♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, December 22, 2009

ADVIDHAQ [11]

Oh, secret admirer
When you're around the autumn feels like summer
How come you're always messing up the weather?
Just like you do to me..

Nana berlari-lari ala-ala terapung dari lantai.

My Silly admirer
How come you never send me bouquet of flowers?
It's whole lot better than disturbing my slumber
If you keep knocking at my door

Dia berbaring pula disofa kembar tiga. Rambut hitam dipintal-pintal sambil tersenyum-senyum pada siling.

Last night in my sleep
I dreamt of you riding on my counting sheep
Oh how you're always bouncing
Oh you look so annoying. (Please!)

Dear handsome admirer
I always think that you're a very nice fellow
But suddenly you make me feel so mellow
Every time you say: "HELLO!"

And every time you look at me
I wish you vanish and disappear into the air
How come you keep on smiling?
Oh! You look so annoying. (Not again!)

My secret admirer
I never thought my heart could be so yearning
Please tell me now why try to ignore me
'Cause I do miss you so

My silly admirer ('cause I do miss you so..)
My handsome admirer ('cause I do miss you so..)
Dear secret admirer'Cause I do miss you so

“ Gediknya lagu.” Jaja memberi komen dari meja makan.

“bukan gediklah.. sweet~” Nana menjawab dengan suara riang-ria.

“bukan kira lagu tu macam terbalik ke?”

“apa yang terbalik?”

“sebab kau yang JADI secret admirer, bukan kau ADA secret admirer.”

Nana senyum. “tak ape. Tak salah kalau berangan.”

Jaja tiba-tiba berkerut dahi. Dia dapat mengesan sesuatu. “Eh Na, lidah kau kenapa?”

“tak ada apa. Elok je.”

Jaja menolak laptopnya kedepan. Sila dari atas kerusi makan diturunkan. Cermin mata yang jatuh sedikit diangkat kebatang hidung. “eh kau biar betul ni Nana….”

“biar betul apenye?”

Jaja terdiam. Nana cakap apenye, bukan awatnya. Dia cakap ape, pe….

“lidah kau melecur eh?” Jaja bertanya lagi. Dia bercekak pinggang. Matanya betul-betul jatuh pada muka Nana yang sedang berbaring itu.

manede.”

Lagi sekali. Nana sebut manede….

“apa yang tak kena ni Sarah Syaza Shah Salihin?” Nana bertanya innocent.

Mata Jaja terbeliak. Nana sebut nama penuh. Nama penuh. Nama penuh dia yang jarang orang nak sebut sebab orang kata macam tongue twister.

Can you imagine an imaginary menagerie manager imagining managing an imaginary menagerie?

Satu kategori macam nak sebut nama penuh Jaja kan?

“Nana, kau sedar tak kau tengah cakap KL?”Jaja mengingatkannya.

Nana senyum lebar. “jadi?”

Ek eh… “jadi??? Apa masalah kau?”

Nana tayang sengih lagi. “aku nak tegur Syahid, jadi aku kenalah pandai cakap KL.”

Berkerut seribu dahi Jaja. Dia menolak kaki Nana kebawah sofa dan duduk disitu. “kenapa mesti macamtu pulak?”

saje.”

Euw. Nana cakap saje, jeeee….

“kau baik-baik, Na. Mana boleh tegur orang yang kita tak kenal. Bahaya.” Jaja membebel lagi.

“alah, takde apa la..”

“ehh.. aku ingatkan kau ni. Ish. Tak payahla Nana…. kita bukan kenal sangat pun dia macam mana..”

“Jaja” Nana memandang muka Jaja dengan serius. “sepanjang hidup kau, kau memang tak pernah bercakap dengan orang tak dikenali eh?”

Jaja berfikir sejenak. Rasa-rasa tak pernah… tapi haritu dengan Ad.. eh! Ad kata dia tak jatuh kategori stranger, maknanya.. “tak. Aku tak pernah bercakap dengan orang yang aku tak kenal.”

Nana mendengus nafas. Dia bangun untuk duduk setentang dengan Jaja. “Ja, kau dengar sini eh. Aku memang dah nekad nak tegur dia. Nekad.”

Jaja buat muka risau. “kalau dia tak layan macam mana.. kalau dia tu jahat, ajak kau buat tak elok macam mana… kalau dia tu..”

“eyyyy. Listen. Tu semua ‘kalau’. Sekarang dah takde ‘kalau-kalau’ dah. Sekarang tinggal bertindak, atau berdiri tegak tak buat apa-apa.” Nana memotong sebelum Jaja menghabiskan ayat.

“ish. Aku risau la Na…” Jaja mengecilkan matanya.

“nothing to be worried. Rileks sudaa.”

Jaja buat muka. Betul-betul gila la housemate aku sorang ni. Berani sangat. Dia bukan apa, takut kalau si Syahid yang bercakap mengalahkan anak dara tu buat Nana kecewa. Karang dia buat bo layan lepastu blah macam tu je.. tak ke naya? Nana dah la bukan main semangat lagi bernekad la hape la. Orang kata, jangan simpan angan-angan tinggi sangat, sebab nanti kalau jatuh sendiri sakit.

“come on la Jaja.. jadila supportive sikit..” Nana buat nada memujuk.

“eeh. Aku tak support benda-benda gini. Tak payahla Nana.”

“Ala Ja… aku dah susun ayat baik punya.”

Jaja diam. “hurm.”

“kau sokong aku kan?”

“hurm.” Malas.

“Jaja…Jaja…Jaja…Jaja…” Nana dah masuk nada merengek.

“Ya. Ya. Tapi kalau esok agak-agak nak frust menonggeng ke hape, call aku dulu. Boleh aku bersediap sedia beli tisu 10 dozen masa balik kerja.”

“Jaja!! Jahat!!”

Jaja berlalu dari sofa itu dengan sengih tak ikhlas. Orang pernah cakap, kalau sendiri buat sendiri tanggung. Tapi dia tahu ayat tu tak boleh diaplikasikan dengan Nana. Sebab kalau Nana happy dia kena tadah telinga, kalau Nana sedih dia kena tadah bahu. Jadi, kalau Nana buat sesuatu, mereka berdua kena sama-sama tanggung.

Jaja menggeleng-gelengkan kepala bila tengok Nana terbaring disofa sambil terkumat-kamit. Tu tengah practice la tu.

Tiba-tiba terdengar suara Nana melagukan lagu kumpulan Mocca itu lagi sekali. Adoi. Parah. Cepat-cepat dia mengemas laptop nak angkut kedalam bilik. Kita kalau berada satu tempat dengan orang tengah jiwa berbunga-bunga ni, tekak kita pun jadi berbunga-bunga sekali. Tak kuasa!

“Jaja, tidoq dah?” Nana perasan Jaja hendak melangkah masuk ke bilik.

“orang KL kata tidur, Nana. Bukan tidoq.”

Pap! Nana menepuk dahi sendiri. “alah, silap!”

****

Satu… dua….tiga….
Nana mencongak perlahan dalam hati.
Sepuluh!

Buk!!

Vid mengerutkan keningnya bila terasa bahunya dilanggar kuat. Aku langgar apa ni?

Seorang perempuan bert-shirt kuning air, pakaian seragam pekerja Vincci dah terjelepuk diatas lantai.

Vid menunduk memandang perempuan itu. Allah! Macam mana boleh tak nampak orang ni Vid? Vid menyentuh sedikit atas lengan baju perempuan itu. “maaf. Awak boleh bangun?”

Nana mengangguk perlahan. “boleh..boleh.” dia senyum sedikit.

Vid memandang perempuan tu dengan muka bersalah. “maaf, mungkin sebab ramai orang. Tak nampak. Tak sengaja.” Sampai terduduk anak orang aku buat. Bahu macam letak besi.

“tak apa..tak apa.. sikit je.” Nana mengibas-ngibas seluarnya. Gila buat scene depan crowd!

“betul ok?”

Takkkk. Sakit punggunggggggg!! “betul. Saya ok.”

“ok..” mata Vid melilau diatas lantai. Kelabunya view! Mana pulak tercampak specs aku ni..

“En.Syahid, nah.” Nana menghulurkan cermin mata berbingkai hitam pada Vid.

Vid menyambut huluran specs itu. err.. kejap.. “mana tahu nama saya?”

“tu.” Nana tunjuk pada tag pekerja Vid yang terkeluar sedikit dari poket kemeja ungu belang-belang itu. “anyway, saya Nana.”

“oh..” Vid menjawab sedikit. Specs diangkat nak disarungkan pada mata.

“saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Nana terus berlalu.

Vid yang macam orang yang baru dapat penglihatan tercangak-cangak mencari perempuan yang berlalu tadi. Gila berdesup jalan! “waalaikumsalam..” dia menjawab salam seorang diri.

*****

Tangan Jaja pantas mengipas-ngipas surat khabar ditangan.

“Jaja… kipas aku kuat lagi Jaja… kipaskan aku..”Nana merengek-rengek disebelahnya. Dah macam hyperventilating dah gaya.

Nana menjulingkan matanya. Dah berejam aku mengipas kot, peluh tak kering-kering lagi ke? kipas siling dah berpusing nombor lima. Tingkap semua dah bukak luas. Mungkin system pengudaraan rumah ni kena baiki kot.

“Jaja… aku cakap dengan dia Ja… dia bercakap dengan aku…” Nana bercakap sambil mengipas diri sendiri dengan tangan kiri. Huh! Huh! Bernafas Nana, bernafas!

Jaja berhenti mengipas. Suratkhabar ditangan dihempuk kuat pada lengan kawan disebelah. Pappp!!!

Nana memandang dengan muka masam. “apa ni Ja? Sakit tau.”

“sudah-sudah laaaa tuuuuuu!”

Nana memeluk lengan Jaja. Tiba-tiba dia tersenyum macam nampak duit terbang atas siling. “Jaja…” dia berhenti sejenak. “aku bercakap dengan Syahid Ja!!!”

“tau. Dah ulang banyak kali dah.” Jaja nada malas.

Nana memegang dada sambil menelan liur. “aku.. aku macam.. macam… terpesona.. tergamam.. terkaku..”

“terjelepok!” Jaja menambah.

“alah! Terjelepok tu tak kira la!”

Jaja mencebikkan bibir. Tangan dia kembali menggerakkan surat khabar ditangan. Tolong mengipaskan anak dara gatal disebelahnya ni.

“Ja.. kau taktau Ja.. macam mana happynya aku tadi.. masa dia pandang dalam mata aku.. masa dia sentuh lengan baju aku… aku dah taknak pakai dah baju tu.”

“basuh pun tak payahla. Nanti finger print dia hilang.” Jaja cuba sarkastik.

Nana pandang Jaja serius. “betul tu. Aku taknak basuh.”

Automatic Jaja rasa ada burung terbang-terbang atas kepala dia. Pening aku dibuatnya!

“kau tau, masa dia mintak maaf, dia macam ikhlaaaaaaaaaasssssss sangat. Dia cakap maaf instead of ‘sorry’. Macam cool kan? Macam lelaki budiman gitu.”

Jaja berkerut dahi. Budiman? Perkataan kamus ke hape?

“walaupun benda yang takat beberapa saat tu, aku rasa aku macam jalan atas awan.”

Jaja pandang muka Nana yang bagaikan bulan mengambang. “seronok sangat ke?” bagi dia, cakap dengan Syahid macam tak ada apa pun.

“serrrrrrrronokkkkkk sangaaaaaat.” Nana memejam matanya seketika. “rasa macam, kalau kau bunuh aku sekarang pun aku tak kisah sebab aku dah dapat apa aku nak.”

“pahala dah berapa kati ni?”

Nana tersengih malu. “hehe. Aku hiperbola je laaa… janganlah serius sangat..”

“yelah. Sukahati je cakap pasal mati.”

“tapi kan Ja…” Nana melepek dilengan Jaja. “dia nampak comel masa nak carik specs dia.”

“nasib je tak pecah..”

“tula. Aku pun bajet langgar sikit-sikit je. Sekali dengan aku-aku sekali jatuh. Dia tu jalan memang laju la. Dahtu jalan tengok depan je.”

“aku dah kata dah, dia tu tak berapa mesra alam dengan orang.”

Nana senyum lagi. “tak apa. Cinta itu boleh berputik dimana-mana. Biarkan cinta aku mekar seperti..”

“lalat-lalat berterbangan?” Jaja cuba menyambung.

“potong la kau Jaja! Apa ke lalat?!” Nana menghempuk bantal kecil kemuka Jaja.

Hahaha. “habistu? Seperti apa?”

“seperti mawar-mawar kuning di pengelap cermin kereta.”

Hahaha. Mereka berdua tergelak kuat.

“aku ingat di taman bunga tadi.” Jaja bercakap dengan sisa-sisa gelak yang masih ada.

“kau rasa.. dia buat apa dengan 19 kuntum yellow roses aku tuh?” Nana memegang dagunya.

Mak ai. Dekat sebulan jugak si Nana ni buang duit beli yellow roses. “entah. Buang jela kot.”

Nana muka masam. “Jaja, boleh tak kadang-kadang kau jangan jujur sangat dengan aku? cubalah ikut rentak bahasa aku yang tengah bahagia ni.”

Jaja senyum lebar. “aku berasakan jejaka budiman itu akan menyimpan setiap kelopak kering itu disetiap helaian bahan telaahnya, dan biarkan haruman bunga itu segar didalam setiap lipatan ingatan. Biar hancur tangkai, berderai daun, hati yang tersenyum bukan kepalang itu tak akan mudah digalang-ganti.”

Nana melongo besar. “aku tak pernah tau pun kau pandai berbahasa.”

“tu lah kau taknak ambik tau.” Jaja sengih mengusik dan terus berlalu kedalam biliknya.

Nana yang tertinggal disofa agak terpinga-pinga. Rasa-rasanya aku yang tengah feeling sampai boleh berbahasa cantik berbunga-bunga.. tapi kenapa ayat Jaja pulak yang sedap didengar?

Biar hancur tangkai, berderai daun, hati yang tersenyum bukan kepalang itu tak akan mudah digalang-ganti.

Aiyok Nana…… Apa kemende tu?

Sunday, December 20, 2009

ADVIDHAQ [10]

Haq memandang muka tak bersalah baby dipangkuannya. Mata berkedip-kedip, tapi tak jugak tidur-tidur. Haq mengalih pandang pada Vid yang dok bercinta dengan remote tv sejak tadi. Asal iklan je, tukar. Bosan, tukar. Rosak tv rumah Aree ni, memang la Arel suruh dia ganti.

“Vid, macam mana nak suruh budak ni tidur?”

Vid memandang Adni diriba Haq. “suruh dia kira kambing.”

“tak ke-la-kar.” Haq senyum sinis.

Vid menggosok dagu. “biarlah dia taknak tidur.”

“aku rasa dia macam mengantuk la, tapi dia tahan mata.” Cewah, gaya cakap macam ada anak sepuluh.

“nyanyi la.”

“lagi lah tak ke-la-kar lang-sung.” Sepatah-sepatah Haq menyebut. Agak-agak suara macam pangil ribut ni dia nak lena ke? takkan punya.

Tiba-tiba Vid teringat sesuatu. “aku ada…” Vid biar ayatnya tak bersambung. Malu lah pulak nak bercerita. Simpan sorang jela.

“idea apa lagi kau ada?”

Vid menggeleng. “takde apelah.”

“ok, ni kelakar. Tak..tak.. aku bukan tengah sarkastik ni. tapi kau betul kelakar.”

“apahal pulak?”

“muka kau macam kita ni budak perempuan yang tengah nak mulakan pillow-talk. Takpun, macam kita ni surirumah, aku ada anak sorang, dan kau nak ajak aku bercerita dekat tepi pagar rumah.”

“taula kerja pakai imaginasi, tapi janganlah imaginasi melampau macamtu.” Vid dah rasa nak tergelak. Tapi memang betul dia gaya ala-ala nak buat pillow-talk pun tadi. Isk.

“haha. Ok, ok. Cepatlah bukak cerita. Macam best je. Biar aku jadi… arr.. ape eh nama aku. ha, pretend I’m Sally. Pilih nama perempuan kau cepat. Lepastu kita boleh tukar pyjamas dan buat pillow-talk.”

“Haq..” Vid mencerunkan matanya. “kau ada dua pilihan je. Nak tumbuk ke, terajang?”

Hahahahaha. Haq gelak besar. Seronok pulak rasa. “ok,ok. cepatlah cerita. Aku tak ejek.”

Vid senyap. Bukan betul sangat Haq ni. Karang aku kena bahan melawak je.

“alaaaaaaaaa… touching pulak! Apa ni… apa barang main cerita separuh-separuh..”

“ok, aku cerita, kau diam.” Vid meletakkan lengannya pada lengan sofa. “ada orang tinggalkan yellow rose dekat wiper kereta aku hari-hari dah nak dekat seminggu.”

“freaky…” Haq menganga.

“yes. Freaky people with the freaky rose for the whole freaky week.”

“freaky admirer..” Haq menambah.

“what a freaky word.. admirer.” Vid buat muka.

“freak out eh?”

“maunye tak.”

“tak carik siapa ke?”

Vid mencebik bibir. “perlu ke?”

“perlu laaaaaaaaaa. Apa ar kau.”

“macam menakutkan je.”

“menakutkan dari Diana Capang masa kat sekolah ke?” Haq rewind balik zaman sekolah.

“berganda-ganda.”

“freaky…. Yet interesting jugak. Kenapa yellow rose?”

“entah.”

Haq berkerut dahi. “kau suka yellow ke?”

“mintak jauh!”

“freaky gila..”

“eh, Adni dah tidur.” Vid memandang baby yang dah lena dipangkuan Haq.

“anak Aree suka word freaky rupanya. Senang je nak tidur.”

Haha. Vid tergelak. Cepat dia menahan suara dari meletus kuat. “freaky baby.”

Hahaha. Haq menyambut gelak. Mau Aree sumpah diorang tak boleh pegang baby dia sampai bila-bila kalau dia dengar Vid panggil anak dia macam tu.

*****

Aree menggerakkan badannya kedepan, merapati meja. “aku tak pernah tanya soalan ni. tapi harini aku rasa macam nak tanya.”

“macam menarik. Apa dia?” Rai mengangkat kening sambil bertanya.

Aree menarik sengih. “bukan dekat kau. Dekat diorang.” Matanya memerhati dua orang lelaki yang asyik buat hal sendiri diruang tamu.

Rai menurunkan lengan baju yang disinsing sampai atas siku tadi. Menolong Aree mengemas dapur lepas sesi makan malam yang memang super-sedap.

Aree mendahului langkah Rai. Dia dah duduk disofa kembar tiga didepan tv flat-screen.

“weh Aree, lengan aku dah lenguh.” Haq mengomel sambil pandang muka baby Adni yang lena dilengannya.

“eh, aku nak tanya la.” Aree buat muka excited.

“tanya jela.” Haq menjawab. Siap mintak kebenaran bagai, entah apa jenis soalan la ni.

“kau suka perempuan macam mana ha?”

Haq terasa beban Adni macam mendukung sehelai feather je, sebab beban soalan Aree dah ambil alih seluruh perhatiannya. Apa dia eh nak jawab?

Vid yang dari tadi asik menukar channel tv, kini memandang muka Haq tak lepas.

“aku suka….” Ayat Haq tergantung.

“Haq suka perempuan wangi.” Rai senyum mengusik.

“tak..tak.. manede!” Haq menafikan. “aku suka perempuan yang biasa-biasa je. Perempuan yang tak ‘wow’ dan tak ‘umph’ dan apa-apa yang boleh mengeluarkan bunyi-bunyi reaksi macam tu.”

“habis tu kau nak yang ‘uwek’ atau ‘ee yerk’ atau ‘euw’ ke?” Aree bertanya lagi.

“takdelah sampai macam tu. Cuma.. kalau boleh, takde bunyi langsung.” Haq menjawab telus.

“aku rasa macam dah lost track.” Vid menggaru kepala. “kau suka perempuan tak boleh bercakap ke?”

“jenis down-to-earth ke?” Rai pula meneka.

“bukan..bukan.” Haq menggeleng. “maksud aku, perempuan biasa. Perempuan yang kerja biasa, bawak kereta biasa, pakai baju biasa, yang hidup biasa-biasa. Tak lebih, tak kurang.”

“tak faham.” Rai mencelah. “kalau luar biasa bagi kau macam mana? Kerja jadi CEO dan bawak Audi? Macam tu ke?”

“tak jugak…” Haq senyum.

“eh. peningla aku.” Aree berkerut kening.

Haq menukar posisi. Adni dibawa ke lengan kiri pula. “kalau dia CEO sekalipun, tapi kalau dia tahu yang kerja dia tu biasa-biasa je, jadi, benda tu jadi biasa-biasa saja lah.”

Rai, Aree dan Vid tercengang. Okaayyy~ inikah kata-kata seorang lelaki yang nak menginjak 30 tahun? Kita tahu yang lelaki semakin tua semakin complicated, tapi Haq dah nak masuk kategori kata-kata penulis buku.

Haq sengih lagi. “muka serius habis.”

“jangan lah main-main! Betul-betul la!” Aree dan bengang.

“laaah. Siapa yang main-main.. aku cakap betul la ni. korang yang tak dapat pick-up. Lagipun, kenapa kau sibuk sangat nak tau hah? Nak jadi match-maker ke?”

“saja nak tahu… tak boleh?”

“nanti kalau aku dah jumpa, korang interview la perempuan tu sendiri. Mesti dia boleh terangkan panjang lebar ‘biasa-biasa’ tu macam mana.”

“alah! Nak tunggu lambat! Kau jela explain!” Rai mengasak.

“aku nak perempuan yang sedar diri yang dia tu biasa-biasa je. Biarlah dia ada Audi putih 3 bijik dekat rumah. Kau tahu, inner beauty tu yang penting.”

“apa tak sama ke dengan merendah diri?” Vid meneka lagi.

“tak sama kot. Orang rendah diri takkan tunjuk Audi dekat highway.” Aree menjawab.

“kalau perempuan bawak Audi dekat highway bukan macam berlagak ke?” Rai berkata lagi.

“takdelah berlagak kalau dah tu yang dia suka. Dia ada duit, dia boleh beli apa dia suka. Dia tahu cara nak puaskan diri dia sendiri. Bukan untuk orang lain. Confidence level mesti tinggi. Orang bawak Audi takkan nak tunduk kebawah bila berjalan. Betul tak?” Haq menerangkan.

“jadi kesimpulannya? Kau nak perempuan bawak Audi? Eh, aku dah blur sungguh. Bagi aku, perempuan bawak Audi bukan perempuan ‘biasa-biasa'. Gila hape. Audi.” Vid meletakkan kepalanya ke penghadang sofa.

“tak. Aku nak perempuan yang tahu diri dia tu biasa-biasa je. Aku rasa perempuan yang rasa diri dia hebat tu menggelabah gila.”

“yeke?”

“yelah. Berapa ramai yang kejar pangkat tinggi sebab minat dan bukan sebab duit? Berapa ramai yang nak pakai Audi untuk puaskan hati sendiri dan bukan sebab nak tunjuk kereta kau ada gelang bulat-bulat yang shiny gila? Aku nak perempuan yang boleh kejar apa yang dia nak, tapi dalam diri dia, dia tahu yang dia tu biasa-biasa saja.”

“ugh. Susah gila kriteria.” Rai mengeluh.

“nasib aku tak berhajat pun nak jadi match-maker. Kalau tak ceruk mana aku nak carik perempuan macam tu?” Aree pula mengomel.

“ada… mesti ada punya kat luar tu..” Haq menjawab penuh yakin.

“kalau ada pun entah satu dalam sejuta.” Vid berkata lagi.

“baik satu dalam sejuta dari takde langsung.” Haq menarik sengih lebar.

*****

Bilik mesyuarat yang penuh tu dah mula rasa berbahang. Dari satu idea, ke satu idea, semua tak lekat. Rai merenung didepannya. Beratur bermacam-macam presentation board. Belum masuk lagi entah video dan slide entah apa yang ditayang sejak tadi. Semua nak lobi idea masing-masing.

Rai tersedar dari omelan dalam hatinya bila melihat Mira berdiri mengambil tempat dihadapan.

“saya taknak buat isu bumper. Saya taknak extra pages. Saya taknak double-up setiap section.” Mira memulakan ideanya dengan beberapa perkataan ‘taknak’.

“tapi… saya nak buat dua isu untuk ulangtahun GAYA yang ketiga ini.”

Rai duduk tegak.

“kita buat dua dalam satu. Pembeli dapat dua isu dengan satu harga. Kan kita nak bagi bonus pada pembeli.. kan?”

“tapi kan dua isu tu sama je dengan buat isu bumper? Cuma bezanya ada dua.” Ada satu suara yang menyampuk.

Mira tarik senyum. “itulah bezanya.”

“ok,ok. jadi, cadangannya, isu tentang apa?”

“lelaki dan perempuan. Dua jantina, dua rupa berbeza. Dua isu.”

“tapi kita tak pernah buat isu untuk lelaki…”

Mira senyum lagi. “inilah masanya kita kena cuba.”

Rai senyum lebar. This is it.

Wednesday, December 9, 2009

untuk kamu yang mahukan Reza =)

“Reza..” Indah tercungap-cungap menarik nafas. Sebelah tangannya menahan dada. Menahan jantung dari melompat keluar, mungkin. “Reza..”

Masih berdiri didepannya. Bersandar pada dinding belakang. Mata Reza bukan pada dia, tapi memandang terus kedepan. Pandangan yang menembus semua manusia, semua kereta, semua bangunan.

Indah terdiam ketika itu. Terasa dadanya sakit. Sesak.

Reza masih begitu. Muka yang langsung tak beriak itu masih begitu walaupun beberapa minit berlalu.

Indah menahan sesak dalam dadanya. “Reza.. cakapla something Reza..”

Ketika itu, Indah hanya mampu berharap. Berharap yang Reza akan mengalih pandangan mata pada dia. Reza akan mengangkat lengannya dan meraup rambutnya yang halus mencecah leher itu kebelakang kepala. Dan, memandangnya dalam-dalam sambil menarik senyum. Walau sedikit, walau sepicing. Kemudian lelaki itu akan mengeluarkan suara paling tenang, paling nyaman. ‘I’m okey’. Cukuplah, dua perkataan tu pun cukuplah.

Tapi itu cuma apa yang dia harap.. yang sememangnya jauh dari apa yang ada dihadapan matanya sekarang.

“Reza..” Indah terasa sesak didalam dadanya dah naik hingga ke kelopak mata. Melepaskan rasa itu dengan air yang bertakung elok dalam mata. “Reza cakaplah!” dia dah mula mendesak.

Macam-macam benda tak logik berlegar-legar dalam kepala Indah. Macam mana kalau kejadian tadi buat saraf dalam kepala Reza snapped! Macam tu? boleh jadi tak yang kejutan tak terhingga boleh menyebabkan jantung seseorang tu berhenti berfungsi? Kemudian orang tu akan beku beberapa minit sebelum bum! jatuh ketanah? Possible tak manusia akan dapat strok tiba-tiba? Agak-agak mungkin terjadi kematian saraf, atau kematian organ? Yang boleh buat manusia tak dapat respon? Yang buat manusia tegak je bersandar? Yang boleh buat manusia tu tak bergerak selain daripada turun-naik dadanya menarik nafas?

Tolonglah…tolonglah jangan… tolonglah jangan sekarang…

“Reza…” suara merintih Indah kedengaran perlahan. Dia berdiri betul-betul dihadapan Reza. Memandang tepat pada muka yang tak beriak itu.

Hanya derap nafas dan kerdipan mata Reza yang buat Indah masih kuat berdiri diatas dua kakinya sekarang.

Dua saat..

Mulut Indah melopong besar bila Reza menggerakkan tengkuk. Akhirnya!

Reza menjatuhkan pandangannya. Indah yang bermuka pucat ditenung sayu. Sungguh… dia mengetap bibir.

“Reza.. say something..” Indah memandang tepat pada anak mata hitam dihadapannya. Tak berair, tak bersinar. Serasa mata tu dah tak hidup..

“if..” suara sedikit serak itu mula kedengaran. “and only if…”

Indah mengangguk.

“I could have you in my arms now.”

Saat itu juga air yang bertakung dalam mata Indah menitik ke bibirnya.

ADVIDHAQ [9]


+Aku dah sampai dah ni. Aku tunggu kau dekat Kino.

Jaja menutup handphone flipnya. Harini dah janji dengan Nana nak balik sama-sama. Baik dia memerap dekat kedai buku ni sementara menunggu Nana habis kerja.

“hey! You! Interviewer!”

Automatik Jaja melipat lehernya. Melihat orang yang menyergah tiba-tiba itu. oh!!

“hai.” Jaja menegur dengan nada awkward.

“hey… you look.. different.” Ad menjungkitkan keningnya.

“err..aah. kot.” Jaja meletakkan kembali buku ditangan pada rak dihadapannya. Tangan kanan mencekak pinggang dan tangan kiri menggaru dahi.

Ad masih senyum lebar. “saya kacau awak ke?”

“tak! Tak! Erm..tak.” Jaja menggenggam tangannya dibelakang badan. Cuba senyum dengan semanis mungkin.

Ad dah rasa nak tergelak. Kenapa dengan perempuan ni?

Jaja mengetap bibir. Ada apahal lagi yang mamat ni tak bergerak-gerak?

“ada buat salah ke?” Ad mengagak.

“who?”

“awaklah. Orang kata kalau gelisah semacam tu maknanya ada buat salah.” Ad senyum lagi. Lengannya ditongkat pada atas rak disebelahnya.

“siapa yang gelisah?” Jaja memeluk tubuhnya.

Ad tarik sengih. “right. Tak gelisah. Cuma shivering gila-gila.”

“ehem!” Jaja berdehem menahan getar. “air-cond.”

Yah right. Blame a thing is seriously a good reason. Ad melepaskan tawanya.

Jaja memandang tajam orang dihadapannya. Orang kiri-kanan dah menoleh. Cepat dia menyambar buku disebelah. Buk!!

“ouch.” Ad memegang dadanya yang dihempuk kasar.

“shut up!” Jaja menahan marah.

“alah, ni bukan library. Lantaklah.”

Jaja berasakan dia tak perlu lagi berdiri ditempatnya sekarang. Laju dia berjalan.

“hey, nak pergi mana?” Ad mengikutnya dari belakang.

“mana-mana!”

“awak memang selalu macam ni ke?”

“macam mana?” Jaja masih menjawab walaupun dia tak menoleh mengadap muka Ad dibelakang.

“lari daripada rasa bersalah.”

Jaja memberhentikan langkahnya dan pusing kebelakang. “I believe that you are not a psychic. Jadi, tolong jangan berangan yang awak tau pasal saya.”

“yes I’m not a psychic. Tapi budak umur 10 tahun pun boleh tahu there’s something not right here.”

“jadi?” Jaja betul-betul tak faham dengan lelaki dihadapannya. Kalau ye pun suka sangat bercakap, takkan macam ni sekali!

“saya cuma nak tolong. Salah ke?”

“awak cuma nak tolong ke, atau cuma saja nak ambik tahu?”

Hah! Ad melepaskan nafasnya. “at least I care.”

“about?”

“something that I should, I think I should, care.”

“do I look like I care about a thing that you care?”

“No. But I think this thing should be taken care of.”

Jaja menarik nafas panjang. “awak memang selalu ambil berat pasal seseorang yang awak tak kenal?”

“sometimes stranger is the best listener. Tapi awak tau nama saya, so, tak lah jatuh kategori stranger, kan?”

“so annoying.” Jaja rasa dia dah macam bukak teater free dekat lantai ground floor KLCC.

“come on laaaaa.” Ad masih tersengih. “try. Talk to me. Maybe awak akan suka bercakap dengan saya.”

“ok. ok. wanna know the truth? Saya memang gelisah bila bercakap dengan orang yang tak berapa kenal. So, saya memang takde masalah besar atau rasa bersalah menggunung. Settled?”

Ad merenung lama wajah Jaja dihadapannya. “bagus sebenarnya awak dah tak pakai cermin mata. Sebab saya boleh nampak reaksi dekat muka awak. You shivering and blushing and tangan awak tak tau nak letak kat mana bila awak menipu.”

Unbelievable! Jaja rasa dia beku di situ.

“so, tell me. Siapa mangsa penipuan awak yang buat awak rasa bersalah sangat. saya ke?”

Oh.. damn.

“nak cakap dekat mana? KFC? Dome?”

“Adha, awak memang dah takde kerja sangat ke?”

“saya masuk kerja esok petang.”

Loyar buruk. “Park.”

Ad tersenyum lebar macam esok-esok takde peluang nak senyum dah.

*****

Hahahaha. Bergema bunyi suara Ad gelak. Satu park KLCC tu boleh dengar rasanya. Nasib Ad tak buat aksi ketawa guling-guling. Kalau tak dah jadi Hindustan sebab sekarang diorang tengah duduk melepak dekat atas rumput hijau. Sumpah scene Hindi kalau Ad berguling.

“shut up.” Jaja memberi amaran dengan muka garang.

“serius eh? your friend punya idea memang tip top la. Tapi awak punya preparation siap dengan print borang..folder..tag..”

“tag tu bukan fake la.”

“memang team magazine la?”

“graphic designer.”

“wow.”

Jaja membetulkan tangan yang memeluk lututnya. “seriously eh, kenapa la Nana nak sangat dekat Syahid. Is he even romantic?”

“kenapa perempuan pilih lelaki romantic? apa yang perempuan pandang dengan perkataan romantik sebenarnya? Having candle light dinner..playing Careless Whisper with saxophone?”

Hahahaha. Jaja tergelak besar. “I’m not a big fan of George Michael. And saxophone is really extreme la. haha” gila la siap main saxophone. Tak pernah terbayang. Aksi romantic terlampau.

“dahtu? Bukan benda-benda macam tu ke perempuan kata romantik?” Ad memandang perempuan disebelahnya.

“entah. Tak boleh la pandang ‘perempuan’ tu secara general. Kena pandang pandang ‘perempuan’ tu secara individual. Setiap perempuan tak sama. So, definisi pun lain-lain lah.”

“ok. jadi secara individu, apa kata awak?”

Erm.. Jaja mengetap bibir. “tak tau.”

Hahaha. Lagi sekali Ad gelak besar. “tu la. kerja je. romantic pun tak tau apa benda.”

“hey! Look who’s talking. Orang yang gila dengan enjin kapalterbang and comics.. cakap orang, dia pun sama.”

“hey.. saya ada life la. normal human life. Bukan dengan plane and komik aje.”

Jaja sengih mengusik. “yeke… ada girlfriend? I bet you don’t.”

“at least I have someone I like.”

“reallllllllyyyyyyyyyyyyyy~ ah-hah. Gila percaya.” Jaja mendongakkan kepala ke langit. “siapa? Jean Grey? Lois Lane?”

“ni ada yang nak kena tolak masuk kolam ni…” Ad mengugut.

Haha.

“ingat saya ni apa? Cikai sangat ke? hey.. come on la….” Ad masih mempertahankan dirinya. Teringat majalah GAYA dekat atas meja sebelah katilnya. Tak bergerak dari situ dah nak dekat 3 minggu. AKSARA.

“so, tanya la dia. Bet she has a better answer.”

“takde cara nak tanya.”

Jaja menekup mulut. “a comic’s character lagi??????????”

“no..but.. err.. takpelah.”

Jaja tergelak kecil. Memang daripada tadi, dok berborak dengan Ad memang takde topic lain selain daripada DC comic dia… and X-MEN.

Ad pula merenung apa yang dihadapannya bagai nak tembus. Bila la nak jumpa orang yang disukai. Mungkin dia tengah jalan-jalan dekat KLCC ni jugak macam dia. who knows?

Teet!
Pantas Jaja membuka flip handphonenya. “sorry Ad. Nana dah tunggu tu.”

“ok. bubye.”

“nice to meet you, sky driver.”

“nice to know you, cheater.”

****

Ad dah siap dengan pakaian seragam putihnya. Cermin mata hitam diambil dimeja sebelah katil. Dia tengok jam ditangan kiri sekilas. Banyak masa lagi. Ramai yang bertanya kenapa tak tinggal dekat Sepang? Kan lagi dekat. Tapi dia punya alasan sendiri. Dia suka memandu jauh-jauh. Ambik mood dalam kereta kata orang. Pelik? Apa-apa jelah.

Dia terpandang GAYA yang berada diatas meja yang sama. Agak-agak keluaran baru dah ada kat kedai ke belum? Nak kena beli ke eh? segan la pulak. Cuba bayang kalau ada perempuan beli Men’s Health. Mesti dia pandang pelik punya la.

Takpelah. Nanti nak paksa Haq beli. Kalau haritu dia boleh beli, takkan sekarang tak boleh? Haha

Sudah-sudah. Nak pergi kerja ni. Jangan berangan. Kot-kot la orang yang disukai ada dalam flight harini. Nice journey, Adha.

Beg hitam terus diangkat keluar dari bilik.

Tuesday, November 17, 2009

Anaz dan Fifi

Afifah berjalan mengelilingi rak lauk-pauk itu. ni dah 3 kali pusing dah ni. tetap taktau nak ambik lauk apa. Bukanlah dia ni cerewet sangat, tapi semua dia minat! Tak muat pinggan cik kak.

Shahnaz yang berbaju pagoda putih digerai air sebelah tengok je perempuan yang tak ambik-ambik lauk dari tadi. Nasi putih separuh masih elok terletak diatas pinggan plastic itu. dia nak tawaf rak tu 7 kali gamaknya.

“Anaz! Teh ais satu! Minum.” Satu teriakan terdengar dari kaunter bayaran.

“orait!!” matanya terus meninggalkan perempuan berbaju kurung ungu itu. Dilap-lap tangan pada kain basah. Pantas jari itu memasukkan pati teh pekat didalam cawan. Air panas dituang. Tin susu pekat diketuk-ketuk diatas meja sebelum menterbalikkannya dengan sebelah tangan. Tangan kiri mencapai pula sudu kecil. Dilambung ke langit sekali, ditangkap pantas dan terus dikacau kedalam bancuhan teh.

Afifah merungut kecil bila laluannya disekat. Pakcik ni dah tau badan tu besar, tengah-tengah ramai orang ni, janganla berhenti lama-lama. Matanya melilau kiri-kanan. Akhirnya dia terhenti pada tukang buat air di gerai sebelah. Kedua-dua tangannya cekap bergerak. Melihat sudu yang dilambung itu. whoa. Stylo~

“dik, tumpang lalu dik.”

Afifah tersedar bila seorang makcik dibelakangnya menegur. Tu lah kau. Usha sampai sekat jalan orang lain. Dia senyum-senyum aje bila makcik tu melintasinya.

Afifah akhirnya mencedok kuah masak lemak cili api ke nasinya. Baru kuah. Lauk tak dapat lagi.
Shahnaz tak dapat nak tahan geli hatinya. Dia tergelak perlahan. Aku dah siap buat berapa gelas air dah, si perempuan baju ungu tu masih dekat situ. Yang berubah hanya nasinya yang dah jadi warna kuning.

“Mal, cover aku kejap.” Shahnaz meninggalkan gerai air itu. dia bergerak ke kedai nasi campur disebelah.

Kamal disebelah hanya mengangguk. Masa mula-mula waktu lunch tadi memang la sibuk ngalahkan Perdana Menteri. Sekarang dah ok, tapi tetap kencang jugak.

Afifah meletakkan jarinya didagu. Memikir-mikir. Ayam ke, udang?

“cik kak, lauk dekat sini sikit sangat ke?”

Afifah pantas memandang kesebelah. Lelaki berbaju pagoda putih dan apron dilipat separuh warna biru. Teapot teko punya apron. Dahinya berkerut. “ye?” blur.

“dekat sejam pilih lauk. Lauk kat sini sikit sangat ke?” Shahnaz mengulang. Jarinya ditunjukkan pada tray-tray lauk yang nak dekat 30 buah itu.

Afifah senyum. “taklah. Banyak sangat sampai taktau nak ambik apa.”

Shahnaz senyum meleret. She’s nice.

Tangan Afifah mencapai senduk udang sambal petai. Dicedok udang dan petai itu kedalam pinggannya. Selepas itu dia bergerak ke rak sayur. Pucuk paku goreng ditambah kedalam pinggan. Dengan senyum tak lekang, dia terus ke kaunter bayaran.

“berapa kak?”

Shahnaz dibelakang menggeleng-geleng pada akak kaunter.

“errr.. takpayah la dik.”

“huh?” Afifah tenung semula pinggan ditangan. Free? Takkanlah~. “takkan percuma kot, kak. Cakap la betul-betul, berapa ringgit?”

“orang belakang awak kata takpayah bayar.” Akak kaunter senyum-senyum.

Afifah toleh kebelakang. Mamat buat air ni lagi.

“saya belanja la harini.” Senyum.

“kenapa pulak?”

“saja. Awak baru kerja dekat area sini kan? Tak pernah nampak pun.”

Afifah angguk.

“kitorang dekat sini memang macam tu. kalau ada pelanggan baru, mesti kitorang belanja.”

“yeke?”

“iye.”

“ok lah macam tu. akak, terima kasih eh. Nanti saya makan sini lagi.” Dia senyum manis pada akak kaunter.

“ehhh.. kejap. Nak air apa?”

“sirap limau ais. Boleh?”

“beres!!” Shahnaz senyum lebar.

Afifah duduk dimeja bersama kawan-kawannya.

“Anaz, sejak bila kau pandai belanja orang?” akak kaunter nasi campur mengusik.

“entah Anaz. ‘kitorang’ eh? sejak bila ‘kita’ ada polisi belanja pelanggan baru?” suara Kamal dari tempat buat air pula kedengaran.

“sejak harini. Ah. banyak soal pulak kau. Dah-dah. Buat kerja.” Shahnaz meningalkan soalan mereka begitu sahaja. Dia bergerak ketempat air. Apronnya dibetulkan. Sirap limau ais. Dia mengulang. Sirap limau ais paling special dia buat dalam hayatnya. Sebab sirap limau ais dia tak pernah senyum-senyum sampai limau diperah pun nampak macam perempuan tu sengih dekat dia.

******

Afifah terkial-kial nak membuka pintu keretanya. Tangan kiri pegang buku tender 4 inci tebal, kalah buku harry potter. Tangan kanan pegang 2 fail, sekali dengan beg laptop.

Di menjulurkan jari-jarinya. Kot-kot la boleh capai handle pintu kereta tu. haih. Dia mengetap bibir.

Pak!!

Afifah mendongak. Dia kerut dahi.

Shahnaz senyum. “silakan…”

Afifah pun turut sengih. macam mana dia boleh ada dekat sini? Tempat letak kereta depan pejabatnya? “errr…” soalan dah rangka dalam kepala, tapi tak terkeluar pulak dah.

“tak berat ke tu?” Shahnaz tunjuk pada barang berkilo-kilo yang dibawa Afifah.

“err.. berat..berat..” cepat-cepat dia letakkan semua barang di tempat duduk belakang.

“saya Anaz.”

“Fifi.” Afifah mengangguk.

Senyap.

Afifah dah bermain dengan kunci kereta ditangan. Apa nak cakap lagi ni?

“apa..”
“apa..”

Hahaha. Mereka tergelak. Entah macam mana boleh serentak pulak bersuara.

“awak cakap dulu.” Shahnaz senyum lagi.

“apa awak buat dekat sini?”

“ada hal.” Pendek jawapan Shahnaz.

“owww..”

“kerja sini?” Shanaz tunjuk pejabat swasta dihadapannya.

“aah. Baru je.”

Shahnaz bermain kunci kereta didalam poket slacknya. Baru Afifah sedar, harini dia tak sarung apron biru Teapot Teko.

“ermm..” Afifah mengumam.

“hmm?”

“heh. Takde apa. Taktau nak cakap apa dah.”

“erm. terima kasih?”

Oh! Afifah menyentuh dahinya. Lupa pulak ada orang tolong bukakkan pintu kereta tadi. “sorry..sorry.. terima kasih banyak!”

“benda kecik.” Shahnaz senyum. “ok la. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

Afifah keras-kaku sekejap bila Shahnaz bunyikan alarm keretanya. Teet! Teet! Loh! Kereta sebelah dia aje ke?

Afifah tersedar kembali bila Shahnaz mengangkat tangan padanya semasa mengundur kereta.
Hmm. He’s nice.

*******

“Fifi, kau taknak turun lunch?” Azida mengajak.

“tak sempat la. Lepas ni aku ada meeting dekat luar. Aku tak prepare apa-apa lagi nih.” Afifah menjawab sambil tangannya kalut mencari dokumen dalam susunan fail.

“la kau ni. kenapa tak prepare awal-awal? Karang lapar macam mana?”

“aku full la pagi tadi. Ni payah nak cari. Aku taktau pekerja dulu tu dia letak dokumen dekat mana.” Afifah memegang atas kepalanya. Haih. Kusut!

“takpelah macam tu. nak tapau?”

“takpelah. Thanks. Aku takut tak sempat nak makan.”

“ok. tapi make sure kau makan tau. Nanti pengsan masa nak drive.”

“yelah tu. kau tu jalan baik-baik. Bye.”

“bye.” Azida terhenti sebentar. “ehh kejap. Kalau mamat air stylo tu tanya kau, aku nak jawab apa?”

Afifah mengecilkan matanya pada Azida. “kau suka usik aku kan?”

“haha.janganlah marah. Dia suka kau la Fi…”

“pergi turunlah cepat! Kau melambatkan kerja aku la.”

“haha. Ok.ok. bubye.” Azida melangkah ke pintu lif dengan gelak yang masih bersisa.

Afifah melihat fail yang berterabur sambil tersengih-sengih. Ada-ada jela Azida ni. Mamat air stylo konon. Tak pasal-pasal nama dalam surat beranak kena ubah. Tapi memang stylo pun. Dengarnya budak-budak sekolah area sini pun suka tengok dia buat air. Haih. Budak-budak.
Afifah senyum lagi. Teringat lelaki berapron Teapot Teko itu. ish! Buat kerja la Afifah! Berangan pulak dia.

Dia berkemas ala kadar. Biarlah nampak rupa pejabat sikit tempat ni. kalau tak tadi macam tempat recycle kertas! Selesai semua, dia mengangkut apa yang perlu dan terus keluar dari pejabat.

Afifah terhenti sekejap dipintu kereta. ehh??? Apa benda yang terselit dekat pengelap cermin kereta tu?

Sila ambil barang anda dikaunter receptionist. =)

Terus dia mencapai handphone didalam handbag.

“Anis, ada pesanan untuk saya ke?”

“aah. Ada barang untuk Cik Afifah.”

Dia melipat kembali handphone itu kebawah. Kena patah balik office. Ada-ada jelah!

Satu polisterin putih dan sebotol air mineral elok terletak dalam satu paperbag. Ada note lagi.

Sila makan. Nanti traffic light pun nampak macam aiskrim. =p

Afifah tergelak. Azida!!!!!! Kau ni memang la~

Dia kembali kekereta dengan sengih tak lekang. Dalam polisterin tu ada fishball dengan chicken ball goreng yang dicucuk-cucuk dengan lidi. Macam tau-tau je sekarang ni jalan jam, so boleh la nak ngap dalam kereta. I owe you la Azida~

Shahnaz senyum meleret. Walaupun dia perhati dari jauh, tapi dia nampak senyuman tu.
She’s nice.

******

Shahnaz pandang perempuan yang duduk sorang-sorang itu. lekas dia mengelap tangan pada kain basah.

“Assalamualaikum.” Perlahan Shahnaz memberi salam.

“waalaikumsalam.” Afifah menjawab sambil menekup mulut. Tengah kunyah nasi kot.

“saya teman, boleh?” Shahnaz dah nak tarik kerusi palastik didepannya.

“sure.” Angguk.

“suka makan sini?”

Angguk. “suka. Lauk sedap.”

“oh,suka lauk kampung?”

“suka. Suka sangat.”

“oh… asal kampung ke?”

Afifah menelengkan kepalanya kekiri dan kanan. “tak jugak.”

“ow yeah? Cool la tu.”

“apa-apa pun, saya makan je.”

“oh! sama la kita. Saya memang suka makan. Round satu Malaysia sebab nak carik makan pun sanggup je.”

“iye? Saya pun macam tu. pernah makan ikan bakar dekat Pasar Keramat? Sedap sangat.”
Shahnaz dah teruja. “aah. Memang superb! Kuah asam dia tak macam yang lain. Pekat, lepastu pedas-pedas sikit kan?”

“pedas banyak kot. Sebab dia warna oren merah-merah tu! tapi ada gerai nasi lemak depan dia tu,lagi sedap.”

“oww.. sambal dia ok. tapi nasi lemak antarabangsa? Hooo~ tak boleh tahan..”

“aah. Kampung Baru eh? tapi ada satu nasi lemak antarabangsa dekat Ampang, depan Ampang Puteri. Selalu singgah situ je.”

“alang-alang sampai Ampang, selalu orang carik western.”

“aah! Roadhouse Grill? Fuh. Terangkat. Cozy House pun dekat Ampang kan?”

“yep-yep. Suka dia punya ayam pandan?”

“suka!! Balut dengan daun, memang aura lain la.”

“pernah makan nasi ayam penyet?”

“JB?? Ow yeah~sambal dia sedap.”

“Jb punya tak real. Try Singapore punya. Fuh. Sambal dia memang tak boleh nak cicah. Cili hape dia pakai pun taktau la.”

“haha. Singapore eh? carik murtabak la kot selalu. Murtabak yang besaaaar tu.”

“betul-betul. Memang puas kalau makan.”

“kalau dekat Johor tu.. hmm, laksa johor kot best?”

“erm. Try pergi Pontian. Asam pedas dia lain macam.”

“kalau asam pedas baik pergi Melaka! Kuah pekat dengan ikan pari fresh, tak dapat nak bayang.”

“Melaka memang la. tapi tak jauh dari Melaka, Negeri Sembilan. Makan diorang punya masak lemak..”

“oh… jangan cakap, jangan cakap. Masak lemak cili api pure! Lepastu kalau sampai dekat port kedai masak minang, hurm. Memang rasa taknak bangun.” Afifah dah makin seronok berborak pasal makanan. Terbayang daging masak minang dengan cili goreng dia.

“tapi dalam banyak-banyak negeri, utara dengan pantai timur la paling menarik.”

“betul. Kalau berhenti dekat R&R Sungai Perak, tak sah kalau tak cedok ikan patin masak tempoyak.”

“kalau pergi kenduri dekat Perak, memang rasa tak malu nak makan bertambah. Gulai dia sedap.”

Hahaha. Afifah tergelak. Tak pernah lagi dia pergi kenduri makan bertambah. segan. “apela awak ni.”

“haha. Betul. Sana kenduri orang kampung masak ramai-ramai, bukan pakai cater macam kat sini.”

“macam dekat Penang jugak la kot.”

“oh! Penang! Pasemboq dengan nasi kandaq!”

“tu dia cheq. Dan-dan dia dok tukaq longhat.”

“huih. Habaq mai makanan Penang apa cheq tak pnah ghasa. Mee udang Kepala Bataih, pasemboq Padang Kota, laksa buyung, nasi kandaq sampai ka Sungai Petani nun cheq penah makan.”

Hahaha. “anak mami ka?”

“dok aih. Anak daddy.”

Hahaha. Selamba Shahnaz menjawab. Afifah dah terkeluar airmata sebab banyak gelak.

“saya suka lagi makanan pantai timur kot, walaupun makanan Kelantan tu banyak yang manis-manis.” Afifah bertukar lokasi makanan.

“kalau dekat Kelantan tu, makanan dia murah-murah. Kalau nasi kerabu tu, siap letak solok lada, ikan goreng tepung, daging bakar, baru je 3-4 ringgit.”

“aaaaaa~ nasi kerabu! Tambah sambal sikit, budu sikit… erm, lama tak makan.”

“haha. Takpe. Nanti saya carikkan. Dengan segala kuih-muih Kelantan pun saya boleh carik.”

“akok eh? kalau akok pandan tu sedap kan.. laksam..sira pisang..puteri mandi..”

“ow..dapat kencing manis nanti!”

“bukan makan hari-hari la…”

“baik makan keropok lekor.”

“tu dah sampai Terengganu tu… baik carik nasi dagang.”

“takpun sata… tau sata?”

“tau! Tau! Macam otak-tak… tapi segi tiga.. kan?”

“bukan segi tiga la.. bentuk kon.”

“alah.. sama la tu.. awak ni..” haha.

Panjang borak mereka pasal makanan. Dari Singapura yang dekat selatan, sampai la hujung semenanjung Malaysia. Tu tak jejak Pulau Borneo lagi tuh.

“Anaz, dah dekat habis waktu lunch. Terima kasih bawak saya jalan-jalan cari makan.”

“haha. Tarahal. Nanti kalau ada peluang, saya bawak awak travel betul-betul.”

Afifah cuma angguk. Ye sangat la tu.

******

Selesai Zohor, ramai pekerja masih melepak-lepak di tempat duduk masing-masing. Terdengar kecoh suara Azida.

“best la macam tu. boleh la makan omputih selalu.”

“makan omputih apanya Jida?” Afifah bertanya.

“aaa Fifi! Lot sebelah ofis kita ni nak bukak restoran barat. Owner dia, sama dengan owner gerai yang kau selalu singgah tu.”

Afifah ternganga. “gerai nasi lauk kampung tu? owner dia bukak restoran western? Sedap ke nanti?”

“entah. Tapi bisnes kencang la jugak nanti. Tak ada lagi orang jual western food sini.”

Aah. Betul jugak. Eh, Afifah teringat sesuatu. “ey Jida, haritu kau ada kasi bekal kat aku kan? Time aku tak sempat lunch haritu? Thanks eh…”

“hoh?? Lambat lagi aku nak kasi bekal kat kau Fi. Manede.”

“kau jangan main-main Jida… kau tinggal kat receptionist bawah kan?”

“serius tak!” Jida menjawab sungguh-sungguh. “pahal?”

Afifah telan air liur. Sedap-sedap dia ngap haritu, entah sapa yang bagi ntah. “aku makan.. aku ingat kau yang kasi..”

“kau tanya la budak Anis tu sapa yang kasi. Misteri woo~” Azida terus angkat telefon putih diatas meja. Disambungkan pada talian receptionist. Di pass gagang kepada Afifah.

“Anis, haritu yang tinggalkan barang kat kak Fifi haritu, siapa yang kasi eh?” Afifah bertanya hati-hati.

“oh yang tu. Lelaki, tinggi-tinggi. Nama dia tak kasitau.”

Fifi dan Jida tercengang. Zaman sekarang pun ada peminat misteri lagi ke?

***

“sah! Komfem! Gerenti!” Azida berkata yakin sambil menepuk meja.

“tak mungkin.. tak mungkin.. mana dia tau kereta aku? mana dia tau aku tak sempat lunch? Mana dia tau aku kena kerja luar?” Fifi berkata sambil berkerut kening.

“beeeeeeeeeeeetullll la dia Fi…dia nampak aku pergi lunch kau tak ikut, mestila dia tau kau tak lunch!”

“macam la hari-hari aku pergi makan situ je. mana la tau aku pergi makan tempat lain. Takkan sebab aku takde kat situ maknanya aku tak lunch langsung? Ish.. tak logic.. tak logic…”

Azida tersengih-sengih sambil mengangkat tangkai bunga baldu yang jadi bahan perhiasan mejanya. “hati kalau dah cinta, segalanya mungkin…”

“gelilah!”

***

Fifi datang kepejabat dengan langkah longlai. Tangan kanan menjinjit sekotak besar tisu. Aaaa…aaa…aaachummm!

“ish! Ish! Kuman terbang! Kuman terbang!” Azida mengipas-ngipas tangannya. Halau kuman la konon.

Fifi buat muka. Sekeh karang. Dah la tengah hangin tak dapat MC ni. ada ke doc tu boleh kata, “tak ada apa. Sikit aje ni.”

Dia taktau yang hidung ni dah naik merah dah kena tenyeh dengan tisu.

“demam ke kakak?” Azida bertanya dari mejanya.

“demam dah kebah. Tinggal flu je.”

Aizda menongkat kepalanya. “aku heran la…”

Fifi mengerutkan kening. “nak heran apanya.. normal la aku demam.. sekarang kan musim hujan.”

“bukan pasal tu la!” Azida dah berdiri sambil mebawa paper bag ke meja Fifi. “mamat apron Cap Teko kau tu macam ada pancaindera keenam tau.”

“huh? Apa tu?” tolongla jangan cakap perkataan pelik-pelik masa aku tengah sakit ni.

“ni.” Azida membawa keluar Tupperware dari dalam paper bag. “dia kasi chicken porridge.”

Walaaaaaaaaah~ Fifi membuka tutup Tupperware dan mengambil bau. Sedap ni, sedap. Tapi.. “aku tengah takde selera la. tekak tak rasa nak makan apa-apa.”

“gila bertuah kau, Fi. Dapat orang pandai masak, stylo buat air, pandai bisnes lagi.”

“kau ni confident ke ni, yang mamat tu yang hantar?”

Azida memegang dagunya. Ye tak ye eh. mamat tu tak pernah kasitau nama pun kat receptionist. “takpe. Nanti lunch apa kata kita tanya sendiri dekat mamat tu.”

Fifi menjungkitkan kening. “ha????? malu la aku kat Anaz tu!” biar bernas la sikit cadangan!
Azida terus tersentak bila dengar nama tu. “bila masa korang berkenalan ni?”

Fifi tarik sengih. “adala.”

***

“taknak! Taknak!” Fifi mendengus perlahan disebelah Azidah yang macam main tarik-tarik baju dekat dia.

“tanyala! Tanyala!”

“kau je la!” takkan la dia dengan pipi tersorong-sorong pergi tanya, ‘awak ke yang hantar makanan kat saya?’ gila!

“ok. ok. kau tunggu sini.” Azida berjalan menghampiri ke gerai air. “ehem!”

“ye kak? Air apa kak? Teh tarik ada, sirap manis ada, jus oren masam ada, kopi janda pun ada kak! Mana satu?”

Euw. Apa kes kopi janda? “err.. Anaz!”

Budak yang bertanya order tadi terus senyap. Anaz yang sedang mengacau air dalam gelas disebelahnya terus berhenti mengacau.

“ye?” sepatah Anaz bertanya.

“sini kejap.”

Fifi yang memerhati dari jauh dah rasa nak bukak langkah cabut. Azida ni la.. malu kat orang jek!

Anaz mengelap tangannya ke apron. Dia berjalan menghampiri Azida.

“ni nak tanya, awak ke yang selalu hantar makanan dekat Fifi?” straight takde konar-konar dah Aizda tanya.

“ha?” Anaz buat muka terkejut.

***

“eh Jida! Dia kata apa?” Fifi bertanya tak sabar.

“takde apa yang penting.” Muka selamba.

Eh? kenapa pulak ni? dah tanya banyak-banyak tadi, taknak cerita pulak. Fifi menarik muka masam.

“eh ni aku nak buat pengumuman penting ni. semua orang dah masuk office ke belum?”

Fifi pandang kiri kanan sebelum menjawab soalan Azida tadi. “Leong dengan Sofie takde lagi la.”

“ish!” Azida bercekak pinggang. “ni pergi lunch ke pergi buat lunch?”

“ha! tu diorang dah masuk dah.” Fifi menunjuk kea rah pintu.

Azida tarik sengih lebar. “ok! ok! assalamualaikum and hello everybody!”

Satu pejabat berpaling pada mereka berdua.

“restoran western food sebelah lot office kita ni akan buat grand opening dia hari ahad ni. jadi, kita semua dapat jemputan khas. So, siapa-siapa yang rasa free hari ahad malam ni, sila ambil pas percuma pada saya. Orait?”

“eh! makan free ke?” seorang menjerit.

“yes! yes! free of charge. Nak taknak?”

“nak!!!”

Sepantas kilat meja Azida kena serbu. Fifi dah pelik. Azida tak cerita kat aku pun? Takpelah.

***

Restoran makanan barat yang tersergam dengan papan tanda ‘WEST IN EAST’ itu dimasuki. Fifi tergamam dengan hiasan dalamannya. 100% perabot kayu. Dengan tali kapal yang ‘kalau-kena –ikat-komfem-sesak-nafas’ berlingkar disetiap tiang. Hurm.not bad.

Fifi dan Azida duduk disatu meja belakang. Suka-suka hati buat diri sendiri macam VIP, datang lambat. Terlepas peluang nak tau siapa owner yang murah hati nak belanja makan free kat diorang ramai-ramai.

Selepas 10 minit..

“eh, kau makan apa tu?” Fifi bertanya.

“aku punya, T-bone steak. Kau?”

Fifi sengih. “aku order sirloin steak. Peliklah, sepatutnya aku punya la sampai dulu dari kau.”

“kau punya special sangat kot?” Azida mengusik.

“banyaklah! Ish. Lapar ni. semua orang dah start makan.” Fifi merungut.

“lapar ye..”

Satu suara menyapa disebelahnya. Fifi angkat muka. Lampu oren suram menyebabkan dia hampir tak cam dengan orang itu. Takkan waiter smart gini.. agak-agak la. gaji banyak mana sampai mampu beli tux and skinny tie?

“ni makanan dah sampai… jangan lapar-lapar.” Anaz meletakkan satu pinggan besar dihadapan Fifi.

Mata Fifi rasa nak terkeluar dari soket. Ni saiz pinggan ni, anak gajah tengok pun mau terkejut. Disudut sebelah kiri pinggan itu, fries disusun cantik bertingkat. ‘terlebih rajin punya chef’. Fifi mengagak didalam hati. Disudut sebelah kanan, hirisan tomato, timun, salad, peas dan coleslaw terletak cantik. Daging steak yang dibakar terletak ditengah-tengah. Tak pernah lagi nampak saiz steak besar gabak gini. Ni betul untuk seorang makan ke ni?

Fifi dah mengangkat garpu dan pisau.

“eh..sekejap.” tangan Anaz memegang bekas berbentuk magic lamp Aladdin. Dia menuang barbeque sauce perlahan keatas daging steak. Tangannya lembut membentuk perkataan dengan sauce itu.

Fifi dah sedia nak memotong bila tangan Anaz berhenti dari menuang sauce.

“eh nanti…”

Perbuatan Fifi terhenti lagi. Sabar Fi, kot ye pun lapar. Sabar..sabar.

Anaz membuka napkin putih yang tersedia diatas meja. Ditarik sedikit kerusi Fifi kebelakang, dan dibentangkan napkin putih itu diatas peha. Kerusi itu disorong semula kedepan.

Azida memandang tak berkedip. Ni First class punya service. Tak hingat!

Fifi memandang muka Anaz, “sekarang dah boleh makan?”

Anaz senyum dan mengangguk. “baca doa.” Dan dia terus berlalu.

Fuh! Fifi tarik nafas lega. Pisau diangkat dan..

“kejap Fi!” Azida menahannya.

Ugh! “apa lagi?”

Azida memandang tepat pinggan kawannya. “aku rasa macam ada something la..”

Fifi meletakkan pisau dan garpu ke meja. Dia mendekatkan muka pada pinggan.

“kau nampak apa aku nampak?” Azida bertanya perlahan.

“aku rasa macam nampak apa kau nampak..” Fifi menjawab.

Dua sahabat itu saling berpandangan dan.. “ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“ye cik?” seorang pelayan mendekati mereka.

“saya nak order yang lain. Sirloin steak satu?” Fifi berkata laju. Dia TAKKAN makan daging steak dengan ‘marry me’ sauce itu!

***

Kring….

“hello pengantin?”

“haha. Assalamualaikum Azida sahabatku!” Fifi menjawab telefon sambil sengih-sengih.

“waalaikumsalam. Hurm, sampai mana dah korang?”

“Kuantan. Tengah makan seafood tepi laut!” excited je Fifi menjawab sambil memandang Anaz dihadapan.

“lah.. sampai Kuantan dah. Ada berapa hari lagi korang punya honeymoon tour?”

“lagi dua minggu kot.lepasni gerak Terengganu. Jangan jeles.”

“ceh! Orang honeymoon pergi tempat romantic, korang pergi jalan-jalan cari makan. Buat apa aku nak jeles.”

Hahaha. Fifi gelak besar. Nak honeymoon tour macam ni? kahwin la dengan taukeh kedai makan macam Shahnaz. He’s nice. =)

Friday, November 13, 2009

ADVIDHAQ [8]

Dum. Bunyi pintu ditutup.

Nana yang tengah mengacau Nescafe panas didapur tersentak. “Ja? Hang ka tu?”

Senyap tak bersahut.

Nana menyimpan botol Nescafe dikabinet atas. “awat hang balik lewat sangat ni Jaja? Dah la aku telefon pun hang tak angkat! La ni dah pukui bapa? 9 malam hang tau dak?”

Jaja sekadar menggeleng kepala. Letih la nak dengar makcik ni membebel. Beg dibahu dan kunci bilik di lempar atas meja makan.

Nana keluar kedepan dengan memegang mug Nescafe berhati-hati ditangan. Puh..puh.. dia meniup air itu perlahan.

“untuk aku takde ke?” Jaja memandang Nana dengan mata penat.

Nana yang menunduk itu berkerut dahi. Ni kain apa yang meleret sapu lantai ni? aish. Kemain cantik kain putih jadi pengelap lantai.


Matanya bergerak keatas sikit. Tangan kiri orang didepannya memegang sepasang stiletto silver kerkilat.

Matanya naik keatas lagi. Belt berwarna emas yang telindung disebalik cardigan putih itu macam memantulkan silau kedalam matanya. Aduh! Sakit mata!

Nana menggogosok-gosok matanya berkali-kali. Matanya naik pula ke muka. Selendang putih elok terlilit dikepala.

Nana meletakkan kedua-dua tapak tangannya dimuka Jaja. Aish. Dia telengken kepala itu kekiri, kemudian kekanan. Biar benar?


Macam rajin je tangannya menanggalkan selendang putih itu. Rambut ikal perang gelap jatuh mengurai kebahu.

Nana menelan air liur.

“NANA!!!!!!!!!!!!!!!” suara Jaja dah naik key F sharp. Dia dah menjerit ada la kot seratus kali sejak mata Nana scan badan dia dari bawah ke atas.

Mata Nana masih tak berkedip.

“ni betui macam rambut Jaja..” Nana menyentuh rambut orang dihadapannya. Rambut Jaja memang perang gelap.

“pipi tembam ni pun..” Nana mencubit pipi Jaja.

“auw!!”

“ni pipi Jaja ni…” Nana menggeleng-geleng kepala.

Jaja menghembus nafas kasar. Memangla ni aku.

“cuba hang senyum sikit?”

Jaja menurut.

“haaa… betui la… tapi sejak bila mata hang jadi biru?”

Ish! “contact lens la!”

“owww…. Cantik hang Jaja… macam nak pi Anugerah Bintang Popular! Awat hang pakai lagu ni? Ada occassion apa?”

“kena make-over lah.” Jaja menarik kerusi untuk Nana duduk. Karang pengsang lak kawan dia ni. kemudian dia tarik kerusi meja makan itu untuk dirinya sekali.

“uih.. bertuah badan..” Nana tersengih-sengih. Dress putih itu dikirai-kirai keudara.

“cantik ke?”

“cantik gila!!”

“aku… cantik ke?”

“hang memang cantik!”

“pakai macam ni semua orang pun boleh jadi cantik.”

“sapa kata… kalau saghung kat beruang tak cantik aih!”

Ish! Ada nak kena piuh telinga ni! “buat lawak! Buat lawak!”

“hang pakai lagu ni haghi-haghi la Ja… aku suka.” Nana bagi candangan yang tak berapa bernas.

“aah. Banyak la kau. Kau tau dari hujung kaki kehujung kepala aku ni nilainya berapa ribu? Sengkek la kalau nak macam ni hari-hari! Kot ye pun nak cantik.. agak-agak la nak pakai dress pergi pejabat.”

Nana tergelak. “ala. Bukanlah. Hang make-up la cantik-cantik lagu ni pi office.. baju tu toksah la pakai dress. Pakai la blouse hat yang lawa-lawa sikit.. hang ni ada gaji tapi tak gheti guna!”

Jaja mencuri hirup Nescafe Nana sedikit. Dia menjuihkan bibir. “perlu ke jadi cantik?”

“jadi cantik tu dakla. Tapi pakai la kemaih-kemaih.”

“kemas macam mana?”

“pakai la compact powder sikit. Celak sikit. Lip balm sikit. Baju kotak-kotak hang tu hang kasi masuk dalam kotak, selotape dua-tiga lapis. Ok?”

Jaja tergelak. “tengoklah.” Dia mengambil bag packnya diatas meja. terus dibawa kebahu. “aku masuk bilik dulu.”

“nak berangan ka?” Nana mengusik.

“gila! Nak mandi lah!”

Hahaha. Nana tergelak sambil menggeleng kepala. “Jaja!! Kau cantik gila macam princess!!” dia menjerit kuat.

Dum! Kedengaran pintu bilik air ditutup. Nana tekup mulut. Bengang kena usik la tu. Nana tarik sengih lebar.

***

Jaja mengelap rambut basahnya sebelum menyidai towel kebelakang kerusi. Laptop dalam bag pack ditarik keluar dan diletak diatas katil.

Dia meniarap sementara tunggu laptop loading. Hurm… dan jarinya terus menari.

Aku tidak pandai menafsir luaran. Pada aku, luaran itu kosong tanpa jiwa. Hanya objek tontotan mata-mata asing yang berjiwa.

Jadi apa guna luaran itu?
Langsung tak bergunakah?

Oh, jangan melenting dengan membaling senduk didapur. Itu hanya persoalan untuk diri aku yang tidak pandai ini. Persoalan untuk aku fikirkan dalam-dalam.

Sebelum ini tak pernah terlintas untuk aku fikirkan kepentingan luaran. Aku berpendapat mereka yang mementingkan luaran itu taksub dengan diri sendiri. Melihat diri sendiri di cermin lebih dari 3 jam itu bukan taksub namanya? Hendak ditelek apa lagi sedangkan lubang hidung kau masih dua, dan telinga kau tak ada pulak terkurang satu.

Ya, aku mengaku aku mengejek kuat golongan ini. Membazir masa, satu. Dua, membazir wang. Tiga, menambah berat bahu kiri aku dengan kutukan-kutukan halus yang terbit dari hati.

Berilah alasan apa pun, aku akan sangkal dengan hujah-hujahku. Mahu cari jodoh konon katanya. Hey perempuan, bukankah elemen hati dan perasaan itu yang penting untuk kebahagiaan? Bukannya kau boleh beri jaminan pada sang arjuna itu yang pinggang kau masih 26 inci pada umur separuh abad.

Ada juga yang hebat memperkatakan : alah, aku bersiap hanya untuk kepuasan diri. Kata aku? kau boleh humban saja alasan itu. Mari sini kau, bawa pisau belit bersama, berdiri didepan aku. kerat jari aku kalau kau kata make-up yang seperti cat yang ditepek ke muka itu hanya untuk kau puas melihat diri sendiri dicermin, dan bukan untuk orang lain. Ada berani? Tidak? Jadi, senyap.

Jangan…jangan… jangan baling senduk itu lagi. Pegang dulu, kejapkan jari kamu. Aku belum selesai melontar kata.

Manusia itu dicipta Tuhan sebagai makhluk yang sempurna. Ada rohaninya, ada fizikalnya. Fizikal yang sangat indah.

Suka aku nak mengingatkan bahawa :

Kulit yang licin itu anugerah Tuhan
Senyuman yang manis itu ciptaan Tuhan
Setiap anggota badan yang banyak fungsi itu kurniaan Tuhan

Kesedaran ini membawa satu perubahan baru bagi aku. Kalau dulu aku tidak pernah ambil peduli apa pun corak pakaian aku, tapi sekarang aku berhati-hati. Dulu aku tak kisah kalau wajah aku pucat mengalahkan mayat kerana aku beranggapan aku cuma mengadap skrin komputer mati. Tapi sekarang aku rasa aku perlu menjaga wajah ini supaya nampak segar.

Kemas. Ya, ini perkataan baru yang aku tanamkan dalam-dalam. Aku perlu kelihatan kemas walaupun dihadapan skrin komputer. Kemas itu perlu bagi menggambarkan kita seorang pembersih, dan menjaga nikmat Allah. Kemas itu adalah kunci keyakinan diri untuk kita berhadapan dengan manusia. Kemas itu memudahkan kita bergaul, bertukar rasa dan pendapat.

Kemas, bukan menunjuk kecantikan.

Kemas, bukan sekadar pakai apa sahaja asal menutup tubuh.

Kemas, itu kemas.

Aku yang bebal ini sudah nampak kepentingan luaran. Maafkan kekasaran aku diawal kata. Manalah tau kau betul-betul melontar senduk kedinding tadi.

Jangan malu untuk berubah. Berhijrah untuk sesuatu yang baik itu bukankah bagus?

Tepuk dada, tanya hati.

Aku perlu tidur. Maklumlah, masa bersiap ke tempat kerja sekarang sudah bertambah dari 15 minit ke setengah jam. Hurm, mungkin. –AKSARA-

Wednesday, November 11, 2009

ADVIDHAQ [7]

Mira bengang. Mananya baju yang kata nak sampai tadi? Ni dah masuk petang dah ni.

Dia masih ralit mengadap mannequin didepannya. Koleksi musim luruh/sejuk dah memenuhi butik-butik. Untuk edisi kali ni, kenalah dia menggayakan baju winter pulak. Biasalah, koleksi pakaian butik antarabangsa mestilah ikut peredaran musim. Tapi akhir-akhir ni, butik tempatan pun nak ikut jugak buat koleksi ikut musim.

Yang ada disekelilingnya cuma mafla dengan but-but kulit dan berbulu. Haish. Takkan aku nak kasi pakai kat orang tutup leher dengan tutup kaki jek?

Mira berdiri dan keluar dari biliknya. Laju dia melangkah ke meja receptionist. “where’s my wardrobe?”

“erm. Tadi DKNY Jeans call, dia kata tak dapat nak hantar. Jadi, tadi Nita dah keluar pergi ambik dekat butik.”

Budak receptionist itu merujuk pada Anita, pembantu penata gaya untuk GAYA.

“oh. habistu? Yang lain? Miss Selfridge? Kate Spade?”

Receptionist itu cuma mengangkat bahu tanda tak tahu.

Mira memegang dahi. Macam mana ni.. dia dah berangan dah tadi. Dia tahu Kate Spade keluar dengan trench coat yang cantik gila untuk collection kali ni.

Dia merenung jam tangan Folli Follie di tangan kanan. Sempat lagi ni kalau nak pergi sendiri. Kalau tunggu esok, payahla. Bila lagi dia nak arrange.

“ok lah. Biar saya pergi ambik sendiri. Tolong call kan, cakap kat diorang saya on the way ke butik.”

“eh kejap Cik Mira!”

“ya?” Mira berpaling semula.

“Hermes dah agree. Dia kata boleh guna accecorries dia untuk winter collection ni. tapi bila boleh ambik tu, tak confirm la.”

“oh ya? Good.” Tak sempat-sempat Mira nak berlari ke biliknya. Nak ambil handbag dan terus pergi.

*****

Haq tenang memandu CRVnya. Pukul 5.30. Semua orang tengah berebut nak balik rumah. Dia pun tak sabar nak chow dari pejabat macam orang lain jugak.

Tengah dia memandu nak keluar dari satu lorong, tiba-tiba..

Pin!!!!!!!!!!!!!!!!

Bingit bunyi hon!

Haq dah menghentak stering. Apahal tahan jalan orang pulak kereta depan ni?

CRV silver dan mini cooper biru itu dua-dua pegun tak bergerak. Satu nak keluar dari lorong, satu nak masuk.

Mira mendengus nafas dalam keretanya. Nasib, sipi lagi nak accident. Kalau crash tadi, alamat penyek la kereta aku yang comel ni kena dengan kereta gedabak tu.

Haq masih menunggu dalam kereta. Menunggu kalau-kalau kereta cenonet depannya ni nak reverse. Tapi dah nak dekat 5 minit, tak bergerak jugak.

Mira dah tak tahan sabar. Kalau kereta gedabak ni tak undur, memang sampai malam la dia tak boleh nak bergerak kedepan! Cermin mata hitam diangkat keatas kepala. menyusahkan betul! Akhirnya handle pintu direntap.

Haq nampak sepasang kaki dengan kasut tumit tinggi keluar dari kereta biru cenonet itu. patut pun! Driver perempuan memang macam ni!

Tuk! Tuk!

Tanpa sedar, Mira mengetuk cermin kereta tinted milik Haq.

Haq menekan punat untuk menurunkan tingkap.

Perlahan..perlahan.. tingkap sebelahnya itu turun. Dan, perlahan..perlahan juga bau semerbak masuk kehidung.

Haq dah rasa lain macam.

“encik, boleh undur tak? Saya nak lalu tak boleh.” Mira berkata tegas sambil tangan kiri yang berjurai dengan bracelet itu mencekak pinggang.

“tapi saya dah lalu sini dulu.” Haq menjawab selamba. Fikirannya masih berputar-putar. Muka perempuan ni macam pernah nampak, dan bau tu macam familiar sangat!

Humph. Ni la dia driver lelaki. Tau nak bawak je. Papan tanda taknak baca.

“hello mister, ini jalan one way. Tak boleh keluar ikut lorong ni. sini jalan masuk je, bukan jalan keluar.”

Haq mengedipkan matanya. Ini bau…. Orange blossom and sandalwood! Dan suara perempuan ni.. sama nada macam dekat mapley haritu!

“hello? Encik?” Mira dah blur. Kenapa pulak pandang orang sambil kedip-kedip mata ni? ke dia ni non-malay? Tak faham bm ke? tapi tadi pandai je jawab dalam Bahasa Melayu.

“this in one-way road. Do you get it? Can you reverse your car, so that I can go back to my office? Now. Please.”

Haq tersenyum. Suara macam pengawas. “sure, miss.”

Sebenarnya macam malu jugak. Yelah, boleh tak sedar ni jalan one-way! Nama pun tempat baru kan, dia main redah jela. Mana nak tau. Haq masuk gear reverse. Perlahan-lahan kenderaannya diundur kebelakang.

Ketika kereta biru cenonet itu lalu disebelah keretanya, Haq tarik sengih lebar dekat pemandu perempuan tu. tapi malang, perempuan tu tak pandang langsung!

Takpelah ye Mira Khairudin, lain kali ada rezeki kita gaduh lagi ye?

Haq tergelak sorang-sorang dalam keretanya. Dia terus memandu kedepan. Dah tak ada kereta nak lalu kan? Redah jela one-way pun. Haha

****

Mira sampai di office awal pagi ni sebab dia ada berguni-guni kerja nak dibuat.

“Mira?” Puan Rai menegur dari pintu bilik yang terbuka.

“Puan Rai!” Mira sengih lebar.

“how was the make-over session?”

Make-over? Make-over mende ni? Mira tayang muka blur.

“hai, speechless ke? memang cantik sangat eh?” Rai berkata lagi sambil memeluk tubuh.

Oh!!! oh!!! oh tidak!!! Nehi never!!!! Mira rasa nak hentak dahi kedinding. Dia lupa!!!! Sudah… masak aku…

“I’ll surprise you with the full report tomorrow. Photo tak siap lagi.” Cover Mira, jangan tak cover.

“ow yeah? Full report tomorrow? Hurm. Okey then.” Rai senyum manis dan terus berlalu dari situ.

Mira meletakkan dahinya diatas meja. adoi~ gila hape aku nak hantar esok. Aku nak hantar gambar apa kat Puan Rai ha? gambar diri sendiri sempat la kot nak hantar. Tapi gambar orang yang nak di ubah tu…

Ah!!!! orangnya pun aku tak pilih lagi!!! E-mail tak bukak langsung!!! Mira terus mengangkat kepalanya dari atas meja. Mati aku, mati.

Mira berlari-lari keluar mencari Nita. Ha! tu dia!

“Nita! Make-over session!!”

“ha? session.. what?” Nita dah blur.

“make-over session. Yang kita janji nak buat ruangan baru tu!” tangan Mira menggoncang-goncang tubuh Nita.

Nita tersentak. “make-over session!”

Mira mengangguk.

“You tak buat lagi kan?”

Mira menggeleng. “please… how to get a volunteer TODAY?”

“today?”

“I dah janji kat Puan Rai nak report esok la..”

Ish. Nita menggeleng-geleng. Esok? Maknanya kena buat harini. “sponsor you dah dapat?”

“belum jugak!” Mira menggeleng. Dia memang lupa habis dengan ruangan baru yang dia cadangkan pada team GAYA bulan lepas. Ish..serabut!

“macam ni. macam ni. I carik photographer and carik sponsor. I try call butik mana-mana. Boleh punya dapat harini aku rasa. Salon… I try la contact salon member-member. Ok?” Nita memberi cadangan.

Mira tarik nafas lega. “ok! I try carik volunteer.” Mira tersenyap sekejap. “tapi nak carik kat mana?” dia memandang kiri-kanan.

“ey kakak, carik dekat floor ni memang takkan jumpa la orang yang sesuai nak di make-over. Try carik dekat tingkat bawah. Mesti ada punyalah. Gerenti.” Nita senyum-senyum.

“I pergi dulu!” Mira terus berlalu ke pintu lif. Nita pula dah pula mencapai telefon. Haish. macam ni la kerja last minute.

Mira masuk ke unit Jualan dan Promosi. Diintai sebentar, takde yang sesuai. Dia masuk pula ke unit Kreatif, matanya meliar kiri-kanan.

Buk! Terasa bahunya dilanggar dari kanan. Mira menoleh.

“sorry.” Perempuan itu meminta maaf.

Mata Mira merenung perempuan itu tak berkedip. Tudung hitam kosong, cermin mata bingkai hitam, muka pucat, kemeja kotak-kotak, jeans hitam, sneakers Converse.

Tangan Mira pantas mencapai tag pekerja yang tergantung dileher perempuan itu.

SYAZA- GRAPHIC DESIGNER

Jaja berkerut-kerut dahi melihat kelakuan perempuan didepannya. Apahal pulak ni? dah la tengok aku macam tak pernah tengok orang. Dari hujung kepala sampai hujung kaki dia telek. Ni cek tag orang macam guard pulak. Ish! Tak faham!

“you kerja sini?” Mira membuka mulut kali pertama.

Jaja angguk.

“I Mira. Stylist.”

Owww. Jaja mengangguk. Orang floor atas rupanya. Patut bergaya sakan.

“I nak mintak tolong.”

Erk? Jaja blur. Apa je yang nak ditolong pasal style?

“jadi volunteer untuk ruangan make-over? Please?”

Hah! Dada Jaja jadi sesak tiba-tiba.

“ta..ta…tapi saya.. kerja.. banyak kerja..” Jaja menghalakan ibu jarinya pada PC yang terpasang dibelakangnya.

“takpe. I boleh jumpa dengan ketua you. I minta pelepasan untuk harini. Ok?”

Harini???????????? Sudah!

“please Syaza…” Mira buat muka mengharap.

Jaja taktau kemana fikiran dia dah terbang. Make-over tu macam kena pakai benda pelik-pelik tu kan? Yang kena pakai make-up segala bagai tu kan? Kan? Aku tak salah kan? Tanpa sedar dia mengangguk kecil, mengiyakan telahan sendiri.

“ok! thank you so much! mana bilik ketua you?” Mira rasa nak melompat happy.

Eh!!!!!!!!!!!! aku ada angguk ke tadi? Jaja menggaru kepala yang tak gatal. Aku… kena di make-over?? Harini??

Ehhhh.. betul ke ni…

“come!” Mira dengan perasaan excited menarik tangan Jaja keluar dari pejabat.

“eh…. takkan la sekarang!!!” kata-katanya tak diendahkan. Cepat-cepat tangan kirinya mencapai bag pack ditepi meja. Ganas ni main tarik-tarik pula dia!!

Mati aku!!!!!!!!!!!! Weh…. Tolong!!!!!!!!!!! Aku taknak!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 3, 2009

kamu indah [20]

“Indah nak dengar satu cerita tak?” Nek Ngah tiba-tiba bertanya masa mereka berdua tengah sibuk menyediakan makan tengahari.

Indah senyum. Ni mesti cerita hikayat orang tua-tua lagi la ni. “apa dia Nek Ngah?” tangannya lancar mengupas ubi kentang.

Nek Ngah membawa bakul bawang ke atas meja. Dia tarik kerusi duduk berhadapan dengan Indah. “cerita pasal seorang cikgu dengan askar Melayu.”

Buntang mata Indah. Walah~ macam seronok je tajuk. “cerita la Nek Ngah.”

“alkisahnya, dulu ada seorang cikgu perempuan. Bukan cikgu sekolah tinggi pun, cikgu kampung je. Setakat tau membaca dan mengira. Waktu tu, dia muda lagi. Umurnya dalam lapan belas.”
Indah dengar penuh khusyuk.

“satu hari, ada satu trak askar masuk kampung. Cikgu ni pun takat tengok ajelah dari anjung rumah. Dia taktau kenapa ada trak askar masuk kampung tiba-tiba. Mungkin berehat dalam perjalanan nak beri bekalan untuk askar didalam hutan.” Nek Ngah meletakkan bawang merah yang dah dikupas kedalam piring bersih. Dia masih menyambung ceritanya.

“Dia pun melintas depan trak tu bila nak pergi mengajar. Dia cuba jugak mengintai-intai, kut la nampak askar Melayu yang gagah-gagah. Orang zaman dulu, kalau masuk askar, kira mulia kerjanya.”

“dalam perjalanan balik dari kelas pondok, cikgu ni terserempak dengan seorang lelaki segak dengan pakain seragam askar Melayu. Tegap orangnya. Kulit hitam manis.” Nek Ngah tersenyum-senyum.

“Askar tu pun menegur ramah cikgu tu. ‘cikgu, baru balik mengajar?’. Cikgu tu menjawab malu-malu. Ya, katanya. Cikgu tu jadi jatuh suka pada askar Melayu tu. Ramah, baik, sopan. Dia menemankan cikgu tu berjalan sampai kedepan rumah. Macam-macam yang mereka bualkan. Tiba-tiba cikgu tu menawar, ‘mahu belajar membaca?’. Askar Melayu tu langsung tunduk. Katanya, ‘aku cuma drebar trak sahaja. Buat apalah nak belajar membaca.’.”

Indah terasa nak tergelak. Alahai~ tolak tuah betul la askar tu.

“cikgu tu cuba menerangkan, apa la salahnya dia tau membaca, menulis. Bukan rugi. Tapi askar itu menolak dengan baik. Lagipun katanya dia singgah disitu sehari saja. Esok mahu bertolak balik.”

“nak dijadikan cerita, kakak cikgu itu nampak. Dia dah tau cikgu tu suka. Dia mula la mengusik sakan cikgu tu dekat rumah. Kelakar, sebab kakaknya tu kalau mengusik habis kecoh dengan kawan-kawan satu kampung.”

Indah tergelak-gelak dimeja itu. Dapat bayang la, kalau dia yang mengusik adik dia, mesti kecoh macam tu jugak.

“bila malam, cikgu ni jadi teringat-ingat. Alah, dia bukan biasa bercakap dengan lelaki. Pemuda dekat kampung tu pun alahai, berapa kerat la sangat.”

“esoknya, kakak cikgu tu berlari-lari balik kerumah cari adiknya. Dengan tercungap-cungap tu dia berkata, ‘kau tau, tadi aku terserempak dengan askar kau tu dekat tengah jalan. Dia dah nak balik katanya. Aku ada usik dia dengan sebut-sebut nama kau. Kau tau dia kata apa? Katanya, ‘cikgu tu orang pandai-pandai. Cantik lagi. Aku ni apa la yang ada. Cuma sepasang seragam askar saja. Entah-entah, cikgu tu takmau berkawan pun dengan aku’.”

“kakaknya menggiat, suruh dia pergi bercakap dengan askar tu sebelum dia pergi. ‘kau pergilah cakap sebarang dua patah dengan dia, nanti dia ingat kau betul-betul tak suka berkawan.’ Tapi, cikgu tu taknak. Tak berani. Malu dia kata.”

Indah tarik sengih. “haaa.. lepastu Indah tau. Mesti diorang jumpa balik kan? kahwin jugak kan? Lepastu tu hidup aman bahagia? Kan? Betul tak Nek Ngah?”

“tak.” Nek Ngah menggeleng kecil.

Huh? “habistu? Apa jadi dengan cikgu tu?”

“dia tengah hidup bahagia dengan anak-anak dan cucu-cucu arwah kakak dia.”

Indah tersenyap. Jangan kata…

“cikgu tu tak apa-apa.” Nek Ngah menyambung ceritanya. “mula-mula memang dia tunggu juga. Asal ada trak askar je, dia rasa nak berkejar tengok. Tapi hampa, drebar trak tu dah bertukar. Tapi akhirnya dia dapat terima. Itu takdir Tuhan. Allah nak dia jaga anak-anak dan cucu-cucu arwah kakaknya dan arwah abang iparnya yang mati mengejut. Akhirnya, dia bahagia jugak, kan?” Nek Ngah senyum pada Indah.

Indah masih tersenyap. Nek Ngah..

“aih. Nek Ngah yang kupas bawang, mata Indah yang berair ni pasal apa?”

Indah tersendar. Cepat-cepat dia mengangkat lengan baju ke muka. “angin kut. Pedih bawang tu sampai dalam mata Indah.”

Nek Ngah tersenyum lagi. Indah..Indah.

“Indah goreng kentang ni dulu la eh Nek Ngah?”

“Indah..” kata Nek Ngah menahan Indah dari terus melangkah. “Indah nak jadi macam cikgu tu ke? cikgu yang tak berani nak bercakap tu? cikgu yang tak berusaha nak bagitau perasaan sendiri?”

Indah terkaku.

“baliklah KL, Indah. Pergi jumpa Reza.”





*sikit saja. aku rasa, aku dah tak post kamu indah kat sini lagi kot, sebab tengah nak mengedit+menyambung. tengok la nanti macam mana eh. thx

Friday, October 30, 2009

ADVIDHAQ [6]

Nana buat muka kesian. Matanya dikuyukan. Bibir comelnya mengeluarkan nada-nada menagih simpati. “Jaja.. tolonglah….”

“tak nakkkkkkkkkkkkkkkk.” Panjang Jaja menjawab. Gila. Idea gila.

“Jaja.. hang soghang ja bulih tolong aku…”

Jaja memeluk tubuh. “ingat aku ni dah takde kerja sangat dah ke?”

Nana mencebik bibir. “ala.. hang gheja apa sangat. dok mengadap komputer, buh warna sana sikit, sengetkan gambaq sini sikit.. siap! hang kena submit sebulan sekali ja pun..”

Ewah.. ni rasa macam nak ketuk-ketuk si Nana ni. Ingat kerja pereka grafik tu dok sengetkan gambar dengan letak warna je ke hari-hari? “memangla GAYA tu publish sebulan sekali! Tapi takdelah kerja aku ni ni buat sekali je sebulan, lepastu boleh goyang kaki sambil nganga mulut suap anggur!”

“ala.. kawan pun taknak tolong.. bukan aku soh terjun gaung ka apa..”

Jaja membawa mug Nescafe nya ke mulut. Macam-macam housemate aku sorang ni. patutla kemain baik tiba-tiba. Elok je ajak aku borak-borak dekat meja makan ni, malam-malam buta dekat puluk 12, siap dengan Nescafe mild panas segelas, semata-mata nak mintak tolong. Pertolongan bukan calang-calang, ni pertolongan yang lebih kurang sama dengan risiko terjun gaung!

“Jaja…” Nana dah memaut lengan Jaja disebelahnya. Tak boleh give up! Kena jugak berusaha!
Jaja menarik keluar spec dari batang hidung. Dilap dengan hujung t-shirt. Kesan kepulan asap Nescafe buat cermin matanya jadi kelabu.

“Jaja…” nada merayu yang entah kali keberapa.

Aish.

“Jaja… bulih la…”nada nak mengalir airmata dah ni.

“make sure dia ada dekat tempat tu esok. Aku nak buat sekali je, Nana. kau dengar ni, SEKALI je. jadi ke tak, aku nak buat SE-KA-LI aje.”

“aku tau hang sayang aku.” Nana tersengih-sengih dimeja makan itu.

Jaja terus masuk kebilik. Kena taip, print dan prepare untuk esok. Prepare benda gila. Sangat gila sampai tak terbayang yang satu hari dalam hidup dia kena buat benda macam ni sekali. Ugh!

“eh Ja!” suara Nana menahannya dari menutup pintu bilik.

“apa lagi?”

“esok hang jangan pakai kemeja kotak-kotak hang tu. pakai biaq elok sikit.”

Loh. Ada dress code la pulak mende alah ni. Jaja menggeleng-geleng. T-shirt kosong dan kemeja kotak-kotak dah jadi macam uniform dia hari-hari. Nak pakai apa esok ni? hurm.

****

Jaja memegang fail plastic kejap, rapat kedadanya. Menunggu target untuk sampai ke tempat yang dirancang. Peluh didahi dah memercik-mercik, peluh didalam usah dikata. Dah naik lencun kemeja dengan seluar slack. Formal gila eh? maklumlah, menghayati watak.

“Jaja! Jaja! Tu! tu!” Nana disebelah dah menyiku-nyiku lengannya.

“hmm. Ada dua orang tu. Dia yang mana satu?” Jaja bertanya malas.

“yang buat aku caiyaq habih ni la..”

Jaja mengherotkan mulutnya. “cair.. cair! Yang cair tu kau. Aku mana tau. Cepatla. Yang mana satu?”

“yang pakai spec, t-shirt ada kolar tu.”

Jaja mengintai kedalam restoran. Hmm. Ada seorang je antara dua orang tu yang pakai spec dan t-shirt berkolar. Yang lagi sorang pakai t-shirt leher v.

“oklah. Aku pergi ni. kalau orang kedai ni tangkap aku, kau tanggung.” Jaja dah bersiap sedia nak melangkah.

“ehh.. sat..sat.” Nana berdiri dihadapan Jaja. Brooch tudung dibahu Jaja dibetulkan sedikit. “okey. Cantik kawan aku. goodluck!”

Ugh. Jaja merengus malas. Orang hari ahad duduk bersantai-santai dekat rumah, aku kena bersiap macam nak pergi kerja.

Jaja berdiri ditepi meja yang diduduki dua orang lelaki. Yakin Jaja, yakin!

“err.. Asalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Dua-dua lelaki itu menjawab salam serentak.

“saya dari syarikat majalah. Kami tengah buat satu kajian mengenai lelaki. Boleh saya interview encik dalam 15 minit?” Jaja pandang tepat pada kedua-dua lelaki itu. harap-harap jadikla dialog aku nih..

“yeke dari syarikat majalah? Ada tag?” lelaki yang memakai t-shirt leher v bertanya.

Jaja mengeluarkan tag pekerjanya dari dalam fail. Fuh. Persediaan yang mantap!

“oww.. okey.” Lelaki yang memakai t-shirt berkolar pulak berkata.

Yes! Cepat-cepat Jaja menarik kerusi berhadapan lelaki bikin-mencairkan-hati-Nana.

“err.. ni perlu tanya sorang je kan? Awak interview dia jelah.” Lelaki dihadapannya berkata.

Aaaaaaaaaaadus!

“haaa.. betul-betul. Saya ni suka jawab soalan. Meh la tanya saya apa-apa.” Ramah kawan disebelahnya berkata.

Sudah.. lain yang ditarget, lain yang dapat!

“err.. saya interview dua-dua sekali boleh? Jimat masa dan dalam masa yang sama saya dapat dua maklumat terus.” Jaja senyum lebar. Cuak didada toksah bayang…

Kedua-kedua lelaki itu saling berpandangan. “orait.”

Phew~ Alhamdulillah! Jaja tarik nafas lega.

“pertama sekali, boleh bagi saya nama encik berdua?” gila la Jaja. Ayat skema macam budak kaunter perkhidmatan pelanggan.

“nama penuh? Nama betul? Nama timangan? Nama manja?”

Jaja ketap bibirnya sedikit. Mamat ramah tamah ni la.. banyak cakap sungguh! Bukan aku nak interview dia sangat pun!

“nama ringkas. Untuk rujukan saja.” Jaja senyum lagi.

“Adha. Nama glamer, Ad. Glamer lagi, Adha Arshavin.” Lelaki bert-shirt leher v itu menjawab dulu.

Jaja mencatat dalam kertas ‘borang konon-konon’ yang dia prepare semalam. ‘Apa-apa jelah encik. Saya bukan nak tau nama encik pun. Nama kawan encik tu yang penting.’ Nak je Jaja cakap macam tu. Jaja mengangkat pandangannya pada lelaki bert-shirt kolar.

“Syahid.”

Yeah. Satu benda dah dapat. Perlahan Jaja menulis diatas kertas itu. S-Y-A-H-I-D. Disebabkan Encik Syahid, saya bergadai masa dan nyawa harini Encik Syahid.

“okey. Saya mulakan ya? Pertama. Berikan kegiatan encik pada masa lapang.”

“saya tak ada banyak masa lapang, jadi saya suka tidur dan baca komik.” Ad menjawab laju. Dah macam sesi bancian je.

Macam budak-budak. Jaja mengomel dalam hati.

“tengok movie.” Vid menjawab pendek.

“movie macam mana?”

“sciece fiction.”

“macam Star Wars?”

Vid angguk lagi.

Jaja pantas mencatat. Nasib kau la Nana, mamat bikin-mencairkan-hati kau ni cakap berapa patah je.

“saya? Taknak tau saya suka movie apa?” Ad mencelah.

Nak jugak! “ha, encik suka movie macam mana?”

“superhero! Haha! Macam best sebab apa yang awak baca dalam komik tiba-tiba jadi watak hidup.”

“encik collect komik DC Superheroes? Marvel?” Jaja sekadar bertanya nak mencukupkan syarat.

“awak tau? Gila cool la!”

“hehe.” Jaja sengih lagi. Ingat aku ni apa? Hidup zaman Flinstone?

Seorang pekerja restoran menghantar minuman dimeja itu. Jaja dah tak senang duduk. Karang makanan pulak sampai, aku dah nak kena blah. Ish. Kena cepat.

“erm, ok. bagaimana kehidupan normal seorang lelaki?”

Ad mengangkat keningnya. Apa jenis soalan ni? “normal? Sama jela lelaki dengan perempuan. Kerja, makan, tidur, pergi tandas.”

“errr..” Jaja dah runsing. Salah susun ayat ke… “maksud saya, kan pekerjaan setiap orang kan lain-lain, jadi, rutin pun mesti la lain-lain. Kan? Kan?”

Vid mengangkat gelas teh aisnya. Air disedut laju dari straw. Matanya melilau kiri dan kanan.
Jaja mengetap bibir. Kenapa la Encik Syahid ni macam malas nak layan aku je?

“oww.. macam tu eh. Kalau saya, kalau hari saya kerja, saya pergi la kerja. Kalau tak kerja, memang melepak je la dekat rumah 3 hari.”

3 hari??? “encik kerja apa?”

“kerja apa awak nak?” Ad saja mengusik.

Pulak!! Lantaklah! Jaja dah malas nak melayan. Ni tengah tunggu Encik Pakai Spec depan dia bukak mulut dia yang berat sangat tu.

Dua saat… tiga saat.. empat saat…

Mata Jaja masih tertancap padamuka muka Vid. Buat selamba je dia..

“woi.” Ad menyiku Vid disebelah. “dia tunggu jawapan kau tu.”

“ow.” Vid macam baru tersedar. “em, biasa-biasa je. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja.”

“encik kerja apa?”

Pap! Ad terus menepuk bahu Vid. “Uish! Dia kerja standard tinggi! Engineer ni. Banyak gila duit dia.”

Vid memandang Ad dengan dahi berkerut. Sibuk! Suka sangat canang pasal orang.. yang dia tu pilot tak sedar. Gaya puji orang macam la penganggur.

“ohh..” Jaja buat-buat mencatit diatas kertas. Hurm, jadilah ni.

“terima kasih ye encik. Saya mintak diri dulu.” pantas Jaja bangun dari kerusi.

“sama-sama.” Ad sengih lebar.

Jaja melangkah keluar tenang dari restoran. Habis dah bala aku. phew.

****

“so?” Nana bertanya dengan muka excited.

“so?” Jaja pulangkan balik pertanyaan.

“so dia macam mana?” Nana dah mengangkat sila keatas sofa.

“la, semua ada dalam fail tu kan. Bacala sendiri.” Jaja tarik tudung dari kepala. Lengan kemeja disinsing sampai atas siku.

“alah.. aku nak dengaq hang cakap.. habaq mai la cepat..”

“hurm.” Jaja cuba mengingat kembali situasi di restotan tadi. “dia tu… erm.. biasa je aku tengok. Kalau luaran, memang simple sangat. Tapi dia tu macam anak dara la.”

“ha??? apa dia???” mulut Nana dah berbentuk o.

“dia tak banyak cakap. Sangat tak banyak cakap.”

“dengan hang ja kut..”

“takdelah. kawan dia tu pun macam dah biasa je dengar dia tak banyak cakap.”

“oww.. hat ni ka?” Nana mengangkat kertas A4 yang terisi dengan maklumat Ad.

“ha. yang tu la. eh, yang kau simpan kertas mamat tu kenapa. Buang la. tak guna pun kan.”

“ish. Tak baik. Susah payah hang pi soai depa macam-macam. Takkan la aku nak buang. Lagipun mana tau berguna ka..”

“ha! jangan nak buat pasal Nana. jangan nak buat spare pulak!”

“eh..” Nana tarik sengih. “dak eh.. aku ni setia tau.”

“hurm. Yelah tu. pergila letak kertas mamat tu bawah bantal.mana tau masuk dalam mimpi. Aku nak pergi mandi..”

“eh Ja!”

“apa lagi?” langkah Jaja terhenti didepan biliknya.

“betoi ka letak bawah bantai boleh masuk dalam mimpi?”

Ya Tuhan~ Jaja rasa nak hentak dahi ke pintu bilik.

Thursday, October 22, 2009

ADVIDHAQ [5]

Pap! GAYA dicampak kasar diatas meja kopi.

Ad terus tersentak.

“huih! Dah la balik tak kasi salam! Sekali bawak balik majalah perempuan!” Ad terus mencapai majalah diatas meja didepannya.

“assalamualaikum. Kau off harini?” Haq melonggarkan tie dengan kasar. panas! Panas! Rimas!

“hmm..” Ad sekadar mengangguk.

“woi. Haq! Balik dah?” muka Vid tiba-tiba muncul dari bilik Ad.

Haq dah buat muka pelik. Ek eh.. “yang kau ada kat sini apahal? Dua-dua orang kat rumah.. baru keluar dari bilik pulak tu. Sini JAIS tak check eh?”

“ehh.. balik-balik buat lawak keras pulak dia..” Ad mengejek lagi.

Vid sekadar senyum. Ngeng punya member. Lelaki dengan lelaki nak tangkap basah amendenye?

Ad berkerut dahi sambil menyelak helaian majalah itu. “ni.. kau balik kerja malam-malam ni.. sebab pergi beli mende alah ni ke hape?”

Haq buat muka menyampah. “tu namanya buat tebiat! Aku kerja la!”

“habistu? Mana dapat ni? cun woo covergirl.. artis eh ni?” Ad bertanya lagi.

Vid kerut kening. Dia mengintai muka depan GAYA dari tangan Ad. “artis ke ni?”

“aku tanya kau, kau tanya aku balik apahal?”

“ey! Ey! Tu pun nak bising ke? Vid, macam mana kau boleh ada kat sini pulak?” Haq bertanya sambil meletakkan mug air kosong dimeja.

“terbang masuk ikut balkoni.”

Hahahaha. Ad gelak galak.

Haq ketap bibir. Lawak sangat la tu. hak tuih~

Vid tarik sengih lagi. “alaa.. saje jela.. takkan tak boleh.. tak boleh takpe.. aku balik sekarang..” Vid dah ura-ura nak keluarkan kunci kereta dari kocek bermudanya.

“menyampah!! Nah! Perangai macam perempuan sangat!” Ad menghempuk GAYA kemuka Vid. Sedapppp!!!

“woi! Woi! Janganla!” cepat-cepat mengutip GAYA yang jatuh tertiarap kelantai. Aduh.. rosak la nanti. Mau terkoyak karang.

Vid dan Ad dah pelik. Apa sudah jadi dengan Haq? Serius sangat ni apahal?

“Haq..”

“shushh.” Haq memotong kata Ad yang tak habis.

“we Haq..”

“shush!!”

Huih! Garang!

Vid mendekatkan mukanya pada Ad. “Adha Arshavin, what’s wrong with your housemate la?”

“I also don’t know la Syahid Ronaldo.. sudden-sudden he act like this..”

“sudden-sudden eh? I think he’s sick or something kot.” Vid mengurut dagu.

“I agree. Or, he saw dead mother with her first son.”

Vid dah tak faham dengan ayat Ad. “what are you talking about la?”

“Malay people called, Pontianak.”

Buk!! Belakang kepala Ad kena libas sekali. Hahahahaha. Rosak English aku! Galak mereka berdua ketawa. Mereka kalih pandang pada Haq. Huih. Tak gelak. Mustahil..mustahil..

“Ad, cuba kau bau.” Haq menghulur GAYA ditangan.

Bau? Ad dah pelik. Tapi dia ikut je. Dia bawa GAYA kehidung.

“bau apa?” Haq bertanya serius.

“bau.. bau.. bau kertas la.”

Ish! Haq merampas kembali majalah tadi. Dia hulur pula pada Vid. “cuba kau pulak bau.”

Vid menurut saja. “bau kertas baru. Macam dari kilang printing.” Bagus sikit la kot jawapan dia bagi?

Ish. “korang ni semua hidung tersumbat eh? cuba bau lagi sekali.”

“betul la bau kertas. Habistu kau bau apa?” Ad bertanya.

“orange blossom and sandalwood.”

Ad dan Vid ternganga. Sah Haq tak sihat!!!

*****

Ad menyelak GAYA sehelai demi sehelai. Nak buat apa lagi, Vid dah blah balik rumah dia. Haq yang macam sakit otak hape ntah, pun dah selamat tidur agaknya. Tinggal la dia dengan majalah perempuan ni. huh. Ini sebab dah bosan sangat okey? Kalau tak dia tak sentuh majalah fesyen macam ni. Semuanya gambar, apa yang nak dibaca?

Lampu suram dari meja study itu menyuluh tepat pada isi majalah. Helaian diselak lagi.

2009 itu zaman apa?

Lagi mau tanya ka? Zaman sekarang la. dol~

Seringkali kita menyalahkan ‘zaman’ berdas-das seperti muntah peluru apabila disoal tentang cara hidup. Cara hidup itu sosial, cara hidup itu keluarga, cara hidup itu juga cinta.

Ya right. Cara hidup juga kerja! Kerja! Kerja! Semangat je Ad melontarkan suara dalam otak.

‘zaman dah berubah’.
‘zaman sudah makin maju.’
‘ini bukan zaman tok kaduk.’


Muntahlah kalau kau mampu muntah. Tapi ini memang kenyataan yang nyata memualkan.


Tak mual pun?

Aku memberi contoh paling dekat. Bukan orang paling dekat, tetapi situasi yang dekat dengan hati, dekat dengan fikiran. Supaya senang kau berfikir dan membandingkan.

Apabila seorang perempuan terkejar-kejar kesana-kemari semata-mata untuk melihat orang yang bikin mencairkan hati. Apa yang kau akan kata padanya?

Aku akan cakap, hurm.. hey perempuan, kau dah buat lelaki itu tak ada fungsi. Haha! Macam orang gila Ad tergelak sorang-sorang.

‘oh! baguslah! Aku suka kau buat begitu!’
Begitukah?


Tak… aku takkan cakap macam tu.

Kalau betul itu ayat yang kau keluarkan dari mulut, kau memang mengikut arus permodenan. Ataupun sangkaan aku yang kedua, kau BOHONG.

Kira aku ni tak ikut arus permodenan? Kiranya aku ni kuno ke? macam tu?

Kalau kau kata begini pula,
‘kau gilakah? Perigi mencari timba!’
Aku terasa mahu menghamburkan gelak. Hey, tengok perigi pun mungkin kau tak pernah, mengapa mahu membangkitkan peribahasa lapuk itu?


Aku la tu manusia yang tak pernah tengok perigi. Ceh.

Aku dalam situasi tengah-tengah. Mungkin kerana Allah memberi kelebihan otak aku ini boleh berfikir bercabang-cabang. Mari aku kongsikan apa yang bersesak-sesak dalam fikiranku sekarang :

Satu
Apa salah kalau perempuan bertindak? Kan perempuan juga manusia. Perempuan juga ada keinginan. Kalau dah kaum yang satu itu lembab mengalahkan kekura, mahu kau tercongok sehingga Perdana Menteri bertukar 14 kali?


Ehhh.. ini sudah lebih ni cik.. kaum aku lagi hensem berganda dari kekura.

Wahai rakyat Malaysia, tak kisahla kalau kau masih berkain batik dan bercucuk tanam di tanah batas sebelah rumah, minda itu perlu dikembangkan. Bukalah sedikit ruang untuk perubahan disebabkan kemajuan. Ruang sedikit itu mungkin berbaloi untuk kau, untuk aku, untuk semua. Sedikit, bukan seluruh. Sedikit, bukan semua. Sedikit dan bertapis.

Ha! bertapis. Dah betul dah tu. tak bertapis tu la yang karang buat jadi sampah masyarakat je.

Dua
Aku memerhati perempuan melayu itu sangat indah. Lembut tuturnya, suci pemikirannya, sopan perlakuannya.

So true.. tapi mana nak carik dah yang macam tu?

Aku sukakan itu. Aku sangat sukakan nilai-nilai itu. Kalau nilai gadainya boleh menanggung aku pusing satu dunia pun, aku takkan sanggup serahkannya. Orang perempuan itu patutnya pemalu, segan untuk berlebih-lebihan, takkan berani melawan mata dengan sang lelaki. Aku tersenyum-senyum kala ini. Teringat akan gadis-gadis dalam tayangan hitam-putih filem zaman 50-60an. Tertunduk-tunduk bagaikan mau mencium tanah jika pemuda siap bersamping songket menegur dengan beberapa patah kata.

Heh. Ad tarik sengih lebar.

Ahh.. alangkah baik kalau sekarang juga begitu, kerana sekarang lelaki pula yang berlari lintang-pukang tidak cukup tanah kalau perempuan ingin berkenalan. Mungkin kerana lelaki sekarang sudah pandai. Yalah, zaman dahulu mana ada perempuan high maintenance!

Hey. Cakap siang pandang-pandang, cakap tu biar elok sikit ye cik. Lelaki lari bukan takut, tapi sebab perempuan high maintenance tu yang mengerikan. Ngeri, tau ngeri?

Pertimbangkanlah. Aku cuma menulis, bukan pembuat keputusan. Kau pilih mana kau suka. Pendapat aku sudah lontarkan. Kalau kau pilih alasan satu aku tak kisah, kalau kau pilih dua pun aku tak marah.

Aku pilih dua!!! Yeah!

Aku harap kau bijak, kerana kita berkongsi kaum. Aku juga perempuan wahai sekalian. Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit.

Eleh, tak bagitau kau perempuan pun aku dah tau. Berat sebelah.

Kau jangan mengejek aku kerana aku guna peribahasa lapuk ini. Aku pernah tengok perigi, bukan macam kau. Bukan kau, tapi kau yang lain.- AKSARA-

Uih. Perigi. Aku terasa lagi.

Aksara….

Pak!! Bergegas Ad membuka pintu biliknya dan merempuh bilik Haq didepan.

“Haq!! Bangun! Bangun!”

“hurm..” suara mamai atas bantal.

“Aksara siapa Aksara?”

“huh?” mamai lagi. Masih tak sedar.

“mana kau dapat majalah ni?”

“Mira Khairudin.” Dua patah perkataan itu yang keluar.

Ad meraup rambutnya kebelakang. Sudah… makhluk mana pulak Mira Khairudin nih…

“Haq, ni siapa Aksa…”

“aku nak tidur! Aku nak tidur!”

Ad akur. Silap dia redah Haq yang tengah penat berdengkur. Dia keluar dan menutup pintu bilik Haq perlahan.

GAYA ditangan yang terlipat dengan ruangan ‘Kata Aksara’ itu ditenung.

Aksara… WHO. ARE. YOU?
 
Blog Template by Delicious Design Studio