♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, December 18, 2008

bidadara =3=

“Nisrin, tolong panjat loteng kejap. Ambikkan bunga pahar Auntie Maria.” Mak a.k.a the tokey memulakan tugasnya.

“yang mana mak?”

“yang bunga dip kaler silver.”

Alahai.. bagitau warna bunga je. Takkan aku nak geledah semua kotak yang ada kat atas ni?

“kotak dia yang mana satu mak?” aku laung kuat dari atas.

“Kak Yan hari tu yang letak.. mak tak tau.. Nisrin, cuba jangan melalak. Ada customer ni.”

Halah mak ni.. aku pandang seluruh lantai loteng. Ah, sudah.. ni macam nak buat pencarian harta karun nih.. nak turun balik tanya Kak Yan, malaslah pulak. Nak panjat bukan senang. Guna tenaga tau! Takpe-takpe.. kita mula dengan kotak-kotak belah kanan. Kan lebih afdal? Haha. Ngarut.

Lepas 5 minit, aku jumpa jugak. Banyak jugak kotak yang aku dah koyak dia punya selotape. Heh. Nasib la kan, mata aku bukan scanner. Kalau tak bukak mana nak tau. Asalkan jumpa. Berpeluh-peluh cari benda ni.

Kotak yang berisi 100 tangkai bunga pahar tu diangkat perlahan-lahan. Okey, sekarang nak bawak turun satu hal. Tangga loteng ni kalau luas-lebar takpe jugak. Ni takat lepas badan aku je. Slow-slow Nisrin.. cool la.. lepas punya.. hehe. Lagi 5 anak tangga je lagi. Aku jenguk ke bahagian depan kedai. Antara tangga ni dengan bahagian kedai cuma terhalang dengan satu rak.

“mak, ni nak taruk mane ni?” aku kuatkan sikit suara. Sikit je.. ada customer, nanti tak sopan.

Serentak dua kepala kalih kat aku.. Allah!

Gedebum!!!

Maaaaaaaaaaaaaaaa…. Sakit…. Adeh…

Nisrin tergelincir dari anak tangga dan tergolek kebawah. Kepala dah tak nampak, dah kena timbus dengan bunga pahar. Posisi pulak taktau nak describe macam mana.. kaki rasa ada dekat anak tangga, badan rasa ada atas lantai. Yang penting, sakit!

Aku ni, kena sumpahan ke? Tiga hari berturut-turut kena timpa malang. Malang bukan sikit, malang siap dengan sakit-sakit badan lagi. Mungkin jugak ada pembawa malangnya, boyfriend si kuno tu la! Apa dia buat kat kedai mak aku ni? Boleh pulak dia kalih je, aku terus tergelincir. Betul la bawa malang!

“ya Allah Nisrin.. Nisrin ni kenapa??” mak dah berlari ke arah anaknya yang langsung dah tak nampak rupa.

“adoi mak.. sakit..” aku merengek lepas nampak muka mak.

Tiba-tiba aku ada nampak satu muka tengah tersengih-sengih. Dia tengah mengangkat kotak yang terjatuh tadi dan mengutip bunga pahar ke tepi. Mak papah aku bangun perlahan-lahan. Muka lelaki tu, macam nak gelak, tapi dia tahan. Ingat aku tak perasan ke? Aku kasi jeling je.

“Nisrin ni.. macam mana pulak boleh jatuh? Macam la baru sekali panjat loteng ni. Nasib kepala tak terhentak ke.. hape ke..” mak membebel.

“takde mak.. silap pijak kot” Nisrin menjawab sambil mengibas-ngibas punggung. Pinggang tengah sakit ni, tapi cover…

“kalut.” Terdengar suara 'boyfriend si kuno' perlahan.

“dah. Duduk dekat depan. Tolong layan customer ni. Dia nak buat tempahan. Biar mak kemas bunga ni. Alahai bunga aku.. habis senget-benget.” Mak mengomel lagi sambil belek bunga dia.

Aku pandang dingin ‘boyfriend si kuno’. Dia pandang aku balik. Mulut tu kalau tak tarik sengih perli macam tu tak boleh ke?

“jom. Kita ke depan. Encik sebenarnya nak buat tempahan untuk apa?” aku ambil post-it note dan pen.

“so.. Nisrin? Ok ke? Tak sakit?”

Tau pulak nama aku…

“hmm? Takde apalah. Sikit je.” Senyum. yeah.. piagam melayan customer.

“ok. Saya nak buat tempahan untuk majlis pertunangan. Dalam.. bulan depan boleh siap tak?"

“hmm.. ikut jugak. Design macam mana, and hantaran tu banyak mana.”

“err. Saya tak taula. Awak buat jelah macam mana- macam mana pun. Saya tengok display dekat cermin depan tu pun semua lawa-lawa.”

“ek? Tak boleh la macam tu.. at least, encik pilih la satu design. Tapi, selalunya customer akan buat permintaan, add something.. so that design tu takdelah sama dengan orang lain. Eksklusif.”

“saya sebenarnya, betul-betul tak tau. Hantaran pun saya tak tau berapa banyak.”

“hah? Erm.. macam ni lah. Esok-esok, encik bawaklah bakal tunang encik tu datang sini. Perempuan selalunya lebih tau.”

“kalau dia nak datang, tak payahlah saya susah-susah dari ofis drive datang kedai bunga mak awak ni. Saya pun dah blur. Tak tau. Saya dah buat survey, tu yang jumpa dengan awak hari tu dekat SSF. Merata dah saya pergi. Bila jumpa Impiana Florist ni, saya rasa terus tempah jela kat sini. Senang. Setel.” Boyfriend si kuno explain panjang-lebar. Muka dia, nampak penat sangat.

Teruk gila ‘perempuan kuno’ tu. Sendiri nak tunang pun taknak pergi tempah.

“hmm.. macam ni lah. Ni nak buat tempahan untuk dua-dua belah ke?”

“aah. Agak-agak sempat tak?”

“hmm. Apa kata awak buat 5 dulang belah awak, dan 7 dulang belah perempuan. Selalunya tunang sikit macam ni je. Awak ambil design paling simple, tapi jangan risau la.. lawa tetap lawa. Cuma, senang kalau nak siapkan. Awak pun nak cepat siap kan? Hurm, lepas tu.. pilih theme nak warna apa. Awak dengan bakal tunang awak suka warna apa?”

“saya suka.. biru. Dia suka oren.”

Nisrin mencatat maklumat tadi. Kemudian, mereka ke cermin display item untuk pilih design. Catit kod nombor design.. then.. selesai!

“kami akan mula buat tapak hantaran dulu. Encik boleh hantar barang hantaran kemudian. So, encik kena letak deposit sikit la..”

“owh. Ok. Seratus? Boleh?”

“uish.. boleh-boleh.” Nisrin bukak buku resit dan catit bayaran.

“erm, nama encik?”

Boyfriend si kuno ambil kad dari wallet dan diletak atas meja.

‘Luth Zafran bin Zulfikar. Project Manager’

Fullamak katakkkk.. nama sikit punya susah nak eja. Patut tak sebut tadi. Kalau sebut pun, komfem aku terkehel nak tulis.

Selepas boyfriend si kuno sign pada resit, eh.. dia ada nama la! Encik Luth, ala.. sakit lidah la.. huh! Apapela. Resit tu bertukar tangan.

“terima kasih. Tarikh encik tunang bila?”

“bulan depan. 28hb.”

“owh..ok. mungkin 2 minggu before tu boleh hantar barang hantaran. Sehari sebelum pulak boleh ambik gubahan sirih. Sebelum datang, boleh call dulu. takut nanti tak ready.” Tangan Nisrin menghulur bussines card Impiana Florist.

“ready untuk apa? Ready takmau jatuh? Ke.. ready takmau terhantuk?” Luth sengih.

“ready taknak kena timpa bala.” Nisrin balas balik. Heh.

11 comments:

nana_yoong said...

hehehhee..best..Luth da nak bertunang ke?? ppuan yg x nak dtg same tu ppuan yg kepale die kene hanger tu ke?? hehehhehe cian nisrin da 3 kali asik malang je,

To writer...
nak taw sangat nape ppuan tu x nak dtg... tunang atas pilihan family ke?? patutler moody je aritu..actually x puas ati gak bace, napela ade laki nak g SSF sorg2..jarang nak jupa laki mcm tu..kalu ade pun berteman..rupanya nak survey hantaran rupenyer..good job

hehehhe..ape pon..nak lagi..

the sedo gang said...

hak3...
si Luth nk b'2ng k???
miahaha~
lawk r...
ntah2...lebam2 bdn nisrin>>>
aisey~aSyek jatuh jeQ...
kui3
besh la kak!

Anonymous said...

kesian Nisirn astyik jatuh je bila bertembung dengan lelaku tu ^_^

cucuratap said...

to nana_yoong..
byknye die tanye.. haha
tak buleh nk jwb, nanti tak suspen..
hehe..=p

keSENGALan teserlah.. said...

ala bukn ape..
mesty bkl tung si luth tuh jenis ponpuan yg xamek kesh hal2 nieh..
sebok memnjg ngn keje or dye engt si luth nieh bley setelled kan hal nieh sensorng..
ewaaahh..
wat teorii sndiri plak akuh...

best2...

Anonymous said...

x sbr2 nk tgu n3 seterusnye..hehe

Anonymous said...

uikk..si luth nk btunang ker?
ingat kn die ngn nisrin...

tunang pilihan family kot...
suspen la plak..

suke nisrin..kelam kabut but comei jer..

nk lagiiiii...:)

*swit hanna*

nana_yoong said...

xnak cucuratap jawab kat komen pun..nak cucuratap jawab kat n3 seterusnyer..hehehhehe..

we all waiting..

Pitak said...

cute!
ahahaha..
nk agie!

Anonymous said...

waahh..pndai die wat saspen ye..kn kakak cucuratap?

Nashrin said...

hahahhaha.tak dapat nak bayang jatuh tangga,kepala dah kena tutup dengan longokan bunga,kaki kat anak tangga....lawak2

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio