♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, December 11, 2008

cerita mereka ~11~

“Aree.. cukup-cukup lah tu we.. nak tembus dah kalkulator tu aku tengok.” Ad mengusik.

Aree buat tak endah. Biar la.. mata aku.. kalkulator aku.. biar la aku nak tengok sampai tembus pun! Eh? Kalkulator aku ke? Kira aku punya la kan, sebab si owner dah bagi kat aku. hehe..

“Aree! Dah siap Add math?” Vid pula menyoal.

“yang mana? Trial SBP 2005? Trial daerah 2004? Kertas spm 2006? Trial MRSM 2005?” Aree menjawab sambil menyentuh dagu.

Ad, Vid dan Haq melongo.

“jap..jap.. jangan kata kau dah siap semua..” Haq buat muka pelik.

“yup… aku dah siap!” Aree sengih bangga.

Fushoooooooo!! Nak terkeluar biji mata Ad, Vid dan Haq.

“hai.. tak payah la buat gaya aneh ya amat macam tuh.. orang dapat kalkulator baru.. mestilah semangat nak guna.. stay up sampai dengar azan subuh pun tak kisah..” Rai peril sambil menongkat kepala.

“tabik spring la!!! Patutnya Arel kasi pen sekali, jadual berkala ke.. baru fair untuk semua subjek. Kita pun dapat tumpang sekaki.” Ad tak berhenti mengusik.

“aku rasa kena call wartawan surat khabar la.. baru dapat tengok headline, ‘Arissa, pelajar malas berubah menjadi rajin dengan kalkulator ajaibnya.’ Haha..” Haq pula menambah.

“eh! Melampau la korang ni.. nasib aku la.. lebih-lebih pulak..” Aree menjeling.

“weh.. emo nya dia.. sejak bila ni..” Ad gelak-gelak lagi.

“aku pernah terbaca tau, orang tengah bercinta ni, emosi memang tak stabil.” Ayat Rai disambut gelak meriah.hahahaha.

“siapa yang bercinta!” Aree pandang kalkulator. Malas nak pandang diorang!

“eceh.. sudah gaharu cendana pula..” Haq menarik sengih.

“ni apa aplikasi komsas pulak ni?” Aree kerut kening. Sebenarnya, dia tak senang dengan usikan tu. Rasa macam.. hati sakit. Ek?bukan.. hati bergerak?bukan..hati melompat? Bukan.. rasa macam.. hati sakit, bergerak,melompat serentak.. ish.. bahasa apa yang aku guna ni? Aku sendiri tak paham..

“Aree kawanku sayang, sudah-sudah la blur kau tu.. kesian aku, sian diorang 3 ekor ni, sian lagi Adzrel..” Rai bercakap nada lembut.

“Aree, kau sebenarnya dah suka dekat Arel. Dah sayang dekat Arel. Dah cinta dekat Arel. Sedarlah perasaan kau tu. Kau bukan budak lagi. Semua yang kau buat, takkan kau tak rasa….?” Rai dengan nada lembut lagi.

“aku rasa..” perlahan Aree jawab.

“haa.. ape yang kau rasa, tu semua bukan tipu.. tu bukan rasa biasa.. aku bukanlah pakar..tapi, aku nak kau fikir..”

“kenapa kau tak sedarkan aku awal-awal?”

“itu perasaan kau, hati kau, cinta kau.. patutnya kau yang sedar dulu.. bukan orang sekeliling kau Aree..” Rai berkata sayu sambil genggam tangan Aree.

“ow yeh?”

Hahahahahaha.

“sikit punya berperasaan si Rai explain dekat kau, boleh jawab ‘ow yeh’.” Haq, Vid dan Ad dah tekan perut.

“jangan gelak la.. interrupt tau?” Rai kasi warning.

“sekarang dah sedar kan? Jangan buat main hati orang Aree..” Rai sambung balik sesi.

“hmm.. aku pun rasa..”

“rasa apa?” serentak empat suara menyahut.

“aku sayang dia.” Senyum

Terdengar derap tumit kasut dari luar.

“Allah! Masuk pulak cikgu add math tersayang ni..” Vid mengomel. Nak bincang kertas dia bagi hari tu lah tu.. sah-sah tak siap!

“Aree! Aree! Pas belakang we!” Haq seakan berbisik.

Aree mencerai-ceraikan kertas jawapannya dan di pas kebelakang. Heh. Biasalah tu.. dulu kertas dorang yang pas kat depan!

“okey.. hari ni kita akan bincang kertas trial spm 2006. Alahai.. tertinggal kalkulator pulak saya. Siapa boleh pinjamkan kalkulator?” Cikgu Aina bercekak pinggang di tepi meja guru.

“Arissa!!” sepantas kilat Ad, Vid, Haq dan Rai menjawab.

Ceh! Kenakan aku diorang ni..

7 comments:

Anonymous said...

haha..adui..lps tensen mhadap keje yg btimbun pas balik dr sick leave...thx cucuratap...

chaioyk2...

*swit hanna*

adek said...

huhuhu..
chumil2

Anonymous said...

Salam Singgah =)
Wah, Arissa dah semakin rajin =)
mesti akak pun dulu pelajar sbp kan?

cucuratap said...

akak pelajar sbp?
hmm..
mungkin la kot.. =p
haha

Anonymous said...

arissa ni amik spm thn bape??huhu
niway cucuratap..hang umoq bapa?

-che na-

Anonymous said...

lawak ar....

Anonymous said...

huhu..best2..
ni skul mane dlu..
sbp mne??
teringt plak mase skolah dlu..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio