♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, July 20, 2009

kamu indah [15]


“hahahahahaha!” Indah gelak sampai terkeluar air mata.

Reza di sofa sebelah pandang dengan hujung mata. “apa dianya?”

“huh..huh..huh..haha.” Indah tak sempat-sempat nak bernafas.

Reza pandang ke tv. Tak ada apa yang lawak sangat. Dia menurunkan kaki kirinya yang dari tadi ternaik ke sofa. Indah dipandang serius. “kenapa?”

“sshh..shh.. tengok tu!” Indah menghalakan jari telunjuknya ke peti televisyen yang tersiar filem berwarna-warni.
"Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga"
Indah menarik kusyen yang dibuat penghadang belakang kerusi rotan disebelahnya. Dipeluk kuat-kuat. Menutup gelaknya yang dah tak tertahan lagi.

Reza tak boleh tahan. Dia merentap sofa dari tangan Indah. Besar mata Reza. First time tengok Indah macam tu.

Indah punyalah sakan gelak, sampai sekarang tercungap-cungap. Merah pipinya. Terlampau lawak, sampai suara dah tak tekeluar. Yang terdengar cuma nafas tersekat-sekatnya.

“hoi! Hoi! Tak bernafas nanti!” Reza menyondol-nyondol sofa ditangan pada muka Indah yang dah serabai dengan air mata dan rambut.

“huh…huh..” Indah menolak rambutnya kebelakang. Mukanya ditadah pada siling. “boleh pause sekejap tak filem ni?”

Dengan dahi berkerut seribu, Reza mencapai remote dvd player dan memberhentikan filem itu sebentar.

“huh..huh..” Indah masih tersengih-sengih. Mengurut-urut dadanya. Penat lah gelak!

“hoi… kemendenya?” Reza bertanya lagi. Dia berdiri betul-betul dihadapan Indah.

“orang dulu-dulu, kalau set dating pun nak kena pakai ayat karangan 5-6 baris ke? berbunga-bunga bagai…” Indah rasa nak sambung balik gelaknya.

Reza menghempuk sofa ditangan pada pipi Indah. Lah! Tu je!

“hahaha. Reza, sakit!”

Reza buat tak dengar. Lagi dia tambah. Laju sofa itu dihempuk-hempuk pada muka Indah. Sebenarnya, dia pun nak tergelak jugak. Tapi agak-agak la kan? Segan la. Lagipun, ni entah kali keberapa puluh dia hadap cerita Hang Tuah tahun 1956 tu.

“orang dulu-dulu kan memang macam tu.. apela! Gelak macam hape je..” Reza pun dah tarik sengih. Rambut panjang dia pun serabai jugak, sebab be-wrestling sofa dengan Indah.

“hahaha! Tapi dahsyat la.. patut la Nek Ngah macam tu.. haha.” Indah ketawa tak habis-habis.

Reza meraup rambutnya kebelakang. Dia terduduk di lantai. “gaya first time tengok..”

Indah pandang Reza yang duduk dibawah. “memang first time pun.”

“serius?”

Indah angguk sungguh-sungguh.

“alien.” Reza mengejek.

“apa dia? apa dia? lagi sekali?”

Tak sempat Reza menjawab, sofa dah hinggap ke belakang badannya. Indah!!!

“ha!!!!!!! Ha!!!!!!!!!!!!!” Reza menggertak dengan sofa ditangannya pula. Tak sayang nyawa betul Indah ni. Aku sepuk kuat-kuat baru tau.

Indah sengih takut-takut. “hehe. Dah la. continue la cerita tu.”

Reza mencapai remote kembali. Filem itu ditonton dengan penuh khusyuk.

“Reza?” Indah berkata perlahan. Matanya tak dialih dari tv.

“hurm?” Reza juga tak mengalih muka.

“nama Teja sounds nice kan?”

“hurm.”

“kalau ada baby girl nama Teja, mesti comel gila.”

“apela. Kata tadi tak suka Tun Teja, sokong Melor.” Reza membangkang.

“Indah cakap pasal nama la, bukan pasal siapa sokong siapa. Tapi memang betul pun, kesian Melor. Separuh mati cinta dekat Hang Tuah.”

“Tun Teja pun kesian jugak. Terpaksa kahwin dengan Sultan, demi orang yang dia sayang. Kan?” Reza merujuk pada peristiwa Tun Teja terpaksa memakan sirih jampi untuk melupakan Hang Tuah. Tun Teja terima pinangan Sultan Melaka walaupun dia dah jatuh hati pada Hang Tuah.

“bodoh betul la Sultan dulu-dulu ni. Kesian diorang.”

“alah. Kalau sayang separuh mati sekalipun, tak semestinya bersama. Nama pun hidup.” Reza menjawab takde perasaan.

Indah terdiam.

Filem itu terus berjalan.

"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!"

Lantang Ahmad Mahmud melontar kata-katanya. Indah ternganga sebentar.

“duh~ geramnya dekat Hang Tuah!!” Indah melepaskan geram.

“dia tak salah la!”

“ye, dia salah!”

“tak!!”

“ye!”

“tak!!” Reza tegas dengan pendiriannya. Hamba taat pada rajanya, itu memang pegangan orang zaman kesultanan Melaka.

“ye!!”

Pap!!!!!!!!!!!!!
Bunyi debik kuat.

Indah dan Reza senyap sebentar. Nek Ngah muncul entah dari pelusuk mana entah.

Nek Ngah tahan geram. Puas dia mendebik peha Reza. Asyik bergaduh je!! “ni kenapa ni? dekat dapur bising, bawak keluar pekan bising, nak tidur bising, tengok cerita pun bising??!”

“Indah ni la.. dia..”

“hah! Tuduh-tuduh! Lepastu nanti, Indah pulak tuduh Reza! Haih. Entah bilanya kamu ni tak bertengkar.”

“ermmm… tengah buang air?” Reza loyar buruk.

“Reza!!!!!!!!!!!!!” kuat Nek Ngah terjerit. Buat main pulak dia!

********

Reza dah selesai solat Isyak. Dia turun ke dapur. Lapar mak oi. Dekat kampung, entah bila masanya tak lapar. Badan pun dah rasa macam tong beras.

Tak ada sesiapa di dapur. Nek Ngah dengan Indah tak siap sembahyang lagi agaknya. Reza menjengukkan kepala diatas dapur. Lauk apa eh?

Dia tinggalkan periuk-periuk yang bertutup bila hidung dah dapat cam bau. Asam pedas ikan merah. Superb.

Dia jenguk bawah tudung saji pula. Whoa!!! Ulam-ulaman tersusun cantik diatas tampi. Tau ke gadget apa tampi tu? ala, dia anyaman. Bentuk segi tiga atau bulat. kalau masa raya, orang buat tampi kacang goreng. Nak asingkan kulit kacang, dengan kacang. Orang dulu-dulu buat tampi beras agaknya.

“hoi, curik makan.”

Pantas Reza kalih muka ke tangga. Indah tengah bercekak pinggang sambil tersengih-sengih. “mana….”

Indah tergelak kecil. “habistu, buat apa tu?”

Atas kepala Reza rasa macam bercahaya. “meh sini. Kita buat kuiz sekejap.”

Indah rasa was-was. Entah apa lagi benda mengarut dia nak kenakan aku.

“meh la cepat..” Reza melambai tangan ke arah Indah.

Indah tarik kerusi berhadapan Reza. Ditengah-tengah meja ada satu tampi segi tiga.

Reza senyum. “mari kita buat test. Indah kenal ke tak semua-semua ni?” jari Reza membentuk bulatan diatas tampi itu.

Indah ragu-ragu. Errr.. rasa macam tau.. tapi rasa macam tak ingat..

Reza tarik sengih lebar. “ni apa?” Reza tunjuk pada daun-daun hijau. Batangnya kecil-kecil.

“alah kacang je. Ulam raja.” Indah riak. Rasa hidungnya tinggi sampai ke atap.

“ni?” Reza tunjuk pada benda hijau yang bermata-mata.

“ugh. Petai la~”

Reza sengih. “ha, ni pulak?” dia tunjuk pada benda kelabu. Bebentuk bulat.
Errr.. ah sudah. Hilang ingatan. “ala, Indah tau ni… tau sangat. alah! Reza ni, tanya benda senang je dari tadi. Tanya yang lain lah.”

“haha! Takde-takde.. jangan nak skip..”

Indah berfikir. Jantung pisang? Bukan lah! Jantung pisang warna purple. pucuk betik? Lagi la jauh panggang. Pegaga? Duh~ pegaga warna hijau la makcik..

Reza perhati muka yang berkerut-kerut dihadapannya. Alisnya hitam terbentuk. Mata yang dikerutkan tu comel bila mengecil. Bayang-bayang bulu matanya jatuh pada dua-dua pipi. Hud Rezairel, anak orang tu. Bawak-bawak la beringat. Humph. Reza mengeluh kecil. Dia memeluk tubuh. Cuba merilekskan dadanya yang berombak. Apahal jantung aku ni? server down ke?

“cucuk mata tu karang!” Indah menyergah tiba-tiba.

Sebenarnya, Indah rasa lain macam. Dari saat Reza meletakkan pandangannya tepat pada muka Indah. Automatic rasa darah dalam badan naik ke kekepala macam naik lif 200km/j. Kebas tangan dengan kaki gaya macam baru lepas berenang 3 jam tak berhenti. Mengharung ombak dan angin, tangan terkapai-kapai.. nafas tak sekata..

“hoi!” Reza pula menyergah.

Indah rasa malu sendiri. Entah ke laut mana yang kau pergi jelajah tu Indah? Berenang pun tak lepas. Nak mengharung ombak dan angin tengkorak kau.

“apa hoi-hoi?” cover jangan tak cover.

Reza tarik sengih. Gelabah tiba-tiba apahal minah ni? “takkan fikir jawapan lama macam tu kot.”

Indah telan air liur. Jawapan. Mana aku nak carik jawapan. “er, talian hayat ada?”

“ada.” Reza rasa nak sengih sampai koyak pipi. “meh sini bukak mulut.”

Reza mencapai garpu dari rak belakang. Dicucuk benda bulat itu. “nah.” Dia pass garpu pada tangan Indah.

Indah ragu-ragu. Kemende ni? rasa apa ntah?

“cepatla.. dah rasa tu, kira kasi klu jawapan la tu.”

Indah memusingkan-musingkan garpu itu dengan tangan kanan. Entah-entah ni bukan makanan. Bukan betul sangat Reza ni pun. Dia pandang muka Reza. Kening terangkat seakan mencabar. Haih!

Indah menutup mata. Cepat-cepat dia menggigit.

Purrrrrrhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hahahahahahaha! Reza dah tak daya nak control gelak.

Indah dah terbongkok-bongkok di singki dapur.

“kenapa tu Indah???” Nek Ngah bersuara risau dari anak tangga.

“dia nak belajar makan jering tu Nek Ngah. Biarkan. Haha.” Reza jawab tanpa rasa bersalah.


*Hang Tuah 1956 movie's info taken @ http://www.filemkita.com/filem/h/hang_tuah_01.html

33 comments:

tzaraz said...

yess!..indah ngan reza dah start dah..!!
server down..??..hahaha

Anonymous said...

haha.x ley ba betol reza

ShAydA said...

suka giler indah + reza...bab cite hang tuah tu mmg lawak ..ayat org dulu2 cinta mmg bunga2

syah said...

hahaha...
gelak sakan ak bc n3 nih..
reza..reza..

yeaa kamu indah kembali =)

ღpanda_onchairღ said...

nek ngah xnak bukak hikayat dye becinte time dlu2 ke hah??
msti lawak gler!!!
adeeeehhh!!!
trukla reza neyh!!
kenekan indah pulak...
tgok2 t,,
nme ank dy0rg teja x??hahaha

k.cucur ni mmg lain dr yg lain la..
suke sgt jln cite k.cucur!!
tersgtlah best!!!!
_c.o.r.n.e.t.t.o.o.d.f_

ZeRn said...

ngee~~~..
de n3 bwu..!!
rndu sot gn reza+indah
yihaaa..
trimas ccrtp...!!
u re da besh!!..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
da ade feeling2..
ske2...
ekekee..
teja??kang sah2 kalo depa kawen,,ltk nme teja..hehe..
jering..??ngeeeeee..xsnggop aku mkn...
mintak dijauhkan dari aku..huhu...
smbung2...

arina said...

Kami indah semakin indah hoho

eiDnuT said...

bpakkkkkkkkkkk rrrrrr rindu siot ngan citer nih.......bjerawat aku tngu nih daaaa
haha

Farah Shamsudin said...

yeay!!
da start blek da..
haha..
jahat ler reza ne..
ske sgt kacau indah..
hak3..

hu~
reza ngan indah da mle jtuh hati ler..
gee~

Sweetheart said...

finally... ada gak citer indah... tim kasih tuan rumah... jgn lupa update selalu yer...

alin said...

best gile...
msti anak diarg nnti nme teja
best gak name klasik ni....
ngeh3

comei said...

cisss sgt jahat itu reza
suka maen2 kn indah
hahahaha

Salmiza said...

hahahahahahahaha....
gelak sakan aku...
akhirnya ada jgk pengubat jiwa..
thanks cucur~
syg kamu~ hehe

areila sahimi said...

ayooo!!! baru ade continue...hehehhe... next please!!!

••♥shidaradzali♥•• said...

huhuhu
ade gek akhrnye indah nie kluar
ngeee...
smbg plsssssssssssssss
:P

umi kalsom said...

sudah kembali....KAMU INDAH~

best2x.

aisyah said...

reza kejam!!
hahahahahaaa....
ade ke nk bnuh ank org kasi mkn jering...
gle laaa....
whteva pon mantap laa cucur!!!
chayok!

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhhh.
dah ada feeling nampaknya.comelcomel
ahakzzz.bhahahah makan jering.
xsuke2
ahakzz.comelcomel
-na'dz

Anonymous said...

HAHAAHAHA X BOLEH BLAH GILA REZA & INDAH NI
ADOI SAKIT PERUT AKU GELAK
HAHAHA

WEH KAU NAK MERENTAS BENUA P MANA?

Anonymous said...

nk ag~nk ag~~~
smbong la lagi cik cucur
nakkkk!!!!!!
*wat aksi mraung2 golek2*

haha
gle ah fanz ko
addicted ngn kamu indah da
siap mx publish kat drama tb
perghhhh

-akOo-

Bulanhijau said...

wawawawa~
sakan gelak ni ha
jantung pn ble server down ek??

MaY_LiN said...

hihihi..
ade smbgn yeah..yeah..

wani said...

yes yes yes!!!!!!!!!!!
cite kamu indah dh kembali...
lps ni jgn tngguh lama2 ye...
sweeeeet giler....

Marlina Salleh said...

hahah..
sekali terkena lak indah..
penangan jering lak 2!!

rindu btoi kt cita nieh..
kt istana pon!!
2-2 superb!!

Anonymous said...

arrrhh dah kembali indah... besh2... i lap u...

Anonymous said...

akhirnya....
suke2...comey giler dorang be2+nek ngah...
xbley cover ktawe beb..
da ar kt cC ne..
abes owg kri knan usha plik owh..
papepun cik cucur..
u r da besh giler333...
kamu indah da mengindahkan ari aku y da x bape indah kblkngan nie owh..
TRIMAS>>>>>

(katak_pekak)

khairunisya said...

bes..tp bkan sofa yg cucur kte tu mrujuk kpd kusyen ke?...

Anonymous said...

hoho..mati2 aku ingt ko nk stop da cte ni coz nk publish..tp maceh la ek..ade bhn aku nk bace..hehe~

besh2..keje bertekak je..
da stat rase len2 mcm..
jap agi jtuh cintan la tu..
lalalala..smbung lg ^_^

-che na-

Unknown said...

hahahahaha...
mmg klaka la..
sengal tol reza knekan indah g2..
sian kat indah..
hahaha..
ap2pn mmg bestla..=]

Anonymous said...

waaa..
ahernye ade gak sambungan indah nie..
comeinyer diorg ber2..

Nirrosette said...

Jap jap. Diorang baling sofa? Ke cushion?
Sofa berat gila maut punya seh.
Biar betul. Heee.

Ai said...

x leh nk kate ape dah..
memang mantop...
haha..
cucuratap cepat2 smbung ek..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio