♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, December 13, 2008

cerita mereka ~13~

9 tahun 6 bulan kemudian…..

“Aree!!!!!!!!!!!!”

“Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lama gila tak jumpa!!!!!!!!!!! Aku naik hysteria!!! Haha.”

“kau ni, bila-bila pun mesti last sampai kan?” Vid perli.

“aku rasa nak keluar airmata..” Rai berkata sambil peluk Aree.

“eh! Bukan korang jumpa paling kurang sebulan sekali ke? Ni la perempuan! Emosional betul..” Ad mengomel.

“eh tolong ye! Aku dah 3 bulan tak jumpa Rai.. dengan kau Ad, lagila aku rasa nak naik hysteria.. ntah kemana kau terbang sana-sini.. dah la susah nak jumpa, contact pun tak!” Aree menjeling sambil tarik kerusi di Madam Kwan’s Mid Valley. Mid Valley lagi? Heh. Biasalah..

Di meja hujung itu, kelihatan tiga orang pemuda dan dua orang wanita yang kecoh tahap tak ingat. Sebab tu la pilih meja hujung! Nanti kacau pula pengunjung lain kalau ambik meja tengah alam. Ad sekarang jadi driver berjaya.. driver atas langit! Huhu.. walaupun dulu pernah fail psychomotor test untuk pilot, tapi at last dia dapat jugak terbang. Haq pulak, tukang reka cipta bangunan.. arkitek la maksudnya. Even Haq sentiasa atas bumi, bukan atas langit macam Ad, tapi dia ni pun susah nak jumpa. Sebab firm tempat dia kerja dekat JB. Jauh lor.. Vid still macam dulu, muka cool memanjang. Tapi sekarang dah tak pakai spec, almaklumlah.. engineer lah katakan. Status tinggi! Haha. Rai jadi editor majalah fesyen sekarang, agak terkejut la sebenarnya. Jadi ikon Malaysia lagi! 5 tahun dekat sekolah sains, perah otak belajar fizik, kimia, bio.. tapi kerjaya menyimpang ikut lain. Tapi sangat bangga la, sebab sekarang label Michael Kors pun dah ada kat Malaysia. Siapa tu? Errr.. international designer laaa. Heh.

“so, Cik Arissa, pensyarah kalkulus kita, apa khabar anda?” Haq tarik sengih.

“haha. Jangan panggil gitu la we.. muak ar student aku panggil Cik Arissa. Lama dah takde orang panggil Aree.”

“hmm..sekarang pun semua bantai En. Syahid. Takde Vid dah.” Vid menambah.

“eh. Kira ok la tu. Ada sorang QS (quantity surveyor – juruukur bahan) ni, boleh dia panggil nama penuh aku. ada ke patut?” Haq mengomel lagi.

“jangan kata kat aku dia panggil En. Zahirul Haq..” Vid kerut dahi.

“ye! Dia panggil aku En. Zahirul Haq!”

Hahahaha. Pecah gelak.

“perempuan ke laki QS tu?” Rai menambah

“perempuan la.. takkan lelaki skema macam tu..” Haq menjawab.

“haaaa…” empat suara pantas menyahut.

“apa benda? Pikir lain la tu!” Haq besarkan mata.

“haha. Ok la tu.. aku pun dah tunang, takkan la taknak berteman kat JB tu..” Rai mengusik.

“Rai, kau punya walimatulurus bila?” Ad bertanya.

“kenapa? Nak kasi hadiah tiket flight kat aku?”

“ceh! Ingat MAS tu bapak aku punya ke?”

Hahaha.

“aku kan tunang 2 tahun.. tu la, masa aku tunang tak datang!” Rai menjeling Haq.

“weh Aree, kau dengan Arel apa cerita?” Ad dah tukar sasaran.

“macam tu la. Dia sibuk sungguh. Keluar dating pun pager duk bunyi. Teeet..teeet..teeet. surgery tu la, appointment ni la. Standard la kan..” Aree mencebik.

“alahai..siannye dia. Haha.” Ad mengejek. Cis!

“korang tiga orang ni bila nak ada girlfriend? Nak kata duduk dalam gua, masing-masing kerja hebat, jumpa ramai manusia.” Aree tembak mereka balik.

“aku susah la.. takkan nak ngan stewardess kot? Tak gamak pulak aku.. dekat apartment aku pulak, memang la aku ada usha, tapi tu la.. aku bukan atas bumi sentiasa.. payah. Lain la Vid, kerja dekat twin tower, senang nak cuci mata.” Ad alih pandang pada Vid.

“senang apa nya, menimbun kerja atas meja tu. Suria klcc yang dekat sebelah tu pun aku takde masa nak jejak. Aku ingat nak suruh mak aku carik je la.. senang. Setel.” Vid sengih angkat kening.

“weh.. aku dah ambik tiket tau. Movie pukul sembilan suku.” Haq berkata sambil kunyah makanan.

“la.. kita nak tengok wayang ke.. cerita apa?” Aree bertanya.

“ala.. kau tengok jela nanti.”

“ceh!”

Sejam selepas itu..

“weh. Dah 9.20 ni,jom arr masuk cinema. Nanti dah gelap.” Aree mengajak.

“ala.. rilek arr.. iklan je panjang tu..”

“susah nak carik seat lah nanti pandai!” Aree menjeling Haq.

“yela. Dah-dah. Jom gerak!”

Mereka berlalu ketingkat atas selepas buat pembayaran. Siapa yang bayar? Mestilah Vid, sebab gaji dia paling banyak. Haha. Pandai je diorang bodek Vid. Sampai di GSC cinema, semua menderu ke arah 2 orang guard. Heh. Guard nak masuk cinema tu.. bukan guard keselamatan. Dia sengih je lepas Haq hulur tiket. Kenapa ek? Biarlah. Piagam syarikat kot. Mesra pelanggan.
Haaa! Kan! Dah gelap! Iklan tengah ditayangkan. Itu jelah punca cahaya yang ada. Dah la masuk lambat, seat tengah cinema pulak tu! Mesti orang belakang bengang je.

Tiba-tiba iklan berhenti. Heh. Movie yang aku-sendiri-tak-tahu-tajuk-apa dah nak start. Eh. Kenapa senyap je skrin?

“mana movienya?” Aree berbisik perlahan pada Rai di sebelah.

“entah.” Rai jawab selamba.

Musykil..musykil..

Tiba-tiba di skrin muncul video kelopak-kelopak bunga yang jatuh macam air hujan. Haq ajak tengok filem cinta???? Dengan berlatar belakangkan lagu ‘nothing gonna change my love for you’, kelopak-kelopak bunga tadi makin menghilang.. kemudian muncul pula gambar dengan perlahan.. 1saat..2saat..3saat..4saat..5saat.. gambar aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dua cahaya spotlight menyala. Satu dihala kedepan, lagi satu dekat aku la kot, sebab tiba-tiba rasa macam bercahaya je muka. Sejak bila dalam cinema ada spotlight? Tak sempat nak fikir la, anggap je la logic!

Skrin didepan mula memainkan gambar-gambar aku dan Adzrel. Juga beberapa sedutan video. Panggung senyap. Dari tadi hanya dengar lagu dari video yang dimainkan.

Makhluk yang disuluh dengan spotlight, yang berdiri betul-betul di hadapan skrin aku tenung. Macam kenal je.. heh. Kalau Adzrel, dalam gelap pun boleh cam, inikan pulak kene simbah cahaya spotlight..

Lagu terhenti. Video kelopak bunga dimainkan semula.

“Arissa, you are my enchanment. You’re my missing piece. You’re all I see. You’re adorable to me. You amaze me. You blow me away. You electrify me. You make my life worth living. You make me feel good about myself. I need you more than everything.”

Diam.

“Arissa binti Johari, jadi isteri saya?”

Kelu. Kosong. Tergamam.

“Arissa?”

“erm..arr..” telan air liur.

“be my wife?”

“ya..”

Wooooooooo!! Panggung jadi terang tiba-tiba. Semua bersorak. Adzrel di depan Cuma senyum. Bahu Aree ditepuk tiba-tiba dari belakang.

“abang?? Adik? Ayah!!! Ma!!!”

“hey.. mestilah kitorang ada.. congrats kakak!” Adam sengih-sengih.

Tengok mata Ma macam berair. Ayah dah terharu tak terkata apa. Aku pandang sekeliling panggung. Full! Pandang kanan. Eh, itu kan Alang.. sepupu aku? belakang dia… eh! Semua sepupu aku???? pandang kiri, itu kan.. kak Jia.. owwwwwwwwwwwwwwww my!!!!!!!!!!!!!! Jangan kata satu panggung ni penuh dengan kaum kerabat aku dengan Arel. Ya Allah..

“kakak apa tercengang lagi tu, orang nak sarung cincin.” Adik Arissa menyedarkannya.

Mak Adzrel? Again.. Mak Adzrel!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

“En. Johari, Pn. Hayati, saya sekeluarga, berbesar hati ingin mengambil Arissa jadi sebahagian dari keluarga kami.. kami harap, keluarga En. Johari pun tak keberatan untuk terima Adzrel.”

“makcik, pakcik, saya tahu saya banyak kekurangan, pakcik dan makcik dah besarkan Arissa dengan cukup sempurna. Terima kasih, kerana mendidik Arissa sesempurna ini. Saya minta izin, untuk bertanggungjawab ke atas Arissa. Mungkin, saya tak mampu menjadi sebaik pakcik dan makcik, tapi saya janji, selagi saya mampu, saya akan jaga Arissa sebaik mungkin.”

“pakcik rasa bertuah. Adzrel dah cukup baik untuk Arissa. Terlalu baik. Terimalah dia seadanya, degil dia, malas dia, nakal dia… pakcik izinkan.”

Arissa sebak. Diam. Speechless.

“Arissa.. cantiknya dia. Baiknya dia. Mama sayang Arissa.” Mak Adzrel menyarungkan sebentuk cincin lantas memeluknya.

Ahhhh.. aku nangis lagi! Dan sebab Arel lagi!

12 comments:

the sedo gang said...

aiseymen~
romantik si0t r arel tuhs>>>
gler bpk kaya nk tmph
pnggung wayang<<<
muahaha...
cute jew cter ni..
ahakz!

cucuratap said...

hahahahaha..
agak melampau jugak ar pasal cnema tu..
huhu.. cute?
mekaseh..
gle cpt si tsg ni komen, aku br je post.. =p

Anonymous said...

giler romantik..hehe

ceritaku MEMORIKU said...

wahhh.best nye kalo this scene mmg wujud.kik33
romantik gilakzz..suke2
-na`dz

Unknown said...

kalu aku kne propose dlm pnggung g2..sure ah aku trime..terharu sey..hehehe..besh cite ni..xtually ni dh kali yg 3 bace..x puas2 ag..ngeh2~

Anonymous said...

hmmm..klau ada org uat camtu kat aku..sure aku trima ja..apa pyh..romantik beb..

-Miss Kira_

khairunisya said...

whoa...(sigh skali lg)...mmg best ar cucur

Anonymous said...

bestnya kalau de orang wat kat aku cam ni
wa giler best...

TAN-te said...

adoi best nye cam ni... cinema tu!!!!

Anonymous said...

seriously,scene panggung ni same cm ni..
adakah kebetulan??
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pnVAE91E7kM#at=374

Anonymous said...

kaya wo0 !

Anonymous said...

bawu ja bca story neyyy...asal cam story-yg-entrynya-slalu-msok-paper ja niy? haha..bezzz..congrats 4 bjaya kasi baca crita cam ni..bt byk2 lg ek..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio