♡assalamualaikum

comeback, kononnya ;p

AVH [34], AVH [35], AVH [36]

Friday, January 9, 2009

bidadara =15=

Sewaktu Luth baru nak cucuh kunci kereta, kedengaran bunyi enjin dibelakang. Luth pantas kalih. Erk? Kerut dahi.

“Uncle Long?” Nisrin bersuara perlahan.

Iz bukak central lock. Mereka berdua keluar serentak dari myvi putih itu.

‘bapak sedara dia ke?’ Iz berkira-kira dalam hati.

Luth keluar dari kereta. Nisrin bergerak merapati Luth. Diikuti Iz dibelakang.

“Uncle Long.. awak buat apa kat sini?” Nisrin tanya.

‘comelnya…’ Luth sengih.. dalam hati jek!

“Nisrin eksiden ek? Kenapa tak bagitau? Kalau tak boleh saya bawak pergi hospital..” Luth berkata sambil pandang muka Nisrin serius.

‘apa dia tak nampak ke aku bawak Nisrin pergi hospital?’ Iz mendengus dalam hati. Dia masih senyap. Memerhati Nisrin dan someone bernama Uncle Long berborak. Uncle Long? Apape jela..

“eh. Takpe.. susah awak je. ni Iz, dia yang terlanggar Nisrin hari tu.. dia bawak pergi hospital tadi. Luka semua dan baik dah.. takyah risau arr..”

‘awak?’ Iz tanya diri sendiri.. sape pulak mamat nih.. takkanlah bapa sedara..

“Luth Zafran.” Luth menghulur tangan ingin berjabat. Muka serius.

“I’zrael.” Iz sambut. Tenang.

‘aiseh.. pehal aura berbahang ni? kenapa tak lepas-lepas tangan ni?’ Nisrin perhati dengan muka pelik. Mengira saat. Dah 7saat setengah ni.. tangan diorang tak lepas, mata macam nak keluar api.. baik aku..

“err.. Nisrin masuk dalam dulu? ok? Tak lunch lagi nih..”

“kita lunch luar jom?”

“lunch dengan saya?”

Alemak aii… serentak Iz dan Luth mengajak. Iz pandang Luth, Luth pandang Iz. Nisrin? Gelisah.. macam mana ni??????

“kita.. keluar lunch sama-sama nak? Kita tiga orang?” agak bernas ke tak idea kau ni Nisrin? Adui..

‘pahal lak aku nak makan ngan si mamat serius-mius nih..’ Iz berkata dalam hati.

‘gila semak budak ni..’ otak Luth pula berfikir-fikir.

“err.. ok? Ok tak nih?” Nisrin tanya lagi sekali bila rasa macam ada kat tengah-tengah gelanggang wrestling, yg pakai baju belang-belang tu.. referee ek? Pape la..

Nisrin pandang Iz, “jom lah..”

‘ek eh.. boleh pulak buat nada pujuk camtu kat budak semak nih..’ hati Luth berkata.

“ok. Jomlah.” Iz berkata. Dalam hati, terbayang trofi kat tangan. Haha.

“naik Rexton lah jom..” Luth mengajak sambil tekan alarm.

‘ewah.. siap sebut Rexton, riak tahap langit.. ikut hati nih, aku blah da.. takpe Iz.. control macho huh? Lelaki budiman takkan bergaduh depan perempuan.’ Iz susun ayat dalam hati.

“ow yeh. Suka-suka. Ni nak makan katne ni Uncle Long? Takmau la makan aiskrim seringgit lagi..” Nisrin sengih mengusik.

Tiba-tiba Iz rasa trofi kena pas pulak dekat mamat serius-mius nih.

“takkanlah.. ni, korang nak makan dekat mana? Saya belanja laa..”

‘ingat aku sengkek sangat ke nak bayar sendiri?’ Iz dah panas-berlengas dekat tempat duduk belakang.

“Iz.. kau nak makan dekat mana?”

“ikut kau la..” hambar. Lembab nye bawak.. ape guna bawak Rexton kalau buat macam proton saga third hand?

“hmm.. awak, ikut awak la..”

‘awak, ikut awak la..’ Iz mengajuk dalam hati. Nada apa tuh? Eeeeii…

“kita makan dekat sini-sini jela. Kedai tom yam. Ok?”

“ok jek.. Iz! Kau?”

“bukan aku yang bayar..” selamba. Ingat kata nak belanja, bawak pergi Nikko hotel ke.. Hilton ke.. ceh! Aku pun boleh la..

‘budak semak ni betul la semak. Buat aku bahang je..’ Luth terus dengan pemanduannya.

******************************

“so, Nisrin? Nak order apa?” Luth mula bertanya.

“hmm.. nak nasi goreng kerabu.”

“I’zrael?”

Si pelayan yang tengah pegang notebook kecik angkat muka. I’zrael?

“please, call me Iz.” Senyum. kena la tunjuk mesra sikit kan? Demi keamanan insan sejagat. Heh.

“hmm, aku nak.. makan nasi arr. Nak nasi putih, tom yam campur, kailan ikan masin, telur bungkus.. hmm, ayam goreng kunyit.”

Buk!! Nisrin sepak kaki Iz bawah meja.

Iz kerut muka. Sakit laaaa!!

Nisrin sengih dekat Luth. “Uncle Long, kawan Nisrin ni memang sukaaaaa sangat menyakat. Heh. Eh, bukan kau suka mee goreng kosong ke?” Nisrin muka manis pandang Iz.

“aku pernah cakap ke?”

“takpelah kak. Cancel order tadi. Ambik mee goreng KOSONG.” Nisrin cepat-cepat potong cakap Iz. Perkataan kosong ditekan sikit. Biarkan.. dah orang nak belanja lebih-lebih pulak.. segannya dengan Uncle Long!!!

Luth hanya memerhati dengan perasaan ingin tahu. Betul laa kawan si Nisrin nih.. dahla semak, tak segan langsung lak tu.. tapi kan dia kawan Nisrin, so, kena la baik dengan dia jugak kan? But, what for? Kenapa pulak aku beria-ia nak baik dengan kawan Nisrin? Ahh.. sudah! Sempat pulak buat sesi bersoal-jawab dengan otak sendiri..

Iz dah muka keruh. Mee goreng KOSONG? Tak seleranya!!

“err kak, saya nak mee goreng KOSONG, tapi tolong letak sayur, ayam, telur, taugeh, fishcake, udang pun ok jugak la kalau ada.. ok?”

Akak pengambil order dah konfius. Mee goreng kosong tapi nak rencah..? macam mana nak tulis order nih.. pak! Pen diketuk didahi. Mee goreng biasa lah tu kan? Betul laa customer nih.. buat pening!

“hmm, bagi saya nasi goreng paprik.” Luth menutup kertas laminated menu.

Diam. Iz ketuk meja. Badan disandar dikerusi. Kaki dijulur panjang sebelah. Mata melilau pandang sekeliling. Halahai.. yang aku panas hati ni kenapa?

Luth yang lengkap dengan pakaian ofis merenung budak semak itu. belajar lagi ke? Gaya macam tak kerja. Kata langgar Nisrin, tapi baik la pulak diorang nih.. dah jadi kawan ke? Kawan baik? Baik macam mana? Ish! Over pulak aku nak tau.. tapi aku memang nak sangat-sangat tau..

“err, Iz.. belajar? Kerja?”

“dah kerja dah. I’m 26 anyway..”

Nisrin terlopong. Haaaaaaaaaa?? Lagi tua dari aku??? tengok muka macam sebaya jek.. macam budak-budak lepas sekolah pun ada.

“kerja apa?” Luth tanya lagi.

“business. But you know, corporate world is just a mess..”

Uuuuuuuuhh.. macam tak percaya je dengan budak nih. Pakai macam budak-budak melepak kat shopping complex. He’s in corporate world?

“join industry apa?”Luth korek lagi.

“hmm.. asik tanya aku je. kau kerja apa?” Iz mengelak. Tengok gaya mamat serius-mius ni macam kerja hebat je.. kemeja dengan slack.. ada tanda jahitan gambar orang naik kuda sambil pegang kayu di belah kiri kemeja. Expensive huh?

“construction industry.”

“fuh.cool ar?”

“what say you?”

“industry yang kasi untung juta-juta-juta-juta-juta..”

“outsider’s view.”

“if, and only if, you’re brilliant enough.. ayat aku tadi tak habis lagi.”

Ceh! Terkena aku sekali. Luth cuma angguk sambil angkat kening.

“designer team or builder?” Iz tanya lagi.

“kau kerja apa sebenarnya ni?” Luth dah naik pelik. Budak yang konon budak lepak ni dah terjah aku macam-macam. Tu la Luth, tak baik pandang rendah.. kan dah kena..

“kerja yang halal lagi menguntungkan.” Sengih. Ingat senang ke nak korek pasal aku? jangan senang-senang nak judge orang.. Iz tarik sengih lagi. Tengok muka si Luth ni macam nak keluar asap je.. hmm. So, inilah Luth Zafran? Mula-mula tadi memang konfius, ini ke Luth Zafran tu? Sekarang dah memang komfem..Nama yang selalu didengar tapi tak pernah bersua. Lucky me.. by the way.. I’m an outsider huh? Luth Zafran memang tak cukup bijak..

Nisrin yang tadi hanya memerhati makin lama makin tak paham. Apa diorang ingat ni meeting room? Ke persidangan businessman berjaya? Ni lah lelaki..

“okeh! Makanan dah sampai! Jemput makan..” Iz lantas membaca bismillah dan menyuap mee kedalam mulut. Hurm.. not bad laa..

Luth masih biarkan pinggan tak berusik. Dia memikir, siapa budak semak ni sebenarnya???

15 comments:

Anonymous said...

hawhaw..
lawak2..
agak2 nye ape keja iz tu erk..
camne dia sll dengar nama luth?musykil..
hihi..
tah2 anak boss tak?hehe..

*swit hanna*

Anonymous said...

haaaa..
sy dpt merasakn ade aura2 yg mengatakn luth tu ade kene mengena ngn iz
kn ayh iz kawen 2..tol x??
hahaha..mandai je teka
niway xsabo nk tggu smbgn
chaiyok cucuratap!! ^_^

-che na-

nana_yoong said...

bestnyer..iz nampaknyer bukn calang2 org..hahaha.. tp mest la uncle long yg dapat nisrin..uncle long kan bidadara. Iz bagi kat nissa je la..

Bia Iz jadik saingan uncle long je wat mase nih..same2 nak tnjk hebat..

keSENGALan teserlah.. said...

agaagagaa...
spe si iz nieh snrnye ek??
cam ader smething je dye ngn si luth nieh..
aiseyyhh...

adek said...

heheheheh..
spe la ek si iz tu??
pelik2

MaY_LiN said...

hahaha..at the end..
thanks cucuratap..
panas seh..

atashinci said...

alah suspenlh lak.....
spe iz ni......
ank bos luth ker????????
alah berebutkn nisrin lak.....
tpi sye ske nisrin dgn luth.....
tpi kesian lak dgn iz.....
eeeeeeeemne satu ni cucuratap.....

haruhi said...

iz ni mesti keje lbh kurg ngan luth ni..
cm tau sumer jer..hikhik
tp cite ni best r..tp still nak nisrin ngan luth..tp ngan iz pon ok gak..huahua
xtau nk pilih saper da..huhu

tzaraz said...

Go! Iz go!
Tak kira...nak Iz gak ngan Nisrin...

aqilah said...

bestlah cucu, akak suka sgt. very very very interesting!!!!!!!!!!!!!. keep it up! new entry please!!!!!!!!!!!! kalau blh, nak hari2 ada new n3. keh....... jika boleh lah......

haikadove said...

waaa.. ni yg best blk sminggu skali. terus adee n3 kan.. heheheee.. thanx cucuratap!;p

sape eh iz nie? ntah2 bos si luth tue kot? hehehehee

Anonymous said...

ceta awak best...sambung..sambung...suspen sih..tergelak2 baca depan laptop ni...seb baik xdak org lalu lalang depan bilik....silap hari bulan di cop sewel..hehee...~sakina~

p.i.n.a.t said...

waaa..
msti iz ngn luth ni ade kne ngene kn?
tetibe ade aura tegang nih..

ape keje iz ek?
lebey kurang luth ke?

the sedow geng said...

hahaha,,,
nk lwn k???
agagga!!!
lek2...
jgn b'asap kt c2...
lwk r>>>

misz nana said...

nak nisrin ngan luth..
xnak dia ngan iz..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio