♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, December 29, 2008

bidadara =11=

“akak! Ape jalan laju sangat nih..” Nisa terkedek-kedek kejar Nisrin yang laju kedepan. Menghala ke taxi stand.

Ish..kata dah putus.. pape ntah.. tipu ke hape.. yang aku pun satu.. sentap pehal.. gilo po.. bukan salah aku.. kaki aku yang salah.. tetiba je laju.. muka aku ni, tiba-tiba je masam… bukan salah aku.. ish.. gilo.. cakap sengsorang.. Nisrin, kena masuk spital pasni.. cek kaki ngan muka ni ikut arahan otak ke tak..

Bum!!!!!!

“akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisa terus bukak langkah pecut. Bukan dekat trek tu, akak aku kena langgar motor la!!!!

“Akak.. akak.. bangun arr..” Nisa dah muka cuak tak hingat. Akak dah pengsan. Kena tampar pun tak bangun jugak. Akak.. jangan mati lagii..

“jangan mati lagi akak..”

“err.. dia tak mati ni.. pengsan je ni.. kaki dia je yang cedera..” seorang lelaki mencelah bagi info.

“kau langgar dia! lepas tu konfiden je cakap dia tak mati! Kau apa tau?” Nisa dah menengking di tepi jalan tu.

“err.. kejap.. kejap.. kita call..”lelaki tadi terus melekapkan handphone ke telinga.

“call tengkorak! HKL depan tu jek, gi spital la cepat!!”

Bapak singa hape budak ni! temperature naik habis..

“ape lagi tu! Cepat la tahan teksi! Takkan kitorang nak naik motor kapcai kot!” Nisa dah merah muka tahan marah.

Sama ada budak ni buta or rabun or juling.. motor aku ni ade macam kapcai ke???

“eehh!!! Kau sini! Pangku akak aku! biar aku yang tahan cab! lembab ya amat!”

Boleh kata aku lembab? “we singa! Aku dah call ambulance! Tu!”

Lelaki tadi membantu mengangkat Nisrin ke dalam ambulance bersama-sama paramedic.

Di wad kecemasan.. Nisrin hanya diberi beberapa jahitan di lutut dan ubat untuk luka-luka lain dikakinya. Nisa yang tadi asyik bising, sekarang senyap. Menangis. Dia yang takut tengok keadaan Nisrin.

“err.. kau ok? Betul takde cedera kat tempat lain?” lelaki tadi bertanya pada Nisrin.

“takde. Ok..ok..”

“kau nak aku call sape-sape nak jemput kau? Parents kau?”

“kerja.”

“owh.. kawan?”

“kak Yan ngan Ija pun kerja.” Nisrin memandang kakinya. Berkerut kening menahan pedih.

Haaaaa? Tu je kawan dia..? jangan kata….

“doc!!! Doctor!!!!!” lelaki tadi terjerit terlolong panggil doctor yang dah blah ke pesakit lain.

“eh! Kau kenapa? Sakit?” Nisrin tanya pelik.

“aku rasa.. kau hilang ingatan la..”

“gila!!!!” mata Nisrin macam dah nak tersembul keluar. Tuduh-tuduh orang hilang ingatan lak..

“kau cuba ingat betul-betul…. Siapa lagi kawan kau?”

“aku memang ada 2 orang je kawan la. bongok!” ada ke kata aku hilang ingatan?? Sikit tak relevan.. yang kena, kaki. Bukan kepala!

Lelaki tadi kerut dahi. Biar benar.. aku langgar manusia kan ni?

“weh! Ko apsal nak pelik?” Nisa yang sedang menahan sedu bersuara.

Isshh.. yang ni pulak tadi garang, pastu nangis, pastu garang balik.. pening aku..

“ok..ok.. aku nak mintak maaf. Siapa nama kau?” lelaki tadi berdiri rapat di depan katil Nisrin dengan memegang helmet dan jaket.

“Nisrin.”

“ok.. Nisrin.. aku betul-betul mintak maaf.. tadi kau jalan laju betul.. langsung tak tengok jalan.. ok, aku pun salah jugak sebab main redah..” lelaki tadi senyum.

“ok.. tapi, boleh tak kau.. sape nama tadi?”

“I’zrael.”

Bila I’zrael… datang memanggil..
Jasad terkubur… di pembaringan..
Seluruh tubuh.. akan menggigil..
Sekujur badan.. kan kedinginan.

‘Dush!!! Nisrin! Sempat lagi ko bernasyid ek?’ Nisrin berkata dalam hati.

“apa kau nak cakap tadi?” I’zrael bertanya. Kenapa minah ni senyap.. dahtu tenung aku macam nak berlubang dahi..

“err.. I’zrael..”

Iz senyum. “jangan buat muka camtu la.. aku bukan malaikat.. aku bukan muncul sebab nak tarik nyawa kau.. hadoi..”

“hahaha. Betul buat aku cuak.” Nisrin sengih. Tangan pegang dada. Phew..!

“akak, Nisa nak gi toilet.”

“okeh.. baik-baik.”

Iz duduk sikit kat hujung katil. “adik kau tu lawak la..”. tarik sengih.

“dia memang camtu. Kalau tengah kalut, semua emosi dia boleh terkeluar. Silap-silap, gelak pun dia boleh time orang meninggal.”

Iz sengih. Macam tu pun ada ke?

“I’zrael..”

“panggil aku Iz. Kang semua dalam wad ni kalih kat aku dengan muka kelabu-pucat.”

Hahaha.

“aku nak mintak tolong kau dapatkan cab.”

“takde orang boleh ambik ke? Kaki kau berjahit tu..”

“sikit jek. Tolong arr. And, thanks. Ubat semua. Tolong aku ngan Nisa lagi.”

“takpe. Silap aku gak.”

“K 1200 S kau ok? Cuak gak aku terosakkan bmw orang..”

“aku ingat kau pengsan?”

“sempat la aku usha 2 saat sebelum jatuh pengsan atas tar.” Sengih.

“kenal gak kau motor.. adik kau cakap kapcai tadi.”

“dia kenal sebenarnya.. tu mesti emosi terlebih.”

Hahaha.

“motor aku ok.. langgar orang, bukan langgar tiang. Eh, betul kau nak balik naik teksi ni?”

“aku tak mintak naik teksi kalau motor kau muat tuk 3 orang..”

“boleh je kalau nak test..”

“hoho.. aku taknak jumpa another I’zrael..”

“kira jumpa this I’zrael nak la?” Iz buat muka blur tunjuk muka sendiri.

Tiba-tiba wad senyap. Pakcik katil sebelah dah genggam cadar. Akak katil depan dah ternganga. Makcik selang satu katil dah nak biru muka dia. Abang yang tengah jalan dengan dua topang diketiak berhenti berjalan. Semua mata pandang pada satu arah.

“I told you.. jangan sebut nama aku.. lagi-lagi dalam hospital..” Iz sengih sambil berlalu keluar daripada wad.

Hahahaha. Nisrin pulak jadi tumpuan mata.

“err.. kawan.. nama memang I’zrael.” Sengih. Barulah wad riuh kembali. Nisrin tepuk dahi. Apela!

10 minit kemudian..

“erm, cab ada kat pintu luar. Jomlah.. nak aku tolong?” Iz berkata sambil pandang Nisrin yang susah payah nak berdiri.

“takpe.. Nisa boleh tolong.”

“nak kerusi roda ke?”

Haaaa?

“takpe kot.. kaki aku ni rasa ada daya lagi nak jalan.”

“apa kata aku je yang tolong papah kau.. Nisa nampak macam susah je..”

Nisa menjeling. “kau nak menggatal ek?”

“tak! Aku betul nak tolong je..” budak ni.. suka-suka ingat aku nak menggatal..

Nisa memapah Nisrin yang jalan terhinjut-hinjut keluar wad. Iz mengekor di belakang. Dia kesian sebenarnya.. tapi nak tolong, tak kasi pulak!

Sampai di teksi, Iz tolong membukakan pintu belakang.

“erm, ada nombor telefon?”

“nak buat apa?”

Ish!!! Garang betul la budak Nisa ni.. aku tanya kakak dia.. bukan dia..

“bila luka dah kering nanti, nak bukak balik jahitan tu.. call la aku. nanti aku bawak la.. kalau ada yang nak kena bayar lagi nanti, kau tak payahla bayar.” Iz explain panjang lebar pada Nisrin.

“err.. aku takde handphone.”

‘Erk? Again.. aku sangsi aku langgar manusia ke makhluk lain..’ Iz berkira-kira dalam hati.

“takpelah. Ambik nombor aku. ada pen?”

Nisrin membongkar sling bagnya.

“takde.”

“erm, uncle.. ada pen dengan kertas tak?” Iz kuatkan suara sikit bertanya pada driver teksi yang berbangsa india.

“saya kasi ini pen tapi kertas tada la.. ambik ini surat khabar boleh ka?” uncle tadi hulur pen dan surat khabar bertulisan tamil. Belasah je la!

Iz koyak sikit bahagian hujung dan conteng nombornya.

“nah. Ambik arr. Kalau balik nanti mak ayah kau marah ke hape.. call je la. nanti aku explain. Pastu nanti nak gi hospital balik, call aku jugak.”

“okey.. mekaseh..” Nisrin sambut huluran Iz dari tingkap teksi.

“okeh. Baik-baik. Bye Nisrin. Nisa, bye.” Iz sengih.

“bye. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam…” Iz perhati teksi itu berlalu. Dia berfikir-fikir. Apa yang aku lupa ek? Macam ada lupa something.. tapi tak ingat apa dia..

Ya Allah! Motor aku! shit! Iz terus berlari ke arah jalan ke Tasik Titiwangsa.

Di dalam teksi..
Nisrin tersengih-sengih pandang cebisan surat khabar tamil tadi. Kelakar lah kau Izrael.. baik pulak tu..

Nisrin rewind kembali apa yang jadi didalam hospital. sengih. dia dah terlupa pada apa yang dia nampak di tasik sebentar tadi..

18 comments:

the sedo gang said...

wahaha~
skit pr0t bce n3 akk...
lwk gler~
i'zrael???
muahaha~
mmg la lwk thp x hengat!!!!!!
muahaha...
aisey~
her0 bru k???
nisa sesuwai k0wt ngn i'zrael..
hihihi..
nisrin amek luth jerla...
ekekeke....

Anonymous said...

haha..btol tu..

Pitak said...

waa!
kawaii..
ahahahaha..
smbong agie!

Anonymous said...

Salam Singgah,
hahaha
kelakarla babak ni kak cucratap!
nama watak baru ni pun kuat betul aura kalau sebut nama penuh =D
Nisrin sampai sempat lagi nyanyi lagu tu =D
kesian pak cik tu..sampai kena genggam cadar=D

Anonymous said...

hahaha...lawak gila. izrael??? camna boleh terfikir guna nama ni.. ???? apa pun memang menghiburkan..

keSENGALan teserlah.. said...

addooyyyyyy...
klako tahap giga la cucuratap....garang gak nisa uh...
bmw kte moto kapcai...
isk2..
sian2...
tp nisa seswai ngn izrail nieh..
nisrin bia kasi kat uncle long gak,,
tp kalo nk wat uncle long jeles kat izarail n nisrin pon oke gak kot...
heheehe..
ske2...

kenyitkenyit said...

mmg klakar la n3 neh,,
gelak sesOwg kul 2pg neh,,
hik3,,
lawak2

atashinci said...

kelakar gile.....
gelak sorg2 xprasan terkuat lak gelaknye....
kwn ofis sume tnye knape?????
xbetol ker??????
xsia2 sye pnjt cucuratap ni.....
chaiyok2

pinat said...

hahahaha...
klakar gile n3 kali ni..

sakit perot gelak..

tzaraz said...

Salam. Hemmm...I'zrael ye..!! Nice touch!

TAN-te said...

wakakakakakakakakakaka!!!!! naik tersimpul usus sembelit aku ketawa!!!! iz'rael ngan nasyid tu! lawak tahap tak hengat tu! sumpah lawak aku gelak sampai kene marah ngan org2 yg ade kat dalam rumah ni. nice!!!

Anonymous said...

wakakakah...
kawan aku da marah la wei..
aku gelak smpi kna ajk de p toilet...
best gilak wa cakap lu...
*izrail+pesakit+pucat=ngam sesangat*

Nashrin said...

ahahaahahahahahahhah!!!lawak gler!pucat pesakit kat spital dibuatnya

mar chan said...

hahaha..
part kat spital tu x tahan..
sakit prut duk ketawa..
kah3...
smpt nasyid sgale..
huuuu..

bulat said...

luth macam boh-san jek.lgi best iz nih

HanaLaili said...

haha,izrael...atoiyai!!menyesakkn dada~

Kim Anis said...

HAHA! sakit pipi tahan ketawa xDDD

Sue said...

lawak thap dewa..pnat sunguh thn glk dpn pc..
hahah..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio