♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, January 18, 2011

kadang-kadang aku sinis juga (ini bukan novel)

[entry ini sungguh dipenuhi dengan elemen-elemen tidak penting dan sususan penceritaan huru-hara. nanti bila dah hujung kata menyesal baca jangan salahkan orang tak ingatkan.]

tiba-tiba janggal apabila screen laptop tayang kotak untuk tulis entry baru sebab dah lama tak ber-blog. aku bukan lagi blogger. apatah lagi blogger tegar. memang tidaklah. blogger popular? memang haramjadah langsung tidaklah.

semua tak terjaga. blog terbiar, chatbox penuh dengan nama matsalleh entah magic datang dari mana promote link sendiri dan bisnesman.

aku juga dah lama tak baca novel online. sungguh la sangat lama. blog siapa yang tengah hangat sekarang ye? novel apa yang tengah ramai follow ye? (jawablah kalau senang).

secara jujurnya, aku dah tak reti karang cerita. aku cuba bersila depan laptop, buka otak luas-luas dan biarkan idea mengarut datang, tapi tiada hasil. LANGSUNG TIADA.

sedih. kecewa. tutup ms word. terus ber-youtube.

duduk dalam kelas law cuba untuk berangan supaya aku tak lena, tapi tak berhasil juga.

duduk dalam bas perjalanan balik ke rumah hanya termenung takpun tidur. takpun membebel dalam hati apabila orang yang duduk dekat seat belakang pakai selendang ada loceng dihujung dok bunyi kaching-kaching-kaching. tolong jangan pakai yang itu. tolong jangan. kalau terserempak dengan aku, kalau nasib baik mungkin aku jeling sahaja. nasib tak baik, mungkin waktu itu aku mood tak elok, mungkin aku sound sahaja dengan kasar. tampar? oh tak aku tak sentuh orang yang aku tak kenal.

aku kalau naik kenderaan awam, aku tak suka orang tak berhemah dan orang berlebih-lebihan. aku sebagai orang awam berhak rasa kurang senang kan? itu tak dikira jaga tepi kain orang kan?

pernah sekali aku nampak orang pakai hairband serius saiz BESAR gila dalam lrt dan aku mula berkata dalam hati "kau pikir kau Blair Waldorf?" maksud aku besar disini memang betul-betul besar. oh dan aku jumpa ini sebelum trend orang di Malaysia tiru macam Korea lagi. belum, masa ni belum tersebar lagi. belum wujud lagi orang pakai ribbon atas selendang.

orang kata, penulis selalu peka dengan sekeliling. observant gila. jadi apabila dia dah tenung orang dan sekeliling, dia dapat idealah. aku tak macamtu. aku jalan menonong. aku buat semua benda menonong. kalau tanya aku 'eh kau ingat tak lagi dia tu masa matriks dulu selalu makan kat kafe dengan awek dia?'. jawapan aku 'tak. tak pernah perasan pun.' aku memandu dari petaling jaya ke kuala lumpur, aku tak ingat macam mana aku boleh sampai. yang dekat pun aku tak ingat, apatah lagi dari johor ke kuala lumpur. macam magic eh eh dah sampai rumah.

aku cuma peka apabila aku rasa tak senang. contoh macam selendang loceng dan hairband gedabak dalam lrt.

ah ni nanti ada yang tak senang hati dengan aku bila aku cakap pasal fesyen ni. aku bukan benci, aku cuma kurang senang pada waktu itu. mungkin malang sebab waktu tu aku penat dan kau berfesyen macam-macam terus buat aku rasa annoying. cuba kalau kau tak macamtu mesti aku tak pernah tau pun kau wujud.

baiklah kembali pada perkara asal, aku nak cakap pasal observe kan tadi. ha aku rasa sebab perangai aku yang terlalu menonong ni la aku takde idea nak menulis dah kot. memang la aku sibuk tapi bila waktu aku senggang pun aku dah tak boleh menulis dah.

kita dah tak reti lah awak :'( *manja*

HAHA SEPAK AKU SEKARANG TOLONGLAH

dok komplen orang annoying sekarang aku yang berperangai bukan-bukan. haha. takdelah aku cuma nak sampaikan yang aku betul-betul dah kurang skill. nak kata takde skill langsung tipulah sekarang boleh je menaip kan.

dah abaikan ekspresi manja fake itu. itu cuma novel.

kadang-kadang aku pun terasa nak on ym dan kita berborak-borak seronok. tapi yang selalunya jadi ialah perbualan mesti berbaur peribadi dan terus jadi bosan dan suram. cuba keluarkan topik macam 'eh cucur kau tengok tak dream high episod 5 dorang nyanyi lagu sonyushidae lawak gila kan taecyon?'. tak pun, 'kau tak rasa nak tercabut jantung ke tengok grey's anatomy haritu torres preg mark's child doooo!'. tak pun, 'aku dah ulang baca Breaking Dawn tujuh belas kali, kau berapa kali ha?'. takpun, 'semalam aku mimpi makan meatball ikea. pernah makan situ tak? lepastu harini aku mimpi makan nasi ayam penyet pulak. kau tau tak kat mana sedap?'

kan seronok kalau macamtu.
nama apa? nak facebook? nak nombor telefon? tinggal kat mana? -_-'' terus terbantut perbualan.


em dahla tu je nak bebel. kering idea sudah. tengok, buat entry tak penting pun takde idea. dan aku juga tidak ramah tamah. kalau tukarkan entry ni jadi perbualan, mungkin makan masa seminggu juga baru habis sebab aku bukan talkative orangnya.

maafkan saya, saya tak sambung novel.
maafkan saya, semuanya ditinggalkan sekerat jalan.
maafkan saya, awak semua kurang senang. saya faham.
maafkan saya, kalau saya buat sesuatu yang tidak elok.

kalau tanya bila nak sambung semula saya akan jawab tak tahu.

sorry *nada tegas, bukan comel*

36 comments:

Miss Kira said...

cik cucur!!!!!!! jom usha cita oh!my school!! hehehe

cucuratap said...

oh my school a.k.a 100 point of 100 tu ke? haha kelakar.

Anonymous said...

sori2...ko marah2 ..aku rasa kelakar
sbb sebijik mcm kawan aku
"kau pikir kau blair waldorf?"
hahahahaha
sebijik

x kesah la
aku pon lama dah x layan novel online
goodluck tuan tanah

keSENGALan teserlah.. said...

kanda.!

cuba tanya kat producer chuck tu bila dia nak sambung chuck.!

aku nak suruh chuck tu confess kat sarah terang-terangan.!!!!
hahaha

Anonymous said...

hahaha..slendang loceng ngn hairband gedabak,,ak suke part 2..sb ak pn kurg senang mcm ko rse..

umi kalsom said...

cik cucur... smile :)

cimun3003 said...

100 point out of 100
come to play
star golden bell(tapi siri ni dah stop kt sana)
strong heart
suju foresight
drama - oh my princess

sume ni leh buat gelak sensorang smpai org tego
hahaha

cik cucur,
saya penah makan ayam penyet tepi tesco mutiara. kat gerai2 kat blakang tu.ok gak.lgpon leh ngada ngada mintak kuah lebih dgn akak tu.hehehe

lepas makan gi lepak kat borders...that's life...best

Lee Zha said...

aku mlm td smgt depan tv nak layan comedy boot an ugly betty camp. last2 abg ipar sound nk tgk brita tv3.



boleh bayangkan tak muka aku pada waktu tu? muka manis tapi hati???


aaaaaarrrrrrrrrgggggghhhhhhh!

tkah said...

cik cucur..jom g tgk muvie gnomeo ngn juliet nnt..hahaha...dieorg comel even bru tgk kt trailer.....=)

Anonymous said...

dream high dh keluar ke?
weh kalau boleh sambung la taw.aku ske kot bace kaw pnye cite.

p/s : ak pn kurg sng ngn org pki shawl loceng uh

cucuratap said...

komen balasan mengikut turutan:

anon- terima kasih ;)
zatie- kalau confess cepat2 habis la siri tu cepat2. dah tak drama lah nanti
anon- haha skrg dah boleh terima hairband. tp selendang berbunyi mmg tak boleh terima
umi kalsum- :)
cimun- aku tak tgk my princess lagi takut addict satgi. haha. tesco mutiara kat mane ye?
Lee zha- aku pun selalu berebut tv. kan best skrin boleh separate 2 channel kan.
tkah- tbe2 rasa ketinggalan sbb aku tatau pun ade movie tajuk tu. haha
anon- dah keluar! 6 episod da :)

keSENGALan teserlah.. said...

mmglah.
tp aku yang tekanan tgk dorang tarik tali..
haisssyhh..

oh,aku rindu zachary levi.
what to do??
ngeeeeeee..

Unknown said...

waaaaaaaa...meatball ikea...! nak!! :) *org len dok komen psl movie n buku...sy plak komen psl makan...adoyai..makn je keje! huhuhu*

btw cikcucur..chill! :)

stuvwxyz said...

at some points in life, we will get tired . it's okay miss :)
take as long as you want, gather your strength all together, and write again .
i love your writings, and i will wait :)

much love , me .

Anonymous said...

haha. tuan tanah.. cakap pasai pakai ribbon dekat slelendang... memang dh ada.. haha..

* speechless bila tengk.. nak kata pelik pon ada.. aih.. hahah

cimun3003 said...

tesco mutiara kat tepi the curve tu...
takpon gi makan kat restoren santai dalam tesco tu
abc dia syok

dah lama tak tgk muvi
nak tggu sanctum kuar
jom cik cucur

cimun3003 said...

http://www.youtube.com/watch?v=dvXbhV3azdk

Anonymous said...

kalu aku tnya "final year projek ok?" agk2 kurang asam x....ahahahahak. aku gurau je, sabar ek cucur, relex2.
uyon

haikadove said...

hehee alalaa smileee :)
biaselaa tue ade mase2 kte pressure.

oh newayy tgk mentalist ?! tgk laa tgk laa~ hahahaa. tak betul dah nie duk promote mentalist kt sume org ;p

mira azam said...

salam...akak,,,its ok lah klo xblh smbg tulis skrg!!!!amik lah byk mne pn mse yg akk nk...ktorg akn tgu,,xkisah la....tp klu blh,,jgn stop terus..akk ade bakat!!!!!! :D

chill ye sis!!!!

Anonymous said...

kalo hanta publisher gtau ek, i mesti dapatkan karya u. ;)
-lady eff-

hestyrezyuda said...

erk :-s

asal aku tak paham apa2 yang korang komen ni?? uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..:((

nak rasa macam ketinggalan sesangat plak... :((

Salmiza said...

1. meat ball ikea << wah..best2!

2. hairband pakai kt selendang? << aku rs aku mcm x pernah tgk..ketinggalannya~!!

3. selendang bunyi2 << x pernah terlintas pun nk pakai. mcm ape tah. dah la pemberat dia tuhh besarrr punyaaa~!!!

4. chatting, tny soalan yg mcm ko ckp tuu << aku pun x suka. blm kenal blm apa dh sebok2 mintak itu ini..tanya macam2..rimasss~!!!

5. latest drama jepun aku tgk << story of love. aku xtau smda cite ni dh lm ke baru. hanya meminjam dvd dari kawan. jadinya, layan saja lah.. =D

deesroad said...

lepak chatting kat cb p2u tu mmg best klu dpt geng yg sama kpala..ha3..
tp bila da msk bab pribadi tu berbakul2 sengal aku dpt...:)

biasa lorr idup ni mmg mcm yoyo, ko tunggu jer la bila ko rasa nak mnulis ho3 mmg rasa xnak tido ar kut...

go!go!go!... aku suka cite ko... lambat xpe asalkan brmutu beb... he3

Secret Admirer Since Form 5 said...

Dear cucur yang selalu cool,

saya dah lama meminati awak. Kalau tidak keberatan, sudikah awak keluar dengan saya dan bersantapan meatball ikea sekiranya saya pulang ke Malaysia. Lepas ti kita pusing pusing putrajaya.

Nak tak? Nak tak? Nak tak? ;p

cucuratap said...

Zatie: siapekah Zachary levi?
Cik dida: ye aku pun asik lapar je. tsk.
Mute storyteller: sweet thought  thnk you.
Farah amanina: fesyen semuanya. Haha
Cimun: oh yeke? Kene try makan situ nanti!
Uyon: jangan tanye fyp please? HAHA
Haikadove: mentalist tak tengok.. nanti boleh try! Hehe
Mira azam: yes chillex!
Lady eff: haha entah ble la nk publish. Sure I will.
Hestyrezyuda: nothing important. Takpe 
Ento put: meatball ikea addictive ok. oh tak pnah tgk lg movie tu. nanti ade mase aku carik ye? ;)
Deesroad: terima kasih!

cucuratap said...

secret admirer since form 5: HAHAHAHA i like ur nickname! kamonla takkan nak ckp taknak. fetch me please. haha
btw u read my bloggggg!! kate tak bace!

Seyha said...

haha tensen cik cucur XD. xpe2 this is why they invent cte2 korea, series2 english, sitcoms2, dan juga cte industan >.< tp ntahla knape dorang invent selendang berloceng. hmmm mungkin gelang kaki berloceng sudah tak berapa menarik perhatian.

Aku said...

cucur. aku rasa kalau kau tak tulis cerita pun,
kau tulis pape pon menarik gak dow.
haha. bile kau tulis ketidak puasan hati,
aku rasa nak gelak. haha. gelak bukan sebab nak gelakkan kau. tapi gelak sebab rasa nak gelak bile baca. hahaha
aku rasa ok je kalau selalu2 ada luahan perasaan sebegini. hehe. :)

oh ya. cmne kita nak borak2 ngan orang tu kalau kita sendiri tak tau ape feveret die.
bukan cmtu eh,..

zatie - bukan chuck memang da confess dengan sarah ke.. die kan da together ngan sarah.
cume yg x best bile ending die cm tergantung, bile mak chuck pon terlibat

flower girl said...

as long as you can be yourself.... everything will be fine....

hassudi morshidi said...

salam..suka sgt2...10000x suka...

keSENGALan teserlah.. said...

aku - haaa..manade chuck confess lagi? dye ada confess kat bapak dye je mase wedding. last kat axn yang chuck cakap "guys, i know kung fu," haa..tu jee.lps tu tade series baru. bila nak kuar tah kat axn. kau tgk channel mana ni? ni yang rasa nak gali dalam-dalam ni. hahaha

teruTERUbozu said...

cik cucur...
byk benda kalau dtg at the wrong time...mmg annoying!hahahahah
cuba kalau time tgk hairband besau gedabak tu...ati tgh berbunga2 bertaman2...maybe lain cara penerimaannye...

btw,aku fhm bile blog udah jadi mcm sawang lelabe..aku pun sama..masa sokmo tak cukup!

chill cik cucur!=)

Unknown said...

kalu xtulis cerita pape pun, tulis macam ni pun dh menarik hehe :)

Anonymous said...

tulisan menunjukn skill masih de ag..hahaha..

rose velvet said...

btul2 stuju sgt ngan org len x yah tlis novel juz cite pon da mnarik..haha
n g stu cucur nie msti simple n mnarik an
that's why la ade secret ad since f5 g ..
spe tgk 2 days 1 night
law da tgk memang gelak habis..korean program..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio