Haq menongkat dagu di hadapan Mira. “awak cantik. Sangat cantik.”
Diam.
“Mata awak sentiasa berair. Macam glass.” Haq menyambung.
Mira menyedut minuman dihadapannya.
“awak pernah berangan macam mana pasangan hidup yang awak nak?”
Mira menggeleng. “saya selalu rasa yang kita, manusia, tak perlu berharap.”
“berharap macam mana?” Haq menurunkan lengannya dan memeluk tubuh merapati meja.
“berharap untuk mendapat pasangan yang memenuhi semua kriteria kekasih terbaik di dunia, kemudian menjalani kehidupan yang sempurna sampai mati. Life is like fashion. Perfection doesn’t mean beauty.”
“so perfection means?”
Mira menarik nafas. “kita perlukan sedikit kekurangan untuk menampakkan kecantikan. Sedikit kecacatan, untuk menampakkan kesempurnaan. Bagaimana kita tahu kemeja yang awak pakai lebih sempurna dari orang meja sebelah?” Mira menjungkitkan kening.
“tak tahu. Sama aje?”
“wrong. Kemeja dia melepasi ukuran bahu. Kemeja awak saiz yang betul. Kemeja dia berwarna kusam dan tak sesuai dengan kulit dia. Kemeja awak berwarna hitam yang mana sesuai dengan kulit awak sebab hitam warna selamat untuk semua warna kulit sebenarnya.”
Haq tersenyum. “perfectionist.”
“saya bukan perfectionist. Saya cuma menjadi orang yang observant.”
“kita dah tersasar jauh sangat ni. Saya tanya pasal pasangan macam mana yang awak nak.”
“saya tak ada ciri-ciri pasangan pilihan. Alah kalau nak yang baik tu memang basic la kan. Sebab mungkin kekurangan dia adalah kelebihan saya, kekurangan saya adalah kelebihan dia. Selepas itu semuanya akan nampak cantik.” Senyum.
“beauty.” Haq turut tersenyum. “perfect.”
Mira mengangguk.
“Like you.” Haq mengangguk.
“kenapa lelaki mesti bermulut manis?”
“manis tu datang dari hati. Can’t help.”
Mira tergelak. “susah cakap dengan kasanova ni.”
“I like you.”
Diam.
“saya mungkin lelaki berumur 30 yang tak berapa tahu pasal fesyen dan tidaklah kacak seperti Justin Bieber mahupun Justin Timberlake but..”
“euw!”
“apa?”
“Justin Bieber? Seriously? Justin Bieber?”
“saja. Saya tau kalau letak Justin Bieber sebelah Zahirul Haq, mesti Zahirul Haq lagi kacak bergaya.”
“sekarang awak tengah apply teori saya pasal ‘mesti ada kekurangan baru nampak cantik’? dan awak guna Justin Bieber sebagai kekurangan? Brilliant.”
Hahaha.
“saya baru cakap ‘I like you’ and you spoil the mood!” Haq tergelak lagi.
“I know this coming. Saya kan observant orangnya.” Mira membalas senyum.
“I have something to give you.”
Mira mengherotkan bibir. “what? Your heart?”
“come on. Am I that cheesy? You women memanglah selalu pandang rendah dekat lelaki-lelaki mulut manis macam saya ni.”
“saja teka.”
“jom sayang. Hadiah ada dalam boot kereta.”
******
Nana memandang cermin di dalam tandas awam. Sekejap dia mengembungkan pipinya, sekejap lagi dia menghembus kuat.
Aku kena berterus-terang! Harus! Kalau tak berani, kena berani-beranikan!
Dia langsung keluar dari pintu tandas awam itu dan terus bergerak ke tempat letak kereta biasa yang dia selalu pergi. Eh bukan dia yang letak kereta, tayar kereta pun tak mampu nak beli lagi. Dia cuma selalu pergi sebab nak tengok kereta Syahid, atau tuan dia. Apa-apalah.
Penat berjalan, dia dah jumpa kereta yang dia cari-cari. Camry putih. Kalau kereta tu ada deria penglihatan, mesti dah tak larat tengok Nana yang asyik-asyik mengendap lepastu letak bunga senyap-senyap. Kalau dia boleh bercakap, mesti dah bocor rahsia semua dekat tuan dia yang ada seorang perempuan obsess asyik datang jenguk kereta dia hampir setiap hari.
Tempat letak kereta bawah tanah itu sunyi. Panas pulak tu. Nana mengesat peluh di leher. Jam tangan dilihat. Ah, mamat ni memang suka keluar pejabat lambat-lambat. Kaki dia dah penat berjalan dari tadi. Perlahan-lahan dia bersandar pada sisi kereta.
Syahid ni, cubalah keluar cepat sikit. Orang dah gementar dah ni. Ingat senang nak kumpul semangat membara macam ni sekali? Susah ya, susah. Tanpa sedar, kakinya tertendang pada sisi kereta putih bersih itu.
Tett!!! Tettt!!
Makk! Alarm berbunyi pulak! Adoi! Ada je masalah!
Nana taktau nak buat apa. Dia cuba mengurut-urut atas kereta harap-harap dia boleh senyap. Apa ingat ni baby tengah menangis? Dia memandang kiri-kanan kot ada orang pandang pelik ingat dia tengah pecahkan kereta nak merompak.
Sesaat kemudian, kereta itu senyap. Eh? Urut-urut tu berkesan ke? Jangan kata… belum sempat Nana menghabiskan ayat dalam kepala, dia dah nampak kelibat Vid dari jauh. Vid sedang memegang alat kawalan alarm keretanya. Ops.
Vid merapatinya dengan muka tenang. Biasa, bila masa dia tak pernah tenang bukan?
Nana terkejut. Aura dia mai dah. Mai dah..
“Nana.” Vid menegur dengan senyuman. Sedikit senyuman ya harap maklum. Tak pernah ‘banyak’ senyuman.
“Syahid.” Dia membalas.
“Buat apa dekat sini?” Vid membetulkan cermin mata di atas batang hidung.
Nana menarik nafas panjang. Dia mendongak sedikit untuk melihat mata Vid dalam-dalam. Bukan, dia bukan pendek cuma kurang tinggi. “Saya ada benda nak cakap.”
Vid hanya mengangguk. Dia memeluk tubuh dan bersandar pada pintu kereta.
“Saya suka awak. Saya letak bunga rose kuning dekat wiper kereta awak hampir setiap hari. Saya yang letak semua tu. Saya buat tu, sebab saya suka awak. Huh, saya suka awak.”
“Ok.” Vid menjawab sepatah.
“Huh?”
Vid mengangguk kecil. “Ok.”
“Ok? Apa yang ok?” Nana menjawab sambil berkerut kening.
“Ok lah.”
Nana menggaru dahi. “Saya cakap, saya suka awak.”
Vid menarik bibir ke sisi. “Yelah, saya jawab OK lah.”
Ha? Apakah? Nana blur. Tanpa sedar, dia sedang melopong berdiri tegak dengan tangan di sisi di hadapan Vid. “Ok je?”
“Habistu?”
Nana rasa nak tarik rambut. Aku boleh mengalami tekanan perasaan macam ni. Dia menggigit bibir sebelum bersuara perlahan. “takkan ok je? Taknak cakap awak suka ke, tak suka ke, menyampah ke, apa-apa lah!”
Pak! Vid membukakan pintu kereta penumpang hadapan yang jadi tempat dia menyandar tadi. “masuk.”
Nana mengerutkan dahi.
“Kita balik. Saya hantar awak balik.” Vid menghalakan matanya pada tempat duduk penumpang. Mengarahkan supaya Nana masuk juga ke dalam kereta.
Oh..ok. Nana terpempam. Dia tak suka aku lah tu. Sebab tu nak cepat-cepat hantar aku balik. Dia memandang Vid sekali lagi. “Takpelah. Saya nak cakap tu je. Terima kasih. Saya balik sendiri.” Dia terus membuka langkah laju-laju.
Vid menggeleng kepalanya. Dia menutup pintu kereta itu kembali dan berlari-lari anak mengejar Nana. “Sekejap.” Dia memanggil.
Nana berhenti dan berpaling ke belakang. “Apa lagi?”
Vid senyum meleret. “Hindustan lah awak ni.”
Nana menganga. Dia menghalakan jari telunjuk ke dadanya. “Awak cakap saya Hindustan? Awak tau tak betapa penat saya berjalan dari bangunan Suria KLCC sampai sini? Awak tau tak betapa panasnya basement carpark ni? Awak tau tak betapa banyak saya berhabis sebab beli bunga hari-hari? Awak tau tak betapa jujurnya saya dekat awak? Lepastu awak kata saya apa? Hindustan?” Nana mula bengang.
Vid senyum tenang. “Tau. Tau. Tapi, saya cakap awak Hindustan bukan sebab tu. Saya cakap macamtu sebab awak tiba-tiba nak lari balik. Saya tak cakap pun saya tak suka awak. Tak cakap pun saya tolak confession awak yang jujur tu. Saya tak ejek pun kelakuan awak yang hantar bunga dekat kereta saya setiap hari tu. Saya cuma nak hantar awak balik rumah dengan selamat, yang awak nak lari balik sendiri ni kenapa? Bukan awak kena melompat gembira ke sebab saya, orang yang awak suka ni, nak hantar awak balik? Saya cakap OK, maknanya OK lah. Saya tak reti lah nak pujuk orang lama-lama. Awak tau kan saya tak reti nak bercakap sangat? Sekarang boleh tak cut scene Hindustan ni, masuk kereta saya sekarang and be my girlfriend or whatever you wanted to be after that?”
Nana terdiam. Dia sebenarnya tak dapat nak proses sangat kata-kata Vid sebab pertama kali dalam hidup dia, Vid bercakap lebih daripada 50 patah perkataan. Pertama kali! “Wh.. wha.. what?”
“Saya suka awak.” Vid menelan air liur.

77 comments:
aaaaaaa...
finally !!!
haq confess, and wth, vid punnnn??
pergh. lu bikin jantung waa goyang jeee kanda..
amacam ad jaja???
waaa...sweet...suke sgt...tak sia² tggu lame²...weeeee~
jerit kuat2 sebab suka sgt entry ni*jerit dlm ati je* (^-^)
wahhhhh suke...akhirnye penantianku nak sambungan advidhaq... cpt2 kawenkan diorg..wakakak
waaa...sweet..mau lg!!!!!!
hee ~ nice .
arghh!!! suke haq konfess kt mira..n nana plak selamba giler je konfess kt vid...hehe...tertunggu part ad ngn jaja..like zatie said....hehe
wahhhhhhhhhhhhhhhhh... teruja giler... nk lg.. nk lg.. :)
ouhh my !! i like it !!!
waaaa sukeSUKE !! :D
wahhhh....speechless tetibe..
mcm x caye ble nmpk update about ADVIDHAQ!!!
waiting this for....monthssss i guesss!!!
suke giler..tq cik cucur but rse cm kurang something..my fav couple xde!!!cpat2 smbung abt ad n jaja k....
nak vid yang romantik!!!!
aaaaaaa.....sukenye...
dah 20 kali kot ulang baca sbb nk tggu n3 baru..
ala sukenye kat haq...
oh myyy vid...sekali buat move..trkejut nana..
and now i will patiently waiting for ad and jaja..
cik cucur..thank youuuuuuu:)
woaaaaah double triple likeee ! vid gila unexpected. heheee. ad manaa ad ? rinduuuu ad ! heheheee ;D
arghhhhhh!!!hilang segala stress buat akaun ble bce entry ni!!!!cucur..thniah!kau telah buat aku gembira pd minggu2 stress aku.hahaha!!
suke giler la scene ni.. sweet!!!
weeeeee...
suka suka..
so sweet cam gula kapas..
tinggal part jaja n ad je..
that's rite..no body perfect..
i like you.
saya suka awak.
finally!!!!!
aaaaaaaaaa..
suke.suke..
sambug lgi la..lme nye nak tgu entri nie..
i love you lh cik cucur.....jaja pe cer?
sengih sensorg sambil bc n3 nih..cik cucur..anda mmg best.. thank you..:)
Comel gilerr! :D Comelll!
thanks cik cucur.... so suweeeeeet...
mane jaja ngan ad?? huhuhu..
can't wait :)
nice.....
comel!!!!
suke3...
i like laa....
suke kata2 mira...
tgh tgu scene ad n jaja lak...
KYAAAAAAAA!!!!!!!!!! (Guling-guling dgn tgn kat dagu)
omg!!! vid amt2 cool!! cucur, nak vid!!!
alaa... pendeknye... nk lagi.. =p
xsabar nk bace y setyerusnya...
uwaaa...rase cm nk nangis jek tgk ade n3 br...pastu sweet sgt plak tu nana confess kat vid,bleh wat xtau lg si vid nih...dada dh sebak bile vid ckp ok je...tp bile vid ckp sy suka awk juge,sy rase nk gelak dlm tangis jek....hahahaha
hahha. comel sangat nii.. =]
yahoooo....i luv it so much...hahahah
yahuu!!suka..suka!
ad & jaja??????
pleashhhhhhhhhhh............
hohoho..gilak sempoi ler cik cucor ,,mabelos ler..suma dh pakat selamat berkapel..dh nk end ka suma watak nie???
finally...:)
mesti dah nak abeskan sbb semua dh confess.tinggal lagi jaja je.nway.seronok cik cucuratap.congrats~
thank you cik cucur....
mcm nk menangis....gembire teramat tgk ade update advidhaq nie...(T__T)
yeay....
sgt sgt sgt SUKAAAAAAAAAAAAAAAA~~~
so sweet...
suka2...
hope cik cucur leh sambung cepat2...
~exarra`
awak telah membuat saya tersenyum sorang2 dlm bilik. n wonder, am i gonna be that lucky? hoho.
i want someone like vid. sweet giler. n not too cheesy...=)
yeahhhhh...akhirnya....advidhaq muncul kembali =)
ske gler.....smbg la lg.
best sgt2...cpt2 turn jaja pulak...lame tnggu..cerita yg best..hehe
OMG!!! siyes teruja tekedu bile baca part vid confess...pergh! camni kot perasaan nana masa tu...keluh lidahku nk bkata..otak pon bhenti skjp nk process ap yg vid cakp....sangat2 suke!! love it!!!
thankssss sooooo muucccchhhhh cik cucur~~~!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
wawawawwawawawawwaaaaaa......
sgt skit dada duk thn gelak, coz xnk ganggu my rummate stdy... hahahahhaa
cik cucur~~
sambung2... kitorg setia mnunggu kt sni... heheh
waaaah...beeeest....ad xde...huhu...suke advidhaq....!!!!
smbg lg please....
sangat the best...
can't wait for scene jaja n ad. ;)
oomaigod!!!!!!!!! bestnye!!!!!!!!!!!!!!!! plez smbung lagi! plezzzzz~~ rndu adha..:(
i love ur story.....ur ideas,,,,
wah!!! bestnye lame dah tggu..
dorg ni sweet sngt :)
seriuzzz..nk nanges bace..rse nk melayang bile my sis ckp advidhaq ade new n3..waaaaaa....vid...i like u toooo.....threeee...fourrrr...waaaaaaa!!seriuz aq dh weng!!hahahaa..thanx cik cucur..thanx mucho2 =)
omg sangat sweetttttttttttttttttttttt
ramainye org komen. sy entah yg ke berapa. apa pun, i wanna say BEST!!!! :P :D
akhirnya vid!!!!! ilove u...huahuahua
waaaa...serius aku trnanti-nantikn smbungan crita nie...nk tau gak pe jdik kt jaja..really hope dia story cpt2 dsmbungkan....cayalah cucuratap!!!
waaa...rasa mcm mkn gula2..knp laa sy terlambt bc..neway,tenkiu much,much,much,much!!!!
xsbr nk tgu jaja ngn ad plak~lalalalala...
vid is so sweet!org kayu,batu sgala bgai begitu mmg sweetkah?awwww...suka mkn gula brgkali...huhu...keep on cik cucur!
omey angat ! :)
hehehe.. aku sengeh nih!
Sengeh sepanjang hari.....so sweet of Vid cakap cam 2 kat nana huhuhu kalah hindustan he.....Tp windu Ad ngan Jaja. *sambung sengeh sensorang*
erkkk...haha..CUTE!
-idayu-
x sedar dah ter 'clap' tangan kat tgh2 cube ni~hihi thanks~
nak ad & jaja
Cepat lhaa sambunggggggggggg ~
like..like..like!!!
best la cik cucur...
lau didramakan citer ni mesti bez kan..kan..
~ladybird~
Cik CUCURATAP.....U really have a TALENT to touch our heart as a reader! SILE BUKUKAN KARYA ANDA DALAM BENTUK NOVEL!!!!!!! Sesape se7, sila turun tangan,hek3... gerenti laku bak goreng pisang panas kat pasar tu... ;)
Nak jadikan naskah ni sebagai koleksi ar...sayangnya,xbleh copy... SO,xbuat perancangan nak buat novel ke??? Gerenti banyak orang d luar sana tu ternanti-nanti...
Anyway, NEXT ENTRI PLEASEEE,hahaaa....
huwaaaaaaa...comel comel comel!!!!
yeah din rizan
saya turun tangan...hihi..
sokong u 300%..
~ladybird~
so sweet....
1st tym komen kat sini .
Kak cucur , bestt giler citer ni !
Tang jwb paper pun bule dok ingat
kat ad & jaja . Giler penangan ADVIDHAQ .
Tak sabar tgu next entry akak ! Terbaikk ~ :)
lambat lg ker nk smbung..sungguh rasa xsabar ni...
nak ad-jaja..
kak cucur (hee sukehatije :P), smgtlaa. kami support akak. go go go :D
akak...(merengek mengade). haha. pi kl pon bole tebayang babak avh tau. hoho. keep typing kak :D
waarghh. suka nana dengan vid :D
wuaaa, sgt sweet maaa,
ska sama vid and nana.
hmmm, bla plak jaja n ad???
vid n nana dh sudah..
mira dgn haq dh jgk..
cpat2 yeee smbng..
alololo..comelnyer...thanx cik cucuratap...
jap2.
haq niyhhh btol2 ad ker kat real world??
kalauu ad nakk sgtt jumpa beliauuu.
memang follow dari awal lg citer nih.. but now baru 1st tyme nk komen,... so sweet... cik cucur, i like the way 6 of them so so so much!!! wonder, betol2 wujud x nih... cepat2 sambung ad&jaja pulak! heheh *mengarah pulak i nih.. -_- hehehheh
cik cucur ble nk smbng lg nieee????????
Post a Comment