♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, January 6, 2009

Leman dan Tipah

“weh Tipah!”

“mende?” buat blur. Tak dengar. Buat bodoh. Kalau si Leman ni tegur memang tak patut layan, sebab kadang-kadang die tegur orang tanpa tujuan. Pelik? Tak payah pelik la!

“Tipah, aku ade lawan hoki khamis ni tau.. aku tak datang sekolah. Haha. Dengki? Dengki tak ngan aku?”

“hukaloh.. gila best.. tuang kelas suka-suki.. ko lawan ngan sape Leman?”

“aku lawan ngan budak sekolah daerah sebelah tu..”

“champion negeri tahun sudah tu ke?”

“yolah.. tu mesti sebab tekanan tak menang ngan kitorang aritu..fushoooo tak?”

“agak fushooooo arr..” Tipah tongkat kepala atas meja. Leman betul-betul depan matanya. Macam takde meja tau mamat nih! Merempat!

“so, esok kau kat sekolah tanpa aku arr.. haha”

“dulik hape aku.. haha. Weh, nak ikut leh tak.. malas lar nak belajar..” kepala disembam atas meja. Mata dihala pada dinding berconteng-conteng. Betul letih!

Leman ambik buku latihan berkulit coklat atas meja Tipah. Digulung-gulung, dan diurut perlahan atas kepala Tipah diatas meja itu.

“jangan malas la! makbapak bayar yuran mahal-mahal soh blaja..”

Tipah cepat-cepat angkat kepala. disapu bahagian atas tudungnya. “ish! Ko ni.. kan aku dah cakap.. jangan main kepala aku lah!” muka cemberut. “kata je aku.. ko tu, makbapak bayar yuran suruh main hoki ke?”

“aku hebat takpe.. kau tu lembab belajar!” selamba.

Tipah ambik gulungan buku coklat tadi dan menghempuk lengan Leman. “hina agak-agak arr.. bengong..”

“kejadah kau nak ikut? Kau bukan player.. sikit tak logic! Kayu hoki ngan kayu besbol pun tak reti beza.. ada hati..” Leman gelak meriah.

“bengong la kau ni..”

“betul laa.. ke sekarang kau dah tau beza?”

“ciss!! Hina menusuk betul.. tapi kan weh, ada budak daerah sebelah tu, ‘hot player’ kan?”

“sape?” tangan Leman mencurik pensil tekan Tipah dan conteng atas meja Tipah. Vandalisme betul..

“alah.. kecoh dah.. takkan taktau..”

“sorry? Kau lupa aku ni lelaki? Aku ada pakai tudung ke? Ada wallet aku bertukar jadik warna pink?”

“bengong.. aku taktau.. tapi semua budak perempuan kecoh pasal ‘nombor sebelas’ tu.”

“jersey?”

Tipah angguk.

“betul laa budak perempuan nih..” muka malas.

“aku tak pernah tengok live, tapi pernah ada budak yang bawak majalah sekolah dia, aku pun usha la gambar kelas dia.. betul buat luruh jantung!” Tipah sengih tongkat tangan pandang siling.
“apa motif cerita kau nih?”

“aku nak tengok la budak tu.. boleh tak aku curik-curik pergi nanti? Korang kat padang mana?”

“kau ni gila ke.. aku cakap, pergi sekolah!”

“takpun, kau ambik la gambar ngan dia.. pastu kasi kat aku.”

“kot la kau nak orang pandang kawan kau yang hensem ni jadik gay.. tapi aku taknak!!”

“kalau.. lepas sekolah aku berlari pegi sana? Kau nak jumpakan aku dengan dia tak?”

“tak payahla.. dia teruk.”

“kata tak kenal?”

“maunya tak kenal si ‘nombor sebelas’ tu. Orang panggil dia Krat. Nama betul Azri ke hape ntah..”

“huwaaaa!! Ni yang aku suka dengan kau nih!”Tipah terus segar-bugar bangun dari kerusi.

“pahal ni?” Leman angkat kening.

“aku nak pegi kelas sebelah. Kelas sebelah dia, dan sebelah lagi..”

“eh.. kejap! Nak buat ape?”

“aku orang first yang tau nama orang ‘nombor sebelas’. Hot stuff nih.. mana boleh simpan sorang..”Tipah terus blah ke pintu belakang. Laju gila jalan!

Leman geleng kepala. Ni lah dia perempuan.. kutuk-kutuk pun, tu member aku jugak.. papela Leman..

*********************************

“Leman, ada junior mintak biodata kau.”

“sape?”

“budak form 3.” Tipah sengih-sengih. Dia tau Leman tak suka. Biodata ke, gambar ke, apa-apa yang peminat dia mintak memang dia tak suka. Tapi selalunya dia bagi jugak, sebab Tipah yang jadi perantara. Apa yang Tipah mintak, sure dia tak tolak. Dengan Tipah, dia tak pernah marah. Jahat, menyampah macam mana pun perangai Tipah, dia tak pernah marah. Itu la specialnya Tipah. Dapat berkawan dengan Leman, jejaka terhangat dipasaran.

“malas lah. Aku mane reti tulis biodata. Budak perempuan je buat semua tu.”

“alaa.. tulis jela..”

“nak tulis apa?”

“alaa.. nama, alamat, nombor telefon, hobi, makanan kegemaran..”

“gila geli.. makanan kegemaran?” Leman gelak meriah.

“tulis jelah! Kesian budak tu..”

“kau lah tulis. Kau kan tau semua pasal aku..”

“mane boleh.. dia kena tulisan kau, baru bermakna.. haha. Cepat la..”

“taktau laa..”

Tipah hulur kertas kajang dan pen warna purple, hijau cair, oren, pink, dan gold atas meja Leman. Kerusi orang depan ditarik. Tangan ditongkat depan Leman.

“kemende pen kaler-kaler nih..”

“diam! Aku cakap, kau tulis.” Tipah mengarah. Dia tau.. Leman mesti buat punya..

“first tulis, nama : Sulaiman Mohd Reza bin Muiz.”

Leman angkat ballpen biru dalam pencil case.

Pap! Tipah cepuk tangan Leman guna gulungan buku latihan coklat. “guna la pen aku tu.. tak habisnya ink dia.. jangan risau..”

“bangang la pen kaler-kaler nih..”

“bengong.. banyak bunyi pulak.. tulis biodata memang la kena ceria sikit.”

Leman menurut je. tutup pen warna purple dibuka. Sumpah! kalau Tipah tak suruh, tak tergamak aku tulis guna pen macam nih..

“tarikh lahir : 10 oktober 1993. Alamat : letak Selangor jelah. No telefon : rahsia.”

“tak bangang ke letak ‘rahsia’ tu? Baik takyah tulis!”

“ala.. memang style macam tu la.. letak jela!”

“hobi : main hoki. Makanan kegemaran : nasi ayam.”

Geli-geleman Leman menghabiskan sesi menulis biodata tu. Uwek! Muntah dengan diri sendiri Leman?

“yeah.. betul la kau ni bagus.. mendengar kata.. kaya aku macam ni..”

“budak tu bayar kau ke?”

“there’s no service for free lor..”

“bangang laa..siot jek”

“hahahahahahahahahahahahahha.”

*****************************************

“Leman.. Kadet Polis ada buat camping.. syok gila!”

“kau pergi ke?”

“mesti lor.. kaki Gunung Ledang seh.. mana nak dapat?”

“pengerusi kau tu pergi?”

“of course. Nama pengerusi KPo.. mestilah Gem tu pergi..”

“jangan pergilah..”

“kenapa pulak? Dengki laa..”

“aku kata jangan.. jangan lah.. nanti kalau benda tak baik jadi macam mana..”

“pikir lebih la! kan pergi ramai-ramai..”

“jangan pergi aku cakap..”

“alah Leman.. aku tak pernah pergi sana.. nanti ada macam-macam aktiviti tau.. sayang je tak join..”

“jangan la.. dengar cakap aku.. kau bukan boleh kena air sejuk, air sungai tu beku gila tau tak? Makan pun, kau bukan makan pedas.. nanti dorang masak maggi kari pun kau dah leleh.. kau takut pacat kan? Lagipun, kalau kau terseliuh, takde orang pandai bandage kaki kau yang pelik tuh..” Leman tunjuk kaki Tipah. Dalam betis kanannya pernah dimasukkan besi sebab eksiden dua tahun lepas.

“alah.. pandai-pandai lah aku..”

“lagi pulak ada si Gem tu.. tak payahla!”

“kenapa dengan dia?”

“dia tu kan suka raba orang..”

“alah.. bukan dia minat nak raba aku pun..”

“aku cakap jangan, jangan laa..”

“ala Leman.. aku nak pergi jugak!”

“cuba jangan degil.. dengar cakap aku.”

“kau ni memang la.. eeh.. bengong!”

**************************************

“Leman, nah! Ada orang kasi.” Tipah berlalu meletakkan beg dikerusi.

Surat lagi? Eeee yeeee…

Tipah datang kembali ke meja Leman dengan senyum-senyum.

“kan aku dah kata, kalau ada orang pas surat jangan ambik..”

“rugi besar nih kalau tak ambik..”

“kau dapat upah lagi ke?”

“ingat aku ni papa kedana sangat ke.. eh! Ni surat senior tau.. kak Hana, kapten bola jaring. Fuuuuhh… panas..panas..” Tipah mengipas diri sendiri dengan tangan kanan.

“Kak Hana ke, Kak alam fana ke.. kapten bola jaring, or kapten bola-bola ketam sekalipun.. aku takmau.”

“eh.. tolak rezeki weh..”

“kau ingat aku gian sangat ke nak kenal dengan perempuan-perempuan nih? Minggu ni jek, dah 8 orang kau adjust kat aku.. tolong Tipah.. mintak tolong banyak-banyak..”

“alah.. kau tuh lagi teruk. Aku nak jumpa ‘nombor sebelas’ kau tak kasi, pergi camping ngan Gem kau tak kasi.. surat-surat bawah meja aku semua kau buang.. bengong!” Tipah peluk tubuh. Kening dikerut. Mulut muncung.

Leman ambik buku latihan berkulit coklat. Digulung-gulung. Lengan diangkat. Mengurut-urut atas kepala Tipah dengan lembut.

“alah.. memang patut apa.. diorang tu bukan baik mana pun..”

“ko ni bengong tau tak?”

Leman sengih.

“tak. Aku pandai tu, aku taula. Bengong tu taktau pulak..”

“ish!”

“lenguh dah tangan aku ni..”

Tipah tepis lengan Leman dengan pencil case. “jangan main kepala aku la!”

************************************

Leman bengong,
Weh, aku dah gi camping KPo.. sorry.. haha
Tipah bijak.



Kertas bawah meja ditenung tajam.

Huh????????????? Budak KPo dah bertolak petang semalam.. Shit!!!!!

“Angah, kau kena tolong aku angah.”

“weh!!!!!!!! Kau lari sekolah ke?”

“apape jela.” Leman tarik tangan angah yang elok tengah terbongkang hadap ESPN. Kunci kereta didinding dicapai. Angah dihempuk ditempat driver.

“weh!!!!!!!!!!!!!!! Pahal?”

“drive. Pergi kaki Gunung Ledang sekarang!”

“ha???????? Melaka??? Gila!”

“cepat la ngah..!”

“aku pakai boxer doh..”

“takde orang hingin nak tengoknya. Cepatla!” Angah terus menghidupkan enjin. Adik aku kena sampuk? Ke kena hysteria?

Leman gelisah dalam kereta. Tie sekolah dicampak ke seat belakang. Hati rasa tak sedap. Dari haritu lagi, time Tipah kata nak pergi camping. Tipah.. Tipah.. kenapa la degil sangat..

“aku rasa sinilah air terjun yang orang selalu berkelah. Camping site aku taktau kat mana..” Angah explain. Enjin kereta dimatikan.

“jom. Tolong aku carik Tipah..”

“aku pakai boxer doh..”

“Ngah, aku takde masa la nak layan macho kau sekarang..”

“menyusahkan betul! Tu la! aku suruh cakap awal-awal taknak! Sekarang, gelabah!”

“diam la Ngah! Aku tarik boxer kau tu kang..”

Mereka berdua berjalan merentasi sungai. Mereka menarik perhatian semua orang. Sorang dengan boxer dan sleeveless, sorang lagi lengkap pakai uniform sekolah siap stoking. Haila..

Kelihatan orang ramai kerumun sesuatu.. berdekatan air terjun.. ahh! Sudah!

Leman berlari. Dah agak! Tipah terduduk menekup muka. Menangis. Cikgu dan budak-budak lain cuba menenangkan. Tipah terjelepok jatuh tadi. Akibatnya, kaki kanannya sakit ya amat. Betisnya kelihatan lain. Bengkok sedikit.

“Tipah.. Tipah.. aku nih..” Leman bersuara perlahan.

Tipah terdiam. Muka dah merah nangis.

“Leman.. kaki aku.. sakit..”

“Sulaiman, kenapa dengan kaki Athirah ni? cikgu dengan AJK kebajikan dah bubuh ubat semua, dia masih mengerang sakit lagi..”

“takpe cikgu. Nanti saya balutkan. Kaki dia pernah eksiden.”

“oklah. Semua yang lain balik khemah ye. Sulaiman, tolong Athirah kat sini. Athirah, nanti terus balik lah ye.”

Tipah tak terkata apa. Masih nangis. Airmata macam air terjun!

“sini kaki.”

Leman tarik perlahan kaki Tipah ke batu yang tinggi sedikit didepannya. Kotak kecemasan dibuka.

“kau nih.. tu lah.. degil! Kan.. aku dah cakap.. nak pergi jugak!”

Tipah masih nangis. Sakit!

“Leman.. sakit..”

“shhh.. sikit je.. sikit je.. tahan kejap..”

“Leman..”

“kejap la Tipah..”

“Gem.. malam tadi.. time LDK..” Tipah tersedu-sedu.

“dia buat kat kau ye?” tangan Leman terhenti menyapu ubat.

Tipah angguk. Airmata keluar lagi.

“dah..dah.. nanti tau la aku buat apa kat dia..” Leman menyambung tugas dengan muka keruh. Kain bandage diambil.

“Leman.. malam tadi diorang masak maggi kari..”

“nanti lepas ni kita makan lain..”

“air sejuk gila..”

“pasni kita carik air panas.. nanti aku tuam towel..”

“Leman.. pacat..” muka merah Tipah berkerut tengok pacat elok di batu sebelahnya.

Leman tangguh sekejap dengan balutan bandage. Pacat itu dibuang jauh.

“Leman.. sorry..” Nangis lagi. Menyesal pulak. Tengok muka Leman dengan kemeja sekolah elok bergosok, taulah dia Leman lari sekolah. Rasa bersalah bertimpa-timpa tengok Leman sabar membalutkan bandage dekat kaki sengetnya itu.

“takde apelah.”

“aku betul sorry nih..”

“dah la.. jangan nagis lagi.. merah dah muka..” Leman klipkan bandage. Selesai!

“Leman..”

“Leman.. Leman.. apa dia?”

“betul kau tak marah ni?”

Leman usap atas kepala Tipah dengan tapak tangan.

“taklah. Takkan nak marah orang yang aku sayang..”

“Leman..”

“aduhai.. bertukar kata cinta dihadapan air terjun.. Suasana romantic menusuk kalbu.. aiseh..” Angah berkata sambil muncul dari dalam air sungai. Elok jugak keluar pakai boxer tadi..

“Angah pun ada ke? Siap mandi lagi..” Tipah terkejut.

“alah Tipah.. kalau tak ada orang escape sekolah, tarik tangan Angah, pastu paksa drive 2 jam datang Melaka ni, takdenye dapat mandi air kaki Gunung Ledang nih..”

“siot la kau Angah..” Leman bersuara mendatar. Memang la abang aku sorang ni..

“tak marah ke aku main kepala kau ni?” Leman mengadap Tipah kembali.

“bengong.. takkan nak marah orang yang aku sayang..”












* {my first cerpen. tatau la cincai ke tak . heh. oh ye. notice : PERKATAAN KASAR DIDALAM CERPEN INI TAK SESUAI DIGUNAKAN DALAM PERBUALAN HARIAN. okeh. mekaseh.=p}*

49 comments:

Anonymous said...

sweet...tp gunung ledang bukan kat johor ke??

yadayada lala said...

lawak + sweet + simple = aku suke.
syok la bace.!!!
name watak sempoi.
tak de berbelit lidah aku.
HAHA. *agak susa kalu nk sebut nama org kalo ejaan power sgt*
bes bes.
lawaklawak.
haih. berbakul dah aku puji.
HEHE. =P

DianaTakyuddin said...

best2..sempoi jer..
suke giler..hehe

cucuratap said...

yeke kat jhr?
rase yg aku pegi haritu kat melaka..

atashinci said...

yela cucuratap gunung ledang kat johor....
air terjun tu namanye tangkak......
kt muar mmg sempadan dgn melaka
tpi bkn di melaka.....
ape2 pon best cerpen ni....

IyanAslom said...

agaknyalah kan...story ni ble disambg lagi...best siot....huhuhuhu

Shima Awang said...

sweet n lawak laahuhuhu..kelakar tul..tue laa org ckp degil..kan dah kena kan?>??

keSENGALan teserlah.. said...

hehehe...
lawak2...boxer??ngeh,,ngeh...
ske2...

Anonymous said...

gnung ledang kt johorrrrr lah..

awk kne rjuk peta blik nie..hehhehe

atashinci said...

cucuratap.....gunung ledang memang kt johorlah
air terjun tu org selalu pggl air terjun tangkak....sebab tpt tu kat tangkak....
tangkak tu kat muar......
tapi mmg dah dkt melaka.....
lepas muar tu trus melaka....

tzaraz said...

Wahkahkah...cute siot!!

the sedo gang said...

hahaha...
lwk r dye0wng tuhs>>>
hu~
besh2...
keep it up akk!!!

cucuratap said...

maaf..maaf..maaf..
aku ni pandai sangat geografi.. sigh~
haha
ye.. dekat jhr..=p

~:: niz ::~ said...

sweet sgt diaorg nie... suke... he he..

adek said...

hehhehehe
love story ms skola
mmg la tersangat sweet..

misz nana said...

btol kata hawahashima..
cite ni sangat sweet(word 'sangat' tu sy yg tambah) n lawak..
walaupun cite ni x jiwang cam cite2 yg slalu kita baca, but 4 me..
cite ni jiwang ngan gayanya yg tersendiri..
erkk.. btol ke ayat sy tu? blasah je la..
hehehe..

“aku pakai boxer doh..”
yg ni memang x tahan nak gelak..
lucu seyh.. hahaha..

Unknown said...

gile best cite ni..nk pkwe cm leman!! sabo gile doh..best2..

thumb up 2 u cucuratap..berbalai sy pnjat atas atap ni..hehehe

Anonymous said...

gle ah..kurun ko tlis br ak bce.haha..best2..cm bese..

Anonymous said...

gle ah..kurun da ko tlis cte nh br ak bce.best2..cm salu..hehe

Anonymous said...

huhu..yg kt mlk 2 ne die air terjun sagil..dkt2 ngan gunung ledang gakk..2 kot yg dimksdkn...

Anonymous said...

nama diorg simple aje
leman tipah - d old story begins hihihi

Anonymous said...

huhu~
best2!!
tpi kn, kaki gunung ledang bkan kt tangkak, johor kew??

Anonymous said...

comel wehhh cerita ni
leman leman xD

ChaiDaN said...

cute cite ni..hehehehe

si tipah ni pn 1 r,klu org dh concern sgt 2 paham2 sndr r kn??huhuhu..

hah,tuk pengetahuan sume...

gunung ledang memang r kt jhr...

kt sagil...

tp kakinye de gak kt melaka...

kt asahan...

selalunya org y nk hiking naik dr situ pn boleh...

tp trek kat asahan 2 lagi mencabar skt...

ak xpernah p kt asahan...

ak p kt sagil je...mklm r, ak mmg org muo pn...

Anonymous said...

ha ah..btol tu ChaiDan..
air tejun sagil name e..

Darleena Yusof said...

hehe cucuratap, gunung ledang tu kt Tangkak Johor...dalam Zon Segamat gak..
ermm kalau kt Daerah Sagil mmg ade air terjun namanya air terjun sungai batang atau dikenali sbgai air terjun bekok.
hehe~~sy org Johor,gunung ledang n air terjun bekok mmg tempat sy...
Anyway cerita kamu ni memang besttt~~~~

Anonymous said...

ape2 je la sagil ke, tangkak ke..
dua2 pun air terjun..hehe
tak kisah..yg ptg citer nie best sweat giller...
saye suke penulis nie..
tak sia2 panjat sampai cucuratap nie..hehe..

Anonymous said...

abang boxer....i lap uuuu!!!!

Anonymous said...

hahaha...
name sket punyer sedap..
paggl leman jerk??
haha..
wahh..
wlopon first cerpen..
tp bes sgt!.
hehe
caring gler aa leman..
uhu..
kep it up..
~~~ina MeLinO~~~

Anonymous said...

superb bravo..akuh suka gila tpi x ckup lmak berkrim...nk la cintan lbeh skit..ngeh3

Anonymous said...

dik, tlg la jgn guna ayat beng... tu, rasa cm dosa je akak duk baca ayat tu, isk isk isk

Wahida Jumaat said...

hehehe..best giler...
asenyer menusuk jiwa aku..
tapi mmg laaa..kalo thn perasaan..kite sngsara....

Nadia Rafeeza said...

nice plus sweet..damn..too late to catch ur blog..hihihi..byk ketinggalan neh..jenuh nak bace semua..anyway..gud job..2 thumb up!

f.a.r.h.a.n.a said...

omg! sweet gle!
sweet sgt!
tere la cucuratap pat wat cte best camnyh!

Anonymous said...

haha..
lawak dowh story nih...
part angah yg pakai boxer mandi mmg buat aku gelak kaw2..
haha..
sweet je si leman ngn tipah nih

Anonymous said...

suke la cite nie...
y ptg name tipah sebenar..
athirah..ade klass g2...ahakssss~~~
suke3...!c0ngrats cucur.!

Anonymous said...

weiii best gilerrr huhu, tak puas2 baca berulang2 kali

Anonymous said...

cerita sweet..
sornok2..

izzahmdshah said...

best ar!
ringan je tp enjoy.
btw gnung ledang bkn kt mlake la..

Anonymous said...

gnung ledang kt JOHOR lee
tp cite ni ttp bestt

cikpelangi said...

sorry sgt2 lmbt jmpe blog ni..
anyway,,,cite ni t'sgt lah best....
cinta budak skolah gi2...suka3...

Anonymous said...

bestttttttt!!!!!!!
tp double thumbs up kt ANGAH dy aa....
bley plak jdik penglipurlara lm air trjun...
ahahaha!!
nway kipidap ms cucuratap!!
dpt gk hobi bru msa cuti neyy...haha :D

~tymah~ :D

Anonymous said...

'xkan nak marah orang yang aku sayang'
bestnye klu de org ckp mcm tu kat aku..hihi..

Anonymous said...

sumph best gler kot!!
aku ska sgt2~

Anonymous said...

bestnye dpt pakwe cm leman..!! :)))
bhagia hdup dpt abg cool cm angah.. heee~

Anonymous said...

terbaiklah!!hehehhee....

Mar said...

huyooh! lari dr sek smata2 sbb tipah..terbaik le leman!!

GadizGula said...

besh! besh!! sempoi jek

ReikO AricHifurii dA'Queens said...

smart..nice story..x complicated..heheh

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio