♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, December 30, 2008

bidadara =12=

Luth memberhentikan kereta. Dihadapan tasik. Macam biasa. Biasa? Hurm.. dengan Azira je..

Azira pantas keluar. Berpeluk tubuh, berdiri mengadap tasik.

Luth buat muka malas. Dia nak shooting drama lagi! Punggung dilabuh dibonet.

“kenapa you ajak I keluar ni?” Luth mula bersuara.

“saje.”

“kenapa ajak I datang sini?”

“saje.”

Luth meraup muka. Suhu dia dah naik. Dia ‘saje’? ‘saje’? ulang lagi sekali.. ‘saje’? tadi beriya call suara mendayu ajak keluar sebab ‘saje’? ahh.. dah berapa kali aku ulang perkataan ‘saje’.. tapi aku nak ulang gak lagi sekali.. Azira ‘saje’? huh!

“you ada apa sebenarnya ni? cakap jela..” Luth bertanya lagi sekali. Masih nada yang sama. Nada baik..

“I rasa macam I buat decision yang terburu-buru hari tu..” Azira ketap bibir. Dia menyambung lagi, “maybe time tu I rasa sakit hati sangat.. lepas tu cakap tak fikir betul-betul..” nafas ditarik..dilepas.., “I.. I.. I rasa.. apa yang I buat tu tak patut.. terlalu tiba-tiba.. tak bincang tak apa..”

Luth memberi sepenuh perhatian mendengar. Cuba menangkap apa sebenarnya yang Azira nak katakan. Rasa macam tau dah..

“I nak kita balik macam dulu?” Azira mengecilkan mata sambil memandangnya.

Hmm. Memang betul apa yang difikir tadi. Luth mendengus perlahan. Dia konfius. Keliru. Tak tahu nak kata apa. Tangannya bermain dengan kunci kereta.

“macam mana?” Azira bertanya lagi.

“I tak tau.” Pendek je Luth menjawab.

“you.. dah ada orang lain ke Luth?”

“entah.”

“kalau takde, apa la salahnya you bagi peluang.. bukan dekat I je.. dekat hubungan kita.. dekat diri you jugak..”

Luth mendongak memandang langit cerah. Haih.. aku lemah betul la bab-bab ni..

“Azira, I betul tak tau. I tak expect pun you nak benda ni balik. Sebab you yang mintak kan?”

“I’m sorry.”Azira tunduk.

“entah. I tak boleh nak cakap sekarang. I tak tau.”

“tapi.. you takkan kecewa I kan? Kan Luth?”

Luth pandang muka Azira.

“can’t promise.”

Azira rasa terjerut. Takkan susah macam tu sekali Luth.. kita pernah bersama.. apa yang susah sangat nak bagi keputusan..

“Luth.. I..”

“I’ve said. I don’t know.” Pantas Luth memotong. Takmau ditekan Azira lagi. Dia betul-betul tak tahu!

“kita tunang? Kita teruskan plan haritu?”

“hah???? You demam ke Azira!” Luth tersentak. Gila! Senang-senang nak cancel, senang-senang nak teruskan.. ingat ni PS ke? Boleh pause, boleh continue?

“takkan tak boleh..” Azira berkata perlahan. “kan haritu semua dah get ready.”

“you jangan nak merepek benda-benda gila kat sini Azira. Nanti apa kata family you, I ni buat tunang macam deal beli barang. macam tu?” Luth mula bertegas. Makin gila idea si Azira nih..

“I’ll explain.”

Luth menggeleng. Oh tidak.. dia lelaki, keluarganya patut malu. Hantar pinangan macam nak buat main. Kejap kata nak, kejap kata taknak.

“jangan Azira. You fikir dulu. relationship kita dulu pun tak stable. Takkan nak terus tunang.. atleast, betulkan dulu apa yang salah, tambah apa yang kurang..”

“so, you agree la kita sambung balik?”

Luth telan air liur. Aku ada kata gitu ke?

“did I say yes?”

“tadi you kata, atleast kita betulkan dulu apa yang salah..”

“tapi I tak cakap yang I NAK teruskan relationship kita dulu.” Luth tekan perkataan 'nak' tu. Biar! Kasi jelas sikit!

“Luth..” Azira dah muka merayu. Cuba melembutkan Luth yang sekeras reinforcement concrete.

“I tak tahu Azira. I can’t tell you now.” Sebenarnya dia dah jauh hati. Biarlah perasaan Azira reda dulu. kalau cakap taknak sekarang, takut Azira meraung terjun tasik pulak! Lagipun tak sanggup tengok Azira hampa. Biarlah dia bagi keputusan melalui call saje. Senang! Dia pun takdelah pikir banyak-banyak kali bila terpandang muka pujuk-rayu Azira tu.

“you will think about it?”

“I will” janji Luth.

“you rasa…”

Bum!!!!!!

Bunyi accident kuat dari jalan depan. Kira-kira 1 kilometer dari mereka.kelihatan seorang budak perempuan terjerit-jerit di tepi jalan itu.

Luth mula melangkah. Nak tengok kejadian itu. Mana tau boleh tolong ke..

“Luth! You nak pergi mana tu?”

“tengok accident tu!” Luth menunjuk ke arah bunyi tadi.

“huh! Ni la orang Malaysia! Bila ada accident, sibuk nak pergi tengok! Bukan buat apa pun.. semak je..”

Luth berhenti berjalan. Ek eh.. suka-suka hati bercakap..

“you tak puas hati apa lagi ni? dah habis kan? I janji I akan fikirkan.. dah la tu!”

“I tak habis cakap lagi ni..” Azira merengek. Manja!

Luth kembali menyandar di Rextonnya. “hurm, apa lagi?” tak jadi nak pergi tengok accident!

“you rasa, I ada harapan lagi?”

Luth menaikkan kening. Tak faham!

“harapan untuk kembali pada you?”

“I tak tau.”

Jawapan tu mengakhiri skrip drama mereka. Bunyi ambulance kuat bergema. Azira dan Luth terus masuk kedalam kereta. Bingit! Dan, Rexton itu meluncur laju di atas jalan raya.

Tak tahu sebab apa, Luth rasa berat sangat hati nak melalui kawasan accident tu. Macam nak turun je rasa. Sebelum ni, tak pernah heran pun kalau tengok orang accident.. dikerling sepintas, tak teruk sangat nampaknya. Hmm.. hati berat sebab kena fikirkan permintaan Azira kot? Luth berkira-kira dalam hati. ye la tu kot.. pandangannya melekat pada cermin pandang belakang. melihat ambulance itu lagi.

Monday, December 29, 2008

bidadara =11=

“akak! Ape jalan laju sangat nih..” Nisa terkedek-kedek kejar Nisrin yang laju kedepan. Menghala ke taxi stand.

Ish..kata dah putus.. pape ntah.. tipu ke hape.. yang aku pun satu.. sentap pehal.. gilo po.. bukan salah aku.. kaki aku yang salah.. tetiba je laju.. muka aku ni, tiba-tiba je masam… bukan salah aku.. ish.. gilo.. cakap sengsorang.. Nisrin, kena masuk spital pasni.. cek kaki ngan muka ni ikut arahan otak ke tak..

Bum!!!!!!

“akak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisa terus bukak langkah pecut. Bukan dekat trek tu, akak aku kena langgar motor la!!!!

“Akak.. akak.. bangun arr..” Nisa dah muka cuak tak hingat. Akak dah pengsan. Kena tampar pun tak bangun jugak. Akak.. jangan mati lagii..

“jangan mati lagi akak..”

“err.. dia tak mati ni.. pengsan je ni.. kaki dia je yang cedera..” seorang lelaki mencelah bagi info.

“kau langgar dia! lepas tu konfiden je cakap dia tak mati! Kau apa tau?” Nisa dah menengking di tepi jalan tu.

“err.. kejap.. kejap.. kita call..”lelaki tadi terus melekapkan handphone ke telinga.

“call tengkorak! HKL depan tu jek, gi spital la cepat!!”

Bapak singa hape budak ni! temperature naik habis..

“ape lagi tu! Cepat la tahan teksi! Takkan kitorang nak naik motor kapcai kot!” Nisa dah merah muka tahan marah.

Sama ada budak ni buta or rabun or juling.. motor aku ni ade macam kapcai ke???

“eehh!!! Kau sini! Pangku akak aku! biar aku yang tahan cab! lembab ya amat!”

Boleh kata aku lembab? “we singa! Aku dah call ambulance! Tu!”

Lelaki tadi membantu mengangkat Nisrin ke dalam ambulance bersama-sama paramedic.

Di wad kecemasan.. Nisrin hanya diberi beberapa jahitan di lutut dan ubat untuk luka-luka lain dikakinya. Nisa yang tadi asyik bising, sekarang senyap. Menangis. Dia yang takut tengok keadaan Nisrin.

“err.. kau ok? Betul takde cedera kat tempat lain?” lelaki tadi bertanya pada Nisrin.

“takde. Ok..ok..”

“kau nak aku call sape-sape nak jemput kau? Parents kau?”

“kerja.”

“owh.. kawan?”

“kak Yan ngan Ija pun kerja.” Nisrin memandang kakinya. Berkerut kening menahan pedih.

Haaaaa? Tu je kawan dia..? jangan kata….

“doc!!! Doctor!!!!!” lelaki tadi terjerit terlolong panggil doctor yang dah blah ke pesakit lain.

“eh! Kau kenapa? Sakit?” Nisrin tanya pelik.

“aku rasa.. kau hilang ingatan la..”

“gila!!!!” mata Nisrin macam dah nak tersembul keluar. Tuduh-tuduh orang hilang ingatan lak..

“kau cuba ingat betul-betul…. Siapa lagi kawan kau?”

“aku memang ada 2 orang je kawan la. bongok!” ada ke kata aku hilang ingatan?? Sikit tak relevan.. yang kena, kaki. Bukan kepala!

Lelaki tadi kerut dahi. Biar benar.. aku langgar manusia kan ni?

“weh! Ko apsal nak pelik?” Nisa yang sedang menahan sedu bersuara.

Isshh.. yang ni pulak tadi garang, pastu nangis, pastu garang balik.. pening aku..

“ok..ok.. aku nak mintak maaf. Siapa nama kau?” lelaki tadi berdiri rapat di depan katil Nisrin dengan memegang helmet dan jaket.

“Nisrin.”

“ok.. Nisrin.. aku betul-betul mintak maaf.. tadi kau jalan laju betul.. langsung tak tengok jalan.. ok, aku pun salah jugak sebab main redah..” lelaki tadi senyum.

“ok.. tapi, boleh tak kau.. sape nama tadi?”

“I’zrael.”

Bila I’zrael… datang memanggil..
Jasad terkubur… di pembaringan..
Seluruh tubuh.. akan menggigil..
Sekujur badan.. kan kedinginan.

‘Dush!!! Nisrin! Sempat lagi ko bernasyid ek?’ Nisrin berkata dalam hati.

“apa kau nak cakap tadi?” I’zrael bertanya. Kenapa minah ni senyap.. dahtu tenung aku macam nak berlubang dahi..

“err.. I’zrael..”

Iz senyum. “jangan buat muka camtu la.. aku bukan malaikat.. aku bukan muncul sebab nak tarik nyawa kau.. hadoi..”

“hahaha. Betul buat aku cuak.” Nisrin sengih. Tangan pegang dada. Phew..!

“akak, Nisa nak gi toilet.”

“okeh.. baik-baik.”

Iz duduk sikit kat hujung katil. “adik kau tu lawak la..”. tarik sengih.

“dia memang camtu. Kalau tengah kalut, semua emosi dia boleh terkeluar. Silap-silap, gelak pun dia boleh time orang meninggal.”

Iz sengih. Macam tu pun ada ke?

“I’zrael..”

“panggil aku Iz. Kang semua dalam wad ni kalih kat aku dengan muka kelabu-pucat.”

Hahaha.

“aku nak mintak tolong kau dapatkan cab.”

“takde orang boleh ambik ke? Kaki kau berjahit tu..”

“sikit jek. Tolong arr. And, thanks. Ubat semua. Tolong aku ngan Nisa lagi.”

“takpe. Silap aku gak.”

“K 1200 S kau ok? Cuak gak aku terosakkan bmw orang..”

“aku ingat kau pengsan?”

“sempat la aku usha 2 saat sebelum jatuh pengsan atas tar.” Sengih.

“kenal gak kau motor.. adik kau cakap kapcai tadi.”

“dia kenal sebenarnya.. tu mesti emosi terlebih.”

Hahaha.

“motor aku ok.. langgar orang, bukan langgar tiang. Eh, betul kau nak balik naik teksi ni?”

“aku tak mintak naik teksi kalau motor kau muat tuk 3 orang..”

“boleh je kalau nak test..”

“hoho.. aku taknak jumpa another I’zrael..”

“kira jumpa this I’zrael nak la?” Iz buat muka blur tunjuk muka sendiri.

Tiba-tiba wad senyap. Pakcik katil sebelah dah genggam cadar. Akak katil depan dah ternganga. Makcik selang satu katil dah nak biru muka dia. Abang yang tengah jalan dengan dua topang diketiak berhenti berjalan. Semua mata pandang pada satu arah.

“I told you.. jangan sebut nama aku.. lagi-lagi dalam hospital..” Iz sengih sambil berlalu keluar daripada wad.

Hahahaha. Nisrin pulak jadi tumpuan mata.

“err.. kawan.. nama memang I’zrael.” Sengih. Barulah wad riuh kembali. Nisrin tepuk dahi. Apela!

10 minit kemudian..

“erm, cab ada kat pintu luar. Jomlah.. nak aku tolong?” Iz berkata sambil pandang Nisrin yang susah payah nak berdiri.

“takpe.. Nisa boleh tolong.”

“nak kerusi roda ke?”

Haaaa?

“takpe kot.. kaki aku ni rasa ada daya lagi nak jalan.”

“apa kata aku je yang tolong papah kau.. Nisa nampak macam susah je..”

Nisa menjeling. “kau nak menggatal ek?”

“tak! Aku betul nak tolong je..” budak ni.. suka-suka ingat aku nak menggatal..

Nisa memapah Nisrin yang jalan terhinjut-hinjut keluar wad. Iz mengekor di belakang. Dia kesian sebenarnya.. tapi nak tolong, tak kasi pulak!

Sampai di teksi, Iz tolong membukakan pintu belakang.

“erm, ada nombor telefon?”

“nak buat apa?”

Ish!!! Garang betul la budak Nisa ni.. aku tanya kakak dia.. bukan dia..

“bila luka dah kering nanti, nak bukak balik jahitan tu.. call la aku. nanti aku bawak la.. kalau ada yang nak kena bayar lagi nanti, kau tak payahla bayar.” Iz explain panjang lebar pada Nisrin.

“err.. aku takde handphone.”

‘Erk? Again.. aku sangsi aku langgar manusia ke makhluk lain..’ Iz berkira-kira dalam hati.

“takpelah. Ambik nombor aku. ada pen?”

Nisrin membongkar sling bagnya.

“takde.”

“erm, uncle.. ada pen dengan kertas tak?” Iz kuatkan suara sikit bertanya pada driver teksi yang berbangsa india.

“saya kasi ini pen tapi kertas tada la.. ambik ini surat khabar boleh ka?” uncle tadi hulur pen dan surat khabar bertulisan tamil. Belasah je la!

Iz koyak sikit bahagian hujung dan conteng nombornya.

“nah. Ambik arr. Kalau balik nanti mak ayah kau marah ke hape.. call je la. nanti aku explain. Pastu nanti nak gi hospital balik, call aku jugak.”

“okey.. mekaseh..” Nisrin sambut huluran Iz dari tingkap teksi.

“okeh. Baik-baik. Bye Nisrin. Nisa, bye.” Iz sengih.

“bye. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam…” Iz perhati teksi itu berlalu. Dia berfikir-fikir. Apa yang aku lupa ek? Macam ada lupa something.. tapi tak ingat apa dia..

Ya Allah! Motor aku! shit! Iz terus berlari ke arah jalan ke Tasik Titiwangsa.

Di dalam teksi..
Nisrin tersengih-sengih pandang cebisan surat khabar tamil tadi. Kelakar lah kau Izrael.. baik pulak tu..

Nisrin rewind kembali apa yang jadi didalam hospital. sengih. dia dah terlupa pada apa yang dia nampak di tasik sebentar tadi..

Wednesday, December 24, 2008

bidadara =10=

“akak, nanti kita pergi pusing-pusing tasik nak?”

“tasik mana pulak dah Nisa nak pergi ni.. malam tadi mimpi minum air tasik ke?”

“takla.. tapi kan, semalam Nisa mimpi best..”

“apa dia?”

“Nisa pergi tasik, taktaula tasik dia nama apa.. pastu, ada pelakon tengah shooting.. nak pulak tu, yang tengah shooting tu, Hiro Mizushima!!”

“makhluk mana pulak tu?”

“alah akak ni! Nanba Senpai.. dalam cerita Hana Kimi tuh.. cerita jepun tu..”

“owh.. cakap pasal hero cerita jepun memang haram la akak nak kenal.. akak keje la, bukan macam dia! balik skolah terbongkang depan tv!”

“jom la akak.. “

“sebab nak layan mimpi Nisa semata-mata? Gilo po..”

“jom la… jom la..”

“tapi kena tunggu akak balik dari kedai la.. eh! Nisa ni taknak tolong mak kat kedai ke cuti-cuti ni?”

“kita nak study..” Nisa jelir lidah.

“uuuuhhh… memang sikit, sikiiiiiit je lagi akak nak percaya.”

Hahahaha.

“ala.. ni pelajar harapan sekolah ni.. toksah risau la..”

“pergh… gila arr. Siapa la yang bagi title tu.. dia kena pukau agaknya..”

“tak main la orang bagi… kita letak title sendiri..”

Hahahaha. Bengong tul adik aku ni. nasib la dia ni pandai sikit dari aku. sikit? Pandai banyak la kot. Kalau tak, mau meraung mak aku. dapat dua-dua anak takmau belajar!

“okey la! Kitorang pegi dulu. jaga rumah ek. Jangan bila kitorang balik nanti rumah dah tak serupa rumah!”

“heleh.. macam la dia tu rajin berkemas sangat.”

“woi..woi.. mengata kakak kandung sendiri.. kira derhaka ni..” Nisrin meluku sikit kepala adiknya.

“mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tengok akak ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“pagi-pagi dah bising la korang ni. malas dah mak tatap muka akak Nisa tu.. jemu!”

Hahahaha. Nisa mencebik. Apa dorang ni segerombolan ke?

“mak, mak tau tak.. mak dah menyebabkan seorang pelajar harapan sekolah marah. Maka, mak menyebabkan dia berisiko tinggi untuk tak skor exam, then menghancur-luluhkan harapan tinggi sekolah pada dia.” skema habis Nisrin buat ayat.

“mana pelajar harapan sekolah tu? Eleh.. baru semalam mentor kelas dia telefon mak, ‘Pn.Nina, hari ni Nisa buat hal lagi. Kali ni dia simbah habis toilet pelajar lelaki dengan cecair pekat pencuci.’ Adoi… sakit kepala mak dengar..”

“fulllamaaakkkk…. Bravo untuk anda adikku.. tahniah.. tahniah..” Nisrin menjabat tangan Nisa dengan muka kagum. Nisa tarik senyum bangga.

“elok lah tu! Minggu depan dia call, apa ntah lagi yang adik Nisrin tu buat! Ajarlah dia buat benda-benda nakal tu. Ajar sampai pandai..”

“Nisa, nanti akak ajar ‘langkah-langkah mengenakan junior yang kerek’ okeh?”

“Nisrin!!!!!!!!!!!!!!!!!!” mak jerit kuat.

“alah mak ni.. main-main je tu..” Nisrin buat muka tak bersalah.

Dia kalih pandang pada Nisa semula. “adikku Nisa disayangi, eloklah kamu menuntut ilmu sehingga ke negeri China. Bergurulah kamu dengan para ilmuan yang bijaksana. Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam pencarian berguna untuk masa depanmu.” Selamba Nisrin berkata sambil memeluk bahu Nisa.

“haish dia ni! buat main pulak..” Pn.Nina beralah. Nisrin ni.. suka main-main! Susah betul nak serius..

Hahaha. Alah mak ni.. sentap pulak pagi-pagi ni..

“dah la mak. Jom le kita gerak. Pelajar harapan sekolah nak study tu. Tak boleh kacau!”

“muntah mak dengar perkataan ‘pelajar harapan sekolah’ tu. Jomlah Nisrin..”

“haha. Mak tengok jelah spm Nisa nanti.. hehe.. bye mak.. bye akak..”

“assalamualaikum!”

“waalaikumsalam…. Mmuah!” Nisa lemparkan flying kiss. Betul boleh buat loya tekak..

Lewat petang itu….

“Nisa, balik la jom.. habis pusing utara selatan timur barat semua…. Nak carik pe lagi?” Nisrin mengeluh. Jangan kata dia nak carik orang Jepun shooting drama! Mau tahun depan pon aku tak jejak rumah lagi..

“hurm.. barat daya? Tenggara? Barat laut? Kita tak pergi lagi kan.. haha.. ala..6.30 kita balik la..”

“hee.. menyesal betul! Dah la lesap awal dari kedai mak, pastu boleh pulak makan angin kat sini..”

“hah! Ok lah tu… makan angin…”

“ye sangat lah tu.. badan akak pun dah ‘hangin’ ni!”

“eeehh!!!! Tengok tu!!!!!!!!!” Nisa dah tarik-tarik Nisrin ke belakang pokok.

“apahal ni? ni dah macam gaya peng-ushar dah ni..”

“ssshh.. akak diam la.. tu, diorang yang membelakangkan kita tu.. sebijik macam dalam mimpi Nisa! Dari belakang la.. taktau la kalau pusing nanti memang betul Hiro Mizushima!”

“aarrrrr… kenapa aku dapat adik macam ni.. mula-mula bidadara, lepas tu percaya mimpi.. hadoi..”

“ssshh!! Akak diam la! tengok tu!”

Nisrin berhenti mengomel dan tercarik-carik manusia serupa Hiro Mizushima (dari belakang la..) yang macam Nisa cakap tadi. Oh.. ada sorang lelaki dengan seorang perempuan,lelaki tu bersandar pada bahagian depan kereta, perempuan tu dekat tepi tasik. macam kapel je diorang tuh.. dua-dua muka serius.. ish! Kan aku dah jadik cam Charlie’s Angel.. betul la Nisa ni.. pengaruh jahat betul..

“ala.. macam serupa.. tapi tak sama.. Hiro kurus kering.. lelaki tu pulak cam tak kurus sangat.. heroin dia time tu pendek je.. tapi ni tinggi melampai.. Hiro bawa kereta Honda.. ni Rexton.. jom blah ar kak.” Nisa buat muka hampa.

Hurm Nisa ni.. dia yang tadi beriya.. tiba-tiba Nisrin terfikir sesuatu. Dia berhenti bergerak. kejap.. kejap.. Rexton???????????????????????????
Zapp! Nisrin kalih balik tengok. Eh??? Nisrin diam. Riak muka berubah.

“asal mendung je rupa akak ni?”

“takde apelah. Jom balik.” Nisrin tarik tangan Nisa kebelakang.

“eh.. tapi taxi stand kat sane..” Nisa kerut dahi. Tangannya ditunjukkan kedepan. Mamai hape akak aku ni? nak terjun tasik?

“apa-apalah!” Nisrin rentap kembali tangannya pada pergelangan Nisa.

“takkan dia marah sebab tu bukan Hiro Mizushima? Siapa yang patut kecewa sebenarnya sekarang ni? aku kan?” Nisa ketuk kepalanya sendiri. Haiyaa.. tak paham!

Tuesday, December 23, 2008

bidadara =9=

“Nisrin, hari ni jadi tengok ayah?” Pn. Nina melaung dari dapur.

“jadi mak! Kenapa? Mak tak jadi ikut ke?”

“tak boleh tinggal kedai hari ni Nisrin.. Ija cuti.. nanti Kak Yan sorang-sorang kesian pulak..” mak keluar sambil bawa pinggan berisi roti telur.

“hmm.. takpelah. Nisrin pergi dengan Nisa je.” Auch! Melecur tangan aku..

“kirim salam ayah ye Nisrin?” sayu suara mak.

Roti di tangan tak jadi disuap. Nisrin memandang maknya.

“insyaAllah mak.. ada apa-apa lagi ke nak pesan?”

“cakap dengan dia, jaga diri elok-elok.. ingat Allah selalu.. jangan lupa kat anak-anak.. jangan lupa dekat mak ni..”

“haha. Nak jugak tu!”

“mestilah nak.. ayah tu je lelaki yang pernah mak sayang.. yang pernah mak letak dalam hati mak ni.. ayah pada anak-anak mak..”

“mak pesan lah ‘I love you’ kat ayah!” Nisrin senyum mengusik.

“ada ke! Nisrin ni buat segan mak je!” Pn. Nina sengih dan berlalu ke dalam bilik.

Hmm.. mak..mak.. tak pernah berubah.. bertuah ayah.. mana nak carik perempuan macam mak ni.. dari dulu, tak pernah sepatah pun keluar kata-kata yang teruk tentang ayah dari mulut mak. Walau orang lain galak mengata, mak diam je. Kesabaran mak tak ada had agaknya. Mungkin inilah orang kata, cinta suci. Cinta sehidup semati. Senang dinikmati, susah ditempuhi. Syahdunya aku pagi-pagi ni…

“hah!”

“Nisa! Nak akak mati cepat ke?” Nisrin mencebik pada Nisa.

“haha. Dah berlubang dah dinding tu akak tenung. Jomlah, nanti susah dapat teksi.”

“mak! Kitorang pergi dulu ye!” Nisa dan Nisrin tunduk salam ibu mereka.

“jalan elok-elok.. ingat pesan mak..”

“ye.. Nisrin ingat.. cakap ‘I love you’ kat ayah!”

“ish budak ni tau!” Pn.Nina memukul sikit lengan anak sulungnya itu.

Inilah rutin mereka setiap bulan. Paling kurang, sekali mereka akan melawat ayah. Kalau Nisa dan mak tak boleh pergi, kadang-kadang Nisrin pergi jugak sorang-sorang. Dia ingat, itu ayahnya. Orang yang membesarkannya. Walau kasih sayang yang sempat dirasa tu cuma sekejap, tapi nikmatnya tetap ada. Gurauan ayah, teguran ayah, kenangannya bersama ayah, tak pernah dilupa. Pedulikan apa orang nak umpat. Orang nak kata. Mulut orang, tak boleh nak tutup. Tapi kita yang ada akal dan kesabaran ni, kenalah tahan. Lantaklah! Suka hati la orang nak mengata ayahnya, sikit pun tak menghakis sayang Nisrin pada ayah. Memang ayah salah, tapi kesalahan tu tak buang pangkat ‘ayah’ pada Nisrin dan Nisa.

Penjara Sg.Buluh senyap sunyi. Memang begini keadaannya sentiasa. Rahim memandang anaknya yang sedang menunggu. Tangannya yang digari dibuka. Dia duduk. Mengadap dua puterinya.

“assalamualaikum ayah!” Nisrin dan Nisa senyum. ceria saja. Ya.. mereka sudah biasa. Dah hampir lapan tahun. Tiada kesedihan lagi di riak muka mereka.

“waalaikumsalam.. mak tak datang?”

“amboi.. terus tanya mak! Mak tak boleh tinggal kedai hari ni.. Ija cuti..” Nisrin pantas menjawab.

“ayah sihat ke? Ok ke bulan ni?” Nisa pula menambah.

“ayah sihat je.. ok. Batuk-batuk pun dah kurang.. biasalah orang tua..” Rahim sengih.

“mana ada tua.. macho lagi apa..”

Hahaha. Nisa dan Nisrin gelak bersama.

“Nisrin dengan Nisa ni.. suka usik ayah. Lama-lama macam ni, ayah boleh kembang semangkuk!”

“haha. Haa.. yah, mak kirim salam. Dia ada pesanan untuk ayah..”

“apa dia?”

“mak kata.. ehem!ehem!” Nisrin membetulkan suaranya. Nak berkata lemah lembut, macam mak!

“cakap dengan dia, jaga diri elok-elok.. ingat Allah selalu.. jangan lupa kat anak-anak.. jangan lupa dekat mak ni..”

“insyaAllah.. cakap dekat mak, ayah tak lupa. Cakap dekat mak lagi, terima kasih ingat dekat ayah ni.. siapalah ayah.. tak layak untuk mak kamu tu.”

“alah ayah ni.. sedih la pulak Nisa..”

“betul Nisa, Nisrin. Jaga mak kamu tu. Jaga elok-elok. Jangan biar dia keseorangan. Nanti bila Nisa dengan Nisrin dah dapat kerja elok, dah kahwin pun, jangan tinggal mak. Ayah ni dah terkurung dalam ni. dah tak ada fungsinya lagi. Kalau dulu ayah tak pegang benda bodoh tu kan bagus.. takdelah macam ni jadinya. Ayah ni ibarat mensia-siakan perasaan orang yang ayah sayang..”

“dah la ayah.. apa cakap macam tu.. jangan risau, Nisrin dengan Nisa takkan tinggal mak..”

“mak tu nampak je kuat. Dia lemah sebenarnya. Kalau takde Nisrin dengan Nisa, entah apa la jadi pada dia. sebab tu, kalau dia marah sikit, jangan lah kamu ambik hati ye..”

“iye ayah.. Nisa takkan buat macam tu punya.. ayah ni, tiap kali datang sini, sedih je ayatnya..”

Rahim tersenyum. Digosok-gosokkan kepala anak bongsunya itu.

“ayah, mak ada pesan lagi tau!” Nisrin sengih.

“apa dia?” Rahim kerut kening.

“mak cakap… ‘I love you’..!”

“eeh! Tu memang ayah tak percaya..Ni mesti Nisrin je yang tambah-tambah ni..”

Hahahaha.

“ala yah.. bukan apa.. kak Nisrin tu sekarang memang dah pandai nak bercinta..”

“ye ke Nisrin? Aish.. tak sabar ayah nak jadi wali..”

“mana ada ayah! Suka-suka je Nisa ni.. Nisrin ni mana ada orang nak pandang..”

Rahim menyentuh tangan Nisrin. “Nisrin, jangan rasa rendah diri sebab ayah. Ini salah ayah, bukan salah Nisrin. Kalau lelaki tu ikhlas, boleh terima Nisrin yang ada ayah dalam penjara macam ni, apa salahnya Nisrin bercinta. Cuma ayah nak pesan, jangan sekali-kali menipu.. ayah tau ayah ni beban yang memalukan, tapi ayah nak lelaki yang terima Nisrin nanti betul-betul ikhlas.. kalau Nisrin menipu, nanti ayah takut lagi buruk padahnya..”

“ayah.. jangan lah macam ni.. Nisrin tak pernah malu dengan ayah. Pergi mana pun, Nisrin tetap bawa nama ayah. Ayah bapa yang baik.. Cuma ayah pernah silap.”

“hmm.. dah besar dah Nisrin. Macam tak percaya je ayah tengah cakap pasal kahwin dengan anak dara ayah ni..”

“lambat lagi la ayah..”

“ayah tau tak? Kak Nisrin jumpa bidadara!” Nisa pantas memotong.

Ish Nisa ni! aku luku jugak kang…

“bidadara? Dia ada kepak ke? Ke.. ada gelung cahaya atas kepala?”

Hahaha.

“ayah ni… memang bijak la! Nak betul la tu..” Nisrin cuba berseloroh.

“tak kisah la bidadara ke, para-para ke, ayah ok je..”

“haha. Para-para? Ada ke ayah?” Nisa dah tergelak sakan. Polis pandang je..

“entah. Ayah mana tau.” Rahim sengih.

Masa dah habis… sekejap sangat rasa.. memang seumur hidup, ini jelah caranya nak jumpa ayah. Harap ajal aku lambat.. aku nak jumpa ayah sehingga ayah keluar dari tempat ni. walau masa tu, ayah dah ke alam lain.

“hmm, bulan depan bawa mak ye? Nisa, buat spm betul-betul nanti.”

“insyaAllah ayah..” Nisa tunduk salam ayahnya.

“balik dulu ayah..” giliran Nisrin pula.

“Nisrin, jaga mak dengan adik.”

“habis tu? Nisrin siapa nak jaga?”

“aih.. bidadara kan ada?”

Hahaha. Nisa dan Rahim gelak.

“ayah ni apela.. layan cerita dongeng macam Nisa jugak!”

Monday, December 22, 2008

bidadara =8=

“assalamualaikum..”

“ha.. Encik Luth.. nak hantar barang? Nanti makcik panggilkan Nisrin..”

“eh.. takpe.. makcik.. saya cuma nak bagitau.. saya nak batalkan tempahan..”

“apa?” Nisrin yang baru keluar dari bengkel terhenti.

“betul Encik Luth nak batalkan? Tapi, semuanya dan nak siap dah.. kan minggu depan je majlis tu?” Puan Nina menambah.. rugi la macam ni!

“takpe makcik.. barang yang dah siap tu, saya bayar. Makcik jangan risau.”

“betul ni nak batalkan?”

“ye makcik.. betul.”

“hmm.. takpelah kalau macam tu.. nanti kamu bincang dengan Nisrin lah.. dia yang buat semua tu..” Puan Nina berlalu meninggalkan Luth.

“betul ke?” Nisrin lantas bertanya sambil meletakkan bakul ke meja depan.

“betul lah. Takkan nak main-main pulak.” Luth senyum.

Biar benar mamat ni.. takde rupa frust pun.. kot la menonggeng ke.. terguling ke..

“kenapa pandang pelik?” Luth tanya sambil kerut dahi.

“awak okey ke?” Nisrin tanya ragu-ragu.

“ok.”

“Luth..saya tanya betul-betul ni.. “

“saya ok la.” Senyum lagi.

“kalau awak nak cerita apa-apa, saya ada.”

Sengih. “awak ni.. ada sixth sense eh?”

“saya agak je..”

“awak.. free tak sekarang?”

“saya kena tanya..”

“big boss?” Luth pantas memotong.

“hahaha.”

“biar saya tanya.”

Di dalam kereta….

“kita nak pergi mana?” Nisrin bertanya. Matanya dikecilkan. Time tengahari ni memang la tak suka naik kereta. Cahaya matahari memancar-mancar.

“silau?” Luth bertanya sambil memanjangkan tangannya menurunkan penghadang diatas kepala Nisrin.

Alahai..

“hmm.. awak tuang office hour eh?”

“takla.. saya ada site visit hari ni.. habis awal, balik awal la..”

“heh. Senang nya jadi project manager.. “

“banyak la awak punya senang.. seminggu dalam 3 hari turun site.. mana dengan kerja kat office, meeting dengan admin, meeting luar dengan designer group lagi.. becoming project yang melambak nak kena tengok…”

“huuuuu.. susah jugak.”

“tu tak masuk pergi tempah hantaran, jemput girlfriend, beli barang hantaran, putus dengan girlfriend, pergi batalkan tempahan..”

“kira hebat la awak.. boleh jadi superhero.” Nisrin menongkat dagu memandang Luth.

“betul la saya tengah cakap dengan budak-budak..”

“eh! I’m 20 la!”

“kira budak lah tu.. budak la dari saya..”

“kira saya boleh panggil awak pakcik la kan, tak pun kalau nak glamer sikit panggil Uncle Luth.. haa, takpun panggil Uncle Long.. baru la macam pangkat bapak sedara..”

“awak ni banyak mulut jugak kan?”

“awak tu lagila.. loyar buruk.. pastu suka gertak orang..”

“Nisrin, tarik tudung tu karang!”

“eeh.. macam budak sekolah rendah! Hahaha..”

Luth tarik sikit tudung Nisrin kebelakang.

“ahhh!! Jangan la Uncle Long..”

Hahaha.

Di Tasik Titiwangsa…

Luth memilih tempat yang redup untuk letakkan keretanya. Boot dibelakang kereta dibuka. Luth dan Nisrin duduk dilantai boot itu. Kaki kedua-duanya dijuntaikan ke bawah.

“bagus jugak ada kereta besar ni.. “ Nisrin mengomel.

“puji kereta je?”

“drivernya pun bagus jugak!”

“bagus sangat la yang sampai kene dump tu..”

“saya nak tanya sikit, tapi awak jangan marah laa..”

“apa dia?”

“macam mana boleh putus?”

“salah saya.. Azira perempuan baik. Saya yang tak pandai jaga. Dia baik sangat. Dia tak pernah merungut saya sibuk. Dia tak pernah marah saya kalau saya salah. Dia tak pernah melawan. Tak pernah mengadu. Saya yang teruk..”

“janganlah salahkan diri sendiri..”

“dah memang betul..”

“awak baik la.. tengok, teruk mana pun Azira, awak tak pernah buruk-burukkan dia.. selagi awak mampu, apa dia nak, semua awak bagi.. awak boleh mintak maaf bagi pihak dia, awak bersabar dengan dia kerenah dia, awak takdelah teruk sangat..”

“tak teruk sangat tu kira teruk jugak la eh?”

“teruk sikit la.. part garang and temper tu..”

Hahaha.

“tu lah masalahnya. Saya ni suka marah-marah dia. memang patut kena tinggal.”

“hmm.. macam mana awak boleh bercinta dengan Azira?”

“dulu, dia yang mintak jadi girlfriend saya. Saya ni, tak pernah terfikir pun pasal relationship ni. entahlah. Mungkin masa tu taknak hampakan kawan sendiri. Saya takdelah sayang dia sangat. Saya accept je. Ayah saya ada cakap, walaupun tak pernah terfikir nak ada girlfriend, tapi bila dah ada tu jaga la betul-betul. Saya try.. tapi tulah.. garang sangat..”

“awak nampak macam kecewa.. kata tak sayang sangat?”

“bila kita rapat dengan seseorang tu.. kemudian ditinggalkan.. kita akan rasa macam.. kehilangan. Walaupun tak sayang sangat.. tapi rasa orang yang dekat dengan kita dah disappear. Hilang. Ghaib. Padan muka saya.. all my faults. My weakness.”

“sometimes weakness can be your strength.”

“hurm?”

“guna lah sikap buruk awak tu untuk benda baik. Untuk buat orang hormat dekat awak, untuk tegur kesalahan orang lain, untuk defend diri awak dari kena buli.. macam tu lah..”

“now you sounds like an adult.”

“I am Uncle Long.”

Hahaha.

“tapi.. memang susah lah saya nak ada girlfriend macam ni..”

“boleh.. tapi orang tu mestilah faham kerja awak, tak ambik kesempatan atas kebaikan awak dan harta awak, tak melawan bila kena gertak, terima teguran pedas awak tu..”

“macam awak?”

Gulp!

“siapa lah saya ni.. tak layak untuk awak..” Nisrin mencebik.

Hahaha. Luth gelak tengok ekspresi muka Nisrin. Konon comel la tu!

Kring..kring.. apek aiskrim lalu.

“ey budak kecik! Nak aiskrim?” Luth bertanya.

“Uncle Long nak belanja kita ke? Waa.. sukanya.. nak Cornetto chocolate”

“tak payah! Budak kecik makan aiskrin seringgit je!” Luth sengih dan berlalu ke apek aiskrim tu.

Ceh! Apa punya bapak sedara.. dengan anak sedara pun nak kedekut!

Sunday, December 21, 2008

bidadara =7=

“Nisa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Ya Allah.. boleh runtuh rumah ni..

“apa jerit-jerit ni..”

Nisrin lantas melempar badannya atas katil Nisa.

“ish.. sempit lah.. apa akak ni.. tudung tak bukak, pergi mana tadi?”

“huh.” Nisrin melepaskan nafas sambil tutup mata.

“eh.. Nisa tanya ni..”

“akak keluar dengan Luth. Ingat tak boyfriend si kuno yang kita jumpa dekat Jusco tu? Pembawa malang!”

“kenapa panggil dia macam tu?”

“first time kitorang jumpa, dekat SSF. Akak terhantuk pintu lif and teraburkan ribbon. Second time jumpa dekat Jusco tuh. Dahi akak kena penyangkut baju. Third, dia datang buat tempahan pertunangan dia dekat kedai mak. Akak tergolek jatuh tangga loteng. Fourth, dia datang pagi tadi kat kedai, akak kena hempap dulang. Fifth, tadi dia ajak beli barang hantaran dengan girlfriend dia.”

“and?”

“what?”

“apa pulak balanya?”

“itu lah dia! keluar dengan dia!”

“hmm.. jap. Setiap kali kena bala tu, apa pulak dia buat?”

“masa dekat SSF tu, dia perli. Persilakan akak keluar bila pintu lif dah bukak. Second time, kan dia mintak maaf on her girlfriend behalf. Third, dia sengih-sengih tolong angkat kotak and bunga yang hempap akak. Fourth, he said that I’m cute. Fifth, dia bagi ni.”

Nisa menyambut huluran paper bag dari tangan Nisrin.

“waaaaaaargh!!!!!!!!!!! Gila ar! Nisa pernah nampak dalam majalah je kot brand ni..”

“itulah pasalnya.. pembawa malang betul..”

“mungkin bukan.”

“habis tu?”

“dia ibarat bidadara.”

“bidadara?”

“yup. Bidadara yang akan turun dari langit untuk tolong manusia yang dalam kesusahan.”

“too much fairytales la sis.”

“believe me…”

“dia takde bagi pertolongan pun.. terkena je bala..”

“tapi, perasan tak mesti ada sesuatu yg datang kemudian.. nice things.”

“kalau betul la, mesti dia ada tongkat sakti, then spell a magic.” Haha.

“the magic will happen..” Nisa kenyit mata.

“huh?”

“maybe magic tu boleh ubah fikiran akak..”

“bout what?”

“rendah diri sebab ayah then block hati untuk sesiapa..”

“orang takkan faham Nisa…”

“ada orang yang akan faham..”

“orang takkan boleh terima..”

“ada orang yang boleh terima..”

“siapa?”

“bidadara.”

Puk! Nisrin baling bantal pada Nisa.

“berangan! You and your fairytales.. gila. It won’t happen.”

“it will…”

**********************************************

“Luth.. you rasa apa yang kita buat ni betul ke?”

“I tak faham.” Luth kerut dahi.

“you rasa.. hubungan kita baik ke selama ni?”

Sengih. “do you really want an answer?”

“Luth.. I serius..” Azira muka risau.

Diam.

“Azira, you kenapa ni?”

“I rasa macam.. entah.. I taktau nak cakap macam mana. I rasa macam..” muka Azira berkerut macam tahan airmata.

“shhh.. slow-slow.. you kenapa ni…” Luth menghadap muka Azira. Risau.

“I rasa kita tak patut tunang.. kita.. kita.. kita putus?”

Luth terpempam.

“Azira.. I selalu sangat marah-marah you ke? I teruk, I tau.. I mintak maaf.” Perlahan suara Luth memujuk.

Azira dah meleleh airmata. Kenapa la dengan lelaki ni…. aku susah nak faham! Kalau dia buat perangai, sakit hati sangat-sangat… kalau macam sekarang ni, aku lemah! Sungguh..

“entah. Mungkin bukan salah you je, tapi salah I.. salah kita..”

“tell me..”

“entah..” airmata laju keluar.

“kita dah nak tunang..”

“cancel je… apa-apa yang you beli tu, I ganti balik. Duit you yang I pakai pun, I ganti balik..”

“I taknak.. ”

“jangan macam ni Luth..”

Humph. Luth mendengus.

“so, it’s over?”

“it’s over.” Tenggelam suara Azira dalam sedu nangisnya.

“you tak sayang I?” Luth bersuara lemah.

“kalau I tanya you the same question, you boleh jawab?”

Diam.

“tak kan? Jadi buat apa I nak jawab. Benda yang makin buat I sakit.”
Azira menyambung lagi, “Hmmph..I’m sorry. Patut dari mula benda ni tak payah berlaku. Salah I.”

“salah I jugak..” Luth menjawab lemah. Pandangan dilemparkan keluar. Menyembunyikan hampanya. Ya.. dia hampa.

Diam. Senyap. Sunyi.

“kita balik?” Suara Luth bergema perlahan dalam ruang kereta itu.

“hmm. Jangan turunkan I pulak kat tengah jalan..” sengih perli. Azira alihkan tisu dari muka.

“kenapa? You nak rasa lagi ke?” Luth gelak sikit.

“janganlah.. penat la berdiri 2 jam tunggu cab..”

“owh.. I ingatkan you berenang..”

“teruk punya ex!”

Haha. Luth gelak tawar.Terkilan. Macam ni je ke ‘kita’ Azira?

Saturday, December 20, 2008

bidadara =6=

Di klcc…

Buntang mata Azira tengok bakal tunang dia. Ewah.. elok berjalan dengan perempuan. Bawa orang gaji ke? Tolong bawa beg?

“assalamualaikum.” Luth dan Nisrin mendekati Azira.

“waalaikumsalam.” Azira menjeling tajam. Perempuan ni ke…. Si kalut!

“hai.. Nisrin.” Nisrin senyum sambil hulur salam.

Ek? Tangan aku terbiar tak tersambut?

Azira peluk tubuh. Menyampah!

“ehem! Tangan dah kudung ke? Tak reti-reti nak salam?” Luth tegur tegas. Malu aku dapat girlfriend gini.

Azira sambut salam sesaat. Jadilah tu. “Azira.”

Heh. Tau kecut! Luth pandang dengan ekor mata.

Reaksi Nisrin? Entah. Pelik. Kenapa ni? Tak paham aku. Dia benci aku sangat-sangat ni pahal? Patutnya aku yang benci dia kan? Kan? Kan? Aku tengok diorang ni pun lain macam je.. aku ni, mangsa keadaan ke? Ke.. nak suruh aku jadi pengaman? Tapi aku rasa aku ni dah jadi kayu api.. dah berasap gamaknya perempuan ni. ok lah tu. Luth jadi petrol. Api? Dia yang nyalakan sendiri!

“Nisrin ni yang buat hantaran kita nanti.” Luth mula bersuara.

“kenapa ajak dia?” Azira buat gaya jeling-jeling menyampah.

“dah you kata taktau nak beli apa.. I ajak la dia!”

“whatever.”

“ok. So, first thing, nak beli apa?” Luth bertanya baik.

“nak beli kat sini ke?” Nisrin kecilkan mata dan kerut muka.

“dah ada kat sini! Beli kat sini la!” Azira menjawab kasar.

Ek eh… kalau tak mengenangkan dia ni customer (merangkap customer jugak la kan?) lame dah aku balik.

“erm.. kat sini.. carik cincin atau kain dulu lah.” Nisrin jawab perlahan. Malas aku nak panjang-panjang cerita.

“Nisrin, awak jalan depan dulu..” Luth bersuara sopan.

Nisrin berlalu. Beberapa tapak dihadapan.

“berani la buat macam tu lagi.” Luth bagi amaran. Walaupun suara dia rendah, tapi tetap aura api tu rasa sampai ke organ dalam!

Eh.. tiba-tiba Nisrin berhenti berjalan. Aku ni nak pergi mana? Aku bukan tourist guide la! Dia paling kebelakang,

“erm, Azira nak beli cincin kat mana?” sopan sungguh Cik Nisrin hari ni ye.. dalam hati? Toksah cakap laa…

“kita pergi Tiffany la.” Azira dan Luth berjalan berdua dihadapan.

Owwwwkeyyyy… aku sekarang jadik macam bibik.. mengekor majikan! Dia nak pergi mana tadi? Tiffany? Cincin tunang? Tak tau pulak aku project manager ni kerja cop duit sebenarnya..

Nisrin, Luth dan Azira memerhati aksesori didalam almari kaca itu.

Mak.. memang bagus mak suruh Nisrin ikut.. kalau tak sampai tua tak merasa masuk kedai gini.. fuuuuuh.. tengok pun jadilah..

“I suka ni!” Azira tunjuk ke arah satu cincin.

Ha?? Takde batu lagi besar ke dia nak?

“124 ribu??????? You gila ke?!” Luth tersentak.

“erm.. biasanya bertunang pakai cincin simple je. Yang takde batu. Just a ring. Kalau yang macam Azira nak tu… boleh.. tapi untuk nikah la.”

“you dengar tu?”

Azira mencebik.

“ingat I ni kilang proses duit ke???”

“I tau you ada platinum credit card.”

“so?”

“guna la!”

“jap. Yang ada card tu, I. bukan you. So, yang gunanya I, bukan you. Kegunaannya untuk I, bukan untuk you.”

“kedekut la you ni!”

“last offer. Habib.”

“ala…”

“kalau tak kita beli cincin Sinma. 5 ringgit je. Tak payah susah-susah tenyeh card, I bayar cash!”

“ala Luth..”

“ok! Sinma!” Luth gertak.

“eh!!!!!!!!!! Ok.ok. Habib.”

Nisrin tunduk sorok muka. Adoi.. betul aku rasa nak gelak terguling kat lantai klcc yang kilat bersih ni.

Dah habis beli cincin.. sekarang gerak nak beli kain pulak.

“kain yang nak beli ni, biasanya kain yang nak pakai nanti masa nikah. Jadi, kalau perempuan, beli la lace atau silk, kalau lelaki, biasanya kain satin je.” Nisrin explain panjang lebar.

“ok lah. Jom naik atas. Pergi Euro Moda.”

Luth dah geleng kepala. Mau habis duit gaji aku setahun ni..

Pilih punya pilih.. Berjaya gak beli. Dah bergulung-gulung kain bawak turun. Acu kat badan, acu kat tangan.. gaya macam nak bukak kedai kain.

Tengah jalan-jalan tu..

“eh.. jom masuk sini!” mata Azira dah bersinar-sinar nampak papan tanda Karen Millen.

Azira meluru masuk. Luth hanya tunggu di luar. Bersandar di palang. Ingat aku minat ke nak masuk?

Nisrin pula dari tadi macam kena pukau. Matanya tertancap pada baju yang bergantung selang satu kedai dari Karen Millen. Sehelai blouse cantiiiiiiiik sangat warna purple. Dia bergerak ke arah kedai itu. Makin dekat.. dan tiba-tiba dia berhenti.

‘Nisrin! Kau gila ke. Nama kedai dia Banana Republic. Komfem butik mahal ni.’ Nisrin berkata pada diri sendiri. Dia gigit bibir. Hurm.. pusing belakang. Patah balik.

“kenapa tak masuk?” terkejut aku!! Luth tiba-tiba menegur.

“tak minat la.” Nisrin cuba nak kelentong.

“tak minat ke.. takut dengan tag harga dia?”

Apa nak jawab nih..

“awak takde duit?” Luth bertanya perlahan. Mungkin taknak Nisrin kecik hati.

“ada.. tapi bukan untuk benda ni. Banyak lagi benda penting saya boleh beli.”

“kadang-kadang.. kita kena fikirkan kepuasan diri sendiri. Awak akan hargai bila awak dapat benda yang awak nak sangat-sangat. Memang betul, kita kena beli benda yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Tapi awak dah kerja penat-penat, you should get something for yourself.”

“itu kata orang yang berkepuk duit macam awak..”

“tapi tak semestinya orang yang duit tak berkepuk tak boleh dapat apa yang dia nak..”

“give me a way then.”

“mintak kat saya?”

“gila.” Nisrin berlalu meninggalkan Luth. Cakap.. tak guna otak!

Azira kelihatan melambai-lambai pada Luth. Mintak bayar la tu!

Luth yang dah paham sangat, terus keluar wallet. Bagi beberapa helai cash. Guna cash la pulak.. card dah nak terhakis kena tenyeh. Yang peliknya, Luth langsung tak masuk butik tu, tak tengok apa yang Azira beli, dan tak soal banyak!

“erm, saya nak balik dulu lah. Barang pun dah habis beli kan?” Nisrin mintak diri cara sopan dengan Luth. Azira masih kat dalam buat pembayaran.

“taknak makan dulu? lagipun saya dah janji dengan makcik nak hantar awak balik.”

“takpe-takpe. Saya dah biasa balik sendiri. Tau lah saya nak sampai rumah. Makan tu, nanti pandai-pandailah saya isi perut saya sendiri.”

“nanti. awak taknak tunggu Azira kejap?”

Aah kan.. takkan nak blah macam tu je? Mak aku tak ajar jadi tak sopan. Biarlah dia nak tarik jeling maut pun kat aku.

“awak tunggu sini ye.” Luth mengarah. Dia blah pergi mana aku taktau.

Azira keluar dengan senyum lebar. Nak terkoyak pipi aku tengok.

“Azira, saya nak balik dulu.”

“oh? Okeh. Luth mana?”

“taktau.”

“ok. Kalau jumpa dia nanti kata I masuk butik tu ye! Anyway, thanks! Bye..” dan Azira terus lesap. Entah mana pulak butik yang dia nak jelajah. Macam tu ke cakap terima kasih??

“eh, Azira mana?” tiba-tiba Luth bersuara dari tepi. Huh! Kuss semangat..

“dia kata dia pergi butik tu.” Nisrin tunjuk dekat deretan buti di depan. Dia pun taktau yang mana satu sebenarnya.

“oh.. nah.” Luth hulur satu paper bag.

Nisrin kerut dahi. Apa ni?

“upah.” Luth senyum.

Nisrin ambik dan….. Banana Republic??????????????????????

“eh! Saya taknak!” Nisrin tolak balik paper bag pada Luth.

“ambik la. Orang dah beli. Membazir.” Luth simpan tangan dalam poket.

“bagi la kat Azira.”

“ni saiz awak. Azira tak boleh pakai.”

“sa.. sa..saya… saya betul taknak.. a..a..awak janganlah..” Nisrin dah tergagap-gagap.

“ambik je lah. Anggap je rezeki awak. Mungkin jugak balasan awak bersabar dengan Azira.”

“tapi.. saya betul taknak.. tak payahla..”

“awak tak ambik, esok pagi-pagi saya datang kedai awak, pas dekat mak awak. Nak?”

Laju tangan Nisrin sorok paper bag ke belakang.

“err..saya balik dulu.” Nisrin terus pusing belakang dan jalan laju.

Heh. Luth tarik senyum sikit. Apela.. perempuan memang suka kena gertak eh?

Friday, December 19, 2008

bidadara =5=

“hello!”

“kasar betul suara. Lagi sekali you jawab macam tu, jangan harap I nak call lagi.” Luth bengang. Cukup baik la aku dah call..

“assalamualaikum.”

Heh. Lawak Azira ni. Luth tarik sengih.

“waalaikumsalam. Ni, I nak ajak beli barang hantaran. Minggu depan nak kena hantar dah kat kedai bunga tu. You dah ada list berapa meter barang yang nak beli?”

Betul buat aku berbahang Luth ni..

“I tak tahu!”

“tak tau? Takkan tak tau kot.”

“you ingat I ni pernah bertunang ke? Mana I tau!”

“tanya la mama you ke.. kakak you ke..”

“I sibuk la! Diorang pun sibuk! Kita beli la apa-apa. Lepas kerja I jumpa you dekat klcc.”

“ai, taknak I jemput ke?”

“tak payah!”

“ok lah tu. Nanti buang masa I nak berhenti tengah jalan turunkan penumpang.”

“eeeeh!! Luth Zafran!!”

“oh yeah.. how you went home last night?”

“apa you kisah?”

“ok. Bye.” Klik!

“ya Allah geramnya aku lelaki ni.. huh!” Azira mengomel sorang-sorang didalam office.

Petang itu.... at Impiana Florist..

“assalamualaikum.” Luth memberi salam di pintu kedai.

“waalaikumsalam.” Puan Nani mnyambut dengan muka ceria.

“makcik.. err.. Nisrin ada?” Luth teragak-agak tanya.

“kejap ye.. Nisrin!!!!”

Buk! Buk! Buk!

Bunyi dulang jatuh bertimpa-timpa. Ya Allah! Apa lagi ni??

Puan Nani dan Luth berkejar ke arah bunyi tadi. Bunyi tadi dengar macam dari arah bilik bengkel.

Sampai saja, kelihatan Ija dan Kak Yan sibuk memapah Nisrin. Di lantai, berterabur dulang hantaran. Tak payah fikir panjang dah tau, mesti kena hempap dengan dulang-dulang tu. Nasib baik yang plastic, kalau dulang tembaga macam mana? Mau luka parah.

Luth taktau nak buat reaksi apa. Gelak kang, macam tak berhati perut pulak. Nak buat muka selamba, bibir dah tak boleh control nak tarik sengih. Nisrin ni kena mandi bunga la.. orang kata boleh buang bala. Heh.

“Nisrin oii.. dulang tu tersusun elok je kat sudut tu.. tak kacau Nisrin pun.. macam mana boleh langgar ni?” mak tanya.

“kak Nisrin tadi terkejut kut makcik panggil. Dia tengah belek dulang tu tadi.” Ija jawab sambil sengih-sengih.

“aish.. Nisrin.. Nisrin.. ni ha, orang ni cari.”

Nisrin pandang depan. Haaaaaaaaaaaaaa… aku tau dah.. aku tau dah kenapa aku boleh jatuh.. ni ha, pembawa malang aku dah sampai. Kesian aku!

“err. Ada apa En. Luth? Nak hantar barang dah ke?” Nisrin bertanya lembut. Ni act ikut akal, kalau ikut hati tengking dah kut.

“tak..tak. hantar barang minggu depan kan? Macam ni, boleh tak awak ikut saya pergi beli barang hantaran?”

Apa diaaaaaa??????????

“err.. mana boleh encik.. ajak la girlfriend encik.” Relevan sikit la! Apa ajak aku?

“sebenarnya, dia pun taktau kena beli apa. Dia ada sekali nanti. Awak tolong teman je. Boleh?”
Issh.. tak pernah aku jumpa spesies macam ni.. betul la kata Nisa adik aku tu, dari planet mana dia datang?

“tapi.. saya banyak kerja ni. Macam ni, encik beli la cincin, kain buat baju, tempah kek ke.. kuih ke.. coklat ke..”

“kata hari tu ada 5 dulang?”

“yelah.. tambah bunga rampai dengan sirih, jadi la banyak.”

“kain dengan cincin tu nak kena beli yang macam mana?”

Erk?

“encik takde adik-beradik perempuan ke.. mak ke..”

“saya anak sulung. Adik semua lelaki. Mak dah takde.”

“oh. Aarr..sori..”

“takpe.”

“tunang encik? Macam tu jugak ke?”

“belum jadi tunang lagi..”

Tengok muka keruh Luth terus tak jadi nak tanya banyak-banyak. Macam mana ni?

“erm.. nanti saya tanya big boss dulu. saya tengah banyak kerja ni, takut dia tak kasi keluar.” Adakah cukup bijak alasan aku nih??

“takpe. Biar saya yang tanya.”

Ha? Maaaaaaaaaaaak… kang berapa banyak bala pulak yang kena kalau jalan dengan dia ni..

“Nisrin, pergilah. Luth ni dah janji tak lambat sangat. Takpe..” mak tiba-tiba muncul.

“apa mak ni.. Nisrin takmau.. mak ni percaya je kat dia!” Nisrin bisik perlahan.

“takde apalah! Fikir lebih!” mak mencerunkan mata.

Ye.. terima kasih mak.. terima kasih atas pertolonganmu… jasamu dikenang.. Nisrin ketap bibir.

“so? Shall we?” Luth mengajak.

“kejap. Ambik beg.” Nisrin rasa macam kena lempar hidup-hidup dekat kandang beruang hutan. Bala jenis apa pulak yang muncul lepas ni agaknya…

“Nisrin, berapa umur awak?” Luth ringankan mulut masa dalam kereta.

“20.” Seram sejuk aku. Besarnya kereta.. bau pun macam sedap je.. ada orang yang cool lagi gentle dekat sebelah lagi.. sunglass tersarung kat mata, Bluetooth dekat telinga, tie elok terikat.. Kalau korang? Apa korang rase? Aku seram we….

“owh.. budak lagi..”

Ek?

“encik umur berape?”

“28.”

Maaaaaaaak ai……. Pokcik tuo ghupo nyo…

“tunang encik memang tak kisah ke saya ikut? Dia tau?”

“jangan panggil encik la. Dan saya tak bertunang pun lagi. BAKAL tunang saya taktau pun awak ikut.”

“oh. Ok.” Aku seraaaaaaaaaaaaam!!!!! Mau si kuno tu tetak aku..

“Nisrin, awak.. memang macam tu ke?”

“macam tu macam mana?”

“kalut. Menggelabah.”

“saya tak kalut la! Menggelabah lagi la tak!” pandang luar. Control cool Nisrin.. anda bersama customer..

“yeke. Awak tau tak apa first impression saya dekat awak?”

“saya kalut?”

“eh! Mengaku pulak!”

Pantas Nisrin kalih muka hadap muka Luth.

“mana ada! Saya agak je apa awak nak kata..”

Haha. Luth tarik sengih.

“nak tau apa second impression saya?”

Nisrin angkat kening. Apa? Tu nak kata aku menggelabah lah tu..

“awak cute.”

Aaaaaaaaaaaaadusss! Macam kena sedas peluru. Senyap. Taktau nak kata apa.

“comel sangat.”

Enough!!!! Punggung dah panas. Kira relevan tak aku nak pecah tingkap terjun keluar?

Mak…. Nisrin dah kata Nisrin takmau ikut.. ni kira bala paling besar ni.. aduhai hati.. aduhai jiwa.. releks.. releks…

bidadara =4=

“you ni sakit apa sebenarnya? Asyik marah-marah je.. macam mak tiri. Tau?” Luth berkata tegas pada perempuan yang membelakanginya.

Azira mencebik. Aku tengah panas ni. Bukan nak cakap baik-baik.

“yang you pulak nak marah-marah I ni kenapa? Ada I marah dekat you? Ada?” giliran Azira pulak bertegas sambil peluk tubuh.

“yelah. You tau tak tempias marah you tu, memang kena dekat I! berbahang! Tau?”

“eeeeesh! Susahla!”

“apa yang susah?”

“ada je benda tak kena! Ingat I suka-suka nak marah ke?”

Luth pandang tepi. Naik give-up aku.. tak paham!

“mula-mula salah pakai baju, lepas tu kena hentam dalam meeting room, lepas tu kena tekan dengan you pasal bertunang, lepas tu salah dye rambut, lepas tu kena langgar dengan budak kalut tu.. harini, you bising-bising lagi pasal hantaran. You ni, boleh faham tak keadaan I sekarang ni?”

“nada suara you tu, boleh elok-elok sikit tak?” Luth dah keluar aura api. Ni kalau silap sikit lagi memang boleh rentung..

Azira diam. Kecut jugak. Bakal tunang dia ni memang la gentle, tapi kalau silap timing memang gerun. Garang habis.

‘tau takut. Tu baru intro je tu. Belum kena marah betul-betul lagi. Banyak songeh. Makin dipujuk, makin menjalar bahang dia tu. Gaya cakap macam la aku yang nak sangat bertunang. Dia yang beriya canang satu Malaysia. Aku pulak yang kena buat semua sekarang ni.’ Luth pandang Azira dengan ekor mata.

“dah. I nak balik. Panjang sangat drama yang you buat ni. Malas I nak layan.” Luth tarik muka malas.

Scene dah cantik, Tasik Titiwangsa. Lighting pun ok, penuh sportlight kiri kanan. Pelakon pun memang berbakat tahap melangit. Tapi skrip tu, menyakitkan hati. Cukup-cukup la shoot drama harini. Sambung esok-esok la pulak.

“habis tu? I? you nak tinggal kat sini?”

“suka hati. Nak ikut, naik kereta. Tak nak, I tinggal je.”

“sampai hati!”

“sampai!”

“I terjun tasik nanti..!”

“terjun la! Ingat ni Titanic ke?”

“kalau I lemas?”

“kata handal berenang..”

“kalau I kena rompak?”

“aii.. key suara you kan tinggi! Jeritlah!”

“orang culik I nanti.. macam mana?” Azira masih nak umpan.

“lucky you. I ingat takde orang hingin nak culik you.”

“Luth!!!”

“enjin I dah start 5 minit dah ni! I dah pergi jangan harap nak patah balik!”

“huh!” Azira mendengus dan terus tarik pintu bahagian penumpang depan.

Heh. Luth rasa nak tergelak. Lawak betul. Entah pape ntah. Ingat aku nak layan sangat agaknya. Nak terjun? Nak suruh aku tolakkan pun boleh.

“apa you sengih-sengih?” Luth yang tengah sengih sambil pegang stering dijeling tajam.

“apa you kisah?” saja nak bakar sikit si Azira ni.

“you ni! Menyakitkan hati betul la! Macam mana la I boleh suka kat orang gila yang suka tersengih sorang-sorang ni.. silly me!”

“Azira, you teringin nak kena tinggal tepi jalan tak?” Luth bertanya selamba.

“buat la! Buat! I nak tengok!”

Owwwwh… suruh aku buat ye.. nanti kejap.

Sreeeeet!!! Rexton tu break tiba-tiba. Luth tarik handbreak dan bukak pintu keluar. Dia berjalan pantas kearah pintu sebelah. Tarik handle, dan..

“eh.. apa you ni!” Azira berkerut melihat Luth tarik lengannya keluar daripada kereta.

“you berdiri sini.” Luth mengarah. Tutup pintu kereta. Dia kembali ke pintu pemandu. Tarik pintu, duduk dan.. pap! Pintu kereta ditutup. Goodbye Azira…

“Luth!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Luth Zafran!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ish!” Azira terjerit terlolong melihat Rexton itu meluncur laju. Tak guna betul!

Di dalam kereta..

“aku salah ke? Tak…tak.. sebab dia yang suruh tadi kan? Aku cuma offer je.. haha.” Luth gelak sorang-sorang. Nak sangat? Hambik kau. Haha. Memang best tengok muka Azira yang terkujat kena tinggal. Patutnya tadi record.. haila Luth.. sayang.. sayang tak keluarkan handphone tadi. Takpelah.. lain kali boleh buat lagi kan? Heh.

Thursday, December 18, 2008

bidadara =3=

“Nisrin, tolong panjat loteng kejap. Ambikkan bunga pahar Auntie Maria.” Mak a.k.a the tokey memulakan tugasnya.

“yang mana mak?”

“yang bunga dip kaler silver.”

Alahai.. bagitau warna bunga je. Takkan aku nak geledah semua kotak yang ada kat atas ni?

“kotak dia yang mana satu mak?” aku laung kuat dari atas.

“Kak Yan hari tu yang letak.. mak tak tau.. Nisrin, cuba jangan melalak. Ada customer ni.”

Halah mak ni.. aku pandang seluruh lantai loteng. Ah, sudah.. ni macam nak buat pencarian harta karun nih.. nak turun balik tanya Kak Yan, malaslah pulak. Nak panjat bukan senang. Guna tenaga tau! Takpe-takpe.. kita mula dengan kotak-kotak belah kanan. Kan lebih afdal? Haha. Ngarut.

Lepas 5 minit, aku jumpa jugak. Banyak jugak kotak yang aku dah koyak dia punya selotape. Heh. Nasib la kan, mata aku bukan scanner. Kalau tak bukak mana nak tau. Asalkan jumpa. Berpeluh-peluh cari benda ni.

Kotak yang berisi 100 tangkai bunga pahar tu diangkat perlahan-lahan. Okey, sekarang nak bawak turun satu hal. Tangga loteng ni kalau luas-lebar takpe jugak. Ni takat lepas badan aku je. Slow-slow Nisrin.. cool la.. lepas punya.. hehe. Lagi 5 anak tangga je lagi. Aku jenguk ke bahagian depan kedai. Antara tangga ni dengan bahagian kedai cuma terhalang dengan satu rak.

“mak, ni nak taruk mane ni?” aku kuatkan sikit suara. Sikit je.. ada customer, nanti tak sopan.

Serentak dua kepala kalih kat aku.. Allah!

Gedebum!!!

Maaaaaaaaaaaaaaaa…. Sakit…. Adeh…

Nisrin tergelincir dari anak tangga dan tergolek kebawah. Kepala dah tak nampak, dah kena timbus dengan bunga pahar. Posisi pulak taktau nak describe macam mana.. kaki rasa ada dekat anak tangga, badan rasa ada atas lantai. Yang penting, sakit!

Aku ni, kena sumpahan ke? Tiga hari berturut-turut kena timpa malang. Malang bukan sikit, malang siap dengan sakit-sakit badan lagi. Mungkin jugak ada pembawa malangnya, boyfriend si kuno tu la! Apa dia buat kat kedai mak aku ni? Boleh pulak dia kalih je, aku terus tergelincir. Betul la bawa malang!

“ya Allah Nisrin.. Nisrin ni kenapa??” mak dah berlari ke arah anaknya yang langsung dah tak nampak rupa.

“adoi mak.. sakit..” aku merengek lepas nampak muka mak.

Tiba-tiba aku ada nampak satu muka tengah tersengih-sengih. Dia tengah mengangkat kotak yang terjatuh tadi dan mengutip bunga pahar ke tepi. Mak papah aku bangun perlahan-lahan. Muka lelaki tu, macam nak gelak, tapi dia tahan. Ingat aku tak perasan ke? Aku kasi jeling je.

“Nisrin ni.. macam mana pulak boleh jatuh? Macam la baru sekali panjat loteng ni. Nasib kepala tak terhentak ke.. hape ke..” mak membebel.

“takde mak.. silap pijak kot” Nisrin menjawab sambil mengibas-ngibas punggung. Pinggang tengah sakit ni, tapi cover…

“kalut.” Terdengar suara 'boyfriend si kuno' perlahan.

“dah. Duduk dekat depan. Tolong layan customer ni. Dia nak buat tempahan. Biar mak kemas bunga ni. Alahai bunga aku.. habis senget-benget.” Mak mengomel lagi sambil belek bunga dia.

Aku pandang dingin ‘boyfriend si kuno’. Dia pandang aku balik. Mulut tu kalau tak tarik sengih perli macam tu tak boleh ke?

“jom. Kita ke depan. Encik sebenarnya nak buat tempahan untuk apa?” aku ambil post-it note dan pen.

“so.. Nisrin? Ok ke? Tak sakit?”

Tau pulak nama aku…

“hmm? Takde apalah. Sikit je.” Senyum. yeah.. piagam melayan customer.

“ok. Saya nak buat tempahan untuk majlis pertunangan. Dalam.. bulan depan boleh siap tak?"

“hmm.. ikut jugak. Design macam mana, and hantaran tu banyak mana.”

“err. Saya tak taula. Awak buat jelah macam mana- macam mana pun. Saya tengok display dekat cermin depan tu pun semua lawa-lawa.”

“ek? Tak boleh la macam tu.. at least, encik pilih la satu design. Tapi, selalunya customer akan buat permintaan, add something.. so that design tu takdelah sama dengan orang lain. Eksklusif.”

“saya sebenarnya, betul-betul tak tau. Hantaran pun saya tak tau berapa banyak.”

“hah? Erm.. macam ni lah. Esok-esok, encik bawaklah bakal tunang encik tu datang sini. Perempuan selalunya lebih tau.”

“kalau dia nak datang, tak payahlah saya susah-susah dari ofis drive datang kedai bunga mak awak ni. Saya pun dah blur. Tak tau. Saya dah buat survey, tu yang jumpa dengan awak hari tu dekat SSF. Merata dah saya pergi. Bila jumpa Impiana Florist ni, saya rasa terus tempah jela kat sini. Senang. Setel.” Boyfriend si kuno explain panjang-lebar. Muka dia, nampak penat sangat.

Teruk gila ‘perempuan kuno’ tu. Sendiri nak tunang pun taknak pergi tempah.

“hmm.. macam ni lah. Ni nak buat tempahan untuk dua-dua belah ke?”

“aah. Agak-agak sempat tak?”

“hmm. Apa kata awak buat 5 dulang belah awak, dan 7 dulang belah perempuan. Selalunya tunang sikit macam ni je. Awak ambil design paling simple, tapi jangan risau la.. lawa tetap lawa. Cuma, senang kalau nak siapkan. Awak pun nak cepat siap kan? Hurm, lepas tu.. pilih theme nak warna apa. Awak dengan bakal tunang awak suka warna apa?”

“saya suka.. biru. Dia suka oren.”

Nisrin mencatat maklumat tadi. Kemudian, mereka ke cermin display item untuk pilih design. Catit kod nombor design.. then.. selesai!

“kami akan mula buat tapak hantaran dulu. Encik boleh hantar barang hantaran kemudian. So, encik kena letak deposit sikit la..”

“owh. Ok. Seratus? Boleh?”

“uish.. boleh-boleh.” Nisrin bukak buku resit dan catit bayaran.

“erm, nama encik?”

Boyfriend si kuno ambil kad dari wallet dan diletak atas meja.

‘Luth Zafran bin Zulfikar. Project Manager’

Fullamak katakkkk.. nama sikit punya susah nak eja. Patut tak sebut tadi. Kalau sebut pun, komfem aku terkehel nak tulis.

Selepas boyfriend si kuno sign pada resit, eh.. dia ada nama la! Encik Luth, ala.. sakit lidah la.. huh! Apapela. Resit tu bertukar tangan.

“terima kasih. Tarikh encik tunang bila?”

“bulan depan. 28hb.”

“owh..ok. mungkin 2 minggu before tu boleh hantar barang hantaran. Sehari sebelum pulak boleh ambik gubahan sirih. Sebelum datang, boleh call dulu. takut nanti tak ready.” Tangan Nisrin menghulur bussines card Impiana Florist.

“ready untuk apa? Ready takmau jatuh? Ke.. ready takmau terhantuk?” Luth sengih.

“ready taknak kena timpa bala.” Nisrin balas balik. Heh.

Wednesday, December 17, 2008

bidadara =2=

“akak! Meh sini.. meh le sini..” Nisa tarik tangan kakaknya, Nisrin.

Nisrin pandang pelik. Pergi mana pulak ni? Nak bawak aku pergi mana? Tiba-tiba dia nampak booth aiskrim McD didepannya. Laaa..

“Nisa beratur la. Akak nak McFlurry oreo. Kasi kaw-kaw. Oreo lebih ar.”

“eh? Tamau kasi tarik?”

“ingat ni kedai mamak nak order teh tarik ke?”

“tau pun! Yang nak order oreo lebih tu kenapa?”

“haha.ala, nak main-main pun tak boleh.”

“duit?”

Nisrin mencebik. Tau la aku dah kerja, pau orang je tau. Harini jalan-jalan dekat Jusco. Me-releasekan otak si Nisa. Dia kata otak dah tepu hadap buku spm. Tipu la tu.. otak mana boleh tepu. Heh.

“akak, pergi Padini jom?”

“kalau shopping, no! kalau window, yes! Which one?”

“alaaa…”

“apa ala ala?”

“ok.. window..” muka Nisa macam Cadbury didepan mata kena rompak. Hampa habis!

Tengah Nisrin angkat hanger satu baju ni, tiba-tiba..

Buk!

“sorry..”

Seorang perempuan buat muka bengang dengan Nisrin. Apa? Ada hutang? Siapa suruh jalan tak cukup tanah?

Hanger yang Nisrin angkat tadi dah terkena belakang kepala perempuan tu. Mana tau orang nak lalu dekat sebelah. Tak nampak la!

“lain kali, tengok-tengok la orang..!”

“sorry, tapi saya tak nampak..” aku rasa minah ni yang jalan laju beriya.. aku jugak kena mintak maaf.

“Tuhan kasi mata lain kali guna! Tak nampak, tak nampak!” perempuan tu menyembur dengan mata terjegil. Ingat lawa ke?

“dah la pakai tudung, kampung!”

Ek eh.. sesedap hati mengata…

“look who’s talking here! Dye rambut bertampuk-tampuk, loose see-through blouse like in 80’s, so urban!” Nisrin balas balik dengan nada perli dan pandangan sinis.

Perempuan tadi tersenyap. Mengetap bibir. Geram!! Menjawab! Dia berlalu sebelum menolak Nisrin kasar.

Dengan tak semena-mena, dahi Nisrin terhentak pada rail menyangkut baju. adusss…

Nisa yang dari tadi senyap, mula mengomel.

“entah pape ntah. Mana la datang manusia kuno macam tuh. Turun dari planet mana la agaknya.” Nisa menggosok-gosok dahi kakaknya.

“apa you buat ni?” satu suara bertanya pada perempuan ‘kuno’ tadi.

“dia tu hah! Kalut sangat! Sampai langgar orang dengan hanger. I nak jalan, dia kebelakang! Terhentak la dahi kat penyangkut tu!”

Nisrin dan Nisa berpaling ke arah suara tadi. Beberapa tapak depan je dari mereka. Perempuan ‘kuno’ tu sedang menunjuk jari pada Nisrin.

Apa ingat ada boyfriend boleh buat suka hati ke? Sah-sah kuno! Mata Nisrin melirik sekejap pada si boyfriend. Lelaki semalam? Lelaki lift tu! Huh! Padan la.. sorang suka menyembur, sorang suka menyibuk!

“awak langgar dia dengan hanger tadi?” lelaki tu menyoal.

“saya terlanggar. Kalau saya sengaja langgar, maknanya, saya pun sama kuno dengan girlfriend awak ni.”

Muka si perempuan ‘kuno’ dah macam gunung berapi nak meletus. Mengadu, buat cerita kat boyfriend.. ada aku heran?

“akak.. jom la blah.” Nisa berbisik perlahan.

“anyway, saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Nisrin blah keluar dari kedai Padini tu. Sombongnya! Dah la kuno, tak reti minta maaf pulak tu. Aku yang tak sengaja ni 3 kali mintak maaf. Yang dia tu, yang dah terang lagi bersuluh sengaja, buat bodoh je.

“akak..akak..” Nisa berkata sambil tarik-tarik lengan baju Nisrin.

“apa?” panas aku tak habis lagi ni..

“tu. Lelaki tu. Dia kejar kita.”

Huh? Aku paling belakang. Lelaki tu tengah elok senyum. lelaki tu? Patutnya aku panggil ‘boyfriend si kuno’. Malas aku.. malas.. malas nak layan..

“apa dia?”

“saya tau awak ni kalut. Tapi saya tau jugak yang tadi tu bukan salah awak. Dia moody sikit harini. Saya nak mintak maaf.” Boyfriend si kuno bersuara tenang.

“satu, saya maafkan. Tak kisah pun sebenarnya. Dua, you don’t have to do this. Mintak maaf bagi pihak dia. Tak patut. Tiga, saya tak kalut.”

Boyfriend si kuno tarik sengih. “okey..thanks”

“so welcome.”

Tuesday, December 16, 2008

bidadara =1=

Hari ni, mak suruh aku pergi beli stok kedai. Ya.. mak aku ada kedai. Kedai bunga. Nak bunga apa? semua ada.. bunga hidup yang segar lagi cantik, bunga hiasan dalam rumah, bunga pahar untuk perkahwinan, hantaran pun mak aku buat jugak. Kedai mak aku ni, nak kata besar, takdelah besar sangat.. tapi bolehla. Aku kerja kat sini. Disebabkan aku ni malas belajar, diploma aku pun takat suku jalan je, jadi jangan nak berangan la dapat kerja besar. Aku bukan apa, aku dapat tawaran diploma akaun, tak minatlah! Tu la, dulu kat sekolah belajar main-main. Orang lain syok dapat masuk matrikulasi la, kursus persediaan la, asasi la.. aku? tersadai dekat UiTM sekejap, pastu congok la dekat kedai mak aku. Walaupun dah pedih telinga dengar mak aku membebel, kata aku ni anak dara pemalas la, kuat berangan la, bontot berat la.. dan kata-kata yang seumpama dengannya, aku buat pekak je. Aku bukan taknak sambung belajar, tapi malaaaaaaaaas sangat. Nak hadap buku satu, kena bangun pagi-pagi pergi kuliah lagi, buat assignment lagi, baik aku tolong mak. Kan? Betul tak?

Jadi, sejak tu, aku tolong buat kerja kat kedai. Mak aku pun dah tak bising-bising lagi. Dekat kedai ni dah ada dua orang pekerja dah sebenarnya, Kak Yan dan Ija. Tambah aku jadi tiga la kan? Heh. Aku pun kira pekerja apa, bukan anak tokey.. sebab aku dapat gaji. Haha. Bukan la tak ikhlas tolong mak, tapi kalau tak dapat gaji mati la camtu.. takde duit belanja.

Eh! Aku kata tadi nak pergi beli stok kedai kan? Aku dah sampai la ni kat gedung SSF dekat Jln TAR. Nak beli kain organza, bahan asas nak buat bunga dulang. Kalau tengah terdesak, macam ni la.. kalau tak order dari supplier aje. Ape lagi ye nak beli tadi? Hmm.. ribbon kaler cream, kaler maroon, kaler..

DUM!!!!!!

Adoii…maaaaak..

“awak ni berangan ke? Pintu lif ni kan tak bukak lagi.” Seorang lelaki sebelah aku menegur.

Laa.. ada orang lain jugak ke dalam lif ni? Aku pandang depan. Aah! Tingkat yang aku nak pergi pun tak sampai lagi. Yang aku tiba-tiba kalut nak keluar sangat tadi tu kenapa? Issh… ngarut gila aku ni.

Aku lemparkan sengih malu dekat orang sebelah aku tadi. Maunya tak malu, lif tak sampai lagi, pintu lif tak terbukak, aku meluru je rempuh. Silap-silap, dia kata aku ni gila. Issh.. ngarut!

Ting! Nombor 4 berkelip di tepi pintu lif.

“haaa.. sekarang baru boleh keluar. Baru tak terhantuk pintu.” Lelaki tadi berkata sambil menyua tangan mempersilakan aku keluar.

Ceh! Perli aku ke hape?

“terima kasih banyak-banyak!” aku balas dengan sengih dibuat-buat.

Kelepek!

Adusss.. boleh pulak kaki aku terkehel keluar dari lif. Ni semua salah wedges yang aku pakai!!!!!

“dah la suka berangan, kalut pulak tu.” Lelaki tadi bersuara sambil berlalu disebelah.

Banyak bunyi pulak.. suka hati la nak berangan ke.. terkehel ke.. sibuk!

Aku pun terus ke rak bahagian kain organza. Pilih punya pilih, nak penuh bakul kecik ni. Hmm.. ribbon pulak. Dekat bahagian ni, ribbon dia susun tinggi-tinggi, ikut rona warna. Senang nak pilih kan? Aku tengok ribbon warna cream disusun belakang sikit. Aku pun memanjangkan tangan nak capai, sampai ni… sampai.. sikit lagi…

Pak!

Berterabur ribbon dekat lantai.. apa malang sangat aku ni…

“awak ni.. memang macam ni eh?” tengah aku tunduk nak kutip balik ribbon tadi, satu suara menjengah. Yup, dia lagi.

Aku malas nak jawab. Aku diam je.

Habis aku kutip tadi, terus pergi kaunter. Nak buat bayaran. Kad keahlian aku keluarkan. Kalau ada kad ni, dapat diskaun sikit.

“ehhh.. Nisrin! Mak tak datang sekali?” akak kaunter tu menegur. Well.. regular customer, mestilah mesra kan..

“mak dekat kedai kak. Siapkan tempahan.” Aku senyum je. Aku perasan, ada orang beratur belakang aku. lelaki tu. Tolonglah… aku dah tak larat hadap muka dia.

“mekaseh kak. Balik dulu.” aku tarik beg plastic dan terus berlalu.

Di kaunter…

“dik, siapa perempuan tu? Kenapa dia dapat diskaun pulak? Sedara ke?”

“takdelah. Dia ada kad ahli. Encik nak buat jugak ke?”

“err. Takpe-takpe. Taknak. Terima kasih..”

Sunday, December 14, 2008

some facts: cerita mereka

walaupun cerita mereka rekaan semata-mata, tapi ada certain parts yang memang betul wujud.
antaranya...

1) kamus ada tebuk. ni mmg betul best. dulu kat skola aku ade senior buat mende nih. (bukan aku tau.. heh.)

2) pak guard berdedikasi. pak guard kat skola aku dulu mmg sgt,sgt,sgt tinggi dedikasinya. susa woooo nk kuar dulu.. tp, mekaseh byk2 la kan, sbb kami terhindar dari bahaya. heh. tengkiu pakcik!

3) mid valley as tempat lepak. huhu.. ni mmg haru sbb kitorang (aku and member2) buat mcm kat msia ni ade satu je soping complex. sikit2 mid.. muak gak kdg2..

4) fizik is sleeping time. haha.. teruk.. sungguh teruk.. tp dulu mmg waktu fizik je, flat! sume kepala atas meja. aku lagi la, cikgu baru lalu kat tepi (tyme f5 aku dok tepi tgkp) aku dah menguap. melampau tol aku dulu...

5) kalau menu DM harini ayam masak merah, komfem! sume berlari balik.. que pjg tak hingat! and, time ni la nak gune kuasa title 'senior' nak potong que..

6) permpuan dan majalah. ye.. spesies Rai mmg wujud. ramai lak tuh..


hehe. sememangnye, aku rindu zaman skola. (even aku tau ade yg takmo lgsg2 igt zaman skola, cam kwn aku =p). sbb tu la, cerita ni, setting dia secondary skul. aku rasa banyak yg aku boleh ceritakan kalau buat pasal zaman skola, berbanding zaman lain. yep, aku da rase zaman skola rendah, skola menengah, matrikulasi, universiti.. tp bg aku, zaman skola menengah plg best. percintaan selepas zaman tu, (konon as adult) sgt complicated. tak best. walau itu realitinya, tp aku tak suka bercerita pasal tu. aku mmg takde pengalaman (series..), tp based on pemerhatian sekeliling aku la. heh.

soooooo....., pasal cerita baru.. (aku terharu sungguh ade org nak bace cerita dari aku lagi =p), aku akan usahakan. tapi, aku tak boleh janji aku boleh post entry hari2 mcm yg aku buat utk cerita mereka. aku try ok, aku akan try.. supaya org tak boring tercongok menunggu. again, aku akan try, tp tak boleh nk janji.. okeh? get it? hehe.. tengkiu. =p

Saturday, December 13, 2008

behind the scene : cerita mereka

Huhuhuhuhuhuhuhu… akhirnya! Sudah tamat.. end! Walaupun cume 14 epi, harap cerita ni berkesan la. Sebab aku seronok time tulis cerita ni, so aku nak orang yang bace pon sronok gak. Hehe. Cerita ni rekaan je, semua watak tu mmg tak pnah wujud. Sungguh! Jadi, kat sini aku nak feedback korang secare keseluruhannya..

1) Entry plg best?
2) Watak plg korg suke?
3) Entry plg low-tak best-tak berkesan?
4) Ade ape2 nak tanye aku?

Korang boleh la karang jwpn pjg2, then email kat aku>>> cucur.atap@yahoo.com
Nanti, aku akan reply and post komen korg kat sini. Bolehla kita kongsi sama2!
And again, thaks sbb bace cerita mereka. =p

cerita mereka ~14(end)~

“awak ni teruk arr!” Arissa menyiku sikit Arel.

“hey, susah payah orang tempah cinema, ajak semua kaum kerabat, propose bagai nak rak, awak kata saya teruk?”

“takde lah.. bagitau la siang-siang..”

“tak surprise la nanti..”

“ada ke.. bertunang cenggitu. Orang nak pakai lawa-lawa.. macam Rai tunang haritu.. ni, pakai jeans je.. nak ada hantaran.. nak tangkap gamba lawa-lawa..”

“alah.. kahwin nanti tempah la baju lawa-lawa.. kalau awak nak pakai gown Vera Wang pun takpe, boleh mintak tolong Rai.. hantaran, nak 21 dulang? 33 dulang? Saya boleh je bagi.. berapa awak nak?”

“orang betul-betul la!” ada ke gown Vera Wang? Sikit tak relevan!

Hahahahaha.

“alah.. cuba bersyukur. Dah la tak cakap terima kasih pun. Penat saya mohon cuti harini. Uruskan cinema je dekat 2 minggu. Buat video lagi.. kecik hati saya. Tau?”

Pandai sungguh nak buat aku rasa bersalah.

“yela. Terima kasih..”

“macam tu la.. so, ni nak balik rumah mana ni?”

“hah! Rumah saya la! Gatal!” Arissa memukul lengan Arel yang sedang memandu dengan handbag.

“adoi.. saya driving ni!”

Hahahahahaha.

Inilah, cerita Arissa dan Adzrel. Cerita Rai, Haq, Ad dan Vid. Inilah.. cerita mereka!

~ sekian =p ~

cerita mereka ~13~

9 tahun 6 bulan kemudian…..

“Aree!!!!!!!!!!!!”

“Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lama gila tak jumpa!!!!!!!!!!! Aku naik hysteria!!! Haha.”

“kau ni, bila-bila pun mesti last sampai kan?” Vid perli.

“aku rasa nak keluar airmata..” Rai berkata sambil peluk Aree.

“eh! Bukan korang jumpa paling kurang sebulan sekali ke? Ni la perempuan! Emosional betul..” Ad mengomel.

“eh tolong ye! Aku dah 3 bulan tak jumpa Rai.. dengan kau Ad, lagila aku rasa nak naik hysteria.. ntah kemana kau terbang sana-sini.. dah la susah nak jumpa, contact pun tak!” Aree menjeling sambil tarik kerusi di Madam Kwan’s Mid Valley. Mid Valley lagi? Heh. Biasalah..

Di meja hujung itu, kelihatan tiga orang pemuda dan dua orang wanita yang kecoh tahap tak ingat. Sebab tu la pilih meja hujung! Nanti kacau pula pengunjung lain kalau ambik meja tengah alam. Ad sekarang jadi driver berjaya.. driver atas langit! Huhu.. walaupun dulu pernah fail psychomotor test untuk pilot, tapi at last dia dapat jugak terbang. Haq pulak, tukang reka cipta bangunan.. arkitek la maksudnya. Even Haq sentiasa atas bumi, bukan atas langit macam Ad, tapi dia ni pun susah nak jumpa. Sebab firm tempat dia kerja dekat JB. Jauh lor.. Vid still macam dulu, muka cool memanjang. Tapi sekarang dah tak pakai spec, almaklumlah.. engineer lah katakan. Status tinggi! Haha. Rai jadi editor majalah fesyen sekarang, agak terkejut la sebenarnya. Jadi ikon Malaysia lagi! 5 tahun dekat sekolah sains, perah otak belajar fizik, kimia, bio.. tapi kerjaya menyimpang ikut lain. Tapi sangat bangga la, sebab sekarang label Michael Kors pun dah ada kat Malaysia. Siapa tu? Errr.. international designer laaa. Heh.

“so, Cik Arissa, pensyarah kalkulus kita, apa khabar anda?” Haq tarik sengih.

“haha. Jangan panggil gitu la we.. muak ar student aku panggil Cik Arissa. Lama dah takde orang panggil Aree.”

“hmm..sekarang pun semua bantai En. Syahid. Takde Vid dah.” Vid menambah.

“eh. Kira ok la tu. Ada sorang QS (quantity surveyor – juruukur bahan) ni, boleh dia panggil nama penuh aku. ada ke patut?” Haq mengomel lagi.

“jangan kata kat aku dia panggil En. Zahirul Haq..” Vid kerut dahi.

“ye! Dia panggil aku En. Zahirul Haq!”

Hahahaha. Pecah gelak.

“perempuan ke laki QS tu?” Rai menambah

“perempuan la.. takkan lelaki skema macam tu..” Haq menjawab.

“haaaa…” empat suara pantas menyahut.

“apa benda? Pikir lain la tu!” Haq besarkan mata.

“haha. Ok la tu.. aku pun dah tunang, takkan la taknak berteman kat JB tu..” Rai mengusik.

“Rai, kau punya walimatulurus bila?” Ad bertanya.

“kenapa? Nak kasi hadiah tiket flight kat aku?”

“ceh! Ingat MAS tu bapak aku punya ke?”

Hahaha.

“aku kan tunang 2 tahun.. tu la, masa aku tunang tak datang!” Rai menjeling Haq.

“weh Aree, kau dengan Arel apa cerita?” Ad dah tukar sasaran.

“macam tu la. Dia sibuk sungguh. Keluar dating pun pager duk bunyi. Teeet..teeet..teeet. surgery tu la, appointment ni la. Standard la kan..” Aree mencebik.

“alahai..siannye dia. Haha.” Ad mengejek. Cis!

“korang tiga orang ni bila nak ada girlfriend? Nak kata duduk dalam gua, masing-masing kerja hebat, jumpa ramai manusia.” Aree tembak mereka balik.

“aku susah la.. takkan nak ngan stewardess kot? Tak gamak pulak aku.. dekat apartment aku pulak, memang la aku ada usha, tapi tu la.. aku bukan atas bumi sentiasa.. payah. Lain la Vid, kerja dekat twin tower, senang nak cuci mata.” Ad alih pandang pada Vid.

“senang apa nya, menimbun kerja atas meja tu. Suria klcc yang dekat sebelah tu pun aku takde masa nak jejak. Aku ingat nak suruh mak aku carik je la.. senang. Setel.” Vid sengih angkat kening.

“weh.. aku dah ambik tiket tau. Movie pukul sembilan suku.” Haq berkata sambil kunyah makanan.

“la.. kita nak tengok wayang ke.. cerita apa?” Aree bertanya.

“ala.. kau tengok jela nanti.”

“ceh!”

Sejam selepas itu..

“weh. Dah 9.20 ni,jom arr masuk cinema. Nanti dah gelap.” Aree mengajak.

“ala.. rilek arr.. iklan je panjang tu..”

“susah nak carik seat lah nanti pandai!” Aree menjeling Haq.

“yela. Dah-dah. Jom gerak!”

Mereka berlalu ketingkat atas selepas buat pembayaran. Siapa yang bayar? Mestilah Vid, sebab gaji dia paling banyak. Haha. Pandai je diorang bodek Vid. Sampai di GSC cinema, semua menderu ke arah 2 orang guard. Heh. Guard nak masuk cinema tu.. bukan guard keselamatan. Dia sengih je lepas Haq hulur tiket. Kenapa ek? Biarlah. Piagam syarikat kot. Mesra pelanggan.
Haaa! Kan! Dah gelap! Iklan tengah ditayangkan. Itu jelah punca cahaya yang ada. Dah la masuk lambat, seat tengah cinema pulak tu! Mesti orang belakang bengang je.

Tiba-tiba iklan berhenti. Heh. Movie yang aku-sendiri-tak-tahu-tajuk-apa dah nak start. Eh. Kenapa senyap je skrin?

“mana movienya?” Aree berbisik perlahan pada Rai di sebelah.

“entah.” Rai jawab selamba.

Musykil..musykil..

Tiba-tiba di skrin muncul video kelopak-kelopak bunga yang jatuh macam air hujan. Haq ajak tengok filem cinta???? Dengan berlatar belakangkan lagu ‘nothing gonna change my love for you’, kelopak-kelopak bunga tadi makin menghilang.. kemudian muncul pula gambar dengan perlahan.. 1saat..2saat..3saat..4saat..5saat.. gambar aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dua cahaya spotlight menyala. Satu dihala kedepan, lagi satu dekat aku la kot, sebab tiba-tiba rasa macam bercahaya je muka. Sejak bila dalam cinema ada spotlight? Tak sempat nak fikir la, anggap je la logic!

Skrin didepan mula memainkan gambar-gambar aku dan Adzrel. Juga beberapa sedutan video. Panggung senyap. Dari tadi hanya dengar lagu dari video yang dimainkan.

Makhluk yang disuluh dengan spotlight, yang berdiri betul-betul di hadapan skrin aku tenung. Macam kenal je.. heh. Kalau Adzrel, dalam gelap pun boleh cam, inikan pulak kene simbah cahaya spotlight..

Lagu terhenti. Video kelopak bunga dimainkan semula.

“Arissa, you are my enchanment. You’re my missing piece. You’re all I see. You’re adorable to me. You amaze me. You blow me away. You electrify me. You make my life worth living. You make me feel good about myself. I need you more than everything.”

Diam.

“Arissa binti Johari, jadi isteri saya?”

Kelu. Kosong. Tergamam.

“Arissa?”

“erm..arr..” telan air liur.

“be my wife?”

“ya..”

Wooooooooo!! Panggung jadi terang tiba-tiba. Semua bersorak. Adzrel di depan Cuma senyum. Bahu Aree ditepuk tiba-tiba dari belakang.

“abang?? Adik? Ayah!!! Ma!!!”

“hey.. mestilah kitorang ada.. congrats kakak!” Adam sengih-sengih.

Tengok mata Ma macam berair. Ayah dah terharu tak terkata apa. Aku pandang sekeliling panggung. Full! Pandang kanan. Eh, itu kan Alang.. sepupu aku? belakang dia… eh! Semua sepupu aku???? pandang kiri, itu kan.. kak Jia.. owwwwwwwwwwwwwwww my!!!!!!!!!!!!!! Jangan kata satu panggung ni penuh dengan kaum kerabat aku dengan Arel. Ya Allah..

“kakak apa tercengang lagi tu, orang nak sarung cincin.” Adik Arissa menyedarkannya.

Mak Adzrel? Again.. Mak Adzrel!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

“En. Johari, Pn. Hayati, saya sekeluarga, berbesar hati ingin mengambil Arissa jadi sebahagian dari keluarga kami.. kami harap, keluarga En. Johari pun tak keberatan untuk terima Adzrel.”

“makcik, pakcik, saya tahu saya banyak kekurangan, pakcik dan makcik dah besarkan Arissa dengan cukup sempurna. Terima kasih, kerana mendidik Arissa sesempurna ini. Saya minta izin, untuk bertanggungjawab ke atas Arissa. Mungkin, saya tak mampu menjadi sebaik pakcik dan makcik, tapi saya janji, selagi saya mampu, saya akan jaga Arissa sebaik mungkin.”

“pakcik rasa bertuah. Adzrel dah cukup baik untuk Arissa. Terlalu baik. Terimalah dia seadanya, degil dia, malas dia, nakal dia… pakcik izinkan.”

Arissa sebak. Diam. Speechless.

“Arissa.. cantiknya dia. Baiknya dia. Mama sayang Arissa.” Mak Adzrel menyarungkan sebentuk cincin lantas memeluknya.

Ahhhh.. aku nangis lagi! Dan sebab Arel lagi!

Friday, December 12, 2008

cerita mereka ~12~

Di mana sayangku
Ku perlukan kamu
Segala yang terlintas
Hanya tentang cinta kita

Di mana sayangku
Kuperlu kau percakan aku
Walau beribu batu
Cintaku tetap satu
Tak pernah ada yang lain

Laungkan pada dunia
Aku kan cinta dia
Sesungguhnya ku rindu dia
Kan ku bisikkan cintaku
Di cuping telinga mu
Tanda cinta buat selamanya

Di mana sayangku
Ku perlu kau percayakan aku
Walau beribu batu
Cintaku tetap satu
Tak pernah ada yang lain

Laungkan pada dunia
Aku kan cinta dia
Sesungguhnya ku rindu dia
Kan ku bisikkan cintaku
Ke cuping telingamu
Tanda cinta setia selamanya

Katakan c.i.n.t.a
Dengarkan l.o.v.e love
Percayalah untuk selamanya
Katakan c.i.n.t.a
Dengarkan l.o.v.e love
Percayalah untuk selamanya

Dalam bercinta perlunya ada
Sentuhan rasa
Hati kecewa oh sayang
Berilah aku
Sepenuh jiwamu
Agar ku jadi
Oh cintamu

Laungkan pada dunia
Aku kan cinta dia
Sesungguhnya ku rindu dia
Kan ku bisikkkan cintaku
Di cuping telingamu
Tanda cinta setia selamanya

Katakan c.i.n.t.a (ku cintamu)
Dengarkan l.o.v.e love (oh love)
Percayalah untuk selamanya
Katakan c.i.n.t.a
Dengarkan l.o.v.e love
Percayalah untuk selamanya
Percayalah untuk selamanya
Percayalah…
Untuk selamanya
(Aesar Mustafa- satu cinta)

Alemak aii… layan la pulak lagu ni.. aduh.. masuk jiwa! Spm dah habis.. pagi tadi, last paper.. tapi semua orang tak balik lagi. Malam ni ada barbeque budak-budak form5. Yelah kan, bukan senang nanti nak jumpa. Yang duduk dekat-dekat tu takpelah. Jadi, kenalah buat majlis sikit.

Teka, apakah dalam kepala Aree sekarang? Cepat! Teka lah cepat..

Menu barbeque malam ni?
Salah!
Baju nak pakai malam ni?
Salah!
Jawapan spm tadi?
Juga salah!

Sebenarnya.. aku.. aku.. err.. aku teringat dekat Adzrel. Tapi aku buat cool je. Sikit pun aku tak sebut depan sesiapa. Adzrel langsung tak contact. Mungkin dia busy kuliah. Tak pun dia tak nak kacau aku spm. Hmm.. tak tau lah..

“uit! Aree! Orang dah terlonjat habis spm, yang kau tenung siling ni kenapa?” Rai menghenyakkan badan diatas katil Aree yang dah tak bercadar.heh. Dah packing!

“Rai.. aku.. aku..” Aree meniarap sambil main rambut. Tak bermaya langsung!

“kenapa ni..”

“aku teringat Arel..”

Rai terus membetulkan posisi. Kepala ditongkat menghadap Aree.

“hey dear.. jangan sedih ok? Arel ada tu.. Cuma tak muncul lagi.”

“hmm..hope so.” Kedua mereka kembali baring berbantal lengan. Memandang siling.

Malam itu..

“makan malam ni ada limit arr! Makhluk mana ambik ayam lebih 3 ketul,memang aku barbeque je dia.” Ad kasi amaran untuk semua budak batch nya. Walau majlis last, jangan nak buat macam majlis kebajikan pula.

Bising betul malam ni! Yang makan kat sana, yang menyanyi kat situ, yang tengah jaga ayam kat hujung sana, yang tengah buat air kat hujung situ. Tiba-tiba handphone dalam kocek seluar khakis Aree berbunyi. Ei, dah habis sekolahla, tak payah nak sorok-sorok dah!

Ek? Nombor apa panjang sangat ni.. angkat ke taknak? Aree bergerak ke kerusi batu jauh sedikit dari hingar-bingar.

“hello. Sape ni?” Aree jawab garang. Abang pesan, kalau nombor tak kenal, jangan cakap baik-baik. Tengok berkesan ke tak..

“assalamualaikum.”

Gulp!

“waalaikumsalam.”

Terkesima sebentar. Adzrel!!!!!!!

“hai..” Arel suara ceria.

“hai..”

“seronok barbeque?”

“ni mesti dah call Haq kan?”

“takdelah! Mana ada call Haq.. call Rai je tadi. Saje.”

Huh? Rai?

“owh..”

“marah tak?”

“buat apa nak marah.. Rai je..”

“eh, bukan tanya tu la.. marah ke lama dah tak contact? Siapa sebut Rai?”

“erm.. arr.. silap dengar.” Malu mak oii..

Arel gelak perlahan. Eh, ingat orang tak boleh dengar ke?

“ape gelak-gelak?”

“garang la sekarang.. kenapa Arissa?”

“call jauh-jauh nak tanya kenapa garang je semata-mata?”

“takdelah.. dah dia garang sangat..”

“apapela.”

“you know what? Teringin nak dengar Arissa cakap elok-elok.. nak dengar Arissa gelak-gelak”

“kenapa dah lama tak contact?”

“ow..so, tunggu orang contact la selama ni?”

“takdelah macam tu.. orang tau la dia sibuk.. call mahal pulak tuh..”

“hey.. sikit pun tak kisah pasal duit. Tau? Next time, if you want me to call you, just let me know.. email ke..”

“taknaklah. Membazir.”

“yeke? Tak nampak macam membazir pun..”

“yelah. Macam sekarang ni, bukan cakap benda penting pun.”

“Arissa, sedar tak, Arissa tak pernah mintak apa-apa..”

“kenapa nak kena mintak apa-apa pulak..”

“takdelah. Macam baik. You know, kalau tau orang tu banyak duit, lepas tu nak pergi overseas pulak, mesti pesan macam-macam..”

“kan dah pesan suruh jaga diri?”

“haha. Bukanlah.. pesan barang la I mean. Lepas tu, nak call pun kata membazir.”

“yelah. Pergi sana belajar. Bukan jadi pembekal barang.”

“ye..ye.. lah Arissa.. kenapa nada cakap dari tadi macam tak puas hati je?”

“biasa je..”

“siapa yang dah buat Arissa jadi macam ni? Hmm?”

‘awak la! Tak sedar ke? Geram!’ Arissa mendengus dalam hati.

“senyap je?”

“ada apa lagi?”

“hmm…”

Senyap. 1 saat.. 2 saat.. 3 saat..

Aish! Suspen..suspen..

“Arissa, saya sayang awak.”

Diam.

“I love you.”

Senyap.

“saya tak tahu nak luahkan macam mana. Saya tak tahu karang puisi untuk saya bacakan pada awak. Saya tak tahu menyanyi lagu-lagu cinta, walau bagai nak rak saya download dalam internet.. saya tak tahu nak dendangkan untuk awak. Saya tak tahu nak translate ‘I love you’ dalam 50 jenis bahasa didunia, walau macam-macam jenis kamus saya dah bukak.. saya tak mampu nak lontarkan. Saya nak buat candle light dinner, masakkan untuk awak, tapi saya jauh. Saya nak belikan hadiah yang mahal untuk awak, tapi puas saya pusing, lenguh-lenguh kaki, naik turun escalator, saya tetap tak daya nak belikan apa-apa untuk awak. Macam-macam saya dah rancang, saya nak buat, saya nak awak happy.. saya nak awak tahu saya bersungguh.. saya nak awak terharu.. saya nak awak tahu saya betul sayang awak.. tapi semua tak terbuat”

Arissa kesat cecair yang mengalir di pipi dengan lengan baju. Sungguh! Ayat yang terkeluar dari handphone ni macam ada kuasa. Ada kuasa untuk buat hatinya cair, cair hingga memaksa cecair itu keluar dari mata. Ada kuasa untuk membuat badannya lemah. Ada kuasa sampai fikirannya kosong. Ada kuasa hingga rasa dirinya ringan terapung.

“Adzrel, awak dah buat.. awak dah buat saya happy.. awak dah buat saya tahu yang awak bersungguh.. awak dah buat saya terharu.. awak dah buat saya tahu yang awak betul sayang saya.. semua awak dah buat.”

“Arissa.. awak nangis lagi..”

“ye.. saya nangis.. saya nangis sebab awak. Saya nangis dekat awak. Ok kan?”

Heh. Arel tarik senyum. Dia pula yang rasa terharu.

“awak sekarang dah pakar buat saya nangis.” Aree menghentikan tangisannnya. Dia mahu luangkan masa singkat ini dengan Adzrel, bukan dengan airmata!

“ayat awak macam nak kata saya kejam..”

Sempat lagi nak kenakan aku.. Arissa gelak tawar.

“dah habis nangis dah Arissa? Lega dah?” Arel suara perli.

“dah!” Arissa sengih.

“so, sayang saya tak?.”

“sayang kot.”

“kenapa ada kot?”

“haha. Saja. Takdelah nampak jiwang sangat.”

“boleh pulak macam tu!”

“mestilah boleh.. Arissa je boleh cakap macam tu.”

“how was your spm?”

“hmm.. ok la kot.. tapi sc subject macam susah.”

“sihat?”

“apa la.. baru nak tanya.”

“dia lagi lah tak tanya langsung.”

“haha. Sihat la. Awak sihat?”

“sihat. Tapi sekarang winter.. so sejuk sikit.”

“awak bila balik?”

“lambat lagi.. summer nanti pun tak tentu balik.”

“kenapa?”

“jauh la sayang.. ingat cuti nak pergi jalan-jalan.”

Dia panggil aku sayang? Aduhai hati.. aduhai jiwa.. tenang-tenang..

“awak nak kahwin umur berapa?” Arel tiba-tiba bertanya.

“lagi 10 tahun kot. Saya 27. Awak 30. Ok lah tu.”

“eh, apa kena mengena dengan saya?”

“yelah!”

“haha. Best tau sakat awak.”

“huh!”

“saya janji, lagi 10 tahun, tarikh hari ni, saya kahwin dengan awak.”

“awak ni macam budak kecik la.. macam budak tadika yang cakap, ‘nanti dah besar kita kahwin’. Tau?”

“biarlah.. saya nak cakap.. Adzrel je boleh cakap macam ni..”

“kalau tarikh hari ni jatuh hari selasa ke, rabu ke, khamis ke.. mana ada orang kahwin hari tu?”

“nasib arr. Saya dah janji. Orang tak buat, kita buat.”

“haha. Pelik la awak.”

“ni unik namanya Arissa.”

“haha. Lama awak call saya? Banyak duit?”

“apa lah sangat duit saya banding dengan awak..”

“ceh! Ayat standard.”

“haha. Ok lah. Nanti saya call lagi la bila-bila. Walaupun orang tu tak suka saya call.”

“merajuk ke… alah tomey-tomey Arel.. Hahaha.”

“shish! Apa tu..”

Hahahahaha.

“ok lah. Assalamualaikum. Take care. Night. Sayang awak.”

“waalaikumsalam. Night..”

Sengih. Pandang langit. Agak-agak dia tengah pandang langit jugak tak? Kita kan berkongsi langit yang sama.. ahh, sudah! Aku ni kenapa pulak dah..

“adoi.. susahnya aku tengok orang bercinta ni..” suara Ad

“sayang-sayang.. cinta-cinta… saya awak.. aduh!” suara Haq pulak.

“kot ye pun Aree, berhenti la sengih.. takut la tengok kau..” Vid menempel sama.

“Aree, dia kata apa?” Rai pancing.

Aree pandang empat-empat muka kawannya. Sengih.

“mana boleh kongsi!” Dia berlalu keatas dengan handphone masih digenggam erat.

“heleh! Tengok ar aku ada awek nanti! Jangan berangan aku nak canang cerita kat kau!” Ad melaung kuat.

“aku pun tak hingin nak tahu!!” sayup dengar jeritan Aree dari dalam blok Aspuri. Sengih? Tak hilang lagi! Heh.





************************************
{aku tak pakar bab ni. so, ayat yg kurang best tu kira halal lah ye? =p hehe}

Thursday, December 11, 2008

cerita mereka ~11~

“Aree.. cukup-cukup lah tu we.. nak tembus dah kalkulator tu aku tengok.” Ad mengusik.

Aree buat tak endah. Biar la.. mata aku.. kalkulator aku.. biar la aku nak tengok sampai tembus pun! Eh? Kalkulator aku ke? Kira aku punya la kan, sebab si owner dah bagi kat aku. hehe..

“Aree! Dah siap Add math?” Vid pula menyoal.

“yang mana? Trial SBP 2005? Trial daerah 2004? Kertas spm 2006? Trial MRSM 2005?” Aree menjawab sambil menyentuh dagu.

Ad, Vid dan Haq melongo.

“jap..jap.. jangan kata kau dah siap semua..” Haq buat muka pelik.

“yup… aku dah siap!” Aree sengih bangga.

Fushoooooooo!! Nak terkeluar biji mata Ad, Vid dan Haq.

“hai.. tak payah la buat gaya aneh ya amat macam tuh.. orang dapat kalkulator baru.. mestilah semangat nak guna.. stay up sampai dengar azan subuh pun tak kisah..” Rai peril sambil menongkat kepala.

“tabik spring la!!! Patutnya Arel kasi pen sekali, jadual berkala ke.. baru fair untuk semua subjek. Kita pun dapat tumpang sekaki.” Ad tak berhenti mengusik.

“aku rasa kena call wartawan surat khabar la.. baru dapat tengok headline, ‘Arissa, pelajar malas berubah menjadi rajin dengan kalkulator ajaibnya.’ Haha..” Haq pula menambah.

“eh! Melampau la korang ni.. nasib aku la.. lebih-lebih pulak..” Aree menjeling.

“weh.. emo nya dia.. sejak bila ni..” Ad gelak-gelak lagi.

“aku pernah terbaca tau, orang tengah bercinta ni, emosi memang tak stabil.” Ayat Rai disambut gelak meriah.hahahaha.

“siapa yang bercinta!” Aree pandang kalkulator. Malas nak pandang diorang!

“eceh.. sudah gaharu cendana pula..” Haq menarik sengih.

“ni apa aplikasi komsas pulak ni?” Aree kerut kening. Sebenarnya, dia tak senang dengan usikan tu. Rasa macam.. hati sakit. Ek?bukan.. hati bergerak?bukan..hati melompat? Bukan.. rasa macam.. hati sakit, bergerak,melompat serentak.. ish.. bahasa apa yang aku guna ni? Aku sendiri tak paham..

“Aree kawanku sayang, sudah-sudah la blur kau tu.. kesian aku, sian diorang 3 ekor ni, sian lagi Adzrel..” Rai bercakap nada lembut.

“Aree, kau sebenarnya dah suka dekat Arel. Dah sayang dekat Arel. Dah cinta dekat Arel. Sedarlah perasaan kau tu. Kau bukan budak lagi. Semua yang kau buat, takkan kau tak rasa….?” Rai dengan nada lembut lagi.

“aku rasa..” perlahan Aree jawab.

“haa.. ape yang kau rasa, tu semua bukan tipu.. tu bukan rasa biasa.. aku bukanlah pakar..tapi, aku nak kau fikir..”

“kenapa kau tak sedarkan aku awal-awal?”

“itu perasaan kau, hati kau, cinta kau.. patutnya kau yang sedar dulu.. bukan orang sekeliling kau Aree..” Rai berkata sayu sambil genggam tangan Aree.

“ow yeh?”

Hahahahahaha.

“sikit punya berperasaan si Rai explain dekat kau, boleh jawab ‘ow yeh’.” Haq, Vid dan Ad dah tekan perut.

“jangan gelak la.. interrupt tau?” Rai kasi warning.

“sekarang dah sedar kan? Jangan buat main hati orang Aree..” Rai sambung balik sesi.

“hmm.. aku pun rasa..”

“rasa apa?” serentak empat suara menyahut.

“aku sayang dia.” Senyum

Terdengar derap tumit kasut dari luar.

“Allah! Masuk pulak cikgu add math tersayang ni..” Vid mengomel. Nak bincang kertas dia bagi hari tu lah tu.. sah-sah tak siap!

“Aree! Aree! Pas belakang we!” Haq seakan berbisik.

Aree mencerai-ceraikan kertas jawapannya dan di pas kebelakang. Heh. Biasalah tu.. dulu kertas dorang yang pas kat depan!

“okey.. hari ni kita akan bincang kertas trial spm 2006. Alahai.. tertinggal kalkulator pulak saya. Siapa boleh pinjamkan kalkulator?” Cikgu Aina bercekak pinggang di tepi meja guru.

“Arissa!!” sepantas kilat Ad, Vid, Haq dan Rai menjawab.

Ceh! Kenakan aku diorang ni..
 
Blog Template by Delicious Design Studio