♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, December 17, 2008

bidadara =2=

“akak! Meh sini.. meh le sini..” Nisa tarik tangan kakaknya, Nisrin.

Nisrin pandang pelik. Pergi mana pulak ni? Nak bawak aku pergi mana? Tiba-tiba dia nampak booth aiskrim McD didepannya. Laaa..

“Nisa beratur la. Akak nak McFlurry oreo. Kasi kaw-kaw. Oreo lebih ar.”

“eh? Tamau kasi tarik?”

“ingat ni kedai mamak nak order teh tarik ke?”

“tau pun! Yang nak order oreo lebih tu kenapa?”

“haha.ala, nak main-main pun tak boleh.”

“duit?”

Nisrin mencebik. Tau la aku dah kerja, pau orang je tau. Harini jalan-jalan dekat Jusco. Me-releasekan otak si Nisa. Dia kata otak dah tepu hadap buku spm. Tipu la tu.. otak mana boleh tepu. Heh.

“akak, pergi Padini jom?”

“kalau shopping, no! kalau window, yes! Which one?”

“alaaa…”

“apa ala ala?”

“ok.. window..” muka Nisa macam Cadbury didepan mata kena rompak. Hampa habis!

Tengah Nisrin angkat hanger satu baju ni, tiba-tiba..

Buk!

“sorry..”

Seorang perempuan buat muka bengang dengan Nisrin. Apa? Ada hutang? Siapa suruh jalan tak cukup tanah?

Hanger yang Nisrin angkat tadi dah terkena belakang kepala perempuan tu. Mana tau orang nak lalu dekat sebelah. Tak nampak la!

“lain kali, tengok-tengok la orang..!”

“sorry, tapi saya tak nampak..” aku rasa minah ni yang jalan laju beriya.. aku jugak kena mintak maaf.

“Tuhan kasi mata lain kali guna! Tak nampak, tak nampak!” perempuan tu menyembur dengan mata terjegil. Ingat lawa ke?

“dah la pakai tudung, kampung!”

Ek eh.. sesedap hati mengata…

“look who’s talking here! Dye rambut bertampuk-tampuk, loose see-through blouse like in 80’s, so urban!” Nisrin balas balik dengan nada perli dan pandangan sinis.

Perempuan tadi tersenyap. Mengetap bibir. Geram!! Menjawab! Dia berlalu sebelum menolak Nisrin kasar.

Dengan tak semena-mena, dahi Nisrin terhentak pada rail menyangkut baju. adusss…

Nisa yang dari tadi senyap, mula mengomel.

“entah pape ntah. Mana la datang manusia kuno macam tuh. Turun dari planet mana la agaknya.” Nisa menggosok-gosok dahi kakaknya.

“apa you buat ni?” satu suara bertanya pada perempuan ‘kuno’ tadi.

“dia tu hah! Kalut sangat! Sampai langgar orang dengan hanger. I nak jalan, dia kebelakang! Terhentak la dahi kat penyangkut tu!”

Nisrin dan Nisa berpaling ke arah suara tadi. Beberapa tapak depan je dari mereka. Perempuan ‘kuno’ tu sedang menunjuk jari pada Nisrin.

Apa ingat ada boyfriend boleh buat suka hati ke? Sah-sah kuno! Mata Nisrin melirik sekejap pada si boyfriend. Lelaki semalam? Lelaki lift tu! Huh! Padan la.. sorang suka menyembur, sorang suka menyibuk!

“awak langgar dia dengan hanger tadi?” lelaki tu menyoal.

“saya terlanggar. Kalau saya sengaja langgar, maknanya, saya pun sama kuno dengan girlfriend awak ni.”

Muka si perempuan ‘kuno’ dah macam gunung berapi nak meletus. Mengadu, buat cerita kat boyfriend.. ada aku heran?

“akak.. jom la blah.” Nisa berbisik perlahan.

“anyway, saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Nisrin blah keluar dari kedai Padini tu. Sombongnya! Dah la kuno, tak reti minta maaf pulak tu. Aku yang tak sengaja ni 3 kali mintak maaf. Yang dia tu, yang dah terang lagi bersuluh sengaja, buat bodoh je.

“akak..akak..” Nisa berkata sambil tarik-tarik lengan baju Nisrin.

“apa?” panas aku tak habis lagi ni..

“tu. Lelaki tu. Dia kejar kita.”

Huh? Aku paling belakang. Lelaki tu tengah elok senyum. lelaki tu? Patutnya aku panggil ‘boyfriend si kuno’. Malas aku.. malas.. malas nak layan..

“apa dia?”

“saya tau awak ni kalut. Tapi saya tau jugak yang tadi tu bukan salah awak. Dia moody sikit harini. Saya nak mintak maaf.” Boyfriend si kuno bersuara tenang.

“satu, saya maafkan. Tak kisah pun sebenarnya. Dua, you don’t have to do this. Mintak maaf bagi pihak dia. Tak patut. Tiga, saya tak kalut.”

Boyfriend si kuno tarik sengih. “okey..thanks”

“so welcome.”

13 comments:

Anonymous said...

Wah, bertembung lagi!hehe =D
makin menarik!
unik nama dia kak cucuratap..Nisrin!=D

Anonymous said...

i suke cite ni..hehe

nana_yoong said...

wahh..seronoknyer... boyfrend minah kuno ke laki tu?? xkot sbb die pgl minah kuno tu nagn pgln 'kau'...nak taw citer seterusnyer..

tumb up for the 2 beginning entry

Anonymous said...

jodoh ye tak cicakgirl..hehe..

sure besh nie..
nk lgii.....:p

*swit hanna*

cucuratap said...

heh.
tengkiu2..
sebab tak konfiden sgt nak post cte ni sbnanye..
tp ble da dpt +ve cmmnt ni, ok la tuh kot =p
hehe

keSENGALan teserlah.. said...

jodoh nmenyer tuh,,
best2...

the sedo gang said...

har3!
lawops r st0ry niex...
kalut??
hwa3...
besh r akak!

Pitak said...

yeah!
wanna some more (:

Anonymous said...

besh la cite nh akak..hak3..akak???waa..ramai tol adek die yee..kah3

ceritaku MEMORIKU said...

sweet.
cum de jodoh je.
agagag

Anonymous said...

kalo x silap sy,nisrin ni salah satu minyak wangi org arab...

mar chan said...

nisrin??
baru brkenalan ngn sorang akak ni name dia nisreen..
hehehe :D
bce citer ni automatik teringat kat akak tu..

Unknown said...

tak sabar nk baca cite seterusnya..betambah menarik..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio