♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, February 24, 2009

bidadara =27=

Nisrin sengih-sengih. Pusing kanan, sengih. Pusing kiri, sengih. Baring menelentang, sengih-sengih pandang siling. Ditariknya bantak peluk, ditutup mulut yang tersengih. Aiseh… angau huh Nisrin? Ni kalau Uncle Long tau ni, mau aku tanam kepala dalam pasir macam ostrich tu. Malu!!!!!!!!!!!!!!

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“kalau.. kalau Luth.. luahkan perasaan dia pada awak, awak akan terima dia?”
“tak..takkan..”

Kata-kata dia pada Azira. Sengih di bibir hilang. Riak risau. Macam mana sekarang ni? kalau aku terima Uncle Long, maknanya aku menipu Azira ke? khianat pada Azira ke? terlajak kereta boleh reverse.. terlajak kata..

Huh.. rambut yang berjurai diraup kebelakang. Dia keluar dari bilik. Duduk memeluk lutut diatas kerusi makan. Gelap. Senyap. Sunyi. Macam ni baru boleh berfikir.. tapi, panas la pulak dalam rumah. Disentuh belakang leher, peluh!

Dia mengagak masa sekarang ni. 12.30 kot.. tadi masuk bilik pukul 11.45. humph.. dia menapak keluar rumah. Eh! Tudung? Takpelah.. bukan ada orang pun tengah-tengah malam ni..

Grill pintu rumah ditolak perlahan. Dia duduk dibuaian bulat. Cahaya suram, kesan bias cahaya lampu jalan. Dia mendongak, bulan terlindung. Bintang pun tak ada. Kenapa suram sangat malam ni?

Nisrin menggosok lengan. Sejuk. Pyjama cottonnya tak menyumbangkan penebat haba langsung. Dia menyelak rambut kebelakang bahu. Tiba-tiba dia tersenyum.. ayah..

“Nisrin jangan potong rambut tau. Ayah suka tengok anak ayah rambut panjang.”
Nisrin mendongak melihat ayah yang menyikat rambutnya.“ye ke ayah suka?”
“yelah.. cantik.”
“haha. Rambut semua orang cantiklah..”
“nanti, bila Nisrin dah besar, dah kahwin.. ayah dah tak boleh sikat rambut Nisrin macam ni dah..”
“kenapa pulak? Takde orang yang nak manjakan Nisrin selain ayah.. mak manjakan Nisa..”
“satu hari nanti, akan ada seorang lelaki bertuah yang akan manjakan Nisrin. Jaga Nisrin.. sikat rambut Nisrin..”
“macam ayah?”
“lagi baik dari ayah. Lagi hensem dari ayah.”
“macam cerita dalam tv ke?”
“aah..”
“betul? Macam prince charming naik kuda tu?”
“haha. Dia tak naik kuda. Tapi, dia lagi hebat dari prince charming.”
“macam mana tu ayah?”
“dia takkan biarkan cinderellanya tertunggu-tunggu, sebab dia sentiasa ada bersama. Dia takkan biarkan snow whitenya hilang, sebab dia sentiasa pegang erat. Dia takkan biarkan sleeping beautynya lama terlena, sebab dia sentiasa melindungi.. dia ibarat bidadara..”
“untuk Nisrin pulak?”
“haha. Dia akan belai rambut anak ayah yang manja ni, pujuk anak ayah yang kuat merajuk ni, lap airmata anak ayah yang kuat nangis ni, peluk-cium anak ayah yang comel montel ni..” pantas ayah mencubit pipinya yang gebu ketika itu.
“ahhhhhh” Nisrin terjerit kuat.

Huhu. Dia terkenang ketika umurnya 12 tahun. Pada masa macam ni lah. Lewat malam, dia tak boleh tidur. Ayah membelai rambutnya di buaian ini. Bertemankan secawan susu. Ayah membelainya, sampai terlena.

Ayah, dah muncul ke lelaki macam tu untuk Nisrin? Ayah.. Nisrin nak ayah.. Nisrin nak ada orang belai Nisrin sekarang..

Dah lama, takde orang yang belai Nisrin. Temankan Nisrin tengah malam.. puji rambut Nisrin.. Nisrin pun dah lama tak merajuk, tak nangis. Nisrin sekarang dah tough, ayah mesti tak percaya kan? Sejak ayah masuk penjara sampai ayah meninggal, tak sekali pun Nisrin nangis, tak sekali pun Nisrin merajuk. Tak sekali pun Nisrin bermanja-manja dengan sesiapa, tak sekali pun ada orang belai rambut Nisrin. Peluk cium? Dari mak dan Nisa ada.. tapi tak sama macam ayah..

Cuma ada dua nama dihati dan fikirannya kini. Luth Zafran. Uncle Long. Manusia yang sama. Ayah.. salahkah kalau Nisrin suka dia? kejam tak kalau Nisrin kata Nisrin nak dia jadi bidadara Nisrin? Nisrin taknak buat jahat dengan Azira.. Nisrin taknak.. Azira baik.. tapi, Nisrin pun ada hati.. ah! Payahnya!

Bila teringat Uncle Long, dia terasa nak tersenyum. Petang tadi dekat tasik.. Uncle Long sangat sweet. Ayah.. dia pandai pujuk Nisrin, macam ayah. Hmm. Senyum lagi. Teringat masa dia nak mengutip kuntuman bunga yang tersusun diatas rumput tadi. Uncle Long tak kasi. Dia kata, biarkan kat situ. Dia kata lagi, memang bunga tu akan layu, susunan tu akan berterabur, but the meaning will last forever. Pandai kan dia ayah?

Dia mendongak pandang langit gelap. Aku macam orang gila je bercerita dengan orang yang dah tak ada. Habis tu? Pilihan apa yang aku ada? Aku cuma selesa bercerita dengan ayah.. dia menongkat dagu pada lutut. Langit dipandang lagi. Ayah.. boleh tak, Nisrin menangis? Ye.. Nisrin dah kalah masa ayah meninggal dulu. tapi sekarang, Nisrin nak nangis lagi. Boleh kan?

Matanya terasa panas. Perlahan-lahan, air bertakung dikelopak mata. Dan tak sampai sesaat, airmata mengalir.

Aku mintak banyak sangat ke?
Aku cuma nak kasih sayang..

Tangisan bertukar jadi esakan. Tersedu-sedu dia dibuaian itu. mukanya ditekup pada lutut yang dipeluk. Bila hati aku dah mula terpaut, ada aja yang buat aku kena lepaskan ia..


Tidak jauh dari situ….

Seorang lelaki duduk senyap didalam kereta. Bertemankan lampu kuning didalam keretanya, dia memandang susuk seorang perempuan keluar dari rumah itu. dia tau, itu Nisrin, walaupun dengan pyjama dan tanpa hijab.

Dia tidak menjangka akan kehadiran perempuan itu disitu. Dia cuma berharap dapat melihat rumah itu dari jauh. Bak kata orang dulu-dulu, tak dapat tengok orang, tengok atap rumah pun jadilah. Heh.

Lama dia tengok perempuan itu termenung. Kadang-kadang tersenyum, kadang-kadang monyok. Nampak comel dia memeluk lutut sambil pandang langit. Hairan pun ada, bukan ada bulan atau bintang. Apa yang dia tengah fikirkan? Nampak macam berat sangat. Tubuhnya kecil, tapi apa yang ditanggung sangat besar. Sekali imbas, dia macam seorang perempuan biasa. Tapi sayang, perempuan sebaik itu, semanis itu, tak pernah rasa zaman remaja yang seronok. Hang-out dengan kawan, atau main cinta monyet, sekali pun tak pernah. Dia sangat suci..

Tiba-tiba dia melihat gadis itu menyembamkan muka. Bahunya terhenjut-henjut. Tangannya reflex menarik handle pintu kereta.

“shhhh..”

Nisrin terkejut. Cuak. Muka segera diangkat dari lutut. Tengah-tengah malam.. suara siapa pulak tadi?

Nisrin terkesima. Tersenyap, tak terkata apa. Direnung dalam lelaki yang melutut dihadapannya.

Lelaki itu cepat mengangkat bawah t-shirtnya ke atas. Mengelap airmata Nisrin dengan perlahan-lahan, penuh hati-hati.

“saya takde tisu. Tapi saya akan lap airmata Nisrin, sedaya saya, sampai bila-bila.”

“Luth..”

“bukan, Uncle Long.” Senyum.

Nisrin menyelak rambut yang menutupi mukanya kebelakang. Dia?

“kenapa tak pakai tudung..”

Baru Nisrin tersedar. “err.. ingat takde orang..”

“nasib baik depan saya..” Luth senyum lagi.

Nisrin mengesat saki-baki airmata dengan belakang tangan.

“Nisrin masuk dulu?”

Luth cuma mengangguk. Matanya menghantar Nisrin masuk kerumah.

Nisrin menyandar dibelakang pintu rumah selepas dikunci.

“ayah, ada orang yang mau lapkan airmata Nisrin…”

*****************************************

Pagi itu, Nisrin muram sahaja didalam kedai. Kepalanya direhatkan atas meja. Berfikir..

Uncle Long…
Malam tadi, dia lapkan airmata aku..
Malam tadi, tak seinci pun dia sentuh aku…
Malam tadi, tak sekali pun dia bertanya kenapa…
Malam tadi, dia kata nak lapkan airmata aku sampai bila-bila..
Dan malam tadi, dia ada bersama dengan aku….

Dia ke bidadara tu?

Dia mengangkat kepala. ya.. dia bidadara untuk aku,bukan untuk Azira. Dia nekad.

Tapi… macam mana nak bagitau? Aaaaaa… lemah..lemah..

*****************************************

Dia berjalan mundar-mandir. Pukul 5.30 pagi lagi dia dah bangun. Cuak seh! Hati berdebar-debar. Jantung dah berdegup tak ikut rentak. Cepatlah pukul 8.00… bila Uncle Long nak sampai ni..

Sebenarnya, sejak petang semalam hati dia dah tak tenang. Tulah, mulut ringan sangat ajak Uncle Long breakfast kat sini. Sekarang? Kan dah cuak!

“assalamualaikum..”

Buk! Bunyi jantung gugur ke lantai. Dia dah sampai..

“err.. waalaikumsalam.. meh la masuk..”

Luth dengan muka ceria membuka kasut dan masuk kedalam. Walau dalam hati macam dah buat peraduan meneka. Kenapala ajak aku breakfast tiba-tiba..

“makcik dengan Nisa mana?”

“mak dah keluar dah.. dia kena pergi beli sirih, jadi keluar awal sikit. Nisa ada dalam bilik kot..”

“oh.. hmm.. kenapa tiba-tiba?”

“hmm?” Nisrin angkat kening. Muka tak paham.

“breakfast?”

“err.. saje!” Nisrin buat muka manis. Janganlah tanya pakcik oi.. debar dah ni..

“yeke saje? Ke.. ada nak apa-apa ni..” bibir Luth dah tarik sengih.

“manede. Main tuduh-tuduh pulak..”

“haha. Ok..ok.. janganlah merajuk..”

“siapa merajuk?”

“saya tak bawak bunga harini nak pujuk..”

“siapa mintak pujuk..?”

“haha. Yela..yela..”

“err.. saya pergi dapur, ambik air dengan makanan ye?”

Luth dah bangun. “saya tolong?”

“eh..!! tak payah! Tak payah! Awak duduk diam-diam kat kerusi makan tu.”

Luth dah kerut dahi. Dia nak bubuh racun ke hape? Takkanlah.. heh.

Nisrin berkira-kira untuk keluar atau tak. Kaki oh kaki, nak kedepan ke tak ar? Dush!! Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Nisrin.. keluar jela, ada ke tanya kaki?

Tangannya menatang dulang berisi nasi lemak, roti bakar dan segelas Nescafe. Bismillahirrahmanirrahim…

Luth memandang gadis yang keluar dari dapur itu. pucat! Apasal ni?

Nisrin meletakkan dulang betul-betul dihadapan Luth. Cepat dia pusing belakang.

“eh.. nak pergi mana?”

“errrr.. arrr.. ada kerja..”

Ek? Luth bertambah pelik. Ajak aku pastu suruh makan sorang-sorang. Baik makan roti canai kat mapley kan? Dia menunduk memandang hidangan dalam dulang.. eh..



ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Nisrin dah mula buka langkah. Bukan langkah silat, langkah nak ke dapur la..

Pap! Kejap tangan Luth memegang atas lengan baju kurung Nisrin.

“Nisrin?”

Senyap. Buat kayu.

“are you.. telling me something?” Luth dah seyum sumbing.

Ish! Dah faham tu janganlah tanya! Buat orang segan je la dia ni! muka still pandang arah dapur.

“pandang sini..”

“taknak la Uncle Long..”

“pandang sini la..”

Nisrin kalih badan hadap Luth. Tapi muka pandang tepi. Segan arr!

“saya huduh sangat ke pagi ni awak taknak pandang…”

“lepaslah..”suara perlahan.

Luth sengih. Pegangan yang kejap dilepaskan.

Nisrin pandang Luth. Satu saat.. dua saat.. mata pandang mata.. 4 saat.. kalah! Kepala tunduk bawah.

“hehe.” Luth gelak perlahan. Nisrin.. Nisrin..

“buatkan saya air lain.. boleh?”

“kenapa? Tak sedap?”

“sayang nak minum..”

Nisrin tersenyum jugak akhirnya. Ada ke sayang?

“alah.. minum jela.. membazir..”

“siapa suruh tulis atas air?”

“dah tu je saya terfikir..”

“kenapa taknak cakap?”

“segan..” pipi aku dah panas…

“kalau saya minum, love ni akan hilang laa..”

“habis tu, kalau tak minum, buang.. kan lagi sayang?”

“kalau.. tulis kat tempat lain boleh?”

“dekat mana?”

Luth tunjuk dadanya.

Nisrin tersenyum. “awak mana ada hati.. hati awak kat saya.. remember?”

Luth terus tersenyum lebar. Nescafe itu diminum sedikit. Uhh.. air Nescafe tersedap didunia! Over lah kau ni Luth.. heh.

Nisa yang dari tadi mengendap disebalik pintu dibilik menekup mulut. Halahai.. Hindustan betul diorang ni! dia rasa nak gelak terguling kat lantai..

30 comments:

aqilah said...

wah...bestnya... akak org yg pertama baca n3 ni. chaiyok!!!!!! mmg romantik giler............... bestnya!!!!! cucu, nenek nak lagi...........

atashinci said...

emmmmm.....bestnye.....
senyum sorg2 saya tau....
dh nk abis ker cite ni cucuratap....

aqilah said...

best...best...mmg best!!!!!!!!chaiyoklah nisrin & luth!!!! cucu, nenek nak lagi..........................

eija said...

hehe sweet je dorg nie r..
alahai..
nk pkwe mcm 2 le x???

tzaraz said...

Wahkahkah...memula aku dah cam excited dah...
ingatkan Iz yg tunggu dlm keta depan rumah tu..
rupanya Luth...alahai...tak pe lah..

Tapi Luth mmg romantik gi lak!
Sengeh sensorang je aku depan PC nie...haha

nana_yoong said...

huhuhuhuhu..suuwitnyer...bagus la nisrin ni,mcm tu la, da sure ngan hati tu, kene tunjukkan..xnak la tarik tali sgt..ekekkee

ixora_us said...

salam.. hai akak. best cerita ni dan mudah difahami. Ermm...tak sabar nak bc n3 seterusnya. TAHNIAH kak..sy doakan segala yg akak ceburi tercapai. amim..cerita ni buat sy tersenyum seorg2.

Anonymous said...

jeng jeng jeng
wawawaaaa sweet toi la couple ni
msg2 dh meluahkn rase

so... next... bunga2 chenta b'guguran di taman hati msg2
yehaaaa =)
nk lagi2

Shima Awang said...

wow romantiknya nisrin..leh bt mcm tue gak laa
heheheheheehe..nak ckp malu...

Anonymous said...

bace cite ni kat sek
gelak sakn ak
nasib xde org tgk
klu ank murd tgk konpen kate ckgu ni btul ke dak
dah puas gelak
tetiba leleh la pulk
org xde lg
nasib ak xtamlu kt org kn
sgt bes la
cpt n3 br
nk endg yg hepy endg sgt hpy ye
hehehehehhehe

nurhakim said...

hahahahaha
thnks cucuratap..
best lah n3 kli nie..
sweeeeet je nisrin ngn luth 2..
sweet couple hah???hihihiii

kaknOOr said...

Uwahhh terharunya ingatan Nisrin dgn arwah ayah menyentuh perasaan....
Ha ha ha nak join nisa gelak guling atas lantai...baca kisah uncle long & nisrin

kaknOOr said...

Uwaah terharunya kenangan diantara Nisrin dgn arwah ayah...menyentuh perasaan.

Ha ha ha nak join nisa gelak terguling kat lantai.. tgk adengan Hindustan abang long & nisrin cute betul ha ha ha

Unknown said...

bace cite ni kt library fakulti..ph2 sengih srg2..sume org kt tepi dh tgk smcm je..arghhh..bolayan la..yg pnting..ske sgt n3 ni!!!! sesungguhnye luth n nisrin sgt2 swit..mse part sumone dlm kete 2..bmbg gk tkt iz..nsb bek luth..hahaha..

thnx cucuratap..xtau nk ckp cmne..tp sy sgt2 ske cite ni..asik terawang2 je ble bce..rse cm dri sndiri lak nisrin..hahahah..

cpt2 smbung eh? cant wait..=)

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhhhhhh.
sweet nye.

“saya takde tisu. Tapi saya akan lap airmata Nisrin, sedaya saya, sampai bila-bila.”

sweetnye.luth n nisrin.
aritu luth wat bunga.pastu nisrin wat air de love.
auchh.sweetnye.
smbung2
-na'dz

Unknown said...

bestnye..bestnye..
tersengih sesorg bce ctr nie..
romantik gak si nisrin 2 erk..
hehehe..nak agi cucuratap..

adek said...

hahhahahah..

comel je main tls2 atas air..
seyes cm hindustan..
kalah hndustan kot...

Fatin Cullen. said...

best, best,best!!!!
cucuratap upload n3 seterusnya!!! tak sabo nak bca!!! hehehehe... sweetnyer nisrin n uncle long...... sy dri tdi, asyik sengih dpn komputer jew... heheheh...

misz nana said...

adoiii! asal cite ni best sangat??
hahaha.. x terkata bestnya!
dah terkata pun.. hee..
nak lagi dan lagi dan lagi..

Untold story said...

lahai so shweet... bestnya dpt tau mcm nie..

haikadove said...

alalaaa.. besh gylee! shweeet bangat laa nisrin! terer tuee bley lukis dlm air.. hehehehee;D

Ai said...

mak ai..
adeh bessssssssssssssssssssssssstttttttttttttt
bangat.. ;)

Unknown said...

sangat sweet.
impikan lelaki macam Luth.
sebaik namanya......

khairunisya said...

sweet la ...best la kamu ni cucuratap..

intan_aya said...

swetnyer kak cucur atap....

ape yg akak tulis dlm citer nie mmg ape yg a typical normal girl want in their love story...

swet sgt citer nie...

cayalah akak...thumbs up

h0ney-sha~ said...

hehe...cm sengal er..
brguling2 aq bce mnde niyh...

Nashrin said...

so sweetttttt!!kan best ada someone yg macam ni dlm hidup kan?

Anonymous said...

suwet!!!hahaha..suke2...nisrin dgn luth. nisa dgn iz...

Anonymous said...

crita tentang rambut..
aq:mama!nk potong rmbot.. rimaslah..
mama: no! no!no! ini kli ke3 blan nie angah mintak potong rambot..
aq:pweeeaaassee....really2 please.. rimaslah..
mama:okeylah..angah potong rmbot gye yg mcam nie erk?? ok siked..
aq:mama!!!potong mcam justin biebier lah..
mama: ish bdak nie!!

>ily<

mar chan said...

sweet nye dorg ni....
buleh lak wat nescafe siap de love bagai..
ngehehe..
comel sgguh la..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio