♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, December 7, 2008

cerita mereka ~7~

“argh!!!!!” Ad tiba-tiba menjerit. Apasal ni?
Rai dan Aree kalih pusing kebelakang.

“kau kenapa menjerit tengah-tengah prep malam ni? Nampak hantu?”Aree bertanya pelik.

“muak. Mual. Muntah.” Ad menjawab lemah.

“tu dah giveup buat fizik la tu..” Vid menjeling kearah Ad.

“aku pun dah tak tahan arr..” Haq mendongak ke siling sambil menekan dahi. “Aree..Rai.. korang takde mende menarik ke… gossip ke.. game ke..”

“hmm.. aku pernah terbaca kat dalam majalah. Heh. Nak main tak? Game Quick Q&A.” Rai sengih pandang empat-empat orang rakannya.

“menatang apa tuh?” Aree kerut dahi.

Rai dan Aree pusing kerusi kearah meja tiga orang budak lelaki di belakang mereka.

“macam ni, aku akan sebut satu word, and korang kena jawab apa yang korang terfikir cepat-cepat. Tak boleh pikir lama-lama. Aku soal, terus jawab. Jawapan ringkas je. Get it?” Rai explain.

“owww..” Ad, Vid dan Haq menyaut serentak.

“ok! Biar aku start tanya. Sape nak start jawab?” Rai soal dengan muka excited.

“aku! Sebab aku paling boring!” Ad angkat tangan.

“ok! Kita mula.” Rai menghadap muka Ad, sambil diperhati oleh 3 orang yang lain.

“sedap?”

“burger superstar, Carl’s Jr.”

“susah?”

“fizik!!!!”

“payah?”

“sental daki kat baju.”

Pecah gelak.

“coklat?”

“sungai Klang.”

Hahaha.

“gedik?”

“Diana si telinga capang.”

Hahaha. Vid dah merah muka gelak.

“rambut?”

“Haq.”

Haq muka bangga membetulkan rambut spike nya.

“merah?”

“boxer betty boobs Amir”

Gelak meriah. “hahaha.. Amir pakai boxer betty boobs? Hahaha” Aree gelak sambil pegang perut. Rai dah keluar air mata.

“ok..ok.. pink?”

“towel Raihan si head boy.”

Kahkahkah. Haq dan Vid dah sembam muka atas meja.tak tahan! Teringat masa diorang pecah locker baju head boy nak ambil komik yang kene rampas petang tadi. Towel warna pink terang elok je terlipat.

“adoi.. aku dah sakit perut. Turn orang lain pulak la.” Rai tekan perut dengan gelak yang tak habis-habis.

“ok! Aku nak soal Aree.” Haq berkata. Kerusi ditarik mendekati meja.

“ok! No hal!” Aree jawab konfiden.

“hensem?”

“zac efron.”

“cool?”

“vid” Aree kenyit mata pada Vid. Hehe.

“lelaki?”

“menyusahkan.”

“wooooo….” Ad, Vid dan Haq menyahut serentak.

“kereta?”

“Pajero”. Aree jawab selamba. Haq sengih.

“batch?”

“bon jovi.”

“mid valley?”

“ktm.”

“handphone?”

“hancur.”

Hahahaha.

“nombor?”

“20.”

“rugby?”

“SAS.”

“overseas?”

“uk.”

“angau?”

“adzrel.” Oooops!!!!!!!!!!!!! Aree tutup mulut.

“waaaaaaaaaaaaarghhhhh!!!!!!” Rai, Vid dan Haq jerit sampai kerusi terseret kebelakang.

Haq sengih jahat. Jerat aku dah kena… Aree senyap.

“weh, kau.. suka Arel ke?” Vid buka mulut.

“serius? Aree?” Ad pula kalut bertanya.

“weh… apsal tak cakap? Betul ke ni?” giliran Rai pula bagi soalan.

“err… entah. Aku tak tau. Tak rasanya…” Aree muka blurr.

“kau cakap biar betul Aree…” Ad tak puas hati.

Aree mendengus. “ntah. Malaslah nak fikir.” Aree pusing semula kerusi ke mejanya. Sambung buat latihan kimia.

Ek? Apa punya gaya tu.. sentap semacam.

“we Haq, kau ada tau apa-apa ke?” Vid bertanya perlahan. Orang depan dengar karang naya.

“ntah kau ni. Sengih je dari tadi. Kau saje nak kenakan Aree ek tadi?” Rai menyampuk.

“shhhh…. Meh sini dekat sikit. Aku bagitau.” Ketiga-tiga kerusi digerakkan merapati Haq. Haq rasa nak tergelak pun ada. Muka curious habis diorang ni!

“Arel suka Aree.”

“ha?????????” kuat suara mereka rasa macam ulat dalam batu pun boleh dengar.

“shhhhh… senyap la…” Haq kasi warning.

“kenapa tak cakap je dengan Aree? Arel pun satu.” Rai mengomel.

“bukan.. tak bolehla macam tu.. diorang baru je kenal.. baru je nak baik.. aku rasa, Arel pun tak nak la bagi Aree terkejut. Lagipun, kita kan dah nak spm.” Haq berbisik perlahan.

“mana kau tau?Arel bagitau kau ek?” Rai bertanya.

“ish! Takdela.. takkan dia nak bagitau aku dia suka kat Aree..”

“apa salahnya?”

“kau ni Rai! Lelaki memang macam tu..” Ad menambah.

“kenapa?”

“tak payah tau la! Guy’s thing.” Vid menahan geram. Banyak tanya betul.

“owww.. habis tu, mana kau tahu?” Rai dah musykil.

“dia selalu mesej aku, tanya pasal Aree. Takdela hari-hari, tapi, obvious la kan.. memang dia concern kat Aree. Mula-mula aku takde la pelik sangat, tapi sampai suruh aku tengok-tengokkan Aree, tu memang lain macam.” Haq jawab gaya yakin.

“owww…” Ad, Vid dan Rai mula faham situasi.

“so, tadi tu, aku saje la nak tau, Aree ada perasaan dekat Arel jugak ke tak. Tapi, macam tak sure la..”

“kau macam tak tau Aree tu. Mana ada perasaan. Blurr. Orang admire dia pun, dia boleh tak perasan. walau dah terang-terang orang kasi hint. Ingat tak kes Aman time form3? Bagai nak rak orang tu kasi surat, ajak jumpa. Bila kita terangkan yang Aman suka dia sebenarnya, dia boleh cakap, ‘ow yeh?’. Huh! Perasaan dia, lagi la dia tak tau. Payah kakak sorang ni.” Rai jeling geram ke arah Aree yang membelakangkan mereka.

“eh, korang cakap-cakap apa sampai kerumun kat Haq tu?” Aree tanya hairan.

“takde pape!” pantas keempat-empat mereka menyahut. Heh. Senyum cover.

12 comments:

Anonymous said...

haha..
Arisa!!!
da kantoi..

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

sweet nih..lambat pick up gak si aree tue yer..
nak lagii...:p

*swit hanna aka artic_roses*

Anonymous said...

hehe..
arel n aree..sesuai2

pinat said...

aiyookk..

aree kantoi..hahaha:p

keSENGALan teserlah.. said...

eeii..
bes2..
ske2...
smbung2..
hehhheehee...

ceritaku MEMORIKU said...

kan dh terkantoi.kik33

khairunisya said...

whoa...aree kantoi la weh...haha...cucuratap, x dnafikn lg kamu nih mmg pndi bt criter...pecahkn loker headboy?...hebat..prnh gak trfikir nk nakal2 kt sbp dlu..cambest jer...coz ble da kuar ble jd kenangn...tp aku x pernah arh...budk baek la ktekn..hihi

buddies :) said...

hohoh,
sweet laa,
suke2!

TAN-te said...

ahah!!!! comel dowh!!!! aku nak main la permainan ni!!! comel gile si aree ni!!!! suke!!!

Anonymous said...

aku jmpe boxer headboy jer wane pink mse pecah msuk hstel tyme dorg smayang jemaat~~
hik3~~ 1 ostel kne kejar~

Anonymous said...

ble ty tak? sapa nama mamat yg bwk character c vid ni? mmg cool gler ar...

Anonymous said...

giler! sume aree jwab refer tu arel.mmg trg lg b'suluh la...=)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio