♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, December 22, 2008

bidadara =8=

“assalamualaikum..”

“ha.. Encik Luth.. nak hantar barang? Nanti makcik panggilkan Nisrin..”

“eh.. takpe.. makcik.. saya cuma nak bagitau.. saya nak batalkan tempahan..”

“apa?” Nisrin yang baru keluar dari bengkel terhenti.

“betul Encik Luth nak batalkan? Tapi, semuanya dan nak siap dah.. kan minggu depan je majlis tu?” Puan Nina menambah.. rugi la macam ni!

“takpe makcik.. barang yang dah siap tu, saya bayar. Makcik jangan risau.”

“betul ni nak batalkan?”

“ye makcik.. betul.”

“hmm.. takpelah kalau macam tu.. nanti kamu bincang dengan Nisrin lah.. dia yang buat semua tu..” Puan Nina berlalu meninggalkan Luth.

“betul ke?” Nisrin lantas bertanya sambil meletakkan bakul ke meja depan.

“betul lah. Takkan nak main-main pulak.” Luth senyum.

Biar benar mamat ni.. takde rupa frust pun.. kot la menonggeng ke.. terguling ke..

“kenapa pandang pelik?” Luth tanya sambil kerut dahi.

“awak okey ke?” Nisrin tanya ragu-ragu.

“ok.”

“Luth..saya tanya betul-betul ni.. “

“saya ok la.” Senyum lagi.

“kalau awak nak cerita apa-apa, saya ada.”

Sengih. “awak ni.. ada sixth sense eh?”

“saya agak je..”

“awak.. free tak sekarang?”

“saya kena tanya..”

“big boss?” Luth pantas memotong.

“hahaha.”

“biar saya tanya.”

Di dalam kereta….

“kita nak pergi mana?” Nisrin bertanya. Matanya dikecilkan. Time tengahari ni memang la tak suka naik kereta. Cahaya matahari memancar-mancar.

“silau?” Luth bertanya sambil memanjangkan tangannya menurunkan penghadang diatas kepala Nisrin.

Alahai..

“hmm.. awak tuang office hour eh?”

“takla.. saya ada site visit hari ni.. habis awal, balik awal la..”

“heh. Senang nya jadi project manager.. “

“banyak la awak punya senang.. seminggu dalam 3 hari turun site.. mana dengan kerja kat office, meeting dengan admin, meeting luar dengan designer group lagi.. becoming project yang melambak nak kena tengok…”

“huuuuu.. susah jugak.”

“tu tak masuk pergi tempah hantaran, jemput girlfriend, beli barang hantaran, putus dengan girlfriend, pergi batalkan tempahan..”

“kira hebat la awak.. boleh jadi superhero.” Nisrin menongkat dagu memandang Luth.

“betul la saya tengah cakap dengan budak-budak..”

“eh! I’m 20 la!”

“kira budak lah tu.. budak la dari saya..”

“kira saya boleh panggil awak pakcik la kan, tak pun kalau nak glamer sikit panggil Uncle Luth.. haa, takpun panggil Uncle Long.. baru la macam pangkat bapak sedara..”

“awak ni banyak mulut jugak kan?”

“awak tu lagila.. loyar buruk.. pastu suka gertak orang..”

“Nisrin, tarik tudung tu karang!”

“eeh.. macam budak sekolah rendah! Hahaha..”

Luth tarik sikit tudung Nisrin kebelakang.

“ahhh!! Jangan la Uncle Long..”

Hahaha.

Di Tasik Titiwangsa…

Luth memilih tempat yang redup untuk letakkan keretanya. Boot dibelakang kereta dibuka. Luth dan Nisrin duduk dilantai boot itu. Kaki kedua-duanya dijuntaikan ke bawah.

“bagus jugak ada kereta besar ni.. “ Nisrin mengomel.

“puji kereta je?”

“drivernya pun bagus jugak!”

“bagus sangat la yang sampai kene dump tu..”

“saya nak tanya sikit, tapi awak jangan marah laa..”

“apa dia?”

“macam mana boleh putus?”

“salah saya.. Azira perempuan baik. Saya yang tak pandai jaga. Dia baik sangat. Dia tak pernah merungut saya sibuk. Dia tak pernah marah saya kalau saya salah. Dia tak pernah melawan. Tak pernah mengadu. Saya yang teruk..”

“janganlah salahkan diri sendiri..”

“dah memang betul..”

“awak baik la.. tengok, teruk mana pun Azira, awak tak pernah buruk-burukkan dia.. selagi awak mampu, apa dia nak, semua awak bagi.. awak boleh mintak maaf bagi pihak dia, awak bersabar dengan dia kerenah dia, awak takdelah teruk sangat..”

“tak teruk sangat tu kira teruk jugak la eh?”

“teruk sikit la.. part garang and temper tu..”

Hahaha.

“tu lah masalahnya. Saya ni suka marah-marah dia. memang patut kena tinggal.”

“hmm.. macam mana awak boleh bercinta dengan Azira?”

“dulu, dia yang mintak jadi girlfriend saya. Saya ni, tak pernah terfikir pun pasal relationship ni. entahlah. Mungkin masa tu taknak hampakan kawan sendiri. Saya takdelah sayang dia sangat. Saya accept je. Ayah saya ada cakap, walaupun tak pernah terfikir nak ada girlfriend, tapi bila dah ada tu jaga la betul-betul. Saya try.. tapi tulah.. garang sangat..”

“awak nampak macam kecewa.. kata tak sayang sangat?”

“bila kita rapat dengan seseorang tu.. kemudian ditinggalkan.. kita akan rasa macam.. kehilangan. Walaupun tak sayang sangat.. tapi rasa orang yang dekat dengan kita dah disappear. Hilang. Ghaib. Padan muka saya.. all my faults. My weakness.”

“sometimes weakness can be your strength.”

“hurm?”

“guna lah sikap buruk awak tu untuk benda baik. Untuk buat orang hormat dekat awak, untuk tegur kesalahan orang lain, untuk defend diri awak dari kena buli.. macam tu lah..”

“now you sounds like an adult.”

“I am Uncle Long.”

Hahaha.

“tapi.. memang susah lah saya nak ada girlfriend macam ni..”

“boleh.. tapi orang tu mestilah faham kerja awak, tak ambik kesempatan atas kebaikan awak dan harta awak, tak melawan bila kena gertak, terima teguran pedas awak tu..”

“macam awak?”

Gulp!

“siapa lah saya ni.. tak layak untuk awak..” Nisrin mencebik.

Hahaha. Luth gelak tengok ekspresi muka Nisrin. Konon comel la tu!

Kring..kring.. apek aiskrim lalu.

“ey budak kecik! Nak aiskrim?” Luth bertanya.

“Uncle Long nak belanja kita ke? Waa.. sukanya.. nak Cornetto chocolate”

“tak payah! Budak kecik makan aiskrin seringgit je!” Luth sengih dan berlalu ke apek aiskrim tu.

Ceh! Apa punya bapak sedara.. dengan anak sedara pun nak kedekut!

12 comments:

the sedo gang said...

har3!!!
skit pr0t ktawa...
aisey~
declare jd sdare2 la plak!
muahaha~
kali niey x de per2 bala
plak kna kt si nisrin tuhs>>>
har3!
lwk to0l...
cute sey~

Anonymous said...

cute jew!
ahahahaha..

Anonymous said...

hahaha....steadylh Luth nampak cool walaupun tak jd tunang. respectlah Luth ..

tp cam na boleh terfikir nk pggl uncle long?? (sbb pokcik tuo ke??) apapun n3 ni menghiburkan ..nice job..
tak sabar nk tggu kesudahannya.....

Anonymous said...

unc long la plak..
maintain jer si luth nie..hahai..
unc pun unc laa...
janji bahagia..
hawhaw...

*swit hanna*

keSENGALan teserlah.. said...

eeii...
best2..
ske2...

nana_yoong said...

nice..

Shima Awang said...

huhuhu...kedekut lak uncle long tue..dapat shima bayangkan..nisrin jalan ngan luth..mesti nampk cute coz nisrin agak2 separas bahu luth jerr kot..pasti badan kecik melidi..huhuhu...mcm2 budak2 laa

haikadove said...

hahaa.. besh besh!
mcm cerita mereka jgak. besh sgt2!;D
bwat n3 cpt2 taw.. smbung2! hehehee;D

adek said...

hahahah
comey je..
uncle LONG??
sweet..

Anonymous said...

cute je!!!

suke2..:)

Anonymous said...

waa...gettin more impressed dan eve..love it!

nurul said...

comelnyeeee...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio