♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, December 12, 2008

cerita mereka ~12~

Di mana sayangku
Ku perlukan kamu
Segala yang terlintas
Hanya tentang cinta kita

Di mana sayangku
Kuperlu kau percakan aku
Walau beribu batu
Cintaku tetap satu
Tak pernah ada yang lain

Laungkan pada dunia
Aku kan cinta dia
Sesungguhnya ku rindu dia
Kan ku bisikkan cintaku
Di cuping telinga mu
Tanda cinta buat selamanya

Di mana sayangku
Ku perlu kau percayakan aku
Walau beribu batu
Cintaku tetap satu
Tak pernah ada yang lain

Laungkan pada dunia
Aku kan cinta dia
Sesungguhnya ku rindu dia
Kan ku bisikkan cintaku
Ke cuping telingamu
Tanda cinta setia selamanya

Katakan c.i.n.t.a
Dengarkan l.o.v.e love
Percayalah untuk selamanya
Katakan c.i.n.t.a
Dengarkan l.o.v.e love
Percayalah untuk selamanya

Dalam bercinta perlunya ada
Sentuhan rasa
Hati kecewa oh sayang
Berilah aku
Sepenuh jiwamu
Agar ku jadi
Oh cintamu

Laungkan pada dunia
Aku kan cinta dia
Sesungguhnya ku rindu dia
Kan ku bisikkkan cintaku
Di cuping telingamu
Tanda cinta setia selamanya

Katakan c.i.n.t.a (ku cintamu)
Dengarkan l.o.v.e love (oh love)
Percayalah untuk selamanya
Katakan c.i.n.t.a
Dengarkan l.o.v.e love
Percayalah untuk selamanya
Percayalah untuk selamanya
Percayalah…
Untuk selamanya
(Aesar Mustafa- satu cinta)

Alemak aii… layan la pulak lagu ni.. aduh.. masuk jiwa! Spm dah habis.. pagi tadi, last paper.. tapi semua orang tak balik lagi. Malam ni ada barbeque budak-budak form5. Yelah kan, bukan senang nanti nak jumpa. Yang duduk dekat-dekat tu takpelah. Jadi, kenalah buat majlis sikit.

Teka, apakah dalam kepala Aree sekarang? Cepat! Teka lah cepat..

Menu barbeque malam ni?
Salah!
Baju nak pakai malam ni?
Salah!
Jawapan spm tadi?
Juga salah!

Sebenarnya.. aku.. aku.. err.. aku teringat dekat Adzrel. Tapi aku buat cool je. Sikit pun aku tak sebut depan sesiapa. Adzrel langsung tak contact. Mungkin dia busy kuliah. Tak pun dia tak nak kacau aku spm. Hmm.. tak tau lah..

“uit! Aree! Orang dah terlonjat habis spm, yang kau tenung siling ni kenapa?” Rai menghenyakkan badan diatas katil Aree yang dah tak bercadar.heh. Dah packing!

“Rai.. aku.. aku..” Aree meniarap sambil main rambut. Tak bermaya langsung!

“kenapa ni..”

“aku teringat Arel..”

Rai terus membetulkan posisi. Kepala ditongkat menghadap Aree.

“hey dear.. jangan sedih ok? Arel ada tu.. Cuma tak muncul lagi.”

“hmm..hope so.” Kedua mereka kembali baring berbantal lengan. Memandang siling.

Malam itu..

“makan malam ni ada limit arr! Makhluk mana ambik ayam lebih 3 ketul,memang aku barbeque je dia.” Ad kasi amaran untuk semua budak batch nya. Walau majlis last, jangan nak buat macam majlis kebajikan pula.

Bising betul malam ni! Yang makan kat sana, yang menyanyi kat situ, yang tengah jaga ayam kat hujung sana, yang tengah buat air kat hujung situ. Tiba-tiba handphone dalam kocek seluar khakis Aree berbunyi. Ei, dah habis sekolahla, tak payah nak sorok-sorok dah!

Ek? Nombor apa panjang sangat ni.. angkat ke taknak? Aree bergerak ke kerusi batu jauh sedikit dari hingar-bingar.

“hello. Sape ni?” Aree jawab garang. Abang pesan, kalau nombor tak kenal, jangan cakap baik-baik. Tengok berkesan ke tak..

“assalamualaikum.”

Gulp!

“waalaikumsalam.”

Terkesima sebentar. Adzrel!!!!!!!

“hai..” Arel suara ceria.

“hai..”

“seronok barbeque?”

“ni mesti dah call Haq kan?”

“takdelah! Mana ada call Haq.. call Rai je tadi. Saje.”

Huh? Rai?

“owh..”

“marah tak?”

“buat apa nak marah.. Rai je..”

“eh, bukan tanya tu la.. marah ke lama dah tak contact? Siapa sebut Rai?”

“erm.. arr.. silap dengar.” Malu mak oii..

Arel gelak perlahan. Eh, ingat orang tak boleh dengar ke?

“ape gelak-gelak?”

“garang la sekarang.. kenapa Arissa?”

“call jauh-jauh nak tanya kenapa garang je semata-mata?”

“takdelah.. dah dia garang sangat..”

“apapela.”

“you know what? Teringin nak dengar Arissa cakap elok-elok.. nak dengar Arissa gelak-gelak”

“kenapa dah lama tak contact?”

“ow..so, tunggu orang contact la selama ni?”

“takdelah macam tu.. orang tau la dia sibuk.. call mahal pulak tuh..”

“hey.. sikit pun tak kisah pasal duit. Tau? Next time, if you want me to call you, just let me know.. email ke..”

“taknaklah. Membazir.”

“yeke? Tak nampak macam membazir pun..”

“yelah. Macam sekarang ni, bukan cakap benda penting pun.”

“Arissa, sedar tak, Arissa tak pernah mintak apa-apa..”

“kenapa nak kena mintak apa-apa pulak..”

“takdelah. Macam baik. You know, kalau tau orang tu banyak duit, lepas tu nak pergi overseas pulak, mesti pesan macam-macam..”

“kan dah pesan suruh jaga diri?”

“haha. Bukanlah.. pesan barang la I mean. Lepas tu, nak call pun kata membazir.”

“yelah. Pergi sana belajar. Bukan jadi pembekal barang.”

“ye..ye.. lah Arissa.. kenapa nada cakap dari tadi macam tak puas hati je?”

“biasa je..”

“siapa yang dah buat Arissa jadi macam ni? Hmm?”

‘awak la! Tak sedar ke? Geram!’ Arissa mendengus dalam hati.

“senyap je?”

“ada apa lagi?”

“hmm…”

Senyap. 1 saat.. 2 saat.. 3 saat..

Aish! Suspen..suspen..

“Arissa, saya sayang awak.”

Diam.

“I love you.”

Senyap.

“saya tak tahu nak luahkan macam mana. Saya tak tahu karang puisi untuk saya bacakan pada awak. Saya tak tahu menyanyi lagu-lagu cinta, walau bagai nak rak saya download dalam internet.. saya tak tahu nak dendangkan untuk awak. Saya tak tahu nak translate ‘I love you’ dalam 50 jenis bahasa didunia, walau macam-macam jenis kamus saya dah bukak.. saya tak mampu nak lontarkan. Saya nak buat candle light dinner, masakkan untuk awak, tapi saya jauh. Saya nak belikan hadiah yang mahal untuk awak, tapi puas saya pusing, lenguh-lenguh kaki, naik turun escalator, saya tetap tak daya nak belikan apa-apa untuk awak. Macam-macam saya dah rancang, saya nak buat, saya nak awak happy.. saya nak awak tahu saya bersungguh.. saya nak awak terharu.. saya nak awak tahu saya betul sayang awak.. tapi semua tak terbuat”

Arissa kesat cecair yang mengalir di pipi dengan lengan baju. Sungguh! Ayat yang terkeluar dari handphone ni macam ada kuasa. Ada kuasa untuk buat hatinya cair, cair hingga memaksa cecair itu keluar dari mata. Ada kuasa untuk membuat badannya lemah. Ada kuasa sampai fikirannya kosong. Ada kuasa hingga rasa dirinya ringan terapung.

“Adzrel, awak dah buat.. awak dah buat saya happy.. awak dah buat saya tahu yang awak bersungguh.. awak dah buat saya terharu.. awak dah buat saya tahu yang awak betul sayang saya.. semua awak dah buat.”

“Arissa.. awak nangis lagi..”

“ye.. saya nangis.. saya nangis sebab awak. Saya nangis dekat awak. Ok kan?”

Heh. Arel tarik senyum. Dia pula yang rasa terharu.

“awak sekarang dah pakar buat saya nangis.” Aree menghentikan tangisannnya. Dia mahu luangkan masa singkat ini dengan Adzrel, bukan dengan airmata!

“ayat awak macam nak kata saya kejam..”

Sempat lagi nak kenakan aku.. Arissa gelak tawar.

“dah habis nangis dah Arissa? Lega dah?” Arel suara perli.

“dah!” Arissa sengih.

“so, sayang saya tak?.”

“sayang kot.”

“kenapa ada kot?”

“haha. Saja. Takdelah nampak jiwang sangat.”

“boleh pulak macam tu!”

“mestilah boleh.. Arissa je boleh cakap macam tu.”

“how was your spm?”

“hmm.. ok la kot.. tapi sc subject macam susah.”

“sihat?”

“apa la.. baru nak tanya.”

“dia lagi lah tak tanya langsung.”

“haha. Sihat la. Awak sihat?”

“sihat. Tapi sekarang winter.. so sejuk sikit.”

“awak bila balik?”

“lambat lagi.. summer nanti pun tak tentu balik.”

“kenapa?”

“jauh la sayang.. ingat cuti nak pergi jalan-jalan.”

Dia panggil aku sayang? Aduhai hati.. aduhai jiwa.. tenang-tenang..

“awak nak kahwin umur berapa?” Arel tiba-tiba bertanya.

“lagi 10 tahun kot. Saya 27. Awak 30. Ok lah tu.”

“eh, apa kena mengena dengan saya?”

“yelah!”

“haha. Best tau sakat awak.”

“huh!”

“saya janji, lagi 10 tahun, tarikh hari ni, saya kahwin dengan awak.”

“awak ni macam budak kecik la.. macam budak tadika yang cakap, ‘nanti dah besar kita kahwin’. Tau?”

“biarlah.. saya nak cakap.. Adzrel je boleh cakap macam ni..”

“kalau tarikh hari ni jatuh hari selasa ke, rabu ke, khamis ke.. mana ada orang kahwin hari tu?”

“nasib arr. Saya dah janji. Orang tak buat, kita buat.”

“haha. Pelik la awak.”

“ni unik namanya Arissa.”

“haha. Lama awak call saya? Banyak duit?”

“apa lah sangat duit saya banding dengan awak..”

“ceh! Ayat standard.”

“haha. Ok lah. Nanti saya call lagi la bila-bila. Walaupun orang tu tak suka saya call.”

“merajuk ke… alah tomey-tomey Arel.. Hahaha.”

“shish! Apa tu..”

Hahahahaha.

“ok lah. Assalamualaikum. Take care. Night. Sayang awak.”

“waalaikumsalam. Night..”

Sengih. Pandang langit. Agak-agak dia tengah pandang langit jugak tak? Kita kan berkongsi langit yang sama.. ahh, sudah! Aku ni kenapa pulak dah..

“adoi.. susahnya aku tengok orang bercinta ni..” suara Ad

“sayang-sayang.. cinta-cinta… saya awak.. aduh!” suara Haq pulak.

“kot ye pun Aree, berhenti la sengih.. takut la tengok kau..” Vid menempel sama.

“Aree, dia kata apa?” Rai pancing.

Aree pandang empat-empat muka kawannya. Sengih.

“mana boleh kongsi!” Dia berlalu keatas dengan handphone masih digenggam erat.

“heleh! Tengok ar aku ada awek nanti! Jangan berangan aku nak canang cerita kat kau!” Ad melaung kuat.

“aku pun tak hingin nak tahu!!” sayup dengar jeritan Aree dari dalam blok Aspuri. Sengih? Tak hilang lagi! Heh.





************************************
{aku tak pakar bab ni. so, ayat yg kurang best tu kira halal lah ye? =p hehe}

9 comments:

Anonymous said...

best pe ayat cmni..xde r jiwang sgt..
kelakar n sweet..hehe
tersengih2 aku sorg2 kt dpn kom ni..hehe

the sedo gang said...

wa!!!
besh r akak>>>
hu~
jiwang gak arel tuhs>>>
swit r...
muahaha,

Anonymous said...

hahaha...lawaknya tp menarik, terbayang masa sekolah dulu..

Anonymous said...

ayat Arel dah jiwang kak!=D
penuh makna tersirat!=D
sampai boleh buat Arissa nangis dan sengeh je =D

adek said...

hahahha..
xsmstinya kena jiwang2
cmni pun ok gak

sweet sgt2
xp

cucuratap said...

mekaseh2.. tp aku tetap rase ayat aku bab ni ntah pape.. act, i'll try to come out with terharu-sedeyh-nanges-touching things, tp taktau la pasal ape 'tersimpang' gak jadik humour.. huhu..

Anonymous said...

haha
okey wat ayat gitu
da sengih2 ala2 arel ckp kat aku lak

R A S S said...

gle l ayat ko..
mmg stylo gle..
walaupon aku x pernah mcam nie, tp ble dgr cite ko nie, wahhh

menjadi idaman la plak..
hahahahaha

Anonymous said...

It's 2015.Started to read when I was in high school. Now stuck in office and reminds me the good old days

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio