♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, December 19, 2008

bidadara =4=

“you ni sakit apa sebenarnya? Asyik marah-marah je.. macam mak tiri. Tau?” Luth berkata tegas pada perempuan yang membelakanginya.

Azira mencebik. Aku tengah panas ni. Bukan nak cakap baik-baik.

“yang you pulak nak marah-marah I ni kenapa? Ada I marah dekat you? Ada?” giliran Azira pulak bertegas sambil peluk tubuh.

“yelah. You tau tak tempias marah you tu, memang kena dekat I! berbahang! Tau?”

“eeeeesh! Susahla!”

“apa yang susah?”

“ada je benda tak kena! Ingat I suka-suka nak marah ke?”

Luth pandang tepi. Naik give-up aku.. tak paham!

“mula-mula salah pakai baju, lepas tu kena hentam dalam meeting room, lepas tu kena tekan dengan you pasal bertunang, lepas tu salah dye rambut, lepas tu kena langgar dengan budak kalut tu.. harini, you bising-bising lagi pasal hantaran. You ni, boleh faham tak keadaan I sekarang ni?”

“nada suara you tu, boleh elok-elok sikit tak?” Luth dah keluar aura api. Ni kalau silap sikit lagi memang boleh rentung..

Azira diam. Kecut jugak. Bakal tunang dia ni memang la gentle, tapi kalau silap timing memang gerun. Garang habis.

‘tau takut. Tu baru intro je tu. Belum kena marah betul-betul lagi. Banyak songeh. Makin dipujuk, makin menjalar bahang dia tu. Gaya cakap macam la aku yang nak sangat bertunang. Dia yang beriya canang satu Malaysia. Aku pulak yang kena buat semua sekarang ni.’ Luth pandang Azira dengan ekor mata.

“dah. I nak balik. Panjang sangat drama yang you buat ni. Malas I nak layan.” Luth tarik muka malas.

Scene dah cantik, Tasik Titiwangsa. Lighting pun ok, penuh sportlight kiri kanan. Pelakon pun memang berbakat tahap melangit. Tapi skrip tu, menyakitkan hati. Cukup-cukup la shoot drama harini. Sambung esok-esok la pulak.

“habis tu? I? you nak tinggal kat sini?”

“suka hati. Nak ikut, naik kereta. Tak nak, I tinggal je.”

“sampai hati!”

“sampai!”

“I terjun tasik nanti..!”

“terjun la! Ingat ni Titanic ke?”

“kalau I lemas?”

“kata handal berenang..”

“kalau I kena rompak?”

“aii.. key suara you kan tinggi! Jeritlah!”

“orang culik I nanti.. macam mana?” Azira masih nak umpan.

“lucky you. I ingat takde orang hingin nak culik you.”

“Luth!!!”

“enjin I dah start 5 minit dah ni! I dah pergi jangan harap nak patah balik!”

“huh!” Azira mendengus dan terus tarik pintu bahagian penumpang depan.

Heh. Luth rasa nak tergelak. Lawak betul. Entah pape ntah. Ingat aku nak layan sangat agaknya. Nak terjun? Nak suruh aku tolakkan pun boleh.

“apa you sengih-sengih?” Luth yang tengah sengih sambil pegang stering dijeling tajam.

“apa you kisah?” saja nak bakar sikit si Azira ni.

“you ni! Menyakitkan hati betul la! Macam mana la I boleh suka kat orang gila yang suka tersengih sorang-sorang ni.. silly me!”

“Azira, you teringin nak kena tinggal tepi jalan tak?” Luth bertanya selamba.

“buat la! Buat! I nak tengok!”

Owwwwh… suruh aku buat ye.. nanti kejap.

Sreeeeet!!! Rexton tu break tiba-tiba. Luth tarik handbreak dan bukak pintu keluar. Dia berjalan pantas kearah pintu sebelah. Tarik handle, dan..

“eh.. apa you ni!” Azira berkerut melihat Luth tarik lengannya keluar daripada kereta.

“you berdiri sini.” Luth mengarah. Tutup pintu kereta. Dia kembali ke pintu pemandu. Tarik pintu, duduk dan.. pap! Pintu kereta ditutup. Goodbye Azira…

“Luth!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Luth Zafran!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ish!” Azira terjerit terlolong melihat Rexton itu meluncur laju. Tak guna betul!

Di dalam kereta..

“aku salah ke? Tak…tak.. sebab dia yang suruh tadi kan? Aku cuma offer je.. haha.” Luth gelak sorang-sorang. Nak sangat? Hambik kau. Haha. Memang best tengok muka Azira yang terkujat kena tinggal. Patutnya tadi record.. haila Luth.. sayang.. sayang tak keluarkan handphone tadi. Takpelah.. lain kali boleh buat lagi kan? Heh.

10 comments:

Anonymous said...

best2...
cerita mereka pown best gak...
huhuhu..
thumb's up for u,dear cucuratap...

cucuratap said...

tengkiu2... =p

keSENGALan teserlah.. said...

hahahaahaa..
lawak arh..
ilang rase penin pale jap bce cite nieh..
best2..
smbung2..
hihi....

Anonymous said...

miahahaha..
besh lol!

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

lawak2..
pdn muko minah tue...
besh2....
xsabo nk next n3...

*swit hanna*

Anonymous said...

hihi..ske la cite nh KAKAK cucuratap.cucuratap ni mkneneye cucur atap ke cucu ratap?hahaha

Anonymous said...

walah wei..
caya r luth!!
pompuan gedik gitu mmg patut ajar cmtu
bia dia tau apa rasa
ske2 ati je wat sesedap rase

yuta0330 said...

holla!
uish!!!. my feveret car..rexton!!!!!!!wuuuu

Nashrin said...

entahnya.padan muka.nak membebel tak tentu hala

Unknown said...

kahkahkah.. Walopon aku menyampah kat azira tuh, x patut la luth tinggal dia tepi jalan camtuh.. serius kejam...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio