♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, December 24, 2008

bidadara =10=

“akak, nanti kita pergi pusing-pusing tasik nak?”

“tasik mana pulak dah Nisa nak pergi ni.. malam tadi mimpi minum air tasik ke?”

“takla.. tapi kan, semalam Nisa mimpi best..”

“apa dia?”

“Nisa pergi tasik, taktaula tasik dia nama apa.. pastu, ada pelakon tengah shooting.. nak pulak tu, yang tengah shooting tu, Hiro Mizushima!!”

“makhluk mana pulak tu?”

“alah akak ni! Nanba Senpai.. dalam cerita Hana Kimi tuh.. cerita jepun tu..”

“owh.. cakap pasal hero cerita jepun memang haram la akak nak kenal.. akak keje la, bukan macam dia! balik skolah terbongkang depan tv!”

“jom la akak.. “

“sebab nak layan mimpi Nisa semata-mata? Gilo po..”

“jom la… jom la..”

“tapi kena tunggu akak balik dari kedai la.. eh! Nisa ni taknak tolong mak kat kedai ke cuti-cuti ni?”

“kita nak study..” Nisa jelir lidah.

“uuuuhhh… memang sikit, sikiiiiiit je lagi akak nak percaya.”

Hahahaha.

“ala.. ni pelajar harapan sekolah ni.. toksah risau la..”

“pergh… gila arr. Siapa la yang bagi title tu.. dia kena pukau agaknya..”

“tak main la orang bagi… kita letak title sendiri..”

Hahahaha. Bengong tul adik aku ni. nasib la dia ni pandai sikit dari aku. sikit? Pandai banyak la kot. Kalau tak, mau meraung mak aku. dapat dua-dua anak takmau belajar!

“okey la! Kitorang pegi dulu. jaga rumah ek. Jangan bila kitorang balik nanti rumah dah tak serupa rumah!”

“heleh.. macam la dia tu rajin berkemas sangat.”

“woi..woi.. mengata kakak kandung sendiri.. kira derhaka ni..” Nisrin meluku sikit kepala adiknya.

“mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tengok akak ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“pagi-pagi dah bising la korang ni. malas dah mak tatap muka akak Nisa tu.. jemu!”

Hahahaha. Nisa mencebik. Apa dorang ni segerombolan ke?

“mak, mak tau tak.. mak dah menyebabkan seorang pelajar harapan sekolah marah. Maka, mak menyebabkan dia berisiko tinggi untuk tak skor exam, then menghancur-luluhkan harapan tinggi sekolah pada dia.” skema habis Nisrin buat ayat.

“mana pelajar harapan sekolah tu? Eleh.. baru semalam mentor kelas dia telefon mak, ‘Pn.Nina, hari ni Nisa buat hal lagi. Kali ni dia simbah habis toilet pelajar lelaki dengan cecair pekat pencuci.’ Adoi… sakit kepala mak dengar..”

“fulllamaaakkkk…. Bravo untuk anda adikku.. tahniah.. tahniah..” Nisrin menjabat tangan Nisa dengan muka kagum. Nisa tarik senyum bangga.

“elok lah tu! Minggu depan dia call, apa ntah lagi yang adik Nisrin tu buat! Ajarlah dia buat benda-benda nakal tu. Ajar sampai pandai..”

“Nisa, nanti akak ajar ‘langkah-langkah mengenakan junior yang kerek’ okeh?”

“Nisrin!!!!!!!!!!!!!!!!!!” mak jerit kuat.

“alah mak ni.. main-main je tu..” Nisrin buat muka tak bersalah.

Dia kalih pandang pada Nisa semula. “adikku Nisa disayangi, eloklah kamu menuntut ilmu sehingga ke negeri China. Bergurulah kamu dengan para ilmuan yang bijaksana. Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam pencarian berguna untuk masa depanmu.” Selamba Nisrin berkata sambil memeluk bahu Nisa.

“haish dia ni! buat main pulak..” Pn.Nina beralah. Nisrin ni.. suka main-main! Susah betul nak serius..

Hahaha. Alah mak ni.. sentap pulak pagi-pagi ni..

“dah la mak. Jom le kita gerak. Pelajar harapan sekolah nak study tu. Tak boleh kacau!”

“muntah mak dengar perkataan ‘pelajar harapan sekolah’ tu. Jomlah Nisrin..”

“haha. Mak tengok jelah spm Nisa nanti.. hehe.. bye mak.. bye akak..”

“assalamualaikum!”

“waalaikumsalam…. Mmuah!” Nisa lemparkan flying kiss. Betul boleh buat loya tekak..

Lewat petang itu….

“Nisa, balik la jom.. habis pusing utara selatan timur barat semua…. Nak carik pe lagi?” Nisrin mengeluh. Jangan kata dia nak carik orang Jepun shooting drama! Mau tahun depan pon aku tak jejak rumah lagi..

“hurm.. barat daya? Tenggara? Barat laut? Kita tak pergi lagi kan.. haha.. ala..6.30 kita balik la..”

“hee.. menyesal betul! Dah la lesap awal dari kedai mak, pastu boleh pulak makan angin kat sini..”

“hah! Ok lah tu… makan angin…”

“ye sangat lah tu.. badan akak pun dah ‘hangin’ ni!”

“eeehh!!!! Tengok tu!!!!!!!!!” Nisa dah tarik-tarik Nisrin ke belakang pokok.

“apahal ni? ni dah macam gaya peng-ushar dah ni..”

“ssshh.. akak diam la.. tu, diorang yang membelakangkan kita tu.. sebijik macam dalam mimpi Nisa! Dari belakang la.. taktau la kalau pusing nanti memang betul Hiro Mizushima!”

“aarrrrr… kenapa aku dapat adik macam ni.. mula-mula bidadara, lepas tu percaya mimpi.. hadoi..”

“ssshh!! Akak diam la! tengok tu!”

Nisrin berhenti mengomel dan tercarik-carik manusia serupa Hiro Mizushima (dari belakang la..) yang macam Nisa cakap tadi. Oh.. ada sorang lelaki dengan seorang perempuan,lelaki tu bersandar pada bahagian depan kereta, perempuan tu dekat tepi tasik. macam kapel je diorang tuh.. dua-dua muka serius.. ish! Kan aku dah jadik cam Charlie’s Angel.. betul la Nisa ni.. pengaruh jahat betul..

“ala.. macam serupa.. tapi tak sama.. Hiro kurus kering.. lelaki tu pulak cam tak kurus sangat.. heroin dia time tu pendek je.. tapi ni tinggi melampai.. Hiro bawa kereta Honda.. ni Rexton.. jom blah ar kak.” Nisa buat muka hampa.

Hurm Nisa ni.. dia yang tadi beriya.. tiba-tiba Nisrin terfikir sesuatu. Dia berhenti bergerak. kejap.. kejap.. Rexton???????????????????????????
Zapp! Nisrin kalih balik tengok. Eh??? Nisrin diam. Riak muka berubah.

“asal mendung je rupa akak ni?”

“takde apelah. Jom balik.” Nisrin tarik tangan Nisa kebelakang.

“eh.. tapi taxi stand kat sane..” Nisa kerut dahi. Tangannya ditunjukkan kedepan. Mamai hape akak aku ni? nak terjun tasik?

“apa-apalah!” Nisrin rentap kembali tangannya pada pergelangan Nisa.

“takkan dia marah sebab tu bukan Hiro Mizushima? Siapa yang patut kecewa sebenarnya sekarang ni? aku kan?” Nisa ketuk kepalanya sendiri. Haiyaa.. tak paham!

5 comments:

Anonymous said...

ak taw spe owg 2..mst ex die an??ahahaa..weh cucu ratap,jgn la mghlau pminatmu ini dr tros mbce hsil karyamu..hihi

adek said...

hehehehe..
that mystery guy mst..
LUTH..

Anonymous said...

ehhhhh..sape kah yg bawak kete rexton tu???!!
jeng..jeng..jeng..x sbr nk tgu n3 seterusnye!!!!

cucuratap said...

org yg btol2 igt epi b4 ni je bleh teka..
hehe..

atashinci said...

dh tau msti bidadara kot .....
jdi nisrin cemburu......
hehehehehheh

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio