♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, December 10, 2008

cerita mereka ~10~

“Allah! Macam mana aku boleh lupa ni! Haq.. Haq.. kau ni Alzheimer ke hape.” Haq bercakap sorang-sorang sambil mengemas begnya.

“kau apesal cakap sorang-sorang ni? Ha, ni nak cabut pergi mana pulak dah?” Ad bertanya setelah melihat gaya Haq yang kalut semacam. Kenapa? Cristiano Ronaldo turun Malaysia ke?

“aku nak pergi pejabat! Ambil pos laju! Adoi.. dah dua hari! Macam mana aku boleh lupa pulak..” hanya itu ngomelan yang Ad dan Vid dengar dari mulut Haq sebelum dia buka langkah pecut. Aik? Pergi ofis? Selalu kalau habis kelas je langsung tak ingat apa selain DM. Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu petang?

“jom la Vid.. gerak DM jom..” Ad mengajak. Vid hanya menurut.

Selepas waktu makan tengahari, Haq masih menghilang. Langsung takde bayang di asrama. Pergi mana sebenarnya budak ni? Sehingga waktu prep petang, baru nampak batang hidung Haq didalam kelas.

“kau lesap ke mana we?” Ad bertanya tanpa membuang masa. Tak sempat pun lagi Haq nak duduk!

“ade misi sekejap..” Haq tarik sengih jahat.

Ceh! Kenal benar dengan gaya sengih tu! Apa lagi la yang si Haq ni buat..

“eh! Aree mana?” Haq terus bertanya. Selalunya ada je duduk elok didepannya, ni takde pulak!

“entah. Buat lawatan sambil belajar kat kelas sebelah kot.” Ad jawab malas.

“weh, ni ada misi ni..” Haq bersuara perlahan.

Lantas Vid dan Ad berpaling. Bunyi menarik. Heh. Misi dari mulut Haq didengar dengan tekun dan serius. Hmm, malam ni ada can tengok empangan pecah. 3 muka tersengih nakal.

Ketika prep malam..

“Aree, Rai, cop! Jangan balik dulu!” suara Ad itu mematikan langkah mereka berdua di pintu.

Ek? Muka pelik. Ada apa ni..

“ada apa?” Aree lebih dulu membuka mulut bertanya.

“aku nak mintak keberanian.” Ad meluahkan hasratnya.

“pejadah kau ni? Tak paham aku!” Aree dan Rai dah kerut kening.

“erm.. macam ni, aku nak bawa korang pergi satu tempat, dengan mata tertutup. Aku janji, korang selamat punya!” Ad kasi guarantee.

“weh.. jap..jap.. jangan buat pasal la Ad.. aku nak ambil spm dah ni.. minggu depan trial.. tolong jangan ajak aku conteng arang kat rekod disiplin!” Aree dah bertegas.

“entah kau ni! Pasal selamat, memang la dijamin! Confirm kau takkan apa-apakan kitorang.. tapi, sampai nak tutup-tutup mata ni, apa kes?” Rai menyoal kembali.

“jangan risau la.. kitorang dah plan baik punya.. korang tinggal ikut je.” Ad still dalam mood memujuk. Ish! Payah!

Aree pandang Rai. Rai pandang Aree. Dua-dua muka risau.

“tapi cakap dulu nak pergi mana.” Rai mengarah.

“alah.. kalau cakap, baik tak payah tutup mata kan?”Ad pancing lagi.

Blok akademik dah makin sunyi. Hampir semua dah cabut balik hostel. Ada la beberapa orang masih mengemas-ngemas buku.

“aku tak gerak kalau macam tu!” Rai membidas kembali.

Adei.. Rai ni pun.. spoil la.. hmm, kalau macam ni..

“Rai, kau meh sini kejap. Aree, berdiri situ.” Ad lantas berdiri jauh sikit daripada Aree. Rai ikut. Walau hati rasa was-was. Apa sebenarnya ni?

“ok. Ada surprise untuk Aree. Ada kena-mengena dengan Arel.” Ad menerangkan dengan satu nafas.

Owh hoo.. patut la. Tapi apa?

“nanti-nanti kau tau jugak! Takde masa la nak explain!” Ad dah makin gelisah. Time is running!
Rai terus bergerak kearah Aree dan meyakinkannya supaya ikut sahaja. Aree yang dari tadi berdiri hampir pecah otak dengan soalan dan kemusykilan.

Nak pergi mana?
Ada apa?
Surprise ke? Birthday sape?
Kenapa cakap dengan Rai tapi bukan dengan aku?
Kenapa rahsia sangat sampai nak tutup mata?
Aish! Sakit otak!

“ala Aree.. kita ikut je la. Ek?” Rai kedip-kedipkan mata. Buat muka kesian!

“papela.. tapi janji selamat arr? Kalau tak memang aku kerat je sekor-sekor!” Aree menggertak. Dia bukan bodoh sangat. Ni mesti rancangan tak baik. Tengok, Ad aje yang ada kat sini. Jembalang lagi dua orang tu, mesti tengah get ready. Huh!

Mata mereka berdua diikat. Selendang panjang dipegang dihujung oleh Ad dan hujung satu lagi oleh Aree dan Rai mengekor dibelakangnya. Macam kereta api la pulak. Macam Apek dan Marjina pun ada.

Di bawah blok, Vid sedang menghayalkan warden bertugas. Diajaknya berbual mengenai team rugby junior. Konon nak ambil tahu mengenai pelapis. Dia menemani warden mengecek blok form3, kemudian blok pentadbiran. Saja dia lalu disitu, akhir sekali baru blok form5. Vid memang terkenal dengan identity budak baik. Cikgu tak syak punya.

Sementara itu, Haq sedang berhempas pulas memanjat bumbung setelah kerja didalam selesai. Harap dia sempat membuka satu roof tile sebelum Ad, Aree dan Rai tiba.

Aree dan Rai dah bosan. Tak sampai lagi ke? Tiba-tiba mereka berhenti. Dah sampai ke? Yes!

Ad memastikan keadaan sekeliling. Ok! Clear! Tutup mata Aree dan Rai dibuka. Aree dan Rai membuka kelopak mata perlahan-lahan. Berpinar rasanya. Eh! Apsal aku tinggal sorang-sorang? Bukan Rai dengan Ad kat tepi aku ke tadi?

Aree pandang sekeliling. Gelap. Cuma ada cahaya lilin. Kelihatan lilin-lilin kecil berbentuk bulat terapung-apung diatas air. Dinding sekeliling juga di-cover dengan kain berwarna cerah. Putih agaknya. Cahaya yang kelam itu menampakkan sebuah meja kecil beralas kain merah, serta sebuah kerusi didepannya. Eh! Aku kat mana ni? Dekat sekolah ni ada tempat macam ni ke? Lima tahun aku kat sini, tak pernah tau pun tempat ni wujud! Sungguh!

Gegaran objek diatas meja itu memeranjatkannya. Uish! Kuss semangat! Objek itu berkedip-kedip. Bercahaya. Ek? Handphone? Handphone Haq? Aree duduk di kerusi itu. Menghadap kolam. Dengan separuh yakin, panggilan itu dijawab.

“Assalamulaikum.” Satu suara menjengah telinga. Arel!

“waalaikumsalam.” Perlahan.

“Aree?”

“hmm?”

“aku dekat airport ni..”

“owh.. kau fly arini?”

“aah.. lagi sejam setengah.”

“owh..” tak tau kenapa. ‘owh’ je yang boleh terkeluar. Sebak datang tiba-tiba.

“Arissa.. kau jaga diri baik-baik tau.”

“hmm.”

“belajar betul-betul.. spm bukan senang. Aliran sains, lagi la tak senang.” Suara Arel perlahan. Tenang sangat.

“hmm.”

“hmm.. aku dah tak dekat dengan kau. Nak lawat kau, nak sakat kau..”

“hmm.” Mata rasa panas.

“esok, aku dah ada dekat benua lain. Jauh..”

“hmm.”

Salji turun tiba-tiba. Dinginnya tenggelam dengan cahaya malap lilin terapung.

“Arissa.. kau.. jangan lupa aku.”

Matanya dikedip sekali. Mencurah air hangat mengalir.

Senyap.

“Arissa.. jangan nangis.. kau buat aku rasa berat hati.”

Esakan terkeluar juga.

“shh.. jangan macam ni… Arissa..”

Esakannya ditahan.

“Arissa.. aku taknak kau nangis. Aku taknak buat kau nangis.”

Aree tarik nafas. Panjang. Kemudian dihembus. Cari kekuatan untuk bersuara.

“aku tak nangis.”

Arel senyum nipis. “kau takde apa-apa nak cakap kat aku?”

“jaga diri baik-baik Arel.” Itu je yang mampu terluah.

“aku ada satu request.” Arel bertanya.

“apa?”

“ingat aku.”

Aree senyum. Terlepas juga tawanya sedikit.

“apa la tak malu.. suruh orang ingat kat dia.”

“aku tak mintak banyak.. cukup la ingat aku. ya?”

“ok.”

“kata orang tak malu.. dia tu lagila.. nangis..”

“aku tak nangislah.” Aree cuba nak selindung walau dah kantoi terang-terang.

“tak apa.. nangis sebab aku.. nangis dekat aku.. ok what.”

“heh.ye la tu.”

“hmm. Ok lah Arissa. Bye. Aku nak pergi ni, aku pergi lama.. doa la aku selamat.”

“hmm. Ok. Jaga diri.”

“ok. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

Talian sudah dimatikan. Handphone ditangan masih direnung. Klik! Lampu menyala. Silau!

“hey.. apa airmata ni..” Vid menegur. Kelihatan Rai, Ad dan Haq juga disitu.

“korang! Ni semua mesti tak lain kerja korang kan?” Aree meneka.

“heh mestila.. tengok la plan sape..” Haq mengusap dagu.

“kau tau tak kau kat mana sebenarnya?” Rai tanya kenyit mata.

“aku kat mana?”

“kau kat bilik persalinan lelaki! Hahaha..” Ad menjawab dengan gelak.

Huh??????

“kau tau, naik habis angin dalam badan aku dengan Vid tiup kolam pelampung ni. Dahla sikit punya susah nak ayat anak En. Misai Lebat nak pinjam!” Haq bersuara.

“hah, pastu, sikit punya kreatif aku gantung cadar keliling bilik ni! Dengan alas meja kemende ni skali. Kalah Eric Leong!” Vid pula bersuara.

“hahahaha.. superb arr.. tapi, mana datang salji ni?”

“ha.. tu kau memang kena terima kasih banyak dekat Haq yang sanggup menggadai nyawa panjat bumbung takde siling ni sebab nak tabur polisterin hancur dari atas.” Ad menjawab sambil meraih bahu Haq disebelah.

Ceh! Polisterin hancur ke! Ingat salji betul tadi..

“hmm.. ni ada lagi satu benda..” Rai menghulur bungkusan ke tangan Aree.

Aree membuka kotak itu. Ek? Kalkulator saintifik? Sarung kalkulator dibelek. Dah calar balar. Ada terlekat sticker symbol ‘peace’ di tengah. Dibawah pula tertulis ‘owner: Adzrel’ dengan marker hitam. Aree membuka sarung kalkulator. Terjatuh sehelai nota kecil.

‘kalkulator ni, aku guna dari form2 sampai habis faundation. Ambik la. Good luck charm.’

“weh..” Aree mengangkat muka memandang empat sahabatnya.

“aku rasa nak nangis lagi..”

Hehe. Ad, Vid dan Haq sengih. Rai meminjamkan bahunya menadah airmata Aree. Nangislah Aree..

10 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

ngee~~
yg x klakar..
tp touchiing maaaa....
huh..
smbung2..
hihi..

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

cedeyy la pulal..:(

Anonymous said...

Salam Singgah,^^
first time saya baca karya akak sudah suka!
ayat akak santai je!=)
tak sabar nak tahu sambungannya=)

adek said...

aiyo...
manyak sdey..
sob sob sob..

atashinci said...

best.....cpt2 smbung

Anonymous said...

haha..
"Arissa.. jangan nangis.."
huhuhu

Anonymous said...

haha..
aree jd bdk suke nangis r pulak..hehe
tp...aku pon nk gud luck charm cmtu..huhu

cucuratap said...

korang jgn la sedey...
korang sedey..
aku pun sedey gak la..
huwaaaaaa!!!
hehe =p

nana_yoong said...

touchingnyer kali ni..baru nak perasan kan rase tu kalu org yang disayangi bakal xde disisi..

ceritaku MEMORIKU said...

leleh la plak.best22.
bru nk nangis ble org2 nk pegi.kik33.
best22.-na`dz

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio