarm.

‘ewah.. siap sebut Rexton, riak tahap langit.. ikut hati nih, aku blah da.. takpe Iz.. control macho huh? Lelaki budiman takkan bergaduh depan perempuan.’ Iz susun ayat dalam hati.

“ow yeh. Suka-suka. Ni nak makan katne ni Uncle Long? Takmau la makan aiskrim seringgit lagi..” Nisrin sengih mengusik.

Tiba-tiba Iz rasa trofi kena pas pulak dekat mamat serius-mius nih.

“takkanlah.. ni, korang nak makan dekat mana? Saya belanja laa..”

‘ingat aku sengkek sangat ke nak bayar sendiri?’ Iz dah panas-berlengas dekat tempat duduk belakang.

“Iz.. kau nak makan dekat mana?”

“ikut kau la..” hambar. Lembab nye bawak.. ape guna bawak Rexton kalau buat macam proton saga third hand?

“hmm.. awak, ikut awak la..”

‘awak, ikut awak la..’ Iz mengajuk dalam hati. Nada apa tuh? Eeeeii…

“kita makan dekat sini-sini jela. Kedai tom yam. Ok?”

“ok jek.. Iz! Kau?”

“bukan aku yang bayar..” selamba. Ingat kata nak belanja, bawak pergi Nikko hotel ke.. Hilton ke.. ceh! Aku pun boleh la..

‘budak semak ni betul la semak. Buat aku bahang je..’ Luth terus dengan pemanduannya.

******************************

“so, Nisrin? Nak order apa?” Luth mula bertanya.

“hmm.. nak nasi goreng kerabu.”

“I’zrael?”

Si pelayan yang tengah pegang notebook kecik angkat muka. I’zrael?

“please, call me Iz.” Senyum. kena la tunjuk mesra sikit kan? Demi keamanan insan sejagat. Heh.

“hmm, aku nak.. makan nasi arr. Nak nasi putih, tom yam campur, kailan ikan masin, telur bungkus.. hmm, ayam goreng kunyit.”

Buk!! Nisrin sepak kaki Iz bawah meja.

Iz kerut muka. Sakit laaaa!!

Nisrin sengih dekat Luth. “Uncle Long, kawan Nisrin ni memang sukaaaaa sangat menyakat. Heh. Eh, bukan kau suka mee goreng kosong ke?” Nisrin muka manis pandang Iz.

“aku pernah cakap ke?”

“takpelah kak. Cancel order tadi. Ambik mee goreng KOSONG.” Nisrin cepat-cepat potong cakap Iz. Perkataan kosong ditekan sikit. Biarkan.. dah orang nak belanja lebih-lebih pulak.. segannya dengan Uncle Long!!!

Luth hanya memerhati dengan perasaan ingin tahu. Betul laa kawan si Nisrin nih.. dahla semak, tak segan langsung lak tu.. tapi kan dia kawan Nisrin, so, kena la baik dengan dia jugak kan? But, what for? Kenapa pulak aku beria-ia nak baik dengan kawan Nisrin? Ahh.. sudah! Sempat pulak buat sesi bersoal-jawab dengan otak sendiri..

Iz dah muka keruh. Mee goreng KOSONG? Tak seleranya!!

“err kak, saya nak mee goreng KOSONG, tapi tolong letak sayur, ayam, telur, taugeh, fishcake, udang pun ok jugak la kalau ada.. ok?”

Akak pengambil order dah konfius. Mee goreng kosong tapi nak rencah..? macam mana nak tulis order nih.. pak! Pen diketuk didahi. Mee goreng biasa lah tu kan? Betul laa customer nih.. buat pening!

“hmm, bagi saya nasi goreng paprik.” Luth menutup kertas laminated menu.

Diam. Iz ketuk meja. Badan disandar dikerusi. Kaki dijulur panjang sebelah. Mata melilau pandang sekeliling. Halahai.. yang aku panas hati ni kenapa?

Luth yang lengkap dengan pakaian ofis merenung budak semak itu. belajar lagi ke? Gaya macam tak kerja. Kata langgar Nisrin, tapi baik la pulak diorang nih.. dah jadi kawan ke? Kawan baik? Baik macam mana? Ish! Over pulak aku nak tau.. tapi aku memang nak sangat-sangat tau..

“err, Iz.. belajar? Kerja?”

“dah kerja dah. I’m 26 anyway..”

Nisrin terlopong. Haaaaaaaaaa?? Lagi tua dari aku??? tengok muka macam sebaya jek.. macam budak-budak lepas sekolah pun ada.

“kerja apa?” Luth tanya lagi.

“business. But you know, corporate world is just a mess..”

Uuuuuuuuhh.. macam tak percaya je dengan budak nih. Pakai macam budak-budak melepak kat shopping complex. He’s in corporate world?

“join industry apa?”Luth korek lagi.

“hmm.. asik tanya aku je. kau kerja apa?” Iz mengelak. Tengok gaya mamat serius-mius ni macam kerja hebat je.. kemeja dengan slack.. ada tanda jahitan gambar orang naik kuda sambil pegang kayu di belah kiri kemeja. Expensive huh?

“construction industry.”

“fuh.cool ar?”

“what say you?”

“industry yang kasi untung juta-juta-juta-juta-juta..”

“outsider’s view.”

“if, and only if, you’re brilliant enough.. ayat aku tadi tak habis lagi.”

Ceh! Terkena aku sekali. Luth cuma angguk sambil angkat kening.

“designer team or builder?” Iz tanya lagi.

“kau kerja apa sebenarnya ni?” Luth dah naik pelik. Budak yang konon budak lepak ni dah terjah aku macam-macam. Tu la Luth, tak baik pandang rendah.. kan dah kena..

“kerja yang halal lagi menguntungkan.” Sengih. Ingat senang ke nak korek pasal aku? jangan senang-senang nak judge orang.. Iz tarik sengih lagi. Tengok muka si Luth ni macam nak keluar asap je.. hmm. So, inilah Luth Zafran? Mula-mula tadi memang konfius, ini ke Luth Zafran tu? Sekarang dah memang komfem..Nama yang selalu didengar tapi tak pernah bersua. Lucky me.. by the way.. I’m an outsider huh? Luth Zafran memang tak cukup bijak..

Nisrin yang tadi hanya memerhati makin lama makin tak paham. Apa diorang ingat ni meeting room? Ke persidangan businessman berjaya? Ni lah lelaki..

“okeh! Makanan dah sampai! Jemput makan..” Iz lantas membaca bismillah dan menyuap mee kedalam mulut. Hurm.. not bad laa..

Luth masih biarkan pinggan tak berusik. Dia memikir, siapa budak semak ni sebenarnya???

Tuesday, January 6, 2009

Leman dan Tipah

“weh Tipah!”

“mende?” buat blur. Tak dengar. Buat bodoh. Kalau si Leman ni tegur memang tak patut layan, sebab kadang-kadang die tegur orang tanpa tujuan. Pelik? Tak payah pelik la!

“Tipah, aku ade lawan hoki khamis ni tau.. aku tak datang sekolah. Haha. Dengki? Dengki tak ngan aku?”

“hukaloh.. gila best.. tuang kelas suka-suki.. ko lawan ngan sape Leman?”

“aku lawan ngan budak sekolah daerah sebelah tu..”

“champion negeri tahun sudah tu ke?”

“yolah.. tu mesti sebab tekanan tak menang ngan kitorang aritu..fushoooo tak?”

“agak fushooooo arr..” Tipah tongkat kepala atas meja. Leman betul-betul depan matanya. Macam takde meja tau mamat nih! Merempat!

“so, esok kau kat sekolah tanpa aku arr.. haha”

“dulik hape aku.. haha. Weh, nak ikut leh tak.. malas lar nak belajar..” kepala disembam atas meja. Mata dihala pada dinding berconteng-conteng. Betul letih!

Leman ambik buku latihan berkulit coklat atas meja Tipah. Digulung-gulung, dan diurut perlahan atas kepala Tipah diatas meja itu.

“jangan malas la! makbapak bayar yuran mahal-mahal soh blaja..”

Tipah cepat-cepat angkat kepala. disapu bahagian atas tudungnya. “ish! Ko ni.. kan aku dah cakap.. jangan main kepala aku lah!” muka cemberut. “kata je aku.. ko tu, makbapak bayar yuran suruh main hoki ke?”

“aku hebat takpe.. kau tu lembab belajar!” selamba.

Tipah ambik gulungan buku coklat tadi dan menghempuk lengan Leman. “hina agak-agak arr.. bengong..”

“kejadah kau nak ikut? Kau bukan player.. sikit tak logic! Kayu hoki ngan kayu besbol pun tak reti beza.. ada hati..” Leman gelak meriah.

“bengong la kau ni..”

“betul laa.. ke sekarang kau dah tau beza?”

“ciss!! Hina menusuk betul.. tapi kan weh, ada budak daerah sebelah tu, ‘hot player’ kan?”

“sape?” tangan Leman mencurik pensil tekan Tipah dan conteng atas meja Tipah. Vandalisme betul..

“alah.. kecoh dah.. takkan taktau..”

“sorry? Kau lupa aku ni lelaki? Aku ada pakai tudung ke? Ada wallet aku bertukar jadik warna pink?”

“bengong.. aku taktau.. tapi semua budak perempuan kecoh pasal ‘nombor sebelas’ tu.”

“jersey?”

Tipah angguk.

“betul laa budak perempuan nih..” muka malas.

“aku tak pernah tengok live, tapi pernah ada budak yang bawak majalah sekolah dia, aku pun usha la gambar kelas dia.. betul buat luruh jantung!” Tipah sengih tongkat tangan pandang siling.
“apa motif cerita kau nih?”

“aku nak tengok la budak tu.. boleh tak aku curik-curik pergi nanti? Korang kat padang mana?”

“kau ni gila ke.. aku cakap, pergi sekolah!”

“takpun, kau ambik la gambar ngan dia.. pastu kasi kat aku.”

“kot la kau nak orang pandang kawan kau yang hensem ni jadik gay.. tapi aku taknak!!”

“kalau.. lepas sekolah aku berlari pegi sana? Kau nak jumpakan aku dengan dia tak?”

“tak payahla.. dia teruk.”

“kata tak kenal?”

“maunya tak kenal si ‘nombor sebelas’ tu. Orang panggil dia Krat. Nama betul Azri ke hape ntah..”

“huwaaaa!! Ni yang aku suka dengan kau nih!”Tipah terus segar-bugar bangun dari kerusi.

“pahal ni?” Leman angkat kening.

“aku nak pegi kelas sebelah. Kelas sebelah dia, dan sebelah lagi..”

“eh.. kejap! Nak buat ape?”

“aku orang first yang tau nama orang ‘nombor sebelas’. Hot stuff nih.. mana boleh simpan sorang..”Tipah terus blah ke pintu belakang. Laju gila jalan!

Leman geleng kepala. Ni lah dia perempuan.. kutuk-kutuk pun, tu member aku jugak.. papela Leman..

*********************************

“Leman, ada junior mintak biodata kau.”

“sape?”

“budak form 3.” Tipah sengih-sengih. Dia tau Leman tak suka. Biodata ke, gambar ke, apa-apa yang peminat dia mintak memang dia tak suka. Tapi selalunya dia bagi jugak, sebab Tipah yang jadi perantara. Apa yang Tipah mintak, sure dia tak tolak. Dengan Tipah, dia tak pernah marah. Jahat, menyampah macam mana pun perangai Tipah, dia tak pernah marah. Itu la specialnya Tipah. Dapat berkawan dengan Leman, jejaka terhangat dipasaran.

“malas lah. Aku mane reti tulis biodata. Budak perempuan je buat semua tu.”

“alaa.. tulis jela..”

“nak tulis apa?”

“alaa.. nama, alamat, nombor telefon, hobi, makanan kegemaran..”

“gila geli.. makanan kegemaran?” Leman gelak meriah.

“tulis jelah! Kesian budak tu..”

“kau lah tulis. Kau kan tau semua pasal aku..”

“mane boleh.. dia kena tulisan kau, baru bermakna.. haha. Cepat la..”

“taktau laa..”

Tipah hulur kertas kajang dan pen warna purple, hijau cair, oren, pink, dan gold atas meja Leman. Kerusi orang depan ditarik. Tangan ditongkat depan Leman.

“kemende pen kaler-kaler nih..”

“diam! Aku cakap, kau tulis.” Tipah mengarah. Dia tau.. Leman mesti buat punya..

“first tulis, nama : Sulaiman Mohd Reza bin Muiz.”

Leman angkat ballpen biru dalam pencil case.

Pap! Tipah cepuk tangan Leman guna gulungan buku latihan coklat. “guna la pen aku tu.. tak habisnya ink dia.. jangan risau..”

“bangang la pen kaler-kaler nih..”

“bengong.. banyak bunyi pulak.. tulis biodata memang la kena ceria sikit.”

Leman menurut je. tutup pen warna purple dibuka. Sumpah! kalau Tipah tak suruh, tak tergamak aku tulis guna pen macam nih..

“tarikh lahir : 10 oktober 1993. Alamat : letak Selangor jelah. No telefon : rahsia.”

“tak bangang ke letak ‘rahsia’ tu? Baik takyah tulis!”

“ala.. memang style macam tu la.. letak jela!”

“hobi : main hoki. Makanan kegemaran : nasi ayam.”

Geli-geleman Leman menghabiskan sesi menulis biodata tu. Uwek! Muntah dengan diri sendiri Leman?

“yeah.. betul la kau ni bagus.. mendengar kata.. kaya aku macam ni..”

“budak tu bayar kau ke?”

“there’s no service for free lor..”

“bangang laa..siot jek”

“hahahahahahahahahahahahahha.”

*****************************************

“Leman.. Kadet Polis ada buat camping.. syok gila!”

“kau pergi ke?”

“mesti lor.. kaki Gunung Ledang seh.. mana nak dapat?”

“pengerusi kau tu pergi?”

“of course. Nama pengerusi KPo.. mestilah Gem tu pergi..”

“jangan pergilah..”

“kenapa pulak? Dengki laa..”

“aku kata jangan.. jangan lah.. nanti kalau benda tak baik jadi macam mana..”

“pikir lebih la! kan pergi ramai-ramai..”

“jangan pergi aku cakap..”

“alah Leman.. aku tak pernah pergi sana.. nanti ada macam-macam aktiviti tau.. sayang je tak join..”

“jangan la.. dengar cakap aku.. kau bukan boleh kena air sejuk, air sungai tu beku gila tau tak? Makan pun, kau bukan makan pedas.. nanti dorang masak maggi kari pun kau dah leleh.. kau takut pacat kan? Lagipun, kalau kau terseliuh, takde orang pandai bandage kaki kau yang pelik tuh..” Leman tunjuk kaki Tipah. Dalam betis kanannya pernah dimasukkan besi sebab eksiden dua tahun lepas.

“alah.. pandai-pandai lah aku..”

“lagi pulak ada si Gem tu.. tak payahla!”

“kenapa dengan dia?”

“dia tu kan suka raba orang..”

“alah.. bukan dia minat nak raba aku pun..”

“aku cakap jangan, jangan laa..”

“ala Leman.. aku nak pergi jugak!”

“cuba jangan degil.. dengar cakap aku.”

“kau ni memang la.. eeh.. bengong!”

**************************************

“Leman, nah! Ada orang kasi.” Tipah berlalu meletakkan beg dikerusi.

Surat lagi? Eeee yeeee…

Tipah datang kembali ke meja Leman dengan senyum-senyum.

“kan aku dah kata, kalau ada orang pas surat jangan ambik..”

“rugi besar nih kalau tak ambik..”

“kau dapat upah lagi ke?”

“ingat aku ni papa kedana sangat ke.. eh! Ni surat senior tau.. kak Hana, kapten bola jaring. Fuuuuhh… panas..panas..” Tipah mengipas diri sendiri dengan tangan kanan.

“Kak Hana ke, Kak alam fana ke.. kapten bola jaring, or kapten bola-bola ketam sekalipun.. aku takmau.”

“eh.. tolak rezeki weh..”

“kau ingat aku gian sangat ke nak kenal dengan perempuan-perempuan nih? Minggu ni jek, dah 8 orang kau adjust kat aku.. tolong Tipah.. mintak tolong banyak-banyak..”

“alah.. kau tuh lagi teruk. Aku nak jumpa ‘nombor sebelas’ kau tak kasi, pergi camping ngan Gem kau tak kasi.. surat-surat bawah meja aku semua kau buang.. bengong!” Tipah peluk tubuh. Kening dikerut. Mulut muncung.

Leman ambik buku latihan berkulit coklat. Digulung-gulung. Lengan diangkat. Mengurut-urut atas kepala Tipah dengan lembut.

“alah.. memang patut apa.. diorang tu bukan baik mana pun..”

“ko ni bengong tau tak?”

Leman sengih.

“tak. Aku pandai tu, aku taula. Bengong tu taktau pulak..”

“ish!”

“lenguh dah tangan aku ni..”

Tipah tepis lengan Leman dengan pencil case. “jangan main kepala aku la!”

************************************

Leman bengong,
Weh, aku dah gi camping KPo.. sorry.. haha
Tipah bijak.



Kertas bawah meja ditenung tajam.

Huh????????????? Budak KPo dah bertolak petang semalam.. Shit!!!!!

“Angah, kau kena tolong aku angah.”

“weh!!!!!!!! Kau lari sekolah ke?”

“apape jela.” Leman tarik tangan angah yang elok tengah terbongkang hadap ESPN. Kunci kereta didinding dicapai. Angah dihempuk ditempat driver.

“weh!!!!!!!!!!!!!!! Pahal?”

“drive. Pergi kaki Gunung Ledang sekarang!”

“ha???????? Melaka??? Gila!”

“cepat la ngah..!”

“aku pakai boxer doh..”

“takde orang hingin nak tengoknya. Cepatla!” Angah terus menghidupkan enjin. Adik aku kena sampuk? Ke kena hysteria?

Leman gelisah dalam kereta. Tie sekolah dicampak ke seat belakang. Hati rasa tak sedap. Dari haritu lagi, time Tipah kata nak pergi camping. Tipah.. Tipah.. kenapa la degil sangat..

“aku rasa sinilah air terjun yang orang selalu berkelah. Camping site aku taktau kat mana..” Angah explain. Enjin kereta dimatikan.

“jom. Tolong aku carik Tipah..”

“aku pakai boxer doh..”

“Ngah, aku takde masa la nak layan macho kau sekarang..”

“menyusahkan betul! Tu la! aku suruh cakap awal-awal taknak! Sekarang, gelabah!”

“diam la Ngah! Aku tarik boxer kau tu kang..”

Mereka berdua berjalan merentasi sungai. Mereka menarik perhatian semua orang. Sorang dengan boxer dan sleeveless, sorang lagi lengkap pakai uniform sekolah siap stoking. Haila..

Kelihatan orang ramai kerumun sesuatu.. berdekatan air terjun.. ahh! Sudah!

Leman berlari. Dah agak! Tipah terduduk menekup muka. Menangis. Cikgu dan budak-budak lain cuba menenangkan. Tipah terjelepok jatuh tadi. Akibatnya, kaki kanannya sakit ya amat. Betisnya kelihatan lain. Bengkok sedikit.

“Tipah.. Tipah.. aku nih..” Leman bersuara perlahan.

Tipah terdiam. Muka dah merah nangis.

“Leman.. kaki aku.. sakit..”

“Sulaiman, kenapa dengan kaki Athirah ni? cikgu dengan AJK kebajikan dah bubuh ubat semua, dia masih mengerang sakit lagi..”

“takpe cikgu. Nanti saya balutkan. Kaki dia pernah eksiden.”

“oklah. Semua yang lain balik khemah ye. Sulaiman, tolong Athirah kat sini. Athirah, nanti terus balik lah ye.”

Tipah tak terkata apa. Masih nangis. Airmata macam air terjun!

“sini kaki.”

Leman tarik perlahan kaki Tipah ke batu yang tinggi sedikit didepannya. Kotak kecemasan dibuka.

“kau nih.. tu lah.. degil! Kan.. aku dah cakap.. nak pergi jugak!”

Tipah masih nangis. Sakit!

“Leman.. sakit..”

“shhh.. sikit je.. sikit je.. tahan kejap..”

“Leman..”

“kejap la Tipah..”

“Gem.. malam tadi.. time LDK..” Tipah tersedu-sedu.

“dia buat kat kau ye?” tangan Leman terhenti menyapu ubat.

Tipah angguk. Airmata keluar lagi.

“dah..dah.. nanti tau la aku buat apa kat dia..” Leman menyambung tugas dengan muka keruh. Kain bandage diambil.

“Leman.. malam tadi diorang masak maggi kari..”

“nanti lepas ni kita makan lain..”

“air sejuk gila..”

“pasni kita carik air panas.. nanti aku tuam towel..”

“Leman.. pacat..” muka merah Tipah berkerut tengok pacat elok di batu sebelahnya.

Leman tangguh sekejap dengan balutan bandage. Pacat itu dibuang jauh.

“Leman.. sorry..” Nangis lagi. Menyesal pulak. Tengok muka Leman dengan kemeja sekolah elok bergosok, taulah dia Leman lari sekolah. Rasa bersalah bertimpa-timpa tengok Leman sabar membalutkan bandage dekat kaki sengetnya itu.

“takde apelah.”

“aku betul sorry nih..”

“dah la.. jangan nagis lagi.. merah dah muka..” Leman klipkan bandage. Selesai!

“Leman..”

“Leman.. Leman.. apa dia?”

“betul kau tak marah ni?”

Leman usap atas kepala Tipah dengan tapak tangan.

“taklah. Takkan nak marah orang yang aku sayang..”

“Leman..”

“aduhai.. bertukar kata cinta dihadapan air terjun.. Suasana romantic menusuk kalbu.. aiseh..” Angah berkata sambil muncul dari dalam air sungai. Elok jugak keluar pakai boxer tadi..

“Angah pun ada ke? Siap mandi lagi..” Tipah terkejut.

“alah Tipah.. kalau tak ada orang escape sekolah, tarik tangan Angah, pastu paksa drive 2 jam datang Melaka ni, takdenye dapat mandi air kaki Gunung Ledang nih..”

“siot la kau Angah..” Leman bersuara mendatar. Memang la abang aku sorang ni..

“tak marah ke aku main kepala kau ni?” Leman mengadap Tipah kembali.

“bengong.. takkan nak marah orang yang aku sayang..”












* {my first cerpen. tatau la cincai ke tak . heh. oh ye. notice : PERKATAAN KASAR DIDALAM CERPEN INI TAK SESUAI DIGUNAKAN DALAM PERBUALAN HARIAN. okeh. mekaseh.=p}*

Sunday, January 4, 2009

bidadara =14=

Nisrin intai jam ditangan. Pukul 12. Kejap lagi mesti Iz sampai..

Terdengar bunyi enjin kereta didepan rumah. Nisrin selak langsir. Ada sebijik myvi warna putih. Drivernya lelaki. Iz lah tu kot! Nisrin segera mengunci pintu rumah. Iz dah berdiri tegak depan pagar. Nisrin senyum.

“assalamualaikum.” Iz kasi salam.

“waalaikumsalam.”

“ni rumah kau?” Iz meninjau rumah separuh papan itu.

“aah. Rumah buruk je. kau segan ke? Aku dah kata tak payah ambik depan rumah..”

“hey. Sape kate aku segan. Just, jarang nampak. You know, KL..”

“yeke?” Nisrin buat muka.

“yelah. Apa? Ingat aku ni kerabat di-raja ke? Anak menteri?”

“takdelah..”

“come.” Iz bukakkan pintu.

“ni kereta sape ni?”

“kereta curik!”

“betul-betul laa.. aku tak masuk karang..”

“betul laa.. kereta curik.. tapi curik cara halal.” Iz kenyit mata.

Ishh.. ni aku seram ni.. Nisrin kerut kening.

“kita naik teksi je la jom.” Nisrin mengajak.

Hahaha.
Gelak pulak dia ni..

“dah la tu. Penat aku curik. Ingat senang curik kereta? Skill kena power tau.. dah. Dah. Masuk.”sengih.

Kereta meluncur laju. Uish! Ingat ni motor dia ke? Dah la myvi.. kang terangkat tayar kang.. aduh..

“Iz.. slow arr..” Nisrin bersuara perlahan.

“asal? Cuak? Takut?”

“manede.. aku saje ingatkan..” control cool Nisrin.. takkan nak takut kot?

Iz tiba-tiba tukar gear. Pedal minyak ditekan. Stereng dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Sreeeeeeeeeeeetttttt!!! Bunyi tayar terseret masuk selekoh.

“Iz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin terjerit kuat dalam kereta. Gilo po.. ingat ni motor ke nak main konar baring??

“hahahaha. Kata tak takut..” Iz gelak meriah.

Saje tau dia ni! buat aku takut jek.. Nisrin ketap bibir. Tahan geram.

Iz jeling orang sebelah. Masam habis!

“halah.. lek arr.. takde pe la.. ni kan myvi.. bukan boleh pecut gila-gila pun..”

Yo lah tu! Aku ni macam dah nak terkeluar dah organ! Betul rasa macam duduk sebelah malaikat maut..

“weh. Asal senyap. Lek arr..” Iz usha lagi orang sebelah.

“jangan tengok aku la! tengok depan! Kang ada lagi orang yang kita kena bawak gi hospital kang.” Nisrin muka masam.

“yela. Yela.” Iz melepaskan tekanan sikit pada pedal minyak. Meter kelajuan turun.

Nisrin rasa pelik. Perlahan benar.. dikerling meter di depan pemandu. 30km/j?????

“Iz! Jangan main-main la! macam ni bila nak sampai! Orang belakang marah nanti!”

“kata nak slow tadi..” muka innocent.

Eeeeeeh!!! Geram!!!!!

“I’zrael!!!” Nisrin dah panggil nama penuh. Uish.. serius tu..

“laju salah, slow salah.. habis tu? Macam mana?”

“bawak sederhana lah.. laju sikit je, tapi jangan perlahan sangat.”

“kau bawak la.”

“aku manede lesen.”

“kau tak pernah belajar bawak kereta?”

“dah takde lesen, mestilah tak pernah!”

“jadi, kat sini siapa yang ada lesen?”

“kau la!”

“siapa yang pernah belajar bawak kereta?”

“kau la!”

“siapa yang lagi tau pasal bawak kereta?”

“kau la!”

“so.. jangan banyak cakap ye cik adik.. nanti abang pecut lagi laju-laju.”

“eeh..abang bangla!”

“adik Filipina ke? Ke Vietnam?”

Geramnya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

**********************************

Lepas selesai hal dihospital dan solat zohor, Nisrin meminta untuk pulang.

“takkan nak balik dah? Kita pergi lunch?”

Lunch mende da pukul 2.30 nih..

“takpelah. Terima kasih. Nak balik rumah.”

“ada sape kat rumah?”

“takde sape. Mak kerja. Adik dekat sekolah lagi kot. Dia kata sibuk hari ni.”

“ayah?”

“err.. ayah takde.. eh! Ada.. tapi, takde.. ermm..” Nisrin tergagap-gagap. Taktau macam mana nak cakap.

“ha!” Iz petik jari. “aku tau.. dia ada, tapi macam takde kan?”

“err.. lebih kurang..”

“sama lah bapak kita! Bapak aku pun ada, tapi macam takde.” Iz sengih muka gembira.
Biar benar si Iz nih.. gaya aneh semacam jek.. asal happy pulak dah? Nisrin kerut dahi.

“bapak kau pergi mana?”

“dia tak suka duduk rumah. Dia ada bini baru tau sekarang.. nombor 3 ke 4 ntah.. aku pun taktau.. yang dulu still ade ke tak. Cun siot.. tapi aku pernah jumpa sekali jek. Sebab tu la, dia tak balik rumah kitorang sangat. Dia jadik chipsmore, sekejap ada, sekejap takde. Takpun, jadik cam magic David Copperfield.. hilang, pastu lamaaaaaaaa baru muncul balik.” Iz jawab sambil sengih lebar. Gila pelik.. takde perasaan ke?

“bapak kau pun mesti macam tu kan? Macam bapak aku?”

“err. Tak. Ayah aku dekat penjara.” Nisrin jawab sambil tunduk bawah.

Iz terpempam. Badan yang tadi bersandar pada kereta ditegakkan.

Nisrin dongak. Memandang muka Iz yang macam nampak lembu berdiri.

“kenapa? Taknak kawan dengan aku? taknak hantar aku balik? Nak blah? Pergilah..” selamba Nisrin cakap.

Iz senyap.

“aku betul sorry.. maaf. Sangat. Aku tak sangka.. aku ingat sama..”

“takpe. Aku dah biasa dengan reaction macam tu. Orang memang tak nak kawan dengan aku bila tau. Aku tak kecik hati pun. Balik arr. Aku pandai balik sendiri.”

“siapa kata? Siapa yang taknak kawan dengan kau?”

Nisrin pandang tepi. “alah.. ramai. Semua orang. Kalau ada yang nak kawan dengan aku pun, mesti parents dorang tak bagi. Aku anak orang jahat. Anak pengedar dadah. Anak banduan. Kotor, jijik.” Hurm.. Nisrin mendengus perlahan. “kalau ada yang nak dekat pun, nak ambik kesempatan jek. Bukan betul ikhlas nak kawan.. tapi, tak kisahla! Aku bukan sekolah lagi.. aku dah tak kisah takde kawan. Dah biasa.” Kakinya menguis pasir halus di atas tar. Tempat parking tu nampak lengang. Pemandangan sekeliling macam lagi menarik untuk ditengok dari muka Iz.

Iz mengubah posisi. Berdiri betul-betul depan Nisrin.

“pandang aku.”

Nisrin alih muka. Angkat kening. Apa?

“tak semua orang macam tu. Ada yang nak kawan ikhlas dengan kau..”

“siapa?”

“aku?”

*************************************

Luth masih duduk diam dalam kereta. Dia berfikir. Macam mana aku boleh drive kereta ni sampai dekat depan kedai nama ‘Impiana Florist’ nih? Macam mana aku boleh terfikir nak datang sini? Hadoii.. hati aku rasa nak sangat-sangat datang sini. Tapi, taktau la kenapa. Asyik teringat dekat budak menggelabah tu. Hurm. Habis tu Luth? Apa kau tercegat dalam kereta ni lagi? Turun le!

Luth turun melangkah ke kedai bunga itu. pintu kaca ditolak.

“assalamualaikum makcik.” Senyum.

“waalaikumsalam.. ni.. En. Luth kan?” Pn.Nina senyum mesra.

“ye saya. Erm, makcik, Nisrin ada?” aduh!! Straight habis aku tanya! Patut berkias lah sikit tadi.. adeii.. dah terlepas..

“oh. Nisrin cuti la. dia dah 2 hari duduk rumah je. eksiden. Hari ni pergi hospital bukak jahitan.”

Eksiden??????????? Jahitan??????????????? Hospital?????????????????

“erm, teruk ke makcik?” risau aku!

“taklah. Luka dekat kaki je..”

“boleh saya jumpa dia?”

“erm, makcik taktau dia dah balik ke belum..”

“boleh saya jenguk dia sekejap dekat rumah makcik?”

“kalau dia ada.. En.Luth cuba la.. tapi, jangan masuk rumah ye..”

“takpe makcik.. terima kasih.. rumah makcik dekat mana?”

************************************************

Di dalam kereta..

‘ish. Kalut sungguh aku. apa la yang makcik Nina tu anggap agaknya.. aku ni gila ke hape..’ Luth bercakap sendirian.

Sampai di hadapan rumah, Luth jenguk ke arah pintu. Bermangga. Rumah senyap sunyi. Hurm.. tak balik lagi lah tu.. manalah kau pergi lama sangat Nisrin..

Luth kembali masuk ke dalam kereta. Hampa. Takpelah, esok-esok cuba lagi..

Friday, January 2, 2009

bidadara =13=

Luth mengelap peluh masam didahi. Hadoi la.. nama duduk kat Malaysia ni, panas semacam! Safety helmet ditanggalkan. Site smooth hari ni. nasib baik. Dah tak larat nak memikir. Dua tiga hari ni asik memikir pasal Azira je. Letih la..

“En. Luth, saya ingat, lagi dua minggu dah boleh pasang dah suspended ceiling.”

Haa? Luth kerut kening.

“apa? Nisrin?”

Ek?

“err.. bukan.. bukan.. saya sebut suspended siling.”

Dush!! Rasa nak hentak dahi. Apa aku merepek dengar ni? logic sikit Luth.. pahal lak si site engineer ni nak sebut anak tokey bunga tu?

“oh.. ahh.. okey..okey.. proceed je.” control macho. Cool beb! Malu arr nanti project manager gelabah!

Si site engineer dah konfius. Kerut muka. Rasa lawak pun ada. Entah sape-sape la si Nisrin tuh..

“erm, semua dah ok kan? Construction pun ada tinggal 20% je lagi.. apa-apa tolong bagitau dekat saya. Pesan dekat site manager jugak, report jangan lupa. Lepas tu, jangan nak ambik cuti jer.. ingatkan dia, kalau site tunggang-langgang, saya tetak je. tau la dah nak dekat siap pun.. jangan nak tuang kerja.” Tegas Luth memberi arahan. Si site engineer cuma telan air liur. Bahang En. Luth ni rasa panas terbakar dari terik matahari. Angguk.

“saya balik dulu.” Luth berjabat tangan.

“hmm.. En.Luth, saya nak tanya sikit.”

“apa dia?”

“siapa Nisrin?” sengih mengusik. En. Luth ni kadang boleh buat gurau jugak!

“suspended ceiling pasang lagi dua minggu!” selamba Luth menjawab. Pak! Tutup pintu kereta.

**************************************

Nisrin gelisah. Kerut kening. Seluruh rumah dia jelajah. Selak alas meja, menonggeng ushar bawah sofa, angkat pasu, hentak pintu.. mana nih? Garu kepala.

“carik apa Nisrin oii..” mak menegur dari meja makan. Nisa yang duduk di sebelah pun naik heran.

“surat khabar tamil..” selamba.

“Nisrin mengarut apa ni nak oii… sampai tahun 2020 pun tak jumpanya surat khabar tamil kat rumah ni..” mak geleng. Anak aku ni eksiden sampai terputus urat kepala ke?

Hahahaha. Nisa cuma gelak. Lawak la mak ni. akak pun satu, takde mende lain ke nak carik?

“halah mak ni.. tak membantu langsung la..” Nisrin suara merintih.

“carik apa sebenarnya?” mak tanya lagi.

“surat khabar tamil la.. dia kecik je.. hadoi..” Nisrin panjat kerusi, intai atas rail langsir. Takde. Bengong kau ni Nisrin! Takkan la ada kat atas ni? logic apa kalau kene tiup angin.. kan?

Tiba-tiba Nisa teringat sesuatu. Mulut yang tadi sengih ditarik masam. Tau dah apa yang dicari kakaknya. Menyampah aku lelaki tu..

“Nisa! Ada nampak tak? Nombor yang budak motor tu bagi hari tu?” Nisrin menjerit dari dalam tandas. Dahsyat betul sampai intai dalam kolah..!

Nisa senyap. Mencebik. “tak nampak!”. Dia bangun mengangkat gelas ke dapur. Tak tau kenapa, benci betul tengok budak motor bernama pelik tu. Maybe sebab gaya berlagak naik motor besar siap dengan jaket dan helmet mahal. Lepas tu gaya dah biasa langgar orang je, boleh rilek telefon ambulance. Riak muka lagi menyakitkan hati, selamba badak!

Pn. Nina memerhati. Ada yang tak kena ni..

“ada apa dekat surat khabar tu? Arjun Rampal?”

“Arjun Rampal Hindustan lah mak! Ada nombor telefon Iz kat situ..”

“oh.. budak motor langgar Nisrin tu?”

“haa..”

“hari tu kan Nisrin ada tunjuk kat mak, lepas tu mak simpan la. ada mak selit dekat buku telefon.”

“laa.. mak ni pun.. bukan nak cakap awal-awal!” Nisrin pantas mencari. Muka sengih.

“mak, esok pagi-pagi kita pergi hospital ye? Tengok luka ni.. boleh bukak dah kot.”

“alah.. malas lah mak. Nisrin pergi lah petang. Tunggu Nisa balik sekolah.”

Nisa pantas kalih muka. “Nisa taknak pergi. Sibuk.” Terus pandang tv.

“habis tu, siapa nak teman ni?”

“Nisrin telefon dulu orang tu. Kalau betul dia nak bawak, pergi lah dengan dia. tapi jangan naik motor pulak. Kalau dia taknak, ajak la Ija ke, Kak Yan ke..”

Nisrin senyap. Gagang telefon diangkat. 0173456789.

Tuut..tuuut..
Hello. pejabat perdana menteri.

Ek?

Pak! Telefon diangkat.

“hello?”

Hahahahahahaha. Buduh! Caller ringtone ke! Haha

Terlepas suara gelak Nisrin.

“hello? Siapa ni?”Iz bertanya lagi.

“assalamualaikum. Ni Nisrin. Yang kena langgar hari tu.” Sengih lagi. Pejabat perdana menteri? Dush!!

“oh.. luka dah ok?”
“dah. Esok ingat nak pergi hospital.”
“esok? Hmm.. ok.ok. rumah kat mana?”
“dekat Kampung Baru. Rumah nombor 2, lorong sebelah masjid.”
“okey.. erm, boleh cakap dengan ayah?”
“err.. takde.”
“mak?”
“kejap.”

Nisrin pas telefon pada mak.

“assalamualaikum.”
“waalaikumsalam makcik. Saya nak bawak Nisrin esok pergi hospital. Ye makcik?”
“oh.. boleh. Tapi kalau boleh taknak la naik motor ye. Kalau naik teksi pun boleh..”
“oh. Takpe makcik. Esok saya tak bawak motor.”
“terima kasih ye.”
“terima kasik dekat makcik jugak.”

Telefon dipas kembali.

“hello?”
“ha Nisrin. Esok dalam tengahari sikit boleh? Pukul 12 macam tu..”
“boleh. Boleh. Nak tunggu dekat mana?”
“aih. Depan rumah la!”
“tapi..”
“tunggu je. depan rumah.”
“ok.”
“ok lah. Esok ek? Bye.”
“bye perdana menteri.”selamba

Hahahahaha. Iz gelak panjang.

“haha. Cuak tadi?”
“apa cuak-cuak? Tak cool la..”
“hahaha.”
“ok lah. Assalamualaikum”
“waalaikumsalam.”
 
Blog Template by Delicious Design Studio