♡assalamualaikum


Monday, October 6, 2014

Aqib dan Dhuha 3

Dhuha mengesat matanya perlahan-lahan. Tangannya menggapai handphone yang berdenting tak sudah di atas nightstand. Skrin iPhone hitam itu di sentuh dan cahaya yang memancar menyakitkan matanya. Apa ni.. pukul 4.32 pagi! Dia mengeluh. Makhluk mana tak reti tidur ni?

Handphone di genggaman itu diabaikan dan dia pusing menghadap Aqib di sebelah.

Ding! Handphone dia berdenting lagi. Ya Tuhan stress betul! Dhuha menukar posisi meniarap dan mula membuka lock screen. Ini kalau office yang email ke message ke memang nak dengar amukan kat pejabat hari isnin ni nanti! Matanya yang kuyu itu dibesarkan sedikit untuk membaca notification. Oh Whatsapp rupanya. Eh, Kadeen? Automatik mamai dia hilang. Dia membaca ayat yang dihantar Kadeen itu satu persatu sambil membetulkan duduk di atas katil.

"Awak!" Cemas suaranya memanggil Aqib di sebelah. Senyap. "Awak bangun jap.. tengok ni."

"Hmm?" Aqib menjawab tanpa membuka mata. Nikmatnya tidur.

"Kadeen cakap, Sarah nak putus dengan dia! Macam mana ni.. memanglah saya tak suka Sarah tu sebab dia mengada, tapi takdelah sampai kena jadi macam ni.. kesian Kadeen!"

Aqib cuba untuk memproses ayat isterinya itu di dalam otak. Aircon ni pun punyalah sejuk.. dia menarik comforter lebih rapat ke dada.

Dhuha memang dah cemas. Nak cakap apa dekat Kadeen ni? Dia ni serius ke main-main ni? "Awak.. macam mana ni.."

Aqib cuba untuk bagi jawapan yang sesuai mungkin dengan keadaan dia yang separuh sedar. Separuh? Rasanya suku sedar. "Ala diorang tu kan selalu gaduh, lagipun awak kan memang menyampah dah dengan diorang.."

Dhuha menggaru dahinya yang tidak gatal. Itulah masalahnya! Dia rasa bersalah gila sebab selalu berasa macamtu! Selalu sangat mengharapkan diorang tu putus! Tapi bila dah jadi macam ni dia pulak rasa macam orang jahat.

Dhuha meluruskan kaki dan rebah ke atas katil. Lengannya diangkat menutup muka. Eii masalah la Kadeen ni!

Perlahan dia rasa ada orang menarik turun lengannya dari muka. Handphone yang digenggam juga diambil oleh orang sebelah. "Jangan risau. Semua akan jadi okay nanti."

"Tapi kita kena buat apa sekarang ni?"

"Nanti bila dah bangun, saya fikir kita nak pergi tenangkan Kadeen dulu ke, atau pergi belasah si Sarah tu dulu." Aqib menjawab dengan ngantuk yang masih maksimum.

Dhuha tersenyum. Apa lah nak pergi belasah si Sarah tu pulak. "Okay."

"Okay."

"Terima kasih." Dhuha mengucapkan perlahan.

"Sebab?" Aqib masih menjawab dengan mata terpejam.

"Jadi kaunselor saya pukul empat setengah pagi." Dhuha senyum lagi.

"Saya kan full package untuk awak. Your husband, your best friend, your finance consultant, your driver, your counselor pukul empat setengah pagi.."

Dhuha tersengih. Ni kalau bukan pagi buta ni dia mesti dah tergelak sakan. "Overlah."

"I seriously need sleep. Saya touch down Malaysia pukul satu setengah pagi tadi, Puan Dhuha. Boleh tak Puan Dhuha sambung sesi kaunseling esok? Bukan saya taknak layan tapi saya macam nak K.O dah ni."

Dhuha sengih lagi. Dia pun mengantuk gila sebenarnya. "Okay! Karang awak bangun pagi je saya dah siap sediakan breakfast ok? Sleep tight. Thank you."


Dan selepas itu Aqib memang dah tak dengar apa-apa. Pengsan.

****

Aqib menuang coffee bean ke dalam grinder. Portafilter ditadah di bawah grinder, menunggu serbuk kopi jatuh. Dia mengangkat tamper dan memampatkan serbuk kopi sebelum melekatkan portafilter pada coffee machine. Button espresso ditekan dan setitik demi setitik kopi pekat keluar memenuhi cawan putih di atas tray.

 'Karang awak bangun pagi je saya dah siapkan breakfast ok'. Aqib tersengih panjang. Banyaklah dia punya breakfast. Breakfast dalam mimpi ke Dhuha?

Cawan putih berisi espresso diangkat daripada tray dan pantas dia menambah air panas sehingga paras telinga cawan. Okay perfect black coffee done.

"Awak kenapa tak kejut.." Dhuha menjenguk ke dapur dengan mata yang masih kuyu.

Aqib sengih lebar dengan cawan kopi masih di tangan kiri. "Ada la orang tu kan awal pagi tadi punyalah berjanji kat husband dia nak buat breakfast. KONON lah kan."

"Awak kan merangkap alarm clock." Dhuha bercekak pinggang.

"Ala takpelah. Bagi can tidur lebih sebab awak kan tak sembahyang." Aqib menghirup kopi panas sesaat. "Dan bukan saya mengharap pun awak buat breakfast time cuti." Hahaha. Dia gelak mengusik.

Dhuha meraup rambutnya kebelakang. Aku lah kan dengan mamat ni, memang bersabar je. "Black coffee je?" Dia menjenguk ke dalam cawan Aqib.

"Nak latte sila grind coffee bean sendiri." Aqib berlalu dari dapur selamba.

Dhuha mengecilkan mata. "Hubby.."

"Not working." Aqib mencapai remote tv sambil duduk di ruang tamu.

"Honey.."

"Huh huh" Aqib menggelengkan kepala tanda taktik Dhuha tidak berkesan.

"Alah!" Dhuha membentak fed up. "Yelah taknak breakfast la!" Pantas dia berpusing menghadap tangga. Merajuk. Nak sambung tidur.

Aqib sengih geli hati. Alahai perangai tu comel sangat. "Meh la sini.." dia menarik tangan Dhuha perlahan ke arah sofa di hadapan tv. "Apa kata sekali-sekala minum black coffee saya. Kita share la."

"Takmau. Pahit."

"Pahit-pahit kopi, pahit lagi kehidupan." Hahaha Aqib melepaskan tawa besar. Dia sebenarnya mengajuk status whatsapp Kadeen yang baru dibaca tadi. Kelakar.

"Awak baca tak apa yang dia hantar kat saya?" Dhuha tiba-tiba teringat hal awal pagi tadi. Amendelah Kadeen tu pagi-pagi buta mengadu putus cinta. Tapi, dia risau juga.

Aqib menggeleng. Cawan kopi dijauhkan dari bibirnya. "Saya tak usik pun handphone awak. Battery ada lagi?"

"Ada kot." Dhuha merebahkan kepala ke bahu Aqib. Cepat-cepat dia menekup mulut bila dia menguap besar. Melampau kau Dhuha mengantuk lagi ke siang-siang ni?

"Takpe nanti saya check." Ini memang salah satu tugas utama Aqib sebagai peneman hidup dan mati Dhuha. Check battery handphone dan check kuasa powerbank. Tolong chargekan handphone apabila battery habis dan tolong chargekan powerbank isterinya yang 5 biji tu. Ya, 5 biji powerbank sebab Dhuha memang malas ya ampun nak charge handphone sendiri. Telco Dhuha pun dah ditukar pakai bil jadi tak payah ada alasan tiada kredit lagi. Pertama kali dia ditemukan dengan Dhuha adalah sebab handphone Dhuha tak ada kredit, jadinya dia taknak kes tu berulang lagi. Naya.

"Jom jumpa Kadeen."

Aqib menukar siaran tv daripada channel AXN ke Arena. Apalah tayang The Voice aje AXN ni. "Hurm. Call lah dia."

"Eei apalah Sarah tu! Bengang betul saya! Dulu masalahnya dia jealous dengan saya. Ni saya dah kahwin, entah dengan siapa pulak dia nak jealous. Eei sabar je perangai. Senget betul!"

Aqib sekadar mengangguk-angguk mendengar bebelan Dhuha. Dia dah biasa dah dengar si Sarah tu free je kena 'senget' dengan Dhuha. Dah lali telinga.

"Cuba jadi teman wanita yang memahami sikit. Kadeen tu kerja, mana boleh pilih nak kerja dengan lelaki sahaja. Logik la sikit." Dhuha mencapai cawan kopi di tangan Aqib. "Sikit."

Aqib menarik cawan itu ke arahnya. "Jangan, nanti pahit." Rambut Dhuha diusap perlahan. "Apa kata awak pergi mandi siap-siap dulu karang kita pergi jumpa Kadeen. Ok?"

"Kejap lagi?" Dhuha bertanya dengan kening berkerut. "Kata penat, jetlag la apela.. ala takpe Kadeen boleh tunggu."

"Kadeen memang boleh tunggu, habistu awak yang susah hati ni saya boleh duduk tengok je ke tak buat apa?"

Dhuha memandang Aqib sejenak sebelum tersenyum lebar. "Sayang awak. Kejap saya pergi mandi."

Aqib memerhati Dhuha yang laju berlari menaiki anak tangga ke bilik atas. Dia membawa cawan kopi yang kosong ke singki. Peti ais dibuka dan dia tersenyum melihat sekotak susu full cream yang masih belum berusik. Pantas dia menyukat kandungan susu untuk membancuh secawan latte. Dhuha, Dhuha.

******

"Takpe ke korang datang jumpa aku hari ahad macamni? Tak kacau ke?" Kadeen melemparkan senyum sambil bersalam dengan Aqib.

"Pergi hantar ayat meluruhkan hati pukul empat setengah pagi siapa suruh!" Dhuha menjawab.

Kadeen menggaru kepala yang tidak gatal. "Sorry la.. aku stuck kot. Frust, marah, stress semua ada. Aku pun main hantar je kat kau. Sorry la, aku still ingat kau dah jadi bini orang, tapi tu lah. Sebab dulu aku selalu cerita kat kau kot, dah terbiasa."

Dhuha membesarkan matanya. "Kau ni kot ye pun tunggulah siang! Hah dah tu macam mana sekarang ni? Dah okay? Apa puncanya? Dia buat hal ke kau buat hal? Mesti dia kan?"

"Dhuha.." Aqib menegur disebelahnya.

"Eh Dhuha tudung kau tak elok, baik kau pergi toilet." Kadeen tiba-tiba membuat ayat seakan menghalau Dhuha.

"Eh ye ke? Apasal tak cakap dari tadi! Awak saya pergi toilet jap tau." Dhuha terus meninggalkan cafe Dome itu dan meluru ke tandas berhampiran.

Senyap.

Kadeen tak tahu bagaimana nak mula.

Aqib pun tak tahu apa yang harus dia kata. Dia bukan pakar hal cinta! Dia cuma pakar hal Dhuha dan hal dia sendiri.

"Sorry Aqib. Aku tak ada niat nak kacau korang." Kadeen mula membuka ayat.

"Tak apa. Dhuha ambil berat pasal korang sebenarnya. Walaupun mulut dia selalu komplen itu ini, tapi percayalah dalam hati dia sebenarnya mendoakan korang jugak. Jadi apabila Dhuha dah ambil berat macamtu, aku pun mesti terambil berat sekali." Aqib menjawab tenang.

"Macam mana kau tahu Dhuha is the one, Aqib?"

Aqib merenung hadapan cafe itu sejenak. Macam mana nak jawab soalan itu supaya Kadeen faham? Sebab dia rasa hanya dia seorang sahaja yang faham perasaan dia terhadap Dhuha. "Aku rasa, tak ada skema jawapan untuk itu. Sebab tak semestinya apa yang aku rasa terhadap Dhuha, kau kena rasa terhadap Sarah. Perempuan ni tak boleh kita tengok secara general Kadeen, diorang ni individual. Aku ada ciri yang aku rasa Dhuha is the one for me, dan kau pun mungkin ada ciri kau sendiri pada Sarah."

"Apa ciri Dhuha yang buat kau rasa she is the one? Aku kenal dia lama Aqib, dan dia ada sangat banyak flaw."

"Tak fair kalau kita kira flaw dia je. Bagi aku, kalau aku nak kelebihan Dhuha, aku kena terima kelemahan dia jugak. Contoh kalau aku nak Dhuha yang berperangai comel teman aku setiap hari for the rest of my life, aku jugak kena terima yang Dhuha bukan morning person. Kalau aku nak Dhuha yang ambil berat pasal aku, risaukan kesihatan dan keselamatan aku siang malam, aku kena terima yang dia benci charge handphone. Kalau aku suka dia masakkan lauk Negeri Sembilan, aku kena terima yang dia tak suka buat dessert. Kau tau, benda-benda kecik macamni yang kadang-kadang aku rasa penting. Penting untuk relationship, penting untuk future. Yang buat aku rasa, aku memang nak Dhuha sahaja. Apabila kau dah boleh terima semua kelemahan dia tu, benda tu dah tak jadi kelemahan, benda tu jadi normal things je."

Kadeen memandang muka Aqib dihadapannya seperti mahu menghadiahkan trofi. Dia kagum "kau memang baik, Aqib."

"Point dia bukan baik atau tak baik, cuma kau nak put in effort or not. Tak ada benda senang dalam hidup ni. Nak happy, kena berusaha. Tu je."

Kadeen senyum lebar mendengar ayat itu. "Untung Dhuha."

Aqib tergelak kecil. "Taklah. Untung aku dapat Dhuha. Serius. Aku tak baik mana pun."

Kerusi di sebelah Aqib tiba-tiba ditarik. "Ha saya ada terlepas apa-apa tak? Kadeen dah start cerita punca ke?"

Kadeen dan Aqib tergelak. "Baru nak mula la ni. Tunggu kau."

*****

Sebaik sahaja Dhuha masuk ke dalam kereta, dia menurunkan cermin di atas penghadang cahaya dahulu. Tengok tudung, senget ke tidak. Dia sebenarnya baru sahaja berhijab. Bukan sebab kahwin, bukan sebab Aqib. Sebabnya adalah untuk agama. Kesilapan dia yang alpa. Dan apabila tersedar, dia membuat orang disekeliling gembira juga. Terutama Aqib.

Dulu Aqib tak pernah memaksa atau mengutuk dia. Membandingkan dia dengan perempuan berhijab jauh sekali. Cuma kadangkala terkeluar juga hint ala-ala comel seperti 'muka awak ni kalau letak kat billboard Fareeda tu, mau orang berkhemah depan kedai. Bukan setakat beratur tau, berkhemah 3 hari 3 malam.' Takpun hint kecil macam 'mahal gila curl iron ni. Ni kalau beli shawl ni boleh beli 10 helai campur kaler.'

Dan sejak berhijab jugalah dua jadi vain. Sekejap-sekejap nak tengok cermin. Waktu bersiap sebelum keluar tak payah ceritalah. Lenguh otot lengan ni asyik memusing shawl. Nasib baik Aqib memang bersabar aje menunggu dia.

"Dah cantik dah." Aqib memandang dengan senyuman mengusik.

"Sekejap lah.. depan ni macam tak kemas ni."

"Pakai seatbelt dululah, nak gerak ni."

"Pakaikan?" Comel je Dhuha meminta tolong.

"Mengada."

"Eleh tapi sayang. Sampai puji-puji dekat Kadeen."

Aqib mengerutkan dahi. "Bila pulak?"

"Saya ada sixth sense tau tak." Dhuha teringat text ringkas yang baru diterima dari Kadeen tadi. 'Husband kau adalah the best husband in the world. Kalau kau tak bersyukur jugak silalah pelangkung kepala sendiri.' Dan setelah dapat text tu dia malas nak tanya apa yang Kadeen maksudkan, dia agak-agak sahaja apa yang berlaku.

"Iye sangatlah sixth sense. Itu Kadeen ada bagitahu apa-apa lah tu." Aqib menukar gear 'P' ke 'D' dan mula menyusur keluar dari petak parking.

"Terima kasih." Dhuha menutur perlahan.

"Sebab?"

"Sayang."

Aqib tersenyum lebar lagi. Alahai Dhuha.







 
Blog Template by Delicious Design Studio