♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, December 8, 2008

cerita mereka ~8~

Hujung minggu itu, Arel datang melawat mereka. Awal-awal lagi Haq dah tau dan mengkhabarkan kepada semua gengnya. Heh. Kecuali Aree.

“Aree! Woi.. Aree!!” Rai melaung dari pintu bilik basuh. Lor.. pakai earphone ke.. Rai bergerak menghampiri Aree yang penuh semangat memberus baju.

“woi!” earphone di telinga Aree ditarik.

“uish! Kejut aku.. kenapa?” Aree dah kerut kening pandang Rai elok siap bertudung.

“dah. Tinggal baju kau ni. Pegi siap. Turun bawah. Arel datang.” Selamba Rai tarik berus ditangan Aree dan campak ke dalam baldi.

“cepatla kakak oi.. cegat apa lagi.” Rai dah mula mengarah.

Di gazebo..

“heaven!! Nasi beriani lagi?” Ad buat gaya tak pernah nampak nasi beriani.

“dah tu.. itu je benda yang aku tau korang suka makan. Aku beli je la.” Arel menjawab

“hehe.. mekaseh..mekaseh..mekaseh.. kami amat menghargai susah-payah anda. Mekaseh..” Haq dah mula nak bongkar plastic berisi polisterin.

Pap! Terasa sakit belakang kepala aku. Cis! Tak guna Vid. Libas kepala aku.

“apa pandang? Kau tu! Sabar la.. dorang tak turun lagi.” Vid menegur.

“hah..tu.. dorang dah sampai.” Ad muncung mulut kedepan.

Mata Vid, Ad dan Haq tertancap pada makhluk yang sama. Bukan pada minah dua orang yang tengah jalan sambil sengih tu, tapi pada manusia yang khusyuk tak berkedip tengok kearah Aree. Aduh.. sayu betul muka tu. Mereka bertiga dah saling berpandangan sama sendiri. Hmm, betul la tu kemungkinan yang Haq cakap hari tu.

“yo!” Aree menegur girang. Nasi beriani?waa…

“apa la kau.. mata terus tengok nasi.. kesian tak tegur kita punya sponsor.” Rai kenyit mata pada Ad, Vid dan Haq. Heh.

“owh..heh.. mekaseh.” Aree tarik senyum lebar pada Arel.

“sama-sama.. so, ni aku beli barang korang. Cleo and Female bulan mei untuk Rai, topup kad untuk Haq, new kreko untuk Ad, and for you Vid, chewingum and pepsi twist. Betul aku beli kan? Ade cicir apa-apa?”

“huh.. bagus la kau. Ni boleh buat abang angkat ni. Abang Arel. Cool..” Ad melawak.

“haha. Dan-dan panggil abang.. blah ar!” Arel tergelak. Apa-apa la Ad ni.

“ala.. wallet kat atas la..” Rai garu kepala tak gatal.

“alahai.. tak payah la.. benda kecik je.. aku tak mintak claim pun.” Arel senyum.

“huuuuh.. ni memang betul kena panggil Abang Arel. Oh! Abang Arel ku!” Haq buat aksi sambil pegang dada. Konon terharu habis la tuh.

Hahaha.

“lagi sekali kau buat macam tu Haq, memang aku hentak je kat lantai.” Arel gertak sambil gelak-gelak. Lawak betul la budak-budak ni.

“eh…. Kejap. Tak aci la macam ni. Apsal aku je tak dapat? Apsal aku je tak dapat apa-apa dari Arel?” Aree menongkat dagu.

“dah kau tak pesan.” Arel jawab ringkas.

“mana aku tau kau datang hari ni.” Aree balas balik.

Ek? Arel angkat kening pada Haq.

“ala.. dah kau tak tanya.” Haq muka tak bersalah.

“Arel ada bagi.. kau je tak perasan.” Vid berkias perlahan.

“yeke? Tak Nampak pun!” Aree memang lurus!

‘hati aku.. mana la kau nak perasan, mana la kau nak nampak’ Arel mengomel dalam hati.

Muka Aree dah makin blurr.

“Arel, kau ada benda ke nak bagi kat aku yang aku tak dapat lagi?” Aree bertanya strait.

“takde ape lah! Mana ade aku beli apa-apa untuk kau.. dah kau tak pesan. Dahla, makan.” Arel menghentikan perbualan mereka.

Aree jungkit bahu. Apa-apalah. Aku nak makan.

Selepas solat zohor, Arel minta diri untuk balik. Semua mereka berkumpul disebelah Pajero hitam Arel.

“weh, aku gerak dulu lah. Nanti bila-bila aku datang la lagi.”

“sangat la dialu-alukan.” Haq tarik sengih lebar.

“Aree, aku nak tangkap gambar kau boleh tak?” Arel bertanya separuh konfiden.

“nak buat apa?” Aree tanya pelik.

“takdela.. aku kan dah nak fly.. nanti dah tak jumpa.” Kira kukuh la tu kot.

“owh..ok! jom we! Ramai-ramai tangkap gambar!”

“ek? Buat apa ramai-ramai?” Arel angkat kening.

“kata nanti dah tak jumpa?” Aree muka innocent.

“adoi.. lampi.. lembab macam kura-kura!” Ad mendengus perlahan.

“apa dia Ad?” rasa Aree dia ada terdengar Ad bercakap sesuatu tadi.

“err.. takde apa. Aku teringin bela kura-kura” Ad selamba. Vid dah merah muka tahan tersembur gelak. Haq dah terbatuk-batuk cover gelak punya pasal. Rai dah tutup muka dengan majalah ditangan. Ad nak bela kura-kura? Betul lawak antarabangsa! Kasi relevan sikit la kot ye pun jawapan tu..

“err.. takpelah. Lain kali la tangkap gambar.” Arel dah muka hampa.

“ow..ok.” Aree angguk. Muka takde perasaan. Langsung!

“Arissa, jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin. Tau? Ingat aku cakap ni.”

“aku tau la.. kenapa kau suka cakap macam tu ha?”

“saje. Pesan. Salah?”

“dekat Rai kau tak pesan pun?” muka Aree memang betul muka nak tau. Bukan berlakon ni.

“Ad, aku tiba-tiba rasa nak bela siput babi.” Haq berkata sambil menepuk bahu Ad.

Hahahaha. Pecah gelak.

“erm, aku balik dulu la. Haq, rajin-rajin bukak ‘kamus hikmat’ kau.” Arel dah duduk di tempat pemandu.

“ok bro!” Haq angkat tangan kepada Arel.

Laju Pajero itu meninggalkan mereka. Sekarang, semua mata memandang Aree.

“apa?” Aree bertanya pelik terus berlalu ke aspuri.

“ada jugak wujud orang macam Aree tu.” Rai bersuara malas.

“weh. Dahla. Jom.” Tiba-tiba Vid mengajak.

“nak pergi mana?” Haq kerut dahi.

“pergi beli siput babi dengan kura-kura.” Sengih perli.

Hahahahaha. Boleh ketawa berguling dengar ayat Vid.

“bengong!”




*{heh. satu lagi entry untuk korang. selamat hari raya aidiladha! hope this raya haji will bring you and your family a great,great,great happiness. insyaAllah. =p}*

16 comments:

yadayada lala said...

kelakar tahap keluar ank tekak!!!
sipot oh sipot

Anonymous said...

haha..
awatla blur sgt..
huhu..
camat ari raya to u too

Anonymous said...

hehe.sengih sorang2...^^..

*swit hanna*

Anonymous said...

haha..kelakar giler..
memang lampi r aree ni..

keSENGALan teserlah.. said...

gile lawk...
nk tersembur rendang aym aku mkn arinie,,
heheheee..
best2...

pinat said...

hahaha...
sabo je la..

slow la sgt aree ni..
adoyai...
sakit prot glak..

ceritaku MEMORIKU said...

lembab cum kure2.kik33.tp mmg lwak glew thap dewa ah.nsb bek xtermuntah gelak.citer best22. chay0k2.-na`dz

Anonymous said...

lawak seyh!!
huhu..
sket perut ketawa..
best2..
chayok kak!!

sugar2 kapas strawberry said...

adoi minah nie...blur sgt..lbt pick up..hahahaha
xley handle sal sipot babi n kura2..lawak ar..hahahaha
cite ni menarik la cik cucur..

sugar2 kapas strawberry said...

adoi minah nie...blur sgt..lbt pick up..hahahaha
xley handle sal sipot babi n kura2..lawak ar..hahahaha
cite ni menarik la cik cucur..

khairunisya said...

aish..mmg x puas hati ngn kamu cucuratap...slalu bt citer sume msti bes,x de yg x bes...jeles..huhu

nailofargurlz said...

mmg aree ni lampi giler..tp citer nih mmg besh...

miss ketak-ketuk said...

best la...
teringat zaman2 duk kat hostel dlu...
pecah loker,fly,'kamus azimat'
hehehe

TAN-te said...

alahai... comel sgt aree tu.
tp yg bela kura2 and siput babi tu lawak satu universe!!!! lawak gila!!!!

bb said...

aduh..mcm mane la aku br bleh jumpa blog ni..mau housemate kate aku gile gelak kuat2 sorg2 dlm bilik..klakar xhingat r cite ni..best gile..hahahahahahaha

mizz acu said...

hahahahahaha..serius lawak! jatuh kerusi aku gelak..wakakakakakkaakakakaaa....

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio