♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, December 30, 2008

bidadara =12=

Luth memberhentikan kereta. Dihadapan tasik. Macam biasa. Biasa? Hurm.. dengan Azira je..

Azira pantas keluar. Berpeluk tubuh, berdiri mengadap tasik.

Luth buat muka malas. Dia nak shooting drama lagi! Punggung dilabuh dibonet.

“kenapa you ajak I keluar ni?” Luth mula bersuara.

“saje.”

“kenapa ajak I datang sini?”

“saje.”

Luth meraup muka. Suhu dia dah naik. Dia ‘saje’? ‘saje’? ulang lagi sekali.. ‘saje’? tadi beriya call suara mendayu ajak keluar sebab ‘saje’? ahh.. dah berapa kali aku ulang perkataan ‘saje’.. tapi aku nak ulang gak lagi sekali.. Azira ‘saje’? huh!

“you ada apa sebenarnya ni? cakap jela..” Luth bertanya lagi sekali. Masih nada yang sama. Nada baik..

“I rasa macam I buat decision yang terburu-buru hari tu..” Azira ketap bibir. Dia menyambung lagi, “maybe time tu I rasa sakit hati sangat.. lepas tu cakap tak fikir betul-betul..” nafas ditarik..dilepas.., “I.. I.. I rasa.. apa yang I buat tu tak patut.. terlalu tiba-tiba.. tak bincang tak apa..”

Luth memberi sepenuh perhatian mendengar. Cuba menangkap apa sebenarnya yang Azira nak katakan. Rasa macam tau dah..

“I nak kita balik macam dulu?” Azira mengecilkan mata sambil memandangnya.

Hmm. Memang betul apa yang difikir tadi. Luth mendengus perlahan. Dia konfius. Keliru. Tak tahu nak kata apa. Tangannya bermain dengan kunci kereta.

“macam mana?” Azira bertanya lagi.

“I tak tau.” Pendek je Luth menjawab.

“you.. dah ada orang lain ke Luth?”

“entah.”

“kalau takde, apa la salahnya you bagi peluang.. bukan dekat I je.. dekat hubungan kita.. dekat diri you jugak..”

Luth mendongak memandang langit cerah. Haih.. aku lemah betul la bab-bab ni..

“Azira, I betul tak tau. I tak expect pun you nak benda ni balik. Sebab you yang mintak kan?”

“I’m sorry.”Azira tunduk.

“entah. I tak boleh nak cakap sekarang. I tak tau.”

“tapi.. you takkan kecewa I kan? Kan Luth?”

Luth pandang muka Azira.

“can’t promise.”

Azira rasa terjerut. Takkan susah macam tu sekali Luth.. kita pernah bersama.. apa yang susah sangat nak bagi keputusan..

“Luth.. I..”

“I’ve said. I don’t know.” Pantas Luth memotong. Takmau ditekan Azira lagi. Dia betul-betul tak tahu!

“kita tunang? Kita teruskan plan haritu?”

“hah???? You demam ke Azira!” Luth tersentak. Gila! Senang-senang nak cancel, senang-senang nak teruskan.. ingat ni PS ke? Boleh pause, boleh continue?

“takkan tak boleh..” Azira berkata perlahan. “kan haritu semua dah get ready.”

“you jangan nak merepek benda-benda gila kat sini Azira. Nanti apa kata family you, I ni buat tunang macam deal beli barang. macam tu?” Luth mula bertegas. Makin gila idea si Azira nih..

“I’ll explain.”

Luth menggeleng. Oh tidak.. dia lelaki, keluarganya patut malu. Hantar pinangan macam nak buat main. Kejap kata nak, kejap kata taknak.

“jangan Azira. You fikir dulu. relationship kita dulu pun tak stable. Takkan nak terus tunang.. atleast, betulkan dulu apa yang salah, tambah apa yang kurang..”

“so, you agree la kita sambung balik?”

Luth telan air liur. Aku ada kata gitu ke?

“did I say yes?”

“tadi you kata, atleast kita betulkan dulu apa yang salah..”

“tapi I tak cakap yang I NAK teruskan relationship kita dulu.” Luth tekan perkataan 'nak' tu. Biar! Kasi jelas sikit!

“Luth..” Azira dah muka merayu. Cuba melembutkan Luth yang sekeras reinforcement concrete.

“I tak tahu Azira. I can’t tell you now.” Sebenarnya dia dah jauh hati. Biarlah perasaan Azira reda dulu. kalau cakap taknak sekarang, takut Azira meraung terjun tasik pulak! Lagipun tak sanggup tengok Azira hampa. Biarlah dia bagi keputusan melalui call saje. Senang! Dia pun takdelah pikir banyak-banyak kali bila terpandang muka pujuk-rayu Azira tu.

“you will think about it?”

“I will” janji Luth.

“you rasa…”

Bum!!!!!!

Bunyi accident kuat dari jalan depan. Kira-kira 1 kilometer dari mereka.kelihatan seorang budak perempuan terjerit-jerit di tepi jalan itu.

Luth mula melangkah. Nak tengok kejadian itu. Mana tau boleh tolong ke..

“Luth! You nak pergi mana tu?”

“tengok accident tu!” Luth menunjuk ke arah bunyi tadi.

“huh! Ni la orang Malaysia! Bila ada accident, sibuk nak pergi tengok! Bukan buat apa pun.. semak je..”

Luth berhenti berjalan. Ek eh.. suka-suka hati bercakap..

“you tak puas hati apa lagi ni? dah habis kan? I janji I akan fikirkan.. dah la tu!”

“I tak habis cakap lagi ni..” Azira merengek. Manja!

Luth kembali menyandar di Rextonnya. “hurm, apa lagi?” tak jadi nak pergi tengok accident!

“you rasa, I ada harapan lagi?”

Luth menaikkan kening. Tak faham!

“harapan untuk kembali pada you?”

“I tak tau.”

Jawapan tu mengakhiri skrip drama mereka. Bunyi ambulance kuat bergema. Azira dan Luth terus masuk kedalam kereta. Bingit! Dan, Rexton itu meluncur laju di atas jalan raya.

Tak tahu sebab apa, Luth rasa berat sangat hati nak melalui kawasan accident tu. Macam nak turun je rasa. Sebelum ni, tak pernah heran pun kalau tengok orang accident.. dikerling sepintas, tak teruk sangat nampaknya. Hmm.. hati berat sebab kena fikirkan permintaan Azira kot? Luth berkira-kira dalam hati. ye la tu kot.. pandangannya melekat pada cermin pandang belakang. melihat ambulance itu lagi.

11 comments:

the sedo gang said...

eee..
sebuk la azira tuhs!!!
hak3...
ingt PS k???
wahaha~
lwk r...
akk nk ag!!!

Anonymous said...

ish...azira ni..awat hang jadi lagu ni..dah ludah toksahlah jilat balik , malu kaum pompuan oii...

Luth awat hang dok ikut Azira tu, kalu ikut gerak hati hang pasti dah jumpa Nisrin ye..

belum masanya lagi agaknya....

tak sabar dah nk tggu cerita selanjutnya...

haikadove said...

alaaa.. azira ni sebok jee nk blk smula.. hahahaa;p

Pitak said...

nggee~~
azira tuh sebok lar!
syuhh3..
ahahaha..

atashinci said...

eeeee....azira ni wat malu kaum pompuanlah....
luth ko jgn kne keraskn hti tau....
tok sak trmkn pujuk rayu pompuan tu....
cpt2 smbung tu.....

Anonymous said...

aku=azira."I nak kita balik macam dulu"..lately ak salu gne ayt nh..~sigh~

Anonymous said...

geramla plak kat azira tu
dush2

Anonymous said...

cbok je azira ni..huhu

sian kt nisrin..huhu

yadayada lala said...

semua emo seh dgn azira.
gedik nye.

miss ketak-ketuk said...

huhu...
semua org marah azira...
tp sbnrny kesian kat die...
bukan slh die kot...
kdg2 kite cm rse kite bkn utk org tu...
tp still kite xboleh lepaskn die...
cmne yuh??

Anonymous said...

ish azira nie..
chikedis btol la..
bleh pokai luth d'buatnya..

>ily?<

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio