♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, December 6, 2008

cerita mereka ~6~

Kringgggggggggggg..

Dengan bunyi itu, maka berakhirlah lima jam waktu belajar yang menyeksakan otak. Fuh!

“Rai.. cepat Rai.. kaunter DM dah panggil-panggil nama aku tuh..” Aree dah mula bebel kat Rai yang tengah kemas nota bawah meja. Aku dah tercegat kat pintu ni dia boleh buat dunno je.

“saba la.. jom!” Rai tarik bahu Aree di muka pintu.

“hari ni lauk ayam masak merah tau.. mesti berebut amek nasi..” Aree muke cemberut.

Tengah Aree dan Rai berjalan di gajah menyusur menghala ke DM, ternampak ada seorang mamat pakai seluar paras lutut and t-shirt biru gelap bersandar kat Pajero warna hitam. Tu tak tarik pandangan diorang sangat, tapi budak laki lagi tiga ekor yang elok tengah borak kat situ..

“yo!” Ad jerit sambil lambai pada mereka.

Ape diorang tengah buat..

“bukan selalu kalau lepas match korang dah berlayar atas katil ke?” Rai tanya pelik.

“segar-bugar lain macam je nih..” Aree telek muke sorang demi sorang. Sampai dekat muka manusia yang tengah bersandar tuh..

“la, kau tak balik lagi?” Aree soal.

“kan dah cakap nak jumpa kau..” Arel jawab selamba.

“kitorang ada mision possible nih..” Haq sengih jahat.

Sudah.. apa pulak kali ni.. Rai dan Aree buat muka tak paham.

“kami mau ‘terbang’.” Vid berkata sambil jeling Pajero disebelah.

Owww.. nak fly ke.. Arel pun punya la jahat jadi sekutu.

“wanna come? Join skali?” tuan punya kereta bersuara. Tak payah tanya la kan mana Pajero tu datang..

“rasa cam tak muat pulak nak sorok bawah kerusi tu.. kang pak guard nampak payah pulak..” Aree tolak pelawaan berhormat tu.

“aah la.. tapi kalau rasa baik hati tapaukan lauk best, takde la terkilan sangat hati ni tak dapat ikut..” Rai berkias-kias. Heh.

“okeh!” empat-empat lelaki tu jawab serentak. Maka mereka tiga ekor tu dah masuk dalam Pajero tu dan susun kedudukan masing-masing. Pak guard sini dedikasi nya lebih sikit.. nampak kerete tu ramai sikit je dia tahan.. huh!

Arel yang baru nak buka pintu kereta berhenti dan mengalih pandangan pada Aree dan Rai.

“Arissa? Kau suka makan apa? Rai?”

“Aree, Arel. A - ree.” Aree buat muka tak puas hati.

“err.. takpe. Diorang tiga ekor tu tau kitorang suka lauk apa.” Rai sengih. Tenteramkan keadaan sebelum hangat hati Aree tu merebak keluar.

“oh. Ok. Lagi 15minit ke, turun sini balik la.” Arel berkate sebelum duduk ditempat pemandu. Beberape saat, Pajero tu dah hilang dari pandangan. Hush!

After 15 minit…

Rai dan Aree duduk menunggu di kerusi batu. Tak muncul lagi Pajero tadi.. driver dan penumpangnya apetah lagi.. huh..

“Aree, macam baik pulak Arel tu. Dulu aura carik pasal sangat! Skarang aura ramah-mesra pulak..” Rai mengomel.

“papela.. aku lapar gila-gila ni.. baik jangan bercakap.. guna banyak tenaga.. buat aku lagi lapar..” Aree bersuara malas.

Rai jungkit bahu. Hangin je Aree ni..

Sebuah Pajero menderu masuk ke kawasan dataran. Aree usha tajam habis.. apa dia nampak Pajero tu macam ayam masak merah atas dulang bergerak ke? Hati Rai berkira-kira.. ish!

Aree pandang tepat pada Pajero itu. Dari mula masuk simpang sampai masuk parking. Bukan tayar yang dia tengok, bukan jugak side mirror, bonet lagi bukan.. tapi.. driver..

“hooooo yeh! Wuu!” Ad bersuara sakan turun dari kereta.

“come! Mari kita berpiknik!” Haq pulak semangat.

“menu apa wahai superman yang handal terbang?” Aree tanya nada perli.

“nasi beriani with killer ayam masak merah.. Restoran Halimah’s of course..” Vid angkat beg plastik isi polisterin di tangan.

Fuh!!! Kecur air liur beb.. kalah menu DM hari ni.. heh. Heaven!!!!!

Arel cume geleng kepala tengok 5 orang budak tu atur polisterin atas meja tengah gazebo. Heh. Dulu aku macam tu jugak..

“ehem! Sebelum saya memulakan majlis dengan bacaan doa, disini saya ingin memberi berjuta penghargaan kepada En. Adzrel Iskandar bin Muhammad diatas jasa beliau membawa kami keluar, serta membayar harga nasi beriani ini. Terima kasih..” Ad berdiri konon gaya bagi ucapan rasmi kat perhimpunan.

Pecah gelak mereka berenam di bawah gazebo itu.

“Vid.. doa makan Vid.. kebulur ni..” Aree mengarah.

“up!” semua angkat tangan.. bukan gaya ikrar tau! Gaya baca doa.
“bismillahirrahmanirrahim. Allhumma bariklana fima rozaqtana wakina azabannar. Amin..” semua menyaup muke dan start menyuap nasik.. Ad macam pirana, Haq macam aligator, Vid macam harimau belang, Arel macam jaws, Aree macam warga pedalaman Afrika.. Rai?huh..still ayu.

Setel makan, Rai dengan Aree pulak kemas meja. Buang sampah, lap sisa nasi jatuh atas meja. Diorang? Sandar kekenyangan. Ceh!

“we.. kitorang dah habis kemas nih. Balik dulu arr. Japgi nak prep pulak. Kang tak sempat lak nak zohor.” Rai berkata pada diorang semua.

“oww.. prep. Aah ek. Kitorang pun nak balik rest gak. Kay la Arel, kitorang chau dulu..” Ad salam dengan Arel. Haq dengan Vid pun ikut sama.

“kay.. jom la. Mekaseh banyak2.” Aree pulak berkata.

Mereka berlima mula berpaling, berlalu meninggalkan Arel di tepi Pajeronya.

“Arissa, meh kejap.” Panggilan Arel mematikan langkah Aree. Aree paling belakang. Angkat kening.

“meh kejap..” Arel melambai memanggil Aree ke arahnye.

Ad pandang Vid, Vid siku Haq. Haq kasi isyarat kat Rai. Rai kerut kening. Haq dekatkan mukanya pada Rai.

“jom blah.. tinggal je Aree.” Haq bisik perlahan.

Hurm? Kenapa? Rai blurr. Namun, kakinya menurut kata-kata Haq tadi.

Aree tercengang. Pahal diorang tinggal aku? Blah macam pelesit pulak tuh! Dia berjalan mendekati Arel. Tinggal jarak lima tapak antara mereka. Arel bergerak kedepan. Jarak mereka tinggal tiga tapak.

“sihat?” Arel mulakan sesi.

“sihat.” Aree angguk. Apa gaya aneh amat ni..

“study?” Arel tanya lagi.

“ok.” Aree angguk. Lagi skali.

“hostel life?”

“ok.” Angguk lagi.

“no prob?”

“nope.” Geleng

“Owwwwkey..” Arel tarik ‘ok’ panjang 5 saat.. pandangan dari muka Aree di hala ketepi pula. Kemudian kebawah. Kemudian, ke muka gadis didepannya kembali.

Ish.. ni aku makin musykil ni.. Aree kerut dahi. Blurr.

“apa kerut dahi beria benar tu?” Arel tegur.

“takde apa.” Pandang selipar. Jangan la tenung aku gitu…

“err.. aku.. gi dulu ek? Balik hostel.. erm, japgi prep.” Aree cuba mengingatkan.

Arel angguk. Nafas dihembus. Huh. Bibirnya ditarik senyum sedikit.

Gile!!!! Killer grin!

“ok la macam tu. Balik dulu.” Arel angguk lagi.

Aaaaaaduh! Apsal aku terdiam ni.. bibir beku agaknya. Peti suara macam tak boleh nak keluarkan apa-apa jenis suara.

“o..o..ok..” gagap.baru nak terkeluar suara ni. Tu pun perlahan je. Heh. Sengih.

Arel balas senyum. Again! That! Killer grin.. owh hoo.. Aree, baik kau gerak sekarang.. Aree pusing blakang. Start melangkah.

“Arissa!” Arel panggil lagi.

Aree paling muka.
“hmm?”

“take care.” Arel berkata. Nada rendah.

“thanks.” Aree paling balik muka ke depan.

“Arissa!” lagi skali..

“hmm?” Aree paling muka again. apa lagi dia ni..

“you blush.” Arel senyum nakal.

Huh? Aree pegang pipi. Panas. Gosh!!!!!!! Dia paling muka kedepan. Langkah laju. Malu seh!!! Lantak arr, dia dengar Arel gelak. Buat tak tau. Aspuri, cepatla sampai!!!!!!!!!!!!! Huh!

8 comments:

Anonymous said...

nice story...

Anonymous said...

bestttt!!!

Anonymous said...

dh kamceng arr arel ngan aree n the geng erk..hehe..sweet gak...

*swit hanna*

cucuratap said...

hehehehe..
mekaseh2..
memang Arel kamceng abes ngan geng Aree..
wait for entry seterusnya.. =p

keSENGALan teserlah.. said...

eeeii.
bestt..
u made me laughed larrr...

ceritaku MEMORIKU said...

best nye.cum org gilew cz gelak sowang2 time bce this story.-na`dz

intan_aya said...

hehehe...

mcm dah tangkap cintan aje si arel tu...

Anonymous said...

apsal gya cam tak leh nk behenti snyum je nih..sweet sgt

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio