♡assalamualaikum

comeback, kononnya ;p

AVH [34], AVH [35], AVH [36]

Tuesday, December 16, 2008

bidadara =1=

Hari ni, mak suruh aku pergi beli stok kedai. Ya.. mak aku ada kedai. Kedai bunga. Nak bunga apa? semua ada.. bunga hidup yang segar lagi cantik, bunga hiasan dalam rumah, bunga pahar untuk perkahwinan, hantaran pun mak aku buat jugak. Kedai mak aku ni, nak kata besar, takdelah besar sangat.. tapi bolehla. Aku kerja kat sini. Disebabkan aku ni malas belajar, diploma aku pun takat suku jalan je, jadi jangan nak berangan la dapat kerja besar. Aku bukan apa, aku dapat tawaran diploma akaun, tak minatlah! Tu la, dulu kat sekolah belajar main-main. Orang lain syok dapat masuk matrikulasi la, kursus persediaan la, asasi la.. aku? tersadai dekat UiTM sekejap, pastu congok la dekat kedai mak aku. Walaupun dah pedih telinga dengar mak aku membebel, kata aku ni anak dara pemalas la, kuat berangan la, bontot berat la.. dan kata-kata yang seumpama dengannya, aku buat pekak je. Aku bukan taknak sambung belajar, tapi malaaaaaaaaas sangat. Nak hadap buku satu, kena bangun pagi-pagi pergi kuliah lagi, buat assignment lagi, baik aku tolong mak. Kan? Betul tak?

Jadi, sejak tu, aku tolong buat kerja kat kedai. Mak aku pun dah tak bising-bising lagi. Dekat kedai ni dah ada dua orang pekerja dah sebenarnya, Kak Yan dan Ija. Tambah aku jadi tiga la kan? Heh. Aku pun kira pekerja apa, bukan anak tokey.. sebab aku dapat gaji. Haha. Bukan la tak ikhlas tolong mak, tapi kalau tak dapat gaji mati la camtu.. takde duit belanja.

Eh! Aku kata tadi nak pergi beli stok kedai kan? Aku dah sampai la ni kat gedung SSF dekat Jln TAR. Nak beli kain organza, bahan asas nak buat bunga dulang. Kalau tengah terdesak, macam ni la.. kalau tak order dari supplier aje. Ape lagi ye nak beli tadi? Hmm.. ribbon kaler cream, kaler maroon, kaler..

DUM!!!!!!

Adoii…maaaaak..

“awak ni berangan ke? Pintu lif ni kan tak bukak lagi.” Seorang lelaki sebelah aku menegur.

Laa.. ada orang lain jugak ke dalam lif ni? Aku pandang depan. Aah! Tingkat yang aku nak pergi pun tak sampai lagi. Yang aku tiba-tiba kalut nak keluar sangat tadi tu kenapa? Issh… ngarut gila aku ni.

Aku lemparkan sengih malu dekat orang sebelah aku tadi. Maunya tak malu, lif tak sampai lagi, pintu lif tak terbukak, aku meluru je rempuh. Silap-silap, dia kata aku ni gila. Issh.. ngarut!

Ting! Nombor 4 berkelip di tepi pintu lif.

“haaa.. sekarang baru boleh keluar. Baru tak terhantuk pintu.” Lelaki tadi berkata sambil menyua tangan mempersilakan aku keluar.

Ceh! Perli aku ke hape?

“terima kasih banyak-banyak!” aku balas dengan sengih dibuat-buat.

Kelepek!

Adusss.. boleh pulak kaki aku terkehel keluar dari lif. Ni semua salah wedges yang aku pakai!!!!!

“dah la suka berangan, kalut pulak tu.” Lelaki tadi bersuara sambil berlalu disebelah.

Banyak bunyi pulak.. suka hati la nak berangan ke.. terkehel ke.. sibuk!

Aku pun terus ke rak bahagian kain organza. Pilih punya pilih, nak penuh bakul kecik ni. Hmm.. ribbon pulak. Dekat bahagian ni, ribbon dia susun tinggi-tinggi, ikut rona warna. Senang nak pilih kan? Aku tengok ribbon warna cream disusun belakang sikit. Aku pun memanjangkan tangan nak capai, sampai ni… sampai.. sikit lagi…

Pak!

Berterabur ribbon dekat lantai.. apa malang sangat aku ni…

“awak ni.. memang macam ni eh?” tengah aku tunduk nak kutip balik ribbon tadi, satu suara menjengah. Yup, dia lagi.

Aku malas nak jawab. Aku diam je.

Habis aku kutip tadi, terus pergi kaunter. Nak buat bayaran. Kad keahlian aku keluarkan. Kalau ada kad ni, dapat diskaun sikit.

“ehhh.. Nisrin! Mak tak datang sekali?” akak kaunter tu menegur. Well.. regular customer, mestilah mesra kan..

“mak dekat kedai kak. Siapkan tempahan.” Aku senyum je. Aku perasan, ada orang beratur belakang aku. lelaki tu. Tolonglah… aku dah tak larat hadap muka dia.

“mekaseh kak. Balik dulu.” aku tarik beg plastic dan terus berlalu.

Di kaunter…

“dik, siapa perempuan tu? Kenapa dia dapat diskaun pulak? Sedara ke?”

“takdelah. Dia ada kad ahli. Encik nak buat jugak ke?”

“err. Takpe-takpe. Taknak. Terima kasih..”

16 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

cam best jer..
sambung2...
hihi...

haruhi said...

best2..x sbr nk tgu smbgn..hehe

adek said...

kalo cucuratap yg wat
kompem best..

cucuratap said...

huhu..
jgn lor kate gitu..
mengharap sgt best..
nanti aku takut tak best..
hehe.. harap2 korg suke la.. =p

Anonymous said...

haha..awal2 dh kalut erk..
comei gak..

next plizzzzz....

ganbatte cucuratap..:)

*swit hanna*

MaY_LiN said...

wa..cite br..

cicakgirl said...

Wah, permulaan yang best! ^_^

nana_yoong said...

cucuratap..ni 1st novel yg sy bace..nice beginning..cerita mereka x bace lagi..nak bace yg ni dulu..sempoi je

Anonymous said...

hmm...best la cte neh...nice intro..

~ana~

wedameow said...

bestnyeee..ske sgt..hihihi

izzati said...

wohoh!!!

sy mahu luth!!
sy mahu uncle long!!!

deep purple inside... said...

cite ni buatkn aku berkhayal sendirian..best sgt2.. =)

deep purple inside... said...

cite ni blh buat aku berkhayal...huhuhu
best la intro dia.

YukiNouta~ said...

tomey2..like this!!!two thumbs up~~[^^,]V

Nashrin said...

ahaha.best.terasa cam diri sdr walaupun nama saya nashrin.hahahah.

akiN aMar said...

wah!best2!!!!keep it up ya...xsbr nk tggu sambungan..hee;)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio