♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, December 9, 2008

cerita mereka ~9~

Sedar tak sedar, sudah 3 bulan berlalu. Silibus pelajaran dah habis, sekarang sibuk latih tubi semua topic, trial spm pula minggu depan. Adzrel? Dia nak fly dah..

“psst..psst.. Rai!”

Rai kalih belakang. Memandang muka 3 orang dibelakangnya. “apa?”

“kenapa muka orang sebelah kau tu cemberut semacam.. aku tengok, dari awal minggu lagi.” Ad bertanya pelik.

“ntah.. aku ada tanya, dia kata takut spm.”

“tipuuuuuuu… tipuuuuuuu.” Haq berkata sambil menggerak-gerakkan jari telunjuknya.

“dah la! Korang ni sibuk je tanya.” Rai menghentikan persoalan-persoalan mereka bertiga itu. Sebenarnya, dia pun musykil. Aree tak pernah macam ni.. esok nak pmr pun dia boleh girang-gembira tak sabar jawab exam. Takut spm? Tak logic..tak logic..

“eh, surat khabar hari ni mana? Asal aku nak baca je lesap!” Haq mengomel. Masa cikgu tak masuk ni lah boleh curi sikit masa hadap benda bukan ilmiah.

“woi.. paper kat sape?” Haq bersuara kuat. Seisi kelas buat tak tau. Ish!

“tu.. dekat Diana.” Vid tunjuk kearah meja Diana. Kelihatan Diana terjerit-jerit excited sambil hentak-hentak kaki. Ceh! Tu mesti ada gambar artis hensem dekat bahagian hiburan.

“woi Diana! Dah-dah la tu.. bak kitorang nak baca pulak!” Ad menjerit lantang.

Diana bangun menuju kearah mereka sambil tersengih-sengih.

“korang ni kan,muka tiga-tiga hensem. Tapi garang ya amat! Cuba gentle sikit.. eh! Vid! Spec baru ek.. kena la dengan kau! Lawa bingkai dia.. hensem!” Diana bersandar dibelakang kerusi Rai, menghadap muka Ad, Vid dan Haq. Paper kat tangan tu tak lepas-lepas lagi!

“apapela.” Vid malas nak layan.

“eeh..sombong! patutlah ramai fans korang yang makan hati! Kenapa korang tak minat ada girlfriend?” Diana cuba memancing nak berborak. Ambil kesempatan! Heh. Diorang ni bukan senang diajak berborak. Asal Diana buka mulut saja, semua buat muka malas.

“ey miss Capang! Sibuk la kau ni! Bak sini paper tu!” Ad menjawab berang. Diana ni dekat sekolah je pakai tudung,almaklumlah wajib.. dekat luar, bangga benar dengan telinga capang dia tu!

“tak mau bagi! Jawab dulu soalan aku! Ke, korang ni dah sangkut dekat bestfriend korang dua orang ni?” Diana menjeling-jeling Aree dan Rai dibelakangnya.

Rai dan Aree yang memang mendengar perbualan itu dari awal, mengherotkan mulut mereka. Mengejek. Menyampah! Jelous lah tu mereka rapat dengan Ad, Vid dan Haq. Bukan mereka tak tau, Diana memang ada hati dengan diorang bertiga. Ad masa form1, sebab dia ramah-tamah dengan semua orang. Lagi pula, muka Ad macam orang Asia timur, ala Chinese-korean-japanese. Heh. Tak tau mana satu.. tapi lebih kurang macam tu la. Haq pula dia minat masa form3, sebab Haq dinobatkan olahragawan sekolah pada tahun itu. Dan akhir sekali Vid, dari form4 sampai sekarang. Dengan Vid, lagi lah tak lut dia nak mengorat. Vid ni bukan banyak cakap sangat. Walau dengan siapa pun, semua bo layan! Haha.. kesian Diana. Ad,Vid dan Haq bukanlah sombong.. diorang bergaul juga dengan perempuan, cuma dengan Diana memang diorang mintak simpang!

“busy body betul la si capang ni.. sukati kitorang lah.. yang kau ni bersidai kat sini lama-lama buat apa? Nak ayat Vid? Tak payahla.. simpan elok-elok impian kau tu dalam peti.. bagi sini paper tu!” Haq rampas kasar surat khabar itu dari tangan Diana. Orang minta baik-baik taknak bagi!

“huh! Menyakitkan hati je! Dah habis konyok paper tu.. dalam tu dah la ada gambar balak aku!” Diana merengus geram!

“siapa? Dato’ Samy Vellu?” Ad menunjuk gambar menteri itu.

Hahahahahaha.

“bukanlah! Ada poster premiere musim terbaru Grey’s Anatomy.. hensemnya Alex!” Diana membuka halaman poster itu dan ditunjukkan pada Ad.

Ad, Vid dan Haq mencebik.

“kejap! Grey’s Anatomy? Mana? Mana? Mana?” Aree kalut menarik suratkhabar konyok itu ke mejanya.

“apa kes ni? Kenapa dengan Grey’s Anatomy?” Ad dah pelik. Selalunya Aree tak excited nampak pelakon hensem macam si Diana ni.

“aku nak gunting!” Aree pantas membuka pencil case nya dan mengambil gunting.

“eh! Aku dah cop dulu la!” Diana dah meninggi suara.

“nasib la.. mana main cop-cop.. siapa gunting dulu dia dapat!” Aree membalas kembali.

Yes.. boleh aku tenung lama-lama.. Aree meletakkan gambar yang digunting tadi dibawah lapik meja lutsinar. Heh.

“we..sejak bila kau fanatik Grey’s Anatomy?” Vid bertanya pelik pada Aree. Soalan Vid dibiarkan berlalu. Matanya masih tertancap pada gambar barisan pelakon siri rancangan perubatan itu.

Eh! Mengelamun ke hape Aree ni? Ad, Vid dan Haq dah ternganga. Aneh! Pelik!

“hmm.. korang tak tau ke.. kawan korang ni dah obsess dengan rancangan tu..” Rai mendengus lemah. Dia pun dah tak kuasa nak melayan obsess Aree. Setiap masa bercerita mengenai Grey’s!

“sejak bila?” Haq tanya lagi.

“sejak dia minat medic.”

“sejak bila dia minat medic? Setahu aku, bio pun dia tak minat!” Ad menongkat kepalanya atas meja.

Senyap. Mereka semua berfikir. 2 saat.. 5saat..

“ha!” keempat-empat mereka menjerit serentak. Kerut dahi.

“kita fikir pasal benda yang sama ke..” Rai bertanya.

“aku rasa ya..” Haq menjawab.

Vid mengambil pensil shaker nya dan menconteng diatas mejanya yang tak berlapik.

‘Arel’ terconteng.

“haaa..” empat kepala mengangguk-angguk. Mereka pandang kearah Aree semula. Masih senyum. Uish! Ni betul dah parah. Diri sendiri dah jatuh cinta pun tak sedar. Tak nak mengaku!

6 comments:

Anonymous said...

^^..adui...pepagi dh tersengih2 pc...
thx cucuratap coz post diz n3...

bile ler aree nk sdr nih..:)

*swit hanna*

Anonymous said...

hahah..sye suke sorg2 je kejenye..hehe

adek said...

erm...

hahahahha
cool ar cte ni..

smbg lg2 tau

Anonymous said...

haha..kantoi.. lg..

ceritaku MEMORIKU said...

hakhakhak.cum org gilew gelak dpn computer.
best22.-na`dz

ღAuni_Amauniღ said...

lawak huhu best3!~~ keep it up! :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio