♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, December 20, 2008

bidadara =6=

Di klcc…

Buntang mata Azira tengok bakal tunang dia. Ewah.. elok berjalan dengan perempuan. Bawa orang gaji ke? Tolong bawa beg?

“assalamualaikum.” Luth dan Nisrin mendekati Azira.

“waalaikumsalam.” Azira menjeling tajam. Perempuan ni ke…. Si kalut!

“hai.. Nisrin.” Nisrin senyum sambil hulur salam.

Ek? Tangan aku terbiar tak tersambut?

Azira peluk tubuh. Menyampah!

“ehem! Tangan dah kudung ke? Tak reti-reti nak salam?” Luth tegur tegas. Malu aku dapat girlfriend gini.

Azira sambut salam sesaat. Jadilah tu. “Azira.”

Heh. Tau kecut! Luth pandang dengan ekor mata.

Reaksi Nisrin? Entah. Pelik. Kenapa ni? Tak paham aku. Dia benci aku sangat-sangat ni pahal? Patutnya aku yang benci dia kan? Kan? Kan? Aku tengok diorang ni pun lain macam je.. aku ni, mangsa keadaan ke? Ke.. nak suruh aku jadi pengaman? Tapi aku rasa aku ni dah jadi kayu api.. dah berasap gamaknya perempuan ni. ok lah tu. Luth jadi petrol. Api? Dia yang nyalakan sendiri!

“Nisrin ni yang buat hantaran kita nanti.” Luth mula bersuara.

“kenapa ajak dia?” Azira buat gaya jeling-jeling menyampah.

“dah you kata taktau nak beli apa.. I ajak la dia!”

“whatever.”

“ok. So, first thing, nak beli apa?” Luth bertanya baik.

“nak beli kat sini ke?” Nisrin kecilkan mata dan kerut muka.

“dah ada kat sini! Beli kat sini la!” Azira menjawab kasar.

Ek eh… kalau tak mengenangkan dia ni customer (merangkap customer jugak la kan?) lame dah aku balik.

“erm.. kat sini.. carik cincin atau kain dulu lah.” Nisrin jawab perlahan. Malas aku nak panjang-panjang cerita.

“Nisrin, awak jalan depan dulu..” Luth bersuara sopan.

Nisrin berlalu. Beberapa tapak dihadapan.

“berani la buat macam tu lagi.” Luth bagi amaran. Walaupun suara dia rendah, tapi tetap aura api tu rasa sampai ke organ dalam!

Eh.. tiba-tiba Nisrin berhenti berjalan. Aku ni nak pergi mana? Aku bukan tourist guide la! Dia paling kebelakang,

“erm, Azira nak beli cincin kat mana?” sopan sungguh Cik Nisrin hari ni ye.. dalam hati? Toksah cakap laa…

“kita pergi Tiffany la.” Azira dan Luth berjalan berdua dihadapan.

Owwwwkeyyyy… aku sekarang jadik macam bibik.. mengekor majikan! Dia nak pergi mana tadi? Tiffany? Cincin tunang? Tak tau pulak aku project manager ni kerja cop duit sebenarnya..

Nisrin, Luth dan Azira memerhati aksesori didalam almari kaca itu.

Mak.. memang bagus mak suruh Nisrin ikut.. kalau tak sampai tua tak merasa masuk kedai gini.. fuuuuuh.. tengok pun jadilah..

“I suka ni!” Azira tunjuk ke arah satu cincin.

Ha?? Takde batu lagi besar ke dia nak?

“124 ribu??????? You gila ke?!” Luth tersentak.

“erm.. biasanya bertunang pakai cincin simple je. Yang takde batu. Just a ring. Kalau yang macam Azira nak tu… boleh.. tapi untuk nikah la.”

“you dengar tu?”

Azira mencebik.

“ingat I ni kilang proses duit ke???”

“I tau you ada platinum credit card.”

“so?”

“guna la!”

“jap. Yang ada card tu, I. bukan you. So, yang gunanya I, bukan you. Kegunaannya untuk I, bukan untuk you.”

“kedekut la you ni!”

“last offer. Habib.”

“ala…”

“kalau tak kita beli cincin Sinma. 5 ringgit je. Tak payah susah-susah tenyeh card, I bayar cash!”

“ala Luth..”

“ok! Sinma!” Luth gertak.

“eh!!!!!!!!!! Ok.ok. Habib.”

Nisrin tunduk sorok muka. Adoi.. betul aku rasa nak gelak terguling kat lantai klcc yang kilat bersih ni.

Dah habis beli cincin.. sekarang gerak nak beli kain pulak.

“kain yang nak beli ni, biasanya kain yang nak pakai nanti masa nikah. Jadi, kalau perempuan, beli la lace atau silk, kalau lelaki, biasanya kain satin je.” Nisrin explain panjang lebar.

“ok lah. Jom naik atas. Pergi Euro Moda.”

Luth dah geleng kepala. Mau habis duit gaji aku setahun ni..

Pilih punya pilih.. Berjaya gak beli. Dah bergulung-gulung kain bawak turun. Acu kat badan, acu kat tangan.. gaya macam nak bukak kedai kain.

Tengah jalan-jalan tu..

“eh.. jom masuk sini!” mata Azira dah bersinar-sinar nampak papan tanda Karen Millen.

Azira meluru masuk. Luth hanya tunggu di luar. Bersandar di palang. Ingat aku minat ke nak masuk?

Nisrin pula dari tadi macam kena pukau. Matanya tertancap pada baju yang bergantung selang satu kedai dari Karen Millen. Sehelai blouse cantiiiiiiiik sangat warna purple. Dia bergerak ke arah kedai itu. Makin dekat.. dan tiba-tiba dia berhenti.

‘Nisrin! Kau gila ke. Nama kedai dia Banana Republic. Komfem butik mahal ni.’ Nisrin berkata pada diri sendiri. Dia gigit bibir. Hurm.. pusing belakang. Patah balik.

“kenapa tak masuk?” terkejut aku!! Luth tiba-tiba menegur.

“tak minat la.” Nisrin cuba nak kelentong.

“tak minat ke.. takut dengan tag harga dia?”

Apa nak jawab nih..

“awak takde duit?” Luth bertanya perlahan. Mungkin taknak Nisrin kecik hati.

“ada.. tapi bukan untuk benda ni. Banyak lagi benda penting saya boleh beli.”

“kadang-kadang.. kita kena fikirkan kepuasan diri sendiri. Awak akan hargai bila awak dapat benda yang awak nak sangat-sangat. Memang betul, kita kena beli benda yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Tapi awak dah kerja penat-penat, you should get something for yourself.”

“itu kata orang yang berkepuk duit macam awak..”

“tapi tak semestinya orang yang duit tak berkepuk tak boleh dapat apa yang dia nak..”

“give me a way then.”

“mintak kat saya?”

“gila.” Nisrin berlalu meninggalkan Luth. Cakap.. tak guna otak!

Azira kelihatan melambai-lambai pada Luth. Mintak bayar la tu!

Luth yang dah paham sangat, terus keluar wallet. Bagi beberapa helai cash. Guna cash la pulak.. card dah nak terhakis kena tenyeh. Yang peliknya, Luth langsung tak masuk butik tu, tak tengok apa yang Azira beli, dan tak soal banyak!

“erm, saya nak balik dulu lah. Barang pun dah habis beli kan?” Nisrin mintak diri cara sopan dengan Luth. Azira masih kat dalam buat pembayaran.

“taknak makan dulu? lagipun saya dah janji dengan makcik nak hantar awak balik.”

“takpe-takpe. Saya dah biasa balik sendiri. Tau lah saya nak sampai rumah. Makan tu, nanti pandai-pandailah saya isi perut saya sendiri.”

“nanti. awak taknak tunggu Azira kejap?”

Aah kan.. takkan nak blah macam tu je? Mak aku tak ajar jadi tak sopan. Biarlah dia nak tarik jeling maut pun kat aku.

“awak tunggu sini ye.” Luth mengarah. Dia blah pergi mana aku taktau.

Azira keluar dengan senyum lebar. Nak terkoyak pipi aku tengok.

“Azira, saya nak balik dulu.”

“oh? Okeh. Luth mana?”

“taktau.”

“ok. Kalau jumpa dia nanti kata I masuk butik tu ye! Anyway, thanks! Bye..” dan Azira terus lesap. Entah mana pulak butik yang dia nak jelajah. Macam tu ke cakap terima kasih??

“eh, Azira mana?” tiba-tiba Luth bersuara dari tepi. Huh! Kuss semangat..

“dia kata dia pergi butik tu.” Nisrin tunjuk dekat deretan buti di depan. Dia pun taktau yang mana satu sebenarnya.

“oh.. nah.” Luth hulur satu paper bag.

Nisrin kerut dahi. Apa ni?

“upah.” Luth senyum.

Nisrin ambik dan….. Banana Republic??????????????????????

“eh! Saya taknak!” Nisrin tolak balik paper bag pada Luth.

“ambik la. Orang dah beli. Membazir.” Luth simpan tangan dalam poket.

“bagi la kat Azira.”

“ni saiz awak. Azira tak boleh pakai.”

“sa.. sa..saya… saya betul taknak.. a..a..awak janganlah..” Nisrin dah tergagap-gagap.

“ambik je lah. Anggap je rezeki awak. Mungkin jugak balasan awak bersabar dengan Azira.”

“tapi.. saya betul taknak.. tak payahla..”

“awak tak ambik, esok pagi-pagi saya datang kedai awak, pas dekat mak awak. Nak?”

Laju tangan Nisrin sorok paper bag ke belakang.

“err..saya balik dulu.” Nisrin terus pusing belakang dan jalan laju.

Heh. Luth tarik senyum sikit. Apela.. perempuan memang suka kena gertak eh?

13 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahahahaaa...
lawak plak ngn si azira uh...
best3...
ske2...
=)

the sedo gang said...

wa!!!
gentleman la LUTH niex...
har3!
bes gler nisrin...
x0x0x..
gedix la azira tuhs!
cner la LUTH tu boley thn!!!
hb t0ol thp ksbrn dyer>>
wakaka~
akk besh r new n3 niex..
c0mey jeQ..
lwk po0m ader...
ngeh3...

Anonymous said...

haha..ade ke main gertak2..
tp ok r tu kire gentlemen..hehhe
sweet2..

Anonymous said...

lawak siot eh..
padan muke azira tue sll keno gertak si luth..
suke nisrin..^^
so swtttt...

next plzzzz......

*swit hanna*

Anonymous said...

sabarlah Luth , dapat bakal tunang cam tu, ish berlagaknya.Azira..hahaha tp nice story..

Anonymous said...

cute jew!
nak agie..
ahahaha..

aqilah said...

mmg best!!!!!! next n3 please........................

Anonymous said...

best best!!
i like this story very much!!

Anonymous said...

hahaha..sinma?kijam tol

Darleena Yusof said...

suke bab yg pilih cincin..kelakar sangat ~~~wiNk~

f.a.r.h.a.n.a said...

best wokk!

TAN-te said...

hah!!! padan muke azira tu!!! nak cicin tunang gayenye cam nak nikah!!!

tp part sinma tu paling best!!! lawak!

Anonymous said...

wah!!
citer nie best thap gaban ar!!
like it a lot
>ily<

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio