♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, September 28, 2009

ADVIDHAQ [2]

“aku rasa nak kahwin la.” senafas Haq bertutur. Perlahan, tapi nyata tegas.

Ad dan Vid berpandangan sesama mereka. Macam terkejut.

“tiba-tiba je kau?” Ad bertanya sambil berkerut kening.

Vid hanya memerhati muka Haq tanpa lepas. Ni betul ni. Haq bukan selalu buat ayat main-main macam Ad.

Haq memusing-musingkan gelas Nescafe panas didepannya. 180 darjah kekanan.. 180 darjah kekiri.. pusing lagi..pusing lagi..

“hoi! Hoi!” Ad menegur Haq kasar. ni dah masuk alam mana pulak dah ni? buat pekak pulak dia. “kau nak kahwin dengan siapa?”

Haq menjungkitkan bahu. “kena carik la kot?”

Sunyi sebentar meja Restoran Pelita itu. cuti raya kali ni dimanfaatkan semaksimum mungkin. Sebab tahun ni Ad dapat cuti tak macam tahun-tahun lepas. Entah atas bumi mana dia beraya.

Vid merapatkan badannya kemeja sambil berpeluk tubuh. Haq dihadapannya dipandang serius. “kenapa?”

“tak rasa kita dah terlambat ke? korang tak rasa apa bila tengok Aree?”

“tipulah tak rasa apa.” Vid menjawab perlahan. Dia mengangkat kening pada Ad, macam bertanya jawapan Ad pula.

“aku..” Ad buat muka serius. “aku susah sikit la. aku takde rasa nak kearah ‘tu’ lagi kot. Memangla semua orang nak ada family..”

“nak tunggu naik pangkat jadi kapten dulu ke?” Haq bertanya ikhlas, bukan sinis.

“aaa…a..gak laa..” lambat-lambat Ad menjawab.

“bilanya?” Vid pulak bertanya.

“paling cepat tahun depan kot. Takpun thirty.” Ad mencongak dalam kepala. betul la tu, nak jadi kapten bukan senang. Exam melambak, dalam simulator je dia nak berapa ribu hours. Tahun depan dah 29, kira paling lambat dia target pun 30 dah dapat duduk kat kerusi kapten tu la.

“aku ingat nak tukar firm.” Ayat Haq yang buat kepala dua-dua kawannya tegak. “nak kerja KL.”

Vid senyum lebar. Bagusla tu, dekat sikit. Takdelah nak jumpa pun kena buat appointment macam nak jumpa PM.

“kau serius gila pasal kahwin ni eh?” Ad membetulkan letak kerusinya. Dia nak betul-betul menghadap muka Haq disebelahnya yang besungguh-sungguh nak settle down.

Haq buat muka. ‘apasal, tak percaya?’.

“aiyoh…kata berselirat dengan drawing?” Ad bertanya lagi.

“kalau nak letak alasan macam tu, Arel yang doctor kerajaan tu boleh je? bukan dia patut berselirat kepala berganda-ganda dari aku?”

“Arel dengan Aree betul-betul kasi pengaruh dekat kau la ni?”

Haq sekadar mengangguk. “kadang-kadang kalau takde benda macam ni depan mata, kita takkan sedar. Change for good la, Ad.”

Ad mengiyakan. Betul jugak. Dia mengangkat pandangan pada Vid yang senyap dari tadi. “kau pulak? Taknak kahwin? Kau dahla duit berkepuk, masa pun takla tight sangat.. patut kau yang cakap nak kahwin dulu daripada mamat ni.” serentak Ad menyiku Haq disebelah.

“nampak kerja 9 to 5 tu memangla macam tak tight. Tapi banyak benda jugak kena fikir. Even ramai yang kata, belajar engine tu lagi susah dari kerja engineering, tapi aku rasa sama je. pukul 5 habis office hour, tapi pukul 12 tengah malam pun tak habis fikir pasal kerja lagi.”

“kita ni memang fikir pasal kerja je kan?” Haq mengutara soalan yang dah memang tau jawapan.


“true.” Ad bersetuju.

Vid mengangguk.

Akhirnya ketiga-tiga mereka memandang gelas masing-masing yang tak luak. Jarang mereka ada deep conversation yang takde satu suara gelak-ketawa pun.

“hmm. Farhana kau apa cerita Vid?” Ad kembali bersuara nak menceriakan suasana.

Automatic Vid tarik sengih. “aku rasa dah ingat dah. Tu jiran lama gila tu. masa aku sebelum sekolah rendah. Masa adik aku tunjuk gambar dia datang rumah haritu, aku rasa macam boleh ingat la sikit-sikit.”

Haq senyum mengusik. “dah kena la tu. boleh langsung ar hujung tahun ni.”

Hahaha. Ad ketawa galak. “kau yang sibuk nak kahwin, nak suruh Vid langsung dulu pulak!”

Vid senyum je. takde maknanya nak ambik serius ayat Haq tu.

“apa yang kau ingat pasal dia?” Haq bertanya macam berminat betul nak tau.

Hmm. “aku rasa dulu aku panggil dia Farhanaconda.”

Hahahahaha. Haq dengan Ad tak dapat nak tahan gelak. Terbaik la~

“apsal? Dia dulu duduk hutan Amazon ke hape?” Haq meneka.

“ke… dia sama saiz dengan anaconda?” Ad menambah. Gelak dia tak habis-habis lagi.

Vid sengih. “bukan. Sebab dia dulu makan banyak. Cakap pun banyak. Kalau dah malas sangat dengar dia bercakap, aku panggil la dia Farhanaconda. One word, senyap terus.”

Hahahahaha.

“jahat gila kau. Mau melalak budak tu dalam rumah dia.” Ad mengagak.

“dia dulu suka ikut aku ar. Tu mak aku kata dulu kitorang melekat. Padahal dia yang ikut aku pergi mana-mana.”

Hahaha. Haq pulak tak sabar nak bertanya. “ni kes bercinta zaman kanak-kanak la ni? sweet la Vid.”

“manede.” Sepatah Vid menafikan.

Hahahaha. Makin galak Ad dan Haq ketawa. Vid..Vid.

“Guys?boleh slow your tone sikit tak?”

Satu suara asing mematikan gelak meriah Ad dan Haq.

Haq kerut kening. Apahal? Kerek ar lu minah.

Ad mengutuk dalam hati. Eh, ni kan public. Sukahatilah. Ni bukan coffe house hotel 5 stars!

Vid memandang perempuan yang berdiri elok ditepi meja mereka. Dia mengangkat tangannya sedikit. “we’re sorry.”

“thanks.” Perempuan itu terus berpusing belakang dan kembali kemejanya yang terletak selang satu meja dari belakang Vid.

Haq memanjangkan lehernya. Mengusha. “sesat mana minah tu? tak pernah lepak mapley ke?”

“entah. Pakai baju macam artis. Kasut tu kalau hentak kuat sikit mau berlubang lantai.” Ad menambah. Tak kena gaya betul.

“salam tak bagi. Tiba-tiba je terjah meja orang. Nasib perempuan. Kalau tak..”

“dah lama kerusi melayang eh?” Ad cuba menghabiskan ayat Haq yang tergantung.

“taklah. Mengamuk la aney kedai ni. aku kasi dia rasa makan kasut Adidas..”

Ad terus memandang kebawah meja. “bai, kau pakai running shoes pergi mapley?”

“takleh ke?”

“aiyoh…. Mana kena. Takde fashion sense langsung la kau ni.”

Vid cuma tarik sengih. eleh, sepanjang yang dia tau, tak pernah pun diorang ni kasi makan kasut kat siapa-siapa. Saja cakap besar. “dah-dah. Gerak la jom.”

****

Amira mengamati dirinya. Dia menunduk. Christian Louboutin’s pumps? Check. BCBG’s v-neck twist dress? Check. Dia membuka pula tas tangan hitam Marc Jacobs. Chanel’s compact powder diletak diatas tapak tangan dan dibuka. Ok, fine. Tak payah touch-up lagi. Lip gloss masih bersinar-sinar.

Amira tarik nafas. Bersedia! Pintu kaca ditolak perlahan. “Puan Rai?”

Rai mengangkat muka dari skrin komputernya. Senyum. “yes Mira?”

Amira membalas senyum. Puan Rai yang 24 jam cantik. Puan Rai yang 24 jam boleh buat semua perempuan tergugat. Puan Rai yang boleh semua orang naik gila nak berfesyen. Ya, termasuk dia.

“photoshoot untuk cover bulan depan dah ditentukan. Minggu depan, rabu.”

“dah confirm dengan semua? Writer? Photographer?”

“done.” Amira senyum lebar.

“good.”

“you in?”

“I will mark my calendar.”

Yes. Makin lebar senyuman Amira. 1st time dapat kerja sekali dengan Puan Rai.

“Mira?” tiba-tiba Rai menyapa.

“ya?”

“you work hard.” Rai berkata ikhlas.

“a compliment?”

“sure, girl.”

“thank you.”

Mira rasa terawang-awang. Terasa tak berpijak lantai masa keluar dari pejabat Puan Rai. Stylist is totally my life. Forever.

18 comments:

Unknown said...

wah..!!
best2...

Unknown said...

First Commentor?

wahh...who's this Amira?
jeng...jeng...jeng...

sweet memory@knight said...

wah!!best...satu lagi seronok dpt jadi org pertama bace n3 ni.....gempak la cuucratap...tp amira ngan pn rai tu sape??

Anonymous said...

amira ke yg sound dorg tu? sape la yg sangkut kat amira tu sat lagi. haq kot xD
ad xde calon ke? ;)

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuu..
amira?
agak2,,slah satu heroin tok spe ek??
hehe...

MaY_LiN said...

[~_~]

MaY_LiN said...

[~_~]

Anonymous said...

umur da tua..mmg ptt pikey kawen pn dak2 tu..
smbg la lg..
nk tgk ape kesudahan dak be3 tu..
hehe~ ^_^

-che na-

ceritaku MEMORIKU said...

whoaaaaa
bestbest.
and amira also the heroin in this story?
ahhaaa.
the girl at maple?
haha
-na'dz

aqilah said...

akak blurrrrrrr sikit lah tang cite ni. apapun akak follow.......................

Bulanhijau said...

erm..
spe amira tu ek??

ap la ending diorang ni ek??

sy nak AD, can??
hehehe

Anonymous said...

heh
asanya btol haq wif amira
bb kt bidadara new season ada mention wife haq nma mira
eehhehehehehe
pa2
cntnue please.......

Anonymous said...

oo pn rai tu rai la kan??
kwn si aree.. haha got it

vioskylet said...

sape amira?
mesti girl yg tego dak be3 tuh kn...
cik cucur smbng la lagik...

cik kiah said...

nice story..em..watak mira tu ada dlm bidadara2 kan?hahaha...benarkah begitu wahai cik cucur? ^^,

kekwa said...

haq ngn mira kn????
btul x cucuratap??
mcm tkantoi je...
heheheheh

cik kiah said...

ahah! nice story.. ^^, kalau tak silap, mira tu ada dlm cte bidadara 2 kan? benarkah begitu wahai cik cucur?

Anonymous said...

cik cucr..cepatlah sambung..best2!!

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio